• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ) Negeri Sembilan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ) Negeri Sembilan"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ) Negeri Sembilan

Nor Fadhilah Binti Abdullah & Azlin Norhaini Mansor Fakulti Pendidikan, UKM

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Sembilan ( SABK ) di daerah terpilih berdasarkan dimensi karisma, pertimbangan individu, stimulasi intelek serta motivasi berinspirasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Persampelan kajian terdiri daripada 82 orang guru daripada empat buah sekolah. Kajian menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada soal selidik. Instrumen yang digunakan dalam soal selidik kajian ini ialah Multi Factor Leadership Questionnaire (MLQ) Form 5X-Rater (1992). Nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach 0.649 hingga 0.868 diperolehi daripada kajian rintis yang telah dijalankan terhadap 20 orang guru. Soal selidik dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) 19 dalam bentuk kekerapan, min, peratusan, sisihan piawai, korelasi pearson dan regresi stepwise berganda. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan transformasional pengetua-pengetua Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) secara keseluruhannya adalah tinggi dan semua dimensi kepimpinan transformasi yang dikaji menunjukkan nilai min yang tinggi dan sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan dalam semua dimensi kepimpinan transformasional dengan kepuasan kerja guru dan dapatan kajian juga secara keseluruhannya menunjukkan kepuasan kerja guru adalah pada tahap sederhana.

Kata kunci: amalan kepimpinan transformasional, kepuasan kerja guru, pengetua sekolah menengah agama bantuan kerajaan ( SABK )

Pengenalan

Setiap organisasi tidak akan wujud tanpa seorang ketua. Ketua atau pemimpin merupakan tunggak penting bagi menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi tidak akan berjaya mencapai objektif dan matlamatnya tanpa kepimpinan yang baik dan berkesan. Tanggungjawab seorang ketua atau pemimpin itu adalah sangat berat dan tidak semudah yang disangkakan. Justeru, seorang ketua yang baik dan berkesan bukan sahaja mempunyai daya kepimpinan tetapi juga pengurus yang berkaliber. Oleh yang demikian, menurut Manning dan Curtis (2003), untuk mencapai kejayaan dalam kepimpinan atau untuk menjadi seorang ketua yang cemerlang, seseorang ketua perlu mempunyai kebolehan bagaimana untuk memikat hati semua orang, memotivasi dan menggalakkan mereka mencurahkan segala keupayaan dan komitmen mereka dengan cara yang terbaik serta menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.

(2)

kerjasama di antara kedua pihak ini organisasi sudah tentu tidak akan berjaya mencapai matlamat. Oleh yang demikian pengaruh pemimpin dan kepimpinannya menjadi tunggak untuk menentukan sama ada pengikut atau orang bawahan akan menjalankan tugas dengan baik selaras dengan kehendak organisasi. Dalam konteks pengurusan sekolah atau pendidikan amnya, kepimpinan adalah berhubung rapat dengan keberkesanan sekolah. Sekolah yang berkesan adalah dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti (Alimuddin, 2006). Manakala Lokman Mohd Tahir & Robiah Sidin (2008) menyatakan kepimpinan yang berkualiti perlu diamal oleh pengetua kerana proses kepimpinan adalah penentu kepada kecemerlangan sekolah.

Latar Belakang

Organisasi sekolah ialah satu bentuk organisasi yang pada dasarnya beroperasi secara birokrasi dan menjadi kelaziman dalam kalangan pengetua mengamalkan kepimpinan tradisional yang bersifat ’top down’ secara sedar atau sebaliknya. Gaya kepimpinan tradisional atau gaya kepimpinan yang bersifat mengarah adalah gaya kepimpinan yang dominan diamalkan (Norsuhaila, 2007). Beberapa kajian berkaitan dengan kepemimpinan pengetua mendapati pengetua dapat melahirkan pelajar yang mencapai prestasi akademik yang tinggi dan juga kesedaran sosial yang baik dengan mengamalkan gaya kepemimpinan struktur dan juga budaya (Hoog,Olof & Olofsson, 2005). Di samping itu, (Jazmi Md Isa, 2009) dalam kajiannya mendapati secara keseluruhan menunjukkan tingkah laku kepemimpinan transformasional pengetua SMKA dan SMK di Daerah Sungai Petani Kedah mempengaruhi kejayaan sekolah dan terdapat hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru.

Berdasarkan kepada dapatan-dapatan tersebut, kajian ini terdorong untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Dapatan hasil kajian nanti diharap dapat menunjukkan indikator amalan dan penerimaan subordinat terhadap kepimpinan pengetua. Ini kerana era globalisasi ini menuntut komuniti pendidik menjadi lebih proaktif terhadap keperluan perubahan pendidikan. Fenomena ini secara tidak langsung membentuk kalangan pendidik yang sentiasa belajar serta mengamalkan konsep kerja sepasukan. Ini menjadikan para guru di sekolah bukan

(3)

Justeru, transformasional dari segi kepimpinan merupakan satu alternatif penting dalam membangunkan organisasi sekolah ke arah kecemerlangan.

Tujuan Kajian

Di sekolah menengah, kepimpinan diketuai oleh pengetua. Pengetua yang berjaya atau tidak berjaya boleh dibezakan dalam teori iaitu mengikut gaya atau orientasi kepimpinan mereka. Pendekatan ini cuba mengenal pasti apa yang dilakukan oleh pengetua sewaktu memimpin organisasinya. Maka kajian ini ingin melihat sejauh manakah gaya kepimpinan dan kepuasan kerja guru berdasarkan gaya kepimpinan transformasional mengikut empat dimensi iaitu, karismatik / memupuk pengaruh yang ideal, membina rangsangan intelektual, motivasi berinspirasi dan pertimbangan berasaskan individu yang diamalkan oleh pengetua. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan atau korelasi antara gaya kepimpinan transformasional dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan, Negeri Sembilan berdasarkan persepsi guru-gurunya.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk:

I. Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Sembilan (SABK)

II. Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Sembilan (SABK) mengikut dimensi karismatik / memupuk pengaruh yang ideal, pertimbangan individu, rangsangan intelek serta motivasi berinspirasi berdasarkan persepsi guru-guru.

III. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di sekolah agama bantuan kerajaan Negeri Sembilan (SABK).

(4)

IV. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan transformasional pengetua mengikut dimensi karismatik / memupuk pengaruh yang ideal, pertimbangan individu, rangsangan intelek serta motivasi berinspirasi dengan kepuasan kerja guru di sekolah agama bantuan kerajaan Negeri Sembilan (SABK).

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, persoalan-persoalan kajian adalah seperti berikut:

1. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional di dalam diri pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Sembilan berdasarkan persepsi guru-gurunya?

2. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional dari aspek karismatik, pertimbangan individu, rangsangan intelek serta motivasi berinspirasi di dalam diri pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Sembilan berdasarkan persepsi guru-gurunya?

3. Apakah tahap kepuasan kerja guru-guru di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Sembilan?

4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan transformasional dari aspek karismatik, pertimbangan individu, rangsangan intelek serta motivasi berinspirasi dengan kepuasan kerja guru di di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Sembilan?

(5)

Dalam kajian ini, pengumpulan data dan maklumat dibuat secara kuantitatif. Instrumen soal selidik mempunyai item-item yang terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagia A merupakan demografi responden, bahagian B merupakan gaya kepimpinan pengetua iaitu gaya kepimpinan transformasional dan tahap kepuasan guru. Soal selidik kepimpinan transformasioal diubahsuai daripada skala Multi Factor Leadership Questionnaire (MLQ) Form 5X-Rater (1992) yang telah diperolehi daripada Bass (1985). Soal selidik ini mengandungi 29 item yang dibahagikan kepada 20 item berdasarkan empat sub skala kepimpinan tranformasional iaitu karisma, stimulasi intelek, bertimbang rasa secara individu dan motivasi berinspirasi dan 9 item untuk mengukur tahap kepuasan kerja guru. Analisis Data

Data-data diproses dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 19.0. Analisis data melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan ujian korelasi Pearson.

DAPATAN KAJIAN

Amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua adalah berdasarkan definisi operasional tentang amalan kepimpinan transformasional yang digunapakai dalam penyelidikan ini. Amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua ini mencakupi dimensi karisma, stimulasi intelek, pertimbangan individu dan motivasi berinspirasi. Hasil analisis deskriptif bagi menunjukkan amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua adalah seperti dalam Jadual 1

Jadual 1 Skor min dan peratusan amalan kepimpinan transformasional pengetua

Aspek

Frekuensi dan peratusan

Skor min Sisihan piawai Tahap Skor min 0.00-1.33 (Rendah) Skor min 1.34-2.66 (Sederhana) Skor min 2.67-4.00 (Tinggi)

(6)

1.2%) (36.6%) (62.2%) Dimensi Stimulasi Intelek 10 (12.2%) 34 (41.5%) 38 (46.3%) 2.49 0.83 Sederhana Dimensi Pertimbangan Individu 4 (4.9%) 38 (41.5%) 40 (48.8%) 2.60 0.81 Sederhana Dimensi Motivasi Berinspirasi 0 (0.0%) 28 (34.2%) 53 (64.6%) 2.86 0.81 Tinggi Amalan Kepimpinan Transformasional 0 (0.0%) 37 (45.1%) 45 (54.9%) 2.69 0.74 Tinggi

Daripada hasil analisis menunjukkan bahawa pengetua daripada sekolah-sekolah yang dikaji mengamalkan kepimpinan trasnformasional dalam dimensi karisma dan dimensi motivasi berinspirasi pada tahap yang lebih tinggi berbanding dimensi lain. Amalan kepimpinan dimensi pertimbangan individu dan dimensi stimulasi intelek berada pada tahap sederhana.

2. TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN GURU

Kepuasan kerja dalam kalangan guru ini mencakupi aspek usaha, efektif dan kepuasan. Hasil analisis deskriptif bagi menunjukkan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru adalah seperti dalam Jadual 2

Jadual 2 Skor min dan peratusan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru

Aspek Frekuensi dan peratusan Skor

min Sisihan piawai Tahap Skor min 0.00-1.33 Skor min 1.34-2.66 Skor min 2.67-4.00

(7)

(Rendah) (Sederhana) (Tinggi) Usaha 13 (16.0%) 22 (27.2%) 47 (56.8%) 2.48 0.82 Sederhana Efektif 8 (9.9%) 29 (35.8%) 45 (54.3%) 2.60 0.85 Sederhana Kepuasan 2 (2.5%) 32 (39.5%) 47 (58.0%) 2.74 0.78 Tinggi Kepuasan Kerja 8 (9.9%) 28 (34.5%) 46 (55.6%) 2.59 0.79 Sederhana

Daripada hasil analisis dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja guru dari aspek kepuasan berada pada tahap yang tinggi, manakala tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru dari aspek-aspek usaha dan efektif berada pada tahap yang sederhana. Secara keseluruhannya, tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru ini berada pada tahap yang sederhana.

3. PENGUJIAN HIPOTESIS

Pengujian hipotesis dalam kajian ini menggunakan statistik analisis korelasi Pearson. Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor min amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi karisma pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru Jadual 3 Analisis korelasi Pearson bagi hubungan antara amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi karisma pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru

Karisma Kepuasan Kerja

Karisma

Pearson Correlation 1 .880**

Sig. (2-tailed) .000

(8)

Kepuasan Kerja

Pearson Correlation .880** 1

Sig. (2-tailed) .000

N 81 81

Daripada Jadual 3, didapati nilai pekali korelasi Pearson bagi amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi karisma pengetua terhadap tahap kepuasan kerja guru ialah r= 0.880 pada tahap signifikan 0.00 (p<0.05). Oleh sebab tahap signifikan yang dicatatkan adalah lebih kecil daripada 0.05, maka hipotesis nul ditolak. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi karisma pengetua terhadap tahap kepuasan kerja guru.

