• Tidak ada hasil yang ditemukan

BRUNEI FUTSAL LEAGUE 2015 [ BFL 2015 ] PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BRUNEI FUTSAL LEAGUE 2015 [ BFL 2015 ] PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

1

BRUNEI

FUTSAL

LEAGUE

2015

[

BFL

2015

]

(2)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

2

1. NAMA KEJOHANAN

Kejohanan ‘BRUNEI FUTSAL LEAGUE 2015’ atau dikenali

sebagai BFL 2015

2. ANJURAN

Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei

Darussalam [NFABD]

3. TARIKH KEJOHANAN

01 Februari hingga 14 Jun 2015

4. TEMPAT KEJOHANAN

Venue kejohanan adalah seperti berikut :

i. Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal

Bolkiah, Berakas

ii. Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal

Bolkiah, Berakas

5. TUJUAN DAN MATLAMAT

5.1 Untuk meningkatkan mutu sukan futsal di kalangan

pemain pemain

5.2 Untuk mencungkil bakat dan potensi di kalangan

pemain-pemain untuk diserapkan kedalam skuad

Kebangsaan untuk latihan diperingkat belia dan senior

5.3 Untuk membolehkan NFABD mengenal pasti

pemain-pemain yang akan diketengahkan bagi mewakili

Negara di kejohanan-kejohanan peringkat serantau

dan antarabangsa separti AFF, AFC dan FIFA dan lain-lain kejohanan futsal

(3)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

3

5.4 Merupakan projek jangka panjang dan berterusan

NFABD dalam mengembangluaskan sukan futsal di

Negara Brunei Darussalam

5.5 Memberikan peluang kepada semua kelab futsal di

Negara Brunei Darussalam untuk bergiat aktif dalam

sukan futsal

6. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN / PENDAFTARAN PASUKAN

6.1 Terbuka kepada Persatuan-Persatuan dan Kelab

Kelab yang berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

6.2 Pendaftaran Persatuan dan Kelab hendaklah dibuat

ke Urusetia Kejohanan dengan menghadapkan

‘Registration of Society’ [ROS] berserta yuran BND$50.00 setahun

6.3 Pemain-Pemain yang di daftarkan hendaklah seramai

20 orang dan 5 orang daripadanya mestilah berumur 21 tahun kebawah

6.4 Setiap Penyertaan dikenakan bayaran penyertaan

sebanyak BND$300.00 [Ringgit Brunei : Tiga Ratus

Sahaja]

6.5 Pemain-Pemain yang berdaftar dalam bolasepak

padang tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini

terutama sekali pemain-pemain yang bermain dalam Liga Super, Liga Perdana, Piala FA DST 2014/2015 dan Liga-Liga yang dianjurkan oleh Persatuan-Persatuan Bolasepak Keempat-empat daerah

6.6 Pegawai-Pegawai yang disenaraikan dalam

bolasepak padang tidak dibenarkan untuk

disenaraikan dalam kejohanan ini seperti Liga Super,

Liga Perdana, Piala FA DST 2014/2015 dan Liga-Liga yang dianjurkan oleh Persatuan-Persatuan Bolasepak Keempat-empat daerah

(4)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

4

6.7 Jurulatih yang didaftarkan hendaklah mempunyai

lesen kejurulatihan futsal atau sekurang-kurangnya

mengikuti kursus kejurulatihan futsal yang

dikendalikan oleh NFABD

6.8 Setiap penyertaan hendaklah mengisi Borang

pendaftaran / penyertaan [Borang ‘A’] yang disediakan oleh pihak penganjur dan dihadapkan ke pihak penganjur bersama-sama dengan Wang

Pendaftaraan. Penyertaan yang diterima tanpa

bayaran tidak akan diterima

6.9 Setiap Kelab hanya dibenarkan menyenaraikan

seramai empat belas [14] orang pemain sahaja untuk

setiap perlawanan dan Lima [5] orang Pegawai

Pasukan seperti berikut dibawah ini;

