• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENERAPAN NILAI AKHLAK DALAM MENJANA PEM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENERAPAN NILAI AKHLAK DALAM MENJANA PEM"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PENERAPAN NILAI AKHLAK DALAM MENJANA PEMBANGUNAN BELIA

Mohammad Muslihuddin Syah Haji Mustafa

ABSTRAK

Akhlak merupakan aset penting dalam Islam. Malah perutusan Rasulullah allallahu cAlaihi Wasallam juga antara lain bertujuan menyempurnakan akhlak mulia manusia. Oleh itu, masyarakat kita terutama sekali golongan belia perlulah dididik, dibimbing dan diasuh dari awal dengan pendidikan akhlak yang tersusun rapi untuk melahirkan generasi rabbani. Belia adalah aset negara yang amat berharga. Masa depan negara terletak kepada keupayaan serta peranan meraka dalam memastikan pembangunan negara sentiasa terjamin. Apatah lagi dalam usaha kita untuk melestarikan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), menanai

konsep ‘Negara Zikir’ di samping mencapai Wawasan Brunei 2035. Sudah setentunya kita memerlukan belia yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang teguh dalam menongkah arus kehidupan pada zaman yang penuh pancaroba ini. Dalam kertas kerja ini, penulis akan membincangkan penerapan nilai akhlak menurut persepktif Islam dan kesannya terhadap pembangunan belia.

PENDAHULUAN

Akhlak merupakan tujuan utama pendidikan Islam. Malah, Rasulullah allallahu cAlaihi Wasallam diutus ke muka bumi dengan misi untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Sebagaimana hadith Baginda Ṣallallahu cAlaihi Wasallam:

ممأل تثعب امإ

حاص

.قاخأا

Maksudnya:

Sesungguhnya aku (Nabi) diutuskan untuk menyempurnakan (mengajar akhlak yang mulia) (Imam A mad, Musnad A mad 18:8595)

Oleh itu, penanaman akhlak kepada anak-anak pada usia masih kecil dan diteruskan sehingga ke usia belia amat penting bagi menyediakan mereka tugas menggalas tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

(2)

itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk.

AKHLAK DALAM ISLAM

Rasulullah allallahu cAlaihi Wasallam membangunkan sahsiah umatnya dengan komponen asas Islam, iaitu akidah, syariah, dan akhlak. Ini menunjukkan kedudukan akhlak amat penting sebagai salah satu daripada tunjang Islam itu sendiri (Akram Dahaman & Amani Dahaman 2009).

Perihal akhlak ini ada disebutkan dalam hadith Rasulullah allallahu cAlaihi Wasallam:

.اقلخ مهنسحأ ننمؤما لضفأ

Maksudnya:

Sebaik-baik orang yang beriman itu ialah mereka yang bagus akhlaknya (Abū Dawud, Sunan

Abū Dawud 12:4062).

Dalam hal ini, Rasulullah allallahu cAlaihi Wasallam merupakan contoh teladan yang baik di mana Baginda diakui mempunyai sifat-sifat yang sempunra serta akhlak yang tinggi. Allah Sub ānahu Watacālā menerangkan kemuliaan akhlak Rasulullah melalui firman-Nya:

Demi sesungguhnya! adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. dan sesiapa Yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji (al-Qur’an, al-Mumta anah 60:6).

Antara lain tujuan pembentukan akhlak itu ialah (Adab, Akhlak & Etika dalam Islam, 6 Januari 2014):

1) Berinteraksi dengan Allah Sub ānahu Watacālā melalui aqidah yang sempurna dan ibadah yang sahih.

(3)

3) Berinteraksi dengan Allah Sub ānahu Watacālā melalui perlaksanaan hak kepada yang berhak berdasarkan kepertanggungjawaban akal dan syara’. Dengan itu, akhlak Islam akan memberi keredhaan kepada jiwa manusia.

Abdullah al-Amin al-Na’miy (1994) turut mengulas tentang peranan agama dan akhlak. Beliau menegaskan bahawa agama bermatlamatkan ke arah pembinaan akhlak yang baik sama ada melalui perintah atau pun tegahannya. Setiap perlakuan yang terpuji merupakan yang disuruh agama dan perlakuan keji pula merupakan yang dilarang oleh agama.

Bersabit akhlak yang baik dan mulia ini, Yūsuf al-Qarḍ wī (1993) ada menyatakan seperti berikut:

Akhlak mulia merupakan satu juzuk utama daripada pembentukan masyarakat Islam. Terserlah daripada amalan mereka sifat adil, suka melakukan kebaikan, dan bersifat kasihan belas kepada orang lain. Dia bercakap benar, amanah, sabar, menepati janji, mulia dan menjaga maruah diri. Terserlah dalam interaksi mereka dengan orang lain sifat rendah hati, pemurah, berani, enggan melakukan kejahatan dan suka berkorban. Dia bersedia menghulurkan bantuan dengan kadar segera. Penampilannya bersih dan bersikap sederhana dalam segala segi. Dia suka memaafkan orang lain, memberi nasihat, boleh bekerjasama, membenci segala yang diharamkan Allah Sub ānahu Watacālā. Dia berupaya menundukkan nafsu syahwat dan sifat marah. Impiannya ialah berusaha melakukan sebanyaknya pelbagai amal kebaikan, mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri, serta melakukan kebaikan kepada seluruh mahluk Allah Sub ānahu Watacālā.

Azhar Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa akhlak merupakan sendi yang mengikat perhubungan dalam sesebuah masyarakat bagi mewujudkan kestabilan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, pendidikan akhlak perlu ditekankan dalam membangunkan insan yang bakal menerajui masyarakat dan negara agar tidak berlaku kepincangan ketika kita mengejar kecemerlangan dalam kehidupan. Seterusnya, apa yang lebih penting ialah berjaya mencapai apa yang dihasratkan dalam Islam iaitu kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

Kepentingan akhlak ini turut disentuh oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di dalam titah Baginda sempena Sambutan Maulud Nabi Mu ammad allallahu cAlaihi Wasallam pada 31 Mac 2007M yang antara lain berbunyi:

(4)

AKHLAK DAN BELIA

Kita sudah pasti sering mendengar berbagai slogan yang berkaitan dengan belia. Antaranya ialah Belia Tonggak Negara, Belia Harapan Bangsa dan Negara, Belia pelapis bangsa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara dan bermacam-macam lagi. Tidak dapat dinafikan lagi, golongan belia adalah aset paling bernilai bagi mewarisi kepimpinan dan pembangunan masa depan negara. Mereka merupakan barisan pelapis yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar. Berpotensi dalam mempengaruhi trend

mahupun sikap masyarakat dalam sesebuah negara. Jika barisan muda lesu dan tidak bermaya, maka mundurlah sebuah bangsa.

Menurut Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar (2011), Keruntuhan akhlak ini boleh mendatangkan kesan negatif kepada negara, masyarakat, keluarga dan individu itu sendiri:

1. Kesan Kepada Negara

Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan. Pembangunan dan ekonomi negara akan terbantut.

Meningkatkan kadar jenayah.

2. Kepada Masyarakat

Masyarakat jadi porak peranda, berpecah belah.

3. Kepada Keluarga

Berlaku keruntuhan institusi keluarga.

Masa depan anak-anak terbiar, tiada tempat bermanja. Terbit isu-isu sosial yang lain seperti dadah dan lain-lain.

4. Kepada Individu.

Dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat. Kesan yang buruk pada diri individu.

Kepentingan para belia kepada pembangunan negara telah lama ditegaskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui titah Baginda sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 1987 yang antara lain berbunyi:

(5)

dan pendukung kepada semua dasar dan matlamat Kerajaan untuk membawa bangsa dan negara ke arah keamanan, perpaduan, kemajuan dan kemakmuran hidup.

