• Tidak ada hasil yang ditemukan

Transformasi Budaya Kerja Cemerlang Berd

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Transformasi Budaya Kerja Cemerlang Berd"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Transformasi Budaya Kerja Cemerlang Berdasarkan

Manhaj

al-Quran Dan Hadith

Solahuddin Abdul Hamid

Pusat Pengajian Umum

Universiti Utara Malaysia

solah@uum.edu.my

ABSTRAK

Pembangunan budaya kerja cemerlang berorientasikan falsafah kebendaan kelihatan cenderung berorientasikan kepada inovasi, kemampuan dan kewibawaan manusia semata-mata. Budaya kerja yang hanya mementingkan peningkatan kerjaya dan pengumpulan harta, dikhuatiri akan melahirkan personaliti homo economicus yang berhubung secara positif dengan pembangunan ekonomi yang bebas daripada nilai-nilai normatif. Berdasarkan tasawur Islam, manusia sebagai agen aktif pembangunan bukan sahaja dinilai budaya kerja mereka sebagai mekanisme asas untuk penetapan sempadan upah dan pengiktirafan, malah ia turut mencakupi pembalasan di akhirat kelak. Budaya kerja merupakan sebahagian daripada pembangunan ekonomi Islam yang bersifat komprehensif dan berbilang dimensi serta bersifat kualitatif dan kuantitatif. Berasaskan analisis terhadap ayat-ayat al-Quran dan Hadith terpilih berkaitan budaya kerja, penetapan manhaj transformasi tersebut seharusnya mampu menterjemahkan kesepaduan antara elemen spiritual dan sosio-ekonomi seperti keimanan, hubungan kemanusiaan, motivasi, ketekunan serta ilmu secara menyeluruh bagi membentuk personaliti homo Islamicus yang bukan sahaja mengejar kemajuan diri sendiri, malahan turut melindungi kepentingan manusia sejagat.

Keywords: transformasi, budaya kerja cemerlang, manhaj, homo economicus dan homo Islamicus.

PENGENALAN

Allah S.W.T. telah mengisi hati manusia dengan sifat gemar bekerja dan mencintai habuan atau hasil perolehan daripada melakukan kerja. Fitrah ini adalah bertepatan dengan saranan agama yang secara semulajadi selari dengan keperluan dan sifat kejadian manusia. Sebagai khalifah (surah al-Baqarah (2):30) manusia seharusnya menggunakan kekuatan akal dan fizikal yang dikurniakan untuk membangun serta memajukan alam hingga ke peringkat semaksima mungkin manakala sebagai hamba (surah al-Dhariyat

(51):56) kebebasan bertindak adalah terhad dan tertakluk kepada sempadan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Justeru, manusia perlu mengimbangi dualistik peranan dan tanggungjawab besar tersebut supaya tidak terperangkap dalam asetisisme mutlak atau materialisme sepenuhnya.

BUDAYA KERJA DALAM ISLAM

Ibn Khaldun (t.t.) menjelaskan, perolehan keperluan hidup seseorang bergantung kepada keinginan dan usahanya untuk mendapatkan segala sesuatu yang berasal daripada Allah S.W.T. (surah al-‘Ankabut (29):17). Walau bagaimanapun, keperluan tersebut hanya diperolehi melalui usaha. Oleh itu, kerja dianggap sebagai suatu modal tulen yang tidak boleh dicari tetapi merupakan nilai yang dapat ditimbulkan daripada diri manusia sendiri. Al-Quran secara konsisten telah menggunakan terminologi ‘amal(ﻞﻤﻋ) dan al-kasb (ﺐﺴﻜﻟﺍ) yang merujuk kepada tema kerja telah sebanyak 371 kali di dalam al-Qur’an melalui 86 surah (Sadiq Mahdi al-Sa‘id,1983). Aktiviti pekerjaan yang dilakukan adalah bagi memenuhi keperluan manusia pengguna kerana ia adalah sebagai wasilah manusia untuk memakmurkan bumi dan jalan untuk memperolehi nikmat Allah S.W.T. (Khalifah Ba Bakr al-Hasan, 2000).

