• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMAHIRAN ABAD KE 21

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KEMAHIRAN ABAD KE 21"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

KEMAHIRAN ABAD KE­21  

 

1.0 DEFINISI KEMAHIRAN ABAD KE­21 

Kemahiran abad ke­21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk        berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke­21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran        yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke­21 ialah kemahiran­kemahiran yang meliputi        kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis), kemahiran sains dan        teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara        untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad­21, seseorang guru perlu menguasai        pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi        (pengajaran dan pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai­nilai murni bagi        tujuan pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik. 

 

2.0 CIRI­CIRI KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM PENDIDIKAN 

Dalam menjalani abad ke­21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki kemahiran        pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran hidup. Selain itu        terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke­21 ini.       

Elemen­elemen tersebut adalah seperti yang berikut; 

• Kreativiti dan Inovasi  

• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah  

• Komunikasi dan Kolaborasi 

• Literasi Maklumat  

• Literasi Media  

• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi 

• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri 

• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri 

• Kemahiran Sosial dan Antara­Budaya  

• Produktiviti dan Akauntabiliti  

• Kepimpinan dan Tanggungjawab 

(2)

 

Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui        ciri­ciri guru abad ke­21. Antara ciri­ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah        Pendidikan Negara adalah seperti berikut; 

• Menguasai subjek (kandungan kurikulum) 

• Mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran) 

• Memahami perkembangan murid­murid dan menyayangi mereka 

• Memahami psikologi pembelajaran 

• Memiliki kemahiran kaunseling 

• Menggunakan teknologi terkini   

Manakala ciri­ciri pelajar abad ke­21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu; 

• Berupaya membuat hubung­kait 

• Bijak menyoal 

• Yakin berkomunikasi 

• Mengambil risiko 

• Dahagakan ilmu 

• Ingin tahu 

• Menjana idea 

• Fleksibel 

• Tidak berputus asa 

• Mendengar dan membuat refleksi 

• Berkemahiran kritis 

• Menguasai kemahiran literasi 

• Berani mencuba 

• Mampu berfikir sendiri 

• Membuat inisiatif 

• Mampu bekerja dengan orang lain 

• Membuat perubahan 

(3)

• Berintegriti   

Antara buku­buku serta keratan akhbar yang berkaitan dengan Kemahiran Abad ke­21 ialah   

   

Gambar 1:  Learing For Life In Our Times, Bernie Trilling & Charles Fadel   

(4)

  Gambar 2: Creativity for 21st Century Skills, Jane Piirto 

 

  Gambar 3: Keratan Akhbar mengenai isu guru KPLI kurang kualiti 

(5)

 

  Gambar 4: Keratan Akbar mengenai guru di Terengganu mengubah landskap pendidikan dari 

sudut teknologi   

3.0 CABARAN­CABARAN KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM PENDIDIKAN 

Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam        pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana uasaha        membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan        negara memerlukan usaha­usaha yang strategi yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan        amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran­cabaran abad        ke­21. 

Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik.       

Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir        dan tersingkir. Intelektual capital akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang        atau bahan mentah. Budaya koperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan       

(6)

amalan hirarki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu        sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi        atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf        baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. 

Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam ucapan        menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke­40 baru­baru ini, telah meminta rakyat supaya        mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri        dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk                semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing­masing. Jika rakyat tidak bersedia        menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara­negara maju lain.       

Beliau mahukan pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar        keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani. Kerap        juga Perdana Menteri dalam ucapannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan        kita sendiri". 

Antara cabarannya ialah cabaran Alaf Baru. Perubahan­perubahan yang hebat dan pantas        dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh        rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran­cabaran itu        sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan        teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik,        ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke­5, dalam tahun 1997 yang        lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk              global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani.             

Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah        pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat. 

Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta        kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order        thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia        mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr.       

Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana       

(7)

setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan        kegiatan­kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di        tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu        pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan        asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga,        masyarakat, bangsa dan negara. 

Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh        saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda        kita untuk menghadapi keungkinan­kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global,        kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan        urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir,        bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi        yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini. 

Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak        diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang        terpelihara. YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, menganjurkan satu        gagasan sosial yang memantapkan lagi bentuk acuan masyarakat maju Malaysia ialah dengan mengambil        ciri­ciri madani. Mengikut takrif masyarakat madani ialah "suatu sistem sosial yang subur yang        diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan        kestabilan masyarakat. Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi        pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi. Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan        pemerintahan mengikut undang­undang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan        keterdugaan serta ketelusan sistem. 

Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah,        ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya        menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai        merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan        masyarakat. 

 

(8)

4.0 DEFINISI PLAGIRISME 

Plagiarisme adalah penciplakan atau pengambilan karangan, pendapat, dan sebagainya dari        orang lain dan menjadikannya seolah karangan dan pendapat sendiri. Plagiat dapat dianggap sebagai        satu jenayah karena mencuri hak cipta orang lain. Dalam konteks pendidikan pelaku plagiarisme        selayaknya menerima hukuman berat seperti dikeluarkan dari sekolah atau institut pengajian tinggi.       

Pelaku plagiat juga digelar sebagai plagiator. 

Antara golongan plagiator ialah mereka yang menggunakan artikel atau jurnal orang lain secara        terus, tanpa memberikan tanda jelas seperti merujuk kepada nama penulis artikel atau jurnal tersebut        bahawa teks tersebut diambil dari pendapat atau artikel mereka dan mengambil gagasan orang lain        tanpa memberikan maklumat yang cukup mengenai penulis tersebut. Dalam buku Bahasa Indonesia:         

Sebuah Pengantar Penulisan Ilmiah, Felicia Utorodewo dkk. menggolongkan hal­hal berikut sebagai            tindakan plagiarisme: 

● Mengakui tulisan orang lain sebagai tulisan sendiri, 

● Mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri 

● Mengakui temuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri 

● Mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri, 

● Menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeda tanpa menyebutkan        asal­usulnya 

● Meringkas dan memparafrasekan (mengutip tak langsung) tanpa menyebutkan sumbernya, dan 

● Meringkas dan memparafrasekan dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan        pilihan katanya masih terlalu sama dengan sumbernya. 

Hal­hal yang tidak tergolong plagiarisme ialah mereka menggunakan informasi yang berupa        fakta umum. Menuliskan kembali (dengan mengubah kalimat atau parafrase) opini orang lain dengan        memberikan sumber jelas atau mengutip secukupnya tulisan orang lain dengan memberikan tanda batas        jelas bahagian kutipan dan menuliskan sumbernya. 

 

 

(9)

5.0 MASALAH PLAGIARISM DALAM KEMAHIRAN ABAD KE­21 

Amat memalukan dan mengecewakan apabila ahli akademik serta warga institusi pengajian        tinggi yang diiktiraf intelektual, profesional serta terpelajar masih dibelenggu budaya plagiarisme hingga        menjatuhkan taraf kredibiliti golongan terbabit. Budaya yang tidak pernah surut membelenggu dunia        akademik ini bukan saja mencerminkan ketidakjujuran sesetengah ahli akademik dalam profesion kolar        putih malah mampu menggugat kualiti graduan dihasilkan. Biarpun segelintir pihak menganggap budaya        berkenaan sebagai terpencil, tanpa kekangan atau tindakan proaktif, bakal mencemarkan nama baik        sekolah hingga boleh dipersoalkan masyarakat. Adakah ia berlaku kerana golongan terbabit tidak yakin        pada kemampuan diri sendiri hingga mencari jalan mudah menciplak hasil orang lain? Atau kerana sikap        sambil lewa masyarakat menyebabkan budaya berkenaan terus berleluasa meskipun mencalarkan imej        warga terpelajar. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan        Idris, Profesor Dr Omar Abdull Kareem berkata, budaya plagiarisme yang tidak dibendung mampu       

‘menghakis’ dan membunuh usaha melahirkan golongan akademik berwibawa. 

