• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepimpinan sistem adalah model kepimpina

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kepimpinan sistem adalah model kepimpina"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

IMPLIKASI

Amalan kepimpinan sistem adalah amalan kepimpinan yang baru untuk diaplikasikan dikalangan pemimpin pendidikan di sekolah-sekolah di Malaysia. Kepemimpinan pengetua dan guru besar di kebanyakan sekolah adalah berfokus kepada kepimpinan di sekolah yang ditadbir untuk pembangunan profesionalisma guru-guru disekolah bagi meningkatkan prestasi pelajar di sekolah. Pendapat ini selari dengan dapatan kajian Lokman dan rakan-rakan (2008) yang menyatakan pengetua di Johor kerap memfokuskan tindakan kepemimpinan mereka untuk memenuhi keperluan guru supaya mereka mempunyai komitmen atau iltizam untuk memajukan sekolah. Hasil kajian ini menimbulkan beberapa implikasi dalam pengaplikasian Model Kepimpinan Sistem kepada pengetua dalam usaha mempelbagaikan gaya kepimpinan merentasi sekolah demi menjana modal insan berteraskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Oleh itu, amalan kepimpinan dalam pendidikan hendak mempunyai sistem yang bergerak kehadapan dengan pendekatan yang berubah-ubah demi mencapai maksud modal insan.

Implikasi Kepada Amalan Kepimpinan Pengetua

▸ Baca selengkapnya: model c adalah

(2)

sekolah sendiri. Amalan kepimpinan pengetua dan guru besar cemerlang bermula dari sekolah dibawah pentadbirannya.

Sekolah-sekolah yang berjaya sebagai sekolah efektif ialah sekolah yang berkepimpinan pengetuanya berkecenderungan kearah usaha membentuk persekitaran yang sejahtera yang menekankan kepentingan memantapkan organisasi sekolah dengan baik (Lightfoot, 1983 dalam Najib dan Tamyis, 2008). Amalan kepimpinan pengetua dapat diukur melalui peningkatan pencapaian prestasi pelajar-pelajarnya. Hal ini kerana menurut Hopkins (2007) setiap sekolah adalah sekolah terbaik mengikut konteks pencapaian pelajar, sentiasa percaya akan potensi pembelajaran semua pelajarnya, dan sentiasa memahami punca dan kesan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-gurunya. Menurut Ab. Rahim (1989) dan Hussein (1993) dalam Najib dan Tamyis (2008) yang menyatakan peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran perlu untuk kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran oleh itu gaya kepimpinan pengetua memainkan peranan penting bagi melahirkan sekolah yang efektif. Pengetua juga perlu bertangungjawab terhadap pengurusan pengajaran, pembangunan staf, sokongan pengajaran-pembelajaran, kawalan mutu, dan hubungan dan kerjasama (Najib dan Tamyis, 2008). Oleh itu terdapat beberapa peranan kepimpinan pengetua mengikut model kepimpinan sistem seperti yang diamalkan oleh Negara Finland dalam kajian kes Hargreaves dan rakan-rakan (2007) iaitu:

i. Mengetuai pembelajaran oganisasi

Organisasi yang berkesan mewujudkan pembelajaran yang berkesan pada individu dan kumpulan.

ii. Menjadikan komuniti berpelajaran

Komuniti yang berjaya kerana sikap saling mengambil berat antara satu sama lain secara komited dengan tujuan murni untuk membawa kebaikan bersama.

iii. Mengagihkan kepimpinan

Pemimpin yang memainkan peranan kepimpinan teragih kepada guru-gurunya memberi kesan besar kepada pencapaian pelajar

iv. Penggantian kepimpinan

(3)

Pemimpn juga sebagai pengurus harus bijak menggunakan strategi dasar Top-Down antara rangkaian guru-guru di dalam dan rangkaian sekolah-sekolah bagi memastkan pencapaian pembelajaran lebih baik

vi. Kepimpinan lestari

Mendalami tujuan moral pendidikan, meluaskan amalan kepimpinan tersohor, bertindak dengan bijak, mempelbagaikan usaha, mewujudkan kepintaran, dan memulihara pelajar agar mempunyai masa depan yang lebih baik.

Amalan kepimpinan sistem oleh pengetua perlu disebar luas melalui sokongan pelbagai pihak, meningkatkan kapasiti keperluan sekolah, membina komuniti yang berpelajaran dan sentiasa memastikan rangkaian pembelajaran komuniti dihadapan, dan berkongsi kepimpinan melalui perkhidmatannya. Menurut Mintzberg (1995) dalam Caldwell (2006) pemimpin dengan amalan kepimpinan sistem sentiasa melihat kehadapan, melihat di belakang, melihat diatas, melihat di bawah, melihat disebelah, dan melihat di luar. Mereka sentiasa berperanan membawa perubahan kepada masyarakat disekelingnya.

Berikut adalah implikasi kepada pemimpin yang mengamalkan kepimpinan sistem di dalam organisasi (Caldwell, 2011) ;

i. Pemimpin tersebut hendaklah mempunyai kedudukan dan kriteria pemilihan yang sewajarnya.

ii. Perlantikan khusus diberi penekanan.

iii. Mentor dan jurulatih mempunyai tahap inovasi untuk membantu orang lain. iv. Penukaran budaya dan sistem sekolah akan mengambil masa yang lama, namun

strategi yang jelas akan menetapkan matlamat perubahan.

v. Sistem sekolah yang stabil dan seimbang perlu tidak akan mengalami perubahan. Inovasi hanya berlaku tidak melibatkan perubahan sistem sekolah secara keseluruhan.

(4)

CADANGAN

Cadangan dalam kajian ini mempunyai dua aspek iaitu kajian lanjutan tentang kepimpinan sistem pada masa hadapan dan penambahbaikan amalan kepimpinan sistem dalam kalangan pengetua dan guru besar. Hasil kajian menunjukkan persepsi kepimpinan sistem yang diamalkan oleh pengetua berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian mengesahakan andaian-andaian awal terhadap amalan kepimpinan sistem. Namun begitu masih terdapt banyak aspek yang perlu ditingkatkan dalam kajian kepimpinan sistem ini. Antaranya ialah :

i. Kajian ini hanya terbatas kepada sebuah sekolah menengah sebuah sekolah rendah di dalam satu daerah. Kajian ini boleh diperluaskan lagi ke kebanyakan sekolah-sekolah didalam daerah agar dapat pengecaman pola-pola tentang persepsi guru-guru terhadap amalan kepimpinan sistem oleh pengetua secara menyeluruh. Dengan cara ini kita dapat pasti pola yang tekal dalam amalan kepimpinan sistem dan merangka program penambaikan latihan kepimpinan dari semasa ke semasa.

ii. Kajian ini hanya melibatkan SMK dan SK tanpa melibatka SJK dan SMKA. Justeru, kajian selanjutnya perlu memperluaskan sampel kajian dimana-mana daerah dalam negeri Johor atau negeri-negeri lain agar dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang amalan kepimpinan sistem dalam kalangan pengetua dan guru besar.

iii. Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sahaja. Oleh itu, dicadangkan kajian akan datang agar melaksanakan kaedah-kaedah penyelidikan lain yang bersifat kualitatif atau gabungan kedua-duanya sekali.

(5)

menaikkan taraf pendidikan pelajar sejajar dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Walaupun amalan kepimpinan sistem ini masih muda untuk diperkatakan di Malaysia, ia tidak menghalang pengetua dan guru besar yang mempunyai amalan tersohor dan pengalaman serta pengetahuan yang tinggi untuk berkongsi amalan kepimpinannya dengan pengetua dan guru besar sekolah lain terutamanya yang mempunyai tahap pencapaian pelajar-pelajarnya yang tidak mencapai prestasi baik. Konsep sekolah kluster dan pemimpin prestasi tinggi hanya untuk sekolah berprestasi tinggi hendak lah padamkan. Hal ini kerana pembangunan pendidikan menyeluruh memerlukan pengagihan kepimpinan, kerjasama perkongsian idea, dan amalan kepimpinan yang tersohor melalui niat dan tujuan murni meningkatkan profesion perguruan sekaligus meningkatkan prestasi pelajar walaupun dari pelbagai tahap pencapaian.

Berikut adalah kriteria-kriteria yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan keberkesanan kepimpinan sistem menurut Hopkins (2007) dan Higham dan rakan-rakan (2009) dalam konteks pendidikan Malaysia iaitu

i. Menyediakan insentif melebihi peraturan dan undang-undang.

ii. Merapatkan lagi hubungan antara badan-badan swasta dan pihak-pihak yang dilantik sebagai pemimpin sistem seperti pihak School Improvement Partner SIP dengan pihak pemimpin sekolah.

iii. Menggunakan sekolah yang mempunyai pemimpin berprestasi tinggi untuk membantu memimpin sekolah yang berprestasi rendah.

iv. Mendengar dengan teliti segala pandangan profesionalisma kepimpinan.

KESIMPULAN

(6)
(7)

Rujukan

Lokman Mohd Tahir, Hamdan Said, Rosni Zamuddin Shah Sidek, M Al-Muzammil Yasin, dan Sanitah Mohd Yusof (2008). Analisa Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah Di Johor, Universiti Teknologi Malaysia.

Brian J. Caldwell (2006). It’s Time For System Leadership, http://sydney.edu.au/education_social_work/professional_learning/resources/papers/

CaldwellB_06_paper_SustainableLeadership.pdf

Andrew Hargreaves, Gabor Halasz dan Beatriz Pont (2007). School Leadership For Systemic Improvement In Finland : Case Study Report For The OECD Activity Improving School Leadership, OECD Publishing

Brian J. Caldwell (2011). System Leadership For Innovation In Education, http://gelponline.org/ sites/default/files/resource-files/system_leadership_for_innovation_in_education.pdf

Mohd Najib A Ghafar,Tamyis Arbak (2008). Gaya Kepimpinan Pengetua dan Ciri-Ciri Yang Efektif, di dalam Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, hal. 73-84

Rob Higham, David Hopkins, Peter Mattews (2009). System Leadership in Practice, England, Open University Press, Mc Graw Hill Education

David Hopkins (2007). Every School A Great School : Realizing The Potential System Leadership, England , Open University Press, Mc Graw Hill Education

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dilakukannya penelitian ini adalah untuk mengetahui dan menganalisis bagaimana instagram diterapkan perusahaan tersebut dan besarnya pengaruh digital marketing

Tanaman jagung di Indonesia banyak menggunakan lahan yang tidak subur.Penelitian ini bertujuan untuk menduga karakter seleksi morfologi akar tanaman jagung dari

1) Dengan adanya web ini, SMP Muhammadiyah 1 Pundong tidak perlu mengeluarkan dana yang cukup besar untuk mencetak brosur-brosur atau membuat pamflet yang

Kesimpulan yang dapat ditarik dari hasil penelitian ini adalah pemberian ekstrak daun teh hijau ( Camellia Sinensis L ) mampu mempengaruhi morfologi spermatozoa

Concept-based Mining Model Pada gambar di atas, dapat dilihat bahwa sebelum memasuki sistem concept-based model, teks akan dilakukan preprocessing dengan

pemecahan masalah siswa yang telah diuji pada saat pretes dan postes dikelas eksperimen dan kontrol dapat dilihat kemampuan pemecahan masalah siswa kelas eksperimen

Dari hasil analisis mengenai pemberdayaan masyarakat melalui kegiatan pengelolaan sampah dalam Program Kampung Iklim di Desa Mojodeso dari penjelesan sebelumnya