• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kempen Perbankan Untuk Berjuta Terma-terma & Syarat-syarat ( T&C ) untuk CIMB Bank Konvensional

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kempen Perbankan Untuk Berjuta Terma-terma & Syarat-syarat ( T&C ) untuk CIMB Bank Konvensional"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Muka surat 1 daripada 8

Kempen Perbankan Untuk Berjuta

Terma-terma & Syarat-syarat (‘T&C”) untuk CIMB Bank

Konvensional

Tempoh Kempen

1. “Kempen Perbankan Untuk Berjuta” CIMB Bank (“Kempen”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“CIMB Bank” atau “CIMB”) dan akan diadakan pada 1hb Julai 2015 hingga 31hb Oktober 2015; temasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). CIMB Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat tempoh Tamat Kempen dengan memberikan notis yang mencukupi.

Eligibility

2. Kempen terbuka secara eksklusif (kecuali dan melainkan orang/entiti yang dirujuk dalam Klausa 4) kepada:

(a) semua pemegang akaun bagi Akaun Semasa dan Akaun Simpanan CIMB Bank yang baru dan sedia ada (tidak termasuk pemegang Akaun Mata Wang Asing) dan menurut budi bicara mutlak CIMB Bank, semua pemegang akaun bagi Akaun Semasa-i dan Akaun Simpanan-i CIMB Islamic yang lain di dalam Kumpulan CIMB (tidak termasuk pemegang Akaun Mata Wang Asing) (“Akaun CASA Sertaan”);

(b) semua pemegang kad Debit CIMB yang memegang kad debit yang dikeluarkan oleh CIMB Bank sahaja; dan

(c) semua pengguna CIMB Clicks

(selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Pemegang Akaun Layak”) yang nombor telefonnya didaftarkan dan disimpan dalam rekod CIMB Bank.

3. Orang/entiti berikut TIDAK layak menyertai Kempen:

(i) Permanent, contract and/or temporary staff or employees of CIMB Bank (including its Kakitangan atau pekerja tetap dan/atau sementara CIMB Bank (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan/atau

(ii) Wakil dan/atau agen(termasuk agensi pengiklanan dan promosi) CIMB Bank, MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh State of Delware, yang mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America (“MasterCard”) (termasuk anak syarikat dan syarikat berkitan mereka masing-masing); dan/atau

(iii) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan kempen, dan vendor dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga) CIMB Bank dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu

suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan/atau

(iv) Keempunyaan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Perdagangan; dan/atau

(v) Individu berusia kurang daripada 18 tahun.

4. Berhubung dengan Akaun Sertaan bersama, hanya pemegang akaun yang pertama dinamakan iaitu pemegang akaun utama yang layak menyertai Kempen (“Pemegang Akaun Utama”). Bagi tujuan Kempen ini, pemegang akaun bersama akan dianggap sebagai satu pemegang akaun. Untuk mengelakkan keraguan, Pemegang Kad Tambahan atau pemegang akaun Simpanan/Semasa Sekunder tidak berhak memenangi apa-apa hadiah di bawah Kempen ini. Sila lihat jadual di bawah untuk ilustrasi klausa ini.

(2)

Muka surat 2 daripada 8

Jenis Akaun Pemilik Kelayakan

Individu CA Vernon Ya

Individu SA-i Vernon Ya

Bersama SA-i Vernon (Pemilik Primer) & Brother (Pemilik Sekunder)

Ya Bersama CA Vincent (Pemilik Primer) & Vernon (Pemilik

Sekunder)

Tidak

Hadiah

5. Hadiah yang akan diberikan di bawah Kempen in adalah seperti berikut:-

Kategori Hadiah Hadiah Bilangan Hadiah

Hadiah Utama Wang Tunai RM1,000,000 x 1 1

Hadiah Bulanan Wang Tunai 1,000 x 300 (4 bulan) 1,200

Hadiah akan diberikan dalam kuantiti berikut kepada pemenang terpilih Kempen ini berdasarkan dua (2) kategori hadiah dan dalam empat (4) bulan sertaan:

Bulan Bulan Sertaan

Jumlah Pemenang

Utama

Jumlan Pemenang Bulanan

Bulan 1 1 Julai 2015 – 31 Julai 2015

1

300

Bulan 2 1 Ogos 2015 – 31 Ogos 2015 300

Bulan 3 1 September 2015 – 30 September 2015 300

Bulan 4 1 Oktober 2015 – 31 Oktober 2015 300

Kriteria Kelayakan

6. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Pemegang Akaun Layak boleh mendapatkan penyertaan atau penyertaan-penyertaan (“Penyertaan” atau “ Penyertaan-penyertaan” mengikut keadaan) untuk memenangi Hadiah Utama dan/atau Hadiah Bulanan yang dirujuk dalam Klausa 6 di atas menurut mana-mana satu daripada cara berikut:

(i) Buka satu (1) Akaun Semasa atau Akaun Simpanan CIMB Bank untuk berhak mendapat lima puluh (50) penyertaan.

(ii) Setiap RM50 terhadap perbelanjaan runcit di dalam dan/atau di luar negara (sepertimana ditakrifkan dalam Klausa 7) dalam satu resit menggunakan mana-mana Kad Debit CIMB Bank sertaan milik Pemegang Akaun Layak dalam Tempoh Kempen dan dicaj kepada akaun Pemegang Akaun Layak pada atau sebelum 2 haribulan pada bulan berikutnya berhak mendapat satu (1) penyertaan. Pengesanan perbelanjaan runcit luar negara adalah berdasarkan tarikh transaksi (Waktu Malaysia).

(iii) Melaksanakan apa-apa transaksi pembayaran bil yang layak (seperti ditakrifkan dalam Klausa 10) melalui CIMB Clicks atau ATM atau Perbankan Telefon atau Di Kaunter (tidak termasuk pembayaran tunai) untuk mendapatkan sepuluh (10) penyertaan.

(3)

Muka surat 3 daripada 8 (iv) Setiap deposit tambahan (seperti ditakrifkan dalam Klausa 11) dalam gandaan RM500 dalam Akaun Semasa atau Akaun Simpanan CIMB Bank memberikan hak kepada Pemegang Akaun Yang Layak untuk mendapatkan sepuluh (10) penyertaan.

Untuk kemudahan rujukan, jadual dibawah membentangkan ringkasan Penyertaan yg boleh diperolehi:-

No. Kriteria Kelayakan Penyertaan

1 Setiap perbelanjaan runcit di dalam dan/atau luar negara sebanyak RM 50 dengan menggunakan Kad Debit CIMB

1

2 Setiap transaksi pembayaran bil 10

3 Setiap deposit tambahan dalam gandaan RM 500 dalam Akaun Semasa dan Akaun Simpanan CIMB Bank

10 4 Setiap pembukaan Akaun Semasa atau Akaun Simpanan

CIMB Bank

50

7. Perbelanjaan runcit di dalam dan/atau di luar negara (“Perbelanjaan Runcit”) bermaksud transaksi pembelian untuk barangan dan perkhidmatan dan tidak termasuk transaksi pertaruhan atau perjudian. Untuk mengelakkan keraguan, transaksi berikut juga dengan ini secara nyata dikecualikan dan tidak akan dianggap sebagai perbelanjaan runcit di dalam dan/atau di luar negara bagi tujuan Kempen ini:-

(i) Transaksi Kuasi Tunai – (misalnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian); (ii) Ansuran bulanan di bawah sebarang kemudahan pembayaran ansuran yang

disediakan oleh CIMB Bank atau mana-mana bank lain;

(iii) Pembayaran fi tahunan atai caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi penggantian kad, cukai perkhidatan kerajaan,caj pertikaian, caj fraud atau sebarang fi, caj atau penalti lain sama ada dikenakan oleh CIMB Bank atau sebaliknya;

(iv) Transaksi pendahuluan /pegeluaran/deposit tunai; (v) Arahan tetap/perkhidmatan pembyaran automatik;