Ho 2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor min amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi stimulasi intelek pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru

Jadual 4 Analisis korelasi Pearson bagi hubungan antara amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi stimulasi intelek pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru

Stimulasi

Intelek Kepuasan Kerja

Stimulasi Intelek Pearson Correlation 1 .846** Sig. (2-tailed) .000 N 82 81 Kepuasan Kerja Pearson Correlation .846** 1 Sig. (2-tailed) .000 N 81 81

Daripada Jadual 4, didapati nilai pekali korelasi Pearson bagi amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi stimulasi intelek pengetua terhadap tahap kepuasan kerja guru ialah r= 0.846 pada tahap signifikan 0.00 (p<0.05). Oleh sebab tahap signifikan yang dicatatkan adalah lebih kecil daripada 0.05, maka hipotesis nul ditolak. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan

(9)

transformasional bagi dimensi stimulasi intelek pengetua terhadap tahap kepuasan kerja guru.

Ho 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor mean amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi pertimbangan individu pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru

Jadual 5 Analisis korelasi Pearson bagi hubungan antara amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi pertimbangan individu pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru

Pertimbangan

Individu Kepuasan Kerja Pertimbangan Individu Pearson Correlation 1 .865** Sig. (2-tailed) .000 N 82 81 Kepuasan Kerja Pearson Correlation .865** 1 Sig. (2-tailed) .000 N 81 81

Daripada Jadual 5, didapati nilai pekali korelasi Pearson bagi amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi pertimbangan individu pengetua terhadap tahap kepuasan kerja guru ialah r= 0.865 pada tahap signifikan 0.00 (p<0.05). Oleh sebab tahap signifikan yang dicatatkan adalah lebih kecil daripada 0.05, maka hipotesis nul ditolak. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi pertimbangan individu pengetua terhadap tahap kepuasan kerja guru.

Ho 4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor mean amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi motivasi berinspirasi pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru

Jadual 6 Analisis korelasi Pearson bagi hubungan antara amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi motivasi berinspirasi pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru

(10)

Motivasi

Berinspirasi Kepuasan Kerja Motivasi Berinspirasi Pearson Correlation 1 .878** Sig. (2-tailed) .000 N 82 81 Kepuasan Kerja Pearson Correlation .878** 1 Sig. (2-tailed) .000 N 81 81

Daripada Jadual 6, didapati nilai pekali korelasi Pearson bagi amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi motivasi berinspirasi pengetua terhadap tahap kepuasan kerja guru ialah r= 0.878 pada tahap signifikan 0.00 (p<0.05). Oleh sebab tahap signifikan yang dicatatkan adalah lebih kecil daripada 0.05, maka hipotesis nul ditolak. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan transformasional bagi dimensi motivasi berinspirasi pengetua terhadap tahap kepuasan kerja guru.

Ho 5: Tidak terdapat faktor-faktor yang signifikan dalam amalan kepimpinan transformasional pengetua yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja guru.

Analisis regresi berganda ‘stepwise’ telah digunakan untuk menilai kebolehan konstruk-konstruk dalam elemen amalan kepimpinan transformasional pengetua dalam mempengaruhi tahap kepuasan kerja guru. Analisis awal telah dijalankan untuk memastikan kesemua andaian analisis regresi seperti normaliti, lineariti, mulikolineariti dan homoscedastisiti tidak dicabuli. Daripada analisis tersebut, didapati kesemua andaian tersebut telah dipenuhi.

Hasil analisis untuk menguji hipotesis adalah seperti dalam Jadual 7 dan 8. Jadual 7 Rumusan Model Analisis Regresi Berganda ‘Stepwise’

(11)

Square R Square Error of the Estimate R Square Change F Change df1 df2 Sig. F Change Dimension 1 .880a .774 .772 .37591 .774 271.275 1 79 .000 2 .903b .816 .811 .34199 .041 17.450 1 78 .000 3 .917c .842 .835 .31905 .026 12.618 1 77 .001 a. Predictors: (Constant), karisma

b. Predictors: (Constant), karisma, motivasi berinspirasi

c. Predictors: (Constant), karisma, motivasi berinspirasi, pertimbangan individu d. Dependent Variable: Kepuasan Kerja

Jadual 8 Rumusan Koefisien Analisis Regresi Berganda ‘Stepwise’

Model Unstandardized Coefficients Standardized Coefficients T Sig. Collinearity Statistics B Std.

