• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teknologi makanan burger ramly .docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Teknologi makanan burger ramly .docx"

Copied!
62
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Pada era modenisasi ini, bidang sains dan teknologi berkembang pesat dan telah menyumbangkan berbagai-bagai sumbangan dalam semua bidang. Melalui sains dan teknologi, taraf kehidupan manusia semakin meningkat dan selesa. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, teknologi bermaksud kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal, manakala sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya dan cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti fizik, kimia, biologi, dan lain-lain.

Aplikasi sains dan teknologi menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia berkembang dengan pesat. Seperti yang kita sedia maklum, dalam penghasilan makanan perlu melalui proses yang rumit dan tenaga kerja yang banyak tetapi dengan bantuan sains dan teknologi proses penghasilan makanan seperti penghasilan bahan dan pembungkusan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis makanan juga dapat dihasilkan untuk memenuhi permintaan konsumer.

Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Menurut Sayyid Sabiq (tahun 1915-2000), makanan merupakan sesuatu yang boleh dimakan oleh manusia dengan tujuan menjaga kesihatan, mendapatkan tenaga, kekuatan dan sebagainya. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis makanan dicipta oleh nenek moyang kita sebagai contohnya mi, kuih muih dan biskut.

(2)

Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.

Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.

Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan produktiviti produk.

(3)

Untuk meningkatkan penghasilan burger Ramly, sains dan teknologi telah dibawa masuk ke dalam bidang ini. Kaedah ini telah mengubah proses pembuatan burger Ramly daripada cara pembuatan tradisional, iaitu menggunakan mesin berinovasi. Dengan menggunakan mesin berinovasi ini, tenaga manusia yang diperlukan dalam membuat burger Ramly telah dikurangkan berbanding dengan cara tradisional. Bukan begitu sahaja, masa penghasilan burger Ramly dapat dikurangkan dan kuantitinya dapat ditingkatkan dengan efektif.

Hal ini demikian kerana, teknologi pada zaman ini berkembang semakin pesat, dan ramai generasi muda leka akan perubahan teknologi yang baru ini sehingga tidak mengambil tahu akan cara pembuatan dahulu dan pembuatan invasi yang ada sekarang. Justeru, tajuk kajian ini dipillih adalah untuk membuat pendedahan tentang peranan sain dan teknologo makanan yang membantu peniaga dalam meningkatkan apa jua produktiviti syarikat mereke.

(4)

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian dibentuk adalah untuk mendapat tujuan dapatan dan hasil kajian. Masalah yang kita menjangkakan akan dihadapi dan dibentuk melalui rangka kerja teoritikal atau konseptual maka secara tidak langsung. Kita dapat membentuk objektif kajian supaya kajian mampu dicapai dan diukur.

Terdapat dua objektif yang ditetapkan untuk kajian ini iaitu:

i. Mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan burger Ramly di Burger Ramly Kiosk , Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

(5)

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Lokasi Daerah Bandar Tasik Selatan , Kuala Lumpur

Peta 1 :Daerah Bandar Tasik Selatan

(6)

3.2 Peta Burger Ramly Kiosk LRT Bandar Tasik Selatan,Kuala Lumpur

Peta 2 : Kawasan Burger Ramly Kiosk , Stesen LRT TBS ,KL

(7)

4.0 METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem.Antara perkara penting yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah cara mendapatkan responden, cara mendapatkan maklumat dan data responden serta teknik memproses dan mempersembahkan data.

4.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan satu perkara yang amat penting dalam melakukan sesuatu penyelidikan. Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan eksperimen yang gemar digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan deskriptif boleh digunakan dalam kajian kuantitatif dan kualitatif dan biasanya bertujuan untuk memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah responden yang menjawab begini atau begitu kepada soalan-soalan tinjauan. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Bentuk kajian tersebut digunakan untuk mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan Burger Ramly dan mengkaji kesan sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan Burger Ramly di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.

4.3 Instrumen Kajian

(8)

4.4 Cara Mendapatkan Responden

Pengkaji telah memilih 30 orang responden di Burger Ramly ,Stesen LRT Bandar Tasik Selatan untuk menjawab soal selidik. Maklumat demografi seperti umur ,bangsa dan jantina, tahap pendidikan dan perkerjaan akan disediakan dalam borang soal selidik. Terdapat 20 orang lelaki dan 10 orang perempuan telah dipilih untuk mengisi soal selidik ini. Hal ini demikian, perlu bagi mengetahi reaksi mereka terhadap sains dan teknologi makanan yang digunapakai oleh Burger Ramly memberi pulangan baik kepada pelanggan.

