• Tidak ada hasil yang ditemukan

SET 1 TAHUN 2013 2014 ZZZT 3343 KRITIKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SET 1 TAHUN 2013 2014 ZZZT 3343 KRITIKAN"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

SET 1 TAHUN 2013/2014

ZZZT 3343 KRITIKAN SENI TAMPAK

TUGASAN INDIVIDU Catan Realism

Disediakan Oleh:

Anis Suraya Binti Mohamd Tajuddin A136691 Nur Amirah Binti Sheikh Abd. Rahim A136691

(2)

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.1.1 Sejarah Catan

Sejarah catan dikatakan bermula pada zaman Yunani purba. Pada masa itu aktiviti melukis catan hanya bertujuan menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunkan adalah Mozek dan Fresco. Zaman kelahiran semula atau dalam bahasa perancis disebut zaman Renaissance merupakan zaman kemuncak seni lukis di eropah. Ramai pelukis eropah pada masa itu menggunakan media Cat Minyat, Cat Air, Fresco, dan Tempera. Antaranya pelukis yang mansyur ialah Leornardo Da Vinci catannya yang bertajuk Mona Lisa. Albrecht Durer catannya cat air yang bertajuk The Great Piece of Turt, yang terkenal dengan gelaran Bapa Cat Air Eropah. Pada zaman itu pelukis hanya menggambarkan catan yang realistic.

Pada abad ke-7 dan ke-20, muncul satu aliran baru dalam persembahan catan. Pelukis-pelukis aliran ini mula mempersembahkan karya berbentuk semi-abstrak dan abstrak. Antaranya pelukis yang termasyur ialah Paul Cazanne, Vincent Van Gogh, Pablo Picasso, Salvador Dali, Jacson Pollock, dan lain-lain lagi.

Di Malaysia pula, catan hanya mula berkembang pada sekitar tahun 1930-an. Pelukis pada masa itu ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen. Mereka berkarya menggunakan media cat air dan mempersembahkan landskap tanah air yang mana dapat kita lihat pada tajuk perkembangan seni lukis moden Malaysia.

1.1.2 Post-Impressionisme

(3)

Terdapat beberapa perbezaan dan persamaan antara aliran Impressionisme dan Post-Impressionisme. Antara perbezaan tersebut ialah aliran Impressionisme mementingkan apa yang dilihat manakala aliran Post-Impressionisme pula mementingkan struktur dari imej gambar. Selain itu, pelukis atau pengkarya pada zaman Impressionisme menggunakan warna yang cerah tanpa menggunakan warna hitam, manakala pengkarya pada zaman Post-Impressionisme pula menggunakan warna dari kumpulan yang sama tanpa memberi perhatian pada jarak dan kedudukan objek. Pengkarya pada zaman Impressionisme menganggap seni adalah berasakan sains tetapi pengkarya aliran Post-Impressionisme beranggapan bahawa seni adalah seni dan tiada kaitan dengan sains. Persamaan kedua-dua aliran ini pula ialah mereka berkarya di luar studio dan melukis gambar dari kedudukan dan teknik catan yang pelbagai.

(4)

CATAN

Lukisan catan diatas adlah asil daripada karya Paul Gauguin. Tajuk catan diatas tidak dinyatakan.

BIODATA PAUL GAUGUIN

Pelukis terkenal Perancis, Paul Gauguin dilahirkan ke dunia ada 7 Jun 1848. Paul Gauguin dianggap sebagai salah seorang tokoh seni post-impresionis tahun 1880-an dan 1890-an. Prinsip-prinsip warna dan komposisi yang digunakan Gauguin memberikan pengaruh kuat pada lukisan moden.

Kerjaya Gauguin dipenuhi oleh kemiskinan. Awalnya, ia menjadi pelukis jalanan sambil bekerja sebagai broker saham. Krisis saham membuatnya beralih kerja menjadi pelukis profesional, tetapi tidak berhasil meraih kejayaan. Namun, ia meneruskan eksperimen dalam pelbagai teknik lukisan.

(5)

2.0 DESKRIPTIF Apa yang boleh dilihat:

1. Kelihatan terdapat tiga orang di dalam catan diatas yang mana wanita yang agak berkulit gelap sedang berborak.

2. Tiga orang wanita itu sedang memakai bunga di telinga dan memakai baju santai berwarna merah sedang berborak dengan seorang lagi wanita yang berpakaian santai berwarna biru seperti wanita hawai.

3. Mereka bertiga sedang berborak di kawasan tanah lapang seolah-olah berdekatan rumah mereka

4. Kelihatan pokok yang besar yang mana dapat berteduh dan tempat untuk bersembang. 5. Dapat juga dilihat terdapat haiwan ternakan yang mana mungkin dipelihara oleh penduduk kampung tersebut serperti ayam dan juga kucing.

6. Kelihatan jelas terdapat gunung atau bukit yang agak jauh dari kawasan tempat mereka bertiga sedang berborak dan sepertinya perkampungan tersebut berada disebuah pulau.

7. Lukisan ini idgambarkan pada waktu petang yang hening.

Catan ini telah menggambarkan tiga orang wanita sedang berborak di kawasan tanah yang lapang yan mana boleh digambarkan di kawasan berhampiran tempat kediaman mereka. Kemungkinan juga dua orang wanita yang memakia baju berwarna merah sedang cuba memujuk seorang wanita yang berbaju biru. Pelukis melukis seolah-olah berlaku komunikasi di antara mereka bertiga.

(6)

3.0 ANALISIS CATAN Analisis Garisan

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek. Terdapat 5 jenis garisan iaitu menegak, mendatar, bengkok, melingtang dan zig zag. Dengan penghasilan garisan, pelukis dapat menyampaikan maklumat kepada permerhati melalui pemerhatian terhadap titik-titik yang dilukis. Ketebalan, ketajaman, dan kepanjangan garisan akan dapat menarik minat para pemerhati. Garisan-garisan yang disambungkan ini juga dapat menghasilkan rupa.

Di dalam lukisan potret ini, unsur-unsur garisan dapat dilihat dengan jelas. Antara garisan tersebut adalah garisan melintang pada bahagian badan dan tangan dapat menunjukkan keadaan objek yang sedang bergerak dan tak stabil. Keadaan garisan yang menegak dan melintang seakan-akan menunjukkan bahagian badan dan tangan wanita-wanita di dalam catan itu. Ini juga dapat dilihat dengan ketara garisan melintang dan menegak pada pokok besar dan pokok-pokok kelapa. Garisan melengkung terdapat pada dahan pokok tersebut. Garisan yang yang terdapat pada kaki kucing itu dilukis untuk menunjukkan kucing itu sedang berlari. Garisan berulang-rulang juga turut membentuk corak yang terdapat pada rumput-rumput dan daun pokok.

Analisis Bentuk

Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D). Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. Ciri-ciri bentuk adalah bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman, berstruktur -mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna, boleh dilihat dari semua arah atau mempunyai lebih dari satu permukaan dan terdapat bayangan atau mempunyai kesan cahaya dan baying.

(7)

ini. Dalam gambar tersebut pelukis ingin mengambarkan kedudukan ketiga-tiga wanita yang mana dua orang sedang duduk agak rapat manakal seorang lagi duduk agak jauh tetapi ketiga-tiga duduk di bawah sebatang pokok besar.

Analisis Jalinan

Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

Jalinan yang terdapat dalam gambar tersebut dapat dilihat pada batang pokok, daun-daun pokok Jalian tersebut mengambarkan fungsi-fungsinya tersendiri iaitu jalinan pada batang pokok dan juga pada pakaian yang dipakai oleh wanita-wanita di dalam catan tersebut.

Analisis Warna

Definisi warna menurut Teori Sir Isaac Newton adalah warna adalah spektrum tertentu yang terdapat didalam sesuatu cahaya sempurna atau cahaya putih manakala menurut Albert H munsell, warna merupakan elemen penting dalam semua bidang seni bahkan secara umum warna merupakan bahagian penting dari segala aspek kehidupan. Warna terjadi dengan adanya bantuan sumber cahaya, apabila sumber cahaya dipancarkan ke satu permukaan, ianya akan memantulkan suatu warna dan ianya bersifat natural dan secara tidak langsung elemen seni ini mampu menghasilkan dan mewujudkan kaitan dengan psikologi dan emosi. Terdapat tiga jenis warna iaitu warna asas iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain), warna sekunder iaitu campuran dua warna asas (Hijau =Biru + Kuning, Jingga=Kuning + Merah dan Ungu =Merah + Biru) dan warna tertier iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder.

(8)

Terdapat tiga gubahan warna iaitu warna harmoni iaitu warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang), warna penggenap iaitu warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan) dan warna sewarna iaitu hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap).

Di dalam gambar tersebut unsur gubahan warna yang paling ketara adalah ton warna yang mana menggambarkan suasana di kawasan bukit yang kelihatan agak jauh dari tempat mereka bertiga sedang berborak. Dalam pada itu juga pada kawasan figura-figura yang man kelihatannya adanya penggunanan bayang-bayang yang lebih gelap di situ. Hal ini mungkin kerana suasananya yang berada di bawah sepohon pokok yang besar. Juga terdapat warna kulit figura yang kelihatan agak gelap.

Terdapat 2 suhu warna iaitu warna panas iaitu warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dan sebagainya) dan warna sejuk iaitu warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang). Warna sejuk terdapat didalam gambar tersebut yang mana pelukis ingin menggambarkan kawasan tanah lapang yang tenang dan damai sesuai untuk tempat bersantai dan menghirup udara segar.

4.0 INTERPRETASI

(9)

5.0 PERTIMBANGAN Kriteria

Unsur warna dan jalinan terhasil memberikan penekanan pada pengaruh eksperasi gadis hawai yang sedang duduk di bawah sepohon pokok yang besar dan kelihatan berinteraksi antara satu sama lain yang berlatar belakangkan permandangan semulajadi seperti sebuah perkampungan di sebuah pulau.

Bukti

Buktinya adalah pelukis Paul Gaugin sepertinya ingin menonjolkan penggunaan warna biru iaitu warna sejuk. Warna sejuk menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang. Selain itu pelukis juga ingin menonjolkan penggunaan warna hijau kekuningan yang mana digunakan untuk menghasilkan kawsan padang rumput yang terbentang luas. Oleh itu, warna biru da hijau kekuningan yang banyak digunakan oleh pelukis ini berjaya menonjolkan suasana tenang di desa yang berada di sebuah pulau , dengan rumput terbentang luas dan bukit-bukau, air bahagian belakang di belakang. Warna langit yang kelihatan kekuningan juga membuktikan bahawa suasana pada ketika adalah berkemungkinan pada waktu petang.

Ulasan

Pelukis dapat menyampaikan secara keseluruhan dengan berjaya dalam menggambarkan suasana ketenangan di kampung atau desa yang memberi penekanan kepada situasi figura wanita-wanita sedang berbual dibawah sepohon pokok yang menjadi objek tumpuan.

6.0 TEORI ESTESTIKA

Estetika adalah bidang pengajian berkaitan dengan falsafah keindahan. Berasal daripada perkataan Greek ‘aisthetikos’ yang bermaksud persepsi terhadap perasaan. Ia juga adalah cabang falsafah yg mengkaji konsep yg berkaitan dgn keindahan, cita rasa, dan lain-lain. Beberapa pengertian estetika yang dikutip dari Sachari (2002) dapat dihuraikan seperti berikut:

(10)

(b) Estetika merupakan suatu telatah yang berkaitan dengan penciptaan, apresiasi, dan kritik terhadap karya seni dalam konteks seni dengan kegiatan manusia dan peranan seni dalam perubahan dunia (van Mater Ames, Colliers Encyclopedia, vol. 1).

(c) Estetika juga mempersoalkan hakikat keindahan alam dan karya seni, sedangkan filsafat seni mempersoalkan hanya karya seni atau benda seni, atau artifak yang disebut seni (Jakob Sumardjo, Filsafat Seni, 2000).

(11)

7.0 KESIMPULAN

Referensi

Dokumen terkait

Peranan praktikan adalah sebagai Design Specialist yang bertanggung jawab untuk merancang infografis untuk keperluan publikasi dan operasional LAPOR!, seperti

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui toksisitas ekstrak kloroform dan etanol dari biji pacar air (Impatiens balsamina L) terhadap larva Artemia salina Leach dengan metode

b. Aspergillus flavus merupakan jenis jamur yang diduga mengkontaminasi saus tomat jajanan salome yang dijual di Taman Nostalgia Kota Kupang. Identifikasi Aspergillus flavus

Dengan menggunakan prinsip pengukuran yang telah diterangkan di atas (yaitu pengukuran arus searah, tegangan bolak-balik dan resistansi) multimeter dapat juga dipergunakan untuk

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan beban kerja perawat dengan angka kejadian low back pain pada perawat di lingkup kerja ruang operasi RSUD Kota

Buku Statistik Sumber Daya Alam di Lampung Tahun 2009 yang diterbitkan oleh Balai Konservasi Sumber Daya Alam Lampung merupakan publikasi lanjutan dari buku statistik Balai

Pem erint ah berencana unt uk m engurangi t arget penerbit an Surat Berharga Negara ( SBN) m enj adi Rp 799 t riliun dari yang sebelum nya m encapai Rp 822,27 t riliun t ahun

Hasil dari Pulau Lombok yang diperdagangkan melalui pelabuhan Ampenan pada waktu itu adalah padi, telur itik, kuda, dan babi.. Pada masa kejayaan kota pelabuhan