(2)

(1983) mendefinisikan kerja kepada aktiviti spiritual, himpunan tingkahlaku dan aktiviti ekonomi. Manakala dalam konteks ekonomi Islam, kerja merupakan kesungguhan anggota badan dan akal yang dicurahkan oleh manusia dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi bagi mendapatkan rezeki melalui penghasilan perkhidmatan atau barangan keperluan untuk memenuhi keperluan hidup.

Justeru, kerja merupakan asas utama bagi setiap individu atau masyarakat untuk mendapatkan habuan yang lebih atau kurang daripada kadar keperluan hidup mereka. Setiap individu berkewajipan melaksanakannya sesuai dengan kemampuan diri asalkan ia adalah hasil usaha sendiri yang sah dan halal menurut Syarak. Tidak terdapat ukuran maksimum atau minimum yang ditentukan. Islam lebih mementingkan kesederhanaan dalam memenuhi keperluan tersebut di samping menentang keras budaya pengangguran dan amalan hidup yang hanya memakan keringat orang lain (Muhammad Baqir al-Sadr, 1968 dan al-Qaradawi, 2001).

KECEMERLANGAN ASAS KEPADA PEMBANGUNAN

Sebagai agama yang syumul, Islam memberi perhatian yang besar kepada kerja (surah al-Sharh (94):7). Kerja bukan sahaja merupakan punca pendapatan individu dalam memenuhi keperluan asas diri, keluarga dan masyarakat sekeliling serta menggerakkan pembangunan. Malahan ia juga merupakan sebahagian daripada taklif agama serta sebagai jalan mendapatkan perbezaan kurniaan Allah S.W.T. terhadap hamba-hambaNya. Manusia yang menyendiri, pemalas dan tidak bertenaga tidak akan dapat mengambil manfaat daripada kurniaan Allah S.W.T. dan agama, malah agama juga tidak mendapat manfaat daripadanya. Riyad Salih ‘Awdah (2005) menyatakan pekerjaan bukan sahaja sebagai mekanisme asas untuk menilai sempadan upah di dunia, malah ia turut mencakupi pembalasan di akhirat kelak.

Walau bagaimanapun, Syed Muhammad Naquib al-Attas (1995) menekankan bahawa sebarang perubahan, pembangunan dan kemajuan dalam ertikata yang sebenarnya seharusnya merujuk kepada pergerakan secara sedar dan terancang ke arah penghayatan Islam yang lebih murni secara syumul. Muhammad Syukri Salleh (2002) menjelaskan, walaupun proses pembangunan berteraskan Islam dan pembangunan berteras teori-teori lazim nampak serupa dari segi fizikal, namun operasinya bergerak dan berfungsi atas landasan falsafah, konsep, premis dan epistemologi yang berlainan. Contohnya, petani

Islam dan petani bukan Islam mungkin menggunakan alat dan kaedah pertanian yang serupa jenisnya, tetapi masing-masing tetap berbeza pada peringkat falsafahnya. Petani bukan Islam bertani sekadar untuk merealisasikan keinginannya serta mencapai kepuasan melalui pengeluaran dan seterusnya memperolehi pendapatan maksimum, manakala matlamat petani Islam bertani lebih jauh daripada itu.

Fungsi sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. memerlukan mereka berikhtiar serta mengimbangi antara memenuhi keperluan fizikal dan rohani dalam kehidupan seharian. Kesepaduan yang wujud ini merupakan tenaga penggerak dalaman utama yang mencetus dan menggerakkan kesatuan potensi mental dan fizikal manusia ke arah melaksanakan seluruh perintah Allah S.W.T. dalam kehidupannya yang merangkumi soal pembinaan diri, masyarakat dan negara (Isma‘il Raji al-Faruqi, 1992). Melalui kesepaduan pembangunan dalam seluruh dimensi kehidupan manusia dijangka akan melahirkan individu Islam yang bersifat homo Islamicus adil, bertanggungjawab kepada masyarakat dan prihatin (altruistic). Menurut Timur Kuran (1992), personaliti homo Islamicus secara sukarela sanggup menolak godaan untung jangka pendek demi melindungi dan memajukan kepentingan manusia sejagat.

Sebagai khalifah Allah S.W.T. mereka bertindak seperti keadaan semulajadi manusia yang memenuhi keperluan hidup dalam pelbagai peringkat. Sifat ini adalah jauh berbeza dengan personaliti homo economicus yang lebih cenderung bersifat tamak dan tidak pedulikan nasib orang lain. Ini kerana, falsafah kebendaan berpaksikan kepada kepercayaan terhadap keagungan, kemampuan dan kewibawaan manusia semata-mata tanpa memerlukan kepada panduan Allah S.W.T. sehingga pertumbuhan ekonomi dianggap sebagai asas utama kepada penyelesaian masalah manusia. Homo-economicus yang lahir daripada falsafah kebendaan ini juga telah meletakkan kedudukan yang istimewa kepada penglibatan dan pengumpulan harta oleh seseorang individu. Unsur-unsur tersebut juga berhubung secara positif dengan pembangunan ekonomi dalam kalangan masyarakat yang bebas daripada nilai-nilai normatif (Abulhassan Muhammad Sadeq,1991).

(3)

mampu mencapai tahap kesempurnaan hidupnya dengan menguruskan segala kemungkinan yang ada.

AL-QURAN DAN HADITH SEBAGAI MANHAJ Tasawwur Islam dipancarkan melalui dua sumber utama iaitu al-Qur’an dan Hadith. Dari sudut ontologi, martabat kewujudan kedua-dua sumber ini adalah terpisah, tetapi dari sudut ilmu pengetahuan kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Sekurang-kurangnya tiga prinsip asas yang perlu menjadi pedoman kepada setiap ahli hukum Islam dalam usaha mereka membuat sesuatu kesimpulan berasaskan al-Qur’an dan Hadith iaitu tidak bersifat menyusahkan, sentiasa mengambilkira kepentingan dan kebajikan umum serta menegakkan keadilan (Fathi Ridwan, 1966). Prinsip-prinsip yang berpaksikan kepada agama wahyu ini menjadikan tasawwur Islam lengkap, sempurna dan sentiasa sesuai untuk setiap masa dan tempat.

Penulis akan mengklasifikasikan manhaj tersebut berasaskan kepada tiga tiga cabang utama iaitu akidah sebagai teras dan tunjang yang menjadi pegangan hidup, Syariah sebagai merupakan amalan hidup yang mencorakkan tingkahlaku dan akhlak sebagai etika hidup yang merupakan manifestasi daripada akidah yang jelas dan Syariah yang mantap (Badran Abu al-‘Aynayn Badran,1972).

Akidah Sebagai Asas

Pada prinsipnya, tasawwur Islam menetapkan bahawa Allah S.W.T. adalah pemilik harta yang mutlak (surah al-Baqarah (2):22). Manusia hanya sekadar pemegang amanah (ﻪﻴﻓﻦﻴﻔﻠﺨﺘﺴﻣ) (surah al-Hadid (57): 7) yang perlu berusaha berdasarkan batas kemampuan tertentu untuk mendapatkannya, manakala penggunaannya pula merupakan satu ujian bagi mereka (Lihat juga surah al-Hijr (15):19, al-Hadid ( 57): 25, al-Nahl (16): 5-18, 68-69 dan Yasin (36): 71-73).

Bersifat Tawhidik

Berdasarkan tasawwur Islam, pembangunan ekonomi dan harta bukan sebagai matlamat utama (Lihat surah al-An‘am (6): 32, Ibrahim (14): 3, al-Nahl (16): 107, al-Qiyamah (75): 20-21 dan al-‘Adiyyat (100): 8). Sebaliknya, ia hanyalah sekadar penolong kepada manusia untuk berkhidmat kepada akidah dan risalahnya, sebahagian daripada fitrah dan keperluan manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka serta sebagai wasilah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.. Manakala pengabdian kepada Allah S.W.T. serta pembangunan moral dan spiritual (tazkiyyah al-nafs) akan memandu manusia ke arah

mencapai kecemerlangan yang mutlak. Maksudnya, seseorang Mukmin perlu memiliki harta, bukan harta yang menguasai dirinya. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak melihat kepada wajah kamu dan harta-harta kamu, tetapi Dia melihat kepada hati kamu dan amalan-amalan kamu

(Riwayat Muslim dan Ibn Majah)

Matlamat pembangunan ekonomi ini juga telah dimanifestasikan dalam al-Qur’an apabila terminologi “rizq” dan pecahannya telah diulang lebih dari seratus dua puluh kali dengan hampir keseluruhannya menyandarkan kepada Allah S.W.T. sebagai “ al-Razzaq”. (Lihat surah al-Nahl (16): 81, al-Hud (11): 6, al-‘Ankabut (29): 60, al-Mulk (67): 15, Taha (20): 53-54 dan al-A‘raf (7): 10). Kekerapan pengulangan dan sandaran yang konsisten ini adalah sebagai peringatan kepada manusia supaya sentiasa mengambil iktibar bahawa perkara yang menjadi asas dalam kehidupan mereka sentiasa mempunyai pertalian yang rapat dengan Pencipta alam ini. Memandangkan manusia bukanlah pemilik mutlak harta yang diusahakan dan dimiliki, maka mereka perlu beriman kepada Allah S.W.T. yang Maha Berkuasa dalam mencipta dan menurunkan bantuan tersebut tanpa mengira lemah atau kuatnya mereka bekerja (surah al-‘Ankabut (29): 62).

Syariah Sebagai Cara Hidup

Islam mengikhtiraf fitrah manusia yang berkeinginan mengumpul harta. Adalah menjadi satu kewajipan ke atas setiap umat Islam yang mencari keperluan hidup mengetahui dan mengamalkan Syariat dan undang-undang yang mengawal tanpa mengira jenis pekerjaan yang dilakukan oleh mereka.

i. Kerja sebagai Ibadat

(4)

keredaan Allah S.W.T. terhadap pekerjaan yang dilakukan. Secara umumnya, firman Allah S.W.T. yang bermaksud “serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)” (surah al-Juma‘ah (62):10) tidak bermaksud menghabiskan masa dengan ibadat khusus semata-mata, sebaliknya mengamalkan cara hidup yang lebih bertanggungjawab berdasarkan norma-norma Islam dalam segala urusan kehidupan. (Ibn Kathir, t.t. dan Muhammad Umar Chapra, 1979)

ii. Bekerja sama

Rupabentuk kejadian dan pencapaian makhluk yang berbeza-beza dari segi tenaga, ilmu, pekerjaan dan harta, adalah manifestasi kesempurnaan Rububiyyah Allah S.W.T. untuk kebaikan manusia. Melalui ihsan Allah S.W.T., manusia dikurniakan apa yang terbaik untuk mereka (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, 1999). Oleh itu, pemilikan ilmu, kemahiran, bakat dan keupayaan yang berbeza seharusnya menuntut kepada perkongsian manfaat sesama mereka supaya kehidupan seharian menjadi lebih sempurna (surah al- al-Zukhruf (43): 32).

Dalam erti kata lain, prinsip Islam tidak menganggap kehidupan ini sebagai satu perlumbaan, tetapi perlu kepada konsep saling tolong-menolong yang dibina dalam bentuk semangat perhubungan dan kerjasama ekonomi. Islam menolak dengan kerasnya pendekatan hidup sistem sekular seperti falsafah “struggle for existance”, sebaliknya menyarankan kepada “cooperation for existance”sebagai etika hidup yang bersesuaian dengan falsafah tauhid. Melalui tuntutan menghubungkan silaturrahim, Islam telah menekan pembentukan konsep jaringan sosial yang lebih holistik dari segi sifat dan matlamatnya. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Barang siapa suka diperluaskan rezekinya

dan dipanjangkan umurnya maka

peliharalah silaturrahim

(Riwayat al-Bukhori, Muslim, Abi Dawud dan al-Tibrani)

Ibn Hajar (1989) menjelaskan, maksud keluasan rezeki dalam Hadith tersebut adalah memperolehi keberkatan, manakala maksud dipanjangkan umur adalah diberikan kekuatan fizikal. Menjalinkan hubungan silaturrahim adalah sedekah. Manakala sedekah dapat mengembangkan harta dan menambahnya, justeru ia akan menjadi berkembang dan suci.

Pendekatan susunan masyarakat berdasarkan sifat mementingkan diri (individual selfishness) dan

kebendaan lebih menimbulkan banyak permasalahan dalam masyarakat (Nik Mustapha B Hj Nik Hassan, 1989). Justeru, tidak hairanlah kalau banyak perancangan dan projek pembangunan di negara-negara sedang membangun yang didasarkan kepada model pembangunan negara maju tidak memberi hasil yang diharapkan (Syamsul Alam MS,1994). Justeru, semua unit ekonomi sama ada majikan, pengeluar, pekerja, pengguna dan seterusnya perlu mempunyai matlamat yang satu iaitu mengabdikan diri mereka kepada Allah S.W.T., bekerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain kerana mereka saling memerlukan. Pendekatan ini adalah bagi menjamin kestabilan dan keutuhan perjalanan ekonomi selari dengan konsep pembangunan ekonomi dalam Islam yang bersifat beban nilai dengan menetapkan kebajikan manusia sebagai objektif utamanya (Nik Mustapha B Hj Nik Hassan, 1989).

iii. Berilmu

Budaya kerja yang dibina berteraskan nilai ilmu tidak hanya kerana tuntutan k-economy yang banyak dikaitkan dengan realiti perekonomian masa kini, tetapi sememangnya Islam menjunjung tinggi nilai ilmu. Apabila menuntut ilmu adalah suatu kewajipan, maka tuntutan tersebut juga merangkumi ilmu yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang diceburi. Melalui ilmu pengetahuan, mereka diharap akan sentiasa berhati-hati, dapat membezakan antara yang halal dan haram serta menjauhkan diri dari segala yang bertaraf syubhat dengan sedaya-upaya mungkin (al-Ghazali, 1996 dan Sayyid Sabiq,1994). Dalam pada itu, keterbatasan keupayaan akal dan kebebasan manusia untuk menggunakannya menyebabkan ia perlu diberi panduan, tunjuk ajar dan bimbingan supaya akal dapat berfungsi dengan baik sejajar dengan tujuan asal ia diciptakan oleh Allah S.W.T..

Berakhlak

(5)

“(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri

(Surah al-Anfal (8):53)

Sayyid Qutb (1992) menjelaskan ayat ini adalah gambaran keadilan Allah S.W.T. dalam melayani hamba-hambaNya. Segala nikmat yang telah dikurniakan tidak akan dirampas kembali kecuali sesudah hambaNya mengubah niat, tingkahlaku dan kedudukan mereka. Tindakan tersebut mewajarkan Allah S.W.T. bertindak mengubah nikmat yang juga merupakan sebagai ujian kerana mereka tidak bersyukur kepada Allah S.W.T. dan memuliakan nikmat tersebut.

i. Sabar dan Tekun

Islam bukan sekadar menyeru ke arah berusaha sendiri mencari nafkah hidup, malah menekankan usaha bersungguh-sungguh serta sabar dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Terdapat banyak seruan dalam al-Qur’an (surah al-Nur (24):38) dan Hadith1 supaya umat Islam bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kehidupan bahagia di dunia dan akhirat, merancang dalam melakukan sesuatu pekerjaan (surah al-Hashr (59):18), menghargai masa (surah al-‘Asr (103):1-3), terutamanya di awal pagi2, melakukan sesuatu yang terbaik (surah al-Mulk; (67): 2) dan bersifat kompetitif (surah al-Baqarah (2):148) jika mahu berjaya dalam kehidupan.

Menurut Muhammad ‘Uthman Najati (2001), sebahagian besar objektif kehidupan manusia dalam bidang sosial, ekonomi, politik atau ilmiah memerlukan banyak waktu dan kesungguhan untuk merealisasikannya sama ada secara teori dan praktikal. Kesabaran adalah asas kerana ia mengajar manusia bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekerjaan terutama bagi pekerjaan yang sukar dan berisiko. Oleh itu, kesabaran dan kesungguhan dalam pekerjaan mempunyai hubungan dengan keinginan yang kuat untuk mencapai objektif-objektif yang ditetapkan. Manakala Muhammad Mahmud Isma’il (t.t) mendefinisikan seseorang yang

1

Sabda Nabi s.a.w., yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah

suka apabila seseorang itu mengerjakan amalannya dengan tekun”, (Riwayat al-Tibrani dan al-Bayhaqi) 2Rasulullah s.a.w. juga pernah berdoa yang bermaksud: “Ya Allah! Berkatilah ummatku di dalam masa pagi-paginya”. (Riwayat Abi Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah, dan al-Tibrani)

sungguh sebagai mempunyai ciri-ciri seperti mengikut undang-undang, menjauhi fikiran dan tingkahlaku yang menghasut, dapat memberikan gambaran sebenar sesuatu matlamat, berpandangan jauh serta mempunyai perancangan yang sempurna.

RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan dalam bahagian sebelum ini, jelas bahawa Islam telah menawarkan konsep budaya kerja yang jauh lebih luas konsepnya. Berasaskan maqasid al-Shariah, matlamat pembangunan ekonomi dalam Islam lebih menekankan kepada konsep kesejahteraan hidup manusia (al-falah), kehidupan yang baik (hayat tayyibah), mementingkan persaudaraan (ukhuwwah) dan keadilan sosio-ekonomi (‘adalah) serta kepuasan yang seimbang (qanaah) dalam dimensi kebendaan dan kerohanian. Maka, syarat utama bagi melaksanakan pembangunan ialah syarat manawi dan bukannya madi., tetapi kedua-duanya perlu bergerak secara bersepadu dalam segenap aspek. Manakala, rangka kerjanya mencakupi skala waktu yang panjang merangkumi kehidupan di dunia dan di akhirat agar pada kedua-dua waktu itu manusia mencapai kebahagiaan. Selari dengan itu, Syariat Islam telah mengemukakan satu konsep pencapaian kesempurnaan manusia di dunia tanpa menafikan keperluan jasmani serta tidak menjanjikan rangkaian kelahiran yang terus-menerus terhadap kemajuan yang lebih tinggi. Konsep ini tidak bersetuju bahawa kesempurnaan dan perlindungan hanya dapat dicapai melalui pemusnahan hubungan antara emosi individu dengan dunia. Islam membimbing manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Walaupun kebahagiaan dunia bersifat sementara, tetapi ia merupakan parameter kepada pencapaian di akhirat memandangkan dunia adalah ibarat ladang tempat bercucuk tanam untuk memetik hasilnya di akhirat. Kehidupan dunia tidak bererti tanpa kehidupan akhirat sebab tidak kekal, namun kehidupan akhirat juga tidak dapat dicapai tanpa melalui kehidupan di dunia terlebih dahulu.

RUJUKAN

‘Abd al-Rahman Yusra Ahmad. (2007). ‘Ilm al-Iqtisad al-Islami, Iskandariah: Dar al Jami‘iyyah.

(6)

al-Asqalani, Ahmad bin Ali bin Hajar. (1989). Fath al-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, c. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Badran Abu al-‘Aynayn Badran. (1972). al-Shariah al-Islamiyyah, Iskandariah: Mu’assasah Shabab al-Jami‘ah.

Fathi Ridwan. (1966). Falsafah al-Tashri, Kaherah: al-Majlis al-A‘la al-Shu‘un al-Islamiyyah.

al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1996). Ihya’ Ulum al-Din, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Haron Din. (1999). “Kegawatan Ekonomi Sekarang Hubungkaitnya Dengan Amalan Bisnes dan Sistem Ekonomi Yang diamalkan”, dalam Abd Jalal bin Basimi (eds.) Islam dan Bisnes, j. 1. Johor Bahru: Perbadanan Johor.

Ibn Khaldun. (t.t). al-Muqaddimah, Kaherah: Dar al-Sha‘b.

Ibn Kathir, ‘Imad al-Din Abi al-Fida’ Isma‘il bin Kathir (t.t.) Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

Isma‘il Raji al-Faruqi. (1992). al-Tawhid: Its Implications for Thought and Life, c. 2. Virginia, U.S.A.: International Institute of Islamic Thought.

Khalifah Ba Bakr al-Hasan. (2000). Dirasat fi Qadaya al-Thaqafah wa al-Iqtisad al-Islami, c. 1. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Muhammad al-Buraey. (1985). Administrative Development An Islamic Perspective, c. 1. London: Routledge & Kegan Paul plc.

