• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPIMPINAN TRANSAKSIONAL GURU BESAR MENI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEPIMPINAN TRANSAKSIONAL GURU BESAR MENI"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

KEPIMPINAN TRANSAKSIONAL GURU BESAR MENINGKATKAN KEPUASAN KERJA GURU

Abstrak : Tujuan utama kertas konsep ini adalah untuk mengetahui secara jelas mengenai kepimpinan transaksional dalam meningkatkan kepuasan kerja guru. Selain itu, melihat hubungan antara gaya kepimpinan transaksional dengan tahap kepuasan kerja guru dan seterusnya memberikan cadangan tentang cara mentadbir dengan berkesan menggunakan gaya kepimpinan transaksional. Oleh itu, kertas konsep ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada guru besar untuk mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai untuk meningkatkan motivasi guru-guru di bawah pimpinannya. Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang berkesan. Ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah lebih baik atau lebih hebat dan mencapai matlamat organisasinya. Pemimpin yang berkesan mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi organisasi. Kepimpinan transaksional adalah salah satu jenis kepimpinan yang berusaha mengenal pasti dan memenuhkan keperluan peringkat rendah orang bawahan demi pencapaian matlamat organisasi. Keperluan peringkat rendah ialah keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan (Maslow). Oleh itu, sebagai cadangan bagi memenuhi keperluan ini sekali gus dapat memotivasikan guru-guru, guru besar haruslah memainkan peranan sebagai pemimpin transaksional.

Kata Kunci: Transaksional, Kepimpinan

Abstract: The main purpose of this concept paper is to know clearly about the transactional leadership in enhancing the job satisfaction of teachers. In addition, see the relationship between transactional leadership style with the level of job satisfaction of teachers and passing on recommendations on how to administer effectively using transactional leadership style. Therefore, this concept paper can provide exposure and knowledge to the headmaster to practice appropriate leadership style to increase motivation teachers under his leadership. An effective leader is the impetus and effective organization leader. It can motivate staff and change them towards better or greater and achieve the goals of their organization. Effective leaders are able to act as an important variable for the organisation. Transactional leadership is one type of leadership that strives to identify and fill the needs of low level people for the sake of achievement of organisational goals. Low levels of requirements was the need physiological and safety needs (Maslow). Therefore, as proposals to meet this requirement and thus be able to motivate teachers, headmasters should play the role of transactional leadership.

(2)

1.0

PENGENALAN

Bidang pendidikan merupakan teras kepada pembangunan negara. Jika dilihat pada negara-negara maju, corak pemikiran murid-muridnya amat berbeza dengan murid-murid yang membesar di negara lain. Hal ini kerana, negara maju lebih menekankan kemajuan bidang pendidikan berbanding bidang lain. Bagi mendapatkan sebuah pendidikan yang baik, kepimpinan yang mengelolakan bidang pendidikan sesebuah negara harus memainkan peranan. Oleh yang demikian, guru besar harus memainkan peranan mereka sepenuhnya dan sentiasa kompeten dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin pendidikan. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk memastikan kepimpinan sekolah berada pada tahap yang membanggakan. Misalnya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menyatakan dalam anjakan kelima iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan di setiap sekolah. Oleh itu, terciptalah program seperti NPQEL dan SKKSM.

Setiap pemimpin sekolah iaitu guru besar haruslah mahir tentang gaya kepimpinan supaya mereka boleh memimpin dengan fleksibel berdasarkan situasi tertentu. Seorang guru besar tidak harus berpegang hanya kepada satu gaya kepimpinan semata-mata. Seorang pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan yang baik akan meningkatkan keberhasilan organisasinya dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin itu mengendalikan organisasi dan mempengaruhi orang bawahannya. Pemimpin yang berkesan harus mempunyai gaya yang berbeza berdasarkan matlamat yang berbeza supaya ia mampu untuk mempengaruhi pengikutnya. Menurut Nahravandi (2002), gaya kepimpinan yang berbeza akan mempengaruhi prestasi organisasi atau keberkesanan sesebuah organisasi tersebut.

