• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Tradisional Majapahit Dengan Be

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Hubungan Tradisional Majapahit Dengan Be"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Kerajaan Majapahit merupakan kerajaan Hindu terakhir di semenanjung Malaya dan dianggap sebagai salah satu dari kerajaan terbesar dalam sejarah Indonesia.1 Majapahit

merupakan kerajaan yang berasaskan pada ajaran Hinduisme atau Brahman yang menggunakan konsep Devaraja dalam pemerintahannya. Sebagai kerajaan Hindu termahsyur di Indonesia, Kerajaan Majapahit merupakan salah satu jenis kerajaan maritim yang ada di Asia Tenggara. Kerajaan Majapahit ditubuhkan pada tahun 1293 oleh Raden Wijaya. Raden Wijaya telah menubuhkan Majapahit setelah berjaya mengalahkan tentera Mongol yang menyerang Jawa sekitar tahun 1293 Masihi2 dan menobatkan dirinya dengan dengan gelaran

Sri Kertarajasa Jayawardhana.3

Kerajaan ini telah mencapai puncak kebesarannya dan keemasannya pada zaman pemerintahan Raja Hayam Wuruk. Pada masa itu, Majapahit telah memiliki susunan pemerintahan dan susunan birokrasi yang teratur.4 Hayam wuruk yang baru berusia 16 tahun

naik menjadi seorang raja bagi menggantikan ibunya pad tahun 1350 M dan menjalankan pemerintahan Majapahit bersama Maha Patih Gajah Mada. Pada masa keemasan inilah kerajaan majapahit dibawah komando Patih Gajah Mada memperluas kekuasaan Majapahit hingga kawasan Nusantara seperti, wilayah-wilayah yang terdapat di Sumantara, Semenanjung Melayu, Kalimantan, Sulawesi, Maluku, Nusa Tenggara dan Pantai Papua Barat.5 Majapahit telah dapat menandingi kerajaan Srivijaya yang lebih terdahulu.6 Ketika ini

kuasa Srivijaya begitu lemah sehingga tidak lagi dapat mempertahankan wilayah-wilayah

1 http://www.antaranews.com/berita/135104/hubungan-indonesia-jepang-ada-sejak-zaman-majapahit

2 Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hlmn 144.

3 Hall, D.G.E.,(1988). Sejarah Asia Tenggara. Surabaya : Usaha Nasional. Hlmn 72. 4 Poesponegoro, Marwati Djoened. (2008). Sejarah Nasional Indonesia II. Jakarta : Balai Pustaka. Hlmn, 477.

5 Agus Aris Munandar. (2008). Ibukota Majapahit, Masa Jaya dan Pencapaian. Jakarta : Komunitas Bambu. Hlmn 8.

(2)

kekuasaannya. Apa yang tinggal hanyalah kerajaan Palembang yang kemudiannya menjadi jajahan takluk Majapahit.7

Kerajaan Majapahit berperanan sebagai sebuah pusat perniagaan di Asia Tenggara iaitu dengan menghasilkan beras, rempah ratus, garam, dan kain sebagai barabg eksport utama.Untuk import-nya Majapahit mendatangkan sutera, barang dari keramik, porselen, serta besi.8 Dengan adanya kegiatan eksport import ini sekaligus memperlihatkan hubungan erat

kerajaan Majapahit dengan kerajaan-kerajaan tetangga seperti Melaka, China, Champa, Siam, Burma, Kamboja dan Vietnam. Penulisan ini akan membincangkang hubungan tradisional dan antara kerajaan Majapahit dengan beberapa buah kerajaan lain di kepulauan asia tenggara. Sebelum perbincangan ini diselitkan juga zaman kegemilangan kerajaan Majapahit dan zaman kemerosotan kerajaan tersebut.

1.1 ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN MAJAPAHIT

Kerajaan Majapahit mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Hayam Wuruk dengan pimpinan Patih Gajah Mada yang terkenal dengan Sumpah Palapa. Majapahit telah menakluk hampir dari keseluruhan Nusantara dan telah menyebarkan sayapnya sehingga ke seluruh Asia Tenggara. Dalam negara Kertagama, Hayam Wuruk sebagai raja Majapahit telah melakukan ziarah ke makam leluhurnya ( kawasan yang berada di sekitar daerah Malano). Salah satunya di makam Ken Arok. Ini menunjukkan bahawa walaupun bukan pusat pemerintahan namun Malang adalah kawasan yang disucikan kerana merupakan tanah makam para leluhur yang dipuja sebagai Dewa. Beberapa prasasti dan arca peninggalan Majapahit di kawasan puncak Gunung Semeru dan juga di Gunung Arjuna menunjukkan bahawa kawasan gunung tersebut adalah tempat bersemayam para Dewa dan hanya keturunan Raja sahaja yang

7 Ibid, Hlmn 146.

(3)

boleh menginjakkan kaki di wilayah tersebut. Bila disimpulkan, bahawa berbagai peninggalan tersebut merupakan rangkaian yang saling berhubungan walaupun terpisah oleh masa yang berda sepanjang 7 abad.

1.2 ZAMAN KEMEROSOTAN KERAJAAN MAJAPAHIT

Kerajaan Majapahit mengalami kemunduran pada tahun 1478 M iaitu setelah raja Hayam Wuruk dan patih Gajah Mada wafat. Faktor yang mempengaruhi keruntuhan kerajaan Majapahit ialah faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman ialah berlakunya beberapa pemberontakan di Majapahit, pengganti Hayam Wuruk dan Gajah Mada yang tidak cekap, kemunduran ekonoi dan perdagangan serta sistem pemerintahan yang memberikan atonomi kepada daerah menyebabkan banyak daera taklukannya memisahkan diri. Faktorr luarannya pula ialah masuknya penglibatan VOC, kemasukan agama Islam dan munculnya kerajaan Demak.

Pemberontakan berlaku adalah disebabkan kerajaan-kerajaan bawahannya sudah tidak percaya dengan kerajaan Majapahit dan menjual hasil buminya langsung kepada pedagang Cina. Kerajaan-kerajaan ini juga tidak setuju dengan sistem pemerintahan. Selain itu, sepeninggalan patih Gajah Mada, tiada lagi patih yang secekap beliau sehinggalah kerajaan Majapahit mengalami keruntuhan. Serta adanya perkahwinana dengan orang Cina yang dilakukan oleh para pembesar Majapahit sepeninggalan Gajah Mada dan Hayam Wuruk.

(4)

Negara-negara jajahan Majapahit yang jauh letaknya dari pusat pemerintahan tidak terurus lagi kerana telah terjadinya perebutan kuasa antara para anggota raja di pusat pemerintahan. Wilayah-wilayah yang terbahagi menjadi kadipaten-kadipaten tersebut saling menyerang, saling berebut sebagai pewaris takhta Majapahit. Pada masa itu arus kekeuasaan mengerucut pada dua adipati iaitu Raden Patah dan Ki Ageng Pengging. Sementara Raden Patah mendapat dukungan dari Walisongo, Ki Ageng Pengging mendapat dukungan dari Syech Siti Jenar.9 Boleh dikatakan keruntuhan Majapahit pada masa itu hanya menunggu waktu kerana

sistem dan pondasi kerajaan telah mengalami masalah dalaman. Keadaan inilah yang melemahkan kerajaan Majapahit yang akhirnya memebawa kepada keruntuhan. Menurut N.J Krom “ Bahawa keruntuhan didahului oleh kelemahan pusat pemerintahan dan kelemahan ini ini bukanalah disebabkan pertentangan agama Hindu yang sedang turun dan agama Islam yang sedang naik melainkan disebabkan oleh pertentangan dalam negeri yang berupa perang saudara dan perepecahan kuasa.”10 Selain faktor kendurnya hubungan antara pentadbiran

