• Tidak ada hasil yang ditemukan

INDUSTRI BINAAN SECARA AM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "INDUSTRI BINAAN SECARA AM"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

BIDANG INDUSTRI BINAAN

Objektif am: : Mengetahui secara am mengenai bidang industri binaan , dapat membezakan tugas-tugas ahli kumpulan perekabentuk, kumpulan jurubina dan susunatur organisasi firma kontraktor serta aturcara pendaftaran kontraktor.

Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

Mendefinisikan industri binaan.

Menyatakan jenis-jenis kerja kejuruteraan awam, bangunan dan

kejuruteraan awam berat.

Menghuraikan perhubungan industri binaan dengan pertumbuhan

ekonomi negara

Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam pembinaan sesebuah projek.

Membezakan tugas-tugas ahli kumpulan perekabentuk

Membezakan tugas-tugas ahli kumpulan Jurubina.

Menerangkan secara am susun atur organisasi firma kontraktor yang

baik

Mengenal pasti ciri-ciri organisasi firma kontraktor mengikut bidang,

tugas dan tanggung jawab serta melakarkan carta organisasinya.

Menerangkan perhubungan sistem kepala dengan firma kontraktor

Menerangkan atur cara pendaftaran kontraktor.

UNIT 1

(2)

1.0 Pengenalan

Industri binaan adalah satu bidang yang sangat penting bagi menstabilkan negara.

Ia merupakan satu bidang perniagaan yang meliputi kerja bangunan, kejuruteraan awam,

mekanik, air, elektrik, kuari, memajukan hutan dan tanah, telehubungan dan lain-lain.

Matlamat utama ialah untuk mendapatkan pulangan atau keuntungan ke atas pelaburan

yang telah dibuat sehingga ke peringkat yang paling maksimum. Bagi menjamin

melicinkan perjalanan sesuatu projek binaan ini, maka pengurusan dan aturcara yang baik

mesti dirancangkan.

1.1 Definisi Industri Binaan

Industri yang meliputi kerja-kerja bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan awam.

1.2 Jenis-jenis kerja dalam industri binaan 1.2.1 Kejuruteraan Awam

Ia melibatkan projek-projek besar serta kos yang banyak dan komplek. Contoh-contoh kerjanya seperti :

 pembinaan jalanraya dan lebuhraya

 jambatan dan jeti

 terowong

 pembentungan najis dan lain-lain.

(3)

1.2.2 Bangunan

Ia melibatkan kerja-kerja pembinaan :

 Rumah-rumah kediaman

 Pejabat-pejabat

 Hotel dan resort

 Hospital

 Sekolah dan institusi pendidikan

 Masjid dan lain-lain

1.2.3 Kejuruteraan Awam berat

 Pelantar minyak

 Empangan sungai

 Lapangan terbang

 Rangkaian lebuhraya negara

 Landasan keretapi dan lain-lain

1.3 Hubungan di antara industri binaan dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Industri binaan merupakan salah satu industri utama yang mempunyai

hubungan yang rapat dengan keadaan ekonomi negara. Apabila keadaan

ekonomi berkembang, industri binaan akan turut berkembang bagi

memenuhi permintaan yang bertambah. Ini kerana permintaan berkesan

terhadap barangan dan perkhidmatan akan bertambah apabila jumlah

(4)

Oleh sebab itu industri binaan dianggap sebagai penggalak terhadap perkembangan industri-industri lain. Banyak aktiviti ekonomi lain yang berkaitan dengannya turut berkembang. Umpamanya ialah pengeluaran bahan-bahan, komponen, peralatan dan loji binaan. Selain itu jika sesuatu projek binaan mula dilaksanakan di sesuatu tempat , berbagai-bagai aktiviti seperti perumahan, perniagaan dan lain-lain mula berkembang. Industri binaan juga merupakan industri perkhidmatan yang membantu industri – industri lain dalam menyediakan kemudahan infrastruktur

fizikal dan bangunan. Walaupun demikian, industri binaan adalah sangat komplek dan mempunyai ciri- ciri tersendiri. Oleh itu kontraktor sebagai

pihak terakhir dalam industri binaan yang akan merealisasikan projek binaan ke alam nyata perlu memahami beberapa aspek penting

yang akan mempengaruhi kerja-kerja di tapak binaan.

1.4 Aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam pembinaan.

1.4.1 Kajian Kemungkinan

Kajian ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu

pembinaan dijalankan. Di antara kajian yang perlu dibuat

ialah :

i. Kajian Sosial iaitu untuk menentukan untung rugi, dapat memenuhi permintaan pelanggan atau tidak juga

tercapai atau tidak bagi menyelesaikan masa sosial.

ii. Kajian penyiasatan tanah bagi menentukan jenis-jenis tanah dan keupayaan galasnya.

(5)

1.4.2 Rekabentuk

Peringkat rekabentuk dibahagikan kepada subperingkat : cadangan rangka,reka bentuk skim, rekabentuk terperinci dan maklumat pengeluaran. Cadangan rangka dan rekabentuk skim kadang kala dikenali sebagai ‘pelan lakar’, manakala reka bentuk terperinci dan maklumat pengeluaran sebagai ‘lukisan kerja’.

Sebagai rumusannya peringkat ini merangkumi :

 Reka bentuk skim, termasuk anggaran kos

 Reka bentuk terperinci

 Lukisan kerja, spesifikasi dan jadual

 Bil kuantiti

 anggaran kos akhir

1.4.3 Tender

Tawaran dikeluarkan setelah plan selesai dibuat bagi memilih kontraktor yang sesuai untuk membina dan menyiapkan projek pembinaan tersebut.

1.4.4 Kontrak

Kontrak adalah suatu perjanjian di antara dua atau lebih pihak yang bertanggungjawab dan perjanjian itu berkuatkuasa oleh undang-undang.

Dari segi kontrak, pihak utama dalam kontrak binaan ialah kontraktor sebagai pihak yang membuat tawaran dan tuanpunya sebagai pihak yang menerima. Manaakala perunding merupakan pihak lain yang biasanya dilantik oleh tuanpunya.

Rajah 1.1 menunjukkan pertalian di antara kontrak

TUANPUNYA KONTRAKTOR

Arkitek Jurukur Bahan pembekal

Jurutera Kontraktor

(6)

1.4.5 Pembinaan

Kontraktor yang telah menandatangani kontrak mesti membina dan menyiapkan pembinaan mengikut waktu yang dihadkan dan kos yang dipersetujui dan juga mengikut kualiti yang telah ditentukan.

1.4.6 Penyerahan

Projek pembinaan akan diserahkan oleh kontraktor kepada pemaju atau tuanpunya setelah pembinaan siap sepenuhnya (termasuk setelah tamat tempoh tanggungang kecacatan).

1.4.7 Penggunaan dan penyenggaraan.

Setelah projek pembinaan itu boleh digunakan atau diduduki oleh pengguna maka majikan atau tuanpunya akan sentiasa membuat penyenggaraan yang mana perlu.

2.0 Tugas-tugas ahli kumpulan perekabentuk

Ahli kumpulan perekabentuk ialah :

2.1 Pemaju projek.

2.1.1 merupakan tuanpunya yang berniat atau

berkehendak untuk membina projek.

2.1.2 melantik perunding dan kontraktor.

2.2 Arkitek.

2.2.1 menyempurnakan hajat tuanpunya projek serta

memberi nasihat dan cadangan.

2.2.2 menyediakan rekabentuk awal dan terperinci

berdasarkan kehendak dan modal yang dimiliki

(7)

2.3 Jurutera struktur/Awam, Elektrik dan Jentera.

2.3.1 Peranannya hampir sama dengan arkitek cuma

merujuk bidang masing-masing dan selalu

berhubung dengan arkitek.

2.4 Jurukur Bahan

2.4.1 Berperanan sebagai penasihat kos pada

peringkat awal walaupun lukisan terperinci

belum disediakan.

2.4.2 Membuat Anggaran kasar untuk rujukan pihak

pemaju.

2.4.3 Sebagai perancang kos bagi menganalisa secara

sistematik setiap elemen di dalam sesebuah

bangunan serta membuat perbandingan dengan

kos keseluruhan.

2.4.4 Menyediakan Dokumen tawaran.

3.0 Tugas-tugas ahli Kumpulan Jurubina

Ahli-ahli kumpulan Jurubina ialah :

3.1 Kontraktor.

Ia bertanggungjawab untuk:

3.1.1 membina dan menyiapkan projek pembinaan

berdasarkan dokumen kontrak.

3.1.2 menanggung segala kerja yang telah

(8)

3.1.3 Melaksanakan kerja dengan teratur dan cekap

bagi menyiapkan kerja mengikut tarikh yang

telah ditentukan.

3.1.4 Mematuhi segala peraturan pihak berkuasa

tempatan .

3.1.5 Menyediakan perlindungan insuran ke atas kerja

dan pekerjanya.

3.2 Arkitek.

3.2.1 Mengawas dan menyelia projek semasa

pembinaan

3.2.2 Sebagai ketua di kalangan perunding

3.2.3 Berhubung dengan kontraktor

3.3 Jurutera Struktur/Awam, Elektrik dan Jentera

3.3.1 Mengawas dan menyelia projek semasa

pembinaan

3.3.2 Penasihat utama di dalam bidang masing-masing

di tapak bina.

3.4 Jurukur Bahan

3.4.1 menilai kerja di tapak bina untuk bayaran

kemajuan.

3.4.2 Menilai arahan pindaan kerja

3.4.3 Memastikan sebarang kecacatan telah diperbaiki

apabila tamat tempoh tanggungan kecacatan.

(9)

Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum

meneruskan unit yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan

berdasarkan maklum balas di halaman berikutnya.

1.1 Nyatakan definasi industri binaan.

1.2 Senaraikan TIGA (3) jenis kumpulan kerja yang utama di dalam industri

binaan.

1.3 Senaraikan jenis-jenis kerja yang terlibat bagi setiap kumpulan kerja di

bawah :

a) Kejuruteraan Awam

b) Bangunan

c) Kejuruteraan Berat

1.4 Nyatakan aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam pembinaan sesebuah projek

mengikut urutannya.

1.5 Terangkan dengan jelas perbezaan tugas-tugas Jurukur Bahan sebagai

perekabentuk dan Jurubina.

1.6 Huraikaan peranan masing-masing bagi Perekabentuk sesuatu projek

pembinaan :

a) Pemaju projek

(10)

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat

menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 1A

1.1 Industri yang meliputi kerja-kerja bangunan dan kejuruteraan awam. Matlamat

yang utama ialah untuk mendapatkan pulangan atau keuntungan ke atas pelaburan

sehingga ke peringkat yang paling maksimum. Untuk mencapainya perlu ada

kerja sama di antara pihak-pihak yang terlibat.

1.2 a) Kejuruteraan Awam

b) Bangunan

c) Kejuruteraan awam berat

1.3 a) Kejuruteraan Awam - pembinaan jalanraya, jambatan , terowong,

pembentungan najis dan lain-lain.

b) Bangunan - Rumah kediaman, pejabat, , hospital, sekolah dan lain-lain.

c) Kejuruteraan awam berat - Pelantar minyak, empangan, lapangan terbang,

rangkaian lebuh raya dan lain-lain.

1.4 Urutan aktiviti-aktiviti :

i) Kajian kemungkinan

ii) Rekabentuk

iii) Tender

iv) Kontrak

v) Pembinaan

vi) Penyerahan

(11)

1.5 Rujuk nota 2.4 dan 3.4

1.6 a) Pemaju projek merupakan tuanpunya yang berniat atau berkehendak

untuk membina projek , melantik perunding dan kontraktor serta

sebagai pembayar projek.

b) Arkitek menyempurnakan hajat tuanpunya projek serta memberi nasihat

dan cadangan. Juga menyediakan rekabentuk awal dan terperinci

berdasarkan kehendak dan modal yang dimiliki oleh tuanpunya projek

(12)

ORGANISASI FIRMA KONTRAKTOR

4.0 STRUKTUR ORGANISASI FIRMA KONTRAKTOR

Pada umumnya sesebuah syarikat kontraktor dijalankan dalam bentuk organisasi.

Organisasi adalah satu proses bagaimana kerja yang hendak dibuat oleh seseorang

atau kumpulan dapat disatukan supaya tugas dan kerja yang berlainan dalam

firma itu dapat mencapai matlamatnya melalui satu sistem operasi yang cekap dan

sistematik.

Menurut Paulson, Fonahl dan Parker (1992), struktur organisasi adalah berkait

rapat dengan ketepatan membuat keputusan dalam situasi projek. Hal ini bererti

jika struktur organisasi itu pincang, kelam kabut dan tidak menepati kehendak

projek, maka keputusan yang tepat berkaitan projek mungkin tidak dapat dibuat.

Keadaan ini tentunya menggambarkan pula kelemahan struktur organisasi secara

keseluruhannya.

INPUT 1B

Ayah tahu tak syarat – syarat hendak menjadi

(13)

Susun atur organisasi adalah berdasarkan tugas dan tanggung jawab mengikut

bahagian-bahagian tertentu dalam firma. Rajah 1.2 menunjukkan hiraki struktur

organisasi.

Tertinggi Pengurusan mengikut

kuasa dan

Pertengahan Penyeliaan / teknikal polisi

firma

Bawah Pekerja

Rajah 1.2 Hiraki struktur organisasi

4.1 CIRI-CIRI ORGANISASI .

Terdapat banyak ciri bagi setiap organisasi berdasarkan bidang kuasa, tugas

dan tanggung jawab masing-masing. Bidang kuasa ini berubah-rubah

berdasarkan kecil atau besar firma kontraktor tersebut dan juga projek yang

dilaksanakan.

(14)

Rajah 1.3 : Bidangkuasa di dalam firma kontraktor

PENGARAH URUSAN 2. Pengurusan tapak dan kontrak. 3. Membuat pesanan di atas

bahan-bahan binaan.

4. Mengawasi pembaziran bahan-bahan binaan.

5. Menyediakan tuntutan bayaran

(15)

5.0 CARTA ORGANISASI FIRMA KONTRAKTOR

Carta organisasi amat penting :

i) untuk melicinkan pentadbiran

ii) untuk mengetahui bidang kerja dan tugas-tugas sendiri. iii) bagi mewujudkan satu pengurusan yang cekap

iv) menjimatkan perbelanjaan.

Saiz atau bentuk carta organisasi firma kontraktor sama ada kecil,

sederhana atau besar bergantung kepada firma ataupun projek pembinaan yang dijalankan. Namun begitu sebagai asasnya, carta organisasi adalah seperti rajah 1.4

Rajah 1.4 Carta Organisasi Firma Kontraktor

PENGURUS

PENTADBIRAN TEKNIKAL

(16)

6.0 SISTEM KEPALA

Anda tahu apa itu kepala ? Anda tentu mengambil berat terhadap kepala anda.

Tetapi anda jangan ingat sistem kepala yang kita akan pelajari ini sama dengan

kepala yang anda faham. Amat jauh sekali bezanya. Mari kita fahami apa itu

Sistem Kepala.

Sistem kepala memainkan peranan yang besar di dalam industri pembinaan.

Pihak yang terlibat dinamakan Kontraktor Kepala. Sistem ini menjuruskan

kepada pengkhususan sesuatu jenis kerja. Setiap Kontraktor yang ingin berdaftar

dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) mestilah menyatakan kepala-kepala

yang ingin didaftarkan mengikut kepakaran masing-masing.

Kontraktor kepala mempunyai hubungan yang rapat dengan kontraktor tetapi

pekerjanya bukan pekerja kontraktor. Hanya kontraktor kepala yang mempunyai

(17)

Kontraktor kepala bekerja berdasarkan kepada keuntungan. Peralatan

pertukangan ringan adalah di bawah penyediaan dan penyelenggaraan kontraktor

kepala. Kontraktor hanya menyediakan peralatan atau jentera berat sahaja.

Kebaikan Sistem Kepala

i. Kontraktor terlepas dari tanggung jawab mengurus dan mengawal pekerja

binaan.

ii. Ianya lebih anjal (pekerja dapat bertukar ke tempat kerja)

iii. Kerja dapat disempurnakan dengan lebih cepat.

Keburukan Sistem Kepala

i. Pengawasan pekerja (kontraktor tiada kuasa untuk mengawasi secara terus

pekerja kontraktor kepala)

ii. Kualiti kerja

(18)

Jenis- jenis Kepala

Jenis-jenis kepala yang wujud dalam pendaftaran kontraktor kerja awam ialah :

Kepala III Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan

Pembersihan dan Kejuruteraan Air.

(Mechanical, Sanitary and Water Engineering

Works)

Kepala IV Lain-lain Kerja Kejuruteraan Awam ‘Specialist’.

(Other Specialist Civil Engineering Works)

Kepala V Kerja pecah batu, Pembekalan Tanah dan

Pengangkutan.

(Quarrying Metal and Earth Supply, Cartage and

Transport)

Kepala VI Kerja Perhutanan dan Pembangunan tanah.

(Forest and Land Development)

Kepala VII Kerja Elektrik

(Electric Works)

Kepala VIII Kerja Telekomunikasi

(Telecommunication Works)

(19)

7.0 ATUR CARA PENDAFTARAN KONTRAKTOR DI PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK)

7.1 Pendaftaran Kontraktor

Kontraktor yang ingin melibatkan diri dalam industri binaan hendaklah mendaftarkan diri di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (LPIM).

7.2 Tugas –tugas Pusat Khidmat Kontraktor

i. Pusat pendaftaran bagi semua kontraktor kerja di peringkat Persekutuan atau negeri.

ii. Memberi pengiktirafan Bumiputera kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan.

iii. Pusat rujukan perihal kontraktor kerja

iv. Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada kontraktor bumiputera.

7.3 Syarat-syarat Pendaftaran Kontraktor

i. Mestilah mendaftar perniagaan di Pejabat Pendaftaran Perniagaan.

ii. Memiliki modal yang minimum.

iii. Mempunyai kelayakan Teknikal (sijil/diploma/ijazah)

iv. Mempunyai pengalaman kerja atau rekod kerja syarikat.

v. Mempunyai kemudahan kredit, bekalan bahan dan mesin.

vi. Mempunyai surat sokongan daripada penyelia projek dan kontraktor utama.

vii. Mempunyai alat kelengkapan dan jentera

viii. Mempunyai kakitangan teknikal dan pengurusan.

(20)

7.4 Kelas Pendaftaran Kontraktor

Pemohon hendaklah menyatakan Kelas pendaftaran yang hendak dipohon. Kontraktor dibenarkan berdaftar dalam satu kelas sahaja.

Pendaftaran Kelas F adalah dikhaskan untuk syarikat perseorangan Bumiputera dan syarikat-syarikat yang 100% Bumiputera dari segi pegangan saham, Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja.

Kontraktor yang berdaftar hanya dibenarkan menyertai tender yang dipelawa bagi kelas pendaftaran yang ianya didaftarkan.

Had Kewangan (iaitu kos kerja) bagi satu-satu kelas pendaftaran adalah seperti berikut :

Jadual 1.2 - Had Kewangan bagi kelas pendaftaran

7.5 Pengiktirafan Bumiputera

Syarikat yang memohon Pengiktirafan Bumiputera hendaklah memenuhi syarat yang tercatat dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 tahun 1974 iaitu :

i. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada kaum Bumiputera.

ii. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Pengurusan terdiri daripada kaum Bumiputera.

iii. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada hak milik saham dimiliki oleh kaum Bumiputera.

(21)

7.6 Kelayakan Kakitangan

Syarikat yang memohon hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang berkelulusan teknikal di dalam syarikat, sama ada sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham atau kakitangan yang dibayar gaji dan dibayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kelulusan teknikal yang diwajibkan adalah seperti berikut :

i. Kelas A, B dan BX

Ijazah atau Diploma Lanjutan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang ada kaitan dengan bidang kerja yang dipohon.

ii. Kelas C

Diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang ada kaitan dengan bidang kerja yang dipohon.

iii. Kelas D, E, EX dan F

Sijil kursus pemborong dan/atau pengalaman kerja dalam bidang kerja yang dipohon.

iv. Kelulusan Tambahan

a) Bagi bidang kerja Telekomunikasi (kepala VIII), syarikat yang memohon mestilah mempunyai ahli pengurusan atau pekerja yang memiliki Sijil Kelulusan / Surat Perakuan Kompetensi daripada Jabatan Telekom Malaysia (JTM) atau Syarikat Telekom Malaysia (STM) bagi pihak JTM.

(22)

7.7 Denda Terhadap Pihak Kontraktor

Pihak kontraktor yang melanggar syarat-syarat pendaftaran akan didenda sama ada dalam bentuk penggantungan atau pembatalan atau penarikan semula Perakuan (lesen) Pendaftaran.

Faktor-faktor berikut akan menyebankan pendaftaran kontraktor digantung atau ditarik balik :

 pemegang perakuan telah dihukum sebagai bankrup atau

 petisyen penggulungan berhubung dengan kontraktor telah diserahkan atau

 pemegang perakuan gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau peraturan-peraturan pendaftaran atau

 pemegang perakuan telah memperolehi perakuan dengan membuat perakuan atau pernyataan palsu secara bertulis atau sebaliknya atau

 pemegang perakuan meninggalkan kerja pembinaan yang sedang dijalankan atau

 pemegang perakuan telah didapati bersalah oleh mahkamah atau mana badan penyiasat yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis kerana cuai dalam perlaksanaan kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan atau

(23)

Pendaftaran akan terbatal secara automatik seperti kes-kes di bawah :

i) Apabila pendaftarannya dengan Pendaftar Perniagaan telah tamat, kecuali kontraktor menyerahkan salinan perakuan pembaharuan dengan pendaftar Perniagaan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tamat Perakuan Pendaftaran Perniagaan

ii) Bgi kontraktor yang pendaftarannya dengan Jabatan bekalan Elektrik dan gas telah tamat, kecuali kontraktor menyerahkan salinan perakuan pembaharuan dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tamat pendaftaran.

iii) Apabila seseorang kontraktor yang menjalankan operasi secara milik tunggal meninggal dunia kecuali waris atau walinya memohon kebenaran dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ( LPIPM) dalam masa satu (1) bulan dari tarikh kematian, di mana dengan kelulusan LPIPM, pendaftarannya boleh diteruskan sehingga kerja-kerja semasa yang sedang dilaksanakan siap.

iv) Apabila rakan kongsi kontraktor yang beroperasi secara perkongsian meninggal dunia atau berpecah kongsi kecuali rakan kongsi yang

Kontraktor yang pendaftarannya telah dibatalkan, digantung atau ditarik balik tidak dibenarakan dari menyertai mana-mana tender baru atau meneruskan mana- mana kerja pembinaan.

Pihak Lembaga boleh dalam keadaan tertentu membenarkan kontraktor yang pendaftarannya telah dibatalkan untuk menyiapkan kerja semasanya.

(24)

7.8 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM atau CIDB)

Peranan Lembaga ini ialah :

i) Untuk mendaftarkan kontraktor-kontraktor yang hendak melaksanakan perniagaan di Malaysia sama ada syarikat kerajaan atau swasta.

ii) Mendaftarkan kakitangan pengurusan dan penyeliaan.

iii) Mendaftar pekerja mahir atau tukang.

(25)

Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum

meneruskan unit yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan

maklum balas di halaman berikutnya.

1.7 Terangkan bidang kuasa –bidang kuasa bagi :

i) Penyelia Tapak Kerja Sivil.

1.8 Nyatakan tujuan carta organisasi bagi sesebuah firma kontraktor.

1.9 Mengapakah sistem kepala mendatangkan keburukan di dalam industri

binaan ?

1.10 En. Ahmad adalah seorang kontraktor yang telah didapati bersalah oleh

mahkamah kerana memberi rasuah kepada pegawai Pusat Khidmat

Kontraktor (PKK).

(26)

1.11 Berdasarkan satu contoh diberi, padankan jenis-jenis kepala dalam

pendaftaran kontraktor kerja awam berdasarkan bidang kerja masing-masing di

dalam Jadual 1

(Quarry Metal and Earth Supply, Cartage

and Transport)

Kepala III Kerja Elektrik

(Electric Works)

Kepala IV Lain-lain Kerja Kejuruteraan Awam

‘Specialist’.

(Other Specialist Civil Engineering Works)

Kepala V Kerja Kejuruteraan Awam

(Civil Engineering Works)

Kepala VI Kerja Telekomunikasi

(Telecommunication Works)

Kepala VII Kerja Perhutanan dan Pembangunan tanah.

(Forest and Land Development)

Kepala VIII Kerja Kejuruteraan Mekanikal,

Kejuruteraan Pembersihan dan Kejuruteraan

Air.

(Mechanical, Sanitary and Water

Engineering Works)

(27)

Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab ke semua soalan dalam Aktiviti 2B.

1.7 Bidang kuasa bagi penyelia tapak kerja sivil ialah : 1. Membantu pengurus projek.

2. Membuat laporan mingguan kepada pengurus projek

3. Mengawasi kemajuan kerja di tapak kerja supaya mengikut jadual. 4. Koordinasi dengan wakil tapak pemilik dan sub-kontraktor.

5. Membahagikan penggunaan jentera di tapak.

1.8 Tujuan carta organisasi ialah :

i) untuk mengetahui bidang kerja dan tugas-tugas sendiri. ii) bagi mewujudkan satu pengurusan yang cekap

ii) menjimatkan perbelanjaan.

1.9 Sistem kepala mendatangkan keburukan kerana :

i. Pengawasan pekerja (kontraktor tiada kuasa untuk

mengawasi secara terus pekerja kontraktor kepala)

ii. Kualiti kerja tidak memuaskan.

iii. Bahan binaan berlaku pembaziran.

MAKLUM BALAS 1B

(28)

1.10 En. Ahmad akan digantung atau ditarik balik Perakuan Kontraktor kerana beliau

telah disahkan bersalah oleh mahkamah.

(Rujuk fakta mukasurat 22)

(29)

Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.

Pada pendapat anda mengapakah kontrak penting di dalam industri pembinaan?

Anda ditugaskan untuk mendapatkan contoh-contoh carta organisasi yang sebenar daripada sebuah syarikat / firma kontraktor yang anda pilih.

Sila buat ulasan anda berdasarkan maklumat yang diperolehi itu.

(30)

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda.

JAWAPAN 1 – 1

Industri binaan merupakan salah satu industri utama yang mempunyai hubungan yang

rapat dengan keadaan ekonomi negara. Apabila keadaan ekonomi berkembang, industri

binaan akan turut berkembang bagi memenuhi permintaan yang bertambah. Ini kerana

permintaan berkesan terhadap barangan dan perkhidmatan akan bertambah apabila

jumlah pendapatan penduduk bertambah.

JAWAPAN 1 – 2

Kontrak amat penting di dalam industri pembinaan kerana ia merupakan satu perjanjian

yang disahkan oleh undang-undang. Tanpa perjanjian yang bertulis kemungkinan akan

berlaku di mana kontraktor akan membina secara sambil lewa ataupun tidak mengikut

spesifikasi yang telah ditetapkan. Kontraktor juga mungkin menyiapkan pembinaan tidak

mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Jadi tuanpunya boleh mengambil tindakan

mengikut undang-undang jika kontraktor melanggar kontrak.

JAWAPAN 1 – 3

Perbezaan di antara tender dan kontrak.

Tender adalah proses penawaran untuk memilih kontraktor yang layak untuk membina

dan menyiapkan projek pembinaan yang dicadangkan. Semasa proses ini juga dokumen

(31)

Manakala kontrak ialah perjanjian yang dibuat setelah kontraktor yang layak menerima

tawaran untuk membina dan menyiapkan projek tersebut. Kontrak ini ditantatangani

sebelum pembinaan dimulakan. Hanya kontraktor dan tuanpunya yang terlibat di

daalam kontrak ini.

JAWAPAN 1- 4

Rujuk nota 7.3 muka surat 19

JAWAPAN 1- 5

Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pelajar.

Referensi

Dokumen terkait