• Tidak ada hasil yang ditemukan

236970467 Sejarah Dan Perkembangan Teori Kepimpinan Satu Sorotan Literatur

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "236970467 Sejarah Dan Perkembangan Teori Kepimpinan Satu Sorotan Literatur"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pendahuluan

Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat, dunia dikatakan sedang menuju ke arah kecanggihan dalam kehidupan. Sudah tentu kemajuan ini wujud dengan adanya seorang pemimpin yang mampu mencapai kehendak-kehendak masyarakat sejagat.

Sebuah organisasi yang berjaya sangat bergantung kepada seorang pemimpin yang mempunyai stail kepimpinan tersendiri. Tanpa pemimpin yang berdaya saing maka sesebuah organisasi tidak mampu mencapai matlamat penubuhan organisasi. Razali (1996), menyatakan bahawa dalam keadaan masyarakat yang kompleks pelbagai ragam manusia, masalah yang sering dihadapi dengan kepelbagaian penyelesaian dimana kepimpinan merupakan instrumen pilihan yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan manusia.

Dalam penulisan ini terdapat beberapa definisi kepimpinan daripada perspektif barat dan timur hasil penyelidikan pakar-pakar terdahulu. Di samping itu juga sejarah perkembangan kepimpinan turut memainkan peranan penting dalam memberi panduan dan contoh yang boleh digunakan oleh pemimpin pada masa ini. Kepimpinan berasaskan Islam memberi penekanan kepada ketakwaan pada Allah S.W.T dan berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Manusia dilahirkan ke dalam dunia adalah untuk menjadi khalifah bumi yang diberi tanggungjawab menjaga kesejahteraan alam semesta.

Perkembangan kepimpinan ini juga disokong oleh beberapa pelapor teori-teori kepimpinan yang boleh dijadikan bukti bahawa kepimpinan mempunyai beberapa jenis dan karakter yang tersendiri. Kepimpinan yang berkesan mampu membantu sesebuah organisasi terus hidup dan berkembang maju disamping dapat melahirkan lebih ramai golongan pemimpin yang berkelibar.

Gaya kepimpinan juga penting dalam memastikan matlamat organisasi dapat dicapai dan ini bukan sahaja bergantung kepada pemimpin dalam sesebuah organisasi tetapi orang yang dipimpin turut menyumbang kejayaan organisasi tersebut. Dalam usaha untuk membina kualiti kepimpinan, penekanan hendaklah ditumpukan terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang seimbang dan menyeluruh dalam diri setiap pemimpin.

2.0 Sejarah perkembangan kepimpinan

Mohamad Shuhmy (2007), penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi telah mengubah banyak nilai dalam masyarakat tempatan, termasuk yang berkait dengan "kepimpinan". Bermula daripada waktu itu Islam telah mengambil peranan kepimpinan yang meluas dan merangkumi hampir semua kegiatan hidup termasuk keagamaan, Ibadat, keilmuan, sosial, politik dan sebagainya.

(2)

Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia bukan suatu misteri, tetapi boleh difahami. Manusia adalah hamba Tuhan yang diberi peranan sebagai khalifah dibumi ini. Sedangkan alam dicipta untuk faedah dan kepentingan manusia. Dalam hubungannya dengan hidup dan kebudayaan, akidah merupakan asas pemikiran bagi sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi akidah dan kepercayaan, Islam mengubah pandangan orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti di zaman Hindu kepada mempercayai tuhan yang Maha Esa. Disamping itu mereka dibimbing mempercayai Nabi-Nabi, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari Kiamat dan Qadha dan Qadar. Kemudian diikuti oleh kepimpinan ke arah menunaikan amal ibadat seperti yang terkandung dalam rukun Islam yang lima dan yang selain daripada itu.

Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah tradisi animisme dan Hinduisme, agama Islam telah memimpin orang-orang Melayu ke arah mengenali dan mengamalkan adat istiadat Islam sebagai ganti. Adat istiadat itu dilakukan sejak daripada individu itu lahir ke dunia hinggalah ke hari kematiannya. Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu ke arah mengenali pengetahuan yang bercorak falsafah. Dengan itu Islam telah memperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dalam masyarakat Melayu.

Tamadun Islam telah mengubah penekanan daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti yang biasa berlaku pada zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah. Dengan itu Islam mengubah tasawwur orang Melayu daripada yang bercorak metologi fantasi kepada pemikiran yang bercorak intelektual yang berdasarkan falsafah Islam dan mistik yang rasional dan ilmiah. Dengan itu Islam menekankan kedua-kedua aspek jasmani dan rohani untuk membangunkan masyarakat Melayu. 3.0 Definisi Kepimpinan

Koontz dan O’Donnel (1972) mendefinisikan kepemimpinan sebagai kemahiran mempengaruhi kakitangan menyelesaikan tugas masing-masing dengan penuh minat dan keyakinan.

Hidgets (1975) menyatakan kepemimpinan sebagai satu proses untuk mengarah daya usaha kakitangan supaya dapat mencapai matlamat organisasi.

Fiedler (1976) melihat kepemimpinan sebagai satu corak tingkah laku mengarah, menyelaras aktiviti anggota kumpulan, juga diertikan sebagai pengurusan dengan cara menunjukkan dan meninspirasi tanpa menggugur subordinat lain dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti kumpulan.

Campbell, Corbally & Nystrand (1983) mendefinisikan kepemimpinan sebagai satu proses bagi seseorang pemimpin mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah penyempurnaan matlamat tertentu.

Sulaiman Md Yassin, Mohd Salleh Lebar dan Azlina Abu Bakar (2007) menyatakan terdapat beberapa definisi kepimimpinan hasil daripada penyelidikan empirikal. Antaranya ialah:

(3)

2. Kepimpinan ialah proses untuk mempengaruhi aktiviti satu kumpulan ke arah mencapai satu matlamat

3. Kepimpinan ialah interkasi dua hala antara seorang pemimpin dengan setiap subordinatnya 4. Kepimpinan ialah menambah pengaruh ke atas subordinat supaya mereka mematuhi peraturan

dan arahan organisasi

5. Kepimpinan ialah pengaruh yang efektif

6. Kepimpinan ialah mengguna kuasa yang tidak dielakkan untuk mempengaruhi fikiran dan tindakan orang lain

Menurut Zulkiple Abd Ghani (2004) dalam Islam aspek kepimpinan penting sehingga Rasullah S.A.W menganjurkan agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam kumpulan yang kecil. Baginda bersabda “Apabila tiga orang keluar musafir hendaklah dilantik seorang daripadanya sebagai ketua”

Kepimpinan ialah:

i) Usaha untuk mempengaruhi individu atau sekumpulan individu untuk melakukan sesuatu tugas

bagi mencapai objektif tertentu.

ii) Tingkah laku apabila dia sedang mengarah aktiviti kumpulan ke arah mencapai matlamat dikongsi bersama

iii) Seni menyusun hubungan antara individu dengan beberapa kumpulan yang mengarah mereka ke arah suatu matlamat yang dirancangkan. Terdapat istilah yang dikaitkan dengan kepimpinan dalam islam seperti khalifah, imamah, qiyadah, za’mah, riayah, riasah dan siyadah.

Ismail Noor (2000) mendefinisikan kepimpinan sebagai setiap tindakan yang menumpukan sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat.

4.0 Teori Kepemimpinan Teori Gelagat

Kajian Iowa

Kajian Iowa menunjukkan gelagat kepemimpinan boleh diklasifikasikan kepada tiga stail: 1. Stail autotratik

Pemimpin jenis ini merupakan seorang yang dogmatik yang memerlukan sifatnya untuk menurut perintah dan memimpin mengikut kebolehannya untuk memberi atau menarik pengikut dengan bertindak memberi arahan. Kepemimpinan jenis ini inginkan pengikut mesti patuh kepada arahan diberi tanpa alasan.

