• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keberkesanan Strategi Amerika Syarikat d

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Keberkesanan Strategi Amerika Syarikat d"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

1

Keberkesanan Strategi Amerika Syarikat dalam Menghadapi dan Menangani Ancaman Terrorism Antarabangsa

Pengenalan

Sejurus selepas tragedi rampasan pesawat yang merempuh Pusat Dagangan Dunia di bandar

New York dan Pentagon di luar Washington, dunia dikejutkan dengan satu ancaman baru

yang mana telah membuka lembaran baru dalam dunia strategik dan sekuriti. Terorisme terus

menjadi ancaman utama terhadap kempen keamanan dan keselamatan antarabangsa, yang

mana telah mengganggu-gugat nilai utama Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selain

daripada kos kemanusiaan yang dahsyat seperti kemalangan jiwa, tindakan pengganas ini

menggugat kestabilan kerajaan serta melemahkan pembangunan ekonomi dan sosial.1

Masalah ancaman terorisme menjadi antara isu utama politik global lantaran daripada

laporan meluas oleh media massa, khususnya media barat di Amerika Syarikat selepas

peristiwa 11 September 2001. Tindakan Amerika Syarikat selaku kuasa hegemoni dalam

menyebarkan mesej keamanan dunia dan kempen memerangi terorisme di peringkat global,

telah menarik perhatian dunia berkenaan dengan ancaman terorisme di peringkat yang lebih

jauh. Menurut Jonathan I. Katz (2008), pengganas al-Qaeda membunuh seramai 2998 orang

pada 11 September, 2001. Bilangan ini dikatakan hanya kurang sedikit daripada bilangan

kemalangan jiwa rakyat Amerika di atas lebuhraya, dan hampir sama dengan bilangan

mereka yang dianggarkan mati setiap sepuluh hari disebabkan oleh kesilapan perubatan.

Dalam konteks Amerika Syarikat, terorisme adalah penting dan melangkaui bilangan

kematian jiwa akibat daripadanya, berdasarkan beberapa perkara. Pertamanya, kerana ia

1

(2)

2

merupakan ancaman kepada penghormatan Amerika dalam konteks keupayaan Amerika

dalam mempertahankan kedaulatan negara. Seterusnya, ianya merupakan satu cabaran

kepada autoriti negara Amerika dalam melindungi negara dan rakyatnya daripada sebarang

ancaman.2 Namun begitu, apa yang lebih meruncingkan adalah, munculnya konflik dalam

perkonsepan terorisme yang mana menjadi halangan terbesar dalam menangani ancaman

terorisme antarabangsa. Malahan, terdapat satu kaji selidik berkenaan definisi terorisme yang

dijalankan oleh penyelidik terkemuka mendapati terdapat sebanyak 109 perdefinisian yang

berbeza.3 Walaupun penggunaan terma terorisme ini digunakan secara meluas, namun masih

terdapat beberapa kekaburan berkenaan dengan individu yang benar-benar memahami

pengertian terorisme, siapakah yang dikatakan mangsa yang tidak bersalah di atas aktiviti

keganasan, pada keadaan apakah keganasan yang dilakukan dijustifikasikan sebagai bukan

terorisme dan sebagainya.4

Rentetan daripada permasalahan ini, wujud persoalan sama ada terorisme dijadikan

sebagai alat dalam mewujudkan konflik, di mana terorisme di salahkan bagi sesuatu jenayah

lantas mewujudkan satu bentuk label politik di mana individu atau negara meletakkan label

terorisme sebagai justifikasi kepada tindakan yang ingin di ambil oleh mereka. Kesannya,

sebilangan individu melihat bahawa aktiviti bersenjata yang melibatkan masyarakat Palestin

dan Arab yang mana mensasarkan pegawai tentera Israel sebagai satu sasaran dikatakan

mempunyai ciri-ciri sebagai apa yang dikatakan sebagai ‘terorisme’, manakala, aktiviti

bersenjata Israel yang secara sengaja menyasarkan masyarakat sivil sebagai sasaran dianggap

sah sebagai salah satu tindakan mempertahankan diri bagi kumpulan individu yang lain5

2

Jonathan I. Katz, Why Terrorisme Matters, in article of Washington University in St. Louis

3Ray Takeyh, “Two Cheers from the Islamic World,” Foreign Policy, 2002, 128 (Jan-Feb): 70-1. 4 Steven Best and Anthony J. Nocella, II, Defining Terrorisme, 2004, hlm. 2.

5 Mahathir Mohammad, 2011, the Need to Identify Terrorist and Remove the Causes of Terrorism, in

(3)

3 Konsep Pendefinisian Terrorism

‘Terorisme’ bukanlah satu sentimen yang baru. Ianya telah muncul sejak daripada permulaan

sejarah, di mana pendefinisian bagi terma ‘terorisme’ ini adalah sukar untuk di justifikasikan.

‘Terorisme’ telah digambarkan secara menyeluruh sebagai suatu taktik dan strategi, suatu

jenayah dan kewajipan suci, serta suatu reaksi wajar ke atas penindasan dan perbuatan keji

yang di maafkan. Hal yang demikian jelas menunjukkan bahawa justifikasi ke atas terma ini

bergantung kepada kumpulan yang diwakili dalam mendefinisikan terma ‘terorisme’

Di dalam beberapa kes, ‘terorisme’ dijadikan sebagai satu alat dalam mewujudkan

konflik tanpa mengambil kira jenis ancaman, lantas menyalahkan ‘terorisme’ di atas sesuatu

aktiviti jenayah. ‘Terorisme’ walaubagaimanapun adalah merupakan satu konsep yang samar,

waima dalam kerajaan Amerika Syarikat sekalipun, agensi-agensi yang bertanggungjawab

bagi fungsi yang pelbagai dalam perjuangan yang berterusan menangani ‘terorisme’

menggunakan definisi yang berbeza.

Steve Best dan Anthony J. Nocelle II (2004), dalam kajian mereka telah

mempersoalkan perincian tentang pendefinisian ‘terorisme’ secara lebih khusus. Antara

persoalan yang ditimbulkan adalah; apakah perkara yang menyebabkan, siapakah yang

terlibat, dan sama ada ‘terorisme’ dikenalpasti mengikut niat, ideologi, taktik ataupun

sasaran mereka. Mereka turut menimbulkan beberapa persolan lain berkenaan dengan terma

ini; pada keadaan apakah keganasan yang dibuat tidak dipanggil ‘terorisme’? Bagaimana

terorisme berbeza dengan serangan, pembunuhan, atau jenayah keganasan yang lain?

Bagaimanan seseorang dapat membezakan antara pengganas yang bersalah dengan kumpulan

gerila, pemberontak, anti pengganas atau pejuang kebebasan.6 Oleh hal yang demikian,

dalam perjuangan memerangi ancaman keganasan antarabangsa, perlu di wujudkan satu

6

(4)

4

panduan khusus berkenaan dengan perkonsepan terorisme yang mana ianya diterima secara

kolektif oleh setiap aktor bagi membolehkan kerjasama antarabangsa dapat dicapai dalam

usaha memerangi ancaman terorisme ini.

Kajian Kes ( Serangan ke atas Afghanistan)

Apabila berlaku serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada September 2001,

Amerika Syarikat mengambil kesempatan ini untuk menuduh Taliban sebagai punca kepada

terjadinya tragedi tersebut, kerana menyokong dan melindungi kumpulan al-Qaeda pimpinan

Osama bin Laden yang berlindung di negara Afghanistan. Akibat daripada serangan itu,

Amerika Syarikat telah mengisytiharkan perang menentang keganasan dan mendesak supaya

pemerintah Taliban menyerahkan Osama bin Laden kepada Amerika Syarikat dengan

memberi kata dua sekiranya Taliban gagal berbuat demikian, maka Amerika Syarikat akan

menyerang negara itu. Tujuannya adalah untuk menghapuskan pergerakan al-Qaeda yang

dipimpin oleh Osama bin Laden yang dilihat mendapat sokongan kuat perlindungan daripada

kerajaan Taliban (Misra 2004:62). 7Apabila Taliban enggan menyerahkan Osama bin Laden,

maka Amerika Syarikat dan sekutunya menceroboh Afghanistan.

Amerika Syarikat bertindak menyerang Afghanistan atas dua alasan yang

diberikannya. Pertama untuk membanteras gerakan terorisme yang mengancam keamanan

dunia. Kedua yang merupakan tujuan sebenar Amerika Syarikat untuk membalas dendam

kepada serangan yang dilakukan ke atas New York. Dengan itu, pihak Amerika telah

melancarkan propaganda dengan menyatakan terjadinya penyerangan itu adalah angkara

kumpulan Taliban yang diketuai oleh Osama bin Laden. Tujuan balas dendam ini adalah

kerana Presiden George Walker Bush merasa tercabar kerana lambang keagungan Amerika

7 Dr Amalendu Misra, Afghanistan: The Labyrinth of Violence, Cambridge: Polity / Malden, MA: Blackwell,

(5)

5

Syarikat dengan begitu mudah ditumpaskan oleh serangan al-Qaeda. Apatah lagi kesan

serangan ini memberi impak yang sangat dahsyat kepada Amerika kerana kerosakan yang

berlaku hampir melumpuhkan satu kota raya New York. Serangan ini juga memberi satu

tamparan yang hebat kepada Amerika kerana didakwa negara itu sebagai satu negara yang

paling selamat di dunia, tetapi boleh diserang oleh gerakan yang tidak mempunyai peralatan

yang canggih seperti Amerika tetapi mampu membuat serangan begitu.

Selepas serangan 9/11 ini, Amerika Syarikat telah mengubah dasar luarnya dengan

melancarkan Perang Anti-Keganasan dan menegaskan bukan sahaja Afghanistan yang

disyaki dalam keganasan tetapi paksi keganasan itu turut termasuk Korea Utara, Iran dan Iraq.

Pihak Amerika Syarikat telah mempersalahkan al-Qaeda ke atas semua serangan tersebut.

Dari situ, Amerika Syarikat telah membalas dendam dengan melancarkan perang

habis-habisan terhadap pengganas Islam di seluruh dunia. Serangan itu turut dikenali sebagai

perang pencegahan. Hal ini membawa kepada pembentukan dasar kepada konsep yang

dikenali sebagai Doktrin Bush. 8 Puak Taliban telah dituduh kerana Taliban telah memberi

jaminan bahawa mereka akan memberi perlindungan kepada Osama bin Laden iaitu pengasas

kepada al-Qaeda. Menurut Amerika Syarikat, Afghanistan juga merupakan markas kepada

tentera al-Qaeda menjalankan latihan dan sebagai tapak pelancaran serangan ke atas Amerika

Syarikat.

Selain itu, Amerika Syarikat turut menuduh kerajaan Iraq berkomplot dengan

Afghanistan kerana ada kemungkinan pemimpin Iraq iaitu Saddam Hussein turut membantu

gerakan al-Qaeda. Menurut laporan rasmi Suruhanjaya 9/11, sembilan belas lelaki merupakan

ahli al-Qaeda yang merampas empat pesawat terbabit dan menyerang tempat-tempat penting

di Amerika Syarikat seperti WTC, Pentagon dan pusat pentadbiran Amerika Syarikat iaitu di

8

(6)

6

Washington D.C. adalah mereka yang pernah melawat Iraq atas jemputan Saddam Hussein.

Apa pun hujahnya, satu yang pasti ialah serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq adalah untuk

menangkap Osama bin Laden, menjatuhkan kumpulan al-Qaeda yang bertapak di

Afghanistan juga untuk menjatuhkan pemerintah Taliban yang memang tidak disukai oleh

Amerika Syarikat.

Peristiwa 11 September 2001 berlaku pada saat-saat genting di bawah pemerintahan

George Walker Bush. Dalam ucapannya pada petang selepas kejadian itu, beliau menyatakan

akan mengambil satu tindak balas habis-habisan terhadap serangan itu dan menekankan

perlunya semua bangsa untuk bersatu. Beliau juga menegaskan orang yang

bertanggungjawab melakukan perbuatan ini harus mendapat pembalasannya (Grymes 2003:4).

9

Apabila pemerintah Taliban enggan memenuhi tuntutan Amerika Syarikat, maka pada 7

Oktober 2001, Amerika Syarikat menyerang Afghanistan. Tindakan Amerika Syarikat ini

mendapat reaksi yang cukup meluas dari pemimpin-pemimpin negara dunia kerana ia

melanggar peruntukan undang-undang antarabangsa.

Misalnya, bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak menyatakan serangan ini boleh

menghancurkan keamanan dunia kerana jika Amerika Syarikat serius dalam menentang

keganasan, maka tindakan ke atas Israel adalah lebih segera perlu diambil kerana kekejaman

yang dilakukannya ke atas rakyat Palestin (Williams 2003:43). Pemimpin Iran juga mengutuk

keras serangan udara Amerika terhadap Afghanistan. Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali

Khamenei mengatakan tujuan sebenarnya serangan tentera Amerika ke Afghanistan itu

adalah ‘dominasi dan ekspansi’ (Williams 2003:43). Presiden Iraq, Saddam Hussein juga

mengutuk serangan udara Amerika ke atas Afghanistan, dan menyebutnya sebagai

‘pencerobohan’(Williams 2003:43). Sementara itu, parti majoriti Iran, Parti Baath

(7)

7

menggerakkan rakyat untuk mengadakan demonstrasi di Baghdad, di mana para demonstran

berteriak, “Allah lebih besar daripada Amerika!” (Williams 2003:43).10

Bagi memastikan kuasa dan pengaruh politik dan ketenteraan Amerika tidak dicabar,

Amerika perlu mengembangkan pengaruh dan perluasan kuasa ke seluruh dunia.

Rantau-rantau yang berkepentingan seperti Timur Tengah menjadi keutamaan Amerika. Ia adalah

proses yang bakal memperkuatkan cengkaman Amerika sebagai negara yang berstatus kuasa

satu kutub di dunia. Amerika mula merangka strategi bagi mengukuhkan kuasanya. Pelbagai

pendekatan yang digunakannya seperti bantuan ekonomi kepada negara-negara sekutu,

memberi kepercayaan penuh kepada Israel sebagai sekutu rapatnya di rantau Timur Tengah,

menyebarkan pengaruhnya terhadap perkembangan politik rantau, memberi tekanan dan

menghapuskan negara-negara seperti Afghanistan yang dilihat mampu mengancam

keselamatan dan kepentingannya. Bagi mencapai matlamat ini, Amerika telah menggunakan

pendekatan kekerasan ketenteraan, sekatan ekonomi, propaganda dan menguasai serta

mempengaruhi keputusan PBB.

Bagi negara yang pro-Amerika seperti Israel seperti Israel dan Kuwait, mereka

menyokong tindakan Amerika menyerang Afghanistan ini. Malah, Israel menawarkan pada

Amerika dukungan pasukan perisiknya yang dikenali sebagai salah satu keahlian yang handal

di negara itu iaitu Mossad- Intelligence and Special Operations. Israel mengatakan perang

tersebut adalah perang dunia bebas melawan terorisme Islam fundamentalis, dan bukan

merupakan kesan langsung dari konflik Israel-Arab. Dengan demikian, Israel tidak secara

langsung terlibat dalam perang Amerika terhadap Afghanistan. Selain itu, Kuwait yang

dilindungi Amerika dari serangan Iraq juga menyokong serangan udara Amerika ke atas

Afghanistan. Meskipun tidak dapat memberikan bantuan pasukan, Kuwait menyatakan akan

10 Maley W, 2012, Al-Qaeda, in David Coates (ed.),

(8)

8

memberikan bantuan intelijennya kepada Amerika dalam perang melawan teroris. Pemerintah

Kuwait juga mengutuk warga negara Kuwait yang menjadi juru bicara Osama bin Laden,

Sulaiman Abu Ghaith, dan menarik balik taraf kewarganegaraannya. Dalam sebuah rakaman

yang disiarkan oleh televisyen Arab, Abu Ghaith menyerukan perang Salib melawan

Amerika. (Dorronsoro 2005:132). 11Apabila diperlihatkan tentang pencerobohan pihak

Amerika ke atas Afghanistan menunjukkan bahawa betapa pentingnya hubungan luar atau

hubungan antarabangsa Afghanistan dengan negara yang lain.

Kepentingan sumber minyak kepada Amerika merupakan sesuatu perkara yang

kritikal yang mampu menggugat kestabilan Afghanistan manakala pengaruh dan kuasa

hegemoni Amerika di situ adalah perlu agar mereka terus berada di bawah telunjuknya.

Amerika dalam mengekalkan pengaruh serta kepentingannya di Afghanistan telah

melaksanakan pelbagai pendekatan termasuk dengan memberi bantuan-bantuan, ancaman

dan menggunakan kekerasan ketenteraan terhadap negara-negara tertentu. Perkara ini adalah

lazim bagi Amerika bagi memastikan tiada siapa yang berani mengganggu gugat

kepentingannya di rantau Timur Tengah ini. Alasan-alasan perang anti-keganasan pula

merupakan satu penghalalan cara bagi Amerika untuk menyerang dan memastikan negara

yang mengancam kepentingannya seperti pemerintah Taliban dapat dihapuskan segera.

Penglibatan Amerika ini bukannya bertujuan untuk memberikan bantuan kepada

negara-negara yang terancam dan memerangi keganasan semata-mata tetapi kehadiran Amerika ini

mempunyai agenda tersendiri yang bermotifkan ketamakan dan dominasi rantau bagi

kepentingan nasionalnya.

Strategi Amerika Syarikat

11GillesDorronsoro

(9)

9 Mengalahkan Pengganas dan Organisasi Mereka

Perkara pertama di dalam strategi 4D (Defeat, Deny, Diminish and Defend) adalah tuntutan

untuk mengalahkan organisasi Pengganas Global menggunakan kaedah secara lansung

mahupun tidak lansung melalui diplomatik, ekonomi, maklumat, undang-undang,

penguatkuasaan, ketenteraan, kawangan, kecerdasan dan kaedah-kaedah kuasa yang lain.12

Amerika Syarikat dalam melaksanakan misi ini, menggunakan semua sumber, termasuk

keupayaan untuk mengelapai dan mengekalkan pakatan antarabangsa. Dalam konteks ini,

Amerika Syarikat tidak menunggu untuk pengganas menyerang, tetapi Amerika Syarikat dan

sekutunya akan menganggu dan seterusnya merendahkan keupayaan pengganas untuk

bertindak dan memaksa penyokong keganasan untuk berhenti. Amerika Syarikat telah

meletakkan usaha dalam mencegah kumpulan pengganas daripada akses teknologi,

terutamanya yang menyokong WMD.

Menurut National Strategy for Combating Terrorism (2003), dalam mengenalpasti

pengganas dan juga kumpulan pengganas, komuniti perisikan dan agensi-agensi

penguatkuasaan undang-undang akan terus mengambil jalan agresif dalam mengenalpasti

pengganas dan organisasi mereka, memeta arahan serta kawalan dan sokongan infrastruktur

mereka. Amerika juga tidak akan mengabaikan rantau dan ancaman yang muncul, dengan

usaha operasi dan risikan diberikan tumpuan utamanya kepada kumpulan yang paling

berbahaya, terutamanya mereka yang mempunyai capaian global atau berinspirasi dalam

memiliki dan menggunakan WMD.

Menafikan Penajaan, Pertolongan dan Perlindungan kepada Pengganas.

12

(10)

10

Strategi Nasional kedua yang dititik-beratkan adalah menafikan tajaan, sokongan dan

perlindungan kepada pengganas yang menyumbang kepada keberlansungan kumpulan

pengganas ini. Dalam hal ini, Amerika Syarikat komited dalam menghadapkan pesalah yang

berkenaan dan mempertanggungjawabkan mereka bagi jenayah-jenayah yang lepas, di

samping mempertanggungjawabkan negara-negara yang bersubahat dan memberi

perlindungan kepada pengganas.

Strategi untuk menafikan tajaan, sokongan dan perlindungan ini melibatkan tiga

perkara. Pertama, ianya member tumpuan pada tanggungjawab semua negeri untu memenuhi

tanggungjawab mereka dalam menangani keganasan sama ada dalam persempadanan mereka

ataupun di tahap antarabangsa. Keduanya, bantuan kepada Amerika Syarikat dalam

menangani keganasan tetapi tidak mempunyai keupayaan. Dan yang terakhir, apabila terdapat

negara yang enggan memenuhi obligasi antarabangsa untuk menafikan sokongan dan

perlindungan kepada pengganas, maka Amerika Syarikat dengan bantuan sekutunya, ataupun

jika perlu akan bertindak sendiri dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk

meyakinkan negara yang berkenaan untuk mengubah dasar mereka (National Strategy for

Combating Terrorism, 2003).

Penajaan oleh negara adalan sumber penting bagi musuh, pengganas melalui

penyediaan dana, senjata, latihan dan laluan yang selamat. Sebahagian daripada negara ini

telah membangunkan, atau mempunyai potensi untuk membangunkan WMD dan

ketidakstabilan teknologi yang lain yang boleh jatuh ke tangan pengganas. Amerika Syarikat

pada hari ini telah menandakan lima negara penaja pengganas iaitu; Iran, Syria, Sudan, Korea

Utara dan Cuba. Sekatan ke atas mereka akan terus dikekalkan oleh Amerika dan

(11)

11

terhadap pengganas dihentikan, dan ini termasuklah penyediaan tempat perlindungan ke atas

pengganas (National Strategy for Combating Terrorism, 2006).