Error Beta Tolerance VIF

1 (Constant) -.049 .166 -.297 .767 Karisma .959 .058 .880 16.470 .000 1.000 1.000 2 (Constant) -.089 .151 -.592 .555 Karisma .515 .119 .472 4.332 .000 .199 5.032 Motivasi berinspirasi .442 .106 .455 4.177 .000 .199 5.032 3 (Constant) -.040 .142 -.279 .781 Karisma .247 .134 .227 1.841 .069 .136 7.360 Motivasi berinspirasi .384 .100 .395 3.830 .000 .193 5.173 Pertimbangan individu .329 .092 .342 3.552 .001 .223 4.494

a. Dependent Variable: Kepuasan Kerja

Daripada dapatan dalam jadual 7 dan 8, dapat dirumuskan bahawa daripada empat konstruk yang dikaji, hanya tiga konstruk iaitu dimensi karisma, motivasi berinspirasi

(12)

dan pertimbangan individu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap tahap kepuasan kerja guru. Ketiga-tiga faktor ini merupakan faktor signifikan yang menghuraikan sebanyak 83.5% [F(3,77)=134.42, p<0.001] tahap kepuasan kerja guru. Dapat juga disimpulkan bahawa amalan kepimpinan transformasional dalam dimensi karisma merupakan penyumbang terbesar tahap kepuasan kerja guru dengan jumlah sumbangan sebanyak 88.0% (t=16.47, sig=0.000).

Perbincangan dan rumusan

Kajian ini menunjukkan hasil dapatan terhadap tahap keseluruhan kepimpinan transformasional pengetua adalah pada tahap tinggi (min = 2.69, S.P = 0.74). Dapatan kajian adalah selari dengan kajian Noorbaizura (2007), M. Al-Muz-Zammil dan Nazri Bin Mahmood (2009) terhadap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar di Johor Bahru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja guru di SABK secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana (2.5 S.P = 0.79). Dapatan kajian ini selari dengan kajian Jazmi (2009) di SMKA dan SMK di negeri Kedah tentang kepemimpinan transformasional dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru menunjukkan ia mempunyai hubungan sederhana.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian yang dijalankan ini telah menunjukkan para pemimpin di sekolah yang terlibat sebagai sampel kajian ini telah melaksanakan dimensi-dimensi kepemimpinan transformasional dalam pentadbiran di sekolah namun tahap kepuasann kerja guru adalah sederhana. Justeru, pengetua disarankan supaya menambah ilmu dan kemahiran interpersonal bagi menambahbaikkan hubungan kemanusiaan kerana pengetua memainkan peranan yang amat besar kepada kecemerlangan dan kejayaan organisasi sekolah. Pengetua juga perlulah lebih bersikap terbuka kepada subordinatnya, memupuk semangat kekitaan, memberi kuasa kepada kakitangan untuk membantu ketua. Menggalakkan pengikut percaya kepada kebolehan dan membina keyakinan diri. Selain itu, pengetua digalakkan supaya memberi kuasa dan percaya kepada kakitangan untuk menjalankan tugas-tugas tertentu. Dengan itu ia lebih bersifat komitmen antara

(13)

kakitangan dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan subordinat bagi memastikan sekolah mampu untuk bersaing dengan sekolah-sekolah arus perdana yang lain.

RUJUKAN

Abdul Ghani Kanesan Abdullah & Anandan, K. 2012. Pengaruh kepimpinan pentadbir sekolah terhadap pembelajaran pelajar: peranan efikasi kolektif guru sebagai mediator. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 19. Anjuran Institut Aminuddin Baki, 2-5 Julai.

http://www.iab.edu.my/sn19/KertasFinal/Ganesan_Anandan.pdf [2 September 2013].

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd 2007. Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd Alimuddin Haji Mohd Dom (2006). Outstanding Leaders: Membina Sekolah Cemerlang.

Selangor: Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan Jemaah Nazir Sekolah

Ann Felicia & Ishak Sin. 2012. Hubungan antara kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 7: 77-88.

http://www.moe.gov.my/bpg/download/Konvensyen/Contoh%20Artikel%20(AN NA%20FELICIA%20Artikel%20transformasional).pdf[27 November 2013]. Azlin Norhaini Mansor & Roselan Baki. 2007. Amalan Pengurusan Pengetua. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

George Manning, Kent Curtis, 2003. The Art of Leadership. New York. McGraw-Hill International

Habib Ismail & Zaimah Ramli. 2012. Amalan kepimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasa kerja guru. Prosiding Perkem VII, Jilid 2: 1471-1478. http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_5C5.pdf [11 April 2013].

Hishamuddin Shah Mokri, Mohd Rizal Atan & Supian Hashim. 2013. Hubungan antara kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru di sekolah kebangsaan kurang murid gemilang tujuh Segamat, Johor. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 20. Anjuran Institut

Aminuddin Baki, 1-4 Julai.

http://www.iab.edu.my/sn20_papers/KK_L415_Rizal.pdf[31 Oktober 2013]. Ishak Sin. 2006. Memperkasakan Kepimpinan Sekolah: Teori Manakah yang Perlu

digunapakai oleh Pengetua?. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan ke 13. hlm. 147-164.

(14)

Jazmi Md Isa. 2009. Gaya Kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru: kajian perbandingan antara SMKA dengan SMK. Dissertasi Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

Lokman Mohd Tahir, Hamdan Said, Rosni Zamuddin Shah Sidek, M. Al-Muzammil Yassin& Sanitah Mohd Yusof. 2008. Analisis kepemimpinan pengetua sekolah menengah di Johor. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia.

M. Al-Muzzammil Yasin & Nazri Mahmood. 2011. Amalan kepimpinan transformasi guru besar dan pengetua dua buah sekolah di daerah Batu Pahat, Johor.

http://eprints.utm.my/11934/1/Amalan_Kepimpinan_Transformasi_Guru_Besar_ Dan_Pengetua_Dua_Buah_Sekolah_Di_Daerah_Batu_Pahat.pdf [9 September 2013].

Nursuhaila Ghazali. 2007. Tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua sekolah menengah Bandar Tangkak. Tesis Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia.

Razali Mat Zin. 2004. Kepimpinan dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.

Raziah Mansor & Ahmad Esa. 2009. Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah rendah di Seremban. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan (PKPGB2009). Anjuran Universiti Tun Hussein Onn, 7 Mei. http://eprints.uthm.edu.my/2710/1/19._PKPGB_3.pdf [31 Oktober 2013].

Tinah Naim. 2007. Gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stress guru di sebuah daerah di negeri Johor. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Adapun hasil penelitian menunjukkan bahwa pemberian upah yang dilakukan oleh Catering An Nur peraturan di Indonesia tidak memiliki kesesuaian dengan ketentuan peraturan

Puji syukur penulis panjatkan atas kehadirat Tuhan Yang Maha Esa, Yesus Kristus, yang telah melimpahkan rahmat dan hidyah-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi

Tanaman jagung di Indonesia banyak menggunakan lahan yang tidak subur.Penelitian ini bertujuan untuk menduga karakter seleksi morfologi akar tanaman jagung dari

Hasil algoritma genetika berupa centroid masing-masing variabel yang akan digunakan sebagai initial centroid dari proses klasterisasi K-means. Data centroid merupakan

yang dilakukan tidak berjalan secara maksimal karena masih ada faktor-faktor yang mempengaruhi strategi pelaksanaan pembinaan tersebut seperti kurangnya anggaran

Kesimpulan yang dapat ditarik dari hasil penelitian ini adalah pemberian ekstrak daun teh hijau ( Camellia Sinensis L ) mampu mempengaruhi morfologi spermatozoa

Hasil penelitian menunjukkan bahwa bahwa kesalahan siswa pada aljabar paling banyak terdapat pada aspek soal cerita. Sedangkan kesalahan paling sedikit adalah pada

Abstrak: Pemecahan masalah adalah tingkatan berpikir tertinggi yang dibutuhkan siswa dalam belajar matematika. Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan kemampuan