• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM i THINK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM i THINK"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM i-THINK: SATU PENGENALAN

Oleh:

Muhamad Sidek Said, Phd Mohamad Ab.Kadir Mohamad Sabri Awang Hitam

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan dan penerimaan program i-Think di IPG Kampus Sultan Mizan selepas hampir dua tahun diperkenalkan. Dalam tempoh berkenaan hampir 80 peratus pelajar telah mengikut kursus rasmi program berkenaan secara intensif. Di antara pelajar yang terlibat ialah dari Program PISMP, j-QAF, Kemas, YIT, DPLI dan PGSR. Kursus i-Think ini telah memberi impak baru kepada cara mengajar dan belajar yang terkini bersumberkan lapan peta pemikiran. Program ini menggalakan pelajar berfikir, bertukar pandangan dan berkongsi dapatan secara kumpulan kecil dan besar. Mereka digalakkan menggunakan sumber-sumber yang rapat untuk rujukan seperti buku, akses internet dan pengalaman dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan, secara tidak langsung pembelajaran mereka berfokus, terkini dan menyeronokkan. Dalam kajian ini satu set soal selidik ringkas melalui „online survey‟ menggunakan Program Survey-Monkey. Program ini digunakan untuk meninjau pandangan peserta kursus tentang keseluruhan Program i-Think ini. Secara umumnya, daripada penilaian yang diberikan menunjukkan program ini sangat relevan dengan pelajar-pelajar kini kerana peta pemikiran yang disediakan sangat membantu dan bertindak sebagai kerangka dan akses kepada mereka untuk berfikir. Majoriti responden yang mengambil bahagian (>90%) bersetuju menjadikan program ini sebagai alat berfikir, teknik pengajaran berkesan, meningkat kemahiran berfikir dan meningkatkan HOTs dalam pdp pelajar dan guru.

Kata kunci: program i-think, kemahiran berfikir dan transformasi pendidikan.

PENDAHULUAN

Pengenalan

(2)

2

Sedangkan pengetahuan dan kemahiran mereka boleh dipupuk melalui sumber maklumat dan satu sistem pendidikan yang boleh meletakkan mereka menjadi wataknya yang kreatif dan serba boleh (Azizi, et.all, 2005). Namun suasana ini masih perlahan di Malaysia kerana sistem pendidikan kita tidak mengarahkan kepada pemikiran aras tinggi dan pembinaan skema yang produktif, oleh itu mereka perlu meneroka alam mereka dengan bantuan pengajaran yang berkesan pada setiap hari (Dewey, 1993).

Di samping itu dalam melaksanakan pengajaran berkualiti, unsur-unsur kemahiran berfikir, kreatif dan kritis hendaklah diaplikasikan mengikut tahap kognitif murid. Aspek pedagogikal ini menyediakan peluang pembelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak ini kerana mereka mudah merima pembaharuan dan inovasi. Oleh itu aspek penguasaan pedagogikal ini perlu dipandang serius oleh setiap guru kerana ianya ibarat „tools‟ yang boleh menjadi pengantara keberkesanan P&P antara guru dan murid. Sejauhmanakah kreatifnya seseorang kanak-kanak jika rutin pengajaran adalah sama setiap masa?.

Sebagai satu alternatif kepada pengukuhan pedagogi seorang guru, teknik mengajar menggunakan peta pemikiran ini diharapkan dapat merubah perspektif dan amalan lama kerana teknik ini mempromosi satu suasana mengajar yang menyeronokkan murid-murid, ringkas, informatif dan menjimatkan masa dan bahan. Mengikut Hyerle & Yeager (2007) peta pemikiran memudahkan murid memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian. Ini disebabkan penekanannya kepada aktiviti yang berpusatkan murid dan menggalakkan mereka bekerja secara kolaboratif selain daripada hubungan guru murid menjadi lebih rapat kerana guru cenderung berperanan sebagai fasilitator.

