• Tidak ada hasil yang ditemukan

MINAT DAN SIKAP BELAJAR PELAJAR USIM TERHADAP KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "MINAT DAN SIKAP BELAJAR PELAJAR USIM TERHADAP KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

USIM Students’ Passion And Behaviour Toward Ethics And Civilisation Course

Ros Aiza binti Mohd Mokhtar, Latifah binti Abdul Latiff, Abd Hakim bin Mohad Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

[email protected]

Abstrak

Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan salah satu kursus wajib universiti yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia bermula September 2019. Kursus ini telah mula diambil oleh pelajar Universiti Sains Islam Malaysia bermula semester II, 2019/2020. Pada dasarnya, kursus ini dibangunkan untuk pelajar sebagai pendedahan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza serta Tapak Integrasi dalam konteks Malaysia bagi tujuan mengukuhkan kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat multietnik di Malaysia. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban diharap dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan profesional. Oleh itu, makalah ini bertujuan meneroka minat dan sikap belajar pelajar USIM terhadap kursus ini. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif, yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Data kemudiannya dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar USIM telah menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari subjek ini serta mempunyai sikap belajar yang sangat positif terhadap kursus ini. Dengan minat yang tinggi serta sikap belajar yang positif ini, diharapkan proses kesepaduan sosial yang merupakan agenda penting Kerajaan Malaysia akan tercapai dan masyarakat multietnik di Malaysia akan hidup dengan harmoni. Kajian ini penting sebagai input awal kepada tenaga pengajar kursus ini di USIM khususnya dan di IPT amnya sebagai persediaan dan penambahbaikan dalam perlaksanaan kursus ini pada semester-semester yang akan datang.

Kata kunci: Etika, Peradaban, Minat, Sikap belajar, USIM

PENGENALAN

Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan salah satu kursus wajib universiti yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia bermula September 2019 bagi menggantikan dua kursus wajib universiti yang ditawarkan sebelum ini iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia serta Hubungan Etnik. Manakala di peringkat USIM pula, kursus ini telah ditawarkan buat pertama kalinya kepada pelajar tahun satu, bermula semester II, 2019/2020. Pada dasarnya, kursus ini dibangunkan untuk pelajar sebagai pendedahan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza serta Tapak Integrasi dalam konteks Malaysia bagi tujuan mengukuhkan kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat multietnik di Malaysia. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial,

budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban diharap dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan profesional. Oleh itu, makalah ini bertujuan meneroka minat dan sikap belajar pelajar USIM terhadap kursus ini. Selain daripada penawaran kursus ini merupakan yang pertama, perlaksanaan PdP kursus ini juga telah berubah daripada secara bersemuka kepada atas talian sepenuhnya sama ada secara segerak (synchronous) mahupun (asynchronous) bermula 1 Jun 2020 disebabkan oleh masalah covid 19 yang melanda dunia. Dengan itu, kajian ini penting mengambil kira dua perkara tersebut.

(2)

KAJIAN LITERATUR

Memandangkan kursus Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan kursus yang baharu, oleh itu, belum terdapat kajian khusus tentang minat pelajar terhadap kursus ini. Walau bagaimanapun, minat pelajar terhadap subjek-subjek tertentu seperti subjek Sains dan Matematik telah mendapat perhatian pengkaji-pengkaji terdahulu. Antaranya ialah Aziz dan Lin (2011) yang mengkaji minat pelajar tingkatan dua terhadap mata pelajaran Sains di dua lokasi berbeza iaitu di Skudai dan Sarawak. Dalam kajian tersebut, mereka mengenalpasti persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan hubungan antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas Sains. Kajian mereka mendapati bahawa sebanyak 57.9%

daripada pelajar mempunyai minat terhadap subjek Sains dan manakala 72% pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap subjek tesebut. Pengkaji juga menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan persepsi dengan penguasaan konsep asas Sains. Manakala Johari Norsuriani (2011) pula telah mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi minat terhadap subjek Matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian telah dijalankan ke atas 200 orang pelajar tingkatan empat daripada dua buah sekolah di daerah Kulai, Johor. Kajian tersebut mendapati bahawa tahap minat pelajar terhadap subjek Matematik adalah tinggi di mana faktor luaran seperti guru dan rakan serta faktor dalaman iaitu diri sendiri dan psikologi yang banyak mempengaruhi minat pelajar terhadap Matematik. Kajian-kajian terdahulu tentang minat pelajar terhadap subjek lain sedikit-sebanyak membantu pengkaji merangka soal selidik bagi kajian ini.

METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Instrumen dibina berpandukan kepada Attitude/Motivation Test Battery (AMTB) yang dikembangkan oleh Gardner (2004).

Berdasarkan kerangka ini, soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu; demografi responden dan minat pelajar terhadap kursus TITAS serta faktor-faktor yang mempengaruhiya iaitu faktor diri pelajar sendiri (tabiat belajar), faktor personaliti dan Pdpc pensyarah serta faktor kursus tersebut. Walau bagaimanapun, makalah ini akan memfokuskan perbincangan tentang minat dan tabiat belajar pelajar tanpa menghuraikan faktor-faktor lain yang mempengaruhi minat pelajar tersebut. Dengan itu, hipotesis kajian ini adalah;

H1: Terdapat hubungan yang tinggi antara minat pelajar USIM terhadap kursus Penghayatan Etika dan Peradaban dengan tabiat belajar mereka terhadap kursus tersebut.

Soal selidik telah diedarkan kepada pelajar tahun satu Universiti Sains Islam Malaysia dari fakulti yang berbeza. Sebanyak 400 soal selidik telah dianalisis. Prosedur persampelan rawak digunakan dalam kajian ini.

Kebolehpercayaan instrumen telah diuji dengan Alfa Cronbach. Nilai Alfa Cronbach bagi dua konstruk yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah sebagaimana Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Kebolehpercayaan Alatan Kajian

Kategori Konstruk Bilangan Item

Bilangan Responden Nilai Alfa

Minat Pelajar Terhadap Kursus 9 400 .846

Tabiat Belajar Pelajar 10 400 .862

Berdasarkan analisis yang dijalankan, nilai Alfa ialah .846 bagi konstruk Minat Pelajar Terhadap Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban dan .862 pula bagi konstruk Tabiat Belajar Pelajar terhadap Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Instrumen ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana nilai alpha

(3)

melebihi 0.8 (Cohen, Manion & Morrison, 2011). Data seterusnya dianalisis menggunakan SPPS. Ujian Pearson Correlation digunakan untuk menguji hipotesis kajian ini.

DAPATAN KAJIAN

Profil Responden

Kajian yang dijalankan ini melibatkan seramai 400 orang pelajar tahun 1 USIM yang telah mengambil kursus Penghayatan Etika dan Peradaban pada semester 1I, 2019/2020. Perincian berkenaan maklumat demografi responden dalam kajian ini diringkaskan ke dalam Jadual 2 dan Jadual 3 berikut:

Jadual 2: Demografi Responden

Perkara Perincian Kekerapan Peratus (%)

Jantina Lelaki Wanita

107 293

26.8 73.3 Fakulti Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)

Fakulti Sains dan Teknologi (FST)

Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)

95 90 215

23.8 22.5 53.8

Jadual 3: Taburan Jantina dan Fakulti

Fakulti Total

FKP FST FSU

Jantina Lelaki 21 22 64 107

Perempuan 74 68 151 293

Total 95 90 215 400

Analisis Deskriptif

Jadual 4 menunjukkan tahap minat pelajar terhadap kursus Penghayatan Etika dan Peradaban dalam kalangan pelajar USIM. Secara keseluruhan skor min bagi konstruk ini adalah tinggi iaitu 3.505 hingga 4.825. Skor min yang tertinggi adalah bagi item “Saya mahu mendapat markah yang baik dalam ujian, kuiz, tugasan dan projek”, manakala skor min yang terendah adalah bagi item “Saya terlibat secara aktif dalam perbincangan atau menjawab soalan dalam kuliah”.

Jadual 4: Minat Pelajar Terhadap Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban

Minat Pelajar Terhadap Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban

Skor Min

Sisihan Piawaian 1. Saya sentiasa bersedia untuk belajar subjek Penghayatan

Etika dan Peradaban. 4.2450 .63323

2. Saya memberi perhatian terhadap kuliah yang disampaikan.

4.0725 .62307 3. Saya terlibat secara aktif dalam perbincangan atau menjawab

soalan dalam kuliah. 3.5050 .82564

(4)