(vi) Transaksi yang dibuat oleh Peserta Layak dengan mana-mana peniaga yang mempunyai kaitan denagn atau yang dikawal oleh mereka atau ahli keluarga mereka (sama ada sebagai pekerja, majikan, pemegang saham atau pengarah) iaitu transaksi oleh Peserta Layak dengan mana-mana syarikat atau entiti

perniagaan di mana beliau dan/atau mana-mana ahli keluarganya adalah pekerja atau majikan atau bekerja dengannya atau mempunyai saham atau kepentingan di dalamnya atau adalah pengarahnya; dan

(vii) Transaksi pembelian layak selepas itu dibatalkan atau dikembalikan wang, transaksi yang dipertikai, tidak dibenarkan atau menipu.

8. Sebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang apakah yang merupakan Perbelanjaan Runcit yang dirujuk dalam Klausa 7 adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam apa cara jua kecuali nampaknya benar-benar tidak adil.

9. Perbelanjaan runcit yang dirujuk dalam Klausa 7 adalah berdasarkan jumlah perbelanjaan pemegang kad debit (utama dan tambahan) yang disatukan. Jika pemegang kad debit mempunyai beberapa akaun kad debit, perbelanjaan runcit yang dibuat menggunakan semua kad debit oleh pemegang kad debit utama dan pemegang kad debit tambahannya akan disatukan

(4)

Muka surat 4 daripada 8 dan tidak akan dilihat secara individu untuk memenuhi kriteria perbelanjaan runcit Transaksi Layak dan kriteria penyertaan dalam Tempoh Kempen.

10. Pembayaran bil yang layak bermaksud pembayaran bil yang dibuat daripada Akaun Sertaan berhubung dengan cara berikut sahaja:

(i) CIMB Clicks Favourite Biller (ii) CIMB Clicks Biller

(iii) JomPAY Biller

(iv) Pembayaran Bil ATM (Bil Terbuka & Berdaftar) (v) Pembayaran Bil Perbankan Telefon

(vi) Pembayaran Bil Di Kaunter (tidak termasuk pembayaran Tunai)

11. “Deposit Tambahan” ditakrifkan sebagai Baki Purata Tambahan (‘Incremental Average Balance’) (“IAB”) dalam Akaun Sertaan Pemegang Akaun Layak yang dikira sepanjang Tempoh Kempen atau dalam Bulan Sertaan berdasarkan pengiraan yang diperolehi daripada baki purata bulanan (“MAB”) dan “Garis Dasar” yang dihuraikan dengan lebih terperinci di bawah:

Untuk Pengiraan Hadiah Utama:-

(i) Akaun sedia ada yang dibuka sebelum 1 Julai 2015

Pengiraan

Angka Dasar Jumlah penuh baki harian dari 1hb

Jun hingga 30hb Jun 2015 Bilangan hari dalam bulan Jun 2015

Bilangan hari dalam bulan Jun 2015

Jumlah penuh baki harian sepanjang Tempoh Kempen Bilangan hari dalam Tempoh Kempen

Baki Purata Tambahan (“IAB”)= MAB – Angka Dasar

Bagi akaun yang baru dibuka dari 1 Julai 2015 – 31 Oktober 2015, Angka Dasar adalah ‘Sifar’.

Untuk Pengiraan Hadiah Bulanan:-

(i) Akaun sedia ada yang dibuka sebelum 1 Julai 2015

Pengiraan

Angka Dasar Jumlah penuh baki harian dari 1hb Jun hingga 30hb Jun 2015

Bilangan hari dalam bulan Jun 2015 Baki Purata

Bulanan (“MAB”) Jumlah penuh baki harian bagi bulan tersebut

Bilangan hari dalam bulan tersebut Baki Purata Tambahan (“IAB”)= MAB - Angka Dasar

Bagi akaun yang baru dibuka dari 1 Julai 2015 – 31 Oktober 2015, Angka Dasar adalah ‘Sifar’.

12. Dimana Peserta Layak mempunyai deposit tambahan di dalam lebih daripada satu akaun yang mengambil bahagian, deposit tambahan dalam akaun yang mengambil bahagian tersebut akan diagregratkan untuk pengiraan jumlah peluang dalam bulan tersebut.

13. Untuk kemudahan rujukan, jadual di bawah adalah contoh peruntukan Peluang untuk pemegang akaun baru dan sedia ada:

(5)

Muka surat 5 daripada 8

a. Pemegang Akaun Sedia Ada

Bulan MAB

(RM)

IAB

(RM) Bilangan Penyertaan

Jun-15 30 Angka Dasar N/A

Julai-15 180 180 – 30 = 150 Tidak Layak

Ogos-15 2,880 2,880 – 30 = 2,850 40

b. Pemegang Akaun Baru

Bulan MAB

(RM)

IAB

(RM) Bilangan Penyertaan

Jun-15 0 Angka Dasar N/A

Julai-15 500 500 – 0 = 500 10

Ogos-15 1,250 1,250 – 0 = 1,250 40

14. Deposit yang dibuat bagi tujuan pengiraan IAB hanya terpakai bagi dana baru yang ditempatan dalam Akaun Sertaan semasa Tempoh Kempen. Dana baru yang dirujuk di dalam ini merujuk kepada dana yang tidak berasal daripada akaun sedia ada dengan CIMB Bank Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad dan/atau CIMB Investment Bank Berhad.

Pemilihan Pemenang untuk Hadiah Bulanan

16 Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Pemegang Akaun Layak yang memperolehi Penyertaan/Penyertaan-penyertaan yang dirujuk dalam Klausa 7 akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik daripada kumpulan penyertaan layak bagi menentukan pemenang Hadiah Bulanan (“Pemenang Bulanan Yang Disenarai Pendek”) dalam masa 8 hingga 10 minggu selepas tamat setiap Bulan Sertaan seperti ditunjukkan di bawah:-

17 Pemenang Bulanan Yang Disenarai Pendek akan dihubungi oleh CIMB Bank melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di nombor telefon mudah alih mereka yang didaftarkan dengan penyedia perkhidmatan Maxis, Celcom,U Mobile atau Digi Communication yang disimpan dalam rekod CIMB untuk menjawab satu (1) soalan menurut tarikh dan masa yang ditetapkan dalam SMS.

18 SMS akan dihantar kepada Pemenang Bulanan Yang Disenarai Pendek SEKALI sahaja dan hanya mereka yang membalas SMS dengan jawapan yang tepat menurut tarikh dan masa yang ditetapkan akan disahkan sebagai pemenang hadiah bulanan.

19 Jika Pemenang Bulanan Yang Disenarai Pendek gagal membalas SMS pada atau sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan atau jika jawapan yang diberikan tidak tepat, Pemenang Bulanan Yang Disenarai Pendek akan dianggap tidak berjaya dalam penyertaan yang berkenaan.

Bulan Bulan Sertaan

Bulan 1- Julai 1 Julai 2015 – 31 Julai 2015

Bulan 2 - Ogos 1 Ogos 2015 – 31 Ogos 2015

Bulan 3 - September 1 September 2015 – 30 September 2015

(6)

Muka surat 6 daripada 8 20 Makluman SMS akan dihantar kepada Pemenang Hadiah Bulanan sebelum Hadiah Bulanan

dikreditkan ke dalam Akaun Sertaan mereka.

21 Hadiah bulanan akan dikreditkan ke dalam Akaun Sertaan Pemenang Hadiah Bulanan yang berkenaan di CIMB Bank dalam masa lapan (8) hingga sepuluh (10) minggu selepas tamatnya tarikh setiap Bulan Sertaan.

22 Jika Pemenang Hadiah Bulanan mempunyai beberapa Akaun Sertaan, hadiah bulanan akan dikreditkan ke dalam akaun dengan baki tambahan tertinggi dalam Akaun Sertaan kerana hanya satu (1) hadiah akan diberikan kepada Pemenang Hadiah Bulanan tidak kiralah bilangan Akaun Sertaan yang dipegang.