Menafikan Kemasukan Pengganas ke Amerika Syarikat dan Menganggu Perjalanan Mereka di Peringkat Antarabangsa

Menafikan hak untuk bergerak secara bebas di peringkat antarabangsa dan di dalam

persempadan Amerika Syarikat boleh menghalang keberkesanan kumpulan pengganas ini.

Hal ini kerana, mereka bergantung kepada rangkaian haram untuk perjalanan mereka bagi

mendapatkan dokumen-dokumen palsu. Amerika akan terus meningkatkan keselamatan

rakyatnya melalui beberapa lapisan system perlindingan di sepanjang sempadan Amerika,

pelabuhan, jalan raya dan kereta api, ruang udara, dan juga dengan rakan kongsinya. Amerika

juga akan terus membangunkan dan meningkatkan amalan keselamatan dan teknologi bagi

mengurangkan kelemahan dalam rangakaian pengangkutan yang lebih dinamik.13

Meningkatkan Senibina Pembanterasan Keganasan dan Kerjasama antara Agensi

Selepas 11 September, Amerika telah meningkatkan senibina pembanterasan keganasan dan

kerjasama antara agensi dengan menetapkan keutamaan negara yang lebih jelas dan

memandu kerajaan dalam mengecapi keutamaan tersebut. Amerika telah menubuhkan

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, di mana diletakkan 22 entiti Persekutuan di bawah satu

autoriti yang beperanan untuk mencegah serangan pengganas di dalam tanah air,

mengurangkan kelemahan Amerika pada mata pengganas, serta meminimumkan kerosakan

yang ditanggung dan memudahkan proses pemulihan akibat serangan.

Amerika juga telah menyusun semula komuniti perisikan di mana the Director of

National Interlligence (DNI) telah diwujudkan untuk mengintegrasikan usaha-usaha komuniti

13

(12)

12

tersebut untuk menjadi lebih bersatu, teratur dan berkesan. DNI juga turut membuka Pusat

Sumber Terbuka untuk menyelaraskan sumber terbuka perisikan dan bagi memastikan

maklumat dalam kalangan komuniti perisikan disepadukan (National Strategy for Counter

Terrorism, 2006)

Kegagalan Amerika dalam Menangani Terrorism

Walaupun di sebalik semua langkah-langkah dan usaha-usaha untuk menangani masalah

keganasan antarabangsa, Amerika Syarikat terus menjadi sasaran pengganas. Di sebalik

kejayaan menyekat serangan pengganas di Amerika Syarikat, namun sasaran Amerika

Syarikat di luar negara tidak dapat terlepas. Tentera Amerika Syarikat di Afghanistan dan

Iraq sentiasa diserang oleh pengebom berani mati. Negara-negara yang disokong Amerika

Syarikat tidak terkecuali. Perang terhadap keganasan yang sepatutnya memusnahkan

organisasi al-Qaeda dan rangkaiannya tidak membuktikan kejayaan kerana aktiviti pengganas

baru-baru ini terus dikaitkan dengan al-Qaeda.

Perang terhadap keganasan juga terbukti mahal, membebankan wang pembayar cukai

itu. Walaupun dengan 75% daripada ketua-ketua al-Qaeda dibunuh atau ditangkap, sekutu

Osama masih dapat mengelakkan diri daripada ditangkap dan dapat berkomunikasi dengan

ahlinya di seluruh dunia. Ganjaran yang ditawarkan mungkin menyumbang kepada

penangkapan dan tangkapan kepada banyak pengganas, tetapi Amerika Syarikat semakin

bingung dengan kesetiaan yang kuat mereka pada Osama, walaupun ganjaran tinggi yang

ditawarkan. Hal ini kerana Osama telah dapat menyimpan satu langkah di hadapan

disebabkan kemungkinan perisikan yang baik daripada para penyokongnya dan mungkin

(13)

13

Syarikat. Oleh itu, terdapat kelemahan dalam perang melawan keganasan dan mereka

dibincangkan di bawah. 14

Amerika Syarikat telah mempunyai kelemahan sebelum serangan 9 /11. 15

Serangan ke atas New York Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon adalah seperti serangan

Pearl Harbour pada tahun 1945. Dalam kedua-dua serangan, kumpulan pengganas telah

mendapat kelebihan atas kelemahan dalam pentadbiran Amerika secara tiba-tiba tanpa

pengawasan yang ketat, iaitu apabila pembentukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri

bertujuan untuk menangani serangan pengganas ini. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat

terlalu banyak jabatan dalam Keselamatan Dalam Negeri yang boleh membawa kepada

konflik birokrasi. Sebagai contoh, dalam mengendalikan keganasan antarabangsa, Jabatan

Negara adalah agensi persekutuan dalam memimpin.16 FBI , bertindak melalui Jabatan

Kehakiman agensi peneraju untuk menangani keganasan domestik. 17Dan Agensi Pengurusan

Kecemasan Persekutuan ( FEMA ) adalah agensi peneraju bahagian pengurusan akibat

bencana .

Walaupun ia adalah baik kerana mempunyai banyak agensi untuk mengendalikan

keganasan, sepatutnya FEMA harus menjadi satu-satunya yang berupaya untuk

mengendalikan kedua-dua keganasan antarabangsa dan domestik. Jabatan Negara dan Jabatan

Kehakiman perlu memberi lebih tumpuan kepada peranan utamanya . Walaupun FBI dan

CIA mempunyai peranan sendiri tetapi mereka boleh membantu dalam sumbangan

perkongsian perisikan. Oleh itu , adalah dipersetujui bahawa apabila terdapat terlalu banyak

agensi yang terlibat dalam keganasan , ia boleh menjadi tidak praktikal.18

14 John Cloud, 3 Lessons from London,

Time, 2005, 18 July: 24.