 

 

Gambar 5: Plagiat ialah satu jenayah karena mencuri hak cipta orang lain 

Budaya itu, menurutnya boleh dianggap sebagai parasit kerana bukan sekadar membinasakan        kredibiliti, malah menyebabkan mereka berterusan memplagiat tanpa menghiraukan penat lelah orang        lain. Isunya bukan hanya membabitkan satu pihak malah mempengaruhi pihak lain yang terlebih dulu       

(10)

bersusah payah menghasilkan terbitan, karya dan idea asli. Lebih malang lagi apabila kegiatan itu        dilakukan mereka yang menggelarkan diri sebagai ‘golongan intelektual’. Sudah tentu ia satu penipuan        dan merendahkan martabat malah masyarakat juga tertipu kerana mempercayai kemampuan golongan        ini dalam menghasilkan hasil bermutu dan bersifat akademik. Bukankah ini sungguh mencalarkan imej        padahal mereka mendapat sanjungan masyarakat? Sanggupkah menerima pengiktirafan itu jika tidak        jujur? Justeru, berfikirlah secara positif dan matang sebelum melakukan tindakan itu supaya ia tidak        memalukan diri sendiri dan institusi. Plagiat secara am ditakrif sebagai usaha menciplak tesis, kertas        kerja atau kajian membabitkan ayat dalam karya selain persoalan hak cipta. Sementara idea, data,        ciptaan dan penulisan pula adalah paling sinonim diplagiat. 

Antara faktor yang memungkinkan berlakunya plagiarisme adalah masa, tiada komitmen dan        penyeliaan dilakukan secara sambil lewa serta tiada kesungguhan. Beliau berkata, mahasiswa dan        pensyarah perlu memainkan peranan penuh bertanggungjawab bagi memastikan penumpuan serta        integriti tidak lari daripada panduan menghasilkan karya bermutu. Malangnya, sebahagian besar hanya        melihat jalan mudah hingga sanggup membelakangkan profesionalisme dan harga diri semata­mata        memastikan kejayaan menghasilkan karya, tesis atau jurnal tercapai. Mereka tolak ke tepi nilai ilmu        yang ingin diterapkan hingga menjadikan budaya ini satu kebiasaan. Harus sedar, berada di institusi        pengajian tinggi bermakna perlu menggandakan usaha, bersusah payah dan berdepan rintangan sebelum        berjaya. Barulah hasil kejayaan dikecapi itu manis dan berbaloi. Namun jika asyik memplagiat hasil        orang lain, apakah makna perjuangan ilmu itu?” katanya mengakui penyeliaan dalam apa jua penghasilan        karya perlu dilakukan dengan penuh teliti. Menurutnya kajian atau penulisan bertujuan mencambah        pemikiran baru selain meningkatkan lagi nilai intelektual individu. Ia perlu dipantau dan diteliti sebelum        diiktiraf. 

Longgarnya aspek itu akhirnya memungkinkan plagiarisme berlaku sekali gus menghakis sedikit        demi sedikit nilai asli yang ingin dihasilkan. Bayangkan jika semua hasil adalah plagiat, apakah kualiti        yang mampu dicapai. Budaya itu juga, katanya, sangat memalukan dan tidak adil kepada kelompok lain        yang berusaha keras menghasilkan karya asli namun tetap mendapat pengiktirafan sama. Meskipun        universiti mengamalkan dasar dan polisi tegas untuk membendung budaya itu, masih ada yang berani        melakukannya kerana beranggapan ‘tiada siapa tahu’ selain menjimatkan masa. Setiap institusi        mempunyai polisi ketat bagi memastikan budaya plagiarisme tidak menular, sekali gus menjatuhkan       

(11)

nama baik institusi. Bagaimanapun, masih ada yang berani menongkah arus semata­mata memastikan        misi tercapai. Lebih hebat, mereka turut memplagiat hasil penyelidikan. Ironinya, budaya ini tidak terhad        hanya pada golongan akademik, malah mahasiswa turut sama melakukannya. Cuma caranya berbeza        dengan penilaian atau tujuan berlainan. Apapun alasan, ia sama sekali tidak boleh diterima kerana        menjatuhkan nilai ilmuwan dan intelektual. 