Menurut Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud (2007), belia yang memiliki akhlak yang murni akan dapat memikirkan perkara-perkara yang baik dan positif di samping bertindak berlandaskan akal fikiran yang matang. Dengan memiliki nilai-nilai akhlak Islam juga akan menjadikan seorang belia itu lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, jiran tetangga, kerjaya, bangsa, agama dan negara. Belia yang positif ini juga akan dapat menyedari kepentingan peranan mereka selaku aset negara dan bakal menerajui kepimpinan dan pentadbiran negara.

Para belia perlu ‘mesra’ dengan ugama dan budaya sihat sebagaimana titah Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Musabaqah Tilawah al-Qur’an Belia Asia Tenggara 2007:

Beta adalah menginginkan satu masyarakat belia yang konsisten kepada amalan-amalan beragama, kepada budi pekerti yang mulia, serta sentiasa memahami akan harga diri mereka selaku aset negara. Para belia perlu mesra dengan ugama dan kaya dengan unsur-unsur budaya yang sihat.

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI

Pada zaman yang penuh pancaroba, sudah setentunyalah berbagai cabaran dan faktor yang boleh mengakibatkan rosaknya akhlak para belia. Antaranya ialah pengaruh media massa, faktor dalam manusia, pengaruh rakan sebaya mahupun fahaman yang bertentangan.

Pengaruh globlasisasi

Kita sekarang sedang berdepan dengan era globlalisasi yang menimbulkan gaya kehidupan yang semakin mencabar. Arus globalisasi memberi lebih ruang yang lebih terbuka kepada kita untuk mendapat maklumat tanpa perlu disaring atau ditapis. Ia telah banyak mempengaruhi cara hidup golongan belia dalam masyarakat yang berteraskan nilai-nilai akhlak Islam dan adat resam ketimuran. Kesan negatif akibat dari globlalisasi ini menimbulkan ancaman kepada budaya dan nilai sosial.

(6)

Faktor Dalaman Manusia

Faktor dalaman manusia juga boleh membawa kepada kerosakan akhlak. Menurut Abu Urwah (2001) ,sifat-sifat negatif itu ialah:

1. Al-Ajz atau lemah jiwa

Orang yang berjiwa lemah tidak mempunyai cita-cita yang luhur serta tidak mempunyai ketahanan dan semnagat perjuangan yang tinggi. Orang seperti ini mudah mengikut telunjuk orang lain tanpa menilai sesuatu perkara itu. Agama Islam menggesa umat manusia agar menjauhi sifat lemah jiwa ini.

2. Al-Ḥuzn atau dukacita

Al- uzn ialah perasaan dukacita dan keresahan yang berlarutan di dalam jiwa manusia akibat mengenangkan kerugian, penderitaan atau pengalaman-pengalaman pahit yang dialama pada masa yang lampau. Setiap orang akan merasa dukacita terhadap musibah yang menimpanya. Walau bagaimanapun, sikap terlalu terbawa-bawa dengan rasa kesedihan dan dukacita sehingga melemahkan semangat merupakan suatu sifat yang buruk. Sifat ini bertentangan dengan sifat insan yang sejati sebagaimana firman Allah Sub ānahu Watacālā:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman (al-Qur’an,

li cImr n 3:139).

3. Al-Khawf atau takut

Al-Khawf yang dituntut dalam Islam adalah khawf kepada Allah Sub ānahu Watacālā, sebagaimana firman-Nya:

(7)

Namun begitu, perasaan khawf selain kepada Allah Sub ānahu Watacālā adalah salah satu faktor dalaman manusia yang boleh meruntuhkan akhlak manusia. Jika al- uzn adalah perasaan dukacita terhadap perkara-perkara yang telah berlalu, al-Khawf pula ialah perasaan takut terhadap perkara-perkara yang akan datang. Perasaan cemas sebegini nyata sekali bertentang dengan tuntuan tawakal yang diseru oleh Allah

Sub ānahu Watacālā.