2. Stail demokratik

(4)

persekitaran. Mereka perlu mengambil bahagian bersama-sama pemimpin dalam pembangunan pengurusan organisasi.

3. Stail Laissez-faire

Pemimpin stail ini memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada pengikut-pengikutnya. Pengikut bebas menentukan matlamat mereka sendiri. Oleh itu tidak ada penyeliaan oleh pemimpin dan kakitangan dapat menjalankan tugas dengan sewenang-wenangnya.

Kajian Ohio

Kajian ini bermula dari tahun 1940 an sehingga 1950 an berpendapat bahawa gelagat pemimpin boleh dibahagikan kepada dua jenis:

1. Bertimbang rasa

Pemimpin jenis yang bertimbang rasa dikatakan mempunyai hubungan mersa dengan kakitangannya. Pemimpin juga yakin dengan kebolehan pekerja-pekerja atau kakitangannya. Seorang pemimpin jenis ini pandai mengambil hati, menghormati idea, mendengar pandangan , memberi perhatian dan pertimbangan terhadap perasaan orang bawahannya. Komunikasi dua hala perlu wujud melalui stail ini dan para pekerja mendapat kepuasan yang sepenuhnya.

2. Tugas dan struktur

Pemimpin jenis ini merupakan seorang pemimpin yang mementingkan tugas yang berstruktur pula dimana setiap tugasan orang bawahannya berlandaskan pada pekeliling, peraturan-peraturan dan begitu birokrasi dan rigid. Melalui stail ini, pepmimpin memfokuskan kepada matlamat organisasi dengan menstrukturkan tugas kakitangan. Membuat penjadualan tugasan dengan memberitahu tentang jangkaan mereka masing-masing. Stail ini juga menghasilkan kepuasan kerja dikalangan mereka. Proses ini juga akan memaju dan membangunkan organisasi.

Kajian Michigan

Kajian Michigan memperkenalkan dua jenis gelagat yang berorientasikan kepada: 1. Oreintasi pengeluaran

Bagi pemimpin yang berpusat pengeluaran, aspek-aspek yang ditekankan ialah memberi tumpuan kepada pencapaian daya pengeluaran yang tinggi dan melihat pekerja sebagai alat pengeluaran organisasi. Dengan ini seorang pemimpin akan menentukan jadual kerja yang ketat, merancang tugasan dengan teliti, mengadakan peraturan bekerja dan sistem penyediaan yang mantap. Penilaian prestasi seorang pekerja akan berdasarkan hasil atau outputnya.

2. Orientasi pekerja

(5)

pemuafakatan yang tidak formal digalakkan dan memberi suatu pasukan yang mantap. Dalam sesebuah organisasi, kepemimpinan yang berorientasikan pekerja akan menggalakkan pencapaian matlamat dimana pemimpin sensitif terhadap hati nurani pekerja-pekerja. Ini adalah sebagai faktor yang penting kerana pekerja akan memberi sokongan kepada kepemimpinan organisasi. Aspek ini dilihat sebagai elemen-elemen yang mustahak dalam peningkatan dan pembangunan organisasi.

Teori Motivasi

Dalam membincangkan kepemimpinan, teori-teori motivasi juga berkaitan dalam bidang pendidikan Teori Hierarki Maslow, Teori X, Teori Y McGregor dan Teori Z Ouchi.

Teori Hierarki Maslow

Maslow membentuk piramid kehendak yang dinamakan ‘Hierarchy of human needs’. Teori ini menerangkan kepuasan seseorang pekerja bergantung kepada keperluan asanya yang dipenuhi. Sesuatu keperluan perlu dipenuhi, akan mempengaruhi dan merangsangkan kepada pencapaian matlamat. Keperluan-keperluan asas pekerja ini harus dilihat sebagai elemen yang penting oleh pemimpin. Dengan kata lain. Pemimpin perlu mengambil kira dengan mengenal pasti kehendak-kehendak subordinat.