(3)

2.0

TUJUAN

Tujuan utama kertas konsep ini adalah untuk mengetahui secara jelas mengenai kepimpinan transaksional dalam meningkatkan kepuasan kerja guru. Selain itu, melihat hubungan antara gaya kepimpinan transaksional dengan tahap kepuasan kerja guru dan seterusnya memberikan cadangan tentang cara mentadbir dengan berkesan menggunakan gaya kepimpinan transaksional. Oleh itu, kertas konsep ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada guru besar untuk mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai untuk meningkatkan motivasi guru-guru di bawah pimpinannya. Guru besar seharusnya mahir tentang gaya-gaya kepimpinan supaya pentadbiran sekolah boleh berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan:

1. Mengetahui secara jelas mengenai kepimpinan transaksional dalam meningkatkan kepuasan kerja guru.

2. Melihat hubungan antara gaya kepimpinan transaksional dengan tahap kepuasan kerja guru.

(4)

3.0

PERNYATAAN MASALAH

Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin mentadbir organisasinya. Setiap pemimpin mempunyai gaya kepimpinannya tersendiri. Oleh sebab itu, terdapat pelbagai gaya kepimpinan yang telah dihuraikan oleh ahli ilmuan dari serata dunia. Misalnya, Tun Mahathir Mohammad, mantan Perdana Menteri Malaysia dikenali dengan gaya kepimpinan autokratik dan Nelson Mandela, mantan Presiden Afrika Selatan pula terkenal dengan gaya kepimpinan demokratiknya. Setiap pemimpin mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza kerana mempunyai organisasi yang berbeza. Menurut Sarvinder Singh & Ahmad Esa (2008) pemimpin organisasi pendidikan perlu mengenali gaya kepimpinan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menguruskan orang bawahan dalam menangani isu-isu yang timbul. Setiap organisasi mempunyai orang bawahan yang mempunyai tret-tretnya tersendiri dan untuk mengawal tret ini pemimpin haruslah menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai supaya mereka boleh mencapai matlamat organisasi.

Secara harafiahnya, pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk memartabatkan kepimpinan guru besar di sekolah. Kepemimpinan guru besar kini makin dipandang tinggi dan diyakini berbanding dulu. Namun, ada golongan pendidik sendiri tidak mempercayai terhadap kepimpinan guru besar dan ini menyebabkan guru tidak menjalankan kerja dalam persekitaran yang positif. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap guru besar itu sendiri yang mengabaikan gaya kepimpinan sendiri dan tidak menunjukkan kepimpinan yang boleh menjadi suri teladan kepada masyarakat terutama guru sendiri. Azlin Norhaini (2006) menyatakan bahawa dalam beberapa situasi, guru besar kelihatan masih kurang proaktif, kurang kreatif, kurang inovatif, sering kali hilang fokus, dan sering kali hilang tumpuan kepada matlamat pengurusan sebenar kerana terlalu kerap dan rencam menghadapi masalah yang sama. Tambahannya lagi, guru besar kurang bersikap terbuka terhadap perubahan dan bersikap pasif terutamanya dalam menangani masalah-masalah pengurusan walau yang rutin sekalipun.

(5)
(6)

4.0

DEFINISI

4.1 Kepimpinan

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994). Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960). Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua golongan masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik, yang memerintah tentera atau mengarah empayar korporat. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tentera, politik, agama dan sosial. Perjuangan pemimpin yang berani dan bijaksana menjadi intipati legenda dan mitos.

Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks. Dia melihat kepimpinan sebagai satu fenomena manusia yang universal dan sukar difahami. Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi” (Gordon 1955). Seorang ahli pengurusan pula, mendefinasikan kepimpinan sebagai “satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahliahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama” (Gribben 1972). Pemikir lain berpendapat bahawa “kepimpinan secara amnya bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi manusia supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama” (Koontz 1984).

(7)

membantu mereka mencapainya” (Fulmer 1988). Dalam penulisan “Leadership Dynamic”, Hollander (1978) mendefinasikan kepimpinan sebagai “ satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Meskipun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan dari paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama”.

Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan di atas maka dapatlah dirumuskan bahawa kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi menetapkan matlamat, menyusun, mengarah dan menyelaras dan mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan merupakan satu proses yang berterusan. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai. Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang. Mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja. Pengikut atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat dan berdedikasi.

4.2 Kepimpinan Transaksional

(8)

pemimpin yang berkesan seharusnya sentiasa sedar tentang keperluan pengikutnya, sama ada mereka sengaja menunjukkannya atau berkehendakkan pemimpin untuk melihat kehendak mereka. Tarikan yang boleh digunakan oleh seseorang pemimpin untuk menarik minat pengikut mereka ialah ganjaran yang boleh dilihat (wang atau hadiah) atau ganjaran yang tidak boleh dilihat (bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat dan tujuan organisasi) (Edwin A. Locke 1999).

Pemimpin transaksional membantu pengikut mengenal pasti apa yang perlu dicapai dengan mengambil kita perkara yang boleh meningkatkan semangat pengikutnya dengan memberikan ganjaran (David I. Bertocci 2009). Pemimpin akan menyediakan ganjaran kepada pengikutnya untuk mendapatkan hasil kerja yang tinggi dan kemudiannya menarik pengikutnya untuk cara kerja bagaimana yang membolehkan mereka mendapat ganjaran tersebut (David I. Bertocci 2009). Pemimpin tersebut kemudian tidak akan melibatkan diri dalam cara kerja pengikutnya tetapi sekiranya pengikutnya tidak mencapai objektif yang telah disasarkan dia akan mengambil tindakan (David I. Bertocci 2009). George dan Jones dalam David I. Berocci (1999) menyatakan bahawa kepemimpinan transaksional merupakan pemimpin yang memberikan motivasi kepada pengikutnya dengan memberikan ganjaran untuk meningkatkan prestasi kerja pengikutnya dan mengenal pasti kekurangan dan kelemahan pekerjanya dalam mengendalikan sesuatu kerja.

(9)

5.0

ULASAN KEPUSTAKAAN

Kepimpinan transaksional sering merupakan antara gaya kepimpinan yang sering digunakan dalam pentadbiran dan oleh sebab itu ia juga sering dikaji oleh pakar akademik. Dalam memastikan sesebuah pentadbiran dapat mengamalkan kepimpinan transaksional seorang pemimpin di sekolah harus mempunyai satu usaha atau keinginan untuk memajukkan organisasi tersebut dengan dibantu sepenuhnya oleh orang bawahan dan mempunyai hubungan yang seimbang antara pemimpin dan orang bawahan. Kepimpinan transaksional mengutamakan pemberian insentif kepada orang bawahannya agar mereka dapat menjalankan tugas dengan sepenuh hati dan menaikkan sesebuah organisasi itu. Perkembangan zaman kini yang sering dipengaruhi oleh teknologi dan menuntut semua orang untuk mempunyai ilmu pengetahuan memerlukan sumber tenaga manusia yang berkualiti. Pernyataan ini disokong dala kajian yang dijalankan oleh Desianty (2005) iaitu kesan terhadap kepimpinan transaksional terhadap sesebuah organisasi mempunyai pengaruh yang signifikan.

Pemimpin transaksional boleh mengenal pasti beberapa jangkaan yang sering diharapkan oleh seorang pemimpin dan sering kali memberikan ganjaran dengan digantikan oleh tahap kompetensi seseorang pemimpin dan sentiasa merancang untuk menyatakan secara jelas dan menunjukkan peranan dalam organisasinya yang baik. Terdapat dua faktor yang dikenal pasti oleh Bass (1985) dalam menjalankan kepimpinan transaksional iaitu (1) menguruskan tanpa pengecualian dan (2) ganjaran diluar jangkaan. Pemimpin transaksional menggunakan ganjaran dalam bentuk penghargaan dan pujian, menaikkan pangkat, meningkatkan mata merit, anugerah atau pemberian bonus (Bass 1985). Sikap memberi ganjaran diluar jangkaan akan sepenuhnya meningkatkan prestasi kerja orang bawahan. Prestasi seorang pemimpin itu dilihat pada penilaian sikap pemimpin itu dan hasil yang diberikan untuk mencapai objektif sesebuah organisasi, mencapai matlamat tersebut akan dikenalpasti oleh organisasi dan kesesuaian sikap interpersonal pengikutnya yang mempunyai hubungan dengan norma organisasi.

(10)

kepimpinan transaksional mentadbir perkara-perkara yang mereka kenalpasti dan mengabaikannya selepas mereka telah dapat apa yang mereka mahu dan terus mju ke hadapan. Walau bagaimanapun, dalam persaingan masa kini pemimpin harus menetapkan satu kewajiban untuk sebuah gaya kepimpinan yang baharu untuk memastikan prestasi dan daya tahan sesebuha organisasi sebagai contoh kepimpinan transformasional. Tambahan lagi, kepimpinan transaksional telah dihuraikan oleh Zaleznik (1977) sebagai seorang individu yang mengurus diikuti dengan menetapkan matlamat, mengagihkan tugas dan menjalankan tugas dengan memberi hukuman kepada pekerja yang tidak cemerlang dan memberi ganjaran pada yang cemerlang. Kepimpinan transaksional memuaskan hati pengikutnya dengan mendengar kehendak dan kemahuan pengikutnya (Wegner 2004). Dalam konteks ini, Seibert, Wang & Courtright (2011) menyatakan bahawa kepimpinan traksaksional akan meningkatkan nilai intrinsik mengikutnya terhadap prestasi kerjanya dan juga keyakinannya, dan membawa mereka pada tahap motivasi yang tinggi. Oleh yang demikian, walaupun kepimpinan transaksional mengharapkan hasil seperti yang dijangkakan, kepimpinan melampaui ekspektasi berpotensi disebabkan oleh kepimpinan transformasional.

(11)

6.0

IMPLIKASI KEPIMPINAN TRANSAKSIONAL TERHADAP

KEPUASAN KERJA GURU

Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang berkesan. Ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah lebih baik atau lebih hebat dan mencapai matlamat organisasinya. Pemimpin yang berkesan mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi organisasi. Di sekolah, guru besar adalah pemimpin atau peneraju dan merupakan orang yang akan menentukan halatuju organisasi dan kakitangan. Guru besar adalah perancang misi organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan terhadap pencapian matlamat organisasi. Kejayaan organisasi dan maruah kakitangan dikatkan dengan kualiti kepimpinan. Pemimpin yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu peminpin yang dapat meningkatkan martabat organisasi. Dalam kertas konsep ini, jenas menerangkan bahawa kepimpinan dalam sesebuah organisasi haruslah memainkan peranan penting dalam kepimpinanya untuk mengubah organisasi dan juga sikap kakitangan.

(12)

kepimpinan. Oleh yang demikian, dengan kepimpinan transaksional yang diamalkan oleh guru besar dapat memberikan impak yang besar kepada guru-guru untuk menghasilkan kerja yang memuaskan hati.

Seorang pemimpin tansaksional yang mampu untuk mengamalkan gaya transaksional dengan betul akan berjaya menarik guru-guru untuk mengikut arah yang dikehendaki. Pengikut seharusnya mengikut bukan sebaliknya. Dengan menggunakan kepimpinan transaksional, guru dapat menjalankan tugas dengan penuh berkaliber. Organisasi yang berjaya dibezakan dengan organisasi tidak berjaya bergantung kepada gaya kepimpinan yang dinamik dan efektif. Kejayaan organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesaan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang (Abd.Karim 1989). Atang Long dalam kajiannya pada 1991 mendapati sekolah-sekolah yang mempunyai kejayaan yang tinggi dalam bidang akademik adalah dipimpin oleh pengetua yang mempunyai kepimpinan yang berkesan. Pakar pengurusan dan psikologi menjelaskan tiada satu bentuk kepimpinan yang tertentu mencapai matlamat organisasi, oleh itu kepimpinan terbuka kepada perubahan dan kedaan persekitaran.

Pengurusan dan kepimpinan dua perkara yang saling berkaitan dan bersepadu, ini kerana pengurusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan. Pengurusan dan kepimpinan yang berkesan akan dapat mengerakkan anggota organisasi melaksanakan tugas dengan penuh didikasi ke arah mencapai aspirasi dan objektif yang dirangka. Kajian perubahan atau kemajuan mengatakan bahawa sesuatu inovasi memerlukan keadaan yang dapat mengerakkanya supaya dapat dilaksanakan, salah satu pengerak dengan dengan kepimpinan yang berkesan . Pemimpin yang berkesan dapat mengubah organisasi dan tingkahlaku kakitangan dari sedia wujud kepada suatu kedaan yang lebih dinamik dan mempunyai matlamat pencapian. Ini dilakukan dengan mencipta wawasan organisasi, menanam semangat bertanggungjawab melaksankana perubahan pada pekerja dan menyemai budaya dan strategi baru bagi organisasi. Kepimpinan yang berkesan tidak dapat dinafikan terbukti boleh mempengaruhi organisasi dan tingahlaku serta sikap kaki tangan dibawahnya. (Husin.1993) dalam bukunya Kepimpinan dan keberkesanan Sekolah, membezakan keberkesanan sekolah ialah kepimpinan guru besar.

(13)

jurulatih atau guru kepada guru. Guru besar juga harus meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran, prestasi kakitangan. Guru besar seharusnya berperanan besar dalam membentuk dan memupuk dalam diri guru-guru untuk membina minat pada profesion mereka.

7.0

CADANGAN MENINGKATKAN KEPIMPINAN

TRANSAKSIONAL

Kepimpinan transaksional adalah salah satu jenis kepimpinan yang berusaha mengenal pasti dan memenuhkan keperluan peringkat rendah orang bawahan demi pencapaian matlamat organisasi. Keperluan peringkat rendah ialah keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan (Maslow). Oleh itu, sebagai cadangan bagi memenuhi keperluan ini sekali gus dapat memotivasikan guru-guru, guru besar haruslah memainkan peranan sebagai pemimpin transaksional. Kertas konsep ini akan mencadangkan beberapa peranan yang boleh diamalkan oleh guru besar bagi meningtkatkan kepimpinan transaksionalnya dalam usaha meningkatkan motivasi semua guru dengan berpandukan kepada ciri-ciri kepimpinan transaksional yang dikemukakan oleh Bass. Seorang pemimpin transaksional haruslah memiliki ciri-ciri sebagai berikut :

a. Contingent reward

Kontrak pertukaran penghargaan untuk usaha, penghargaan yang dijanjikan kepada individu-individu di bawah pimpinannya.

b. Active management by exception

Melihat dan mencari penyimpangan dari aturan atau standard, mengambil tindakan perbaikan.

c. Pasive management by exception Intervensi hanya jika standard tidak tercapai. d. Laissez-faire

Memberikan kebebasan kepada orang bawahannya.

(14)

pertukaran kepada tugas yang dilaksanakan. Operasi organisasi adalah pada aras “bertindak-menerima” di mana pengikut bersetuju untuk bekerja (bertindak) kerana mengharapkan sesuatu ganjaran (menerima) daripada organisasinya. Disebabkan itu, tiada komitmen peribadi daripada pengikut untuk meningkatkan prestasi organisasi atau membuat perubahan kreatif dan inovatif. Tindakan pengikut hanya sekadar mengekalkan status quo organisasi. Sebagai contoh, jika seorang guru berjaya meningkatkan peratusan murid yang mendapat gred “A” dalam sesuatu subjek, guru tersebut akan mendapat imbuhan atas kejayaan yang telah dicapai. Dengan pemberian imbuhan ini, sudah pasti guru tersebut akan lebih bermotivasi untuk berusaha dengan lebih gigih pada setiap masa.

Dalam teori kepimpinan transaksional, terdapat pengurusan secara pengecualian dan ganjaran luar jangka. Kepimpinan mengikut gaya pengurusan secara pengecualian akan menjelaskan hukuman yang diterima jika gagal mencapai standard yang dipersetujui. Pemimpin haruslah memberi perhatian serius kepada kesalahan yang dilakukan oleh orang bawahan. Setiap kesalahan akan dihebahkan dan tindakan yang setimpal akan diambil. Sebagai contoh, Guru Besar telah menetapkan sesuatu standard yang perlu dicapai oleh guru-guru dan pekerja-pekerja sekolah dalam menjalankan tugas masing-masing. Namun, jika mereka gagal mencapai standard tersebut, Guru Besar akan mengenakan tindakan atau meminta mereka memberikan sebab sesuatu standard tidak tercapai. Hal ini bertujuan memastikan semua guru lebih kimited dan menjalankan tugas dengan tanggungjawab. Guru besar yang tidak mengenakan sebarang tindakan apabila guru-guru di bawah pimpinannya akan menyebabkan guru-guru lain berasa tidak adil dan mereka juga akan terdorong melakukan kesalahan yang sama kerana tiada tindakan dikenakan ke atas mereka.

(15)

mendapat gred “A” dalam sesuatu subjek, guru tersebut akan mendapat imbuhan atas kejayaan yang telah dicapai.

Selain itu, guru besar juga harus mengamalkan gaya kepimpinan laissez-faire, yang bermaksud biarkan mereka bersendirian. Guru besar harus memastikan tindakan susulan dan pemulihan dijalankan kepada murid yang bermsalah. Secara ringkasnya, pemimpin ini membiarkan orang bawahan melakukan tugas-tugas organisasi mengikut cara masing-masing dan hanya campur tangan apabila diminta berbuat demikian. Contohnya, Guru Besar memberikan tugasan kepada tukang kebun untuk mencantikkan kawasan sekolah, namun beliau tidak menetapkan sebarang cara atau cadangan. Tukang kebun tersebut bebas untuk menggunakan kepakaran dan pengalaman beliau untuk mencantikkan kawasan sekolah. Begitu juga dengan guru-guru, guru besar perlu memberikan kebebasan kepada guru-guru untuk menjalankan kaedah pengajaran mengikut kreativiti mereka. Guru besar hanya bertindak sebagai pemudah cara atau pembimbing sahaja. Bukan sahaja dalam bidang pengajaran, malah dalam hal-hal melibatkan pengendalian program sekolah dan sebagainya. Kebebasan yang diberikan akan memudahkan guru-guru untuk berkreativiti dan tidak terhad terhadap satu-satu cara sahaja. Hal ini secara tidak langsung akan lebih bermotivasikan guru-guru untuk menjalankan tugas dengan penuh komited, dedikasi dan cemerlang. Sebagai contoh, Guru Penolong Kanan Kokurikulum ingin menganjurkan projek perkhemahan peringkat sekolah, beliau hanya melantik seorang guru penasihat bagi program tersebut. Jadi, guru penasihat tersebut perlu merancang aktiviti serta perkara-perkara yang berkaitan bersama ahli jawatankuasa yang lain. Ini menggambarkan pemimpin transaksional yang memberikan kebebasan terhadap orang bawahan untuk mencari kaedah terbaik dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pengaruh pemimpin adalah minimum terhadap sesuatu projek atau program yang dijalankan kerana orang bawahan yang menjadi penggerak utama. Pemimpin menjadi pemantau bagi memastikan projek tersebut berjalan lancar.

(16)
(17)

8.0

KESIMPULAN

Seorang pemimpin seharusnya mempunyai kemahiran kemimpin yang baik selain daripada mempunyai ilmu tentang kepimpinan. Kebanyakkan pemimpin yang agung terdahulu dilahirkan sebagai pemimpin dan mempunyai satu daya tarikkan sehingga mampu untuk menarik ramai orang menjadi pengikutnya. Sebagai contoh, Atilla the Hunt yang dikatakan seorang yang kejam tapi mampu untuk memiliki ramai pengikut. Hal ini berlaku kerana, daya kepimpinan dalam dirinya yang menjadikan dia diangkat sebagai pemimpin yang baik. Antara contoh yang lain, mantan perdana menteri negara Tun Dr. Mahathir bin Mohammad merupakan seorang pemimpin yang disegani bukan sahaja di dalam negara tetapi serata dunia. Pelbagai negara telah mengangkat dan mengakui kehebatan kepimpinan beliau. Hal ini juga disebabkan oleh ciri kepimpinan dalam dirinya yang menjadikannya seorang pemimpin yang baik.

(18)

Guru besar yang dapat mengamalkan gaya kepimpinan transaksional dapat meningkatkan prestasi organisasi tersebut. Hal ini berlaku disebabkan, guru-guru akan lebih bermotivasi apabila sering disogok dengan hal-hal yang positif seperti pemberian bonus dan penghargaan. Setiap manusia dahagakan penghargaan dalam apa setiap yang dilakukan. Pemimpin seharusnya peka terhadap perkara yang dilakukan oleh orang bawahanya. Di sekolah terdapat segelintir guru besar yang langsung tidak ambil tahu atas setiap aktiviti yang dilakukan oleh guru-gurunya dalam membantu menaikkan nama sekolah. Hal ini lama kelamaan akan menjadikan guru tersebut bermotivasi rendah dan tidak lagi akan memberikan komitmen yang sama. Terdapat juga guru besar yang hanya memandang pada usaha seorang guru sahaja sedangkan guru yang lain diabaikan walau sebesar manapun kejayaan yang diberikan kepada sekolah. Semua perkara ini harus dielakkan dan disedari oleh guru besar bahawa mereka sendiri yang telah menjatuhkan organisasi mereka dan mereka yang menjadi penyebab kepada matlamat yang tidak tercapai.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam konteks Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), pemimpin sekolah iaitu guru besar mempunyai tanggungjawab besar bagi menjana dan menjadikan sekolah sebagai

Ini menunjukkan bahawa para guru besar di daerah Hulu Terengganu mempunyai kecenderungan yang tinggi menggunakan gaya kepimpinan menyokong, partisipatif dan orientasi kejayaan

Kesimpulan Meskipun berada dalam ledakan era teknologi, namun guru besar sebagai pemimpin utama organisasi sekolah masih perlu berpegang kepada nilai kepimpinan etika dan moral bagi

Dalam erti kata lain, pemimpin autentik haruslah mempunyai gaya kepimpinan yang menarik dan menggalakkan hubungan psikologi yang positif, mempunyai perspektif moral dalaman, kesedaran