SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING
WPK 313
Psikologi Pendidikan
–
(Minggu 5)
Pensyarah:
Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UTM)
Objektif Pembelajaran
Di akhir modul para peserta:
1. Mengetahui jenis-jenis lupaan
2. Mengetahui proses terjadinya lupa 3. Mengetahui faktor-faktor lupaan.
4. Mengetahui cara meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan kelupaan
LUPAAN
Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. Segala maklumat yang telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan.
Menurut Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja dilupai kerana
dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang.
Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari.
JENIS –JENIS LUPAAN
Manusia sebagai insan dikurniakan untuk melupakan peristiwa-peristiwa pahit yang dilalui pada masa lampau. Lupaan juga ada kebaikannya. Jika penyimpanan kod melimpah-melimpah, ia boleh mengakibatkan kelumpuhan mental seseorang. Terdapat tujuh
jenis lupaan iaitu pertama, lupaan keusangan.
1. Lupaan keusangan berlaku apabila maklumat yang
disimpan dalam ingatan jangka panjang dilupai akibat jarang digunakan. Ini bermaksud kod-kod maklumat yang disimpan tidak aktif dan tidak dipanggil semula.
2. Lupaan kegagalan di mana individu-individu
gagal untuk memanggil semula maklumat yang spesifik.
Setiap kali manusia mempelajari maklumat baru, otak akan mewujudkan satu tanda halus ingatan untuk maklumat
tersebut. Jika maklumat ini tidak dilatih dan dipanggil balik, ia akan lama kelamaan hilang begitu sahaja.
3. Lupaan penggantian di mana ia berlaku apabila maklumat baru
menggantikan segala ingatan yang lama. Sebagai contoh, pengalaman pahit yang dapat dikira secara pendek akan
menggantikan pengalaman pahit yang sama yang lebih panjang dan mengelirukan.
JENIS –JENIS LUPAAN
4. Lupaan gangguan retroaktif dan proaktif.
Gangguan retroaktif adalah gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama. Justeru itu maklumat pembelajaran lama dilupakan. Ia berlaku
apabila bahan pembelajaran yang lama tidak difahami
dengan baik atau belum mencapai tahap pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, pembelajaran yang baru akan
mengganggu pembelajaran yang lama.
Manakala gangguan proaktif pula ialah pembelajaran lama yang kekal dan mantap dalam fikiran mengganggu
pembelajaran baru. Ini bermakna seseorang itu mungkin enggan untuk menerima pembelajaran baru
JENIS –JENIS LUPAAN
5. Lupaan terdesak di mana ia berlaku akibat sesuatu pengalaman
pahit atau sesuatu peristiwa yang menyakitkan. Oleh itu, individu akan sengaja menolaknya ke otak sebagai mekanisme helah bela diri.
Lupaan ini berlaku dalam keadaan yang tertekan seperti individu yang bimbang ketika berada di sesi kaunseling awal. Lupaan ini berlaku apabila klien tidak dapat mengingati maklumat mengenai fakta-fakta
penting (mental block)
6. Lupaan keledakan maklumat. Maklumat yang terlalu banyak untuk
dipelajari dan yang tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain juga boleh menyebabkan proses lupaan. Fikiran klien buntu dan
menyebabkan mereka panik dan melupai fakta-fakta yang penting.
7. Kegagalan untuk menyimpan.
Maklumat penting dilupakan apabila tidak sampai ke dalam ingatan jangka panjang. Kegagalan dalam proses enkoding menghalang maklumat daripada memasuki ingatan jangka panjang.
.
FAKTOR-FAKTOR KELUPAAN
1. Faktor minat di mana, kebanyakan perkara yang tidak
diminati oleh klien akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa sesi
kaunseling.
Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yang telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah.
2. Perasaan takut dan bimbang. Klien yang berperasaan
takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg disampaikan oleh kaunselor. Kaunselor yang garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan klien untuk berfikir dan mengingati tidak kesampaian.
3. Peredaran masa.
Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yang dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yang disimpan dalam
ingatan jangka panjang pelajar. Kesan ingatan (memory trace)
beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yang lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan.
4. Keusangan di mana persekitaran yang berubah akan
menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau
pengalaman lama yang berkaitan dengan dirinya. Maklumat lama yang disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yang baru. Contohnya, A mempunyai pengalaman manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah berubah dengan pesat. Maklumat lama dalam ingatan
jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi.
5. Pengalaman yang pahit. Individu mengelakkan pengalaman yg
pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi. Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya.
6. Masa yang tidak cukup untuk mengingat. Jika kaunselor
meminta jawapan dengan segera, maka klien tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Ini kerana klien berasa tertekan dan otak
memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta.
7. Aras keyakinan. Aras keyakinan yang tinggi memudahkan
proses ingatan manakala aras keyakinan yang rendah memudahkan proses lupaan. Contohnya, Kaunselor yang berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
8. Kekurangan kejelasan kepada ingatan. Maklumat baru tidak
dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan Kaunselor kurang baik dan kefahaman klien adalah rendah. Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Oleh itu, konsep-konsep yang diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan kelicinan kepada ingatan.
9. Gangguan proaktif dan gangguan retroaktif. Gangguan proaktif
berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru. Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun kaunselor telah mengajar pembelajaran yang baru.
10. Terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Klien akan
menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak
maklumat yg perlu diingati. Ini biasa berlaku semasa sesi meneroka apabila terlalu banyak fakta yang perlu diingati.Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan menyebabkan lupaan.
CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN DAN
MENGURANGKAN LUPAAN
1. Kaunselor perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan dengan kehidupan klien.
2. Kaunselor meningkatkan isi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cara iaitu daripada senang kepada susah, maujud kepada abstrak, dekat kepada jauh dan kecil kepada besar.
3. Meningkatkan kaedah pendekatan melalui interaksi kaunselor – klien dua hala, klien bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta merancang aktiviti pembelajaran menarik dan berkesan.
4. Menyusun jadual waktu di mana ketika proses meneroka bermula pada yang mudah diingati kepada yang lebih kompleks.
5. Menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. Ia digunakan bagi mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang.
6. Kaunselor membimbing klien celik akal dengan betul atau Kemahiran Meta-kognitif iaitu dengan teknik membuat rumusan atau ringkasan nota, teknik pengurusan masa, membuat peta minda atau peta konsep dan sebagainya.
7. Kaunselor perlu menjarakkan sesi kaunseling dan elakkan dari mendapatkan maklumat yang terlalu padat.
8. Kaunselor haruslah menggunakan kaedah yang tepat di man
kaunselor perlu menekankan kepada obejtif kaunseling dan banyak
CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN DAN
MENGURANGKAN LUPAAN
KESIMPULAN
Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan psikologi pendidikan.
Dalam pemerosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapai pada masa yang sama apa yang dipelajari itu sebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan.
Sebagai kaunselor adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya klien dapat meningkatkan ingatan dan
mengurangkan lupaan semasa menjalani proses kaunseling dan pembelajaran
RUJUKAN
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan Ilmu
Pendidikan Untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd