• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun"

Copied!
52
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PENGENALAN

• - Proses interaksi bermula dengan proses

pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik.

- Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun

- Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara

(3)

Interaksi Tamadun India dan China

- Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 S.M.

- Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang juga merupakan saluran interaksi

-agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China

- Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan

(4)

Kesan:

• 1.Penyebaran Agama Buddha

- Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi - Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran

- Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme & Konfusianisme

- Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit & Pali)

- Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka)

(5)

• 2. Sains dan Teknologi

- Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan & kompas

- Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India

- Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi

India pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru

- Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

(6)

• 3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian

- Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit , yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme

- Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada

kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.

- Seni muzik India – alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou

(7)

INTERAKSI TAMADUN MELAYU

DAN TAMADUN INDIA

-ZAMAN PRA-PENJAJAH BARAT -ZAMAN PENJAJAHAN BARAT -* KESAN INTERAKSI TAMADUN MELAYU DENGAN TAMADUN INDIA

(8)

(a) ZAMAN PRA-PENJAJAH BARAT

• interaksi tamadun India dan tamadun-tamadun Asia bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu

• Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka.

• Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,

pedagang India merupakan golongan pedagang yang utama. Mereka datang daripada pesisir

(9)

• Ada yang tinggal menetap di Melaka dan

sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka.

• Sebagai contoh, Tun Ali, anak kepada seorang

pemborong permata Tamil Muslim yang telah berkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja

menggantikan datuknya, yang seterusnya melahirkan pembesar-pembesar dan

pemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil.

(10)

(b) ZAMAN PENJAJAHAN BARAT

• Kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda

ditandatangani.

• Khidmat mereka diperlukan sebagai buruh di ladang tebu, kopi dan teh.

• Di samping itu, pihak Inggeris membawa masuk orang Ceylon dan Malayalee untuk

berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital serta mengawas dan menyelia ladang-Iadang kerana mereka berpendidikan Inggeris.

(11)

• Namun kedatangan kaum India pada zaman penjajah British berbeza dengan pada zaman Srivijaya dan Kesultanan Melaka.

• Ini kerana pendatang India zaman

pra-penjajah terdiri daripada kelas tinggi dan diserap masuk ke dalam institusi istana dan institusi negeri yang lain.

• Pendatang India zaman penjajah

kebanyakannya terdiri daripada kelas rendah, menetap dalam kawasan geografi dan so sial yang tersendiri serta terasing.

(12)

• Oleh demikian, proses dengan masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas dan berkembang. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atas

masyarakat dan budaya Melayu amat minimum.

(13)

KESAN INTERAKSI TAMADUN MELAYU

DENGAN TAMADUN INDIA

• Pengaruh India ke atas kebudayaan dan

masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi

pemerintahan, dan istiadat Raja-Raja Melayu serta ad at resam dan hiburan.

(14)

(a) Pinjaman daripada Sanskrit:

Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat:

Bhumi-bumi Bheda-beda/beza Bhasa-bahasa Arthah-harta Bhakti-bakti Bhudi-budi arghah-harga

(15)

(b) Pinjaman daripada Bahasa Tamil.

Ciri-ciri penyesuaian juga berlaku ke atas kata pinjaman Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal dan penggandaan

konsonan dihilangkan, contohnya: Kendii-kendi

Kappal -kapal Petti-peti

(16)

• Institusi Pemerintahan dan Istiadat Raja-raja Melayu.

- institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah menyerap masuk

beberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha untuk menubuhkan

legimitasi ke atas golongan pemerintah bangsawannya.

(17)

- Nama-nama pembesar negeri juga adalah pinjaman daripada unsur India iaitu Seri Nara Diraja yang bertugas mengisytiharkan

pelantikan Raja, Bendahara sebagai menteri, Laksamana sebagai ketua tentera dan

(18)

• Adat Resam dan Hiburan

- Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam Melayu.

- Antara contoh pengaruh Hindu yang paling ketara dalam adat resam Melayu ialah dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan.