4. Saya mahu mendapat markah yang baik dalam ujian, kuiz,

tugasan dan projek. 4.8250 .44707

5. Saya berasa kecewa sekiranya kuliah dibatalkan.

3.8425 .85118 6. Saya memberi perhatian yang lebih terhadap topik-topik

kursus PEP yang sukar. 4.1800 .70983

7. Saya suka belajar kursus Penghayatan Etika dan Peradaban.

4.3175 .67292 8. Saya berpendapat kursus Penghayatan Etika dan Peradaban

harus diajar di universiti. 4.4900 .66784

9. Saya berpendapat subjek Penghayatan Etika dan Peradaban

sangat relevan pada masa kini. 4.5300 .60830

Manakala, Jadual 5 pula menunjukkan tabiat belajar pelajar USIM terhadap kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Secara keseluruhan, skor min bagi konstruk ini juga adalah tinggi iaitu 3.3075 hingga 4.5400. Skor min yang tertinggi adalah bagi item “Saya melakukan tugasan dan menyelesaikannya dalam tempoh yang ditetapkan”, manakala skor min yang terendah adalah bagi item “Saya mempunyai kumpulan belajar (study group) sendiri bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban”. Hal ini menunjukkan tabiat belajar pelajar USIM terhadap Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban adalah positif.

Jadual 5: Tabiat Belajar Pelajar USIM Terhadap Kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban

Tabiat belajar pelajar USIM terhadap kursus Penghayatan Etika dan Peradaban

Skor Min

Sisihan Piawaian 1. Saya melakukan tugasan dan menyelesaikannya dalam

tempoh yang ditetapkan. 4.5400 .59099

2. Saya berusaha lebih gigih apabila menyelesaikan

tugasan yang sukar. 4.5050 .59233

3. Saya suka membaca nota dan buku yang berkaitan

dengan Etika dan Peradaban. 3.7900 .76640

4. Saya belajar sendiri topik yang saya terlepas sekiranya

saya tidak hadir ke kuliah. 4.0675 .74453

5. Saya belajar dengan lebih gigih untuk meningkatkan

prestasi bagi mendapat gred yang tinggi. 4.4400 .61428

6. Saya menyiapkan tugasan sebelum melakukan aktiviti

kegemaran saya. 4.1075 .80782

(5)

7. Saya membuat ulang kaji sebelum mengambil kuiz dan

ujian. 4.5188 .61311

8. Saya belajar subjek Penghayatan Etika dan Peradaban

secara berkumpulan. 3.5025 1.02353

9. Saya mempunyai kumpulan belajar (study group)

sendiri bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban. 3.3075 1.08899

10. Saya akan bertanya pensyarah sekiranya tidak faham

tentang sesuatu topik. 3.6600 .78482

PENGUJIAN HIPOTESIS

Hipotesis diuji menggunakan Ujian Pearson Correlation. Hasil ujian menunjukkan terdapat hubungan yang tinggi antara minat pelajar USIM terhadap kursus Penghayatan Etika dan Peradaban dengan tabiat belajar mereka terhadap kursus tersebut. Hasil ujian adalah sebagaimana Jadual 6 berikut.

Jadual 6: Hubungan antara Minat Pelajar USIM terhadap Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban dengan Tabiat Belajar Pelajar terhadap Kursus Tersebut.

Min_

Minat Pelajar Terhadap Kursus

Min_

Tabiat Belajar Pelajar

Min_

Minat Pelajar Terhadap Kursus

Pearson Correlation Sig.

(2-tailed) N

1 . 400

.761**

.000 400 Min_

Tabiat Belajar Pelajar

Pearson Correlation Sig.

(2-tailed) N

.761**

.000 400

1 . 400

PERBINCANGAN

Kajian ini menunjukkan bahawa minat pelajar terhadap kursus Penghayatan Etika dan Peradaban adalah baik dengan merujuk kepada skor min bagi semua item berkenaan minat pelajar iaitu antara 3.505 hingga 4.825.

Perlu diberi perhatian juga bahawa skor min bagi item “Saya berasa kecewa sekiranya kuliah dibatalkan” juga agak baik iaitu 3.8425. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar turut menganggap bahawa kursus ini penting dan merasa rugi sekiranya tertinggal kelas atau kuliah oleh pensyarah. Perkara yang lebih menarik ialah skor min bagi item “Saya berpendapat kursus Penghayatan Etika dan Peradaban harus diajar di universiti” adalah tinggi iaitu 4.4900. Perkara ini secara langsung menunjukkan bahawa pelajar menyedari kepentingan kursus ini dan bersedia memanfaatkan apa yang dipelajari daripada kursus ini. Salah satu faktor yang dikenal pasti menyebabkan minat pelajar terhadap kursus ini adalah diri pelajar sendiri iaitu tabiat belajar pelajar terhadap kursus ini yang positif. Hal ini boleh diperhatikan daripada skor min bagi semua item berkenaan tabiat belajar pelajar USIM terhadap kursus Penghayatan Etika dan Peradaban iaitu antara 3.3075 hingga 4.5400. Perkara

(6)

ini dapat dibuktikan dengan keputusan ujian hubungan yang tinggi antara minat pelajar USIM terhadap kursus Penghayatan Etika dan Peradaban dengan tabiat belajar mereka terhadap kursus tersebut.