Pengaruh rakan sebaya

Rakan dan sahabat mempunyai pengaruh yang kuat terhadap akhlak manusia terutama sekali golongan belia. Pergaulan dengan seseorang yang berakhlak baik dan berbudi pekerti akan menjadikan jiwa seseorang itu cenderung kepada kebaikan. Manakala pergaulan dengan sesorang yang berakhlak keji akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kehidupan manusia. Sesuai dengan firman Allah Sub ānahu Watacālā:



Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat Dengan orang-orang Yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, Yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

Para belia berasa senang berkongsi pendapat dengan rakan sebaya berbanding anggota keluarga. Komunikasi bersama rakan dianggap kurang tergendala kerana ‘ngam’ dan boleh dikongsi bersama. Hubungan akrab ini jika salah hala tujunya sudah pasti membawa mereka kepada budaya ‘baru’ dan ‘barat’ yang terperangkap dengan krisis nilai, sosial dan moral.

Ancaman fahaman yang bertentangan

(8)

Fahaman-fahaman dan aliran-aliran yang tidak selari dengan Ahli Sunnah

Waljama’ah seperti Syiah, Wahabiyyah, Bahaiyyah telah dan sedang berlaku tanpa kita

sedari. Begitu juga dengan fahaman-fahaman seperti Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme.

Kesemua fahaman ini sangat membahayakan aqidah masyarakat kita yang beraliran

Ahli Sunnah Waljama’ah dan boleh mengacau-bilaukan perpaduan umat Islam. Oleh itu,

sebagai langkah awal sebelum fahaman-fahaman seperti ini menular dan merebak, pihak-pihak berkuasa perlu sentiasa peka dan berwaspada akan setiap gerak-geri dan percubaan membawa masuk dan seterusnya mengembangkan fahaman tersebut untuk memesongkan aqidah umat Islam. Langkah dan strategi yang berkesan bagi menghalang fahaman tersebut daripada tersebar perlu diatur dengan teliti dan dilaksanakan kerana penyebaran fahaman ini berlaku dengan halus dan pantas melalui buku-buku, majalah-majalah, internet, dan sebagainya.

Perkara ini telahpun menjadi perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji

Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam. Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434, baginda antara lain bertitah mengenai perkara ini:

Turut membimbangkan kita, medan bagi penyaluran ajaran atau fahaman menyeleweng ini sangatlah luasnya. Ia tidak lagi terbatas setakat dari mulut ke mulut atau dari satu individu kepada individu lain, tetapi sudah sangat canggih dan lengkap melalui buku-buku, majalah-majalah, surat-surat khabar dan internet, seperti sahaja, keadaan itu sudah tidak dapat dibendung lagi. Oleh itu, Beta mengingatkan, supaya kita di Brunei tidak akan terbawa-bawa untuk mencedok sebarang pemikiran atau fahaman yang menyalahi itu. Luruskanlah pendirian dan tetapkan iman kita, kepada hanya, ugama yang dibawa oleh Nabi Mu ammad allallahu cAlaihi Wasallam

semata-mata, yang namanya “Islam”.

Kita orang Islam mestilah sebulat-bulatnya kepada Islam itu, kerana inilah yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya, Sayyidina Mu ammad allallahu cAlaihi Wasallam. Kita tidak boleh menambah-nambah atapun mengurangi apa-apa yang telah diperintahkan itu. Kerana itu adalah sangat aneh, dan malah tidak dapat diterima

sama sekali, sebarang istilah, seperti “Islam Liberal”, “Pluralisme Ugama” dan lain

(9)

PENERAPAN AKHLAK ISLAM KEPADA BELIA

Akhlak pada umumnya dapat diterap, dibentuk dan diperbaiki, sesuai dengan firman Allah

Sub ānahu Watacālā:

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (al-Qur’an, al-Shams 91:7-10).

Menurut Imam al-Ghaz lī, akhlak yang paling utama dibahagikan kepada empat, iaitu:

1. Al- ikmah atau kebijaksanaan dalam mengendalikan diri seseorang daripada hawa nafsu. Hidupnya akan sentiasa terkawal dan memiliki motivasi yang kuat untuk memperolehi kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.

2. Al-cAdl atau jiwa yang dapat mencegah kemarahan dan hawa nafsu untuk mencapai hikmah. Sifat ini dapat membimbing ke arah keselamatan, ketenteraman dan kebahagiaan.

3. Al-Shaj cah atau keberanian, iaitu teguh hati dalam membela dan mempertahankan kebenaran, tidak berundur apabila dicela, dan tidak meninggi diri apabila dipuji. Sifat ini mampu membuatkan manusia tekun bekerja dengan penuh keikhlasan tanpa rasa bosan atau malas.

4. Al-cIffah atau menjaga diri daripada perbuatan maksiat dan menjauhi diri dari perbuatan tidak baik.

Ini bermaksud bahawa keluhuran budi pekerti berpunca dari kesederhanaan dalam kekuatan akal fikiran, kesempurnaan kebijaksanaan, pertengahan dalam kekuatan marah, dan keinginan syahwat dalam keadaan kedua-duanya patuh dan tunduk kepada pertimbangan akal

fikiran dan batasan syara’ (Sacī

(10)

Menurut cAbd Allah A mad Q dirī (1988), penerapan dan pembentukan akhlak Islam itu bermula dengan tarbiah individu itu sendiri. Malah Kassim Ismail (1428H/2007) menegaskan, akhlak itu hendaklah dihayati secara praktikal dalam kehidupan sehari-hari. Dalam hal ini, penerapan akhlak itu perlu meliputi perkara-perkara berikut:

1. Meningkatkan ilmu pengetahuan

Seorang belia wajib menuntut dan terus menuntut ilmu pengetahuan. Ilmulah yang membantu kita mengenali yang manakah akhlak mahmudah dan yang manakah akhlak mazmumah. Tanpa ilmu tidak mungkin seseorang itu mengetahui akhlak bagaimanakah yang dipuji dan akhlak bagaimanakah pula yang dikeji. Sebagaimana firman Allah.

Dalam konteks ini, nilai akhlak dan ilmu pengetahuan itu memang tidak dapat dipisahkan. Dengan ilmu pengetahuan, mereka beruapaya untuk membezakan antara akhlak baik dan buruk, antara kaca dan permata, antara timur dan barat dan tidak keterlaluan untuk dikatakan antara syurga dan neraka. Dalam usaha kita untuk mendewasakan belia supaya lebih tabah dan cekal, lebih yakin menempuh masalah-masalah kehidupan dan lebih bijaksana dalam menentukan hala tujunya, penerapan akhlak dan ilmu kepada harus mendapat kedudukan utama dalam maslahat pembangunan belia. Bangsa yang menitikberatkan pendidikan dan akhlak adalah bangsa yang mempunyai masa depan kerana ummah yang berilmu dan berakhlak tidak sama dengan ummah yang tidak memiliknya. Ini adalah iktibar para belia yang kurang bijaksana dan mudah terkeliru pilihan apabila berhadapan dengan nilai-nilai budaya luaran iaitu mereka jahil dan kaku untuk memilih antara yang baik dan buruk.

2. Keazaman yang tinggi dan berlapang dada

Menanamkan nilai-nilai aklak berlandaskan keIslaman ke dalam diri memerlukan keazaman yang tinggi. Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat-sifat yang mulia. Perkara ini berdasarkan kepada hakikat bahawa akhlak mahmudah dan iman yang teguh merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, tugas pembinaan iman dan tugas pembentukan akhlak yang mulia adalah dua tugas yang sentiasa bergerak seiring.

Seorang belia itu juga hendaklah sentiasa berlapang dada untuk mendengar nasihat orang lain. Ada masanya seseorang itu tidak menyedari kekurangan di dalam dirinya. Malah ada yang membalas balik dengan tengkingan. Kita sepatutnya merasa syukur terhadap nasihat-nasihat yang bertujuan untuk memperbaiki diri kita dan memperelokkan akhlak kita (Abd. Karim Zaidan 1993).

3. Bijal dalam pergaulan

(11)

belia akan terhindar dari gejala maksiat, negatif dan unsur-unsur yang menghuru-harakan masyarakat keseluruhannya.

Secara ringkasnya, penerapan nilai-nilai akhlak sedikit sebanyak dapat memberi implikasi yang besar kepada seorang belia, antaranya ialah:

1. Seorang belia itu akan bersikap terbuka, tidak jumud dan sempit fikirannya. Ia akan menjadi seorang belia yang amanah, cekap dan berdisiplin. Ini adalah kerana apabila nilai keIslaman telah sebati dengan jiwa seseorang hamba, maka sebarang tindakannya akan berlandaskan kepada ketwaqwaan kepada Allah.

2. Nilai-nilai akhlak akan melahirkan belia yang mempunyai harga diri dan keyakinan diri yang paling tinggi.

3. Melahirkan belia yang mempunyai rasa rendah diri dan tawadu’. Oleh itu, ia boleh

membentuk budaya kerja yang bercirikan semangat hormat menghormati, prihatin dan bantu membantu antara satu sama lain.

4. Membina belia yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman dan kesungguhan yang tinggi. Apabila ia melakukan sesuatu yang berdasarkan lunas-lunas Islam, maka ia pastu mendapat petunjuk daripada Allah Sub ānahu Watacālā.

5. Pegangan konsep akhlak dalam Islam akan menjadikan manusia itu orang yang beriman, berani dan berdiri tegak dalam kebenaran. Ini akan menjadikan seorang belia itu mengamalkan nilai-nilai yang murni, amanah dalam tanggungjawab dan rajin serta cekap dalam menjalankan tugas.

6. Dengan nilai akhlak tersebut, sudah setentunya para belia akan memiliki keimanan yang teguh, kedewasaan minda dan semangat patriotik yang tinggi. Secara tidak langsung, mereka akan dapat berfikir, proaktif dan bukannya seorang belia yang pasif terhadap mana-mana perlaksaan tugas dan tanggungjawab dalam pembangunan negara.

PERANAN AGEN PENERAPAN AKLAK

Penerapan nilai akhlak kepada para belia dan seterusnya melahirkan generai pelapis negara bukanlah tanggungjawab yang mudah. Malah ia memerlukan usaha yang berterusan dari agen-agen yang berkaitan. Pihak-pihak atau agen-agen ini mempunyai peranan yang besar dalam menjana pembangunan belia sekaligus membentuk modal insan.

Ibu Bapa

(12)

memberi fokus kepada pembangunan belia yang produktif dan berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Sehubungan dengan itu, ibubapa tidak boleh mengambil sikap lepas tangan mengenai pendidikan anak-anak serta menyerahkan seratus peratus tugas mendidik anak mereka kepada pihak institusi pendidikan semata-mata. Sebaliknya ibu bapa perlu sentiasa peka dan bertindak bijak dalam mendidik belia dengan akhlak yang sempurna dan memperlihatkan teladan yang baik sebagai bakal pemimpin yang bertanggungjawab.

Perlu juga diingat, belia remaja dalam proses pertumbuhannya akan melalui ‘masa terumbang-ambing (period of uncertainty). Pada saat inilah, belia yang memiliki asas yang kukuh dan mantap akan mempunyai hala tuju yang cerah. Malah seandainya mereka tersilap langkah atau tersesat jalan sekalipun, mereka pasti akan mudah kembali ke pangkal jalan.

Institusi Pendidikan

Institusi pendidikan merupakan tulang belakang negara dalam memastikan generasi akan datang menjadi generasi yang akan berupaya mendokong aspirasi dan kesinambungan keharmonian negara. Tidak syak lagi, institusi pendidikan hendaklah diurus dan ditadbir dengan baik, efektif dan sistematik serta bertunjangkan dasar pendidikan negara yang telah ditanai dan diolah selari dengan wawasan negara.

Institusi pendidikan mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi belia dengan akhlak Islam.Antaranya ialah:

1. Menggandakan keberkesanan pentadbiran, pengajaran serta pembelajaran, menambahkan produktivitinya dan meningkatkan kewibawaannya dalam kalangan setiap warganya sama ada mereka itu tenaga akademik, tenaga sokongan mahupun penuntut.

2. Memperbaiki suasana institusi pendidikan dan mendaulatkan elemen keIslaman di dalam kampus pendidikan.

3. Mendidik para penuntut dengan nilai serta akhlak yang mulia seperti menghormati peraturan, menjaga perasaan sesama insan, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban, “self criticism”, mengawal diri, menghargai ilmu,

menghormati pendidik dan sebagainya.

Pihak-pihak yang berkuasa

(13)

beoperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat.

Alhamdulillah, di negara ini, elemen akhlak Islam dapat diterapkan oleh pihak berkuasa melalui penguatkuasaan yang ketat dan bijaksana. Tiada lesen-lesen dan operasi-operasi pusat maksiat seperti pusat perjudian, pusat karouke, kasino, disco dan sebagainya. Malah baru-baru ini dikhabarkan, K-Box di premis perniagaan juga tidak lagi dibenarkan beoperasi. Ia merupakan tindakan yang baik dan mengkagumkan, namun ia bukanlah tiket untuk kita bermegah-megah, malah kita mesti terus mengekalkan tatasusila akhlak keISlama dan keBruneian

Dalam konteks ini, kita masih dapat melihat secara realiti, sebahagian daripada kita masih berjoging di waktu Maghrib, di padang pun masih nampak orang sedang bermain atau baru berhenti bermain dan di Mall pun demikian juga, orang-orang masih berkeliaran. Boleh sahaja mereka akan tertinggal bersembahyang maghrib.

Persoalan utama di sini ialah: Mengapa hal ini boleh terjadi? Kita ambil contoh, permainan bolasepak di padang dan kompleks sukan. Seharusnya bahkan sewajibnya permainan bolasepak berhenti sebelum waktu maghrib. Lebih molek lagi, kira-kira 10-15 minit sebelum maghrib bagi memberi jaminan mereka tidak ketinggalan bersembahyang maghrib. Dalam hal ini, pihak-pihak yang berkepentingan boleh mengambil inisiatif untuk menegur agar berhenti lebih awal atau pun menutup sementara padang dan kompleks sukan sebelum maghrib

Menurut Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin (2013), di sinilah pula, kepentingan Amar Macrūf Nahī Munkar. Ini juga berkaitan dengan aqidah, iaitu memantapkan aqidah bahawa di akhirat ada balasan baik dan ada balasan buruk. Jika disedari dan dihayati, tentu sembahyang Maghribnya tidak tertinggal atau sanggup ditinggalkan. Apa maknanya kalau sembahyang tidak ditunaikan, ertinya syariatnya juga perlu dibetulkan.

Jika hal ini tidak dibiarkan dan tidak dibendung, sudah pasti ia akan memberi imej yang buruk kepada kita. Nilai akhlak akan tergugat dan terhakis. Lebih teruk, belia yang diharapkan akan hanyut dibawa arus kemodenan yang mengasyikkan.

(14)

KESIMPULAN

Penglibatan semua pihak adalah perlu bagi menerapkan nilai akhlak dalam menjana pembangunan. Kita perlu sentiasa berganding bahu memikul tanggungjawab tersebut bukan hanya menuding jari dan menyerahkannya kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Setiap individu mempunyai peranan masing-masing dengan terlebih dahulu menyemai nilai-nilai aqidah dan iman di dalam jiwa sebagai perisai dan benteng daripada panahan anasir-anasir yang sentiasa ingin menjatuhkan kesucian agama Islam.

(15)

RUJUKAN

al-Qur’an.

al- adīth al-Sharīf.

c

Abd Allah A mad Q dirī. 1988. Athar Tarbiyah Isl miyah fī Amn al-Mujtamac al-Isl mī. Jeddah: D r al-Mujtamac.

Abd. Karim Zaidan. 1993. Dasar-Dasar Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

Abdullah al-Amin al-Na’miy. 1994. Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abu ‘Urwah. 2001. Sistem-Sistem Islam: Satu Analisis Perbandingan. t.tp.: Pustaka

Darussalam Sdn. Bhd.