pusat dan daerah, semangat nasional rakyat Majapahit juga merosot. Tidak ada lagi semangat untuk memperluaskan daerah jajahan malah untuk mempertahankan tanah jajahan yang telag dicapai oleh Gajah Mada juga mula merosot. Hal ini kerana pelbagai kota pelabuhan di pelbagai daerah jajahan yang telah membebaskan diri dari Majapahit dengan sendirinya. Malah kelancaran perdagangan orang Majapahit juga terhambat. Kesannya, hasil dalam negara menurun dan kemakmuran rakyat merosot.

9 Syekh Siti Jenar merupakan tokoh kontrovesial yang eksistensinya sebagai sosok historis masih dipertanyakan. Namun, demikian sejumlah pendapat menyatakan bahawa dia bertanggungjawab atas penyebaran ajaran syi’ah dan sekaligus faham wihdatul

wujud di Pulau Jawa. Menurut salah satu sumber di memiliki nama asli Syeh Jabaranta dan pernah tinggal lama di Persia. ( Lihat MB.Rahimsyah. Legenda dan Sejarah Lengkap Wali Songo.( Amanh, Susabaya), hlmn 139.

(5)

2.0 HUBUNGAN DENGAN MELAKA

Kisah hubungan Majapahit dengan Melaka berupa cerita berunsur anakronisme. Majapahit menerima kedatangan rombongan Melaka kemudian Sultan Mansur Syah jatuh berahi kepada Puteri Majapahit iaitu Raden Galuh Cendera Kiran yang terkenal dengan kecantikannya. Dengan itu rombongan itu berhasrat meminang puteri Majapahit itu.

Sultan Mansur Syah diiringi oleh empat puluh orang pengiring, diketuai Tun Bija Sura dan sembilan orang hulubalang yang bergelar “Hanghang” ke Majapahit untuk meminang Raden Galuh Cendera Kirana.11 Mereka menaiki 500 buah perahu besar, perahu-perahu kecil

dan lancaran bertiang tiga dari Singapura.

Ketika di Majapahit, Tun Bijaya Sura dapat selamatkan 40 keris daripada dicuri oleh orang Majapahit. Selain itu, Tun Bisaya Sura telah menggertak anjing yang ditambat di hadapan raja Melaka hingga terputus tali tambatan lalu lari ke hutan. Hang Jebat dan Hang Kasturi pula masuk ke taman larangan. Apabila mereka ditombak oleh orang Jawa, mereka dapat mematahkan serangan. Ketika menghadap Betara Majapahit, Tun Bijaya Sura bermain sapu-sapu rengit. Kain disingsing ke lutut. Pemain berlenjur kaki di depan Betara yang bertujuan menghina Betara. Tun Bijaya Sura diminta berpakaian cara Jawa. Ketika itulah kerisnya dicuri orang. Walaubagaimanapun, beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit. Apabila Betara menunjukkan keris Tun Bijaya Sura, Tun Bijaya juga menunjukkan keris Betara.

Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit pun mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan dan kebijaksanaan hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Majapahit mengakui kekuatan Melaka. Kemudian, Betara keudiannya setuju menerima raja Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya beerkahwin dengan Raden Galuh Cendera

(6)

Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan kepada hubungan kekeluargaan.

3.0 HUBUNGAN DENGAN CHINA.

Berita Cina yang berasal dari zaman dinasti Minh ( 1368 – 1643 M) masih menyebutkan adanya hubungan diplomatik antara China dengan Jawa ( Majapahit) pada tahun 1499 M.12

Majapahit menjalankan hubungan politik yang baik dengan kerajaan Cina. Setiap tahun Majapahit akan menghantar utusan persahabatan kepada Maharaja China di Peking. Sekitar tahun 1370-1381 Majapahit telah beberapa kali mengirim utusan persahabatan ke Cina. Hal ini diketahui dari cerita Cina dari dinasti Ming.13 Pada zaman pemerintahan Jayanegara,

hubungan diplomatik antara Majapahit dengan Cina pulih baik. Perdagangan antara kedua negara meningkat dan banyak orang Cina yang menetap di Majapahit.14