Pernyataan Masalah

Kajian ini meninjau pelaksanaan Program i-Think melalui kursus-kursus yang dijalankan kepada pelajar IPGKSM (dari pelbagai kursus/unit) dalam tempoh hampir dua tahun (2012-2013). Ramai dalam kalangan pelajar kumpulan ini telah mempraktikkan program ini bersama pensyarah dalam bilik darjah, semasa menjalani praktikum dan kepada pelajar dari unit j-QAF, PGSR, KEMAS dan sebagainya telah mempraktikkan dalam pengajaran mereka di sekolah walaupun tidak menyeluruh. Hasil amalan daripada program ini, apakah ianya telah memberi kesan dan perubahan kepada amalan P&P, atau hanya satu program yang berbentuk jangka pendek. Apakah program ini mempunyai masa depan yang baik untuk diamalkan sebagai satu kaedah mengajar yang berkesan sehingga mampu membina „Thinking school‟ atau „Thinking IPG‟?.

Tinjauan literature berkaitan isu kajian

(3)

3

peta pemikiran ini telah meningkatkan daya ingatan yang luar biasa berbanding cara pembelajaran yang lama. Lee & Gan (2012) dalam penulisan refleksinya mencatatkan bahawa peta pemikiran dapat membantu murid dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta membantu pelajar membentangkan idea-idea bernas dan baru. Kajian Sidek (2013) di Tadika Yayasan Islam Terengganu membuktikan pengajaran guru-guru tadika berasaskan peta pemikiran kepada kanak-kanak berumur 5-6 tahun menghasilkan perubahan tingkahlaku positif yang memberangsangkan walaupun dipraktikkan dalam waktu yang singkat.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini telah mengambil kira kesan kursus program i-think kepada semua pelajar yang terlibat, sebagai satu teknik alternative kepada pelajar sama ada dalam bilik darjah mahupun di sekolah. Objektif kajian ini ialah untuk;

1. meninjau pelaksanaan program i-Think dalam pengajaran dalam bilik darjah

2. memberi tindak balas kepada pelaksanaan program i-Think pada masa depan

PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah pelaksanaan ini program i-Think memberi impak kepada P&P dalam bilik darjah? 2. Adakah program i-Think dianggap program berfikir yang baik pada masa depan?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kuantitatif berbentuk tinjuan atas talian menggunakan program penilaian Survey Monkey yang dibuka kepada semua pelajar mulai 19 Mei 2013 hingga 19 Jun 2013. Secara umumnya 10 peratus sahaja pelajar (lebih kurang 800 pelajar telah mengikuti kursus i-Think) telah menjawab soalan ini. Oleh kerana survei atas talian bukan menjadi budaya kepada pelajar, maka peratus yang memberi respons dianggap sebagai satu permulaan yang baik dan kaedah ini dianggap berkesan dalam menguruskan boring dan membuat penilaian kerana program penilaian Survey Monkey menyediakaannya secara percuma dan membuat analisis secara automatic.

DAPATAN KAJIAN

(4)

4 1. Adakah anda mengetahui tentang Program i-Think?

2) Adakah anda mengetahui tentang Program i-Think di institusi anda

Soalan 3 – 5 menjawab objektif nombor 1

3. Adakah anda setuju program i-Think sebagai alat berfikir yang terkini 0

20 40 60 80

Ya (97.5%)

Tidak (2.5%)

0 20 40 60 80

Ya (97.5%)Tidak (2.5%)

0 20 40 60 80

Tidak setuju (6.17%)

Kurang setuju (2.47%)

(5)

5

4. Program i-Think boleh dianggap sebagai boleh sebagai teknik pengajaran yang berkesan

5.Benarkah Program i-Think dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir pelajar dan guru-

guru

Soalan 6-7 menjawab objektif 2

6..Bolehkah Program i-Think dijadikan alat berfikir aras tinggi pelajar-pelajar pada masa depan? 0

20 40 60 80

Tidak setuju (3%)

Kurang setuju (2.47%)

Setuju (93.8%)

0 20 40 60 80

Tidak setuju (3.60%)

Kurang setuju (1.23%)

Setuju (95.06%)

0 20 40 60 80

Tidak setuju (2.47%)

Kurang setuju (6.17%)

(6)

6

7.Wajarkah Program i-Think dijadikan teknik wajib kepada semua guru dalam bilik darjah