Pengurus Pasukan - 1 Orang

Penolong Pengurus - 1 Orang

Jurulatih - 1 Orang

Penolong Jurulatih - 1 Orang

Perubatan - 1 Orang

Pemain di bawah 21 tahun - 3 Orang

Pemain di atas 22 tahun - 11 Orang

Jumlah - 19 Orang

6.10 Jika terdapat mana-mana pemain yang didaftarkan

lebih dari satu pasukan, maka pemain terlibat akan

dibatalkan pendaftarannya dan ditegah daripada

menyertai kejohanan ini

6.11 Setiap kelab hendaklah menyenaraikan nama-nama

pemain satu jam [60minit] sebelum bermulanya

perlawanan bermula dan pemain yang disenaraikan

tidak boleh diganti dengan nama pemain lain

6.12 Kelab yang belum memenuhi senarai 20 orang

pemain sesudah kejohanan bermula, bolehlah

membuat pendaftaran pemain dua [2] minggu

(5)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

5

6.13 Senarai akhir nama pemain-pemain yang disahkan

didaftarkan semasa membuat pendaftaran oleh

Pengurus-Pengurus pasukan adalah Muktamad

6.14 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan

berasaskan kepada Undang-Undang permainan

Futsal FIFA dan Jawatankuasa Liga Futsal Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

7. TARIKH TUTUP PENYERTAAN / MESYUARAT

PENGURUS-PENGURUS PASUKAN

7.1 Borang-borang yang telah di isikan dengan lengkap

berserta Wang penyertaan hendaklah dikembalikan

kepada pihak Penganjur tidak lewat pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh Tutup Penyertaan

Tarikh : 26/1/2015

Hari : Isnin

Waktu : 3.00 petang

Tempat : NFABD House

7.2 Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan akan

diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan

Pada : 30/1/2015

Hari : Jumaat

Waktu : 2.30 petang

(6)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

6

8. PERSIAPAN PERLAWANAN

8.1 Gelanggang dan peralatan perlawanan seperti

bola akan diuruskan dan disediakan oleh Pihak Penganjur

8.2 Setiap pasukan mestilah menyediakan 2 set jersi

[baju] yang berlainan warna dan sentiasa

membawanya pada setiap perlawanan disepanjang kejohanan

8.3 Jika terdapat pasukan memakai warna jersi [baju]

yang sama, maka pasukan yang disebut kemudian

[away team] didalam jadual perlawanan akan

dikehendaki menukar pakaiannya. Jika pasukan

tersebut gagal berbuat demikian dalam tempoh masa 10 minit, maka pasukan tersebut dikira kalah [walkover]

8.4 Pemain hendaklah memakai pakaian yang lengkap

iaitu baju, seluar pendek / panjang yang bersesuian dan stokin yang seragam, sementara penjaga gol hendaklah memakai jersi yang berlainan warna daripada rakan sepasukannya dan juga pihak lawan

8.5 Semua jersi [baju] dimestikan mempunyai nombor

seperti yang didaftarkan dalam borang penyertaan dan hendaklah menggunakannya disepanjang kejohanan ini

8.6 Pendaftaran nombor jersi pemain adalah DIMESTIKAN

menggunakan nombor mengikut bilangan dari nombor

1 [satu] hingga nombor 20 [dua puluh] sahaja

termasuk penjaga gol. Jika pasukan tersebut atau pemain tidak memakai / menggunakan [gagal berbuat demekian] nombor jersi yang disyaratkan

pemain atau pasukan tersebut TIDAK DIBENARKAN

UNTUK BERMAIN

8.7 Pelindung kaki [SHIN PADS / GUARDS] adalah

(7)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

7

ianya termasuk dalam undang-undang permainan.

Pemain yang gagal memakai pelindung kaki TIDAK

AKAN DIBENARKAN BERMAIN

8.8 Pemain-pemain hanya dibenarkan menggunakan

kasut yang mempunyai permukaan tapak getah yang

rata. Warna tapak kasut mestilah berwarna putih /

kuning atau yang bersusuaian. Tapak kasut yang

bergigi atau berwana hitam TIDAK DIBENARKAN

8.9 Pemeriksaan kelengkapan pemain akan dibuat 30

minit sebelum perlawanan dijalankan oleh pegawai

yang bertugas [Pengadil]

8.10 Setiap pasukan / pemain gantian dimestikan

memakai BIB semasa dibangku duduk atau

melakukan pemanasan badan [warm-up]

8.11 Pengurus dan Jurulatih dimestikan memakai pakaian

kemas yang bersesuaian dan tidak dibenarkan

memakai SANDAL atau SELIPAR dibangku simpanan

8.12 Orang-orang yang tidak berkenaan tidak dibenarkan

duduk / berada di kawasan pasukan yang bermain

dan jika didapati mereka ini akan diarahkan keluar daripada kawasan pasukan tersebut

9. UNDANG-UNDANG PERLAWANAN

9.1 Kejohanan ini mengikut Peraturan dan Undang-undang

Futsal yang telah ditetapkan oleh pihak Federation

de Football Association [FIFA], Asian Football Conferderation [AFC], ASEAN Football Federation [AFF] dan Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam [NFABD]

(8)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

8

PERTUKARAN PEMAIN

9.2 Bilangan penggantian [pertukaran pemain] dalam satu

– satu perlawanan tidak terhad asalkan pemain

terbabit ada dalam senarai pendaftaran pasukan dan dibolehkan untuk bermain

9.3 Pertukaran pemain boleh dibuat / dilakukan disepanjang perlawanan / permainan sedang

berlangsung pada bila-bila masa tanpa

memberhentikan masa perlawanan termasuk

pertukaran penjaga gol [Undang-Undang Futsal, Laws

of the Game, 2011, Peraturan 3 –Bilangan Pemain]

KAD KUNING

9.4 Mana-mana pemain yang mendapat dua [2] kad

kuning akan digantung satu perlawanan KAD MERAH

9.5 Mana-mana pemain yang diperintahkan keluar

gelanggang permainan [DIBERIKAN KAD MERAH] oleh

pengadil secara automatik digantung dua [2]

perlawanan berikutnya. Jika pemain yang menerima

kad merah tersebut melakukan satu kesalahan yang besar maka kesnya, pemain tersebut akan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib bagi tindakan selanjutnya 9.6 Pemain yang menerima kad merah semasa

perlawanan sedang berjalan, pemain tersebut

hendaklah meninggalkan gelanggang permainan dan

tidak dibenarkan duduk dibangku pasukannya.

Pasukan yang mengalami perkara ini bolehlah

memasukan pemain gantian bagi mencukupi bilangan

pemain lima [5] orang setelah dua [2] minit dan setelah

menerima arahan daripada pegawai yang bertugas [Pengadil 3]. Jika sekiranya dalam tempoh masa tidak sampai dua [2] minit pasukannya kemasukan jaringan gol dengan sendirinya pemain gantian dibenarkan masuk didalam permainan itu

(9)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

9

Undang Futsal Laws of the Game, 2011, Peraturan 11, Pelanggaran-Pelanggaran dan Kelakuan Buruk]

DUA KAD KUNING SATU KAD MERAH

9.7 Mana-mana pemain yang menerima dua kad kuning dalam satu masa perlawanan sedang diadakan dan diberikan kad merah, maka secara automatik pemain

tersebut digantung satu perlawanan

berikutnya.Tertaklok kepada jika pemain berkenaan tersebut melakukan satu kesalahan yang besar maka kesnya,pemain tersebut akan diputuskan oleh lembaga tatatertib bagi tindakan selanjutnya .

10. TATATERTIB

10.1 Sebarang permasalahan dalam hal ehwal tatatertib

kejohanan ini akan berpandukan kepada NFABD

Disciplinary Code 2014 dan NFABD Code of Ethics 2014

10.2 Pegawai, pemain serta penyokong pasukan

hendaklah mematuhi tatatertib perlawanan. Mereka

yang gagal mematuhinya akan diambil tindakan

10.3 Setiap pasukan adalah bertanggongjawab kepada

pemain, pegawai dan penyokong-penyokongnya

10.4 Semua pasukan hendaklah menunjukan semangat

kesukanan yang tinggi. Mana-mana pasukan yang

didapati menimbulkan HURU - HARA semasa perlawanan atau kejohanan akan disingkirkan dari menyertai kejohanan ini dan perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib

10.5 Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas

sebarang kecelakaan atau kecederaan pemain

mahupun pegawai - pegawai pasukan semasa kejohanan dijalankan

(10)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

10

10.6 Pegawai-pegawai dan pemain-pemain pasukan

hendaklah bertanggungjawab memastikan

menjaga kebersihan dewan sebelum, semasa dan

selepas perlawanan diadakan

10.7 Mana-mana pasukan boleh membuat bantahan.

Hanya pengurus pasukan sahaja yang dibenarkan membuat bantahan dan bantahan itu hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak penganjur dalam

tempoh masa 24 jam setelah tamat perlawanan

berakhir dan hendaklah disertakan dengan Wang

cangaran [desposit] sebanyak BND$500.00 [Ringgit

Brunei: Lima Ratus Sahaja] TUNAI dan ianya tidak akan

dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya, maka wang tersebut adalah menjadi hak milik pihak Jawatankuasa Futsal NFABD

11. PEGAWAI TEKNIKAL DAN PENGADIL PERLAWANAN

11.1 Pihak penanjur akan melantik Pegawai - Pegawai

teknikal dan Pengadil - pengadil Futsal Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam [NFABD] serta Persatuan Pengadil Bolasepak Negara Brunei Darusslam

