• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUBUNGAN MAJAPAHIT DENGAN KERAJAAN DI AS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HUBUNGAN MAJAPAHIT DENGAN KERAJAAN DI AS"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

HSA 3023 – ASIA TENGGARA ABAD KE-9 HINGGA 18

TUGASAN KUMPULAN

TAJUK

BINCANGKAN HUBUNGAN TRADISIONAL ANTARA

KERAJAAN MAJAPAHIT / SIAM DENGAN BEBERAPA BUAH

KERAJAAN LAIN DI KEPULAUAN ASIA TENGGARA

NAMA KUMPULAN: (KUMPULAN C)

NAMA MATRIK

NOR HIDAYAH BINTI DZUL-KIFLI D20141067577

SITI DIARABBI BINTI IZMI D20141067576

NURUL ZARIFAH BINTI ISMAIL D20141067574 SRI UTAMI HEPNI BINTI ABDULLAH D20141067575 NURUL NAHDATUL HIDAYAH BINTI AZEMI D20141067573

TARIKH PENYERAHAN TUGASAN:

TT. PENGESAHAN PENSYARAH: _________________________

DR ADNAN BIN JUSOH

Jabatan Sejarah, FSK, UPSI.

(2)

TAJUK MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 LATAR BELAKANG 2-14

2.1 ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN MAJAPAHIT 6-9

2.2 ZAMAN KEMEROSOTAN KERAJAAN MAJAPAHIT 9-14

3.0 KEMUNCULAN HUBUNGAN TRADISIONAL 14-23

3.1 HUBUNGAN DENGAN MELAKA 14-15

3.2 HUBUNGAN DENGAN CHINA 15-17

3.3 HUBUNGAN DENGAN CHAMPA 18-19

3.4 HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN SUNDA 19-20

3.5 HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN SAMBAS 20-21

3.6 HUBUNGAN DENGAN BRUNEI 21-22

3.7 HUBUNGAN DENGAN SRIWIJAYA 22-23

4.0 KESIMPULAN 24

BIBLIOGRAFI

(3)

Majapahit merupakan sebuah kerajaan yang muncul di Jawa sebagai pengganti empayar Sriwijaya yang lenyap pada akhir abad ke 13.1 Majapahit juga merupakan

sebuah empayar Hindu terakhir di Semenanjung Malaya dan dianggap sebagai salah satu kerajaan terbesar dalam sejarah Indonesia.2 Seterusnya, kerajaan ini juga

merupakan sebuah kerajaan yang berasaskan ajaran Hinduisme atau Brahman dan menggunakan konsep dewaraja dalam pemerintahannya. Di Kepulauan Melayu, negara bertaraf empayar ialah Srivijaya, Majapahit dan Melaka. Negeri-negeri ini juga dianggap sebagai pusat ketamadunan Melayu.3 Majapahit merupakan

kesinambungan daripada kerajaan Singasari yang diasaskan oleh Ken Arok pada tahun 1222 Masihi. Majapahit merupakan sebuah kerajaan maritim yang mempunyai pengaruh yang luas. Kerajaan ini telah mengadakan hubungan tradisional dengan kerajaan-kerajaan lain di Kepulauan Asia Tenggara melalui beberapa cara, yakni perkahwinan siasah, hubungan diplomatik, penaklukan dan lain-lain. Menurut Kobkua Suwannathat-Pian (2003), “Hubungan Majapahit dengan negeri-negeri di bawah lingkungan politiknya mirip kepada sistem dan perkembangan sosiopolitik di Tanah Besar. Konsep raja agung atau cakravatin, mandala dan tributari adalah menjadi prinsip asas hubungan Majapahit dengan negeri-negeri yang lebih kecil dan kurang berkuasa daripadanya. Manakala bagi negeri-negeri yang terkeluar dari mandalanya, Majapahit menjalinkan hubungan yang baik” (hlm 66).4 Pada abad ke-14, yakni

zaman kegemilangan Majapahit terutamanya semasa pemerintahan Hayam Wuruk (1350-1389) dan penyeliaan Patih Amangkubumi Gadjah Mada (1334-1364), kuasa dan pengaruh Majapahit berkembang sampai ke kemuncaknya. Hal ini seterusnya

1 Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. “Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau”. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hlm. 64.

2 http://www.antaranews.com/berita/135104/hubungan -indonesia-jepang-ada-sejak-zaman-majapahit

3 Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. “Peradaban Melayu”. Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Hlm. 49.

(4)

menjadikan Majapahit sebagai sebuah empayar utama di Nusantara yang mempunyai lingkungan politik terbesar meliputi hampir semua kepulauan Indonesia termasuk Palembang-Jambi, kedua-dua belah selat Melaka, Kalimantan dan kepulauan Indonesia timur.5

2.0 LATAR BELAKANG

Kerajaan Majapahit telah diasaskan oleh Raden Wijaya pada tahun 1292. Nama Majapahit diambil sempena peristiwa baginda menemui buah maja yang pahit rasanya di salah sebuah tanah yang dikurniakan oleh Jayakatwang, iaitu kawasan Tarik.6

Raden Wijaya merupakan menantu Kertanagara. Baginda telah berjaya menumpaskan pemberontakan Jayakatwang dan Wirajaya iaitu seorang Bupati Madura selepas mereka menggulingkan pemerintahan Kertanagara dalam kerajaan Singasari. Jayakatwang memerintah Singasari beberapa lama sebelum dikalahkan oleh Raden Wijaya dengan bantuan tentera Mongol yang datang ke Jawa pada waktu itu. Selepas berjaya mengalahkan Jayakatwang, Raden Wijaya menghalau pula tentera Mongol dari Jawa dengan memecahbelahkan mereka. Hal ini dilakukan dengan mudah kerana jumlah tentera Mongol yang lebih sedikit berbanding sebelumnya.7 Raden Wijaya

menubuhkan Majapahit setelah berjaya mengalahkan tentera Mongol yang menyerang Jawa pada sekitar tahun 1293 Masihi8 dan menabalkan dirinya dengan gelaran Sri

Kertajasa Jayawardhana.9

5Ibid., Hlm. 65.