(6)

langsung mendorong manusia dikenali sebagai faktor kesihatan. Ia merupakan faktor yang berkaitan

Jadual 2 : Teori X dan Teori Y McGregor, Teori Z Ouchi Persepsi dan andaian umum Teori X

1. Kebanyakkan manusia mempunyai rasa tidak suka kepada kerja dan jika ia diberi pilihan, ia akan mengelakkan diri daripada bekerja .

2. Disebabkan manusia tidak gemar bekerja ia terpaksa dipaksa, diarah, dikawal, ditakutkan oleh denda, jika ia hendak memberi kerja yang sepatutnya demi mencapai matlmat organisasi

3. Kebanyakkan manusia lebih suka diarah, tidak suka menanggung bebanan tanggungjawab, ada yang tidak mempunyai cita-cita yang tinggi dan mahukan keselamatan diri keseluruhannya. Jika pekerja bersikap begini, pemimpin seharusnya memimpin, memberi panduan dan tunjuk ajar agar dapat dimanfaatkan oleh organisasi.

Persepsi dan andaian umum Teori Y

1. Usaha kerja dari segi mental dan fizikal adalah dianggap natural seperti jugalah dengan kaedahnya jika kita bermain dan berehat.

2. Kawalan luaran dan cara menakut-nakutkan dari segi dendaan dan hukuman itu bukanlah hanya satu cara untuk mendapatkan manusia bekerja demi mencapai matlamat sebagaimana yang mereka diperlibatkan itu.

3. Penglibatan kepada matlamat ialah satu fungsi mendapat ganjaran yang berkaitan dengan pencapaian mereka sendiri.

4. Kebanyakkan manusia berkemampuan untuk menpunyai imaginasi, berdaya cipta, kehandalan berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah organisasi.

5. Kebanyakkan manusia belajar untuk menerima dan menjalankan tanggungjawab jika dikendalikan dibawah pengawalan yang kena pada tempatnya, sempurna dan teratur.

(7)

Dalam teori ini, pemimpin harus menggunakan potensi yang ada pada pengikut, pemimpin harus bertindak sebagai fasilitator dalam mengurus kebolehan yang ada pada perngikut. Pemimpin harus mengenal pasti kemampuan, kemahiran pengikut. Peranan dan tugasan pengikut-pengikut harus diagih mengikut klafisifikasi kebolehan pengikut-pengikutnya. Jika pemimpin menggangap orang bawahan sebagai manusia yang matang dan bertanggungjawab, maka organisasi akan berkembang dan membangun dengan cepat.

McGregor cuba membezakan antara dua bentuk stail kepemimpinan, dimana satu stail menggunakan tekanan dan hukuman dan yang satu lagi menggunakan pendekatan penglibatan semua kakitangan sebagai satu kumpulan yang begitu dipentingkan oleh organisasi.

Teori Z yang dikemukan oleh Ouchi menekankan persoalan kepada budaya organisasi. Teori ini tidak berkaitan dengan gelagat dan perlakuan pemimpin, tetapi berkaitan dengan bagaimana perbezaan budaya boleh disatukan. Seterusnya diuruskan dengan baik. Budaya organisasi melibatkan sesuatu pekerjaan tetap untuk jangka masa waktu yang panjang, amalan membuat keputusan partisipatif atau keputusan konsensus dan penentuan tanggungjawab individu.

Budaya organisasi juga melibatkan penilaian akan kenaikan pangkat secara perlahan (slow evaluation and promotion). Sistem kawalan nonformal dengan system pengukuran prestasi eksplisit, laluan kerja yang kursus dan sederhana serta komitmen organisasi dalam semua aspek kehidupan pekerja termasuk keluarga mereka. Budaya organisasi Teori Z untuk pemimpin ialah keyakinan kebijaksanaan dan kehalusan budi, kawalan bersama dan keputusan partisipatif (shared control and decision making),

sistem belanjawan dalan lain-lain.