(14)

14

Peningkatan bilangan terrorisme kesan daripada ‘War on Terror’

Kajian yang telah dibuat oleh Study of Terrorism and Responses to Terrorism (START) telah

menunjukkan bahawa bilangan kes terrorism telah semakin bertambah, bermula pada tahun

2001. Pangkalan data START menunjukkan peningkatan terrorisme semenjak sembilan

tahun lepas selepas Amerika Syarikat memperkenalkan polisi ‘War on Terror’. Graf di bawah

menunjukkan bilangan terrorisme yang berlaku di beberapa kawasan.19

19

(15)

15

(Statistik ancaman terrorisme oleh pangkalan data START)

Jadual-jadual di atas jelas menunjukkan pertumbuhan semula terrorism hampir di setiap

kawasan sebaik saja polisi ‘War on Terror’ yang diperkalkan oleh Amerika Syarikat mula

diguna pakai. Malahan, menurut laporan yang dikeluarkan oleh agensi perisikan Amerika

Syarikat, perang ke atas Iraq telah menjadi asbab utama dalam merekrut pelampau atau

ekstremis Islam, serta memberikan motivasi kepada potensi generasi pengganas di serata

dunia yang mana jumlahnya boleh meningkat dengan lebih cepat berbanding dengan

(16)

16

Laporan 30 halaman yang dihasilkan oleh National Intelligence Estimate menyatakan

bahawa keutamaan pncerobohan Amerika Syarikat dan pemberontakkan selepasnya sebagai

sumber inspirasi utama untuk rangkaian pelampau Islam yang baru, melangkaui agenda

Anti-Barat. Laporan tersebut turut menyimpulkan bahawa disebalik menyumbang kepada

kemenangan dalam mengatasi masalah keganasan antarabangsa, situasi di Iraq hanya

memburukkan lagi kedudukan Amerika Syarikat. Malahan, para penganalisa agensi perisikan

menggambarkan bahawa ianya sukar untuk ditembusi, jika tidak mustahil, untuk memerangi

keganasan dengan alat peperangan konvesional. Tambahan pula, walaupun pegawai-pegawai

perisikan bersetuju bahawa Amerika Syarikat telah berjaya menggugat kepimpinan al-Qaeda

dan menganggu keupayaan mereka untuk merancang dan melaksanakan operasi mereka, akan

tetapi rangkaian radikal islam telah jauh merebak melangkaui organisasi al-Qaeda itu sendiri.

Masyarakat awam tanpa perlindungan

Menurut International Committee of Red Cross (2007), krisis kemanusian yang paling teruk

pernah berlaku adalah di Iraq. Konflik di Iraq adalah penderitaan yang besar ke atas seluruh

penduduk. Orang awam menjadi mangsa tidak henti-henti di samping miskin tegar di mana

keadaan keselamatan menganggu kehidupan dan mata pencarian berjuta-juta penduduk.

Setiap hari, berpuluh-puluh orang terbunuh dan banyak lagi cedera. Tembakan, pengeboman,

penculikan, pembunuhan, operasi ketenteraan dan lain-lain bentuk keganasan telah memaksa

beribu-ribu orang meninggalkan kediamanan mereka bagi mendapatkan keselamatan di

tempat lain di iraq mahupun negara-negara jiran. Ratusan ribu orang yang bertaburan di Iraq

mendapati sukar bagi mereka untuk menghadapi krisis yang berterusan ini. Malahan, menurut

salah seorang sukarelawan yang terlibat di dalam aktiviti kemanusiaan ini, beliau dipetik

(17)

17

“once i was called to an explosion site. There i saw a four-years-old boy

sitting beside his mother’s body which had been decapitated by the

explosion. He was talking to her, asking her what had happened. He had

been taken out shopping by his mom”.

Saad, a young humanitarian worker from Baghdad (2007)

Masyarakat kini lebih memahami kos sebenar perang. PBB telah mengangarkan

bahawa terdapat kira-kira 4.5 juta rakyat Iraq yang meninggalkan Iraq. Lebih daripada

separuh daripada mereka hidup sebagai pelarian. Manakala menurut UNICEF, banyak

wilayah yang melaporkan kurang daripada 40% daripada isi rumah yang mempunyak akses

kepada air bersih manakala lebih daripada 40% kanak-kanak di Basra, dan lebih daripada

70% di Baghdad tidak dapat mengikuti sesi persekolahan.

Perang dan pencerobohan sama ada secara lansung atau tidak lansung telah

mengakibatkan kemalangan jiwa dalam lingkungan setengah juta rakyat Iraq bagi tempoh

2003-2011 menurut kajian lapangan yang melibatkan 1,960 isi rumah. Menurut pakar

kesihatan awam, keganasan berada di puncaknya pada tahun 2006 dan 2007. Lebih daripada

60% kematian lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dilaporkan pada 2003-2011 adalah kesan

lansung daripada tembakan, pengeboman, serangan udara, atau keganasan lain manakala

selebihnya datang secara tidak lansung, melalui serangan jantung yang berkaitan dengan

tekanan atau kualiti kebersihan dan hospital.20

Perlanggaran undang-undang antarabangsa Kebenaran Majlis Keselamatan PBB

20

(18)

18

Dalam konteks pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq misalnya, menurut Amerika

Syarikat, asas kepada pecerobohan Amerika Syarikat ke atas iraq adalah berasaskan kepada

