• Tidak ada hasil yang ditemukan

Buku Peraturan Matrikulasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Buku Peraturan Matrikulasi"

Copied!
46
0
0

Teks penuh

(1)

BUKU PERATURAN PELAJAR

PROGRAM MATRIKULASI

SESI 2016/2017

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Diterbitkan oleh

Bahagian Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Segala butiran cetakan adalah tertakluk kepada pindaan BMKPM dari semasa ke semasa

(2)

Edisi pertama 2002 Edisi kedua 2003 Edisi ketiga 2004 Edisi keempat 2005 Edisi kelima 2006 Edisi keenam 2007 Edisi ketujuh 2008 Edisi kelapan 2009 Edisi kesembilan 2010 Edisi kesepuluh 2011 Edisi kesebelas 2012 Edisi ketigabelas 2013 Edisi keempatbelas 2014 Edisi kelimabelas 2015 Edisi keenambelas 2016 Tarikh Berkuat kuasa : 1 Jun 2016

(3)

BAHAGIAN A :

PERKARA 1 :

PERATURAN AM

Pemakaian dan Tafsiran 1

PERKARA 2 : Disiplin Am 3

PERKARA 3 : Menghadiri Kuliah, Tutoran,

Amali, Aktiviti Kokurikulum 4

dan Aktiviti Rasmi Kolej

PERKARA 4 : Kad Matrik 4

PERKARA 5 : Kawalan Keselamatan Kolej 5

PERKARA 6 : Peperiksaan 5

PERKARA 7 : Pakaian dan Penampilan Diri 6

PERKARA 8 : Potongan Rambut,

Misai, Janggut dan 8

Bauk (Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Bil. 2/1976)

PERKARA 9 : Kegiatan Kokurikulum 9

ISI KANDUNGAN

Kandungan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Visi Bahagian Matrikulasi

Misi Bahagian Matrikulasi Objektif Bahagian Matrikulasi

Muka Surat

i ii ii iii

(4)

PERKARA 10 : Penggunaan Bangunan, Kawasan dan Peralatan

9

PERKARA 11 : Penggunaan Kenderaan

Kolej

9

PERKARA 12 : Lalu Lintas Dalam Kolej 10

PERKARA 13 : Lawatan 10

PERKARA 14 : Aktiviti-Aktiviti Kolej 11

PERKARA 15 : Menjemput Penceramah /

Pensyarah Luar

12

PERKARA 16 : Menghadiri Ceramah /

Syarahan Yang Bukan Diadakan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

13

PERKARA 17 : Rawatan Perubatan 13

PERKARA 18 : Menyimpan, Mengedar,

Menayang dan Memperdengarkan Penerbitan Bercetak dan Bahan Bukan Bercetak

13

PERKARA 19 : Judi Dalam Kolej 14

PERKARA 20 : Makanan dan Minuman

Yang Dilarang

14

PERKARA 21 : Bahan-Bahan Lucah 15

PERKARA 22 : Penyalahgunaan Dadah /

Racun

15

(5)

PERKARA 24 : Membuli Atau Mencederakan 16

PERKARA 25 : Bahan Letupan 16

PERKARA 26 : Mencuri / Mengalih /

Meminda / Mengubah Objek

17

PERKARA 27 : Tingkah Laku Musnah 17

PERKARA 28 : Tingkah Laku Tidak Sopan 17

PERKARA 29 : Berkahwin 17

PERKARA 30 : Rujukan Perubatan / Hospital 18

PERKARA 31 : Keingkaran 18

BAHAGIAN B : PERATURAN KOLEJ

KEDIAMAN

PERKARA 1 : Pemakaian dan Tafsiran 19

PERKARA 2 : Tatatertib Am Kolej Kediaman 19

PERKARA 3 : Pengesahan Kesempurnaan

Bilik dan Kemudahan- Kemudahan di Dalamnya

22

PERKARA 4 : Rawatan Perubatan Selepas

Waktu Pejabat, Cuti Hujung Minggu dan Cuti Am

22

PERKARA 5 : Barangan Kepunyaan

Persendirian

22

PERKARA 6 : Masa Memadam Lampu 23

PERKARA 7 : Penggunaan Peralatan

Elektrik

(6)

PERKARA 8 : Menerima Tetamu 24

PERKARA 9 : Cuti Hujung Minggu / Cuti

Lain

25

PERKARA 10 : Aktiviti di Blok Kolej

Kediaman

25

BAHAGIAN C : PERATURAN KAFETARIA

PERKARA 1 : Pemakaian, Pindaan dan

Tambahan

26

PERKARA 2 : Pakaian Semasa di Kafetaria 26

PERKARA 3 : Penggunaan Kafetaria Untuk

Mengadakan Aktiviti

26

PERKARA 4 : Urusan Berjual Beli 27

BAHAGIAN D : PERATURAN

PERPUSTAKAAN

PERKARA 1 : Peraturan Am Perpustakaan 28

PERKARA 2 : Pendaftaran 30

PERKARA 3 : Kemudahan Pinjaman 30

PERKARA 4 : Peraturan Pinjaman 31

PERKARA 5 : Kehilangan dan Kerosakan 34

PERKARA 6 : Mencuri Atau Mencacatkan

Bahan-bahan Perpustakaan

34

PERKARA 7 : Kemudahan Internet

Perpustakaan

35

(7)

FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(8)

VISI

BAHAGIAN MATRIKULASI

Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional menjelang 2020.

MISI

BAHAGIAN MATRIKULASI

Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

(9)

OBJEKTIF

BAHAGIAN MATRIKULASI

1. Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

3. Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.

(10)

PERATURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN A

PERATURAN AM PENDAHULUAN

Buku peraturan ini disediakan berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu pentadbiran dan pengurusan pelajar di kolej-kolej matrikulasi. Peraturan yang ditetapkan perlu digunapakai oleh semua pelajar Program Matrikulasi demi kesejahteraan pelajar sendiri dan nama baik kolej.

PERKARA 1: Pemakaian dan Tafsiran

1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah semua pelajar yang mengikuti pengajian Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.2 Dalam pemakaian peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain;

(a) “Felo” bermaksud warden iaitu pegawai utama yang

menjaga sesuatu kolej kediaman dan termasuklah seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihak pengurusan kolej matrikulasi.

(b) “Kolej Kediaman” bermaksud asrama iaitu bangunan

yang disediakan oleh institusi untuk kediaman pelajar. (c) “Bangunan” bermaksud mana-mana kemudahan fizikal

(11)

(d) “Kawasan” bermaksud mana-mana kawasan yang ada di dalam kolej seperti padang dan gelanggang permainan serta kawasan dalam dan luar di sekeliling bangunan.

(e)..“Kolej” bermaksud institusi pendidikan yang

menjalankan Program Matrikulasi Kementerian

Pendidikan Malaysia.

(f) “Lawatan keluar kolej” bermaksud apa jua bentuk

lawatan anjuran mana-mana jabatan, unit, kumpulan

kokurikulum, kumpulan mentor-menti / Matrix

Support Programme (MSP), kumpulan tutorial,

persatuan, kelab dan badan-badan kebajikan.

(g) “Pelajar” bermaksud pelajar Program Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia.

(h) “Pelajar menetap” bermaksud seseorang pelajar yang

tinggal dalam sesuatu kolej kediaman.

(i) “Peralatan” bermaksud semua jenis peralatan yang

sedia ada dalam bangunan dan di kawasan kolej.

(j) “Pihak luar” bermaksud pelawat sama ada dalam

rombongan yang mewakili sesuatu institusi kerajaan,

institusi pendidikan, agensi-agensi kerajaan,

persatuan-persatuan, kelab-kelab dan badan-badan serta kumpulan yang sah pendaftarannya di bawah Akta Pertubuhan Negara.

(k) “Tetamu” bermaksud, keluarga dan saudara mara terdekat yang datang mengunjungi pelajar di kolej. 1.3 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini

akan diedarkan dalam bentuk helai-cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada peraturan ini.

(12)

PERKARA 2: Disiplin Am

2.1 Pelajar dikehendaki berkelakuan baik semasa berada di dalam dan di luar kolej demi menjaga nama baik diri, kolej, Bahagian Matrikulasi dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

(Akta 174: Kaedah 3a)

2.2 Atas sebab-sebab keselamatan pelajar tidak digalakkan memiliki wang tunai melebihi RM100.00 dan barang kemas bernilai tidak melebihi RM300.00 pada satu-satu masa. 2.3 Pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang pekerjaan,

perniagaan atau perdagangan sama ada sepenuh atau separa masa pada sepanjang pengajian di kolej matrikulasi.

(Akta 174: Kaedah 14)

2.4 Pelajar yang meninggalkan pengajiannya dengan sebab- sebab di bawah Fasal 7 Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia akan dikenakan tindakan sebagaimana yang dinyatakan dalam fasal tersebut.

2.5 Jika seseorang pelajar telah disabitkan kesalahan bagi sesuatu kesalahan jenayah di mana-mana mahkamah pelajar itu akan diberhentikan serta-merta daripada menjadi pelajar Program Matrikulasi.

(Akta 174: Seksyen 14.2)

2.6 Atas sebab-sebab keselamatan pelajar tidak digalakkan memiliki atau membawa gajet elektronik yang berharga dan pihak kolej tidak bertanggungjawab terhadap

kehilangan barangan tersebut. Setiap pelajar

bertanggungjawab mendaftar peralatan tersebut di

kolej kediaman. Pelajar bertanggungjawab ke atas pemilikan barangan tersebut.

(13)

PERKARA 3 : Menghadiri Kuliah, Tutoran, Amali, Aktiviti Kokurikulum dan Aktiviti Rasmi Kolej

3.1 Pelajar wajib menghadiri kuliah, tutoran, amali, kokurikulum dan semua aktiviti rasmi kolej.

3.2 Setiap pelajar bertanggungjawab menepati masa ketika menghadiri kuliah, tutoran, amali, kokurikulum dan semua aktiviti rasmi kolej.

3.3 Kelewatan lebih daripada sepuluh (10) minit dari bermulanya waktu kuliah, tutoran, amali, kokurikulum,

pelajar akan dikira tidak hadir bagi kuliah, tutoran, amali,

kokurikulum berkenaan.

3.4 Hanya pelajar yang sakit dan dapat mengemukakan sijil cuti sakit yang sah atau mendapat kebenaran khas atau cuti khas bertulis daripada pengarah kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pengarah kolej dibenarkan meninggalkan kuliah, tutoran, amali, kokurikulum dan aktiviti rasmi kolej.

3.5 Sekiranya pelajar tidak hadir, adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memaklumkan seberapa segera kepada pegawai yang berkaitan.

(Akta 174: Kaedah 4) PERKARA 4: Kad Matrik

4.1 Semua pelajar dikehendaki pada setiap masa membawa dan mempamerkan kad matrik yang dikeluarkan oleh pihak kolej semasa berada di dalam kolej.

(14)

4.3 Kad matrik yang hilang / rosak mesti dilaporkan kepada pegawai yang berkaitan untuk diganti dengan kos ditanggung oleh pelajar.

(Akta 174: Kaedah 25) PERKARA 5: Kawalan Keselamatan Kolej

5.1 Pengawal Keselamatan Kolej adalah pegawai yang bertanggungjawab menyelia dan melaporkan keselamatan keseluruhan kolej.

5.2 Seseorang pelajar, pihak luar dan tetamu dikehendaki menunjukkan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, kad matrik, kad pelawat atau lesen memandu apabila diminta oleh Pengawal Keselamatan, Felo Kanan, Felo atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah Kolej.

5.3 Seseorang pelajar yang keluar atau masuk lewat dari jam 7.00 malam perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah atau pegawai lain yang diberikan kuasa oleh Pengarah Kolej.

5.4 Semua pelajar dikehendaki mendaftar keluar masuk kolej di balai pengawal pada masa-masa yang dibenarkan oleh kolej.

(Akta 174: Kaedah 3b) PERKARA 6: Peperiksaan

6.1 Pelajar tidak dibenarkan mengambil sebarang peperiksaan

luar kecuali Malaysian University English Test (MUET) dalam tempoh masa mereka menjalani pengajian di Kolej Matrikulasi.

(Fasal 4e: Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi)

(15)

6.2 Pelajar yang didapati bersalah melakukan penipuan dalam mana-mana peperiksaan akan dikenakan tindakan tatatertib dan boleh diberi markah 0 bagi kertas peperiksaan berkenaan atau diberi gred F bagi mata pelajaran berkenaan. Rayuan berhubung perkara ini tidak akan dipertimbangkan.

(Akta 174: Kaedah 3j dan 7A) PERKARA 7: Pakaian dan Penampilan Diri

7.1 Pakaian semasa menghadiri kuliah, tutoran, amali dan aktiviti rasmi kolej.

7.1.1 Pelajar Lelaki;

(a) Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan. (b) Dikehendaki memakai kemeja berlengan

panjang, bertali leher dan berseluar panjang (slack). Tali pinggang tidak melebihi 3 sm lebarnya (kepala tali pinggang yang besar dan berlambang tidak dibenarkan);

(c) Dikehendaki memakai kasut kulit / PVC; dan (d) Dilarang:

i. berseluar pendek. ii. berseluar jeans.

iii. berkemeja ‘Hawaii’.

iv. berbaju ‘T’.

v. berkasut sukan dan sebarang jenis selipar/ sandal.

(16)

7.1.2 Pelajar Perempuan;

(a) Dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan

tidak mengikut susuk tubuh;

(b) Dikehendaki memakai kasut kulit / PVC; dan (c) Dilarang:

i. berbaju ‘T’.

ii. berseluar jeans, berskirt pendek dan berseluar pendek.

iii. memakai sebarang jenis baju tanpa lengan. iv. berkasut sukan dan sebarang jenis selipar /

sandal.

vi. memakai sebarang jenis pakaian yang tidak menampakkan bahagian muka.

7.2 Pelajar wajib memakai kot makmal, kasut bertutup dan pelindung mata (sekiranya perlu) ketika berada di dalam makmal sains.

7.3 Pakaian semasa menghadiri aktiviti kokurikulum;

(a) Bagi unit beruniform, pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam yang ditetapkan; dan

(b) Bagi sukan dan permainan atau kelab dan persatuan pelajar dikehendaki memakai seluar trek dan baju ‘T’ kolej atau pakaian yang ditetapkan oleh pihak kolej.

7.4 Pakaian semasa lawatan keluar kolej

Semasa mengikuti lawatan rasmi ke luar, atas nama mana- mana pihak di kolej, pelajar hendaklah berpakaian sesuai dan tertakluk kepada Peraturan 7.1.1 dan 7.1.2 serta mempamerkan kad matrik.

(17)

7.5 Pakaian semasa keluar kolej (outing).

Pelajar dikehendaki berpakaian kemas, sopan dan tidak mengikut susuk tubuh.

7.6 Sebarang penambahan, pengecualian dan pelepasan terhadap peraturan ini adalah berdasarkan surat pekeliling kolej berkaitan dengannya.

(Akta 174: Kaedah 6) PERKARA 8: Potongan Rambut, Misai, Janggut dan Bauk

(Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Bil. 2/1976)

8.1 Semua pelajar lelaki dilarang berambut panjang. Istilah berambut panjang ialah seperti berikut;

(a) di belakang - rambut panjang jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga;

(b) di hadapan - rambut panjang menutupi garisan tengah dahi;

(c) di sisi - rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan bauk melebihi paras tengah hidung; dan

(d) di atas - rambut tidak melebihi daripada 6 inci panjang. 8.2 Pelajar lelaki yang bermisai dan berjanggut hendaklah

sentiasa mengurusnya dengan kemas.

8.3 Pelajar perempuan yang berambut panjang dinasihatkan mengikat atau mendandankannya supaya kelihatan kemas. 8.4 Mewarnakan rambut dilarang sama sekali.

(18)

PERKARA 9: Kegiatan Kokurikulum

9.1 Semua pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum.

(Akta 174: Kaedah 4)

9.2 Pelajar boleh memilih jenis kegiatan kokurikulum yang mereka minati. Walau bagaimanapun, Unit Kokurikulum Kolej berhak membuat ketentuan terhadap pengagihannya.

PERKARA 10: Penggunaan Bangunan, Kawasan dan Peralatan

10.1 Penggunaan bangunan, kawasan dan peralatan kolej selepas waktu pejabat, pada cuti hujung minggu dan pada hari-hari cuti hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.

10.2 Setelah menggunakannya hendaklah diaturkan kembali segala perabot dan peralatan seperti keadaan asalnya.

(Akta 174: Kaedah 31) PERKARA 11: Penggunaan Kenderaan Kolej

11.1 Penggunaan kenderaan kolej oleh mana-mana pihak hendaklah mendapat kelulusan daripada Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej. 11.2 Permohonan hendaklah dengan menggunakan borang

tempahan kenderaan yang boleh diperolehi di pejabat pentadbiran dan dimajukan kepada Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej tidak lewat daripada tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh penggunaannya.

11.3 Pihak pentadbiran kolej berhak pada bila-bila masa membatalkan sebarang tempahan terhadap penggunaan kenderaan kolej sekiranya terdapat keperluan lebih penting oleh pihak kolej.

(19)

PERKARA 12: Lalu Lintas Dalam Kolej

12.1 Semua pelajar kolej matrikulasi tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang kenderaan bermotor di dalam kolej.

12.2 Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dengan apa cara juga atau melakukan apa-apa perbuatan yang menghalang atau mengganggu pergerakan lalu lintas yang licin dan teratur di dalam kolej.

(Akta 174: Kaedah 45) PERKARA 13: Lawatan

13.1 Lawatan ke luar kolej

(a) Permohonan untuk membuat lawatan ke luar kolej hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kolej dalam tempoh seperti berikut;

i. bagi lawatan dalam negara - satu (1) bulan sebelum tarikh lawatan; dan

ii. bagi lawatan ke luar negara - dua (2) bulan sebelum

tarikh lawatan.

(Akta 174: Kaedah 13)

(b) Surat kebenaran rawatan kecemasan dan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, pasport dan kad matrik hendaklah dibawa bersama dan keselamatannya terjaga semasa membuat lawatan.

(20)

13.2 Menerima lawatan pihak luar ke kolej

(a) Pihak luar yang ingin membuat lawatan ke kolej perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.

(b) Mana-mana pihak dalam kolej (termasuk individu) yang ingin menerima dan membawa pihak luar melawat ke dalam kolej perlu memohon dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej. (c) Pihak luar yang ingin menginap di dalam kolej perlu

mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.

(d) Pihak luar yang melawat ke dalam kolej yang ingin menjalankan sebarang aktiviti perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej. Salinan surat kebenaran berkenaan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar.

PERKARA 14: Aktiviti-Aktiviti Kolej

14.1 Aktiviti pelajar

(a) Sebarang aktiviti pelajar sama ada di dalam atau di luar kawasan kolej yang melibatkan pihak luar mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej dan hendaklah dicatatkan di papan kenyataan am.

(21)

(b) Pelajar adalah dilarang daripada mengadakan, menganjurkan dan menyertai;

i. sebarang aktiviti yang bercanggah dengan

keputusan yang telah dipersetujui oleh Pengarah Kolej; dan

(Akta 174: Kaedah 9)

ii. aktiviti kongsi gelap, maksiat dan aktiviti lain yang menyalahi undang-undang negara sama ada di dalam atau di luar kawasan kolej.

(Akta 174: Kaedah 3a)

14.2 Masa menamatkan semua aktiviti dalam perkara 14.1 pada sebelah malam ialah tidak lewat daripada jam 11.00 malam. Sebarang aktiviti yang melewati masa

tersebut perlu mendapatkan kebenaran daripada

Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.

(Akta 174: Kaedah 29) PERKARA 15: Menjemput Penceramah / Pensyarah Luar

15.1 Mana-mana kelab / pertubuhan / persatuan pelajar yang ingin menjemput perceramah / pensyarah luar hendaklah mengikut peraturan;

(a) Kebenaran daripada Pengarah Kolej hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum penceramah / pensyarah luar itu dijemput memberi ceramah di kolej. Penceramah / pensyarah yang dijemput hendaklah terdiri daripada pegawai kakitangan di kementerian / jabatan kerajaan dari institusi pendidikan / pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan;

(b) Penceramah / pensyarah yang dijemput tidak boleh dari kalangan ketua / pemimpin atau ahli sebarang perkumpulan / persatuan / pertubuhan yang tidak disetujui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia;

(22)

(c) Perkara yang menjadi tajuk dan isi ceramah hendaklah perkara-perkara yang bersesuaian dengan tujuan dan objektif kelab / pertubuhan / persatuan yang menjemput dan tidak bercanggah dengan peraturan kolej dan undang-undang negara; dan

(d) Semasa ceramah / syarahan diadakan, pensyarah atau penasihat kelab / badan / persatuan yang berkenaan hendaklah hadir bersama dan bertanggungjawab menyediakan dan menghantar laporan bertulis kepada Pengarah Kolej atau Bahagian Matrikulasi.

PERKARA 16: Menghadiri Ceramah / Syarahan Yang

Bukan Diadakan Oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia

Pelajar tidak dibenarkan menghadiri sebarang ceramah / syarahan yang bukan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia kecuali dengan kebenaran Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.

PERKARA 17: Rawatan Perubatan

Pelajar yang memerlukan rawatan di pusat perubatan kerajaan hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej atau pegawai lain yang telah diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.

PERKARA 18: Menyimpan, Mengedar, Menayang Dan

Memperdengarkan Penerbitan Bercetak

Dan Bahan Bukan Bercetak

18.1 Tiada seorang pelajar dan tiada suatu pertubuhan, kelab atau kumpulan pelajar boleh menyimpan, mendengar, menayang, menampal dan memperdengarkan sebarang penerbitan sama ada bercetak atau bukan bercetak seperti filem, kaset, audio, video dan lain-lain bahan bukan cetak yang dilarang di bawah Akta Cetakan Negara dan Undang- Undang Negara.

(23)

18.2 Sebarang bahan penerbitan bercetak dan bahan bukan bercetak yang hendak diedarkan atau ditontoni atau diperdengarkan kepada pelajar Program Matrikulasi perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej. 18.3 Semua urusan surat-menyurat yang menggunakan nama

dan logo kolej yang hendak dibuat edaran sama ada di dalam atau luar kawasan kolej hendaklah dibuat melalui Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.

18.4 Percetakan sebarang jenis kad yang menggunakan nama dan logo kolej yang hendak dibuat untuk edaran perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej.

(Akta 174: Kaedah 12) PERKARA 19: Judi Dalam Kolej

Seseorang pelajar atau kumpulan pelajar tidak boleh terlibat dengan apa-apa jua cara dalam sebarang aktiviti perjudian di dalam kolej.

(Akta 174: Kaedah 17) PERKARA 20: Makanan Dan Minuman Yang Dilarang

20.1 Seseorang pelajar tidak boleh minum atau ada dalam miliknya atau jagaannya atau kawalannya apa-apa minuman beralkohol di dalam kolej.

20.2 Seseorang pelajar yang didapati dalam keadaan mabuk di dalam kolej adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib. 20.3 Seseorang pelajar tidak boleh minum, makan atau ada

dalam miliknya atau jagaannya atau kawalannya apa-apa minuman, makanan dan bahan-bahan yang tidak halal.

(24)

PERKARA 21: Bahan-Bahan Lucah

Seseorang pelajar atau kumpulan pelajar tidak boleh :

21.1 Memiliki atau dibawah jagaan atau kawalannya, atau mempamer, mengedar, melihat, menonton atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam kolej.

(Akta 174: Kaedah 19) PERKARA 22: Penyalahgunaan Dadah / Racun

22.1 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa dadah atau racun.

22.2 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas, alat radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa tatatertib adalah direkabentuk bagi memakan atau meminum atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya secara suntikan atau dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.

22.3 Tiada seorang pelajar boleh memberi, membekal, mengadakan atau menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan atau menawarkan apa- apa dadah atau racun kepada sesiapapun.

22.4 Tiada seorang pelajar boleh makan atau minum atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya secara suntikan atau dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.

22.5 Tiada apa-apa juga dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang seorang pelajar daripada menjalani apa- apa rawatan oleh seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971.

22.6 Pihak kolej berhak pada bila-bila masa meminta seseorang pelajar untuk menjalani ujian air kencing dan pemeriksaan perubatan.

(25)

22.7 Seseorang pelajar yang didapati menggunakan atau mengambil atau menyalahgunakan atau menagih apa-apa dadah atau racun adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.

(Akta 174: Kaedah 20) PERKARA 23: Larangan Merokok

23.1 Keseluruhan kawasan kolej adalah Kawasan Larangan Merokok di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 1997.

23.2 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau dibawah jagaannya atau kawalannya apa-apa hasil tembakau atau rokok atau rokok elektronik (vape).

23.3 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas, alat radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa tatatertib adalah direka bentuk bagi memakan atau meminum atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya secara suntikan dengan apa-apa jua cara lain apa-apa hasil tembakau atau rokok.

(Akta 174: Kaedah 26) PERKARA 24: Membuli Atau Mencederakan

24.1 Tiada seorang pelajar dengan apa jua cara boleh membuli seorang pelajar lain sama ada secara lisan, bertulis dan atau perbuatan.

24.2 Tiada seorang pelajar dengan apa jua cara boleh mendatangkan kecederaan atau kemudaratan kepada diri sendiri dan atau orang lain.

(Akta 174: Kaedah 3a dan 3b) PERKARA 25: Bahan Letupan

25.1 Tiada seorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan letupan, mercun atau bunga api.

(26)

25.2 Tiada seorang pelajar boleh memberi, membekal, mengadakan atau menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan atau menawarkan apa-apa bahan letupan, mercun atau bunga api kepada sesiapapun.

(Akta 174: Kaedah 3b dan 22) PERKARA 26: Mencuri / Mengalih / Meminda / Mengubah

Objek

Tiada seorang pelajar boleh mencuri / mengubah / mengalih atau meminda harta benda kepunyaan kolej atau kepunyaan mana- mana individu tanpa kebenaran.

(Akta 174: Kaedah 3h) PERKARA 27: Tingkah Laku Musnah

Tiada seorang pelajar boleh memusnah, merosak atau mencacatkan harta benda kepunyaan kolej atau kepunyaan mana-mana individu lain atau harta benda yang berada di dalam kawasan kolej.

(Akta 174: Kaedah 3g) PERKARA 28: Tingkah Laku Tidak Sopan

Tiada seorang pelajar boleh berkelakuan kurang sopan terhadap mana-mana pegawai, kakitangan yang bertugas di kolej atau pelajar lain.

(Akta 174: Kaedah 3a) PERKARA 29: Berkahwin

Pelajar tidak dibenarkan berkahwin sebelum atau semasa tempoh pengajiannya.

(27)

PERKARA 30: Rujukan Perubatan/Hospital

Tiada apa-apa juga dalam peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang pihak kolej merujuk mana-mana pelajar jika didapati perlu menjalani apa-apa rawatan oleh seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971.

PERKARA 31: Keingkaran

Seseorang pelajar mestilah mematuhi atau tidak melanggar apa- apa arahan atau kehendak yang dikeluarkan oleh Pengarah Kolej atau mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya.

(28)

BAHAGIAN B

PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PERKARA 1: Pemakaian dan Tafsiran

1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ialah semua pelajar Program Matrikulasi.

1.2 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan dalam bentuk helai-cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada peraturan ini.

PERKARA 2: Tatatertib Am Kolej Kediaman

2.1 Semua pelajar Program Matrikulasi diwajibkan tinggal di kolej kediaman.

2.2 Tiada sesiapa boleh memasuki, menetap atau berada dalam bilik yang diduduki pelajar kecuali pelajar menetap itu sendiri;

(a) dengan syarat bahawa perenggan ini tidaklah dipakai bagi seseorang kakitangan, pegawai, pekerja kolej yang memasuki bilik itu dengan maksud menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya, atau bagi sesiapa yang memasukinya atau berada di dalamnya mengikut sesuatu kebenaran yang diberi oleh Pengarah Kolej; dan

(b) dengan syarat bahawa perenggan ini tidak boleh disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar menetap lain daripada jantina yang sama untuk lawatan sosial.

(29)

2.3 Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan sesuatu untuk menghalang, menentang atau menahan seseorang pegawai, kakitangan, pekerja kolej daripada memasuki mana-mana bilik di kolej kediaman bagi tujuan menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab di bilik itu.

(Akta 174: Kaedah 28)

2.4 Seseorang pelajar menetap tidak boleh berada di luar blok kolej kediaman masing-masing selepas jam 11.00 malam kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh Pengarah Kolej atau pegawai yang diberi kuasa.

(Akta 174: Kaedah 29 & 30)

2.5 Pelajar yang menetap di sebuah kolej kediaman yang berkaitan tidak boleh berada dalam premis kolej kediaman lain, melainkan dengan kebenaran felo dan kebenaran itu direkodkan.

2.6 Penggunaan premis dan larangan-larangan;

(a) Seseorang pelajar menetap hendaklah menggunakan premis kolej kediaman dengan cermat yang sewajarnya dan tidak melakukan sesuatu yang mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan benda atau kelengkapan yang ada di dalamnya;

(b) Sepanjang tempoh menggunakan premis kolej kediaman dan kemudahan-kemudahan di dalamnya, seseorang pelajar menetap hendaklah berhemat dan cermat bagi memastikan supaya ia tidak menyebabkan apa-apa kesusahan, kegusaran, halangan atau gangguan kepada orang lain.

(Akta 174: Kaedah 31)

(c) Seseorang pelajar menetap tidak boleh ada di dalam miliknya atau di bawah jagaannya atau kawalannya apa-apa jenis binatang di dalam biliknya atau premis kolej kediaman.

(30)

2.7 Seseorang pelajar menetap yang telah diperuntukkan sesebuah bilik tidak boleh menukar tempat tinggalnya ke mana-mana bilik lain tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pengetua Kolej Kediaman.

(Akta 174: Kaedah 32)

2.8 Arahan mengosongkan bilik atau berpindah;

(a) Seseorang pelajar menetap tinggal di sesuatu kolej kediaman mengikut budi bicara dan kuasa mutlak pihak kolej;

(b) Pihak kolej boleh menghendaki seseorang pelajar menetap mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat lain yang disediakan oleh kolej pada bila-bila masa tanpa memberi sebab; dan

(c) Jika seseorang pelajar menetap dikehendaki mengosongkan atau berpindah dari tempat tinggalnya, ia hendaklah berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak kolej dan hendaklah dalam tempoh itu mengeluarkan semua barang kepunyaannya daripada tempat tinggal yang ia dikehendaki mengosongkan atau dari tempat ia dikehendaki berpindah.

(Akta 174: Kaedah 33)

2.9 Semua pelajar wajib mengosongkan kolej kediaman semasa cuti semester.

2.10 Felo atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengarah Kolej boleh, dari semasa ke semasa memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah atau arahan yang difikirkan perlu atau bermanfaat untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib dalam kolej kediaman, dan perintah atau arahan itu boleh pada amnya mengenai semua pelajar atau seseorang pelajar tertentu, dan adalah

(31)

menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar menetap yang diberi perintah atau arahan itu mematuhi dan melaksanakannya.

(Akta 174: Kaedah 34) PERKARA 3: Pengesahan Kesempurnaan Bilik dan

Kemudahan - Kemudahan di Dalamnya

3.1 Semua pelajar dikehendaki memenuhi satu borang pengesahan kesempurnaan bilik dan kemudahan asas yang disediakan. Borang tersebut hendaklah dikembalikan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh mulai tinggal di kolej kediaman.

3.2 Sebelum seseorang pelajar menyerahkan balik kunci biliknya kepada penyelia asrama, ia hendaklah memastikan dan mengesahkan yang keadaan bilik dan kemudahan asas yang disediakan dalam keadaan sempurna.

(Akta 174: Kaedah 31) PERKARA 4: Rawatan Perubatan Selepas Waktu Pejabat,

Cuti Hujung Minggu Dan Cuti Am

Pelajar menetap yang memerlukan rawatan kecemasan atau sakit selepas waktu pejabat, cuti hujung minggu atau pada cuti am hendaklah memberitahu felo bertugas dan jika perlu akan dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.

PERKARA 5: Barangan Kepunyaan Persendirian

5.1 Pelajar menetap hendaklah menyimpan wang dan barang- barang kepunyaan sendiri di tempat yang selamat. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan.

5.2 Segala pakaian (termasuk kasut) yang basah hendaklah disidai atau dijemur di luar bilik. Sebelum dijemur di ampaian pastikan pakaian basah diperah supaya air di pakaian tidak menitik pada pakaian orang lain di tingkat bawah.

(32)

5.3 Semasa cuti semester atau semasa tidak lagi menetap di kolej kediaman semua barang persendirian hendaklah dikeluarkan dari bilik.

5.4 Sekiranya pelajar hendak menumpangkan barang- barang persendirian semasa cuti semester di dalam stor blok kolej kediaman perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej atau Pengetua Kolej Kediaman.

PERKARA 6: Masa Memadam Lampu

6.1 Lampu utama bilik kolej kediaman hendaklah dipadamkan selewat-lewatnya pada jam 12.00 malam pada tiap-tiap malam. Walau bagaimanapun lampu meja boleh digunakan jika ada tugasan yang hendak disiapkan.

6.2 Bilik rehat boleh digunakan selepas 12.00 malam jika ada tugasan dan perbincangan kumpulan. Berbual-bual dan aktiviti rekreasi tidak dibenarkan selepas jam 12.00 malam. Mereka yang terakhir menggunakan bilik rehat hendaklah memastikan semua suis elektrik dimatikan.

6.3 Pelajar menetap hendaklah memadamkan lampu dan mematikan kipas angin jika tiada sesiapa di dalam bilik atau apabila meninggalkan bilik masing-masing.

6.4 Pelajar menetap dilarang membuat bising terutama selepas masa lampu padam.

PERKARA 7: Penggunaan Peralatan Elektrik

7.1 Pelajar menetap dilarang menggunakan peralatan elektrik yang tersenarai di bawah di dalam bilik kolej kediaman : Peralatan audio visual, peti televisyen, perakam dan pemain video, peti sejuk, cerek, dapur, periuk, pemanas air dan seterika.

(33)

7.2 Mereka yang menggunakan cerek elektrik dan seterika

elektrik hendaklah menggunakannya di bilik ‘pantri’

atau bilik rehat blok kolej kediaman.

7.3 Pelajar menetap ditegah sama sekali membuat sambungan haram di dalam bilik masing-masing untuk sebarang peralatan elektrik.

7.4 Radio dan peralatan audio hanya boleh digunakan sebelum 12.00 malam dan tidak mengganggu penghuni lain.

7.5 Pihak kolej akan mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kemalangan yang berpunca daripada sambungan haram dan kerosakan alatan elektrik yang digunakan di bilik kolej kediaman masing-masing dan apa jua kemalangan terhadap pelajar menetap lain yang disebabkan oleh kecuaian atau mengingkari peraturan-peraturan kolej kediaman yang telah diperuntukkan.

(Akta 174: Kaedah 31) PERKARA 8: Menerima Tetamu

8.1 Pelajar menetap tidak dibenarkan membawa tetamu memasuki mana-mana kawasan blok kolej kediaman. 8.2 Pelajar hendaklah memastikan kepada tetamu supaya

meninggalkan kawasan kolej sebelum jam 7.00 malam. 8.3 Kenderaan tetamu hendaklah diletakkan di medan letak

kenderaan yang disediakan sahaja.

8.4 Pelajar hendaklah memaklumkan kepada tetamu supaya tidak menjalankan aktiviti dalam kawasan kolej tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengarah.

(34)

8.5 Seseorang pelajar menetap adalah bertanggungjawab terhadap kelakuan baik tetamu mereka dan memastikan semua peraturan kolej dipatuhi semasa mereka berada di dalam kolej.

PERKARA 9: Cuti Hujung Minggu / Cuti Lain

9.1 Pelajar menetap dibenarkan bercuti dan berada di luar kolej dalam sesuatu semester untuk menziarahi keluarga dan sanak saudara mengikut masa yang ditetapkan oleh kolej. Permohonan untuk tujuan itu hendaklah diisi dalam borang khas / `on-line’ yang disediakan.

9.2 Borang permohonan / permohonan secara ‘on-line’

tersebut hendaklah disampaikan kepada felo / pegawai yang bertanggungjawab untuk kelulusan pada masa yang ditetapkan.

9.3 Jika berlaku sebarang kecemasan dan memerlukan seseorang pelajar menetap itu berada di luar kolej, pelajar menetap yang berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada felo / pegawai yang bertanggungjawab.

PERKARA 10: Aktiviti Di Blok Kolej kediaman

10.1 Semua aktiviti blok termasuk mesyuarat jawatankuasa blok kolej kediaman hendaklah dimaklumkan kepada felo blok dan felo bertugas.

10.2 Sebarang kejadian seperti kecurian, pergaduhan, pencerobohan orang luar, aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan lain-lain hendaklah diberitahu kepada felo blok atau felo bertugas dengan seberapa segera.

(35)

BAHAGIAN C PERATURAN KAFETARIA

PERKARA 1: Pemakaian, Pindaan dan Tambahan

1.1 Pihak yang tertakluk di bawah semua peruntukan ini ialah semua pelajar yang sah berdaftar dan tinggal di kolej kediaman.

1.2 Mereka yang mendapat kebenaran bertulis bagi menggunakan kafetaria atas sesuatu tujuan seperti mengadakan majlis-majlis yang tidak bercanggah dengan peruntukan peraturan kolej.

1.3 Sebarang pindaan dan tambahan terhadap peraturan ini akan diedarkan dalam bentuk helai-cerai dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada peraturan ini.

PERKARA 2: Pakaian Semasa di Kafetaria

Pelajar hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mengikut susuk tubuh.

PERKARA 3: Penggunaan Kafetaria Untuk Mengadakan Aktiviti

3.1 Mana-mana persatuan, kelab dan pihak lain di kolej yang hendak menggunakan kafetaria sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti hendaklah memohon dan mendapatkan kebenaran daripada pengarah kolej atau pegawai yang diberi kuasa.

3.2 Selepas menggunakan kemudahan di kafetaria, semua perabot hendaklah disusun atur semula seperti asalnya.

(Akta 174: Kaedah 31)

3.3 Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan ke bilik masing-masing kecuali untuk rakan yang sakit.

(36)

3.4 Pelajar dilarang membawa masuk ke kawasan kolej sebarang makanan dan minuman yang tidak halal.

(Akta 174: Kaedah 3b) PERKARA 4: Urusan Berjual Beli

Pelajar tidak dibenarkan berhutang dengan pihak pengurusan kafetaria.

(37)

BAHAGIAN D

PERATURAN PERPUSTAKAAN PERKARA 1: Peraturan Am Perpustakaan

1.1 Pelajar perlu memakai dan mempamerkan kad matrik di dalam perpustakaan. Pelajar tidak dibenarkan masuk jika tiada kad matrik.

1.2 Untuk menjaga kepentingan semua, pelajar dilarang berbual-bual dalam kawasan perpustakaan melainkan di bilik perbincangan.

1.3 Merokok, makan dan minum dilarang sama sekali.

1.4 Beg, payung, bungkusan dan sebagainya, tidak boleh dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Tempat khas untuk menyimpan barang-barang tersebut disediakan di pintu masuk. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan barang-barang tersebut. (L a c i - l a c i b e r k u n c i b o l e h d i t e m p a h d i K a u n t e r Perkhidmatan).

1.5 Pihak perpustakaan memerlukan kerjasama semua pelajar untuk memelihara susunan perabot supaya kemas dan teratur.

1.6 Pelajar dikehendaki membuang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.

1.7 Pelajar hendaklah meletakkan buku yang telah digunakan sebaik-baiknya ke tempat asal. Jangan longgokkan buku di atas meja / tempat membaca.

1.8 Menempah tempat duduk tidak dibenarkan. Buku dan alat- alat lain yang ditinggalkan di atas kerusi dan meja akan dipungut oleh pegawai bertugas. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan barang hak milik perseorangan.

(38)

1.9 Pelajar mesti berpakaian kuliah pada waktu pejabat. Pakaian lain yang kurang sesuai tidak dibenarkan di dalam perpustakaan.

1.10 Pegawai yang bertugas berkuasa mengarahkan

seseorang pelajar meninggalkan perpustakaan jika didapati mengganggu ketenteraman perpustakaan.

1.11 Ketika hendak keluar dari perpustakaan, pelajar

hendaklah menunjukkan semua buku dan fail kepada

pegawai yang bertugas di pintu keluar untuk

pemeriksaan.

1.12 ‘Buzzer’ akan dibunyikan sepuluh minit sebelum masa

perpustakaan ditutup dan semua pelajar dikehendaki meninggalkan perpustakaan apabila mendengar isyarat tersebut. Urusan pinjaman dan mengembalikan buku tidak dibenarkan selepas ‘buzzer’ dibunyikan.

1.13 Waktu rasmi untuk sebarang urusan perpustakaan adalah mengikut jam kaunter perpustakaan.

1.14 Masa perkhidmatan perpustakaan boleh dipinda dari semasa ke semasa. Pengumuman akan diletakkan di papan kenyataan perpustakaan.

1.15 Perpustakaan dibuka kepada pelajar jam 8.30 pagi.

Bagaimanapun sekiranya kuliah diadakan awal

daripada waktu tersebut, pensyarah berkenaan boleh memohon kepada pustakawan supaya membenarkan pelajar masuk.

1.16 Semua pengguna tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kolej dari semasa ke semasa.

(39)

PERKARA 2: Pendaftaran

2.1 Perpustakaan memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada pensyarah, kakitangan sokongan dan pelajar kolej sahaja.

2.2 Semua pelajar adalah ahli perpustakaan secara

automatik.

2.3 Kad matrik pelajar akan digunakan pada setiap kali urusan pinjaman dan pemulangan dibuat.

2.4 Semua pengguna tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh kolej dari semasa ke semasa.

PERKARA 3: Kemudahan Pinjaman

Kemudahan pinjaman bagi pelbagai kategori pembaca adalah seperti berikut

:-3.1 Buku Rak Terbuka dan Buku Bertanda Kuning boleh dipinjam dua (2) buah buku selama seminggu.

3.2 Buku bertanda merah

Sebuah buku dibenarkan untuk dipinjam selama dua jam. Pinjaman semalaman dibenarkan dengan syarat buku dikembalikan sebelum jam 9.00 pagi pada keesokan harinya.

3.3 Bahan-bahan terbitan bersiri

Terbitan bersiri yang belum berjilid hanya boleh digunakan di perpustakaan sahaja.

(40)

3.4 Bahan rujukan

Bahan-bahan rujukan boleh digunakan di perpustakaan sahaja. Peminjaman bahan-bahan rujukan yang tertentu selama satu minggu hanya dengan kebenaran pustakawan. 3.5 Alat pandang-dengar

Hanya pensyarah sahaja boleh meminjam alat pandang- dengar. Tempohnya akan ditetapkan oleh pustakawan. Pelajar-pelajar lain hanya boleh menggunakanya di dalam perpustakaan sahaja. Pustakawan boleh menggunakan budi bicara untuk membenarkan pinjaman alat pandang- dengar dibawa keluar dari perpustakaan atas alasan-alasan tertentu.

3.6 Peralatan

Peralatan seperti OHP, projektor filem slaid, radio, pemain

video, kamera video dan sebagainya boleh dipinjam dan dibawa keluar dari perpustakaan dengan mengisi borang khas dan mendapat kebenaran pustakawan.

3.7 Akhbar dan bahan bercetak yang lain adalah untuk rujukan di dalam perpustakaan kolej sahaja.

PERKARA 4: Peraturan Pinjaman

4.1 Peraturan am pinjaman buku rak terbuka dan koleksi bertanda kuning;

(a) Lengkapkan slip pinjaman dengan butiran yang diperlukan.

(b) Serahkan slip pinjaman serta buku yang dipinjam kepada kaunter pinjaman.

(41)

(c) Tunjuk kad matrik untuk identifikasi.

(d) Pastikan tarikh pulang dicop di dalam buku dan di dalam slip pinjaman.

(e) Kembalikan buku sebelum atau pada tarikh pemulangan seperti yang dicop pada buku. Dapatkan salinan slip pinjaman berwarna biru untuk simpanan sebagai bukti buku telah dikembalikan.

(f) Peminjam boleh diminta untuk memulangkan buku- buku yang dipinjam sekiranya diperlukan.

(g) Pinjaman antara Perpustakaan boleh diuruskan tetapi dikenakan bayaran.

4.2 Buku-buku bertanda merah

(a) Bagi buku-buku yang permintaannya tinggi, seseorang pelajar tidak dibenarkan menempah sesebuah buku yang sama lebih daripada sekali pada hari yang sama. (b) Bahan-bahan yang ditempah mesti diambil oleh pelajar

yang membuat tempahan.

(c) Buku yang ditempah akan disimpan selama sepuluh minit dan akan dipinjamkan kepada pembaca lain jika tidak diambil dalam jangka masa tersebut.

(d) Penempahan untuk pinjaman satu malam boleh dibuat pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh perpustakaan, iaitu setengah jam sebelum perpustakaan ditutup. Buku tersebut mesti dipulangkan dalam masa setengah jam selepas perpustakaan dibuka.

(42)

4.3 Membaharui Pinjaman

Bahan-bahan Perpustakaan yang dipinjam boleh diperbaharui tarikh pinjamannya kecuali ia telah ditempah oleh pelajar lain. Kembalikan buku yang dipinjam supaya tarikh baharu dapat di cop.

4.4 Tempahan

(a) Bahan-bahan di Perpustakaan boleh ditempah

(b) Bahan-bahan yang telah ditempah akan disimpan selama lima hari dari tarikh notis penempahan dikeluarkan. Selepas tempoh ini, bahan-bahan tersebut akan ditempatkan semula di rak-rak buku atau dipinjamkan kepada pelajar lain.

(c) Pelajar boleh membaharui pinjaman melalui telefon. Berikan butiran yang dikehendaki seperti nombor ahli dan judul buku. Membaharui pinjaman melalui telefon mesti dibuat sebelum tempoh pinjaman seperti dicatat di buku tamat.

4.5 Buku-buku yang melewati tarikh / masa pemulangan

Pelajar didenda sekiranya lewat memulangkan buku pinjaman.

4.6 Panggilan balik

Semua buku dan bahan perpustakaan yang dipinjam tertakluk kepada panggilan balik dari perpustakaan dan hendaklah dipulangkan sebaik sahaja notis-notis untuk berbuat demikian diterima.

(43)

PERKARA 5: Kehilangan Dan Kerosakan

5.1 Buku

5.1.1 Pelajar yang menghilangkan / merosakkan buku perlu melaporkan kepada pustakawan tentang kehilangan / kerosakan dengan segera.

5.1.2 Pelajar perlu mengganti buku atau membayar harga buku mengikut harga pasaran bagi setiap buku yang hilang / rosak.

5.1.3 Jika buku yang hilang / rosak terdiri daripada satu set / siri, pelajar perlu mengganti buku atau membayar dengan harga set buku tersebut.

5.1.4 Sekiranya pelajar mengganti buku judul yang sama (bukan fotokopi), denda lewat masih dikenakan tetapi bayaran pengurusan tidak dikenakan.

5.2 Peralatan / Perisian

5.2.1 Pelajar yang menghilangkan peralatan / perisian perlu membayar kos peralatan / perisian yang sama mengikut harga pasaran.

5.2.2 Kos pembaikan peralatan / perisian yang rosak semasa dipinjam oleh pelajar ditanggung oleh pelajar sendiri.

PERKARA 6: Mencuri Atau Mencacatkan Bahan-Bahan Perpustakaan

Mencuri atau mencacatkan buku dan bahan-bahan lain di Perpustakaan merupakan satu kesalahan dan akan didakwa di bawah peruntukan Akta 174.

(44)

PERKARA 7: Kemudahan Internet Perpustakaan

7.1 Peraturan menggunakan internet

(a) Semua pelajar kolej dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini.

(b) Kad matrik akan disimpan semasa menggunakan perkhidmatan internet ini.

(c) Penggunaan dihadkan kepada masa satu jam sekali atas dasar ‘siapa datang dahulu’.

(d) Lengkapkan borang pendaftaran perkhidmatan internet di kaunter sebelum menggunakan perkhidmatan ini. (e) Penggunaan perkhidmatan ini atas tujuan pembelajaran,

pengajaran dan penyelidikan sahaja.

(f) Pengaksesan kepada bahan lucah atau berupa ancaman tidak dibenarkan dan akan dikenakan tindakan Akta 174 (Kaedah 19).

(g) Muat turun hanya dibenarkan dengan menggunakan pemacu pena / pemacu jari yang telah diimbas.

(h) Penggunaan perisian persendirian tidak dibenarkan. 7.2 Hak / Keistimewaan

(a) Akses internet bukanlah hak tetapi satu keistimewaan sahaja.

(b) Keistimewaan ini akan ditarik balik sekiranya pelajar didapati menyalahgunakannya.

(45)

7.3 Tingkah laku musnah (Vandalisme);

(a) Tingkah laku musnah ialah satu tindakan yang tidak bertimbangrasa ke atas perisian internet atau perisian komputer atau perkakasan komputer.

(b) Tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang didapati bersalah.

(46)

BAHAGIAN E JENIS-JENIS HUKUMAN

Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman- hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman- hukuman itu disatukan sekali;

a) amaran;

b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM 500.00);

c) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau

kesemua kemudahan-kemudahan kolej selama tempoh yang ditentukan;

d) penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di

kolej selama tempoh yang ditentukan;

e) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau

keseluruhan peperiksaan di kolej;

f) penyingkiran daripada mana-mana bahagian kolej selama

tempoh yang ditentukan;

g) pembuangan daripada kolej oleh pihak berkuasa tatatertib.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan memberikan kesan baru berupa perancangan Cafe- Library and Resto pengunjung dapat menikmati hidangan restoran, juga dapat membaca atau mencari informasi pada

Skala, luasan, hakekat, urgensi dan kompleksitas masalah perlindungan anak seungguh menakutkan. Meskipun demikian, ada sejumlah contoh mengenai berbagai cara di beberapa

Penelitian tersebut memperoleh hasil bahwa terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi siswa terhadap penerapan model pembelajaran kooperatif tipe tutor sebaya dengan

Puji syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa atas rahmat dan karunia-Nya sehingga saya dapat menyelesaikan penelitian Skripsi ini yang berjudul “Evaluasi Atas Reformasi Sistem

Tujuan penelitian adalah untuk mengetahui pengaruh paham feminisme terhadap pandangan wanita Jepang modern pada kelahiran anak.. Pendekatan yang digunakan adalah kualitatif

Pengemasan umumnya dilakukan setelah produk roti yang dihasilkan tidak panas lagi, karena pengemasan dalam keadaan panas akan menurunkan mutu pada roti, yakni roti menjadi lebih

DESKRIPSI UNIT : Unit kompetensi ini mencakup pengetahuan, keterampilan, dan sikap kerja yang diperlukan untuk melaksanakan sistem manajemen keselamatan dan

Mengenai produk-produk kredit konsumen seperti Otomotif Kredit, Kartu Kredit dan Personal Loan memiliki karakteristik yang mirip dengan KPR yang tingginya angka