Pemilihan Pemenang untuk Pemenang Hadiah Utama

23 Pada akhir tempoh kempen, Penyertaan/Penyertaan-penyertaan bulanan Pemegang Akaun Layak sepanjang Tempoh Kempen akan dicampur untuk mengira jumlah Penyertaan/Penyertaan-penyertaan yang diperolehi (“Jumlah Penyertaan Terkumpul”). 24 Satu (1) pemegang akaun yang disenarai pendek akan disenarai pendek secara rawak oleh

sistem pemilihan automatik daripada Jumlah Penyertaan Terkumpul bagi menentukan pemenang Hadiah Utama (“Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek”).

25 Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek yang dirujuk dalam Klausa 24 akan dihubungi oleh CIMB Bank melalui nombor telefon terkini Pemegang Akaun Layak yang didaftarkan dengan CIMB Bank. Komunikasi melalui telefon tersebut boleh dibuat oleh CIMB Bank pada waktu pejabat (iaitu dari pukul 9 pagi hingga 6 petang) pada mana-mana hari bekerja CIMB Bank dan Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek yang memberikan jawapan yang tepat akan diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Utama (“Pemenang Hadiah Utama”). 26 Jika Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek gagal menjawab telefon pada dua (2)

percubaan berturut-turut oleh CIMB Bank atas apa sebab jua, Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek akan dianggap sebagai tidak berjaya dalam penyertaan yang berkenaan dan CIMB Bank mempunyai hak dan kebebasan mutlak untuk menghubungi Pemenang Hadiah Utama Yang Disenarai Pendek yang seterusnya dan proses ini akan diulang jika perlu sehingga Pemenang Hadiah Utama diisytiharkan.

27 Hadiah Utama akan dikreditkan ke dalam Akaun Sertaan Pemenang Hadiah Utama dalam masa lapan (8) hingga sepuluh (10) minggu selepas tamat Tempoh Kempen.

28 Jika Pemenang Hadiah Utama mempunyai beberapa Akaun Sertaan, Hadiah Utama akan dikreditkan ke dalam akaun dengan baki tambahan tertinggi dalam Akaun Sertaan kerana hanya satu (1) hadiah akan diberikan kepada Pemenang Hadiah Utama tidak kiralah bilangan Akaun Sertaan yang dipegang.

Secara Kolektif untuk Pemenang Hadiah Utama dan Pemenang Hadiah Bulanan

29. Pemenang Hadiah Utama dan Pemenang Hadiah Bulanan selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Pemenang-pemenang Kempen”. Semua soalan dan jawapan hendaklah ditentukan, dihakimi dan diputuskan oleh panel hakim yang dipilih oleh CIMB Bank dan keputusan panel hakim yang mengisytharkan Pemenang-pemenang Kempen adalah muktamad, konklusif dan

(7)

Muka surat 7 daripada 8 mengikat dengan syarat sentiasa bahawa keputusan hendaklah nampaknya adil dan munasabah.

30. Pemegang Akaun Yang Disenarai Pendek bertanggungjawab memastikan bahawa nombor telefon dan alamat pos mereka yang diberikan adalah nombor telefon dan alamat pos semasa dan dikemaskinikan dengan CIMB Bank sekiranya berlaku apa-apa perubahan. Makluman dan penyerahan hadiah oleh CIMB Bank adalah berdasarkan nombor telefon dan alamat pos Pemegang Akaun Yang Disenarai Pendek yang disimpan di dalam rekod CIMB Bank. CIMB Bank tidak bertanggungjawab kepada Pemegang Akaun Yang Disenarai Pendek atas sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian berbangkit yang menyusul daripadanya) yang dialami sekiranya nombor telefon atau alamat pos Pemegang Akaun Yang Disenarai Pendek dalam rekod CIMB Bank bukanlah nombor telefon atau alamat pos semasa atau tepat kecuali jika ini disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran melampau oleh CIMB Bank.

