• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK MUKAH KE KAMPUS BAGI SESI II : 2021/ 2022

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK MUKAH KE KAMPUS BAGI SESI II : 2021/ 2022"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

POLITEKNIK MUKAH

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KM 7.5, Jalan Oya

96400 Mukah

SARAWAK, MALAYSIA

Telefon : 084-874 001 Faks : 084-874 005 Laman Web : www.pmu.edu.my

Facebook : politeknikmukah

CERTIFIED TO ISO 9001:2015 CERT. NO. : MY-QMS 02272 CERTIFIED TO ISO 9001:2015

CERT. NO. : MY-QMS 02272

Rujukan Kami : PMU/PTD/500/01/005 Jld.5 (86) Tarikh : 16 Februari 2022

KEPADA PELAJAR SENIOR POLITEKNIK MUKAH SESI II : 2021/2022 (selain pelajar yang akan menjalani LI)

Saudara / Saudari,

KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK MUKAH KE KAMPUS BAGI SESI II : 2021/ 2022 Perkara di atas adalah dirujuk. Politeknik Mukah merujuk Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan pada 9 Februari 2022 berkenaan kemasukan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke kampus bagi kemasukan Mac 2022.

2. Sehubungan dengan itu, Politeknik Mukah telah membuat ketetapan lapor diri ke kampus bagi Sesi II : 2021/2022 adalah seperti dalam Lampiran 1. Pelajar boleh membuat pembayaran yuran pengajian dan yuran asrama bermula 27 Februari 2022. Maklumat lanjut berkaitan urusan Lapor Diri Pelajar Senior bagi Sesi II : 2021 /2022 boleh diakses di laman web Politeknik Mukah www.pmu.edu.my/jhepp mulai 17 Februari 2022. Pelajar dinasihatkan untuk membaca maklumat berkenaan dengan teliti bagi memudahkan urusan lapor diri pelajar senior.

3. Pelajar yang tidak menerima vaksinasi lengkap perlu menunjukkan surat pengecualian vaksinasi daripada pihak Hospital / Klinik Kesihatan Kerajaan. Pelajar yang menolak vaksinasi lengkap perlu menjalani ujian kendiri RTK-Ag di Klinik Kesihatan setiap minggu dan tidak ditawarkan asrama. Kos Ujian RTK-Ag adalah atas tanggungan pelajar sendiri. Pelajar diwajibkan untuk mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan telah memenuhi syarat-syarat di atas untuk memasuki ke kampus PMU serta dibenarkan untuk menggunakan kemudahan / fasitliti di dalam institusi.

4. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Politeknik Mukah di talian 084-874001 sambungan 8014 / 8015.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(DR ZAMZAM BIN MOHD WALID) Pengarah

Politeknik Mukah

AK/yl

(2)

Lampiran 1

JADUAL LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR KE KAMPUS POLITEKNIK MUKAH SESI II 2021/2022

JABATAN PROGRAM TARIKH/

HARI MASA

Jabatan Kejuruteraan Awam

 Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)

2 Mac 2022 (Rabu)

8.30 pagi – 4.30 petang

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

 Diploma Kejuruteraan Elektrik (Komunikasi) (DEP)

 Diploma Kejuruteraan Elektrik &

Elektronik (DEE)

2 Mac 2022 (Rabu)

8.30 pagi – 4.30 petang

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)

2 Mac 2022 (Rabu)

8.30 pagi – 4.30 petang

Jabatan Perdagangan

 Diploma Akauntansi (DAT)

 Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)

 Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK)

3 Mac 2022 (Khamis)

8.30 pagi – 4.30 petang

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 Diploma Teknologi Digital (DDT)

3 Mac 2022 (Khamis)

8.30 pagi – 4.30 petang

(3)

MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI 2 2021/2022

Adalah dimaklumkan bahawa Lapor Diri Pelajar Senior secara fizikal bagi Sesi 2 2021/2022 untuk pelajar yang layak meneruskan pengajian adalah seperti berikut:

Pelajar diwajibkan untuk membuat deklarasi kesihatan 3 hari sebelum hadir secara fizikal ke kampus dipautan https://sites.google.com/view/pmuhealth/home.

MULA

SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR

(SPMP)

PEMBAYARAN YURAN LAYAK

MENERUSKAN PENGAJIAN?

LAPOR DIRI ONLINE DI SPMP

PENDAFTARAN KURSUS (AKADEMIK).

