• Tidak ada hasil yang ditemukan

Journal of Business and Hospitality Management (Vol 4) No 1 (2018) Page

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Journal of Business and Hospitality Management (Vol 4) No 1 (2018) Page"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

281

TAHAP PENGLIBATAN KESUKARELAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU (KKKMS), SABAH

Zariah Abd Manan1, Canne Paul2 & Dr. Robert@Kerk Swee Tian3 Kolej Komuniti Kota Marudu,

jleeya.namraz@gmail.com1 canne87@gmail.com2 pgrhkkk.marudu@mohe.gov.my3 ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap Penglibatan para pelajar terhadap aktiviti-aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan oleh pihak institusi. Kajian ini perlu agar apa jua bentuk aktiviti atau program yang melibatkan pembangunan masyarakat yang akan dilaksanakan kelak, mampu menarik minat dan meningkatkan rasa tanggungjawab para pelajar di samping memberi nilai tambah kepada para pelajar khususnya. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penglibatan para pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) terhadap aktiviti kesukarelawanan, mengenalpasti kepuasan para pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) terhadap aktiviti kesukarelawanan, mengenalpasti sumber-sumber yang memberi maklumat mengenai aktiviti kesukarelawanan, mengenalpasti hubungkait antara sumber maklumat dengan tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan dan mengenalpasti hubungkait antara latar belakang responden dengan tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS 22.0. Responden kajian adalah semua pelajar semasa yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) pada sesi November 2017 iaitu seramai 69 orang. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif dan korelasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa 87% pelajar terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan hanya dalam tempoh kurang daripada 3 bulan. Walaupun bagaimanapun, 94% pelajar berpuas hati terhadap penganjuran aktiviti kesukarelawanan tersebut kerana mereka percaya aktiviti-aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan oleh pihak institusi memberi nilai tambah kepada kerjaya mereka pada masa akan datang. Tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawan adalah sederhana (min=4.154). Min purata perkongsian maklumat berkenaan program kesukarelawan juga berada di tahap sederhana (min=3.763). Menerusi analisis korelasi, kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara sumber maklumat kesukarelawanan dengan tahap penglibatan para pelajar iaitu (r=0.891, p<0.01). Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara latar belakang responden berbanding tahap penglibatan pelajar. Hanya faktor jantina yang mempunyai korelasi yang lemah (min=0.567) berbanding faktor-faktor yang lain. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa para pelajar beranggapan bahawa pihak institusi memberi impak yang besar terhadap perkembangan diri mereka. Para pelajar juga bersetuju bahawa para pensyarah adalah penyebar maklumat utama bagi keterlibatan mereka dalam suatu aktiviti kesukarelawan. Para pelajar juga yakin bahawa aktiviti seumpama ini mampu memberikan nilai tambah terhadap kerjaya mereka pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, keseluruhan tahap penglibatan berada pada tahap sederhana. Oleh sebab itu, pihak institusi hendaklah memainkan peranan yang penting agar aktiviti kesukarelawanan dapat dilaksanakan berterusan dengan melibatkan semua agar mereka lebih bermotivasi dan bersedia ke alam pekerjaan yang sebenar.

(2)

282

Kata Kunci: tahap penglibatan, kesukarelawanan 1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti kesukarelawan menjadi trend dan Petunjuk Prestasi Utama bagi sesebuah institusi pengajian dalam negara pada masa kini. Aktiviti kesukarelawan yang dilaksanakan oleh Kolej Komuniti di seluruh negara menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak bagi membantu golongan masyarakat yang tidak berkemampuan.Kolej Komuniti Kota Marudu tidak terkecuali melaksanakan aktiviti kesukarelawan di sekitar Kota Marudu dan daerah-daerah yang berdekatan. Antara aktiviti kesukarelawan yang telah dijalankan adalah seperti Program WE CARE di daerah Matunggong, Program CABINET AWAY DAY di sekitar daerah Kudat dan Kota Marudu yang melibatkan para pelajar. Pelajar-pelajar ini terlibat dalam menyelenggara alat penghawa dingin, membuat pendawaian domestik, menyelenggara rumah-rumah usang penduduk kampung dan membuat simen fero. Selain itu, pelajar-pelajar juga terlibat dengan pembinaan kedai runcit serta mengadakan kursus-kursus kemahiran kepada penduduk kampung. Selain masyarakat yang dibantu, individu yang terlibat untuk menjayakan aktiviti kesukarelawan tersebut mendapat implikasi kesejahteraan, kebahagiaan dan kepuasan kerana dapat melihat hasil yang positif daripada setiap tindakannya (Wang et al, 2016).

Aktiviti kesukarelawan dilihat sebagai medium terbaik yang mampu menerapkan aspek keterampilan dalam diri pelajar. Melalui penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti, aspek keterampilan dapat diterap dan disemai dalam diri pelajar sama ada disedari atau tidak. Dalam menjana modal insan kelas pertama, Malaysia memerlukan tenaga mahir yang bijak berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat, kebolehan memimpin organisasi, mengamalkan kerja berkumpulan dan sebagainya. Penerapan aspek keterampilan dalam aktiviti kesukarelawan dapat menjana penampilan diri yang kemas di samping kemahiran komunikasi yang berkesan. Penguasaan ini memberi kelebihan kepada pelajar dalam menyusuri kehidupan dan merealisasikan harapan Malaysia menjadi negara maju (Ahmad dan Hisham, 2010).

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Aktiviti kesukarelawan yang dianjurkan oleh institusi pendidikan dalam negara menjadikan para pelajar sebagai nadi penggerak utama aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh institusi masing-masing. Program kesukarelawan pada hari ini menumpukan impak kepada masyarakat apatah lagi Kolej Komuniti yang sememangnya bervisikan “Membangun komuniti setempat sebagai tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih untuk memenuhi tuntutan dunia pekerjaan melalui pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat”. Namun, keghairahan melihat impak aktiviti kepada komuniti sehingga adakalanya mengetepikan keutamaan penglibatan semua pelajar agar peranan mereka sebagai masyarakat juga berkembang. Impak aktiviti kesukarelawan kepada komuniti dapat dilihat sejurus selepas berakhirnya sesuatu aktiviti. Akan tetapi tidak pada perkembangan dalam diri seseorang pelajar. Oleh sebab itu, pengkaji ingin mengkaji sejauh manakah tahap penglibatan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar di kolej komuniti kota marudu (kkkms), sabah

(3)

283

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenalpasti tahap penglibatan para pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) terhadap aktiviti kesukarelawanan.

ii. Mengenalpasti kepuasan para pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) terhadap aktiviti kesukarelawanan.

iii. Mengenalpasti sumber-sumber yang memberikan maklumat mengenai aktiviti kesukarelawan kepada pelajar.

iv. Mengenalpasti hubungkait antara sumber maklumat dengan tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan.

v. Mengenalpasti hubungkait antara latar belakang responden dengan tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan.

4.0 PERSOALAN DAN HIPOTESIS KAJIIAN

Kajian ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan iaitu: Persoalan 1:

Sejauh manakah tahap penglibatan para pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) terhadap aktiviti kesukarelawanan? Persoalan 2:

Adakah para pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) berpuas hati dengan aktiviti kesukarelawanan yang telah dianjurkan?

Persoalan 3:

Sejauhmanakah sumber-sumber maklumat memberikan informasi mengenai aktiviti-aktiviti kesukarelawan kepada pelajar?

Persoalan 4:

Adakah terdapat hubungkait antara sumber maklumat dengan tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan Hipotesis 1:

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sumber maklumat dengan tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan.

Hipotesis 2:

Terdapat hubungan yang signifikan antara sumber maklumat dengan tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan.

Persoalan 5:

Adakah terdapat hubungkait antara latar belakang responden dengan tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan?

(4)

284

Hipotesis 1:

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara latar belakang responden dengan tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan.

Hipotesis 2:

Terdapat hubungan yang signifikan antara latar belakang responden dengan tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan.

5.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini dijalankan khusus untuk pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Kota Marudu. Kajian ini telah dijalankan pada sesi pengajian November 2017 dan maklum balas soal selidik diperolehi daripada pelajar semasa Kolej Komuniti Kota Marudu pada sesi tersebut sahaja.

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik yang diadaptasi dari kajian “Penglibatan Dan Motivasi Kesukarelawanan: Ke Arah Memupuk Semangat Kesukarelawan Dalam Kalangan Mahasiswa” oleh Fauziah, Aizan Sofia dan Tharshini (2015) yang dicapai melalui Journal of social sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini telah pun diukur dengan tahap memuaskan (0.627) pada bahagian B (Tahap Penglibatan Pelajar Terhadap Aktiviti Kesukarelawan) dan Nilai Kebolehpercayaan yang tinggi (0.731) pada bahagian C (Sumber Maklumat Aktiviti Kesukarelawan).

Terdapat 4 bahagian pada soal selidik ini iaitu: Bahagian A: Latar Belakang Responden Bahagian B: Kepuasan pelajar

Bahagian C: Tahap Penglibatan Pelajar Terhadap Aktiviti Kesukarelawan Bahagian D: Sumber Maklumat Aktiviti Kesukarelawan

Bahagian C dan D dinilai menggunakan skala Likert seperti berikut: Jadual 1: Skor penilaian skala Likert

Pernyataan Skor

Sangat setuju 5

Setuju 4

Tidak pasti 3

Tidak setuju 2

Sangat tidak setuju 1

(5)

285

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu dan sampel kajian adalah seramai 69 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian iaitu jumlah keseluruhan pelajar semasa pada sesi tersebut.

Data kajian ini telah dianalisis menggunakan Statistical Package for The Social Sciences for Windows (SPSS for windows). Penyelidik menggunakan kaedah statistik deskriptif dan korelasi untuk mendapatkan hasil kajian.

7.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 7.1 Latar belakang responden

Jadual 2: Demografi Responden

Tahap Penglibatan Bil (n=69) Peratus (%) Umur 18 – 20 62 90 21 – 23 7 10 Jantina Lelaki 66 96 Perempuan 3 4 Tempat Kelahiran Pekan 28 41 Bandar 26 38 Luar Bandar 15 22 Program Pengajian SPB 39 56 SPU 30 44 7.2 Persoalan Kajian Persoalan 1:

Sejauh manakah tahap penglibatan para pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) terhadap aktiviti kesukarelawanan?

Jadual 3: Tahap penglibatan pelajar mengikut faktor

Tahap Penglibatan Pelajar Min Sisihan Piawai Memberi nilai tambah terhadap kerjaya 4.507 .585

Membantu masyarakat setepat 4.159 .656

Memberi pengalaman baru 4.304 .626

(6)

286

Mengikut rakan 3.362 1.043

Keseluruhan 4.154 0.660

Berdasarkan data di atas, tahap penglibatan keseluruhan pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu berada pada tahap sederhana (min=4.154). Semua pelajar bersetuju bahawa item-item tersebut mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti kesukarelawan. Menurut Baharin et al (2007), pembelajaran dalam diri seseorang pelajar dipengaruhi oleh emosi dan diikuti oleh psikolologi. Oleh sebab itu, interaksi pelajar bersama masyarakat yang memerlukan telah meninggalkan kesan mendalam terhadap pembangunan emosi dan psikologi mereka. Min tertinggi menunjukkan para pelajar bersetuju bahawa aktiviti-aktiviti kesukarelawan ini memberi nilai tambah terhadap kerjaya pada masa akan datang. Ini termasuklah menambah kemahiran dari segi praktikal mahupun kemahiran interpersonal. Daripada kajian Hassan dan Raja Roslan (2010), pelajar bersetuju bahawa aktiviti kesukarelawan mampu memberi faedah dan membentuk potensi pelajar.

Jadual 4: Tempoh penglibatan pelajar

Tempoh Penglibatan Bil (n=69) Peratus (%)

Kurang 3 Bulan 60 87

4 – 6 Bulan 3 4

7 – 9 Bulan 2 3

Lebih Setahun 4 6

Daripada Jadual 4, para pelajar yang menunjukkan tempoh penglibatan kurang daripada 3 bulan adalah sebanyak 87%. Ini bermaksud para pelajar pernah terlibat dengan aktiviti kesukarelawan sebelum memasuki Kolej Komuniti. Fauziah, Aizan Sofia dan Tharsini (2015) mendapati majoriti pelajar institusi pengajian tinggi pernah melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawanan sebelum menawarkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan di peringkat institusi.

Persoalan 2:

Adakah para pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) berpuas hati dengan aktiviti kesukarelawanan yang telah dianjurkan?

Jadual 5: Kepuasan pelajar

Kepuasan Bil (n=69) Peratus (%)

Berpuas hati 65 94

Tidak Berpuas Hati 4 6

Berpandukan data kajian di atas, majoriti pelajar berpuas hati dengan aktiviti kesukarelawan yang dianjurkan oleh pihak kolej. Ini kerana aktiviti yang dianjurkan memberi nilai tambah pada kerjaya pelajar pada masa akan datang. Berbanding (Imran dan Murad, 2016) yang menyatakan hanya sedikit pelajar yang mengakui bahawa institusi pendidikan mereka terlibat dalam aktiviti kesukarelawan kerana para pelajar beranggapan pihak institusi tersebut tidak menganjurkan aktiviti kesukarelawan yang memberi nilai tambah kepada pelajar.

(7)

287

Sejauhmanakah sumber-sumber maklumat memberikan informasi mengenai aktiviti kesukarelawan kepada pelajar? Jadual 6: Sumber maklumat kesukarelawan

Sumber Maklumat Kesukarelawan Min Sisihan Piawai

Agensi Luar 3.812 0.692 Perkongsian Pensyarah 4.116 0.631 Perkongsian Rakan 3.652 0.820 Aplikasi Facebook 3.638 0..804 Institusi Keagamaan 3.754 0.830 Siaran media 3.609 0.771 Keseluruhan 3.763 0.717

Melalui jadual di atas, majoriti sumber-sumber maklumat tersebut menyumbang penyebaran maklumat berkaitan aktiviti kesukarelawan pada tahap sederhana. Kajian menunjukkan para pensyarah adalah medium utama menyebarkan luaskan tentang adanya aktiviti kesukarelawan yang dianjurkan. Namun peranan pensyarah yang menunjukkan min tertinggi (min=4.116) adalah pada tahap sederhana. Tang dan Tengku Ahmad Badrul (2015) dalam kajian mereka menunjukkan pensyarah mempunyai komitmen yang tinggi dan menganggap sesebuah institusi pendidikan amat bermakna bagi diri mereka, akan tetapi tahap penglibatan kerja seseorang pensyarah masih di tahap sederhana. Namun begitu, penyebaran maklumat perlu dirancakkan dan diberi penekanan kerana para pelajar beranggapan, aktiviti seperti ini perlu diwar-warkan kepada semua pelajar agar setiap pelajar dapat diberi peluang untuk memajukan potensi diri (Hassan dan Raja Roslan, 2010)

Persoalan 4:

Adakah terdapat hubungkait antara sumber maklumat dengan tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan?

Jadual 7: Korelasi antara penglibatan pelajar terhadap aktivi kesukarelawan dengan sumber maklumat.

Pembolehubah Sumber Maklumat

Penglibatan r

0.891

ρ 0.00 *ρ < 0.05

Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawan dengan sumber maklumat. Oleh sebab itu, tahap penglibatan para pelajar akan turut menjadi tinggi sekiranya para pelajar mendapat hebahan maklumat tentang aktiviti kesukarelawan tersebut.

(8)

288

Adakah terdapat hubungkait antara latar belakang responden dengan tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan?

Jadual 8: Korelasi antara latar belakang responden terhadap tahap penglibatan pelajar.

Pembolehubah

(Latar Belakang Responden) Tahap Penglibatan

Umur r 0.613 ρ 0.00 Jantina r 0.567 ρ 0.00 Tempat Kelahiran r 0.904 ρ 0.00 Program r 0.794 ρ 0.00 Semester r 0.860 ρ 0.00 Tempoh Penglibatan r 0.744 ρ 0.00 *ρ < 0.05

Berdasarkan hasil kajian di atas, latar belakang responden seperti umur, jantina, tempat kelahiran pelajar, program pengajian, jumlah semester pengajian pelajar yang terlibat dan tempoh penglibatan terhadap suatu aktiviti berbentuk kesukarelawan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap tahap penglibatan pelajar secara keseluruhan terdapat aktiviti-aktiviti kesukarelawan. Tempat kelahiran responden menunjukkan korelasi yang tinggi (r=0.904) di mana kemungkinan terdapatnya perbezaan tahap penglibatan pelajar di kawasan bandar berbanding luar bandar. Faktor jantina mempunyai hubungan yang agak rendah dan data ini sukar untuk menentukan pergantungan terhadap penglibatan pelajar. Ini kerana jumlah pelajar perempuan di Kolej Komuniti Kota Marudu adalah tidak seimbang iaitu seramai 3 orang berbanding 66 orang lelaki. Kajian oleh Saiful (2008) juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kesukarelawan.

8.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya, tahap penglibatan para pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) terhadap aktiviti-aktiviti kesukarelawanan adalah berada pada tahap sederhana (min=4.154). Majoriti 98% para pelajar Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) menyatakan bahawa mereka berpuas hati terhadap aktiviti-aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan oleh pihak kolej kerana aktiviti yang dianjurkan memenuhi kehendak pelajar. Hal ini bertepatan dengan (Imran dan Murad, 2016) yang mencadangkan agar institusi pendidikan perlu meningkatkan inisiatif untuk melaksana aktiviti kesukarelawan bagi memberi inspirasi kepada pelajar dan melatih mereka untuk melakukan perkara yang sama dalam kehidupan profesional mereka. Selain itu, hasil kajian terhadap kesemua sumber maklumat terhadap aktiviti kesukarelawan juga berada pada tahap sederhana (min=3.763). Setelah dikaji, terdapat hubungan signifikan yang sangat tinggi antara sumber maklumat dengan

(9)

289

tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan. Begitu juga hasil kajian korelasi antara latar belakang responden dengan tahap penglibatan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan yang menunjukkan hubungan signifikan yang positif. Secara umumnya, hasil kajian ini dilihat mampu menyediakan maklumat asas yang berguna kepada pihak kolej untuk meneruskan aktiviti kesukarelawanan yang bersesuaian dengan kerjaya pelajar dan juga perlu memperluaskan penglibatan dalam kalangan pelajar. Fauziah dan rakan-rakan (2015) menyatakan bahawa hasil kajian juga mampu memberi implikasi ke arah keperluan perancangan aktiviti sukarelawan yang lebih strategik oleh pihak institusi bagi memupuk semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Melalui kajian ini, dapat diketahui bahawa perkongsian pensyarah terhadap penganjuran aktiviti kesukarelawan adalah yang tertinggi (Min=4.154). Hasil kajian ini menunjukkan para pelajar bersetuju bahawa para pensyarah menjadi medium penting dalam penyebaran maklumat kepada pelajar.

Pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya memperincikan tentang nilai tambah kerjaya yang diperlukan pelajar untuk pembangunan diri mereka. Selain itu, kajian seterusnya juga diharap dapat mengenalpasti peranan agensi luar terhadap aktiviti kesukarelawan kepada pelajar. Ini kerana, agensi luar menunjukkan min kedua tertinggi selepas peranan pensyarah sebagai penyampai maklumat kepada pelajar. Ini penting agar aktiviti kesukarelawan dapat diperkasa dengan bantuan agensi luar seterusnya memberi banyak peluang kepada semua pelajar untuk turut serta. Faktor tempat kelahiran pelajar juga memberi tanda tanya kepada pengkaji yang mana ianya mempunyai korelasi yang sangat tinggi (r=0.904) terhadap tahap penglibatan pelajar. Pengkaji mencadangkan agar kajian akan datang dapat menumpukan aspek pendapat responden kawasan bandar dan luar bandar. Seterusnya, kajian tentang amalan pemilihan peserta aktiviti juga mungkin boleh dilaksanakan. Ini kerana, pengkaji dapat mengetahui jumlah pelajar yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawan. 87% pelajar yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawan kurang dari 3 Bulan menunjukkan peluang yang diberikan tidak meluas kepada semua pelajar. Para pelajar sedar bahawa menyertai aktiviti seperti ini dapat meningkatkan potensi mereka. Oleh sebab itu, pengkaji mencadangkan agar para pensyarah hendaklah meletakkan kepercayaan dan memberi peluang kepada pelajar yang lain untuk turut serta dalam aktiviti kesukarelawan.

9.0 RUJUKAN

Ahmad, E., Hisham, J. (2010). Peranan Kokurikulum Di Universiti Dalam Membentuk Keterampilan Mahasiswa. Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Baharin, A., Othman, M. J., Syed Mohd Shafeq, S. M. dan Haliza, J. (2007). Contrasting Learning Styles and Study Skills Among University Students at The Faculty Education. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Fauziah, I., Aizan Sofia, A. dan Tharshini, S. (2015). Penglibatan Dan Motivasi Kesukarelawanan: Ke Arah Memupuk Semangat Kesukarelawan Dalam Kalangan Mahasiswa. Journal of social

sciences and humanities, Vol. 10, No.1, 084-096.

Hassan, A dan Raja Roslan, R.A. (2010). Keberkesanan Aktiviti Fizikal Terhadap Pembangunan Aktiviti Diri Pelajar: Satu Tinjauan. Journal of Human Capital

(10)

290

Development. Vol. 3, No. 2. Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan. Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Imran, A dan Murad, A. (2016). University Students' Perceptions of Social Responsibility Initiatives by Universities in Pakistan. Journal of Sustainable Development, Vol. 9, No. 5. Canadian Center of Science and Education. Saiful Adli Mansor. 2008. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar

Sekolah dalam Aktiviti Ko-kurikulum. Kertas Projek Sarjana Sains (Pengurusan), Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

Sugiyono. (2012). Metode Penelitian Kuantitatif Kualitatif dan R&D. Bandung. Alfabeta.

Tang, K.N dan Tengku Ahmad Badrul, R.H. (2015). Relationship Between Ethical Leadership, Affective Commitment, Job Involvement and Organisational Support. Kajian Malaysia, Vol. 33, No. 1, 2015, 93–119. School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia.

Wang, H., Tong, L., Takeuchi, R. dan George, G. (2016). Thematic Issue On Corporate Social Responsibility Corporate Social Responsibility: An Overview and New Research Directions. Academy of Management Journal, Vol. 59, No. 2, 534– 544.

Referensi

Dokumen terkait

Guru juga sentiasa dapat melihat kadar kecemerlangan pelajar dalam sesuatu kuiz dengan menekan butang participants yang berada pada sebelah kanan atas antaramuka yang akan

Masing-masing seksi dipimpin oleh seorang Kepala Seksi yang berada di bawah dan bertanggungjawab kepada Kepala Bidang Pembinaan Pelayanan Kesehatan sesuai dengan bidang tugasnya:

Hambatan samping pada daerah penelitian tergolong rendah karena pada jalan minor merupakan arus bebas hambatan sedangkan pada jalan utama lebar jalan hanya cukup

Merunut hal tersebut di atas, agar output lulusan pendidikan integratif siap mengikuti pendidikan lanjutan di Akademi Angkatan sesuai dengan matranya, maka perlu suatu

Analisa Hidrolika Kapasitas KBT Berdasarkan Simulasi Software HEC RAS Dari hasil analisa HEC RAS pada Gambar 5 diatas, menunjukkan bahwa penampang eksisting Kanal

Sedangkan sifat fisik serat nipah lainnya seperti kadar air, kekuatan tarik, berat jenis, diameter dan penampang serat pelepah nipah belum dilakukan.. Menurut

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh desentralisasi fiskal dalam konsep belanja daerah dan dalam konsep pendapatan daerah serta jumlah tenaga

Tokoh cerita merupakan orang-orang yang ditampilkan dalam suatu karya naratif atau drama oleh pembaca kualitas moral dan kecenderungan- kecenderungan tertentu