11.2 Laporan pengadil perlawanan mengenai sebarang

kejadian yang melibatkan amaran bertulis atau perintah keluar gelanggang permainan, hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur dalam tempoh

masa 24 jam selepas satu - satu perlawanan selesai

dan seterusnya dihadapkan kepada Lembaga Tatatertib Disiplin, jika perlu

(11)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

11

12. PEMBATALAN PERLAWANAN

12.1 Perlawanan tidak boleh ditanggohkan [dibatalkan]

kecuali atas kehendak dan ketatapan pihak penganjur

13. PENGUNDURAN PASUKAN

13.1 Mana-mana Kelab yang menarik diri selepas

perlawanan bermula atau setelah lebih separuh kejohanan dijalankan maka kelab terbabit akan di

denda tidak kurang dari BND$500 [Ringgit Brunei: Lima

Ratus sahaja] dan kelab, pegawai serta pemain akan

digantong dari pertandingan dan sebarang

kejohanan akan datang bagi tempoh yang akan

ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Mana-mana mata [point] yang diperolehi oleh pasukan – pasukan dari hasil perlawanan dengannya akan dibatalkan [tidak dikira]

13.2 Mana-mana pasukan yang memberikan

kemenangan percuma kepada pasukan lain [lawannya], maka kelab terbabit akan di denda

tidak kurang dari BND$500 [Ringgit Brunei: Lima Ratus

sahaja] dan pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaanya. Kelab, pegawai serta pemain akan

digantong dari pertandingan dan sebarang

kejohanan akan datang bagi tempoh yang akan

ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Mana-mana mata [point] yang diperolehi oleh pasukan – pasukan dari hasil perlawanan dengannya akan dibatalkan [tidak dikira]

13.3 Jika terdapat pengunduran pasukan berlaku pada

perlawanan peringkat akhir atau menentukan

tempat ketiga, maka kemenangan dengan

sendirinya diberikan kepada pihak lawan. Pasukan yang mengundur diri akan di denda tidak kurang dari

BND$500 [Ringgit Brunei: Lima Ratus sahaja] dan perlu

(12)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

12

pengunduran tersebut dalam tempoh 24 jam.

Laporan ini akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya

13.4 Mana-mana pasukan yang menarik diri atau

dikeluarkan oleh pihak penganjur dari meneruskan perlawanan dikejohanan ini atas sebab-sebab yang

tertentu maka bayaran masuk penyertaan

kejohanan ini tidak akan dikembalikan dan akan

menjadi hak milik pihak penganjur dan akan

dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya

14. BORANG PERLAWANAN

14.1 Pengurus atau Jurulatih pasukan hendaklah

menyerahkan BORANG PERLAWANAN [BORANG ‘B’]

kepada Urusetia pengawas perlawanan

selewat-lewatnya lima belas [15] minit sebelum perlawanan

pasukannya bermula

14.2 Borang tersebut bolehlah didapati di meja urusetia /

pengawas perlawanan satu [1] jam sebelum

perlawanan bermula

15. FORMAT PERLAWANAN

15.1 Hanya 12 kelab futsal yang akan di pilih untuk

menyertai Liga Futsal Brunei 2015

15.2 Perlawanan di jalankan secara Liga satu pusingan

[round robin]

15.3 Kelab yang memperolehi mata yang tertinggi di

dalam liga akan di istiharkan sebagai juara dan di ikuti yang kedua dan ketiga

(13)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

13

15.4 Sistem mata kemenangan adalah seperti berikut :-

MENANG - 3 mata

SERI - 1 mata

KALAH - 0 mata

WALKOVER - 0 mata

[Pasukan yang hadir diberikan mata

kemenangan 3 mata dan 2 jaringan gol]

15.5 Sekiranya terdapat dua [2] atau lebih pasukan yang

terikat dengan jumlah mata yang sama atau seri,

maka penentuan pasukan yang teratas dan yang kedua di kumpulan tersebut akan ditentukan mengikut susunan hiraki seperti berikut :

i. Pasukan yang mempunyai jaringan gol

terbanyak

ii. Jika masih seri, pasukan yang mempunyai

perbezaan gol yang banyak

iii. Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah

kemenangan yang banyak

iv. Jika masih seri, pasukan yang menang dalam

perlawanan dengan pihak lawannya

v. Jika masih seri, maka Jawatankuasa Teknikal

Kejohanan Brunei Futsal League 2015 anjuran

NFABD akan menentukannya atau cara lain

yang difikirkan sesuai untuk membuat

keputusan

16. JANGKAMASA PERMAINAN

16.1 Jangkamasa perlawanan adalah selama dua puluh

[20] minit bagi masa pertama dan dua puluh minit [20]

minit masa kedua. Rehat diberikan selama 15 minit.

(14)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

14

16.2 Time-Out akan diberikan satu minit(1)setiap separuh

masa pertama dan seminit(1) separuh masa Kedua

semasa peerlawanan dijalankan

17. JAWATANKUASA TATATERTIB [DISCIPLINE]

17.1 Jawatankuasa Tatatertib terdiri dari seorang

pengerusi dan empat orang ahli

17.2 Pengerusi adalah terdiri dari Ahli Jawatankuasa

penganjur dan ahli-ahlinya terdiri dari

pengurus-pengurus pasukan yang mengambil bahagian dan

pengurus pasukan yang terlibat dalam kes yang berkenaan tidak dibenarkan untuk hadir

17.3 Jawatankuasa Tatatertib akan bermesyuarat dalam

masa 24 jam selepas tamat perlawanan berkenaan

17.4 Jawatankuasa tatatertib akan menentukan mengenai

perkara-perkara berikut :

i. Kes pemain yang dibuang padang

ii. Sebarang salahlaku pemain, pegawai atau

penyokong kelab berkenaan yang dilaporkan

atau dibawa untuk perhatian Jawatankuasa tersebut

iii. Aduan atau bantahan bertulis daripada pengurus

pasukan yang menyertai kejohanan ini.

Sebarang aduan atau bantahan bertulis mestilah diserahkan kepada pengerusi jawatankuasa Penganjur atau wakilnya selewat-lewatnya 24 jam selepas insiden tersebut

18. JAWATANKUASA RAYUAN [APPEAL]

18.1 Jawatankuasa Rayuan terdiri dari seorang pengerusi

(15)

NFABD

Brunei Futsal League 2015

15

18.2 Pengerusi adalah terdiri dari Ahli Jawatankuasa

penganjur dan ahli-ahli yang dilantik oleh ahli jawatankuasa pengajur / NFABD

18.3 Jawatankuasa Rayuan akan bermesyuarat apabila

diperlukan bagi menentukan mengenai

perkara-perkara berikut :

i. Rayuan mengenai kes pemain, pegawai, pasukan

atau penyokong yang telah dijatuhi hukuman oleh

Jawatankuasa Tatatertib

ii. Rayuan hendaklah secara bertulis dan diserahkan

kepada pengerusi jawatankuasa Penganjur atau

urusetia penganjur untuk dibawa ke perhatian

Jawatankuasa Rayuan

19. HADIAH / MEDAL

Hadiah-hadiah akan diberikan kepada Juara, Naib Juara

dan Tempat ketiga. Pemenang akan menerima hadiah

seperti berikut :

JUARA : BND$3000.00

Piala pusingan,Piala Iringan dan Medal

NAIB JUARA : BND$2000.00

Piala Iringan dan Medal

TEMPAT KE-3 : BND$1000.00

Piala Iringan dan Medal

20. Pindaan / Perubahan

Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan /

perubahan mengenai dengan peraturan-peraturan dan syarat-syarat kejohanan / perlawanan pada bila-bila masa

Referensi

Dokumen terkait

 Rehabilitasi, revitalisasi, pengembangan dan peningkatan fungsi kawasan peruntukan kegiatan pertahanan dan keamanan negara;  Indikasi Program Utama Perwujudan Pola

Hasil dari membandingkan assessment pre-test pada masing-masing kelompok penelitian dengan menggunakan uji t-independent menunjukkan bahwa kelompok eksperimen yang

Berdasarkan data yang diperoleh, responden menggigil dikarenakan terlalu lama terpapar suhu kamar operasi yang rendah yaitu 20 0 C, walaupun pada penelitian ini

Desain perangkat lunak termasuk menghasilkan fungsi sistem perangkat lunak dalam bentuk yang mungkin ditransformasi kedalam satu atau lebih program

Tujuan dari penulisan ini adalah untuk menentukan kuantitas produk perusahaan duopoli yang menghasilkan profit maksimum dengan menggunakan model Cournot serta

Simulasi dapat didefinisikan sebagai proses mendesain model dari suatu sistem nyata dan melakukan eksperimen dengan model tersebut untuk memahami perilaku sistem

soal latihan dan prediksi berikut diambil dari berbagai sumber buku dan pembahasan SPMB/UMPTN mulai dari tahun 1998 sampai dengan tahun 2008, susun berdasarkan kisi-kisi SNMPTN

Investasi pada modal bank, entitas keuangan dan asuransi diluar cakupan konsolidasi secara ketentuan, net posisi short yang diperkenankan, dimana Bank tidak