• Tidak ada hasil yang ditemukan

KURSUS SENIBINA, POLITEKNIK PORT DICKSON

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KURSUS SENIBINA, POLITEKNIK PORT DICKSON"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Vol. 7, No. 2, November 2022, pp. 78 – 85 e-ISSN: 2550-1461

https://ijeisr.net

PEMBANGUNAN E-GALERI SENIBINA BAGI PENYIMPANAN PRODUK TERBAIK PELAJAR – KURSUS SENIBINA, POLITEKNIK

PORT DICKSON

Nur Athirah Ibrahim1 Siti Amirah Mohtaram2

1Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson, Malaysia (E-mel: aretearah@gmail.com)

2Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson, Malaysia (E-mel: sitiamirah@polipd.edu.my)

Abstrak: E-Galeri Senibina Politeknik Port Dickson diwujudkan sebagai pusat simpanan bahan produk terbaik pelajar dalam bidang Senibina untuk rujukan para pelajar, pensyarah dan juga masyarakat umum. Matlamat penyediaan E-Galeri Senibina ini adalah sebagai alternatif rujukan di alam maya yang sangat diperlukan dalam menghadapi suasana peralihan fasa endemik dan pembelajaran secara interaktif dalam era zaman berteknologi tinggi. Rasional pelaksanaan E- Galeri Senibina adalah merupakan Pusat Sehenti (‘One Stop Centre’) secara maya yang berfungsi dalam mewujudkan keseragaman antara produk akhir terbaik pelajar dengan Galeri Senibina yang terdapat di Politeknik Port Dickson. Pelaksanaan ini sangat perlu kerana ia bukan sahaja dapat memudahkan para pelajar dalam mencari bahan rujukan yang telah mendapat pengiktirafan serta anugerah namun sebagai penanda aras dalam pembelajaran. Kewujudan E-Galeri ini juga memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada sesiapa sahaja yang melawat dengan menggunakan perisian yang inovatif dan terkini. Kaedah metodologi yang akan digunakan adalah kuantitatif di mana tahap keberkesanan kepada pelajar, pensyarah dan pelawat akan diukur.

Dapatan dari penubuhan E-Galeri ini dapat memberi rujukan kepada pelajar dan pemudah cara kepada pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memberi pengalaman baru kepada pelawat dalam sesi lawatan secara interaktif dengan hanya di hujung jari.

Kata Kunci: E-Galeri Senibina, Pusat Sehenti, Kursus Senibina, Interaktif

Abstract: Polytechnic Port Dickson Architecture E-Gallery was established as a center for the best student products in the field of Architecture for the reference of students, lecturers and the public.

The goal of this Architecture E-Gallery is as a virtual reference that needed due to endemic and the era of technology. The rational for the implementation of the Architecture E- Gallery is a virtual One Stop Center that works in creating uniformity between the best student products with the Gallery of Architecture at Polytechnic Port Dickson. This implementation is very necessary because it can not only facilitate students in finding the best reference product but also as a benchmark in learning process. The existence of this E-Gallery also provides a great experience to anyone who visits. The methodology that will be used is quantitative where the level of effectiveness to students, lecturers and visitors will be measured. The analysis shows Architecture E-Gallery can provide reference to students and lecturers in the teaching and learning process. It also gives visitors a new experience in an interactive tour session with just a fingertip.

Keywords: E-Architecture Gallery, One Stop Center, Architecture Course, Interactive

(2)

1. PENGENALAN

Situasi pandemik pada masa kini telah memberi kesan langsung terhadap semua sektor termasuklah sektor Pendidikan di Malaysia. Sebagai langkah untuk memutuskan rangkaian jangkitan virus tersebut, Malaysia mengambil langkah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana rakyat dinasihatkan untuk terus kekal di rumah atau bekerja dari rumah (Work From Home). Situasi ini telah banyak mengubah landskap kehidupan setiap individu di dunia pada hari ini. Aspek pembelajaran dan pengajaran turut terkesan akibat daripada pandemik. Walau bagaimanapun, pandemik dilihat sebagai agen transformasi dan pemangkin kepada pelaksanaan pembelajaran dalam talian (e-pembelajaran) secara komprehensif. Proses pembelajaran dan pengajaran di institusi pengajian tinggi tetap terus berjalan kerana pembelajaran bersemuka kini digantikan dengan pembelajaran secara maya.