Sejarah mencatat, salah seorang keturunan raja Majapahit pernah mempersunting putri raja Campa.15 Hayam Wuruk telah mengadakan hubungan yang erat dengan Negara China, beliau

telah menghantar utusan ke Negara China pada tahun 1370, 1375 dan 1377.16 Utusan tersebut

bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Majapahit dalam negara. Semasa pemerintahan hayam Wuruk, Majapahit merupakan sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan ufti dan cukai yang dibayar oleh pemerintah dan rakyat dari seluruh pelusuk jajahan takluknya. Di samping itu, Majapahit menjadi pusat perdagangan yang terkenal ketika itu pedagang-pedagang dari India, Kemboja, China dan Champa telah mengunjungi Majapahit bagi menjalankan aktiviti perdagangan di situ.

12 Groeneveldt,op.cit., hlm 39.

13 http://sugionosejarah.wordpress.com/2011/10/15/kerajaan-majapahit/

14 http://redhaaalfian.blogspot.com/2011/11/paper-diplomasi-kerajaan-nusantara.html 15https://www.facebook.com/notes/kongkow-bareng-gus-dur/kehebatan-gus-dur-memprediksi-masa-depan/10152605648170165

(7)

4.0 HUBUNGAN DENGAN CHAMPA

Kerajaan Champa merupakan kerajaan yang mengawal Selatan dan tengah Vietnam kiri antara abad ke-7 hingga 1832. Kerajaan Champa dengan ibukota di Wijaya ( Caban) bersebelahan dengan Kota Binhdinh yang terletak di pantai Timur Vietnam merupakan sebuah kerajaan lama yang telah dikenai sejak abad Masihi lagi.Kerajaan Champa mempunyai pengaruh yang besar dalam politik dan kenegaraan di bumi Nusantara. Kerajaan ini tidak kurang hebatnya dengan kerajaan Majapahit. Hal ini kerana raja Champa pernah diberi julukan oleh Raja Israel yang meliputi wilayah Palestina. Begitu juga dengan kebanyakkan kesultanan Islam di bumi Nusantara ini yang mengikat tali persaudaraan dengan kerajaan Champa termasuklah Majapahit. Kerajaan Champa dikenali kerana wanita pada masa lalu terkenal akan kecantikkannya.

Disamping itu, perkembangan Islam pada ketika itu pesat sekali dimana daerah Jeumpa menjadi pusat pertemuan para alama sedunia. Kebesaran kerajaan Champa pada ketika itu turut diakui oleh Majapahit. Misalnya, dalam peristiwa Brawijaya V gembira sekali setelah berjaya mengahwini bekas isteri Raja Champa Abdullah Umdatuddin ( raja Champa). Ini telah membanggakan dirinya keran isterinya itu merupakan bekas isteri kepada seorang raja besar di Asia Tenggara. Adapun kenapa bekas isteri Raja Champa ingin berkahwin dengan Brawijaya kerana dalam usaha untuk menyebarkan agama Islam di negara Majapahit. Baginya kalau seseorang raja tersebut menerima Islam maka seluruh Majapahit juga pasti akan mengikut jejak rajanya dan sudah pasti perkahwinan antara Brawijaya dan bekas isteri Raja Champa itu akan mengikut Syariat Islam. Hal ini kerana akan agak pelik sekiranya tidak berkahwin berlandaskan kepada Syariat Islam walaupun dia akan berkahwin dengan seorang yang bukan muslim.