KEPUTUSAN ANALISIS DATA DAN INTERPRETAS

Setelah meneliti dapatan kajian ini didapati bahawa Program i-Think telah diterima secara umum oleh pelajar walaupun program ini masih baru. Tinjuan pelaksanaan program ini adalah sangat memberangsangkan jika dilihat kepada objektif 1 dan 2. Dalam objektif pertama, untuk soalan 3, para pelajar bersetuju jika program i-Think dianggap sebagai alat berfikir yang terkini (91.38%). Sebelum ini kita tidak menjumpai satu alat berfikir yang mantap dan menyeluruh, jika adapun seperti Peta Minda sedikit masa dahulu telah dipraktiskan dalam Negara kita. Namun program ini masih tidak menyerlah kepada pelajar yang lemah. Hasil penyelidikan di UK yang diketuai oleh Dr. Hierley (200&) mendapati Peta Pemikiran (Thinking maps) boleh menyelesaikan pembelajaran murid dari pelbagai tingkat umur dan situasi. Para responden dalam soalan 4, juga bersetuju menganggap bahawa program i-Think tergolong dalam satu teknik pengajaran yang berkesan (93.8%) memandangkan setiap peta pemikiran memiliki „thinking process‟ yang berbeza. Ini bermaksud setiap tajuk yang dipelajari boleh disesuaikan dengan peta yang berkaitan dan ini mendorong minda untuk memberi focus serta dibantu oleh proses berfikir, menjadikan peta-peta berkenaan mudah untuk diingat. Kekuatan sokongan dari pelajar dengan tidak menyembunyikan fakta telah menyokong soalan 5, bahawa mereka dengan yakin mengaku bahawa program i-Think berupaya meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dan pensyarah dengan 95.06%. Daripada maklumbalas yang diterima ramai pelajar mengakui berlaku peningkatan ingatan mereka terhadap subjek yang diajar menggunakan peta pemikiran (Sidek,2012), ini bermakna program i-Think telah mengambil alih fungsi pengajaran guru yang sebelum ini masih rendah menggunakan alat berfikir ketikan sesi pengajaran.

Untuk objektif kedua, soalan 6 mengajukan satu soalan futuristic untuk melihat kekuatan program i-Think pada masa depan yang berkait dengan pemikiran aras tinggi (HOTs) iaitu satu agenda besar terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Para responden bersetuju ianya satu alat berfikir kearah pemikiran kreatif (91.36%) pada masa depan yang responsive kepada unsur berfikir, berpasangan dan berkongsi (think-pair-share) yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan setiap peta pemikiran program Think. Para responden juga sangat yakin jika program i-Think ini dijadikan satu teknik yang wajib-ajar oleh semua guru dan pensyarah (76.55%), dengan peratusan yang sedikit berbeza dengan item-item lain ianya masih kuat menyatakan bahawa para pelajar perlukan satu kaedah pengajaran yang meliputi unsure-unsur alat berfikir, pengisian, santai,

(7)

7

mudah difahami, tidak membosankan serta mempunyai cirri-ciri pelajar abad 21 bila proses memperolehi maklumat baru diperolehi dengan mudah dan memberi manfaat berpanjangan.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian ini beberapa cadangan boleh dipertimbangkan;

(1) Kajian berkonsepkan kualitatif perlu dijalankan untuk melihat keberkesanan program ini bermula dari pra sekolah sehingga pelajar IPTA

(2) Luaskan penggunaan program ini dalam pengajaran guru dari „instruct‟ kepada construct‟ (3) Menggalakan murid menggunakan sepenuhnya peta pemikiran ini ke dalam semua subjek (4) Menggalakkan guru-guru mengubah cara mengajar kepada pendekatan yang terdapat dalam program I-Think

(5) Menjadikan peta pemikiran suatu alternatif baru yang kompetatif

(6) Latihan asas dan pengukuhan hendaklah dipercepat dan perluaskan kepada semua sekolah sama ada kerajaan atau swasta

RUMUSAN

Kajian ringkas ini mempunyai objektif jangka panjang yang memerlukan kita berfikir dan bertindak serta keluar dari dunia selesa di bilik darjah. Perubahan mindset pengajar dalam merubah „instructional design and leadership‟ sepatutnya telah berubah tanpa menunggu arahan daripada sesiapa. Ini kerana cara berfikir pelajar telah berubah dalam tempoh 15-20 tahun lalu. Mereka bukan lagi perlu kepada teknik mengajar ala „spoon feeding‟ malah mereka perlu lebih daripada itu. Apakah teknik dan alat yang menjentik pemikiran mereka?. Maka kita kena berubah kearah satu dimensi baru dalam dunia pendidikan kita supaya kita dapat mengekori walaupun tidak dapat duduk setanding dengan Negara-negara maju. Pemikiran pelajar kita sama dengan Negara-negara lain; menghadapi pembangunan teknologi yang pesat, arus globalisasi yang bersaing dan pertandingan inovasi dan reka cipta yang menjadi-jadi, maka pelajar kita perlu berada dalam barisan pertama menghadapi perubahan tadi dan kita perlukan alat berfikir yang praktikal untuk membolehkan mereka mula bergerak dan bertindak. Tidak ada lagi alat berfikir yang memenuhi keperluan pelajar-pelajar ini melainkan program i-Think. Ramai pelajar yang mempraktikkan program ini telah mengakui keberkesanannya dalam menghadapi cabaran baru dalam proses pembelajaran mereka malah permintaan untuk mengikuti kursus ini semakin baik dan meningkat.

BIBLIOGRAFI

Ab. Fatah Hasan (1994). Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Best J.B. (1999). “Cognitive Psychology (5Th Ed.)” United States of America : Brace. Buzan, T (1989). Use your Head. London: BBC Books.

Connell ,W.F . (1981) . Asas Pendidikan . Kula Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Dewey, J. (1993). How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to the educative process. Boston: Houghton Mifflin Company.

(8)

8

Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). A Language for learning: Thinking maps incorporated. North Carolina; Thinking Maps. Inc.

Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., and Masia, B.B., (1964). Taxonomy of Educational

Objectives: The classification of Educational Goals. Handbook II: Afective Domain. New York: David McKay.

Lee Hou Yew & Gan We Ling. (2012). Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2012, Bukit Gambang Resort, Oktober 2012.

Muhamad Sidek Said & Ahamad Rahim. (2012). Transformasi pengajaran dan pembelajaran inovatif melalui „thinking maps‟. Kertas kerja dibentangkan diSeminar Penyelidikan pendidikan antarabangsa malaysia-indonesia (Malindo), IPGKIK, Kuala Lumpur, 4-6 Okt 2012

Muhamad Sidek Said & Ahamad Rahim. (2012).Inovasi pengajaran dan pembelajaran melalui program i-Think.Kertas kerja dibentangkan di IPGM International convention in teacher learning & development, Pearl International Hotel, Kuala Lumpur, 19-21 Nov 2012

Muhamad Sidek Said (2013). Aplikasi menggunakan „thinking map‟ dalam program praktikum KPLD Di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan, Tanjung Vista Hotel, Kuala Terengganu, 23-25 April 2013

Shermis, S.S (1999). Critical Thinking: Helping students learn reflectively. Bloomington, Indiana: Phi Delta Kappa Educational Foundation.

Referensi

Dokumen terkait

Kemudian survey lain yang dilakukan oleh Farida (2008:47) tentang pengaruh relationship marketing terhadap loyalitas nasabah dengan variabel yang sama, diperoleh hasil

Kalimat berinti verba dengan argumen dalam dan komplemen berbentuk frase pengomplemen dapat ditambah dengan dua buah keterangan tamba- han seperti data (30) berikut ini.. Inti

125 Berdasarkan hasil analisis dan penilaian setiap domain yang berdasarkan kriteria masing- masing indikator domain pada domain habitat & ekosistem, sumberdaya ikan, teknik

Pendidikan sebagai aktifitas berarti upaya yang secara sadar dirancang untuk membantu seseorang atau sekelompok orang dalam mengembangkan pandangan hidup

Dari hasil penelitian ini dapat disimpulkan bahw pada minyak goreng kelapa sawit kemasan, sudut polarisasi cenderung linear terhadap kenaikan lintasan optis, minyak

Pendidikan orang tua sebagai bagian dari kondisi sosial keluarga yang dikaji berdasarkan persepsi atau penilaian yang dilakukan oleh pekerja anak, ternyata

41 Tahun 1999 tentang Kehutanan, Pasal 2 dan 3 tentang asas dan tujuan penyelenggaraan kehutanan dan Pasal 4 tentang penguasaan hutan oleh negara serta wewenang pemerintah

Hal ini sejalan dengan prinsip pergerakan molekul bermuatan, yakni molekul bermuatan dapat bergerak bebas di bawah pengaruh medan listrik, molekul dengan muatan