Rajah 1: Komponen utama Teori Z untuk Institusi Pendidikan

5.0 Gaya kepimpinan terkini dan keberkesanan organisasi Trust sublety intemacy

Motivation through self-interest

Theory Z in school

Shared control and decision making

Skill training

(8)

Kepimpinan yang berkesan adalah terletak kepada gaya kepimpinan pemimpin itu sendiri. Stail kepimpinan juga dapat mempengaruhi tingkah laku orang yang dipimpin supaya matlamat yang ingin di capai oleh organisasi boleh direalisasikan. Menurut Kouzes dan Posner dalam Ainon Mohd (2003) yang melakukan kajian ke atas 30 buah negara bertanya “Ciri-ciri yang bagaimanakah mesti ada pada seorang pemimpin yang kepimpinannya sanggup mereka sokong dan patuh dengan sukarela. Jawapan yang diterima tentang empat sifat mereka ialah jujur, berwawasan, mampu mencetuskan ihlam, semangat perjuangan serta memiliki kemahiran memimpin.

Gaya kepimpinan ialah merujuk kepada pendekatan yang digunakan oleh pemimpin dalam organisasi yang dipimpin. Setiap orang pemimpin mempunyai gaya kepimpinannya masing-masing. Goleman dalam Ainon Muhd (2003) melaporkan kajian dijalankan syarikat perundingan Hay/MacBer ke atas 3871 orang eksekutif diseluruh dunia. Hasil kajian itu mengenalpasti enam gaya kepimpinan , setiap satunya muncul daripada kepintaran emosi yang berlainan:

1. Pemimpin koersif atau kukubesi yang mahukan orang bawahannya patuh serta-merta pada semua arahannya.mereka tidak suka bertolak ansur dan tidak suka memberi motivasi. Gaya ini yang paling tidak berkesan.

2. Pemimpin autoritatif yang mendorong orang bawahan mencapai visi. Walaupun gaya ini ada masanya dirasakan menekan orang-orang bawahan, tetapi ia adalah gaya yang paling berkesan. Gaya ini mampu menaikkan semangat kerja dan mencetuskan komitmen pada matlamat organisasi.

3. Pemimpin afiliatif yang suka mencipta suasana persaudaraan, muhibah dan mesra. Dikatakan gaya dapat mencipta kepuasan bekerja dan prestasi yang tinggi. Gaya ini mencipta harmoni dikalangan anggota kumpulan kerja dan ia sebaik-baiknya digunakan bersama-sama dengan gaya autoritatif.

4. Pemimpin demokratis yang suka mencapai kata sepakat dengan melibatkan orang bawahan apabila membuat keputusan. Gaya ini banyak menimbulkan suasana positif. Ia menggalakkan orang-orang bawahan turut menyumbang dan mampu mencipta kemuafakatan

5. Pemimpin pendorong yang mahukan orang bawahanya pandai berfikir sendiri dan mahukan mereka membuat yang terbaik.

6. Pemimpin jurulatih yang suka membangunkan manusia untuk masa depan. Gaya ini paling jarang digunakan walaupun ia mampu mendorong orang-orang bawahan mencungkil bakat masing-masing dan dalam jangka panjang ia dapat membangunkan manusia.

Kajian yang dijalankan itu mendapati pemimpin-pemimpin yang paling berkesan menggunakan lebih daripada satu gaya kepimpinan. Mereka pandai menggabungkan penggunaan gaya autoritatif, afiliatif dan jurulatih. Memang jelaslah tidak ada satu gaya kepimpinan yang terbaik mahupun yang dapat digunakan dalam semua keadaan.

(9)

a) Mahukan tanggungjawab membuat keputusan; b) Inginkan kebebasan bertindak dan berdikari;

c) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah dengan cekap;

d) Menanamkan komitmen dan menghayati matlamat organisasi

Disamping itu juga Mohamad Shuhmy (2007) mengariskan panduan berikut boleh digunakan untuk menjadi pemimpin yang berkesan dalam organisasi.

1. Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, inisiatif dan mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menyelia. Maka, bagi bakal-bakal pemimpin dan juga pemimpin kini, latihan dalam membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri yang berfaedah.

2. Mengetahui dan mengawal gaya. Gaya yang terbaik sekali bergantung kepada banyak faktor (selain daripada berorientasikan tugas dan berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka menganalisis dan memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan fleksibel supaya dapat dipadankan kepada situasi berkenaan.

3. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain. Bakal-bakal pemimpin harus mengikuti andaian-andaian Teori Y, McGregor. Dengan mempercayai bahawa manusia adalah pandai, kreatif, sanggup bekerja, bertanggungjawab dan ingin menyelesai kan masalah, dapat meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan.

4. Memenuhi keperluan-keperluan staf ini merupakan secara mudah kenyataan pemikiran Maslow dan McGregor. Tetapi di dalam amalannya, beraneka masalah dihadapi.

5. Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong pekerja yang keperluan mereka tidak dapat dipenuhi melalui kerja mereka? Bagaimanakah dia dapat meyakinkan staf supaya mempersetujui matlamat organisasi? McGregor telah mencadangkan suatu teknik seperti penyertaan staf dan sesi-sesi dialog yang membincangkan perkara-perkara seperti matlamat-matlamat organisasi.

6. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Kajian-kajian Fiedler mencadangkan bahawa bagi tugas-tugas kreatif. dan yang berbentuk keusahawan (seperti mencipta keluaran baru atau membuka syarikat baru) adalah lebih wajar bagi anda untuk menubuhkan matlamat yang menyeluruh untuk dijadikan panduan oleh staf, dan kemudiannya bergantung kepada budi bicara mereka untuk menjalankan kerja. Bagi kerja yang dilakukan secara berulang-ulang pula, pemimpin biasanya menguatkuasakan suatu set peraturan yang terancang dan rapi, untuk melaksanakan kerja.

7. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal, perlu bertindak sebagaimana yang dijangka dan diingini oleh pengikut atau staf, agar mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.

(10)

dengan merujuk kepada ayat Al-Quran yang menekankan tentang sifat amanah dan adil seorang pemimpin seperti yang disebut dalam surah al Nisa ayat 58, sifat amanah dan adil adalah sifat utama yang menjadi kayu ukur menentukan keberkesanan seorang pemimpin.

Kedua-dua sifat tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan ketakwaan pemimpin kepada Allah S.W.T. Manifestasi daripada sifat amanah dan adil sifat seorang pemimpin memberi kesan kepada pengikut-pengikut terutama untuk mencapai matlamat Al-Saadah atau kebahagian sebenar didalam kehidupan. Penentuan sifat amanah dan adil seorang pemimpin tidak diperolehi hanya melalui pendidikan, pembelajaran dan pengalaman yang dilalui dalam tempoh tertentu. Pengukuran keberkesanan seorang pemimpin mengikut pandangan Islam dilihat bermula dari perspektif pemimpin itu sendiri. Kemudian barulah menjalar kepada masyarakat dan negara keseluruhannya.

6.0 Rumusan

Secara umumnya kejayaan sesebuah organisasi amat bergantung kepada kepimpinan seseorang pemimpin. Setiap organisasi yang ditubuhkan mempunyai visi, misi dan matlamat yang perlu dicapai bagi memastikan apa yang diusahakan mendapat hasil dan ganjaran. Philip Selznike (1957) menyatakan bahawa orang yang layak dinamakan pemimpin adalah orang yang membuat keputusan yang kritis dan dapat bertindak dengan jayanya membawa perubahan yang besar dan tertentu dalam sesuatu organisasi.

Seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi perlu mengubal visi dan misi organisasi yang dipimpin serta mencipta strategi bagi mencapai matlamat asal penubuhan. Di samping itu, pemimpin harus menentukan hala tuju supaya orang yang dipimpin dapat membantu organisasi ke arah satu target yang telah ditetapkan. Orang yang dipimpin haruslah diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas yang telah diperjawatkan.

Hubungan dua hala antara pemimpin dengan orang yang dipimpin perlu dipupuk supaya komunikasi kedua pihak dapat membawa satu perubahan yang baik. Pemimpin dan para pekerja haruslah berkerjasama dalam satu barisan supaya dapat memacu satu organisasi yang membawa keuntungan bersama. Pemimpin juga bukan sahaja menjadi pengurus dalam organisasi malahan menganggap pekerja bawahan tetapi sebagai rakan karib yang positif. Sikap pemimpin berpandangan jauh perlu digarap bagi memastikan kemajuan organisasi berada ditahap tinggi.

Malahan pemimpin boleh mewujudkan budaya kerja mengikut acuan sendiri bersesuaian dengan kehendak pekerja yang dipimpin. Dengan adanya budaya kerja yang harmonis mampu memberi impak positif kepada organisasi. Nilai-nilai murni berteraskan Islam iaitu amanah dan adil boleh diterapkan oleh pemimpin. Hal ini kerana tanpa nilai-nilai murni organisasi tidak mungkin kekal lama malahanb kerugian boleh bertambah buruk. Pemimpin berteraskan ketakwaan kepada Allah S.W.T perlu dipilih dan menjadi model kepada pemimpin lain.

BIBLIOGRAFI

(11)

Cek Mat (2003). Kemahiran Memimpin. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur Ismail Noor (2000). Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W Pengurus Altruistik Model Ikutan Sepanjang Masa. Utusan Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Robiah K. Hamzah (2002). Teknik Dan Strategi Membimbing Remaja Kepimpinan. PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Sulaiman Md Yassin, Mohd Salleh Lebar, Azlina Abu Bakar (2007). Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Kepemimpinan Pendidikan. Karisma Publications Sdn. Bhd. Shah Alam

http://shuhmy.multiply.com/

http://www.scribd.com/doc/2158511/KEPIMPINAN

(12)

KEPIMPINAN PENDIDIKAN

PPP 6013

Sejarah dan Perkembangan Teori Kepimpinan Satu

Sorotan Literatur

Disediakan oleh:

Noor Azman B. Arshad Tar

M20092000899

Kumpulan B

Pensyarah:

Referensi

Dokumen terkait

Desa dapat lebih fokus dalam mengintenfisikasi pelayanan publik serta pembangunan dalam skala yang lebih kecil. Kenyataan tersebut setidaknya mendorong otonomi yang

Adapun nilai-nilai leluhur yang membangun untuk bersikap toleransi yaitu dari sisi nilai-nilai seperti keselarasan, sosial budaya, dan juga agama, yang semuanya merupakan

Author Hmmm oke baik bapak, jadi intinya adalah kita harus lebih banyak mempertahankan konsumen yang loyal sembari kita mencari member yang baru ya... baik Pak Fredy,

Menurut Bunafit Nugroho, (2005:1-2) MySQL adalah sebuah program database server yang mampu menerima dan mengirimkan datanya dengan sangat cepat, multi user serta

Media tanam rockwool mengandung unsur hara penting seperti fosfor (P) dan kalium (K), selain itu media tanam rockwool juga memiliki daya simpan air lebih banyak

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengembangkan metode Evaluasi Kesesuaian Lahan kakao estate dengan menggunakan model terintegrasi Artificial Neural Network (ANN) dan

Selain masalah yang telah dijabarkan sebelumnya, alasan menggunakan metode NASA-TLX pada perusahaan manufaktur yang berfokus pada beban kerja fisik adalah karena

Puji syukur penulis panjatkan atas kehadirat Tuhan Yang Maha Esa, Yesus Kristus, yang telah melimpahkan rahmat dan hidyah-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi