• Tidak ada hasil yang ditemukan

ARAHAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR POLITEKNIK PORT DICKSON SESI II: 2021/2022

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "ARAHAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR POLITEKNIK PORT DICKSON SESI II: 2021/2022"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

ARAHAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR POLITEKNIK PORT DICKSON

SESI II: 2021/2022

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON

JHEP: 06 - 662 2036 / 2014 / 2011 / 2016

Faks: 06 - 662 2027

(2)

Saudara/i,

1. Arahan lapor diri ini terpakai kepada untuk semua pelajar Semester 2, 3, 4 dan 5 termasuk pelajar yang menangguh pengajian Sesi I: 2021/2022, bertukar Politeknik, pelajar yang menjalani latihan industri, pelajar semester lanjutan (extend) dan pelajar penilaian khas (PK).

2. Pelajar mesti membuat bayaran yuran pengajian sebelum melapor diri secara dalam talian.

Pelajar yang menjalani Latihan Industri (LI) bagi Sesi II: 2021/2022 TIDAK PERLU MEMBUAT SEBARANG PEMBAYARAN YURAN ATAU PENDAFTARAN DALAM TALIAN. Kepada pelajar Semester Lanjutan (Extend) Latihan Industri (LI) (menjalani LI pada Semester 7, 8, 9) bagi Sesi II: 2021/2022 WAJIB mengisi Borang Permohonan Perbaharui Kad Pelajar yang dikeluarkan oleh Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) bagi memperbaharui kad yang telah tamat tempoh atau sah sehingga sesi I:

2021/2022)

3. Medium sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan Akademik masing-masing.

4. Sila semak keputusan penilaian Sesi 1: 2021/2022 dahulu dan patuhi tatacara pembayaran yang telah ditetapkan. Sebarang kecuaian atau kesilapan adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri. Pastikan telah membayar kesemua yuran sebelum membuat pendaftaran Lapor Diri Pelajar Senior (Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP)).

Pendaftaran dalam talian (online) di http://spmp.polipd.edu.my/ hanya boleh dilakukan selepas 48 jam pembayaran yuran dibuat. Pelajar perlu mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian (Online) untuk diserahkan kepada Penasihat Akademik. Resit

(3)

Pembayaran Yuran JomPAY adalah untuk simpanan pelajar dan 1 salinan diserahkan kepada Penasihat Akademik.

5. Bagi pelajar yang telah membuat permohonan tinggal di asrama bagi Fasa 1, semak dahulu tawaran dan yuran asrama. Sekiranya pelajar tidak ditawarkan asrama tetapi telah membuat bayaran yuran asrama, pihak JHEP tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian pelajar. Pelajar yang akan tinggal di asrama bagi Fasa 2, pelajar tidak perlu lagi membuat pembayaran. Notis pembayaran akan dikeluarkan 2 minggu sebelum Fasa 2 bermula.

6. Bagi pelajar yang telah ditawarkan asrama bagi Fasa 1, pelajar wajib mendaftar masuk ke asrama pada 04 Mac 2022 (Jumaat) mengikut jadual yang akan ditetapkan. Pelajar perlu membuat pengasingan kendiri TIGA (3) hari sebelum hadir ke kampus iaitu pada tarikh 01-03 Mac 2022 dan membuat deklarasi di PolyCcDec. Pelajar perlu membuat ujian RTK-AG kendiri di rumah 24 jam sebelum hadir ke kampus iaitu pada 03 Mac 2022. Pelajar hanya dibenarkan hadir sekiranya keputusan ujian adalah negatif.

Sila tunjukkan keputusan ujian kepada petugas di Balai Pengawal dan petugas asrama.

Sila hubungi pejabat Asrama sekiranya anda disahkan positif Covid-19, kontak rapat atau bergejala untuk mendapatkan tarikh daftar masuk asrama yang baru. Pelajar juga perlu membawa sekurang-kurangnya 5 set kit ujian kendiri Covid-19 untuk digunakan bagi pemeriksaan berkala. Sila muatnaik keputusan RTK Antigen di PolyCcDec dan tunjukkan keputusan ujian semasa mendaftar masuk ke asrama. Pelajar juga diminta untuk mengemaskini status MySejahtera setiap minggu.

7. Bagi pelajar yang tidak ditawarkan asrama dan memilih untuk tinggal di luar kampus Politeknik Port Dickson, pelajar perlu membuat pengasingan kendiri TIGA (3) hari sebelum hadir ke kampus dan membuat deklarasi di PolyCcDec. Pelajar perlu membuat ujian RTK-AG kendiri di rumah 24 jam sebelum hadir ke kampus buat kali

(4)

pertama. Pelajar hanya dibenarkan hadir sekiranya keputusan ujian adalah negatif. Sila hubungi Penasihat Akademik sekiranya anda disahkan positif Covid-19, kontak rapat atau bergejala untuk mendapatkan tarikh hadir ke kampus yang baru. Sila muatnaik keputusan RTK Antigen di PolyCcDec dan serahkan gambar keputusan kepada Penasihat Akademik.

Pelajar juga perlu membawa sekurang-kurangnya 5 set kit ujian kendiri Covid-19 untuk digunakan bagi pemeriksaan berkala.Sila kemaskini status MySejahtera setiap minggu untuk disemak setiap kali anda masuk ke dalam kawasan kampus.

8. BAGI PELAJAR YANG TIDAK MENDAPAT VAKSINASI COVID-19, pelajar perlu membuat pengasingan kendiri TIGA (3) hari sebelum hadir ke kampus dan membuat deklarasi di PolyCcDec. Pelajar perlu membuat ujian PCR di klinik/hospital kerajaan/swasta TIGA (3) hari sebelum hadir ke kampus buat kali pertama dan membuat ujian Covid-19 (dibawa sendiri) setiap minggu di bawah pengawasan Pembantu Pegawai Perubatan Politeknik Port Dickson. Pelajar hanya dibenarkan hadir sekiranya keputusan ujian adalah negatif. Sila hubungi Penasihat Akademik sekiranya anda disahkan positif Covid-19, kontak rapat atau bergejala untuk mendapatkan tarikh hadir ke kampus yang baru. Sila bawa kit ujian kendiri Covid-19 secukupnya untuk kegunaan di kampus. Sila kemaskini status MySejahtera setiap minggu untuk disemak setiap kali anda masuk ke dalam kawasan kampus.

9. Pelajar yang tidak mendaftar Lapor Diri Pelajar Senior (SPMP) adalah berstatus TIDAK AKTIF. Sila berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi tujuan runding cara.

10. Semua pelajar WAJIB mengemaskini alamat kediaman dan nombor telefon semasa pengajian di iHELP. Contoh: M101, Asrama Blok M, Politeknik Port Dickson.

Contoh: 1901, Jalan Politeknik 60, Taman Politeknik, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan.

(5)

11. Sila hubungi talian di bawah pada waktu pejabat jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan.

BIL PERKARA MAKLUMAT RUJUKAN

1

Yuran Pengajian, Tajaan, Semakan Data Bayaran

Jabatan Hal Ehwal Pelajar: 06-662 2036 / 2014 / 2016

2 Keputusan Peperiksaan Unit Peperiksaan: 06-662 2039 / 2013

3

Pendaftaran kursus (bagi pelajar senior yang carry modul).

Jabatan Kejuruteraan Awam : 06-662 2042 Jabatan Kejuruteraan Elektrik : 06-662 2043 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal : 06-662 2044 Jabatan Perdagangan : 06-662 2045 Jabatan Pengajian Am : 06-662 2048 Jabatan Matematik, Sains dan Komputer : 06-662 2047 4 Latihan Industri Unit Perhubungan & Latihan Industri: 06-662 2020 / 8817 5 Asrama Unit Kamsis / Asrama : 06-662 2032 / 2057 / 1762

(6)

TAKWIM PENGURUSAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR POLITEKNIK PORT DICKSON SESI II: 2021/2022 TARIKH / HARI /

MASA

PERKARA RUJUKAN

26 Februari 2022 Semakan Keputusan Penilaian Sesi I:

2021/2022.

http://spmp.polipd.edu.my/

27 Februari 2022 -

04 Mac 2022

Pembayaran Yuran Pengajian. Rujuk Maklumat Bayaran Pelajar Senior dan Tatacara

Pembayaran Yuran 01 Mac 2022

- 06 Mac 2022

Pendaftaran pengajian secara dalam

talian. (SPMP – Menu iHELP) http://spmp.polipd.edu.my/

Pendaftaran kursus secara dalam talian. (SPMP – Menu iDAFTAR) 01 Mac 2022

- 03 Mac 2022

Membuat pengasingan kendiri (bagi yang akan hadir mendaftar masuk ke asrama pada 04 Mac 2022) dan membuat deklarasi di PolyCcDec.

https://polydec.mypolycc.edu.my/

03 Mac 2022 Membuat ujian RTK Antigen kendiri (bagi yang akan hadir pada 04 Mac 2022) dan memuatnaik keputusan di PolyCcDec.Tunjukkan keputusan kepada petugas di Balai Pengawal.

https://polydec.mypolycc.edu.my/

04 Mac 2022 Mendaftar masuk ke asrama mengikut jadual yang akan diberikan.

Pejabat Asrama Rujuk Portal

Politeknik Port Dickson

Pendaftaran subjek “carry” modul. JMSK, JPA

Tiga (3) hari sebelum hadir ke

kampus

Membuat pengasingan kendiri (bagi pelajar yang tinggal di luar kampus) dan membuat deklarasi di PolyCcDec.

https://polydec.mypolycc.edu.my/

Satu (1) hari sebelum hadir ke

kampus

Membuat ujian RTK Antigen kendiri (bagi pelajar yang tinggal di luar kampus) dan memuatnaik keputusan di PolyCcDec. Tunjukkan keputusan kepada petugas di Balai Pengawal dan hantar gambar keputusan kepada Penasihat Akademik.

https://polydec.mypolycc.edu.my/

07 Mac 2022 Perkuliahan sesi II: 2021/2022 bermula Rujuk Jadual Waktu Program daripada Jabatan Akademik

masing-masing www.polipd.edu.my

(7)

MAKLUMAT BAYARAN PELAJAR SENIOR SESI II: 2021/2022 (Termasuk pelajar tangguh pengajian Sesi I: 2021/2022)

Jenis yuran yang perlu dijelaskan oleh pelajar senior sebelum membuat pendaftaran secara dalam talian:

JENIS YURAN

KADAR YURAN KAEDAH

PEMBAYARAN

YURAN PENGAJIAN RM200.00 JOMPAY POLITEKNIK

PORT DICKSON Biller Code: 808030

YURAN ASRAMA Rujuk Tawaran Asrama

JOMPAY POLITEKNIK PORT DICKSON Biller Code: 808030

INSURANS PERHATIAN: Hanya pelajar dengan nombor

pendaftaran seperti di bawah sahaja perlu bayar

yuran insurans:

06DXX18F2XXX 06DXX20F2XXX 06DXX21F2XXX

RM35.00 setahun

JOMPAY KOPERASI POLITEKNIK PORT

DICKSON Biller Code: 45146

Ujian RTK- Antigen kendiri adalah di bawah tanggungan pelajar.

• Rujuk Tatacara Pembayaran Yuran terlebih dahulu sebelum membuat bayaran untuk mengelakkan berlakunya kesilapan.

• Sekiranya anda ditawarkan asrama, buat bayaran yuran pengajian dahulu, kemudian yuran asrama.

>> Pelajar Carry Modul (jika bermasalah susun jadual)

• Pastikan anda membayar yuran dan membuat pendaftaran pengajian secara dalam talian (Menu i-Help) terlebih dahulu.

• Berbincang dengan Penasihat Akademik untuk mendapatkan bantuan bagi penyusunan jadual dan seterusnya membuat pendaftaran kursus secara online (Menu i-Daftar)

(8)

TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN &

ASRAMA MELALUI JOMPAY BAGI PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON

***Tatacara Pembayaran Yuran Pengajian ini adalah terpakai untuk semua pelajar Politeknik Port Dickson bermula 03 September 2021. Penggunaan CDM dan ATM BIMB adalah terbatal selepas 06 September 2021.

*** Sekiranya pelajar ditawarkan asrama, sila bayar yuran pengajian dahulu.

Kemudian, yuran asrama.

(9)

Langkah 1: Log Masuk ke Perbankan Pilihan Dalam Talian atau Mobile Banking.

(Maybank2u adalah sebagai contoh sahaja. Boleh menggunakan bank lain)

Langkah 2: Pilih JomPay pada menu Pay To

(10)

Langkah 3: Buat Pilihan Akaun Pengguna dan Isi Maklumat berikut:

i) Biller Code bagi Politeknik Port Dickson: 808030

ii) Reference 1: Nombor Kad Pengenalan Pelajar (tanpa tanda -) iii) Reference 2: Nombor Telefon Pelajar (tanpa tanda -)

iv) Jumlah: RM200.00

Langkah 4: Menyemak semula maklumat sebelum mengesahkan pembayaran. Request TAC dan masukkan nombor TAC.

(11)

Langkah 5: Unique JomPay Reference Number akan dipaparkan setelah transaksi bayaran berjaya dilakukan.

Langkah 6: Pelajar diwajibkan untuk mencetak maklumat bayaran ini bagi tujuan simpanan pelajar dan 1 salinan diserahkan kepada Penasihat Akademik bersama - sama Slip Pendaftaran Dalam Talian (Online). Pelajar boleh meneruskan pendaftaran selepas 48 jam dari waktu pembayaran di http://spmp.polipd.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp (Pelajar baharu) http://spmp.polipd.edu.my/ (Pelajar senior)

(12)

Pembayaran insurans adalah secara JomPAY kepada akaun Koperasi Politeknik Port Dickson. Ulang Langkah 1 & 2 seperti di atas tetapi biller code yang lain. Rujuk di bawah. Tidak semua pelajar perlu membayar insurans. Rujuk jadual pembayaran.

Langkah 3: Buat Pilihan Akaun Pengguna dan Isi Maklumat berikut:

i) Biller Code bagi Koperasi Politeknik Port Dickson: 45146 ii) Reference 1: Nombor Pendaftaran Pelajar

iii) Reference 2: Nombor Kad Pengenalan Pelajar (tanpa tanda -) iv) Jumlah: RM35.00

Langkah 4: Menyemak semula maklumat sebelum mengesahkan pembayaran. Request TAC dan masukkan nombor TAC.

Langkah 5: Unique JomPay Reference Number akan dipaparkan setelah transaksi bayaran berjaya dilakukan. Sila simpan resit sendiri.

TATACARA PEMBAYARAN INSURANS

Referensi

Dokumen terkait

Tuntutan bagi Bayaran Yuran Pengajian dan Asrama boleh dibuat melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Merlimau dan akan dipanjangkan kepada Bahagian

Bagi pelajar luar kampus yang tidak lengkap divaksin atau tidak divaksin (atas sebab kesihatan atau memilih untuk tidak menerima vaksin) tetapi ingin mengikuti PdP secara

Semua pelajar baharu (lepasan SPM, lepasan sijil politeknik, lepasan sijil kolej komuniti dan lepasan Diploma Politeknik) sama ada ditawarkan kemudahan penginapan asrama

Sesungguhnya kami, pelajar – pelajar baru Politeknik Tawau Sabah, berikrar dan berjanji, dengan ikhlas dan sesungguh hati, akan melibatkan diri sepenuhnya, dalam Program Minggu

Pelajar luar kampus yang telah lengkap proses vaksinasi perlu menjalani saringan kesihatan dan menunjukkan Sijil Digital Vaksinasi semasa memasuki kampus... Adakah

Calon pelajar pada Sesi I 2021/2022 tidak perlu membuat bayaran yuran asrama sehingga kehadiran fizikal pelajar ke Politeknik Merlimau yang akan dimaklumkan kemudian..

Saya/ Kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi Perkhidmatan Menyewa Dan Menguruskan Kafetaria B di Politeknik Port Dickson yang

Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Politeknik Port Dickson dan Ahli Jawatankuasa Penganjur atas komitmen dan usaha yang telah diberikan dalam