Keterbatasan pergerakan dan PdP tanpa bersemuka memberi had kepada pelajar dalam mencari info dan makluman serta mendapatkan rujukan. Atas kesedaran ini, pembangunan E-Galeri Senibina diwujudkan bagi penyimpanan produk terbaik pelajar sebagai sumber rujukan secara maya dan interaktif. Produk terbaik pelajar dibahagikan mengikut kategori kursus dan semester serta ianya juga boleh didapati di Galeri Senibina yang terdapat di Politeknik Port Dickson.

Pelajar bukan sahaja boleh membuat rujukan, malah boleh melihat hasil produk pelajar yang berjaya mendapat pengiktirafan di pelbagai peringkat. Bagi menilai keberkesanan E-Galeri Senibina ini, satu dapatan kajian telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan di kalangan pelajar, pensyarah dan pelawat.

Set soal selidik secara digital (google form) diedarkan kepada 300 orang responden yang terdiri dari pelajar politeknik Port Dickson, pensyarah dan pelawat yang telah mencuba menggunakan aplikasi maya yang dibangunkan. Statistik digunakan bagi menganalisis data- data yang berkaitan untuk menjawab persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap keberkesanan penggunaan E-Galeri berada pada tahap tinggi iaitu melebihi 90%. E-Galeri berperanan sebagai sumber rujukan, sumber tarikan interaktif dan promosi produk terbaik daripada pelajar. Walaupun hasil kajian menunjukkan tahap keberkesanan adalah tinggi, pengekalan dan perubahan secara berkala perlu dilakukan bagi memastikan penggunaannya mesra pengguna dan mempamerkan produk yang terkini.

Pernyataan Masalah

Dalam usaha untuk memastikan proses PdP pada peringkat institusi pengajian tinggi tetap terus berjalan, pelaksanaan e-pembelajaran telah dimanfaatkan sebaik-baiknya. Justeru, Politeknik Port Dickson turut mengambil langkah menggunakan kaedah pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak tertangguh dan mengalami permasalahan. Melalui pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran dalam talian, pelajar dan pensyarah tidak perlu bertemu secara bersemuka tetapi hanya melalui ruang maya. Penilaian dan pemantauan oleh pensyarah tetap dilaksanakan seperti proses pembelajaran biasa. Walau bagaimanapun, sumber rujukan juga perlu disediakan secara maya serta memudahkan proses PdP. Kewujudan Galeri Senibina di Politeknik bertujuan menyimpan produk terbaik pelajar untuk rujukan dari pelbagai kursus dan semester. Namun, kebatasan pergerakan akibat situasi tidak boleh dielakkan memerlukan kaedah yang komprehensif agar setiap pelajar, pensyarah dan pelawat mendapat manfaat yang sama seperti sebelum pandemik bermula.

(3)

Matlamat utamanya penubuhan E-Galeri Senibina adalah bagi memastikan sumber rujukan di galeri tetap diteruskan dan lawatan secara maya dibangunkan walaupun aktiviti PdP secara bersemuka tidak dibenarkan. Sehubungan itu, pembangunan E-Galeri dilaksanakan bertujuan membantu para pelajar, pensyarah dan pelawat mendapat rujukan dan melawat Galeri secara interaktif dengan menggunakan aplikasi maya. Justeru, objektif kajian ini di jalankan bagi membangunkan E-Galeri Senibina bagi penyimpanan produk terbaik pelajar – kursus senibina, Politeknik Port Dickson.

2. METODOLOGI

Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang merupakan Pembangunan E-Galeri Senibina untuk rujukan pelajar- pelajar yang mengikuti pembelajaran dalam talian, pensyarah dan pelawat.

3. PEMBANGUNAN E-GALERI SENIBINA POLITEKNIK PORT DICKSON

Untuk merealisasikan Pembangunan E-Galeri Politeknik Port Dickson, pelbagai proses dan tahap perlu dilalui supaya ianya mencapai objektif yang diingini. Berikut merupakan proses yang telah dilalui dalam membangunkan E-Galeri Senibina dan platform utama yang digunakan adalah menggunakan Aplikasi Artsteps.

Rajah 1: Proses Pembangunan E-Galeri Senibina, Politeknik Port Dickson Mengikut Fasa

Fasa 1: Pengumpulan Maklumat / Produk Terbaik Galeri

Proses pembangunan E-Galeri dimulakan dengan pengumpulan maklumat dan data serta produk yang terdapat di Galeri Senibina. Segala bahan dan produk dibahagikan mengikut jenis iaitu:

(a) poster, (b) model, dan

(c) cenderahati, kemudian dibahagikan mengikut kategori (kursus dan semester)

Fasa 1:

Pengumpulan maklumat / produk

di Galeri Senibina

Fasa 2:

Merekod, pengkodan dan membangunkan E- Galeri menggunakan

Artsteps

Fasa 3:

Penyusunan bahan / produk di E-Galeri mengikut kategori dan

semester

Fasa 4:

Perkongsian E-Galeri Senibina kepada umum

melalui Link / WhatsApp Fasa 5:

Keberkesanan / maklum balas

pengguna

(4)

Rajah 2: Pintu Masuk Hadapan Galeri Senibina Di Politeknik Port Dickson

Rajah 3: Gambar Poster Pelajar Dalam Galeri Di Ambil Dan Di Simpan Untuk Dikumpulkan Dalam

Bentuk Digital

Rajah 4: Gambar Model Di Galeri Diambil Dan Disimpan Dalam Bentuk Digital

Rajah 5: Cenderahati Hasil Aktiviti Pelajar Senibina Disimpan Dalam Bentuk Digital

Fasa 2: Merekod Dan Membangunkan E-Galeri Senibina Dengan Menggunakan Aplikasi Maya (Artsteps)

Produk dan hasil kerja pelajar disimpan dalam bentuk digital dan kemudiannya direkodkan dengan menggunakan kod khas yang dibahagikan mengikut kategori seperti berikut:

Jadual 1: Kod Khas Mengikut Jenis Item

Jenis Item Semester 1 Semester 2 Semester 3 Semester 4 Semester 5

a. Poster P1/S1 P1/S2 P1/S3 P1/S4 P1/S5

b. Model M1/S1 M1/S2 M1/S3 M1/S4 M1/S5

c. Cenderahati C1/S1 C1/S2 C1/S3 C1/S4 C1/S5

(5)

Rajah 6: Perbincangan Kod Dan Penyusunan Untuk E-Galeri Sedang Dijalankan

Fasa 3: Pembangunan E-Galeri Senibina Secara Maya Menggunakan Aplikasi Artsteps.

Rekabentuk pelan lantai adalah mengikut pelan lantai yang sama terdapat di Galeri Senibina sedia ada di Politeknik Port Dickson.

Rajah 7: Lakaran Awal Pelan Lantai Galeri Senibina Sebelum Dilukis Semula Dan Diaplikasikan Ke Dalam Aplikasi Artsteps

Rajah 8: Pelan Lantai Galeri Senibina Dibangunkan Dan Dibina Seperti Reka Bentuk Pelan Sedia Ada

(6)

Fasa 4: Produk Dan hasil Pelajar Disusun Dalam E-Galeri Senibina Mengikut Kategori

Rajah 9: Bahan Produk Dimasukkan Ke Dalam E-galeri Dan Dibahagi Mengikut Kategori Dan Kod

Rajah 10: Poster Yang Dimuat Naik Boleh Dilihat Dengan Lebih Terperinci Melalui Aplikasi

Rajah 11: Proses Membuat E-Galeri Dengan Menggunakan Artsteps

(7)

Rajah 12: Proses Membuat E-Galeri Dengan Menggunakan Artsteps (Sambungan Gambar)

Fasa 5: Perkongsian E-Galeri Senibina Kepada Umum

Fasa ini dilakukan dengan memberikan jaringan(link) melalui whatsapp dan juga email.

Pelawat boleh melawat secara maya dan berpeluang untuk berkongsi pengalaman dengan meninggalkan maklumbalas di aplikasi tersebut.

Rajah 13: Maklum Balas Lawatan E-Galeri Senibina Politeknik Port Dickson Dan Komen Pelawat

4. HASIL DAPATAN

Hasil dari pembangunan E-Galeri ini menunjukkan bahawa, daripada 300 borang soal selidik yang diterima sebanyak 98.0% responden di kalangan pelajar bersetuju E-Galeri membantu dalam memberi rujukan dan panduan kepada mereka sepanjang proses pembelajaran. Ini diikuti para pensyarah iaitu 96.0% dan pelawat sebanyak 93.0%. Ini menunjukkan penggunaan E-Galeri berjaya membantu memberikan bahan rujukan serta pemudahcara kepada pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran. E-Galeri ini juga mampu memberi rujukan kepada pelawat tentang dunia senibina berdaasarkan produk yang disimpan dalam galeri maya ini.

Sebanyak 96.0% responden dikalang pelajar dan pensyarah pula bersetuju bahawa pembangunan E-Galeri ini sangat interaktif dan menarik minat kepada mereka yang berkunjung, diikuti oleh pelawat sebanyak 93%. Sebanyak 97% responden dikalangan pensyarah juga bersetuju pembangunan E-Galeri ini mempromosikan hasil kerja yang terbaik

(8)

di kalangan pelajar diikuti pelajar sebanyak 93% dan pelawat 90%. Ia mampu menggalakkan pelajar dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan sebagai pengiktirafan kepada pelajar Senibina di Politeknik Port Dickson.

Rajah 14: Maklum Balas Tahap Keberkesanan Penggunaan E-Galeri Senibina Daripa Responden

5. KESIMPULAN

Impak dari pembangunan E-Galeri Senibina ini dapat mendedahkan kepada para pelajar, pensyarah serta pelawat kepada teknik dan idea-idea baru serta interaktif selaras dengan matlamat Politeknik dalam menghasilkan produk-produk pelajar yang berkualiti dan berdaya saing. Selain itu, hasil dapatan mendapati tahap keberkesanan yang tinggi dalam memberi rujukan dalam pembelajaran dan pengajaran khususnya secara maya tanpa mengambil kira faktor masa dan tempat dan merupakan satu alternatif yang dapat membantu pensyarah untuk melaksanakan proses pembelajaran dalam pandemik mahupun endemik.

Pembangunan E-Galeri ini juga membantu mempromosi hasil-hasil kerja pelajar Politeknik Port Dickson serta meningkatkan minat para pelajar baru untuk menceburi bidang Senibina khususnya. Hasil pembangunan E-Galeri Senibina Politeknik Port Dickson ini diharapkan dapat membantu pihak- pihak yang berkenaan terutamanya pelajar, pensyarah dan pelawat bagi mengambil kira keperluan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi yang sangat diperlukan dalam melaksanakan transformasi terhadap sistem pendidikan negara ke arah revolusi terkini.

RUJUKAN

Mazlina Abdul Majid. (2020). Adaptasi Pembelajaran Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Bidang Pendidikan.

Retrieved from http://news.ump.edu.my/experts/adaptasi- pembelajaran-secara-maya-dalam-kebiasaan- baharu-bidang-pendidikan

Lynch, M. M. (2002). The online educator: A guide to creating the virtual classroom. Routledge.

Malaysia, K. P. T. (2011). Dasar E-Pembelajaran Negara Institusi Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi.

Mohd Majid Konting (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hussein, Z. (2017). Leading to intention: The role of attitude in relation to technology acceptance model in e- learning. Procedia Computer Science

Yusup Hashim (2012). Penggunaan e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru (KKPG) 2012, (October 2012), 1–25.

Yusof, M. N. M., & T ahi r, Z. (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan IPTA.e- BANGI,12(3), 1-10

Referensi

Dokumen terkait