- Amalan-amalan seperti wanita hamil

membawa pisau bagi melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan amalan orang Hindu

melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang jahat

(19)

INTERAKSI TAMADUN MELAYU –

TAMADUN CINA

• Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn

China & para pedagang Kedah berdagang ke China

- Kedah - pusat perhentian utama bg sami

Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M

- Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh

- Laksamana Cheng Ho bawa perutusan

pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China

(20)

• - Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah.

- Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali

sebagai “Baba dan Nyonya” @ “Peranakan” - Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri Selat,

berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg “Cina Selat” @Straits Chinese

(21)

Kesan:

• 1. Penyebaran Agama

- Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan

- Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9

dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

(22)

• 2. Warisan Cina Peranakan

- Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.

- Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

- Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien

- Cara masakan dipengaruhi oleh gaya

masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan

(23)

• 3. Kebudayaan

- Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan

tauhu.

- Adat memberi ang pau yang bermaksud ‘sampul merah’

(24)

• 4. Perubatan dan Teknologi

- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan ‘yin’ dan ‘yang’

- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma,

anemia dan kanser.

- Teh Cina ataupun ‘green tea’

- Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan

- Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin

(25)

TAMADUN EROPAH-TAMADUN LAIN

• Tamadun Eropah

Empat zaman yang nyata tamadun Eropah: 1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m)

2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek) 3)Zaman Penguasaan Yunani ō Iskandar Zulkarnain

(26)

• Tamadun Eropah

Empat zaman yang nyata tamadun Eropah: 1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m)

2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek) 3)Zaman Penguasaan Yunani ō Iskandar Zulkarnain

(27)

• -Zaman Pertengahan : Awal (476 m)

-Kejatuhan Empayar Rom & kemunculan Krjn orang Gasar Charlemagne.

- Sist. Feudalisme, perkembangan agama Kristian pesat

Zaman Pertengahan : Kemuncak & Akhir (1050 m) Kegemilangan politik, ekonomi & sosial.

- Zaman Awal Moden (1500 m)

Gerakan Renaisans & Reformasi diikuti ō Revolusi Sains.

- Zaman Moden (1800 m hingga hari ini).

- Zaman penyerlahan – revolusi Perancis 1789. - Revolusi Perindustrian England 1780an.

(28)

INTERAKSI CHINA DAN JEPUN

• Berlaku secara aman.

Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun.

Dari segi agama dan tulisan

- agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto)

- Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)

Perkembangan intelektual dan kesusasteraan.

- Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman. - Struktur pembinaan bandar.

- Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga.

- Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.

(29)

Nilai-nilai Universal Antara Tamadun

1. KETERBUKAAN

 Prinsip bertolak ansur diamalkan dalam menggarap idea dari tamadun lain.

Sbg contoh tamadun Yunani berkongsi peradaban mereka dengan tamadun India,China,Iran.

 Contoh keterbukaan Islam menerima idea luar tetapi menapisnya terlebih dahulu.Kubah masjid berasal dari seni bina Graeco-Roman

(30)

2. KESEJAGATAN

 Mengimbangi tamadun dengan sifat semulajadi manusia dan mengiktiraf keistimewaan manusia.

Cth:pengaruh falsafah Yunani terhadap Islam namun perbahasan tentang falsafah dan kekuatan akal tidak dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam.

 Keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh tamadun manusia.

(31)

3. INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI

• TAMADUN ISLAM

 Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan.

 Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab.

 Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan.

 Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.

 Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.

(32)

• TAMADUN CHINA

 Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China.

 Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa.

 Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:- a) hubungan maharaja dengan rakyat

b) hubungan bapa dengan anak c) hubungan abang dengan adik d) hubungan suami dengan isteri e) hubungan kawan dengan kawan

 Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.

 Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.

• TAMADUN INDIA

 Unit penting dalam tamadun India.

 Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat.

 Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India.

 Walaupun hubungan darah yang dikiradaripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.

(33)

4. KOMUNITI

• TAMADUN ISLAM

 Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun Islam. Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan

kekerabatan, malah hubungan sesama agama(ukhwah) dan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam.

 Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.