*RUJUK JABATAN MASING-MASING

TAMAT

HUBUNGI UNIT PEPERIKSAAN PMU Tarikh Diumumkan:

26 FEBRUARI 2022

Mulai 27 Feb 2022

Mulai 27 Feb 2022

(4)

YURAN PENGAJIAN & YURAN ASRAMA

Berikut merupakan kadar yuran yang perlu dijelaskan oleh calon pelajar. Kaedah bayaran untuk Yuran Pengajian dan Yuran Asrama adalah melalui JomPay sahaja.

BIL JENIS YURAN JUMLAH (RM)

1 Pengajian 200.00

2 Asrama* 60.00

JUMLAH 260.00

* Calon pelajar tidak perlu membayar Yuran Asrama sekiranya calon pelajar tidak ditawarkan asrama atau tidak memerlukan kemudahan asrama.

* Transaksi bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama boleh dibayar sekaligus di dalam satu resit.

BAYARAN PELBAGAI PELAJAR SENIOR

Berikut merupakan kadar Bayaran Pelbagai yang perlu dijelaskan oleh pelajar semester 3, 5, 7 & 9. Kaedah bayaran untuk Bayaran Pelbagai adalah secara perbankan dalam talian (online banking) sahaja. Pelajar diwajibkan untuk mencetak resit Bayaran Pelbagai dan dihantar ke koperasi pada minggu pertama pengajian bagi sesi 2 2021/2022.

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Perlindungan Insurans Pelajar 35.00

JUMLAH 35.00

Bayaran Pelbagai boleh dibuat ke akaun berikut:

Nama Akaun : KOPERASI POLITEKNIK MUKAH BERHAD No. Akaun : 2113 3300 0002 58

Nama Bank : RHB BANK BERHAD Rujukan 1 : No. Kad Pengenalan Rujukan 2 : No. HP

PERINGATAN : PELAJAR YANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI TIDAK PERLU MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN DAN KAMSIS

(5)

KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN (melalui JOMPAY)

Langkah 1: Log Masuk ke Perbankan Pilihan Dalam Talian atau Mobile Banking.

Langkah 2: Pilih JomPay pada menu Pay Bills.

(6)

Langkah 3: Buat Pilihan Akaun Pengguna dan Isi Maklumat berikut:

i) Biller Code: 842005

ii) Reference 1: Nombor Kad Pengenalan Pelajar (tanpa simbol “-‘’, contohnya: 030303130303)

iii) Reference 2: Nombor Telefon Pelajar (tanpa simbol “-‘’, terhad kepada 20 aksara) iv) Jumlah: RM260 (Yuran Pengajian & Yuran Asrama)

Langkah 4: Menyemak semula maklumat sebelum mengesahkan (CONFIRM) pembayaran

(7)

Langkah 5: Unique JomPay Reference Number akan dipaparkan setelah transaksi bayaran berjaya dilakukan.

PERINGATAN:

1. Patuhi arahan ketika membuat pembayaran yuran melalui JOMPAY.

2. Politeknik tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran.

3. Pelajar diwajibkan untuk mencetak maklumat bayaran ini bagi tujuan simpanan dan rekod pendaftaran pelajar.

LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SECARA ONLINE MELALUI SPMP

a) Semua pelajar DIWAJIBKAN untuk membuat Lapor Diri secara Online melalui Portal SPMP.

b) Lapor Diri Online Pelajar Senior Sesi 2 2021/2022 boleh mula dibuat bermula 27 Februari 2022.

c) Proses Lapor Diri Online hanya boleh dibuat 2 hari bekerja selepas pembayaran Yuran Pengajian dibuat.

d) Pelajar DIWAJIBKAN MENCETAK SLIP LAPOR DIRI SEBANYAK 3 SALINAN dan dibawa pada hari Lapor Diri secara fizikal bersama-sama slip bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama.

• 1 salinan untuk Penasihat Akademik

• 1 salinan untuk KAMSIS

• 1 salinan untuk pelajar

(8)

TATACARA LAPOR DIRI SECARA ONLINE MELALUI SPMP

a) Layari http://spmp.pmu.edu.my

b) Log masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Pelajar c) Klik pada menu Hal Ehwal Pelajar > Pendaftaran > Lapor Diri Pelajar Senior

d) Pelajar akan diminta untuk mengemaskini Maklumat Peribadi/Penjaga/MUET/Kaum dan sebagainya. Sila masukkan maklumat terkini yang sah.

e) Cetak Slip Lapor Diri (3 salinan) dan bawa semasa hari melapor diri secara fizikal ke kampus Politeknik Mukah.

PERINGATAN

(9)

PENANGGUHAN PENGAJIAN

Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak dapat melapor diri pada Sesi 2 2021/2022 dikehendaki untuk membuat permohonan Penangguhan Pengajian secara rasmi kepada PENGARAH, POLITEKNIK MUKAH. Hanya pelajar yang diluluskan penangguhan pengajian dibenarkan untuk tidak melapor diri. Mohon untuk berhubung melalui Penasihat Akademik masing-masing untuk urusan Penangguhan Pengajian.