31. Jika mana-mana Pemegang Akaun Yang Disenarai Pendek gagal menjawab soalan dengan tepat dan/atau tidak dapat dihubungi atas apa sebab jua, Pemegang Akaun Yang Disenarai Pendek tersebut akan disingkirkan daripada menyertai Kempen dan tidak berhak memenangi Hadiah. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara jua sekiranya mana-mana Pemegang Akaun Yang Disenarai Pendek tidak dapat dihubungi atas apa sebab jua kecuali jika ini disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran melampau oleh CIMB Bank.

32. CIMB Bank mempunyai budi bicara tunggal untuk menetapkan tarikh dan masa yang ditentukan untuk menghubungi Pemegang Akaun Yang Disenarai Pendek dengan syarat sentiasa bahawa tarikh dan masa tersebut adalah munasabah.

33. Pemegang Akaun Layak hanya berhak memenangi maksimum satu (1) Hadiah Utama dan satu (1) Hadiah Bulanan di bawah Kempen ini. Untuk mengelakkan keraguan, Pemegang Akaun Layak yang merupakan pelanggan CIMB Bank dan juga memperolehi penyertaan yang layak hanya berhak diberi peluang untuk memenangi satu (1) Hadiah Bulanan dan satu (1) Hadiah Utama.

34. Pemenang Kempen dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau program publisiti lain bila dan apabila dikehendaki oleh CIMB Bank dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh mereka sendiri. Jika Pemenang Kempen gagal menghadiri majlis dan/atau pogram publisiti lain tersebut tanpa sebarang sebab, CIMB Bank merizab hak untuk menarik balik hadiah Pemenang Kempen dan memilih Pemenang Kempen yang lain.

35. Nama Pemenang Kempen boleh diterbitkan dalam laman web CIMB Bank di alamat www.cimbbank.com.my dan/atau melalui sebarang kaedah komunikasi lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa.

36. Pemenang Kempen tidak dibenarkan untuk memindahkan atau menjual hak beliau unruk Hadiah kepada mana-mana individu lain.

37. Pemegang Akaun Yang Disenarai Pendek yang menutup akaunnya sebelum pemilihan Pemenang Kempen selesai dan diumumkan tidak berhak menerima sebarang Hadiah di bawah Kempen.

38. CIMB Bank merizab hak untuk menarik balik sebarang hadiah yang telah dimenangi dan membatalkan kelayakan Peserta Layak di mana terdapat sebarang pembalikan, pembatalan atau penamatan transaksi perbelanjaan runcit dan/atau pembatalan atau penamatan Akaun Sertaan semasa Tempoh Kempen.

(8)

Muka surat 8 daripada 8

Terma-Terma dan Syarat-syarat Am

39. Dengan menyertai Kempen ini, Pemegang Akaun layak bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini dan keputusan CIMB Bank. Pada masa pemilihan Pemenang Kempen, Mastercard debit CIMB Bank, akaun CIMB Clicks, akaun Semasa dan Simpanan CIMB Pemenang Kempen terpilih HENDAKLAH TIDAK (i) melanggar terma-terma dan syarat-syarat material dalam perjanjian kad atau akaun CIMB atau Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks atau Perjanjian Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks; (ii) masih wujud dan tidak ditamatkan atau ditutup atau dikenakan sebarang penahanan, perintah bertentangan yang dibuat oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang, ingkar, dan/atau tidak sah atau dibatalkan menurut takrifan CIMB Bank, sebaliknya mereka akan disingkirkan daripada menyertai atau diisytiharkan sebagai Pemenang Kempen.

40. CIMB Bank dan MasterCard berhak menerbitkan dan/atau memaparkan bahan dan/atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, gambar dan bandar kediaman Perserta Layak yang merupakan pemegang hadiah di bawah Kempen ini bagi tujuan pemasaran, pengiklanan dan dan publisiti dalam apa cara jua yang dianggapnya sesuai. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak ini dengan secara nyata memberi kuasa kepada CIMB Bank dan MasterCard untuk menerbitkan dan/atau memaparkan nama,gambar dan bandar kediaman Peserta Layak bagi tujuan pengiklanan dan publisiti. Ketidakpatuhan mungkin menyebabkan pemenang alternatif dipilih.