KESIMPULAN

Dapatlah disimpulkan bahawa kajian ini menunjukkan minat dan tabiat belajar pelajar USIM terhadap Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban adalah baik. Hubungan antara kedua-dua konstruk juga adalah tinggi. Hal ini merupakan sesuatu yang sangat positif kerana sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, kursus ini pertama kali ditawarkan dengan bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas. Dalam masa yang sama, perlaksanaan PdP kursus ini juga telah berubah daripada secara bersemuka kepada dalam talian sepenuhnya, sama ada secara segerak (synchronous) mahupun (asynchronous) bermula 1 Jun 2020 disebabkan oleh masalah Covid-19 yang melanda dunia. Dengan itu, dapatan kajian ini penting serta memberi motivasi kepada semua yang terlibat sama ada di pihak penggubal kursus mahupun di pihak pelaksana iaitu tenaga pengajar yang mengajar kursus ini.

RUJUKAN

Abd Hakim Mohad, Ros Aiza Mohd Mokhtar, Dg Hafizah Ag Basir & Siti Halimah Putung. (2015). Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor: SASBADI

Abdul Rahman Md Aroff. (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Aziz Nordin & Lin Hui Ling. (2011). “Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua.” Journal of Science & Mathematics Education, 2, hlm. 89- 101. Akses 8 April 2020.

Cavanagh, T. (2011). The Blended Learning Toolkit: Improving Student Performance and Retention.

EDUCAUSE Quarterly, December.

Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2011). Research Method in Education. 7th edition. London & New York: Routledge

Johari Bin Hassan & Norsuriani Binti Ab Aziz. Hassan. (2011). “Faktor-faktor yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.” Journal of Science & Mathematics Education, hlm. 1-7.

Masrom, M. et.al. (2008). Critical Success in E-Learning: An Examination of Technological and Institutional Support Factors. International Journal of Cyber Society and Education, 1 (2), 131-142.

R. C. Gardner. (2004). “Attitude/Motivation Test Battery: International AMTB Research Project.” The University of Western Ontario, Canada. https://publish.uwo.ca/~gardner/docs/englishamtb.pdf

Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Latifah Abdul Latiff & Mashitah Sulaiman. (2019). “Blended Learning dalam Kurus TITAS: Kajian Terhadap Penggunaan TITAS MOOCs Dalam Kalangan Pelajar UMS.” Jurnal Sains Insani (JSI), 4(1), hlm. 54-60

Shamsul Amri Baharuddin. (Ed.). (2014). Modul Hubungan Etnik (Kedua). Bangi: Institut Kajian Etnik UKM.

Yi-Chi Wua, Ching-Sung Chena, Yu-Jiun Chana. (2020). The outbreak of COVID-19: An overview. Journal of China Medical Association

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan yang positif dan signifikan antara Minat Berwirausaha dengan Hasil Uji Kompetensi pada peserta ujian kursus menjahit

Sementara itu ujian korelasi Pearson juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara gaya pembelajaran rangsangan sosiologi pelajar PISMP tahun 3

Kesimpulan akhir yang dapat diambil dalam penelitian ini adalah hubungan yang signifikan antara minat belajar dengan aktivitas belajar peserta kursus bahasa

Persoalan kajian: Adakah terdapat tahap korelasi yang tinggi dan signifikan antara kebimbangan ujian, motivasi ekstrinsik dan intrinsik dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab

Hasil ujian Korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dan efikasi kendiri sains pelajar terhadap pencapaian Sains

Sungguhpun dalam kajian ini telah membuktikan bahawa faktor utama dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap kursus keusahawanan di Kolej Komuniti Pasir Mas adalah dari

Rajah 4: Tahap Keselesaan Pelajar Dengan Rekayasa Dakwah KBAT yang digunakan Sumber: Kajian Rekayasa Dakwah KBAT dalam Kalangan Mahasiswa di UMS Menerusi Kursus PEDP Berdasarkan

Buletin FKA Edisi 2021 Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang Lawatan ke tapak bangunan yang sedang dibaikpulih galak minat pelajar terhadap kursus Kejuruteraan