Adab, Akhlak danEtika dalam Islam. 2014. http://www.freewebs.com/badli/Uniten/Bahan%2 0Ngajar/ISLB%20212/2%20ADAB,%20AKHLAK%20DAN%20ETIKA%20DALA M%20ISLAM.pdf [7 Januari 2014].

Akram Dahaman @ Dahlan & Amani Dahaman @ Dahlan. 2009. Pembangunan Modal Insan dalam Perspektif Islam: Keseimbangan Antara Originality dan Kontinuiti. Seminar Pembangunan Modal Insan. Anjuran Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) Kelantan, 23-24 Mac.

Azhar Ahmad. 2006. Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Murid Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis Phd. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Denis McQuail. 2000. McQuail's Mass Communication Theory.Sage Publications Ltd.

al-Ghaz lī, Abū mid Mu ammed bin Mu ammad. 2003. I yā’ cUlūm al-Dīn. Q hirah: Maktabah al-Ṣaf

Kassim Ismail. 1428H/2007. Penyerapan Nilai-Nilai Akhlak Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Melalui Pendidikan. Seminar Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Anjuran Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, 18-19 April.

Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji

Mohiddin. 2013. Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah Di Negara Brunei Darussalam:

Strategi Pengukuhan. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Kefahaman Ahli Sunnah

Waljama’ah.Anjuran Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah, KUPU

SB dengan kerjasama Pusat Da’wah Islamiah & Jabatan Hal Ehwal Syariah, 8-9

(16)

Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud. 2007. Membentuk Belia yang Beriman untuk Menjadi Generasi yang Cemerlang. Kertas kerja Seminar Motivasi Masyarakat Beraqidah. Anjuran Jabatan Perdana Menteri, 25-26 Julai.

Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. 2011. Ucapan di Majlis Penutup Bengkel Menjana Belia Cemerlang, 27 Januari.

Sacīd bin Q sim, Mu ammad Jam l al-Dīn bin Mu ammad. 1995. Mawciat al-Mu’minīn min

I yā’ cUlūm al-Dīn. Bayrūt: D r al-Kutub al-cIlmiyah

Titah sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 1987.

Titah sempena Sambutan Maulud Nabi Mu ammad allallahu cAlaihi Wasallam, 31 Mac 2007.

Titah semasa Musabaqah Tilawah al-Qur’an Belia Asia Tenggara 2007.

Referensi

Dokumen terkait

Pembuatan model dan animasi 3 dimensi dalam pembangunan aplikasi Augmented Book ini dapat terlihat bahwa modeling yang ditampilkan pada aplikasi merupakan model

Setelah menjelaskan nama-nama tulang penyusun sistem rangka, bagilah siswa menjadi beberapa kelompok (jumlah kelompok menyesuaikan dengan jumlah siswa). Kemudian

Perencanaan perbaikan untuk perkuliahan Fistum pada masa yang akan datang adalah undian disiapkan oleh asisten, setiap kelompok harus siap maju untuk

Temuan dalam penelitian ini juga sejalan dengan beberapa penelitian lainnya dari Tan (2011) yang menyimpulkan adanya pengaruh utama yang kuat dari variabel bebas dan

Alasan yang mendasar bahwa tidak adanya pengaruh dari transaksi pembelian pihak istimewa terhadap manajemen laba adalah dikarenakan perusahaan lebih meningkatkan transaksi

Dari penjelasan mengenai larangan pernikahan menurut Syara', baik yang terdapat di dalam al-Qur'an, al-Hadist maupun yurisprudensi hukum Islam lainnya dapat diketahui

Pembuatan Seri Konsentrasi Larutan Uji Larutan uji yang terdiri dari ekstrak etanol, fraksi n-heksan, fraksi kloroform, dan fraksi air dari biji pala (Myristica fragrans

Berdasarkan data realisasi Fisik Bidang Tanah PRONA di Kabupaten Gianyar Tahun Anggaran 2011, dimana seluruh target bidang tanah telah terselesaikan, namun