4.5 Cara Mendapatkan Maklumat Dan Data Responden 4.5.1 Data Primer

Data primer merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung dari sumber asli seperti dari lapangan melalui mengkaji dan pemerhatian. Metod yang digunakan untuk mendapatkan data primer iaitu kaedah soal selidik, temu bual dan pemerhatian.

(i) Kaedah soal selidik

Kaedah soal selidik terdapat 3 bahagian iaitu Bahagian A merupakan maklumat diri responden manakala Bahagian B terdapat 10 soalan mengenai kesan penggunaan teknologi moden dalam penghasilan Burger Ramly. Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada 30 responden bagi pelanggan Burger Ramly Kiosk ,Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.

(9)

Manakala Bagi Bahagian B, kajian ini menggunakan skala permarkahan likert . Kaedah soal selidik yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik tertutup. Dengan ini, pengkaji dapat mengumpul dan menganalisiskan data dengan lebih cepat dan efektif. Selain itu, data juga dapat dipersembahkan dengan lebih jelas.

(ii) Kaedah temu bual

Kaedah temu bual adalah untuk mengenal pasti kebenaran melalui temu bual bersemuka, Kaedah temu bual bersemuka digunakan dalam kajian in untuk mendapat kebenaran tentang penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan Burger Ramly daripada 3 informen yang dipilih dari Burger Ramly. Mereka adalah Penyelia (ketua) Burger Ramly Kiosk Stesen LRT (TBS) dan seorang pelanggan En.Muhammad Adli .Masa temu bual ialah pada 23 Mei 2015

Analisis kaedah temu bual yang telah dilakukan.

Bil Nama Pekerjaan Tarikh Masa Tempoh

1 Kuza Nurul Atiqkha

Penyelia 23/5/2015 10.00 pagi 15 minit

2 En Muhammad Adli

Kerani 23/5/2015 11.00 pagi 5 minit

Jadual 1 : Analisis Temu Bual

Sumber: Kajian Lapangan 2015

(iii) Pemerhatian

(10)

moden juga akan diperhatikan oleh pengkaji. Gambar-gambar akan diberikan dalam kajian ini.

4.5.2 Data sekunder

Data sekunder merupakan sumber data penelitian yang diperoleh peneliti secara tidak langsung melalui media perantara. Pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan sebagai data sokongan.

(11)

4.6 Teknik Memproses Dan Mempersembahkan Data

Selepas borang soal selidik siap dikumpul, menganalisis kajian akan dilakukan. Dalam borang soal selidik Bahagian A, data yang diperoleh dibahagikan kepada jantina, kelas umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan dan status perkahwinan. Dalam Bahagian B, kaedah statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis data yang berbentuk skala likert. Analisis deskriptif bertujuan untuk memberikan gambaran tentang sesuatu data. Untuk memudahkan proses menganalisis data, Skala Likert 3 peringkat digunakan untuk mendapatkan perspesi responden tentang persoalan yang dikaji, skor 1 untuk tidak setuju, 2 untuk setuju dan 3 untuk sangat setuju. Skala likert ini akan dikategorikan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 .

Skor 1 2 3

Skala Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

(12)

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min purata dan kekerapan.

5.1 Demografi Responden

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelanggan Burger Ramly telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, kelas umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan dan status perkahwinan telah disembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

5.1.1 Jantina

Jantina Kekerapan (orang) Peratus ( %)

Lelaki 20 66.67%

Perempuan 10 33.33%

(13)

67% 33%

Jantina

Lelaki Perempuan

Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina Sumber: Kajian Lapangan 2015

Dapatan kajian menunjukkan daripada 30 orang responden yang dipilih seramai 20 orang lelaki (66.67%) dan 10 orang perempuan (33.33%) dipilih dari Burger Ramly Kiosk ,Stesen LRT TBS.Hal ini perlu dalam memastikan kepelbagaian pendapat dari pelbagai responden memperoleh keputusan akhir dari kajian ini.

5.1.2 Umur

Umur Kekerapan (orang) Peratus (%)

15-24 tahun 15 50

25-34 tahun 10 33.33

35-keatas 5 16.67

(14)

50%

33% 17%

Umur

15-24 tahun 25-34 tahun 35-keatas

Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur Sumber: Kajian Lapangan 2015

(15)

5.1.3 Pekerjaan

Pekerjaan Kekerapan orangPeratus (%)

Kerajaan 8 26.67

Swasta 4 13.33

Sendiri 10 33.33

Pelajar 5 16.67

Tidak bekerja 3 10

Jadual 5: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan Sumber: Kajian Lapangan 2015

Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan Sumber: Kajian Lapangan 2015

(16)

Selatan iatu 10 orang (33.33%). Manakala terdapat bilangan responden yang kedua tertinggi iaitu sektor kerajaan 8 orang (26.67%) ,diikuti pelajar seramai 5 orang (16.67%) dan jumlah yang hampir sama bagi sektor swasta dan bagi yang tidak bekerja iaitu , sektor swasta 4 (13.33%) dan tidak bekerja 3 orang iaitu (10%).Hal ini menunjukkan ,pada waktu kajian di lapangan pada waktu terbabit kecenderungan beerja sendiri mempunyai masa lapang untuk bersarapan di waktu pagi berbanding pekerjaan yang lain.

5.2 Mengenal Pasti Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut Heong Peah

Aplikasi sains dan teknologi menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia berkembang dengan pesat. Seperti yang kita sedia maklum, dalam penghasilan makanan perlu melalui proses yang rumit dan tenaga kerja yang banyak tetapi dengan bantuan sains dan teknologi proses penghasilan makanan seperti penghasilan bahan dan pembungkusan dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Pembangunan produk adalah berasaskan kepada permintaan industri dan menekankan kepada keperluan pengguna menerusi penciptaan produk-produk atau proses-proses baru, membuat perubahan pada keluaran produk yang sedia ada ataupun meningkatkan lagi.

Aplikasi sains dan teknologi telah digunakan dalam penghasilan Burger Ramli di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan,KL

Pembungkusan makanan merupakan salah satu rangkaian yang terlibat dalam penghasilan produk makanan. Penghasilan pembungkusan yang baik banyak dipengaruhi oleh faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna. Beberapa tahun kebelakangan ini, pembungkusan makanan telah melalui beberapa fasa perubahan pembangunan yang signifikan.

(17)

Dalam proses membuat Pada mulanya daging samaada daging ayam atau daging lembu dikisar hancur kemudian ramuan lain seperti lemak, bahan perisa serta bahan tambah makanan digaulkan kedalam adunan berkenaan .Adunan burger ini kemudian dimasukkan kedalam mesin pembentuk dan dibentuk menjadi burger seterusnya di sejukkan dengan segera menggunakan 'blast freezer' dan kemudian dibungkus dalam plastik dan tersedia untuk di jual. Cukup mudah menyediakan daging burger ini.

i. Mesin Deep Fryer

Apabila membuat Burger ,Ketika deep fryer, yang terbaik adalah menggunakan minyak neutral rasa seperti SAJI atau minyak kacang. Minyak sayur juga bekerja dengan baik. Gunakan minyak yang cukup sehingga ada cukup lemak untuk menutupikan apapun barang yang berniat untuk menggoreng. Tempatkan suiz tekan minyak dengan api besar. Pemanasan sejumlah besar minyak dapat memakan waktu yang cukup lama.

Deep Fryer,-menggoreng harus dilakukan dengan minyak di 325 darjah F (185 darjah C); menggunakan termometer permen atau besar-dial termometer yang dapat menghubungkan ke pot. Minyak akan mulai membakar antara 400 dan 450 darjah F (200 dan 225 darjah C) dan akan terbakar di sekitar 500 darjah F (250 darjah C), oleh itu ,sangat penting untuk memantau suhu.

(18)

Foto 1 : Mesin Deep Fryer Sumber : Kajian Lapangan 2015 ii. Mesin Combie

(19)

Foto 3: Mesin Combi steamer Sumber: Kajian Lapangan 2015 5.2.2 Pembungkusan Burger Ramly

Dalam pembungkusan Burger Ramly, pengusaha kilang ini telah membeli atau membuat bungkusan dilabel jenama Ramly,dengan penggunaan sains dan teknologi, bungkusan ini senang untuk dibuka oleh disebabkan makanan yang baru dibeli itu masih panas . Oleh itu, bungkusan itu sesuai untuk memasukkan Burger Ramly dihasilkan.Penghasilan pembungkusan yang baik banyak dipengaruhi oleh faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna.

(20)

5.3 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan dan Pemasaran

4 Kos penghasilan Burger Ramly dapat dikurangkan dengan aplikasi sains dan

(21)

0

Rajah 4: Kesan-Kesan Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Penghasilan Ramly Burger

Berdasarkan Jadual 4, sebanyak 15 orang (50%) responden sangat setuju akan proses penghasilan Burger Ramly menjadi lebih bersih dengan bantuan sains dan teknologi manakala terdapat 12 (40%) orang setuju akan penyataan ini. Bagi kategori yang tidak setuju pula terdapat 3 orang (10%) daripada keseluruhan responden yang dipilih. Daripada pernyataan ini menunjukkan , keseluruhannya setuju dengan proses penghasilan Burger Ramly lebih bersih dimana hampir 50% sangat setuju dengan kenyataan itu.

(22)

Di samping itu, terdapat 6 orang bersamaan 20% daripada semua responden berpendapat bahawa kos penghasilan Burger Ramly tidak dapat dikurangkan dengan aplikasi sains dan teknologi dan selebihnya memilih setuju seramai 14 orang (46.67%) dan bilangan sangat setuju sebanyak 10 orang (33.33%) hal ini dimana, tidak banyak responden sangat setuju akan soalan ini kerana bil elektrik semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Seterusnya, terdapat bilangan orang responden angat setuju dalam pelbagai citarasa resepi dimana seramai 20 orang (66.67%) ,bilangan setuju 10 orang (33.33%), Burger Ramly ini telah menghasilkan pelbagai menu resepi yang akan memenuhi citarasa pelanggan tersebut.

(23)

5.3.2 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Pemasaran Burger Ramly

2 Burger Ramly menjadi popular dalam kalangan generasi muda.

5 16.67 10 33.33 15 50

3 Kuantiti jualan Burger Ramly semakin meningkat.

5 16.67 10 33.33 15 50

4 Burger Ramly menarik minat pengunjung luar datang untuk membeli.

5 16.67 12 40 13 43.33

5 Burger Ramly dapat bersaing dengan makanan moden yang lain.

5 16.67 10 33.33 15 50

Jadual 5: Kesan penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pemasaran Burger Ramly

0

(24)

orang responden iaitu 26.67% memilih dalam kategori setuju dan 2 orang berpendapat tidak setuju akan soalan ini.Hal ini kerana , akhbar “ Utusan Malaysia” pada 24 Julai 2014 telah membuktikan pernyataan ini. Akhbar ini menyatakan bahawa perkembangan sains dan teknologi telah meningkatkan kualiti pembungkusan makanan dan lebih kemas daripada pembungkusan yang lama.

Di samping itu, terdapat 5 orang bersamaan 16.67% daripada semua responden berpendapat bahawa Burger Ramly tidak popular dalam kalangan generasi muda walaupun dengan aplikasi sains dan teknologi dalam pemasaran Burger Ramly dan yang selebihnya memilih setuju dan sangat setuju iaitu 10 orang (33.33%) dan 15 orang (50%) yang menyataan bahawa Burger Ramly menjadi popular di kalangan orang muda.Hal ini dibuktikan oleh orang tembual dimana En.Muhammad Adly menyatakan ,kebanyakkan jenama burger Ramly ada dimana sahaja di dalam negara . Ini yang berjaya meningkatkan persepsi anak muda tentang jenama buatan Malaysia pun mempuyai kualiti tersendiri.

Seterunya, Seramai 15 orang sangat setuju akan kuantiti jualan Burger Ramly telah meningkat kesan daripada penggunaan sains dan teknologi iaitu 50% daripada semua responden. Dalam kategori setuju pula terdapat 10 orang ( 33%) manakala hanya 5 (16.67%) orang tidak setuju akan kuantiti Burger Ramly telah meningkat.Hal ini dapat dibuktikan apabila sesuatu mesin itu memudahkan untuk melakukan kerja , keuntungan daripada inovasi ini juga akan meningkat juga hasil pelanggan yang sukakan perkhidmata yang cepat ,cekap dan pantas.

(25)

kesan yang dibawa, dan hanya 5 orang (16.67%) memilih tidak setuju.Hal ini demikian , perkhidmatan yang cekap dan cepat dapat meningkatkan bilangan peanggan untuk membeli tanpa menunggu waktu yang lama .

Sebanyak 15 orang (50%) responden sangat setuju akan Burger Ramly dapat bersaing dengan makanan antarabangsa yang lain atas bantuan sains dan teknologi manakala hanya 10 orang (33.33%) setuju akan penyataan ini. Bagi kategori yang tidak setuju pula terdapat 5 orang (16.67%) bilangan yang cukup sedikit di kalangan responden. Namum, banyak orang telah memilih sangat setuju akan Burger Ramly dapat bersaing dengan makanan moden di peringkat antarabangsa .kerana Perkhidmatan makanan Burger Ramly harus perlu mendapat suntikan dari kerajaan dalam mempromosikan lagi di persada antarabangsa dengan itu dapat meningkatkan imej negara dalam industri permakanan di peringkat global.

6.0 Rumusan

(26)

dan teknologi ini. Kini, aplikasi sains dan teknologi telah menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia berkembang dengan pesat.

Kajian ini telah meningkatkan pengetahuan pengkaji dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang makanan segera dan cara penghasilan makanan .Bukan itu sahaja, kajian ini turut memberi maklumat yang lebih terperinci tentang kepentingan sains dan teknologi terhadap pemakanan Untuk meningkatkan penghasilan Burger Ramly, sains dan teknologi telah dibawa masuk ke dalam bidang pemakanan. Kaedah ini telah mengubah proses pembuatan Burger Ramly daripada cara pembuatan manual kepada penggunaan mesin automatik. Dengan menggunakan mesin automatik ini, tenaga manusia dan masa yang diperlukan dalam membuat Burger Ramly dapat dikurangkan berbanding dengan cara manual dalam masakan. Manakala kuantitinya dapat ditingkatkan dengan efektif dan efisien lagi cekap.

Hasil analisis telah menunjukkan keseluruhan responden setuju bahawa penggunaan teknologi dalam penghasilan Burger Ramly dapat menjimatkan masa da tenaga .Kuantiti penghasilan Burger Ramly turut menjadi lebih banyak. Data ini juga disokong adalah Penyelia , Pn Kuza Nurul Atiqha dan pelanggan Burger Ramly stesen LRT Bandar Tasik Selatan (BTS). Hal ini demikian, sumber tenaga manusia dapat dikurangkan kerana bantuan mesin automatik yang digunakan. Selain itu, kuantitI Burger Ramly juga turut dipertingkat.

(27)

dalam perniagaan mereka supaya aplikasi sains dan teknologi dalam proses membuat makanan ini dapat diperbaikkan dari masa ke semasa.

Konklusinya, Burger Ramly mempunyai prinsip dan integriti dalam memastikan setiap isu dalam pemakanan dititikberatkan kualiti dan keckapan dalam memastikan pelanggan berpuas hati dengan setiap resepi yang ditawarkan oleh Burger Ramly ,Kejayaan sesebuah syarikat tidak akan datang bergolek jika tiada urus tadbir yang baik dalam sesebuah syarikat pemakanan di dalam negara, semoga penambahbaikan dapat dipelbagaikan dalam menjadi suatu hari nanti Syarikat pemakanan yang disegani .

(28)

Rujukan

1. https://www.google.com.my/maps/place/bandar+tasik+selatan

2. Kamaludin A. Rashid, “Kepentingan industri logistik kepada negara” , dlm Utusan Malaysia, 27 Julai 2014

3. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2009. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Laupa Junus, “ Melahirkan Pakar Proses Makanan”, dlm Utusan Malaysia, 8

September 2014 Mei Ling, Sieh Lee (2006). Menangani Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di Malaysia. Karya terjemahan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris).

5. http://www.ramly.com.my/Ramly%20Web%28Home%20C%20P%20BM.html 6.

http://www.teknologimakanan.com/2009/08/teknologi-makanan-cara-buat-burger.html

7. http://ite-kidstech.blogspot.com/2013/12/zero-to-hero-ramly-burger.html

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN

(29)

Lelaki ( ) Perempuan ( )

ARAHAN : Tandakan ( / ) mengikut skala yang dinyatakan di bawah.

