Kepentingan Teori etika dalam kehidupan manusia sejagat dan Kepentingan Teori Perkembangan Moral dalam kehidupan manusia sejagat
Pengenalan Teori Etika
Frasa etika ini berasal dari bahasa Yunani iaitu ‘Ethos’ yang membawa maksud adat isitiadat. Oleh itu, etika ini sangat berkait rapat dengan nilai-nilai, tatacara hidup dan aturan dalam kehidupan hidup. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, etika membawa maksud ilmu yang melibatkan prinsip-prinsip akhlak atau moral. Menurut Abdullah Zhidi Omat et al (2014), menyatakan bahawa teori etika ini merupakan satu tafsiran tentang perilaku moral sepanjang kehidupan manusia. Maka, di sini jelas membuktikan bahawa teori etika ini merupakan satu set teori yang mentafsir sama ada sesuatu tindakan yang dilakukan itu betul atau salah dengan memberikan justifikasi terhadap sesuatu norma tersebut. Secara asasnya teori etika ini terbahagi kepada empat iaitu Teori Kemoralan Sosial, Teori Keperibadian Mulia, Teori Teleologi daan Teori Deontologi. Di mana, keempat-empat teori ini mempunyai fokus manusia yang dikatakan bermoral adalah berbeza.
Kepentingan Teori etika dalam kehidupan manusia sejagat
Antara kepentingan teori etika ini dalam kehidupan manusia sejagat ialah menjadi panduan kepada manusia untuk melakukan suatu tindakan bermoral. Hal ini kerana dalam mempelajari teori etika ini manusia mampu untuk membuat keputusan sama ada sesuatu perbuatan itu bermoral atau tidak dalam situasi tertentu. Sebagai contoh, menurut Teori Teleologi, manusia mampu untuk melakukan sesuatu tindakan yang bermoral berdasarkan kesan atau akbiat tindakan tersebut. Manakala, menurut Teori Deontologi, manusia mampu untuk melakukan sesuatu tindakan yang bermoral melihat kepada niat tindakan seseorang itu. Maka, hal ini menjelaskan bahawa manusia mampu untuk mempelajari pelbagai bentuk atau jenis tindakan yang bermoral mengikut sesuatu setuasi tertentu. Oleh itu, daripada mempelajari pelbagai Teori ini manusia dapat membuat keputusan sama ada sesuatu perbuatan itu bermoral atau tidak mengikut situasi tertentu, seterusnya manusia mampu melakukan tindakan bermoral mengikut situasi dan keadaan yang sesuai.
Selain itu, kepentingan etika ini juga ialah mengatasi manusia daripada membuat andaian terhadap seseorang individu secara luaran semata. Hal ini kerana, dengan mempelajari teori etika ini kita mampu untuk mentafsir sesuatu tindakan tersebut dengan lebih mendalam dan terperinci. Sebagai contoh, pengetua merotan murid di majlis perhimpunan sehingga memalukan murid tersebut kerana merosakkan kemudahan di
makmal sekolah. Apabila diteliti tindakan pengetua tersebut adalah tidak bermoral kerana merotan murid tersebut dikhalayak ramai sehingga mampu mengaibkan pelajar tersebut. Tetapi, menurut Teori Utilitarianisme yang merupakan cabang Teori Teleologi tindakan pengetua ini dikira bermoral kerana ianya memberikan kebaikan kepada semua murid untuk tidak melakukan kesalahan tersebut. Oleh itu, jelas di sini membuktikan bahawa dengan mempelajari teori etika ini kita mampu untuk mentafsir sesuatu tindakan individu tersebut bukan secara luaran semata namun secara lebih terperinci.
Pengenalan Teori Perkembangan Moral
Menurut Lew Moi Mooi el al (2015) menyatakan bahawa perkembangan moral merupakan suatu aspek yang penting dalam perkembangan hidup kerana pegangan moral yang diterapkan akan akan memantau perlakuannya. Seterusnya, menurut Abdullah Zhidi Omat et al (2014), menyatakan bahawa perkembangan moral ini lebih kepada pemahaman manusia tentang benar atau salah, atau kemahiran kita untuk menilai perkara tersebut dari sudut pemikiran tingkah laku dan perasaan. Maka, jelas menunjukkan bahawa teori ini merupakan satu elemen yang penting dalam perkembangan hidup manusia melalui aspek perasaan, tingkah laku dan pemikiran moral. Secara asasnya, Teori Perkembangan Moral ini terbahagi kepada beberapa bahgian iaitu Kognetif, Behaviorisme, Sosial, Humanistik dan Psikoanalisis.
Kepentingan Teori Perkembangan Moral dalam kehidupan manusia sejagat
Teori Perkembangan Moral banyak membawa kelebihan dalam kehidupan manusia sejagat antaranya ialah menjadi aras panduan ibu bapa untuk membantu perkembangan moral anak-anak. Menurut Zainudin Abu Bakar (2008), menyatakan bahawa pengetahuan mengetahui pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jelas membuktikan bahawa pentingnya ilmu terhadap perkembangan dan pertumbuhan anak-anak sebelum ibu bapa ini membentuk anak mereka menjadi insan yang bermoral. Dalam Teori Perkembangan moral Kognetif, Jean Piaget (1932-1965) telah menjelaskan empat peringkat perkembangan intelek yang dilalui oleh kanak-kanak. Oleh itu, peringkat perkembangan yang telah diperkenalkan ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka. Sebagai contoh, pada peringkat Praoperasi (3-7 tahun), ibu bapa boleh tahu di mana anak mereka sekitar umur 6-7 tahun sudah boleh mematuhi peraturan moral yang telah ditetapkan. Maka, pada peringkat ini ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka dengan menyemai nilai-nilai ilmu keagamaan. Perkara ini menjelaskan bahawa dengan adanya peringkat perkembangan intelek yang telah dijelaskan oleh Jean Piaget dapat membantu ibu bapa untuk mendorong perkembangan moral anak-anak mereka.
Seterusnya, kepentingan teori ini juga ialah membantu ibu bapa untuk menggunakan teknik yang pelbagai, tepat dan betul dalam mendorong perkembangan moral anak-anak. Hal ini kerana melalui pembelajaran teori perkembangan moral ini kita dapat mengetahui pelbagai jenis teknik untuk membantu perkembangan moral individu. Sebagai contoh, dalam membantu perkembangan moral anak-anak ibu bapa dapat menggunakan Teori Perkembangan Moral Behaviorisme yang menggunakan kaedah dendaan, ganjaran dan peneguhan. Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu anak-anak menggunakan Teori Perkembangan Moral Sosial menggunakan konsep yang telah diperkenalkan oleh Albert Bandura iaitu pembelajaran kanak-kanak berlaku dengan cara pemerhatian terhadap orang lain. Oleh itu, dalam konteks ini ibu bapa boleh mendidik dan membantu perkembangan moral anak-anak mereka dengan menunjukkan teladan yang baik kepada anak mereka. Jelaslah di sini bahawa kepentingan teori ini dapat membantu ibu bapa untuk mempelbagaikan teknik mereka dalam mendorong perkembangan moral anak-anak.
Kesimpulan
Rujukan
Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris, Mohd Fu’ad Sam, Roslina Surantnu. (2014). Pengantar pendidikan moral: ipta ipts ipg & kolej. Selangor: Penerbitan Multimedia SDN. BHD
Abdul Rahman Md. Aroff. (2008). Pendidikan moral : teori etika dan amalan moral. Serdang, Selangor: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
Lehsan. (2007). "Prinsip Pembelajaran Tuntas mata pelajaran PAI", Juntal Pendidikan Agama
Islam, Vol.IV,No. 1, 2007, Yogyakarta: Jurusan PAI Fakukas Tarbiyah UIN Sunan Kalijaga
Lew Moi Mooi, Norliza Jaafar & Norulazilah Md. Nordin. (2015). Perkembangan kanak-kanak.
Selangor, Malaysia: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
Noresah Baharom et al. (Ed). (2013). Kamus Dewan (edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Usha Nanthini. (2012). Konsep insan yang bermoral. Dicapai pada 3 Ogos 2015, daripada https://www.scribd.com/doc/95246995/Konsep-Insan-Yang-Bermoral
Nataria Delli. (2014). Pengertian dan teori etika. Dicapai pada 5 Ogos 2014. Daripada http://natariadaeli.blogspot.com/2014/10/pengertian-dan-teori-etika.html
Novi Sriyanti. (2014). Teori-teori perkembagan. Dicapai pada 6 Ogos 2014. Daripada
http://strawberry06perkembanganpesertadidik.blogspot.com/2014/02/teori-teori-perkembangan.html
Viona Norvalinda. (2013). Behaviorisme. Dicapai pada 6 Ogos 2014. Daripada
http://vioranova.blogspot.com/
Wong Ic. (2011). Tajuk 4: insan bermoral. Dicapai pada 29 Julai 2015, daripada
http://treebuilder.blogspot.com/2011/02/tajuk-4-insan-bermoral.html .