 Asas hubungan individu dalam Islam:- a) ikatan kekerabatan

b) persamaan agama c) ikatan kemanusiaan

 Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian bermaksud sama rata.

 Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.

 Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.

Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.

(34)

• TAMADUN CINA

 Pembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan masyarakat cina-kuasa lelaki dan bapa.

 Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.

 Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran.

• TAMADUN INDIA

 Berbeza daripada tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai peraturan yang ketat.

 Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta.

 Penentuan kasta seseorang adala secara ascribed iaitu diwarisi daripada nenek moyang.

 Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut.

 Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti.

 Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggota masyarakat.

 Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota.

(35)

Persamaan dan

Perbezaan antara

(36)

Kekeluargaan &

Kemasyarakatan

(37)

Persamaan Kekeluargaan

• semua tamadun menekankan pembinaan nilai

& etika yang baik - penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun

• Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza

namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluargaan dan

(38)

Agama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li):-

• Anak patuh pada ibu bapa

• Adik patuh pada abang

• Isteri patuh pada suami

• Murid patuh pada guru

• Rakyat patuh pada raja

Islam juga menyeru kepada perkara yang sama –

pentingkan kekeluargaan – berdasarkan al-Quran – hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab

Tamadun India juga mementingkan institusi

kekeluargaan – pembinaan keluarga mempunyai

matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus

(39)

Persamaan Kemasyarakatan

Tamadun Islam

• ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam)

• Mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat- mementingkan golongan lelaki dan wanita – sama rata

• ( egalitarian)

• Tidak wujud kelas hamba – semua manusia sama – takwa yang membezakan

Tamadun Cina –pembentukan masyarakat banyak dipengaruhi sistem kekeluargaan mereka - kuasa bapa atau lelaki adalah penting

• Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah penting dalam pembentukan masyarakat Cina – sistem kelas dalam amsyarakat ditentukan oleh tahap pendidikan & kemahiran

(40)

Tamadun India – masyarakat juga memainkan peranan penting – berbeza dengan tamadun lain – masyarakat mempunyai peraturan-peraturan yang ketat

• Sistem sosial dalam masyarakat – sistem kasta yang rigid – penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang • Zaman awal perkembangan Tamadun India – sistem

kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu – pengaruhi semua aktiviti

• Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat

(41)

Perbezaan Kekeluargaan &

Kemasyarakatan

• Ajaran agama-agama lain menyeru untuk

mewujudkan suasna harmoni dalam

hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk

(42)
(43)

Persamaan Alam Sekitar

• Kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusia

Confusius – alam perlu dijaga agar tidak

menjejaskan kehidupan secara keseluruhan

Masyarakat Jepun tradisional – unsur alam diberi penghormatan secara berlebihan – sembah batu adan pokok anggap ada kuasa ketuhanan –

“kami”

Islam juga lebih jelas kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang

digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusi

(44)
(45)

Persamaan Idea Intelektual

• Juga dapat dtinjau melalui idea para intelektual dalam tamadun masing-masing

• Walaupun berbeza tamadun namun menyuaraan pendapat yang sama dalam beberapa perkara penting seperti soal kerajaan, sistem pemerintahan, dll

• Falsafah tradisional menekankan moraliti @ akhlak sebagai asas kerajaan

• Peranan & tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan & tanggungjawab pemerintah

• Raja – gelaran tertinggi – mesti adil & ada akhlak yang baik

Kun Fu Tze (Confucius) – perkenalkan kod 17 perkara

(46)

Tamadun Islam- penulis-penulis seperti al-Farabi, al-Ghazali dll – tumupan kepada pemimpin &

kepimpinan

• Bersandar agama tidak boleh dipisahkan dengan politik – berbeza dengan sekularisme

• Al-Quran * al-Hadis – panduan

• Keadilan – prinsip utama – cth : Nabi Muhammad s.a.w

Tamadun Melayu – setia pada raja – zaman tradisional – wujud ungkapan “takkan Melayu menderhaka” Cth ; Hang Jebat

