• Tidak ada hasil yang ditemukan

TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN EDU 3105

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN EDU 3105"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

TUGASAN PROJEK

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

EDU 3105

Nama

: Siti Nur Syahidah Bt Mohd Sukri

Angka Giliran

: 2012201340020

No. Kad Pengenalan : 920823-03-5020

Program

: PISMP

Ambilan

: Januari 2012

Kumpulan/Unit

: 4.01

Nama Pensyarah : Puan Hajjah Rosnah bt. Ahmad Zain

Tarikh Hantar

: 2 Ogos 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN

ISLAM

(2)

Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya menyiapkan tugasan projek ini mengikut masa yang telah ditetapkan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn. Hajah Rosnah bt Ahmad Zain kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan projek yang baik. Beliau tidak jemu dalam menabur jasa kepada kami dalam proses penyiapan tugasan projek ini dan memastikan tugasan dibuat mengikut segala kriteria-kriteria yang diperlukan.

Disamping itu, saya mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya iaitu Norfara’ain bt Masrin. Dia banyak memberikan kerjasama yang padu dan sentiasa bersama-sama menjalankan tugasan yang diberikan. Kami berusaha bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan ini dan mengikut kehendak soalan.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan terutamanya rakan sekelas yang banyak meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan bantuan ketika kami memerlukan pertolongan semasa membina video yang menarik.

Dalam pada itu, saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada saya agar terus berjuang dalam menuntut ilmu yang berguna ini. Beliau berdua juga sentiasa memastikan agar saya tidak leka dan berusaha menyiapkan tugasan pada awal waktu.

(3)

Isi Kandungan

Penghargaan……… Kandungan………

Tugasan projek:

1.0 Bahan Bantu Belajar berbentuk video pendidikan……….... 2.0 Rancangan Pengajaran Harian (Pendidikan Islam)……….. 3.0 Refleksi……….. Rujukan………... Lampiran……….

(4)

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam Kelas : Tahun 5 Bestari

Tarikh : 23 Julai 2013 Hari : Selasa

Masa : 9.45 – 10.45 Pagi (1 jam)

Bilangan Murid : 30 Orang ( 14 Lelaki, 16 Perempuan) Bidang : Ibadah

Tajuk Pelajaran : Tayamum Kemahiran : 2.2 Tayamum

2.2.2 a) Tatacara tayamum 2.2.2 b) Syarat-syarat tayamum

2.2.2 c) Perkara-perkara yang membatalkan tayamum Hasil Pembelajaran :

Di Akhir Pembelajaran Murid Dapat :

Aras 1 : Menyatakan pengertian tayamum dengan betul setelah diterangkan oleh guru.

Aras 2 : Melakukan cara bertayamum mengikut tertib setelah ditunjukkan oleh guru. Aras 3 : Menyenaraikan perkara yang membatalkan tayamum setelah membuat perbincangan secara berkumpulan.

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui tentang pentingnya taharah / kebersihan dalam Islam dan kehidupan seharian.

(5)

Kemahiran Berfikir :

1) Banding beza : Mengkelaskan cara-cara bertayamum.

2) Menjana idea : Menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan tayamum.

Gabungjalin : Akidah, Akhlak, Al-Quran Penyerapan : Matematik, Sains

Penerapan Nilai : Bekerjasama, bersungguh-sungguh, Khusyuk, Bersyukur Istiqamah

(6)

Langkah Pengajaran /

Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Mukadimah (3 minit) Bacaan doa : ميحرلا نمحرلا الله مسب َمْهَف اَنْقُز ْرا َو َنْيِف ِراَعْلا َح ْوُتُف اَنْيَلَع ْحَتْفا َّمُهَّللَا َنِّيِبَّنلا َنيِمِحاَّرلا َمَح ْرَأ اَي َكِتَم ْح َرِب َنْيِبَّرَقُملا ِةَكِئ َلََمْلا َماَهْلِإ َو Bacaan syahadah : ِالله ُلوُس َر اًدَّم َحُم َّنَأ ُدَهْشَأ َو ُالله َّلاِإ َهَلِإ َلا نَأ ُدَهْشَأ

- Seorang murid diminta oleh guru mengetuai bacaan doa.

- Murid-murid lain diminta

mengikut bacaan doa bersama-sama.

- Semua murid melafaz kalimah syahadah bersama-sama.

Nilai : Kerjasama

Set Induksi (5 minit)

- Guru menunjukkan gambar sebotol air.

- Guru menyoal murid tentang

- Murid melihat gambar air yang ditunjukkan oleh guru melalui video. - Murid menjawab soalan guru secara individu. BBM : Gambar Kaedah : Sumbang saran Nilai : Yakin diri

(7)

kegunaan air dan apa yang akan kita lakukan sekiranya tiada air untuk berwuduk.

- Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

Langkah 1 (15 minit)

- Pengertian Tayammum - Sebab bertayammum

- Murid menonton video dialog yang mengandungi pengertian tayamum dan sebab

bertayamum.

- Murid mengikuti aktiviti di dalam dialog yang telah dipaparkan. - Murid memberi pendapat mereka

berkaitan pengertian tayammum dan sebab diharuskan

bertayammum.

- Murid mendengar setiap penerangan guru dengan teliti.

BBM : Video Dialog Kaedah : Penerangan Nilai : Kerajinan Keberanian

(8)

Langkah 2 (15 minit)

Cara-cara melakukan tayammum. 1. Niat

2. Menyapu debu tanah ke muka. 3. Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku.

- Pelajar melihat video cara melakukan tayammum. - Pelajar dibahagikan kepada

beberapa kumpulan untuk aktiviti kuiz.

- Pelajar mendengar setiap penerangan guru dengan prihatin.

BBM :

Video (Cara bertayamum )

Kaedah : Penerangan Nilai : Kerjasama Langkah 3 (15 minit)

- Perkara yang membatalkan tayamum

- Video mengenai perkara yang membatalkan tayamum. - Murid menyenaraikan semula

apa yang diperoleh mengenai tayamum secara berkumpulan. - Murid berbincang bersama guru

jawapan bagi setiap kumpulan.

BBM : Video ( Perkara membatalkan tayamum ) Kaedah : Perbincangan Nilai : Keazaman Berusaha

(9)

Penutup (5 minit)

Rumusan - Guru membuat kesimpulan tentang isi pelajaran.

- Murid diminta membuat lembaran kerja mengenai pelajaran

tayamum.

BBM :

Lembaran kerja

(10)

Refleksi

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan projek bagi subjek EDU 3105 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Pada 2 Julai 2013, saya telah mendapat tugasan projek ini yang telah diserahkan oleh pensyarah pembimbing iaitu, Pn. Hjh. Rosnah bt Ahmad Zain. Beliau telah memberikan sedikit taklimat berkaitan dengan tugasan tersebut dan menjawab segala persoalan dan kemusykilan berkenaan dengan tugasan. Beliau juga menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tugasan dan saya memahami kehendak soalan dengan baik.

Tugasan kali ini adalah berkenaan dengan menyediakan satu bahan bantu belajar (BBB) berbentuk video pendidikan yang akan digunakan sebagai salah satu media pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya bersama dengan ahli kumpulan iaitu Norfara’ain bt Masrin telah bekerjasama memastikan tugasan projek ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kami telah bekerjasama dalam menghasilkan video pendidikan dan rancangan pengajaran harian berdasarkan video tersebut.

Selain itu, berkenaan dengan tugasan, saya dan rakan sekumpulan telah membuat keputusan untuk memilih topik pengajaran iaitu tayammum. Topik ini dipilih sebagai menepati mata pelajaran major bagi kursus opsyen Pendidikan Islam yang akan saya ajar di sekolah kelak. Kemudian, saya berjumpa dengan guru pembimbing terlebih dahulu untuk mendapat persetujuan dan melakukan sedikit perbincangan sebelum memulakan sebarang tindakan bagi tugasan projek. Saya dan rakan kumpulan telah menunjukkan segala perancangan yang telah dibuat di dalam buku dan memastikan pensyarah pembimbing meluluskannya. Kemdian, baru kami akan memulakan tugasan.

Dalam pada itu, semasa proses penghasilan video, saya dan rakan telah menggunakan perisian Cyber Link kerana kami lebih mengetahui tentang perisian tersebut berbanding perisian yang lain. Selain itu, terdapat perisian lain yang boleh digunakan seperti Movie Maker, Fantashow dan lain-lain. Walau bagaimanapun,

(11)

saya memerlukan banyak masa untuk belajar menggunakan perisian yang telah dipilih itu.

Permulaan proses penghasilan video ini bagi set induksi, kami telah mencari beberapa gambar seperti gambar latarbelakang yang mengandungi air, botol air, ikan, kartun upin ipin, padang pasir, kemarau dan lain-lain lagi untuk melengkapkan set induksi video ini. Pencarian gambar-gambar ini adalah bersesuaian dengan tajuk tayammum iaitu berkaitan dengan ketiadaan air. Set induksi kami dimulakan dengan membuat satu pertanyaan tentang apakah gambar yang akan ditayangkan menggunakan kata-kata seperti, “ Adik-adik gambar apakah ini?”. Latarbelakang yang digunakan ialah latarbelakang air dan diletakkan pada kod bar yang pertama di perisian Cyberlink. Gambar latarbelakang itu telah diambil daripada Media Room (F3). Jika kita mendapati bahawa gambar yang kita perlukan itu tiada maka kita perlu import media dahulu dan kemudian pilih gambar yang kita kehendaki.

Tulisan yang digunakan untuk pertanyaan tadi ialah tulisan Eras Bold ITC saiz 24 dan telah diboldkan. Tulisan ini diletakkan pada kod bar yang keempat iaitu Title

Track. Kemudian, kami meletakkan dua keping gambar berkaitan iaitu gambar

pertama ialah air dan yang kedua ialah gambar botol air. Kami menunjukkan gambar ini adalah bertujuan untuk melahirkan sifat ingin tahu murid tentang tajuk pada hari itu. Seterusnya, kami menguji pemikiran murid-murid untuk berfikir bagaimana kita berwuduk sekiranya ketiadaan air. Jawapan untuk itu dijawab oleh kartun upin dan ipin tentang kewajipan bertayamum jika tiada air.

Langkah pertama pula, kami menggunakan video dialog yang mengandungi pengertian tayamum dan sebab bertayamum. Video diambil daripada Youtube dan kami Trim untuk mendapatkan video yang baik. Oleh kerana alih bahasanya ialah Bahasa Indonesia maka kami telah menukarnya kepada suara kami sendiri. Kami telah merakam menggunakan kamera Olympus dan menukarkannya kepada format mp3. Kemudian, kami memastikan bahawa suara video sama dengan suara kami rakam. Alhamdulillah, kami berjaya mendapat hasil yang baik.

Bagi langkah kedua, kami telah memuat turun video tentang cara-cara bertayamum daripada Youtube menggunakan YTD Video Downloader. Kemudian, kami memasukkan video tersebut ke dalam Cyberlink. Oleh kerana video tersebut terlalu panjang maka kami Trim sedikit video tersebut agar nampak lebih kemas dan

(12)

cantik. Sepanjang proses Trim tersebut, kami perlu teliti kerana khuatir terpotong bahagian-bahagian cara bertayamum yang kami perlukan. Cara bertayammum itu dimulakan dengan lafaz niat tayammum beserta maknanya. Video diteruskan dengan anggota tayammum dan cara-cara bertayammum yang betul serta doa selepas mengambil wuduk.

Langkah ketiga pula ialah mengenai video perkara yang membatalkan tayammum. Video asal ini ialah video tayammum iaitu Dodo dan Syamil yang diambil daripada Youtube. Kami mengambil bahagian video tentang perkara yang membatalkan tayamum sahaja. Oleh itu, kami telah Trim beberapa bahagian yang tidak diperlukan.

Disamping itu, semasa menjalankan tugasan video tersebut, saya dan rakan sekumpulan menghadapi beberapa masalah. Namun begitu, saya dan rakan sedaya upaya mengatasi semua masalah yang dihadapi. Antara masalahnya ialah video yang telah dihasilkan hilang secara tiba-tiba. Setelah diselidik, rupa-rupanya perisian Cyber Link ini tidak boleh diubah kedudukan folder kerana ia akan menyebabkan berlaku kerosakan terhadap video yang telah dihasilkan. Walau bagaimanapun, kami agak bernasib baik kerana saya dan rakan baru sahaja memulakan penghasilan video kami dan kami tidak berasa terkilan sangat. Saya dan rakan mengambil keputusan untuk menghasilkan video tersebut semula dan berusaha mengubah ia menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Hal ini kerana video sebelum telah ditunjuk kepada pensyarah pembimbing dan ingin melakukan sedikit pembaharuan.

Dalam pada itu, masalah lain ialah saya dan rakan kumpulan mengalami sedikit kesukaran dalam membina video. Hal ini kerana kami mempunyai asas sahaja dan tidaklah begitu hebat menggunakan perisian-perisisan tersebut. Saya menghabiskan banyak masa belajar cara menggunakan perisian tersebut untuk menghasilkan video yang hebat. Saya dan rakan juga telah berusaha bersungguh-sungguh belajar cara membina video daripada orang yang lebih berpengalaman di dalam kelas. Rakan sekelas juga tidak kedekut dalam memberikan ilmu dan bersama-sama membantu kami dalam menghasilkan video tersebut. Walaupun mereka juga sibuk menyiapkan tugasan yang sama namun mereka tetap meluangkan sedikit masa membantu kami.

(13)

Selain itu, masalah seterusnya ialah kekangan masa. Selain daripada menyiapkan tugasan projek ini, saya dan rakan yang lain juga mempunyai beberapa tugasan lain seperti perbentangan di dalam kelas dan juga terlibat dengan aktiviti luar seperti kelab Redaksi Majalah. Oleh sebab itu, saya perlu bijak dalam membahagikan masa agar tidak leka dalam proses menyiapkan tugasan projek yang telah diberikan. Saya juga ada melakukan jadual yang sistematik agar masa saya tidak berlalu begitu sahaja. Setiap perkara yang hendak dilakukan, saya lebih selesa mencatatnya di dalam buku dan dijadikan sebagai peringatan kepada diri sendiri. Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting. Kelemahan seseorang menguruskan masa dengan efektif akan menyebabkannya mudah terjebak ke kancah kegagalan dan kekecewaan. Pengurusannya yang baik pula pastinya membuahkan natijah yang berkesan di samping memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang.

Pertama kali saya mendapat tugasan ini, saya berasa gembira kerana saya dapat belajar cara menghasilkan bahan bantu belajar menggunakan video. Sebelum ini, saya hanya mengetahui serba sedikit tentang cara penghasilan video. Walau bagaimanapun, saya telah banyak belajar melalui rakan-rakan sekelas tentang cara menghasilkan video yang menarik agar dapat digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas nanti. Video merupakan salah satu bahan bantu belajar yang dapat menarik minat murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung agar murid tidak merasa bosan dan jemu dengan hanya mendengar penerangan guru sahaja.

Disamping itu, semasa menghasilkan video ini, saya dan rakan berbincang bersama-sama untuk memastikan proses pembinaan video tersebut dilakukan secara teratur dan mengikut urutan yang betul. Sebagai contoh, saya memulakan video dengan set induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3 dan penutup. Urutan yang dimaksudkan ialah video dimulakan dengan pengertian tayammum, sebab bertayammum, cara-cara bertayammum, perkara yang membatalkan tayamum dan akhir sekali hikmah bertayammum. Melalui urutan tersebut maka kita dapat melihat sendiri kelancaran pengajaran dan murid akan mudah untuk memahami topik pengajaran dengan baik.

(14)

Dalam pada itu, saya dapat menghasilkan satu rancangan pengajaran harian (RPH) dengan baik. Saya juga berpeluang menghasilkan RPH berdasarkan persembahan video tersebut. Sebelum ini, saya hanya didedahkan dengan RPH berpandukan powerpoint dan BBB yang lain. Saya berasa gembira kerana BBB yang akan digunakan nanti ialah video yang dihasilkan sendiri oleh kami untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran kelak. Video ini sememangnya memberikan banyak manfaat kepada guru dan bakal guru di sekolah nanti.

(15)

Rujukan

Alhabsyie, H. (1995). Risalah wudhu' dan tayamum: pengertian tentang taharah. Selangor: Pustaka Nasional.

Al-Zuhaili. (1994). Fiqh & Perundangan Islam Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Kamus (Ust. Hj.), M. A. (2009). Indahnya hidup bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Malaysia, K. P. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yahya, M. Z. (2011). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://tayamum.blogspot.com/ (diakses pada 10 Julai 2013)

http://organisasi.org/pengertian-tayamum-cara-syarat-rukun-sebab-sunat-tayammum-wudhu-dengan-debu-tanah (diakses pada 20 Julai 2013)

http://www.ustaznoramin.com/2012/02/jom-belajar-tentang-tayamum.html (diakses

pada 22 Julai 2013)

(16)

L

A

M

P

I

R

A

N

(17)

(Lembaran Kerja) Soalan Latihan

1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Tayammum ialah menyapu ________________ yang suci ke _________ dan _________________ hingga kesiku dengan beberapa syarat dengan disertai _________________.

2. Tuliskan harus atau batal bertayammum pada pernyataan dibawah . a) Cuaca yang terlalu sejuk. _____________ b) Ada air sebelum solat. _____________ c) Sembuh dari sakit _____________ d) Melakukan perkara yang membatalkan wuduk. ______________ e) Sakit yang tidak boleh menggunakan air. ______________

3. Susun rukun tayammum mengikut urutan.

a) Menyapu debu tanah kemuka. ________ b) Tertib ________ c) Niat ________ d) Menyapu kedua-dua belah tangan hingga ke siku. ________

Referensi

Dokumen terkait

Peraturan  Menteri   Negara   Lingkungan  Hidup  Nomor  05 Tahun  2012  tentang  Jenis   Usaha dan/atau  Kegiatan  Yang Wajib  Dilengkapi  Dengan  Analisis  Mengenai 

Sedangkan untuk peralatan lain selain kedua alat tersebut, pelatihan dapat dilakukan sewaktu-waktu oleh teknisi peralatan medis bagi pengguna yang memerlukan. Pelatihan pemeliharaan

Hasil analisis ragam menunjukkan bahwa perlakuan cacing tanah dan jenis bahan organik secara interaksi pada tanah yang terkompaksi tidak berpengaruh nyata terhadap

Berdasarkan latar belakang masalah, maka yang menjadi rumusan masalah dalam penelitian ini adalah (a) apakah peningkatan kemampuan pemahaman matematis siswa yang

Artikel ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana kampanye yang dilakukan oleh gerakan sosial Women’s March Jakarta dalam mengontruksikan anti kekerasan seksual pada

Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana berpeluang untuk merakamkan sepatah dua kata dalam risalah ini. Persoalan mengenai fahaman Islam Libral atau Liberalisme dan

Guru atau orang tua dapat mengetahui tingkat minat siswa terhadap pelajaran yang diberikan guru. Dapat digunakan sebagai bahan pertimbangan menentukan program