6 Abdul Rahman Haji Abdullah. (2006). Sejarah dan kebudayaan Asia Tenggara tradisional. Selangor Darul Ehsan : Karisma Publications. Hlm. 45

7 Ibid. Hlm. 45.

8 Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Hlm. 144

(5)

Kerajaan ini telah mencapai zaman kebesarannya semasa berada di bawah pemerintahan Raja Hayam Wuruk. Pada masa itu, Majapahit telah memiliki susunan pemerintahan dan birokrasi yang teratur.10 Majapahit memiliki sistem pemerintahan

yang tersusun seperti yang digambarkan dalam kitab Negarakartagama, yakni mempunyai tiga unit pentadbiran iaitu pentadbiran peringkat pusat atau istana raja, wilayah (negeri Majapahit tulen) dan kawasan jajahan takluk.11 Raja merupakan

puncak kuasa dalam sistem pemerintahan kerajaan Majapahit. Raja dibantu oleh majlis penasihat yang terdiri daripada kerabat diraja dan juga pegawai tadbir. Urusan pentadbiran pula dijalankan oleh tiga golongan pegawai, iaitu golongan Rakryan, golongan Arya dan golongan Dang Akarya.12 Golongan pertama atau Rakryan

memiliki kuasa yang agak luas dan membantu dalam pentadbiran di peringkat pusat. Pentadbiran wilayah pula dibahagikan kepada beberapa kawasan yang dipanggil Khabupaten. Pemerintah bagi sesebuah Khabupaten dikenali sebagai Bhupati. Khabupaten pula terbahagi lagi kepada beberapa daerah kecil yang dikenali sebagai Kawadanan dan diperintah oleh Wardana. Seterusnya, Kawadanan pula akan dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu Pakwan. Pakwan ditadbir oleh Akuwu. Unit pemerintahan terkecil yang wujud pada zaman Majapahit ialah kampung. Kampung akan dikendalikan urusan pentadbirannya oleh seorang Buyut atau ketua kampung.

Pada tahun 1350 Masihi apabila Hayam Wuruk menaiki takhta pada usia 16 tahun menggantikan ibu baginda, baginda menjalankan pemerintahan bersama-sama dengan Maha Patih Gadjah Mada. Majapahit dikatakan memiliki sekurang-kurang 12 buah negeri naungan.13 Pada masa keemasan inilah kerajaan Majapahit di bawah Komando

10 Poesponogoro, Marwati Djoened. (2008). Sejarah Nasional Indonesia II. Jakarta : Komunitas Bambu. Hlm. 8.

11 Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. (2005). Peradaban Melayu. , Johor : Penebitan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Hlm. 53

(6)

Patih Gadjah Mada memperluas kekuasaan Majapahit hingga ke kawasan Nusantara seperti wilayah-wilayah yang terdapat di Sumatera, Semenanjung Melayu, Kalimantan, Sulawesi, Maluku, Nusa Tenggara dan Pantai Papua Barat.14 Pernyataan

ini turut disokong oleh Kobkua Suwannathat-Pian (2003) dalam buku bertajuk Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau. Menurut beliau, pada abad ke-14, yakni zaman kegemilangan Majapahit, terutamanya semasa pemerintahan Raja Hayam Wuruk (1350-89) dan penyeliaan Patih Amangkubumi Gadjah Mada (1334-1364), kuasa dan pengaruh Majapahit berkembang sampai kemuncaknya.15 Majapahit

menjadi empayar utama di Nusantara yang mempunyai lingkungan politik terbesar sekali; meliputi hampir semua kepulauan Indonesia termasuk Palembang-Jambi, kedua-deua belah Selat Melaka, Kalimantan dan Kepulauan Indonesia timur.16 Pada

abad ke-14 juga tiada negeri yang dapat bertanding kuasa dan pengaruh dengannya.17

Pentadbiran peringkat wilayah jajahan takluk pula diketuai oleh Juru yang menjadi patih di negeri-negeri naungan Majapahit.18 Majapahit telah dapat menandingi

kerajaan Sriwijaya yang terlebih dahulu.19 Pada masa yang sama, kuasa Sriwijaya

begitu lemah sehingga tidak lagi dapat mempertahankan wilayah-wilayah kekuasaannya. Apa yang tinggal hanyalah kerajaan Palembang yang kemudiaannya menjadi jajahan takluk Majapahit.20

Pada asasnya, Majapahit merupakan sebuah empayar yang mempunyai kedua-dua ciri pusat kuasa pedalaman yakni aspek sosioekonominya berasaskan pertanian dan hasil hutan mahupun ciri-ciri pusat perdagangan yang mementingkan aktiviti

14 Agus Aris Munandar. (2008). Ibukota Majapahit, Masa Jaya dan Pencapaian. Jakarta : Komunitas Bambu. Hlm. 8.

15 Kobkua Suwannathat-Pian. (2003). Asia Tenggara : hubungan tradisional serantau. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 65.

16 Ibid. Hlm. 65. 17 Ibid. Hlm. 65.

18 Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. (2005). Peradaban Melayu. Johor : Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Hlm. 53

19 Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Hlm. 144.

(7)

perdagangan dengan India, Asia Barat dan China. Kerajaan Majapahit berperanan sebagai sebuah pusat perdagangan di Asia Tenggara yang memperdagangkan barangan seperti beras, rempah ratus, garam dan kain. Barangan tersebut merupakan barangan eksport utama kerajaan Majapahit. Manakala, bagi barangan import pula ialah Majapahit mendatangkan sutera, barang dari keramik, porselen, serta besi.21

Kewujudan hubungan perdagangan di antara Majapahit dengan kerajaan lain menunjukkan bahawa berlakunya hubungan tradisional berlaku dalam kerajaan Majapahit. Menurut Kobkua Suwannathat (2003),

“hubungan Majapahit dengan negeri-negeri di bawah lingkungan politiknya mirip kepada sistem dan perkembangan sosiopolitik di Tanah Besar. Konsep raja agung atau cakravartin, mandala, dan tributari adalah menjadi asas hubungan Majapahit dengan negeri-negeri yang lebih kecil dan kurang berkuasa daripadanya. Manakala dengan negeri-negeri yang terkeluar dari mandalanya, Majapahit dapat menjalinkan hubungan yang baik. Contohnya, hubungan Majapahit dengan Campa, Kemboja dan Siam yang mencerminkan hubungan antara pusat kuasa yang sama taraf kedudukan sosiopolitik mereka”. (hlm. 67). 22

2.1 ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN MAJAPAHIT

Zaman kegemilangan Majapahit adalah semasa pemerintahan Raja Hayam Wuruk yang dibantu oleh Perdana Menterinya Patih Gadjah Mada. Dr. Purwadi dan M. Hum (2005), turut menyatakan “puncak kejayaan, kebesaran, kemajuan, keemasan, dan kemakmuran kraton Majapahit terjadi pada masa pemerintahan Prabu Hayam Wuruk (1350-1385). Beliau dibantu oleh seorang patih yang sangat terkenal dan profesional, iaitu Gajah Mada. Dalam menjalankan tugasnya, Gajah Mada juga merangkap sebagai Perdana Menteri” (hlm 203).23 Abdul Rahman Hj Abdullah (2005), pula menyatakan bahawa