• Sistem pemerintahan – Socrates dan Plato (Greek & Yunani) lahirkan idea sistem pemerintahan

demokrasi – menghapuskan sistem pemusatan kuasa

(47)
(48)

Persamaan Agama (Teologi)

• Semua agama menekankan konsep ketuhanan

• Cth : agama Islam, Kristian dan Hindusisme percaya konsep monoteisme

• Semua agama mempunyai doktrin & amalan2 tertentu

• Yahudi, Kristian dan Islam – beberapa aspek-aspek tertentu sama seperti lonsep syurga, neraka, hari pembalasan dll

• Konsep Buddihisme sama dengan Hinduisme – kelahiran semula & karma

(49)

Perbezaan Agama (Teologi)

• Manifestasi ketuhanan yang berbeza – konsep

monoteisme Islam, Kristian, Hindu berbeza

• Wujud perbezaan agama Hindu dan

Buddhisme tentang konsep reinkarnasi

• Setiap agama juga ada institusi keagamaan

sendiri

• Mempunyai peranan yang sama dalam

masyarakat

(50)
(51)

Persamaan Pendidikan

• Semua tamadun pentingkan pendidikan yang bertujuan untuk membentuk peribadai seseorang individu

Oleh itu tugas menyampaikan ilmu -tanggungjawab mulia

• Dimensi inner being diberi kepentingan dalam konsep pendidikan Islam, Ristian, Hindu dan agama-agama lain • Transformasi dalaman mestilah dilakukan atau berlaku

pada seseorang sebelum dia menguasai persekitaran luarannya – perlu tahu bagaimana transformasi berlaku dan apakah elemen-elemen yang dipentingkan

• Islam- konsep tauhid

• Budhha & beberapa ajaran Hindu – transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri

(52)

Rumusan

• Lebih mudah cari perbezaan daripada persamaan • Berbeza kerana setiap tamadun dibina atas unsur

agama & budaya berbeza

• Perkara paling asas – AGAMA • Cth : Islam, Barat, Cina

Perbezaan jangan jadikan penghalang usaha jalin

hubungan baik dan harmoni antara setiap tamadun – misalnya ??????

• Tamadun Barat Kontemporari dan Tamadun Islam

berbeza dalam memahami matlamat & dasar wujudnya sebuah tamadun – lihat penekanan

• Perbezaan inilah harus ditangani secara berhati-hati dan bertolak ansur – elakkan konflik terutama negara bermasyarakat majmuk

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur Alhamdulillah penulis panjatkan kehadiran Allah yang telah memberikan ijin, kemudahan dan karunia yang tiada ternilai sehingga penulis dapat menyelesaikan

Selanjutnya, bagaimana kemudian sehingga pelayanan bergeser atau berpindah/pemekaran dari desa Borgo ke desa Ranowangko yang sekarang sebagai suatu jemaat mandiri

Itulah sebabnya di era modern ini dibutuhkan rekonstruksi pemahaman konsep qath’i dan zhanni yang lebih inovatif dalam rangka pengembangan hukum islam agar sesuai

Tengger Brang Kidul di Desa Ngadas kare- na masyarakat meyakini bahwa agama Buddha merupakan agama resmi negara yang relevan dengan keyakinan ke-Bu- da-an mereka.. Dominasi

pengertian sistem informasi prototype digunakan untuk membantu sistem desain yang akan dibangun sistem informasi secara intitusi dan mudah diubah untuk end user, prototipe

Berdasarkan hasil penyusunan kinerja Rencana Kerja Dinas Kehutanan Kabupaten Tambrauw, mencakup sasaran, program dan kegiatan yang dilaksanakan pada tahun lalu

HH-02.KU.02.02 Tahun 2010 tentang Tata Cara Pengelolaan dan Pelaporan Penerimaan Negara Bukan Pajak atas Biaya Pelayanan Jasa Hukum di Bidang Notariat, Fidusia, dan

Tujuan penelitian ini untuk menentukan tingkat kemiripan sekuens barcode DNA tanaman Anggrek Payus Limondok (Phaius tancarvilleae) dengan spesies kerabatnya yang