MASALAH DAN PERTANYAAN BERKENAAN LAPOR DIRI SESI 2 2021/2022

Pelajar yang mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan proses Lapor Diri, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) di talian 084-874001. Bagi pertanyaan- pertanyaan lain, sila hubungi terus unit berkenaan untuk jawapan dan penyelesaian segera.

Masalah dan pertanyaan berkenaan Keputusan Peperiksaan, Rayuan Gagal Berhenti, Penilaian Khas dan lain-lain berkenaan peperiksaan akhir Sesi 1 2021/2022.

Unit Peperiksaan 084-874001 samb. 8045

Encik Amir Haziq Bin Loh Bojeng Pegawai Peperiksaan

Pertanyaan berkenaan permohonan Kolej Kediaman/Asrama

Unit Pengurusan Kolej Kediaman 084-874001 samb. 8198

Puan Norhajijah Shamsuddin Pengurus Kolej Kediaman

Pertanyaan berkenaan pendaftaran pelajar Latihan Industri.

Unit Perhubungan & Latihan Industri

084-874001 samb. 8017 Puan Nurhazura Binti Hassan Pegawai Perhubungan & Latihan Industri

Pertanyaan berkenaan masalah SPMP (masalah password, id dan lain-lain berkaitan SPMP)

Unit Teknologi Maklumat 084- 874001 samb. 8100 Puan Kessy Enting

Ketua Unit Teknologi Maklumat

Dikeluarkan oleh

JABATAN HAL EHWAL & PEMBANGUNAN PELAJAR Politeknik Mukah Sarawak

Tel : 084-874001 Faks : 084-874006

http://www.facebook.com/politeknikmukah

(10)

Muka Surat 15 Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan #ReopeningSafely

B. Sektor pendidikan (universiti, kolej dan sekolah berasrama

1

)

Nota

• Pihak bertanggungjawab: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), institusi swasta berkaitan dan agensi berkaitan

1Termasuk semua universiti, kolej, sekolah berasrama penuh, sekolah berasrama harian, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi, institut pendidikan guru dan pusat tahfiz/madrasah

2Institusi perlu membiayai kos ujian pengesanan murid/pelajar, guru dan staf sokongan institusi yang telah lengkap divaksin atau tidak layak menerima vaksin atas sebab kesihatan jika mereka didapati bergejala semasa berada di institusi atau semasa kembali ke institusi.

Bagaimanapun ibu bapa/penjaga/murid/pelajar/staf perlu membiayai kos ujian pengesanan individu/sendiri jika bergejala semasa berada di rumah

3Bagi individu yang tidak divaksin atau layak untuk divaksin tetapi memilih untuk tidak menerima vaksin, individu tersebut perlu membiayai kos ujian pengesanan sendiri

4Kembali ke institusi selepas cuti panjang; contoh termasuk cuti penggal dan cuti umum

• Individu yang belum lengkap divaksin dianggap sebagai individu tidak divaksin

Individu yang bergejala dan disahkan positif COVID-19 hendaklah pergi ke CAC (kerajaan atau swasta) atau fasiliti kesihatan swasta untuk pemeriksaan status klinikal kesihatan pesakit.

Individu akan dirujuk ke PKRC/hospital bergantung kepada tahap status klinikal pesakit

Individu yang bergejala dan disahkan negatif COVID-19 hendaklah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran serta memantau status kesihatan kendiri setiap hari dengan menggunakan Health Assessment Tool (HAT) melalui aplikasi MySejahtera

• Pekerja perkhidmatan awam perlu lengkap divaksin berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 (Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan)

3. Keperluan ujian pengesanan COVID-19 bagi aktiviti khusus

Universiti, kolej dan sekolah berasrama (murid/pelajar, guru dan

staf sokongan institusi)

Bergejala

2

Ujian kendiri RTK-Ag

Jenis ujian

Liputan vaksinasi

Telah lengkap divaksin/tidak layak menerima vaksin atas

sebab kesihatan

Tidak divaksin/layak untuk divaksin tetapi memilih untuk tidak menerima

vaksin

Kembali ke institusi

2,4

Ujian berkala

3

Kembali ke

institusi

3,4

Bergejala

3

Sekali

Sekali semasa kembali

Seminggu sekali

Sekali semasa kembali

Sekali

Situasi

Kekerapan ujian

Ujian kendiri RTK-Ag (dipantau oleh institusi)

Ujian

kendiri

RTK-Ag

Referensi

Dokumen terkait