21 http://www.lelyakertopati.com/?p=63

22 Kobkua Suwannathat-Pian. (2003). Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 65.

(8)

“untuk zaman-zaman berikutnya, sejarah Majapahit hakikatnya adalah sejarah Patih Gadjah Mada (1334-1364 M) yang bertanggungjawab menaikkan Majapahit ke mercu keagungan.24 Patih Gadjah Mada telah melakukan dua

usaha besar pada zaman Raja Hayam Wuruk, yakni menyatukan semula daerah yang enggan mengakui ketuanan Majapahit dan meneruskan gagasan Nusantara yang dirintis oleh Kertanagara semasa memerintah Singasari. Hal ini demikian kerana Majapahit merupakan sebuah kerajaan yang berkesinambungan dengan kerajaan lama ini. Mohd Arof Ishak (2009), menyatakan bahawa “wawasan Senghasari untuk menyatukan Kepulauan Melayu disambut oleh negeri penyambung Senghasari iaitu negeri Majapahit terutamanya di bawah pentadbiran Bendahara Patih Gadjah Mada (1340-1364)”(hlm.176).25 Gagasan Nusantara diperkenalkan oleh Kertanagara bagi

menghalang kemasukan kuasa China semasa Dinasti Yuan, yakni tentera-tentera Mongol yang pernah berusaha menduduki tanah Jawa pada 1292 Masihi. Patih Gadjah Mada juga terkenal dengan Sumpah Palapa. Dikatakan bahawa Gadjah Mada tidak akan makan palapa atau garam dan rempah-rempah sebelum seluruh Nusantara berada di bawah Majapahit.26 Gadjah

Mada menjalankan dasar menyatukan kepulauan Nusantara melalui dasar kekerasan atau penaklukan. Akhirnya, di bawah pemerintahan Hayam Wuruk dan Patih Gadjah Mada Majapahit berkembang menjadi sebuah empayar yang sangat kuat dan berkuasa, melebihi kekuasaan yang pernah dimiliki oleh kerajaan Sriwijaya yang pernah muncul sebagai empayar sebelumnya. Hal ini disokong oleh kenyataan Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi (2005), “wilayah

24 Abdul Rahman Hj Abdullah. (2005). Sejarah dan kebudayaan Asia Tenggara tradisional. Shah Alam, Selangor : Karisma Publications. Hlm. 46.

25 Mohd. Arof Ishak. (2009). Tamadun Alam Melayu. Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia. Hlm. 176.

(9)

kekuasaannya terbentang dari Wanin di Irian Jaya hingga Langkasuka di Tanah Melayu” (hlm 53).27 Demikianlah hasil daripada usaha gigihnya itu

seluruh Nusantara dapat ditundukkan kecuali Sunda.28 Kemajuan Majapahit

juga tergambar melalui kemakmuran dan kekayaan dalam negara yang dimiliki empayar itu. Hal ini dinyatakan oleh Purwadi dan M. Hum (2005),

“kebijakan kraton Majapahit yang sungguh-sungguh baik dirasakan manfaatnya. Roda perekonomian berjalan lancar, perdagangan dalam dan luar negeri tidak ada hambatan. Sirkulasi kewangan normal. Birokrasi yang tidak efisien dipangkas. Ekonomi biaya tinggi benar-benar ditekan. Para investor berduyun-duyun ke Majapahit untuk menanamkan modalnya. Demikian pula para pengusaha mendapat pelayanan dan penghormatan yang layak. Kesejahteraan rakyat meningkat. Finansial negara pun stabil. Aparat dan rakyat Majapahit sangat bahagia, mereka menikmati kepimpinan Prabu Hayam Wuruk. Begitu cintanya mereka pada junjungannya, tak jarang rakyat sama caos glondhong pengareng-areng, peni-peni raja peni, guru bakal guru dadi, emas picis raja brana. Persembahan rakyat Majapahit merupakan satu partisipasi dalam pembangunan. Mereka ingin menjadi warganegara yang baik, dengan membayar pajak secara jujur”(hlm. 203).29

Jelas terbukti bahawa kegemilangan empayar Majapahit tidak hanya bergantung kepada keluasan wilayah yang berada di bawah jajahan takluknya semata-mata. Kegemilangan ini juga termasuklah dari aspek ekonomi seperti kemasukan ramai pedagang dan pelabur asing ke Majapahit, perkembangan pelabuhan dan pembangunan yang meluas. Selain itu, kehidupan rakyat juga terjamin dan makmur sehingga mereka berazam untuk membayar cukai

27 Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. “Peradaban Melayu”. Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Hlm. 53

28 Abdul Rahman Hj Abdullah. 2005. “Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional”. Karisma Publications. Shah Alam, Selangor. Hlm. 46.

(10)

dengan baik dan jujur. Hayam Wuruk sebagai raja Majapahit sering melakukan ziarah ke makam leluhurnya (kawasan yang berada di sekitar daerah Melano). Salah satunya makam Ken Arok. Hal ini menunjukkan bahawa Malang merupakan kawasan yang disucikan walaupun bukan pusat pemerintahan empayar ini. Hal ini demikian kerana ia merupakan tanah makam para leluhur yang disucikan dan dipuja sebagai Dewa. Beberapa prasasti dan arca peninggalan Majapahit di kawasan puncak Gunung Semeru dan Gunung Arjuna menunjukkan bahawa kawasan tersebut adalah tempat bersemayamnya para dewa dan hanya keturunan raja dan leluhur sahaja yang berhak dipuja sebagai dewa. Hal ini jelas menunjukkan zaman kegemilangan yang pernah dialami oleh empayar Majapahit sehingga ada sebahagian daripada pemimpinnya dipuja sebagai dewa. Peninggalan ini saling berkaitan antara satu sama lain walaupun terpisah oleh jangka masa yang agak panjang iaitu kira-kira tujuh abad.

2.2 ZAMAN KEMEROSOTAN KERAJAAN MAJAPAHIT

(11)

47).30 Hal ini menjadikan keadaan dalam kraton Majapahit bertambah buruk.