41. Keputusan hakim-hakim CIMB Bank berhubung dengan setiap aspek Kempen adalah muktamad, mengikat dan konklusif dengan syarat sentiasa bahawa keputusan hendaklah nampaknya adil dan munasabah. Sebarang surat-menyurat lanjut, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikannya tidak akan dilayan.

42. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua bagi sebarang kerosakan teknikal tidak kira jenisnya, apa jua campur tangan, gangguan dan/atau kesilapan elektronik atau insan dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilaksanakan melalui CIMB Clicks kecuali jika ini disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran melampau oleh CIMB Bank.

43. Dengan menerima hadiah di bawah Kempen ini, Pemenang Kempen bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing daripada dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, gantirugi, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang dialami oleh CIMB Bank dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing berhubung dengan penyertaan pemenang hadiah tersebut dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan hadiah kecuali jika ini disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran melampau oleh CIMB Bank.

44. CIMB Bank berhak mengubah, memadamkan atau menambah apa-apa Terma dan Syarat di dalam ini atau mana-mana bahagian daripadanya dan/atau menggantikan hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini dan/atau melanjutkan, memodifikasi, memendekkan, memberhentikan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen pada bila-bila masa dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (“21”) hari kalendar kepada Pemegang Akaun Layak dan notis hendaklah diletakkan di laman web CIMB Bank di

(9)

Muka surat 9 daripada 8 dianggap sesuai oleh CIMB Bank. Tiada pampasan dalam bentuk tunai atau dalam bentuk barang akan diberikan kepada Pemegang Akaun Layak atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pemegang Akaun Layak yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh perubahan, pemadaman, tambahan atau pindaan pada Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini dan/atau pelanjutan, modifikasi, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini kecuali jika ini disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran melampau oleh CIMB Bank.

45. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik kesamaran atau percanggahan antara versi Terma-terma da n Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bhasa Inggesis atau bahasa lain, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Kempen, maka versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.

46. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen, Peserta Layak boleh menghubungi ‘Customer Resolution Department’ CIMB Bank di alamat, nombor telefon dan nombor faks berikut (atau mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks lain yang boleh diubah oleh CIMB Bank dengan memaklumkan Peserta Layak): Customer Resolution Department, Level 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 1 300 880 900/Fax: 603 2691 3248/cru@cimb.com.

Referensi

Dokumen terkait

BAB III PERBANDINGAN TEORI DENGAN PELAKSANAAN PENGANGKATAN ANAK SAAT INI DI MASYARAKAT Bab ini menguraikan tentang, dalam rangka pelaksanaan perlindungan anak dalam

Dalam artikel ini, penulis akan mengelaborasikan PDRB kecamatan yang direpresentasikan pada variabel ketimpangan wilayah (TI) dengan variabel alokasi dana desa (ADD),

Telah dilakukan pelapisan elektroles Nikel-Posfor (Ni-P) pada baja tahan karat martensitik SS 420 dengan berbagai variasi suhu dan waktu perlakuan panas.. Karakteristik

Implikasi dari penelitian ini adalah : 1) Berangkat dari judul skripsi yang memilki arti yang sangat luas, maka itulah yang terjadi pada hasil penelitian penulis. Penelitian

Pada umumnya metode yang digunakan untuk me-monitoring suatu pekerjaan adalah dengan metode kurva S yang mana bobot setiap pekerjaan dalam metode ini adalah

Kajian ini juga mendapati terdapat kesan kehadiran spiritual sebagai moderator dalam hubungan kepintaran emosi dengan tingkah laku kewargaan organisasi tetapi

Uji akurasi dilakukan pada tiap-tiap hasil klasifikasi multipsektral maximum likelihood guna memperoleh informasi akurasi yang terbaik dari beberapa metode pan-sharpend dalam

Variabel laten dan manifest yang digunakan dalam penelitian ini mengacu pada model yang telah diajukan pada bab sebelumnya, yaitu Performance Expectancy (PE),