(8)

Champa Abdullah ketika bayi itu dilahirkan berada dalam keadaan wafat dan berpesan kepada Briwajay agar menjaga anaknya yang masih merah itu. Melalui hubungan ini, dapat dilihat bahawa kerajaan Champa itu sememangnya adalah sebuah kerajaan yang luar biasa. Tidak hanya berakhir disitu apabila anak raja Champa iaitu Syarif Hidayatullah menjdi sultan Cirebon, sultan Muzaffar menjadi raja kelantan, adiknya sultan Babullah pula menjadi raja Ternate.

5.0 HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN SUNDA

Kerajaan Majapahit juga menjalinkan hubungan persekutuan dengan kerajaan Sunda. Hunbungan ini bermula apabila Hayam Wuruk berkahwin dengan puteri Kerajaan Sunda iaitu Citraresmi atau Dyah Pitaloka Citraresmi. Menurut Pararaton, Citraresmi dijodohkan dengan Hayam Wuruk, raja Majapahit yang sangat berhasrat untuk menjadikannya sebagai permaisuri.17 Kerajaan Sunda menganggap lamaran ini hanya perjanjian persekutuan. Pada

tahun 1357, rombongan raja Sunda bersama keluarga dan pengawalnya bertolak ke Majapahit untuk menghantar sang puteri untuk dinikahkan dengan Hayam Wuruk. Namun, Gajah Mada melihat hal ini sebagai peluang kerajaan Sunda takluk di bawah Majapahit. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pertarungan antara keluarga kerajaan Sunda dengan tentera Majapahit di lapangan Bubat. Walaupun dengan kekuatan serta keberanian keluarga kerajaan Sunda tetap kalah juga dengan tentera Majapahit. Hampir seluruh rombongan keluarga kerajaan Sunda dapat dibinasakan secara kejam.18 Tradisi ada menyebut bahwa sang putri

yang kecewa, dengan hati remuk redam melakukan “bela pati”, bunuh diri untuk membela kehormatan negaranya.19

17 Munoz, Paul Michel.(2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore : Editions Didier Millet. Hlmn 213.

18Drs.R.Soemono. (1973). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 2, 2nd Ed. Yogjakarta : Penerbit Kanisius. Hlm 72.

(9)

6.0 HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN SAMBAS

Dalam kejayaannya menguasai seluruh wilayah Nusantara, kerajaan Majapahit juga turut menguasai kerajaan Sambas di pulau Kalimantan. Majapahit bukan hanya menguasai kerajaan-kerajaan di bawah taklukannya, tetapi juga telah mengirim keturunan dan keluarga raja dengan prajuritnya. Mereka bukan hanya menguasai daerah dan rakyatnya tetapi juga untuk mengembangkan kebudayaan agama Hindu dan Buddha. Menurut cerita rakyat, sebelum kedatangan tentera Majapahit di Paloh, sudah ada kerajaan Sambas Tua.

Kedatangan secara beramai-ramai tentera Majapahit ke Sambas adalah pada zaman pemerintahan raja Cananagara dengan menggunakan kapal dan mendarat di Pangkalan Jawi pada tahun 1364. Kini daerah tersebut dikenali dengan nama Jawai. Kedatangan tentera Majapahit ini bukanlah untuk berperang dan berkuasa, tetapi untuk menetap dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Akhirnya, mereka kemudianya membentuk sebuah kerajaan yang kuat dimana ratunya berasal dari hasil perkahwinan dengan penduduk setempat. Raja-raja di sambas pada waktu itu digelar dengan gelaran ratu seperti gelaran raja-raja di Majapahit.

Pada pertengahan abad ke-15, pusat kerajaan Majapahit ini kemudiannya berpindah dari Paloh ke kota Lama di benua Bantanan. Namun, setelah berlakunya keruntuhan kerajaan Majapahit, kerajaan Samabas berda di bawah kerajaan Johor. Pada waktu itu, Ratu Sepudak telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan Oppenkoopman Samuel Bloemaert dari VOC pada 1 oktobet 1609. Perjanjian tersebut juga dikenali sebagai Perjanjian Ratu Sepudak bersama dengan VOC.

(10)

Referensi

Dokumen terkait