Terdapat dua faktor besar yang menyebabkan keruntuhan empayar Majapahit yang agung ini, yakni faktor dalaman dan luaran. Antara faktor dalaman ialah ketiadaan pemimpin dalam kraton Majapahit yang berwibawa seperti Hayam Wuruk dan Patih Gadjah Mada. Menurut Ahmad Jelani Halimi (2008) lagi, “setelah kemangkatan Hayam Wuruk pada tahun 1389 Masihi, baginda telah digantikan oleh menantu dan anak saudaranya Wikramawardhana. Perkara ini telah membawa kekecohan dan akhirnya melemahkan Majapahit” (hlm 148).31

Hal ini jelas menunjukkan situasi kraton Majapahit yang bergolak dan tidak stabil setelah ketiadaan Hayam Wuruk, yakni berlaku konflik dalam kraton. Hal ini bertepatan dengan hal yang dinyatakan oleh Purwadi dan M. Hum (2005), “kebetulan sekali berlaku konflik internal kraton” (hlm. 203).32 Sikap

terburu-buru para pemimpin pasca Hayam Wuruk dalam melakukan perubahan atau reformasi juga merupakan faktor yang menyumbang kepada kejatuhan empayar ini. Perebutan takhta juga berlaku dalam kalangan kerabat diraja. Hal ini jelas terbukti melalui peristiwa kerajaan Majapahit yang akhirnya terbahagi kepada dua kerajaan, yakni bahagian barat yang beribu kotakan Majapahit dan bahagian Timur yang berpusat di Blambangan. Perkara ini berlaku akibat daripada perebutan takhta yang berlaku di antara Wikramawardhana33 dan Bhre Wirabhumi.34 Pertikaian ini berlarutan dan

30 Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. “Peradaban Melayu”. Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Hlm. 53

31 Abdul Rahman Hj Abdullah. 2005. “Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional”. Karisma Publications. Shah Alam, Selangor. Hlm. 148.

32 Dr. Purwadi, M. Hum. 2005. “Babad Majapahit”. Penerbit Media Abadi. Yogyakarta. Hlm. 203.

33 Wikramawardhana merupakan menantu sekaligus anak saudara kepada Hayam Wuruk. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Kusumawardhani, puteri gahara Hayam Wuruk. Lihat Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Hlm. 157.

(12)

akhirnya dimenangi oleh raja di bahagian barat, Bhre Wirabhumi dijatuhi hukuman pancung dan kepalanya dibawa pulang ke Majapahit pada sekitar tahun 1405 Masihi. Perang ini juga dikenali sebagai Perang Paregreg.35

Pada masa yang sama, ketidakstabilan politik yang berlaku dalam kerajaan Majapahit telah menyebabkan negeri atau tanah-tanah jajahannya cuba untuk melepaskan diri daripada naungan empayar Majapahit. Kerajaan-kerajaan ini terletak jauh dari pusat pemerintahan. Tambahan pula para pemimpin selepas era kepimpinan Hayam Wuruk kurang mengambil berat berkenaan negeri-negeri ini. Hal ini telah membawa kepada pemberontakan oleh tanah-tanah jajahan Majapahit. Hal ini disokong oleh kenyataan Ahmad Jelani Halimi (2008) yang menyatakan , “pemberontakan-pemberontakan yang dilakukan oleh tanah-tanah jajahannya, terutama Palembang dan Malayu telah melemahkan kerajaan Majapahit”. (hlm 148).36 Wilayah ini telah dapat

dikuasai semula oleh Majapahit, namun ia tidak lagi dapat mengawal wilayah berkenaan sepenuhnya. Menurut buku “Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu”, Palembang kemudiannya dikuasai oleh seorang pengkelana Cina bernama Liang Tau-ming.37

Seterusnya, walaupun beberapa siri pemberontakan sebelum ini dapat diatasi oleh empayar Majapahit, hal ini telah melemahkan kekuatan ekonomi dan ketenteraannya. Apabila berlaku lagi pemberontakan pada sekitar tahun 1437 Masihi, yang diketuai oleh Bre Dahar, kuasa Majapahit sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Antara tahun 1450 sehingga 1478 Masihi sering berlaku kekacauan dan pemberontakan. Perkara ini akhirnya menamatkan

Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Hlm. 67.

35 Dr. Purwadi, M. Hum. 2005. “Babad Majapahit”. Penerbit Media Abadi. Yogyakarta. Hlm. 203.

36 Abdul Rahman Hj Abdullah. 2005. “Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional”. Karisma Publications. Shah Alam, Selangor. Hlm. 148.

(13)

pemerintahan Dinasti Rajasa iaitu dinasti pengasas empayar Majapahit.38 Hal

ini berlaku apabila Girindrawardhana Dyah Wijayakarma bangkit menentang Sri Kertawijaya, iaitu pemerintah terakhir daripada Dinasti Rajasa pada sekitar tahun 1451 Masihi. Sri Kertawijaya mengalami kekalahan menyebabkan Girindrawardhana menubuhkan dinastinya sendiri iaitu Dinasti Girindrawardhana bermula dari tahun 1451 sehingga 1453 Masihi. Dinasti Girindrawardhana hanya bertahan selama lebih kurang dua tahun sebelum musnah setelah kematian pengasasnya itu. Setelah kematian baginda, Majapahit terus bergolak dan tiada seorang pun yang menaiki empayar Majapahit dalam tempoh tiga tahun selepas kematian Girindrawardhana bermula tahun 1453 sehingga 1456 Masihi. Pada tahun 1468 Masihi, sekali lagi berlaku perang saudara di Majapahit yang melibatkan waris Dinasti Girindrawardhana, yakni Singawardhana atau Girindrawardhana Dyah Wijayakusuma dengan pihak Dinasti Rajasa. Peperangan ini akhirnya dimenangi oleh Singawardhana. Sungguhpun demikian, keadaan huru hara tetap berlanjutan sehinggalah akhirnya Majapahit diserang dan ditawan oleh kerajaan Islam Demak pada tahun 1478 Masihi.

Keruntuhan empayar ini juga berlaku disebabkan beberapa faktor luaran. Antaranya ialah dasar kerajaan Ming (China) yang pada waktu itu sedang meluaskan pengaruhnya ke sekitar Asia Tenggara dan Asia Selatan. Hal ini menyebabkan beberapa buah kerajaan kecil di Nusantara seperti Melaka, Palembang, Aru (Haru), Lamburi dan Brunei mendapat pengiktirafan daripada kerajaan China, seterusnya melumpuhkan lagi kuasa Majapahit. Kerajaan kecil ini berkembang seterusnya menjadi empayar besar seperti

(14)

Melaka. Pelabuhan di kerajaan ini berkembang dan mula menjadi tumpuan para pedagang, melemahkan lagi ekonomi kerajaan Majapahit.

Kekacauan juga berlaku di pedalaman Pulau Jawa menyebabkan pelabuhan di pesisir utara ditadbir secara bebas oleh pedagang-pedagang Islam. Menurut Ahmad Jelani Halimi (2008), “perkara ini telah memulakan pengaruh dan perkembangan Islam secara meluas di Jawa” (hlm 149).39

Perkembangan ini dikukuhkan lagi oleh Sunan Ngampel dan Raden Rahmat yang telah menubuhkan sebuah perkampungan orang Islam di Ngampel Danta (Surabaya). Dari pesantren ini lahirlah ramai golongan ulama yang terkenal seperti Sunan Giri, Sunan Bonang dan Raden Fatah atau Penambahan Jinbun yang juga merupakan sultan kerajaan Islam Demak yang pertama.40

Pemerintah Majapahit pada masa ini iaitu Girindrawardhana Wijayakarma tidak menghiraukan perkembangan agama Islam di Jawa. Baginda turut memberikan kebenaran kepada Sunan Ngampel dan Giri untuk menubuhkan perkampungan Islam di situ. Hal ini mungkin disebabkan pemimpin Majapahit pada masa itu membuat perkiraan bahawa Islam tidak akan mengganggu perkembangan kerajaan ini kerana jumlah penganutnya yang terlampau sedikit jika dibandingkan dengan jumlah penganut agama Hindu-Buddha. Tambahan pula, golongan rakyat beragama Islam ini tinggal jauh daripada pusat pemerintahan kerajaan Majapahit. Ternyata andaian ini meleset apabila akhirnya kerajaan Islam Demak yang diasaskan oleh Raden Fateh muncul dan berjaya menawan Majapahit pada sekitar tahun 1478 Masihi.

39 Ahmad Jelani Halimi. 2008. “Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu”. Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Hlm. 149.

(15)

Perkembangan dan kemajuan yang dikecapi oleh kerajaan Melayu Melaka turut menjadi salah satu faktor kejatuhan empayar Majapahit.41

Melaka terletak di kawasan yang strategik telah menyebabkan ia berkembang menjadi pelabuhan yang sangat pesat dan menjadi tumpuan para pedagang dari Timur mahupun Barat. Hal ini menjadikan kegiatan perdagangan di pelabuhan Majapahit berkurang dan akhirnya melemahkan ekonominya. Selain itu, Melaka juga mempunyai dasar meluaskan jajahan takluknya. Semua kerajaan kecil yang pernah menjadi jajahan takluk Majapahit seperti Inderagiri, Kampar, Rokan, Siak dan Haru berjaya ditawan oleh Melaka. Hasil perdagangan di Melaka bertambah dengan tertawannya kerajaan ini. Manakala pelabuhan Majapahit di utara Pulau Jawa semakin sedikit. Majapahit benar-benar hancur pada sekitar tahun 1527 Masihi apabila Sultan Teranggana, iaitu pemerintah ketiga kerajaan Demak menghantar bala tenteranya untuk memusnahkan Majapahit kerana Majapahit cuba membebaskan diri dengan membawa masuk campur tangan pihak Portugis di Melaka.42

3.0 KEMUNCULAN HUBUNGAN TRADISIONAL ANTARA KERAJAAN

MAJAPAHIT DENGAN BEBERAPA BUAH KERAJAAN LAIN DI ASIA

3.1 HUBUNGAN DENGAN MELAKA

Kisah hubungan Majapahit dengan Melaka berupa cerita berunsur anakronisme. Majapahit menerima kedatangan rombongan Melaka kemudian Sultan Mansur Syah jatuh berahi kepada Puteri Majapahit iaitu Raden Galuh

(16)

Cendera Kiran yang terkenal dengan kecantikannya. Dengan itu, rombongan ini berhasrat untuk meminang Puteri Majapahit itu.

Sultan Mansur Syah diiringi oleh empat puluh orang pengiring yang diketuai oleh Tun Bijaya Sura dan sembilan orang hulubalang yang bergelar “Hanghang” ke Majapahit untuk meminang Raden Galuh Cendera Kirana.43

Mereka menaiki 500 buah perahu besar , perahu-perahu kecil dan lancaran bertiang tiga dari Singapura.

Ketika di Majapahit, Tun Bijaya Sura dapat menyelamatkan 40 bilah keris daripada dicuri oleh orang Majapahit. Selain itu, Tun Bijaya Sura telah menggertak anjing yang ditambat di hadapan raja Melaka hingga terputus tali tambatan lalu lari ke hutan. Hang Jebat dan Hang Kasturi pula masuk ke taman larangan. Apabila mereka ditombak oleh orang Jawa, mereka dapat mematahkan serangan. Ketika menghadap Betara Majapahit, Tun Bijaya Sura bermain sapu-sapu rengit. Kainnya disingsing hingga ke lutut. Pemain berlenjur kaki di hadapan Betara yang bertujuan untuk menghina Betara. Tun Bijaya Sura diminta berpakaian cara Jawa. Ketika itulah kerisnya dicuri orang. Walau bagaimanapun, beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit. Apabila Betara menunjukkan keris Tun Bijaya Sura, Tun Bijaya Sura juga menunjukkan keris Betara.

Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit pun mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan dan kebijaksanaan hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Kemudian, Betara bersetuju untuk menerima raja Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan kepada hubungan kekeluargaan.

(17)

3.2 HUBUNGAN DENGAN CHINA

Mengikut sebuah dokumen Jawa, Kidung Panji Wijayakarma, Wiraraja telah meminta bantuan Kublai Khan, kerajaan Yuan (Mongol-China) untuk mengalahkan Kediri. Beliau telah membuat perjanjian untuk menyerahkan dua orang puteri kerajaan Kediri sebagai hadiah seandainya orang Mongol dapat membantu Raden Wijaya menakluki kerajaan Kediri. Akan tetapi mengikut kajian yang dilakukan dan berpandukan kepada catatan Cina, tidak terdapat sebarang perjanjian yang berlaku di antara kerajaan di Jawa dan pihak Mongol ketika tenteranya menyerang Jawa. Kublai Khan menghantar tenteranya ke Jawa pada waktu itu adalah untuk meluaskan lagi pengaruh dan kekuasaannya dan bukannya bagi mendapatkan hadiah. Baginda juga menghantar tenteranya ke Jawa bagi membalas dendam ke atas Raja Kartanagara, yakni pemimpin Singasari pada masa itu yang telah menghina utusannya.44 Tentera Mongol dari China telah dihantar ke tanah Jawa pada

sekitar tahun 1292 Masihi dan mendarat di Jawa Timur pada tahun 1293 Masihi. Seramai 20,000 orang tentera Mongol telah membantu Raden Wijaya dalam usahanya untuk mengalahkan Kediri. Namun demikian, Raden Wijaya telah menghalau tentera Mongol pulang ke China setelah memenangi peperangan itu. Serangan tentera Mongol (China) ke atas kerajaan di tanah Jawa khususnya Majpahit tidak berakhir di situ sahaja. Mengikut laporan daripada seorang pengembara Itali, Odoric dari Pordone yang melawat Jawa sekitar tahun 1321 Masihi, di samping mengahdapi pemberontakan-pemberontakan dari kerajaan jajahannya, Jayanagara juga terpaksa menghadapi serangan-serangan tentera Kublai Khan. Mengikut Odoric,

(18)

Majapahit telah beberapa kali diserang oleh tentera Mongol namun dapat diatasi oleh tentera Majapahit. Walau bagaimanapun, pada sekitar tahun 1325 Masihi sehingga 1328 Masihi hubungan antara China dan Majapahit bertambah baik. Hal ini dibuktikan melalui tindakan Jayanagara yang menghantar utusan ke istana Yuan pada setiap tahun.45 Bagi dinasti berikutnya

pula hubungan ini bertambah baik. Sebagai contoh, berita China yang berasal dari zaman dinasti Minh (1368-1643M) masih menyebutkan adanya hubungan diplomatik antara China dengan Jawa (Majapahit) pada tahun 1499M.46

Majapahit menjalankan hubungan politik yang baik dengan kerajaan China. Setiap tahun Majapahit akan menghantar utusan persahabatan kepada Maharaja China di Peking. Sekitar tahun 1370 sehingga 1381 Majapahit telah beberapa kali mengirim utusan persahabatan ke China. Hal ini diketahui dari cerita China dari Dinasti Ming.47 Pada zaman pemerintahan Jayanegara juga

hubungan diplomatik antara Majapahit dengan China pulih menjadi baik. Perdagangan antara kedua negara meningkat dan ramai orang China yang menetap di Majapahit.48

Sejarah mencatat salah seorang keturunan raja Majapahit pernah mempersunting putri raja Champa.49 Hayam Wuruk telah mengadakan

hubungan yang erat dengan Negara China. Beliau telah menghantar utusan ke Negara China pada tahun 1370, 1375 dan 1377.50 Utusan tersebut bertujuan

untuk mengukuhkan kedudukan Majapahit dalam negara. Semasa pemerintahan Hayam Wuruk, Majapahit merupakan sebuah negara yang kaya

45 Ibid. Hlm. 149

46 Groeneveldt,op.cit., hlm 39.

47 http://sugionosejarah.wordpress.com/2011/10/15/kerajaan-majapahit/

48 http://redhaaalfian.blogspot.com/2011/11/paper-diplomasi-kerajaan-nusantara.html 49 http://www.facebook.com/notes/kongkow-bareng-gus-dur/kehebatan-gus-dur-memprediksi-masa-depan/10152605648170165

(19)

dengan hasil kutipan ufti dan cukai yang dibayar oleh pemerintah dan rakyat dari seluruh pelosok jajahan takluknya. Di samping itu, Majapahit menjadi pusat perdagangan yang terkenal ketika itu seperti pedagang-pedagang dari India, Kemboja, China dan Champa telah mengunjungi Majapahit bagi menjalankan aktiviti perdagangan disitu. Jelas disini bahawa hubungan yang dimiliki oleh China dan kerajaan Majapahit pada mulanya agak kurang baik. Namun demikian, hal ini berubah selepas tahun 1325 Masihi. Akhirnya hubungan baik ini berlanjutan selama beberapa dinasti yang memerintah empayar China pada waktu itu.

3.3 HUBUNGAN DENGAN CHAMPA

Kerajaan Champa merupakan kerajaan yang mengawal Selatan dan Tengah Vietnam antara abad ke-7 hingga 1832. Kerajaan Champa dengan ibu kota di Wijaya (Caban) bersebelahan dengan Kota Binhdinh yang terletak di pantai Timur Vietnam merupakan sebuah kerajaan lama yang telah lama dikenali sejak abad Masihi lagi. Kerajaan Champa mempunyai pengaruh yang besar dalam politik dan kenegaraan di bumi Nusantara. Kerajaan ini tidak kurang hebatnya dengan kerajaan Majapahit. Hal ini kerana raja Champa pernah diberi julukan oleh Raja Israel yang meliputi wilayah Palestine. Begitu juga dengan kebanyakan Kesultanan Islam di bumi Nusantara ini yang mengikat tali persaudaraan dengan kerajaan Champa termasuklah Majapahit. Kerajaan Champa dikenali kerana wanita pada masa lalu terkenal akan kecantikannya.

(20)

Kebesaran kerajaan Champa pada ketika itu turut diakui oleh Majapahit. Misalnya, dalam peristiwa Brawijaya V gembira sekali setelah Berjaya mengahwini bekas isteri Raja Champa Abdullah Umdatuddin (Raja Champa). Ini telah membanggakan dirinya kerana isterinya itu merupakan bekas isteri kepada seorang raja besar di Asia Tenggara. Adapun kenapa bekas isteri Raja Champa ingin berkahwin dengan Brawijaya untuk menyebarkan agama Islam di negara Majapahit. Baginya kalau seseorang raja tersebut menerima Islam maka seluruh Majapahit juga pasti akan mengikut jejak rajanya dan sudah pasti perkahwinan antara Brawijaya dan bekas isteri Raja Champa itu akan mengikut syariat Islam. Raja Champa yang merupakan raja besar mahu menyerahkan bekas isterinya kepada orang lain. Semasa menceraikan isterinya itu, isterinya baru melahirkan seorang bayi. Ketika bayi itu dilahirkan, Raja Champa Abdullah berada dalam keadaan wafat dan berpesan kepada Briwijaya agar menjaga anaknya yang masih merah itu. Melalui hubungan ini, dapat dilihat bahawa kerajaan Champa itu sememangnya adalah sebuah kerajaan yang luar biasa. Tidak hanya berakhir disitu apabila anak raja Champa iaitu Syarif Hidayatullah menjadi Sultan Cirebon, Sultan Muzaffar menjadi raja Kelantan, adiknya Sultan Babullah menjadi raja Ternate.

3.4 HUBUNGAN DENGAN SUNDA

(21)

sangat berhasrat untuk menjadikannya sebagai permaisuri.51 Kerajaan Sunda

menganggap lamaran ini hanya perjanjian persekutuan. Pada tahun 1357, rombongan raja Sunda bersama-sama keluarga dan pengawalnya bertolak ke Majapahit untuk menghantar sang puteri untuk dinikahkan dengan Hayam Wuruk. Namun, Gajah Mada melihat hal ini sebagai peluang kerajaan Sunda takluk di bawah Majapahit. Hal ini telah menyebabkan berlakunya peperangan antara keluarga kerajaan Sunda dengan tentera Majapahit di lapangan Bubat. Peperangan ini dikenali sebagai Pasunda-Bubat di mana tentera Majapahit telah dapat menawan Sunda dan membunuh maharajanya.52 Walaupun dengan

kekuatan serta keberanian keluarga kerajaan Sunda tetap kalah juga dengan tentera Majapahit. Hampir seluruh rombongan keluarga kerajaan Sunda dapat dibinasakan secara kejam.53 Tradisi ada menyebut bahawa sang puteri yang

kecewa dengan hati yang remuk redam melakukan “bela pati”, bunuh diri untuk membela kehormatan negaranya.54 Hal yang sama turut dinyatakan oleh

Ahmad Jelani Halimi (2008), “Dikatakan Puteri Dyah Pitaloku telah membunuh diri kerana enggan menyerah kepada Hayam Wuruk. Perkara ini telah mengecewakan Hayam Wuruk hingga menyebabkannya jatuh sakit” (hlm 150).55 Peristiwa penaklukan Sunda ini juga menyebabkan Patih Gadjah

Mada digantung jawatannya selama beberapa tahun sekaligus menyebabkan perselisihan faham antara kedua-dua tokoh agung empayar Majapahit itu.

51 Munoz, Paul Michel.(2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore : Editions Didier Millet. Hlmn 213.

52 Ahmad Jelani Halimi. 2008. “Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu”. Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Hlm. 150.

53 Drs.R.Soemono. (1973). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 2, 2nd Ed. Yogjakarta : Penerbit Kanisius. Hlm 72.

54 Y.Achadiati S, Soeroso M.P., (1988). Sejarah Peradaban Manusia : Zaman Majapahit. Jakarta : PT Gita Karya. Hlmn 13.

(22)

3.5 HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN SAMBAS

Dalam kejayaannya menguasai seluruh wilayah Nusantara, kerajaan Majapahit juga turut menguasai keajaan Sambas di Pulau Kalimantan. Majapahit bukan hanya menguasai kerajaan-kerajaan di bawah taklukannya, tetapi juga telah mengirim keturunan dan keluarga raja dengan prajuritnya. Mereka bukan hanya menguasai daerah dan rakyatnya tetapi juga untuk mengembangkan kebudayaan agama Hindu dan Buddha. Menurut cerita rakyat, sebelum kedatangan tentera Majapahit di Paloh, sudah ada kerajaan Sambas Tua.

Kedatangan secara beramai-ramai tentera Majapahit ke Sambas adalah pada zaman pemerintahan raja Cananagara dengan menggunakan kapal dan mendarat di Pangkalan Jawi pada tahun 1364. Kini, daerah tersebut dikenali dengan nama Jawai. Kedatangan tentera Majapahit ini bukanlah untuk berperang dan berkuasa, tetapi untuk menetap dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Akhirnya, mereka kemudiannya membentuk sebuah kerajaan yang kuat dimana ratunya berasal dari hasil perkahwinan dengan penduduk setempat. Raja-raja di Sambas pada waktu itu digelar dengan gelaran ratu seperti gelaran raja-raja di Majapahit.

Pada pertengahan abad ke-15, pusat kerajaan Majapahit ini kemudiannya berpindah dari Paloh ke Kota Lama di benua Bantanan. Namun, setelah berlakunya keruntuhan kerajaan Majapahit, kerajaan Sambas berada di bawah kerajaan Johor. Pada waktu itu, Ratu Sepudak telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan Oppenkoopman Samuel Bloemaert dari VOC pada 1 Oktober 1609. Perjanjian tersebut juga dikenali sebagai Perjanjian Ratu Sepudak bersama-sama dengan VOC.

(23)

Terdapat sebuah kerajaan di pantai barat Kalimantan yang dikenali sebagai Po-ni. Kerajaan ini turut diidentifikasikan sebagai kerajaan Brunei.56 Dalam buku

bertajuk Pararaton, Brunei dinyatakan sebagai salah sebuah negeri yang berada dalam jajahan takluk Majapahit.57 Hanya selepas China mengubah

dasarnya, yakni dasar meluaskan pengaruh ke Asia Tenggara dan Asia Selatan barulah Brunei berjaya melepaskan kerajaannya dari cengkaman kuasa Majapahit, iaitu pada sekitar abad ke-13.

3.7 HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN SRIWIJAYA

Seperti Ayuthia dan kerajaan Toungoo, Majapahit sentiasa bersikap ambil berat tentang kegiatan politik di dalam mandalanya dan menjalankan dasar keras terhadap negeri-negeri vassal yang cuba melepaskan diri daripada lingkungan politik Majapahit. Hal ini boleh dilihat melalui perhubungan yang terjalin antara empayar Majapahit dengan Sriwijaya (Jambi-Palembang). Pada sekitar tahun 1360-an, Majapahit telah berjaya menundukkan Sriwijaya dan menjadikannya sebagai sebuah kerajaan yang berada di bawah lingkungan ataupun pengaruh politik Majapahit. Pertukaran dinasti yang memerintah di negara China, iaitu dinasti Ming menggantikan dinasti Yuan menyebabkan kerajaan-kerajaan kecil di Nusantara seperti Melayu-Jambi (Sriwijaya) berhasrat untuk melepaskan diri daripada lingkungan politik Majapahit. Oleh hal yang demikian, Sriwijaya telah menghantar utusan ke istana Nanking dan berjaya mendapat tera pertabalan daripada Maharaja China pada waktu itu. Tera pertabalan ini merupakan tanda pengurniaan dan pengiktirafan kedudukan “merdeka” sesebuah negeri di Asia Tenggara yang diberikan oleh

56 Abdul Rahman Hj Abdullah. (2006). Sejarah dan kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications. Hlm. 31.

(24)

empayar China.58 Hal ini telah menimbulkan kemarahan pemerintah empayar

Majapahit terhadpa negeri naungannya itu, yakni Sriwijaya. Pada tahun 1377 Masihi, Majapahit telah menghantar armada lautnya untuk menyerang kerajaan Sriwijaya dan merampas alat-alat kebesaran yang dikurniakan oleh Nanking. China mengakui kesilapannya dan tidak bertindak balas terhadap perkara itu. Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Majapahit amat menitikberatkan segala kegiatan politik yang berlaku di negeri naungannya. Masalah antara empayar Majapahit dan kerajaan naungannya ini masih tidak dapat diselesaikan dan berlarutan sehingga akhirnya pada tahun 1397 Majapahit menyerang sekaligus melenyapkan kuasa dan pentadbiran Melayu-Jambi (Sriwijaya) sepenuhnya. Pusat pentadbiran kerajaan Sriwijaya juga dipindahkan ke Palembang. Palembang menjadi pelabuhan “haram” bagi perdagangan dari negara China. Seorang pembesar dilantik untuk menjaga Palembang setelah Majapahit menerima amaran daripada Nanking mengenai keadaan kacau bilau yang berlaku di situ.59 Menurut Wolters yang bersetuju

dengan tulisan Pires, Majapahit menyerang Palembang (Sriwijaya) pada tahun-tahun terakhir abad ke-14, sebab pemerintah tempatannya, yakni Parameswara yang mengasaskan Melaka, telah menentang kuasanya.60

4.0 KESIMPULAN

58 Kobkua Suwannathat. (2003). Asia Tenggara : hubungan tradisional serantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 67.

(25)

Berdasarkan kajian yang dibuat, kerajaan Majapahit amat mementingkan hubungannya dengan kerajaan luar. Majapahit menjalinkan hubungan melalui pelbagai cara, termasuklah perkahwinan politik atau siasah, penaklukan sesebuah kerajaan lain, hubungan perdagangan, hubungan diplomatik dan hubungan berteraskan keselamatan serta banyak lagi. Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan dan kekuatan empayar Majapahit. Selain untuk melebarkan lagi pengaruhnya di alam Nusantara seiring dengan Sumpah Palapa yang diikrarkan oleh salah seorang pemimpin agungnya, yakni Patih Gadjah Mada Amangkubhumi. Semangat dan kegigihan usaha Patih Gadjah Mada dan Prabu Hayam Wuruk merupakan faktor terpenting yang mendorong kepada peluasan kuasa ini. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah hubungan empayar Majapahit mempunyai hubungan luar yang luas dan besar. Seterusnya, hubungan tradisional yang dijalankan oleh empayar Majapahit ini telah banyak mempengaruhi perkembangan politik di rantau Asia Tenggara. Akhirnya, terbentuklah empayar-empayar yang kuat dan berpengaruh di Asia Tenggara khususnya Nusantara seperti Melaka, Demak, Mataram dan banyak lagi.

BIBLIOGRAFI

(26)

Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Agus Aris Munandar. (2008). Ibukota Majapahit. Masa Jaya dan Pencapaian. Jakarta : Komunitas Bambu.

Dr. Purwadi, M. Hum. (2005). Babad Majapahit. Yogyakarta : Penerbit Media Abadi.

Drs.R.Soemono. (1973). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 2, 2nd Ed. Yogjakarta :

Penerbit Kanisius.

Drs. Pitono Hardjowardojo. (1966). Pararaton. Djakarta: Bhratara.

Groeneveldt,op.cit.,

Hall, D.G.E.,(1988). Sejarah Asia Tenggara. Surabaya : Usaha Nasional.

Kobkua Suwannathat-Pian. 2003. “Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau”. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Mohd. Arof Ishak. (2009). Tamadun Alam Melayu. Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia.

Mohd . Koharuddin Mohd. Balwi. 2005. “Peradaban Melayu”. Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

Munoz, Paul Michel.(2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore : Editions Didier Millet.

Poesponegoro, Marwati Djoened. (2008). Sejarah Nasional Indonesia II. Jakarta : Balai Pustaka.

(27)

Slamet Muljana. (2005). Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-negara Islam di Nusantara. LKis Yogyakarta.

Syekh Siti Jenar merupakan tokoh kontroversial yang eksistensinya sebagai historis masih dipertanyakan. Namun demikian,sejumlah pendapat menyatakan bahawa dia bertanggungjawab atas penyebaran ajaran syiah dan sekaligus faham wihdatul

wujud di Pulau Jawa. Menurut salah satu sumber dia memiliki satu nama asli Syeh Jabaranta dan pernah tinggal lama di Persia. ( Lihat MB. Rahimsyah. Legenda dan Sejarah Lengkap Wali Songo. (Amanh,Susabaya).

Y.Achadiati S, Soeroso M.P., (1988). Sejarah Peradaban Manusia : Zaman Majapahit. Jakarta : PT Gita Karya.

Diperoleh pada Februari 2,2015 daripada.

http://www.antaranews.com/berita/135104/hubungan-indonesia-jepang-ada-sejak-zaman-majapahit

Diperoleh pada Februari 2,2015 daripada. http://www.lelyakertopati.com/?p=63

Diperoleh pada Februari 2,2015 daripada. http://mimbarkata.blogspot.com/2013/01/sinopsis-sulalatus-salatin-bab-vi.html

Diperoleh pada Februari 2,2015 daripada.

(28)

Diperoleh pada Februari 2,2015 daripada. http://redhaaalfian.blogspot.com/2011/11/paper-diplomasi-kerajaan-nusantara.html

Diperoleh pada Februari 2,2015 daripada. http://www.facebook.com/notes/kongkow-bareng-gus-dur/kehebatan-gus-dur-memprediksi-masa-depan/10152605648170165

Referensi

Dokumen terkait

Tabel 7 juga menunjukkan beberapa aksesi plasma nutfah yang terpilih bersifat toleran terhadap cekaman keracunan Fe tidak saja pada fase vegetatif tetapi

sedcmdesetega leta starosti zbolela zaradi raka jajčnikov je mecl 16-65 odstotkov: v primeru mutiranega gena BRCA 1 30-40 odstotkov in BRCA 2 -.. 20

Microsoft Excel 2007 merupakan software pengolah data yang diproduksi olehMicrosoft Corporation yang sangat bermanfaat dalam aplikasi perkantoran

Menurut Dimatteo (Ristianti, tt, hal. 3) konsep operasional dari dukungan sosial adalah percieved support dukungan yang dirasakan), yang memiliki dua elemen dasar

(2) Revisi RTRWP dan/atau RTRWK sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dilakukan oleh pemerintah daerah sejak Ketidaksesuaian RTRWP dan/atau RTRWK dengan Batas Daerah

dalam menentukan kebijakan dan langkah-langkah untuk memberikan perlindungan hukum yang baik terhadap konsumen yang berkaitan dengan agen asuransi dalam penyampaian

Mengat ur propert ies bean at au m engat ur variabel ke dalam scope yang berbeda m em bukt ikan bahwa fungsi dapat di refact or disuat u t em pat dan t idak baik dengan dom

Pada dasarnya setiap ilmu pengetahuan satu dan lainnya saling berhubungan. Namun hubungan tersebut ada yang sifatnya berdekatan, yang pertengahan dan ada pula yang agak jauh. Ilmu