1 2 3

Tidak Pasti Tidak Setuju Setuju

Bilanga n

Kesan-kesan pengunaan Sains dan teknologi dalam penghasilan Burger Ramly.

1 2 3

1 Proses membuat Burger Ramly.menjadi lebih bersih.

2 Penggunaan teknologi dalam penghasilan Burger Ramly.dapat menjimatkan masa.

3 Terdapat pelbagai resipi citarasa Burger

Ramly.kesan daripada penggunaan teknologi.

(30)

5 Kuantiti penghasilan Burger Ramly menjadi lebih banyak.

Kesan-kesan penggunaan sains dan teknologi dalam pemasaran Burger Ramly

1 Pembungkusan Burger Ramly menjadi lebih kemas.

2 Burger Ramly kini telah menjadi popular dalam kalangan generasi muda.

3 Kuantiti jualan Burger Ramly semakin meningkat.

4 Burger Ramly menarik minat pengunjung luar datang ke kampung untuk membeli.

5 Burger Ramly dapat bersaing dengan makanan moden yang lain.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Jadual Temu Bual

Informan 1: Puan Kuza Nurul Atiqkha Binti Suhaimi

Soalan Jawapan

(31)

apakah mesin automatik yang terdapat di dalam jualan burger ramly ?

kilang ini terdapat, iaitu mesin deep fryer, mesin combi steamer

2. Mengapakah Puan

menggunakan mesin ini dalam penghasilan burger ramly ?

Saya menggunakan mesin-mesin automatik ini adalah untuk meningkatkan produktiviti dalam perniagaan saya ini. cukup lemak untuk menutupikan apapun barang yang berniat untuk menggoreng. Tempatkan suiz tekan minyak dengan api besar. Pemanasan sejumlah besar minyak dapat memakan waktu yang cukup lama.

Deep Fryer,-menggoreng harus dilakukan dengan minyak di 325 darjah F (185 darjah C); menggunakan termometer permen atau besar-dial termometer yang dapat menghubungkan ke pot. Minyak akan mulai membakar antara 400 dan 450 darjah F (200 dan 225 darjah C) dan akan terbakar di sekitar 500 darjah F (250 darjah C), oleh itu ,sangat penting untuk memantau suhu.

(32)

pemanggangan, memanggang, mengukus, merebus, celur.

4. Apakah perubahan dalam proses penghasilan burger ramly selepas Puan menggunakan mesin-mesin automatik ini?

Kalau berbanding dengan kaedah yang manual, banyak tenaga akan digunakan ,jika mesin automatik tenaga kerja saya dapat dikurangkan dan masa menghasil burger ramly ini turut dapat dijimatkan.

5. Adakah jualan burger ramly ini meningkat selepas Puan

menggunakan mesin-mesin ini ?

Saya tidak dapat nafikan bahawa, prestasi jualan burger ramly ini memang lebih baik

Informan 2: Encik Muhammad Adly

Soalan Jawapan

1. Adakah jualan burger ramly ini meningkat selepas

berbanding dengan masa yang dahulu?

(33)

masa dahulu. 2. Bagaimanakah pembungkusan

burger ramly kini berbanding dengan masa dahulu?

Pembungkusan burger ramly telah menjadi lebih kemas daripada masa dahulu. Kini, terdapat beg plastik yang melambangkan kilang mereka 3. Adakah burger ramly ini

menjadi popular dalam kalangan generasi muda pada masa kini?

Ya, burger ramli cukup sinonim sejak saya mash kecil lagi dan ianya buatan malaysia kita kena sokongan buatan negara kita.

5. Adakah encik berpendapat bahawa burger ramly ini dapat bersaing dengan makanan moden teknologi, tetapi kaedah ini masih tidak cukup untuk bersaing dengan makanan moden yang sentiasa menghasilkan citarasa yang baru dari semasa ke semasa.

(34)
(35)
(36)
(37)
(38)
(39)
(40)
(41)
(42)
(43)
(44)
(45)
(46)
(47)
(48)
(49)
(50)
(51)
(52)
(53)
(54)
(55)
(56)
(57)
(58)
(59)
(60)
(61)
(62)

http://www.teknologimakanan.com/2009/08/teknologi-makanan-cara-buat-burger.html

Referensi

Dokumen terkait