Muhammad Asad. (1982). Islam at the Crossroad, c. 14, Gibraltar: Dar al-Andalus.

Muhammad Baqir al-Sadr. (1968). Iqtisaduna. Beirut: Dar al-Fikr.

Muhammad Mahmud Isma‘il. (t.t.). ‘Amal wa al-Jaza’ wa ‘Adl al-Ilahi, Mesir: Dar al-Nadwah.

Muhammad Syukri Salleh. (2002). Pembangunan Berteraskan Islam, c. 1, Bandar Baru Bangi: Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Muhammad Umar Chapra. (1979). Objectives of the Islamic Economic Order, Leicester: The Islamic Foundation.

Muhammad ‘Uthman Najati. (2001). Al-Qur’an wa ilm al-Nafs, c.7. Kaherah: Dar al-Shuruq.

Nik Mustapha B Hj Nik Hassan. (1989). “Pendekatan Sistem Ekonomi Islam Dalam Meningkatkan dan Memajukan Kedudukan Ekonomi Masyarakat Melayu, Occasional Paper Kulliyah of Economics, International Islamic University, j. 1, Jun, h. 2.

al-Qaradawi, Yusuf. (2001). Dawr al-Qiyam wa-al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islami, c. 2. Kaherah: Maktabah Wahbab.

Riyad Salih ‘Awdah. (2005). Muqaddimah fi al-Iqtisad al-Islami. Beirut: Dar al-Hadi.

Sadiq Mahdi al-Sa‘id. (1983). Mafhum al-‘Amal wa Ahkamuh al-‘Ammah fi al-Islam, Baghdad: Matba‘ah Muassasah al-Thaqafah al-‘Amaliyyah.

Sayyid Qutb. (1992). Fi Zilal al-Qur’an, j. 3, c. 17, Beirut: Dar al-Shuruq.

Sayyid Sabiq. (1994). Fiqh al-Sunnah, j. 3, Kaherah: Dar al-Fath li al-I‘lam al-‘Arabi.

Syamsul Alam M.S. (1994). “Sistem Kebudayaan Melayu Tradisi dan Hubungannya Dengan Konsep Islam untuk Pembangunan Sosioekonomi” Sari, Jurnal Alam Ketamadunan Melayu, j. 12, Julai, h.18.

Syed Muhammad al-Naquib al-Attas. (1976), Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak, c. 1, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1995), Proglegomeno to the Metaphysics of Islam. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Cizilization.

Referensi

Dokumen terkait

Digunakan 4 macam sampel dalam penelitian ini, yaitu: 1) sampel air tanah sebagai kontrol yang diambil dari sumur yang diperkirakan bebas dari pengaruh TPA, tetapi masih

Perbedaan dalam penelitian ini adalah subjek penelitian yang tidak terfokus pada pasien HIV dan AIDS yang dirawat inap tetapi semua pasien di rumah sakit yang dirawat

Diharapkan Panduan ini dapat digunakan oleh petugas / relawan / relawan Satgas Covid-19 PWNU Jawa Tengah sebagai acuan dalam melakukan kegiatan penanganan pemulasaran jenazah

Dalam hal ini peneliti menggunakan Particle Swarm Optimization (PSO) dan Genetic Algorithm (GA) sebagai algoritma seleksi fitur untuk meningkatkan akurasi

Dari 18 jenis gulma di lahan gambut yang diujicoba, diperoleh hasil bahwa kompos dengan bahan baku Calopogonium mucunoides (kalopogonium) memiliki kandungan unsur hara terbaik.

Selanjutnya, Herskovit dalam (Warsani1987:53) juga mengatakan bahwa : kebudayaan adalah bagian dari kebutuhan hidup yang di ciptakan manusia sebagai sesuatu yang superorganik sebab

Dalam penelitian ini digunakan enam variabel pengukuran antara lain ROA (Return on Assets), ROE (Return on Equity), GPM (Gross Profit Margin), NPM (Net Profit Margin), OPM

Predator Triton 500 SE terbaru dan Predator Helios 500 ditingkatkan dengan menyertakan prosesor Intel® Core ™ i9 Generasi ke-11 terbaru dan GPU Laptop NVIDIA® GeForce RTX