Antara cara boleh dilakukan bagi mengesan plagiarisme adalah penyeliaan teliti oleh penyelia        selain menerusi perisian pengesan Turnitin yang boleh membantu mengenalpasti bahagian diciplak        penulis tanpa menyatakan sumbernya. Sama ada budaya ini boleh dikekang, beliau berkata, semuanya        terpulang kepada kesedaran dan kejujuran individu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk diri        sendiri serta masa depan. Perkara ini amat subjektif, hanya diri sendiri saja yang boleh menentukan dan        merencanakan perjalanan kejayaan masing­masing. Plagiat sebenarnya tidak beretika dan wajar        dihentikan. Perlu yakin pada kemampuan diri sendiri, berusaha keras dan berdisiplin. Hanya itu kunci        yang ada untuk mencapai kejayaan. Selain itu, plagiat hanya merugikan, merendahkan taraf seseorang        yang mungkin dapat mengecapi kesenangan seketika. Namun berbaloikah kerana ia terhasil dari usaha        orang lain, bukan diri sendiri;” soalnya 

 

6.0 KESIMPULAN 

Kesimpulannya, kemahiran abad ke­21 amat penting dalam konteks pendidikan. Hal ini        demikian kerana, teknologi pada zaman ini diperlukan bagi setiap individu untuk melaksanakan        tugasan­tugasan yang diberikan. Sebagai contoh, setiap guru perlu mempunyai Sistem Maklumat Pelajar        untuk dihantar kepada Kementerian Pendidikan sebagai rujukan bagi prestasi setiap pelajar tersebut.       

Walaubagaimanapun, teknologi juga mempunyai pengaruh yang negatif terhadap pendidikan iaitu        plagiarisme. Kebanyakannya plagiarisme ini terjadi kepada penunut di institusi pengajian tinggi. Hal ini        demikian kerana, maklumat­maklumat yang ingin diperolehi boleh didapati dengan mudah dalam        pencarian internet seperti Google, Yahoo, Mozilla dan sebagainya. 

Kemahiran abad ke­21 ini mempunyai nilai positif dan negatif berdasarkan pendirian individu

       

tersebut terhadap teknologi. Oleh itu, amalan palgiarisme ini harus dibendung agar dapat melahirkan        mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti bagi menjana tenaga kerja negara. Jelaslah bahawa,       

(12)

kemahiran abad ke 21 ini banyak memberi impak dalam pendidikan tidak kira pelajar, guru dan        masyarakat.  

     

Referensi

Dokumen terkait

guru mata pelajaran dan kepala sekolah setempat. Hasil observasi dilapangan terdapat fenomena yang terjadi di SMPN 2 Randuangung Lumajang adalah:

Berdasarkan pembahasan pengujian kuat lentur dan kuat tarik belah beton di atas, nilai kuat lentur maupun kuat tarik belah beton maksimum dicapai pada umur

Meskipun tidak memiliki gambaran yang jelas tentang mekanisme efek ukuran partikel pada aktivitas antimikroba kitosan nanopartikel, namun dari hasil penelitian

Penelitin ini menyimpulkan , a).Masyarakat desa Alue leuhop dan Cot girek, pada dasarnya masih sangat kurang informasi tentang hukum jinayat sehingga kurang dalam pemahaman

ini menekankan pada Story board (alur cerita) yang telah dibuat dan mengambil latar permainan ini objek wisata di kota Palembang yaitu Jembatan Ampera,

Di dalam perencanaan sistem drainase apartemen Puri City ini nantinya, akan terdapat beberapa saluran yang menampung air limpasan hujan dari tiap apartemen dan aliran

139.K/TUN/2002 dinyatakan sah dan penggugat dalam rekonvensi dinyatakan sebagai pemilik atas tanah seluas ± 5.600 m² (lima ribu enam ratus meter persegi) yang terletak di Dusun II

Sesuatu yang Bisa Diakadkan Sepakat Melakukan Syarikah dalam Urusan Tertentu Sepakat Melakukan Syarikah Sepakat Memberikan Modal Hukum Syarikah dalam Islam Barang Jasa