‘SC Resolution 678’ yang diterima pakai pada tahun 1990, yang memberi kuasa kepada

tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat untuk mengusir Iraq dari Kuwait dan

untuk mengembalikan keamanan dan keselamatan di kawasan tersebut. Walaupun perang

1990-91 terhadap Iraq berakhir dengan mandat-PBB melalui gencatan senjata, Iraq dikatakan

melanggar obligasi ke atas peruntukan tersebut yang membolehkan kebenaran awal tersebut

dipertimbangkan semula.21

Kerajaan British juga menggunapakai alasan yang sama ke atas Perang Iraq, yang

menegaskan bahawa, dengan Resolusi 678, Majlis Keselamatan PBB telah memberikan kuasa

kepada negara anggota untuk menggunakan semua segala cara yang perlu untuk

mengembalikan keamanan dan keselamatan antarabangsa di kawasan tersebut manakala

kebenaran melalui Resolusi 678 hanya digantung dan bukan ditamatkan maka ianya telah di

hidupkan semula oleh Resolusi 1441. Apabila Amerika Syarikat dan Britain melanggar

undang-undang antarabangsa dengan melakukan pengeboman di kawasan pertahanan udara

Iraq, Jurucakap Pentagon menjelaskan bahawa pencerobohan itu perlu untuk menjaga

keamanan. Tujuan serangan tersebut dikatakan bertujuan untuk melindungi pesawat dan juga

juruterbang Amerika dan cara yang jelas untuk melakukannya adalah dengan merendahkan

atau melemahkan keupayaan Iraq dalam menyasarkan dan menyerang Amerika.

Walaubagaimanapun, selama selebih sedekad, pesawat dan juruterbang tersebut

adalah diragui apabila sering melakukan rondaan di kawasan yang dikenakan ‘no-fly-zones’

di utara dan selatan Iraq, di mana Iraq dilarang sama sekali untuk melancarkan pesawat

mereka. Amerika dan Britain bagaimanapun mendakwa bahawa Resolusi Majlis Keselamatan

21

(19)

19

PBB 1991 telah memberikan kuasa kepada mereka untuk mengebom mengikut kehendak

mereka. Namun begitu, resolusi tersebut secara jelas tidak menjelaskan kawasan zon atau

memberi kuasa kepada mana-mana negara secara unilateral untuk menjalankan tindakan

tersebut. Jelas menunjukkan bahawa Amerika dan United Kingdom telah melakukan tindakan

agresif yang melanggari undang-undang antarabangsa.

‘Lawful Combatants and Prisoner of War Status’

Tidak semua individu yang ditangkap di dalam konflik senjata adalah berhak kepada status

‘prisoner of war’ dan juga perlindungan yang sah ke atasnya. Prinsip asas adalah, individu

yang digelar sebagai ‘combatants’ adalah berhak untuk dilayan seperti ‘proisoner of war’

apabila ditangkap oleh pihak yang berkenaan dalam konflik bersenjata. ‘Prisoners of War’

menurut undang-undang antarabangsa adalah seperti yang berikut.22

1. Members of the armed forces of a party to the conflict as well as members of

militias or volunteer corps forming part of such armed forces.

2. Members of other militias and members of other volunteer corps, including

those of organized resistance movements, belonging to a party to the

conflict..., provided that such militias or volunteers corp, including such

organized resistance movements, fulfil the following condition:

a. That of being commanded by a person responsible for this

subordinate:

b. That of having a fixed distinctive sign recognizable at a distance;

c. That of carrying arms openly

d. That of conducting their operations in accordance with the laws

and custom of war.

22

(20)

20

Layanan asas ke atas tawanan perang adalah dinyatakan dengan jelas dalam Artikel 13,

Konvesyen III, yang menyatakan bahawa ‘prisoners of war must at all times be humanely

treated'... “any unlawful act or omission by the detaining power causing death or seriously

endangering the health of a prisoner of war in its custody is prohibited, and will be regarded

as a 'serious breach' of the convention”. Walaubagaimanapun, tawanan perang yang diselia

dibawah Iraq secara jelas telah dilayan dengan kejam menurut sumber-sumber yang telah

bocor dan dilaporkan di media seperti mana laporan yang dikeluarkan oleh agensi perisikan

berkenaan dengan tahanan di Guantanamo Bay.

Tambahan lagi, perlindungan ke atas orang awam, dari sudut humanitarian mengambil

kira komuniti yang lemah daripada komuniti tersebut yang memerlukan perlindungan adalah

termasuk, wanita, kanak-kanak, dan warga tua. Mengikut Artikel 48, Protokol I, peraturan

asas untuk melindungi orang awam adalah pihak yang berkenaan hendaklah pada setiap masa

membezakan antara orang awam dan pejuang dan antara objek awak dan objektif tentera dan

sewajarnya mengarahkan operasi mere hanya terhadap objektif ketenteraan. Manakala

menurut Artikel 50 (1), Protokol I:

“a civilian is any person who does not belong to one of the categories of

persons referred to in Article 4A(1), (2), (3) and (6) of the Geneva

Convention III and in Articcle 43 of this Protocol (which define ‘armed

forces’ and ‘combatants’). In case of doubt whether a person is a civilian, that

person shall be considered as civilian”

Populasi orang awam terdiri daripada setiap individu awam, di mana populasi awam seperti

(21)

21

seharusnya diberikan perlindungan melainkan mereka menurut serta dalam permusuhan

tersebut.23

Kesimpulan

Satu kesimpulan dapat dibuat di sini. Walaupun kaedah-kaedah yang di ambil oleh Amerika

Syarikat di lihat berupaya untuk menangani atau mengurangkan ancaman terrorisme secara

domestik, namun masyrakat Amerika Syarikat masih tidak dapat lari daripada diancam oleh

ancaman ini apabila berada di luar Amerika. Malahan, bilangan kes terrorisme dilihat semakin

meningkat selepasa Amerika Cuma untuk implimentasikan polisi ‘War on Terror’nya di

peringkat antarabangsa. Pembentukan pemikiran dan kesedaran bersama terhadap musuh

utama dilihatkan sebagai membolehkan Amerika malah pemerintah tempatan menjadikannya

sebagai satu alasan yang kukuh untuk mengukuhkan kedudukan kekuasaan mereka. Malah, ia

juga bertindak sebagai satu alasan yang menghalalkan tindakan menyerang Afghanistan dan

Iraq oleh Amerika melalui sokongan rakyat yang diperolehinya. Pada peringkat domestik,

perang ke atas terorisme telah menghalalkan kawalan yang dilakukan oleh pemerintah ke atas

kebebasan media massa dan pergerakan individu.

Dalam erti kata lain, didapati bahawa kuasa pemerintah berupaya diperkukuhkan

melalui alasan memerangi ancaman terorisme. Tambahan pula, konsep terorisme telah

berfungsi sebagai piawaian tingkah laku aktor negara dan aktor bukan negara masa kini.

Sebarang perjuangan yang bermatlamat membebaskan diri daripada pemerintahan tempatan

dan tindakan menentang perlaksanaan dasar kerajaan telah tergolong dalam senarai kumpulan

terroris mahupun negara penaja terorisme tanpa menilai semula mengapa pendekatan

23

(22)

22

diplomasi dan rundingan gagal menjadi alternatif utama kepada mereka untuk mendengar

pandangan dan tuntutan mereka.

Tidak dinafikan bahawa konsep terorisme telah digunakan oleh barat khususnya

Amerika untuk merealisasikan cita-citanya dalam usaha meluaskan pengaruh dan amalan

ideologi demokrasi dan ekonomi neo-liberal di seluruh dunia. Perluasan amalan demokrasi

dan neo-liberal pada amna berupaya memastikan bahawa sistem kapitalisme global terus

berfungsi tanpa sebarang tentangan dan cabaran. Selagi mana label ‘terrorisme’ dijadikan

sebagai satu gelaran politik oleh aktor negara, maka permasalahan ini akan menjadi lebih

sukar untuk ditangani dengan lebih berkesan seterusnya bakal menjadi seperti mana yang

dikatakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir, terrorisma mungkin

menjadi visi kepada bentuk Perang Dunia III.

Rujukan

Deutch. J & Smith, J.H, Smarter Intelligence : Foreign Policy ( Januari/Februari), 2002,pp.64-69

Dr Amalendu Misra, Afghanistan: The Labyrinth of Violence, Cambridge: Polity / Malden, MA: Blackwell, 2004, hlm. 62

Gilles Dorronsoro, Afghanistan1979 to the Present ,Columbia University Press, 2005, hlm. 132.

(23)

23

Jonathan I. Katz (2008), Why Terrorisme Matters, in article of Washington University in St. Louis. http://wuphys.wustl.edu/~katz/terror.html [15 Disember 2013]

Maley W, 2012, Al-Qaeda, in David Coates (ed.), The Oxford Companion to American Politics, New York: Oxford University Press , hlm. 43

Mahathir Mohammad, 2011, the Need to Identify Terrorist and Remove the Causes of Terrorism, in Conference on Terrorism, Kuala Lumpur, November 16, 2001

National Strategy for Combating Terrorism, 2006. www.fas.org/irp/threat/nsct2006.pdf [16 Disember 2013]

Public International Law, 2009, Protection of Prisoners of War, pg 479-482.

Ray Takeyh, “Two Cheersfrom the Islamic World,” Foreign Policy, 2002, 128 (Jan-Feb): 70-1.

Repot on Terrorisme Prevention, the United Nations Office on Drugs and Crime and Terrorisme Prevention

Robert D. Grymes, Establishing Security and Stability in Afghanistan, Army War College (U.S.) 2003, hlm. 4.

Referensi

Dokumen terkait

Pembuatan Peta Curah Hujan dibuat berdasarkan nilai brightness temperature yang terekam dalam kanal inframerah-1 (IR1) pada citra satelit MTSAT. Metode

Sehingga dapat disimpulkan bahwa lama paparan mempunyai pengaruh terhadap kadar debu yang dihirup dan kapasitas fungsi paru pekerja pengelasan di Kota Pontianak. Hal ini sesuai

Instalasi Rawat jalan adalah fasilitas yang digunakan sebagai tempat konsultasi, penyelidikan, pemeriksaan dan pengobatan pasien oleh dokter ahli di bidang masing-masing

LIST OF APPENDICES ... The Background of the Problem ... The Identification of the Problems... The Limitations of the Problems ... The Formulation of the Problems ... The Purpose of

Formula SNEDDS asam mefenamat menggunakan rasio komposisi surfaktan dan kosurfaktan yang berbeda dengan tujuan untuk melihat rasio komposisi yang tepat yang dapat

Kerjasama yang baik pada pemerintah tingkat Provinsi, Kota, Kecamatan dan Kelurahan perlu ditingkatkan dalam mengurangi beban pengeluaran Rumah Tangga Sasaran

Bab ini memuat analisis data yang telah dikumpulkan sebagai jawaban dari permasalahan yang diteliti yaitu implementasi rescheduling, reconditioning, dan