1.7 GARIS PANDUAN KAWASAN REKREASI
Reka bentuk landskap di kawasan rekreasi perlu mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan menyegarkan serta sesuai untuk aktiviti aktif dan pasif yang terdapat di dalam taman rekreasi.
a. Keperluan Ruang
Keluasan taman rekreasi hendaklah ditentukan berdasarkan kepada nisbah penduduk dengan kawasan pembangunan mengikut piawaian perancangan semasa;
i. Elemen landskap lembut hendaklah diberi keutamaan daripada landskap kejur. Sekurang- kurangnya 70% daripada ruang taman rekreasi dikekalkan sebagai kawasan hijau dengan elemen landskap lembut seperti bunga-bungaan dan laman rumput;
ii. Penggunaan elemen kejur dan perabot landskap seperti plaza, laluan siar kaki, air pancut, gazebo dan pergola hendaklah direka bentuk dan digabungkan dengan elemen landskap lembut;
iii. Menyediakan ruang penanaman minimum 1.5m lebar di sepanjang kawasan siar kaki;
iv. Menyediakan kawasan tanaman pepagar (hedges) bagi memisahkan kawasan siar kaki dan kenderaan bermotor; dan
v. Menyediakan ruang penaman minimum 2m lebar yang digabungkan dengan bukit kecil (earth mound) sebagai pemisah antara pejalan kaki dengan kenderaan bermotor.
Ruang Penanaman Sebagai Pemisah Antara Laluan Pejalan Kaki Dan Laluan Kenderaan
b. Jarak Penanaman
i. Secara umum, jarak penanaman adalah bebas untuk mewujudkan keadaaan semula jadi.
Walau bagaimanapun, jarak penanaman bagi kawasan jalan, tempat meletak kereta, laluan pejalan kaki dan lain-lain adalah mengikut jarak penanaman yang telah digariskan oleh Jabatan Landskap Negara;
ii. Penanaman hendaklah dalam jarak yang memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan seperti pemotongan rumput, pembuangan sampah dan kawalan penyakit dan serangga perosak;
iii. Garisan penanaman hendaklah selari dengan jajaran siar kaki; dan
iv. Penanaman pokok utama hendaklah sama jarak di sepanjang laluan pejalan kaki mengikut kesesuaian jenis pokok.
c. Jarak Tanaman
i. Menanam satu jenis tanaman pokok utama di sepanjang laluan siar kaki;
ii. Penanaman pokok renek jenis rimbun di sepanjang laluan siar kaki secara berpagar di samping meminimakan kesan-kesan silauan cahaya lampu kenderaan;
iii. Pemilihan pokok utama mestilah daripada jenis sederhana besar, rendang, tegak dan lurus bagi mewujudkan teduhan dan mengawal pencemaran udara;
iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan ruang laluan siar kaki; dan
v. Memilih pokok yang mempunyai sistem akar tunjang dan tidak mudah tumbang ditiup angin untuk keselamatan pengguna.
1.7.1 Garis Panduan Kawasan Komersil / Pusat Bandar
Tanaman di sekitar kawasan komersil mestilah mempunyai nilai estatik sebagai daya penarik
pengguna ke kawasan tersebut. Ia bukan sahaja bagi mengindahkan kawasan persekitaran malah mempamerkan imej dan identiti pemilik bangunan tersebut.
a. Keperluan Ruang
i. Ruang penanaman yang mencukupi perlu disediakan di sekitar bangunan dengan mengutamakan fungsi estatik landskap, kesan ‘selamat datang’, kesan ruang rangkuman, penunjuk arah, selamat dan selesa;
ii. Keperluan ruang penanaman disepanjang laluan pejalan kaki adalah 1.5m lebar.
Ruang Penanaman Minimum 2m Lebar 2m 2m
Ruang Penanaman Minimum 1.5m lebar 2m 1.5m
b. Jarak Penanaman
i. Jarak penanaman pokok teduhan atau palma dengan bangunan komersil hendaklah tidak terlalu rapat;
ii. Sebaik-baiknya jarak yang sesuai adalah tidak kurang daripada 5m dari anjakan bangunan;
dan
iii. Peletakan lokasi pokok teduhan atau palma mestilah di antara lot bangunan supaya tidak menghalang pejalan kaki keluar masuk dihadapan bangunan kedai.
c. Jenis Tanaman
i. Memilih tanaman yang tidak mempunyai akar yang menjalar supaya tidak merosakkan struktur bangunan;
ii. Memilih tanaman yang mempunyai warna bunga yang cantik, terang dan jelas;
iii. Ketinggian tanaman hendaklah seimbang dengan skala bangunan; dan
iv. Kombinasi tanaman pokok palma, renek dan penutup bumi dalam komposisi adalah digalakkan.
d. Cadangan Tanaman
Berikut adalah sebahagian daripada tanaman yang dicadangkan gabungan pokok sederhana tinggi dan palma.
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN BENTUK
Cassia fistula Kayu Manis Silara Bulat
Lagerstroemia flos reginae Bungor Silara Bulat
Filicium decipiens Kiara Payung Silara Bulat
Gardenia carinata Cempaka Hutan Silara Bujur
Plumeria spp. Kemboja Silara Bujur
Roystonea regia Palma Raja Batang Lurus
1.7.2 Garis Panduan Kawasan Perumahan
Perancangan dan reka bentuk landskap yang sesuai, teratur dan sistematik boleh mewujudkan suasana persekitaran tempat kediaman yang selesa dan harmoni. Kebanyakan jenis tanaman hiasan adalah sesuai di tanam di kawasan-kawasan perumahan kecuali jenis tanaman yang beracun atau mempunyai ciri-ciri fizikal yang berbahaya seperti bahagian pokok yang berduri, dahan yang rapuh dan silara yang terlalu besar.
a Keperluan Ruang
i. Menyediakan sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada keluasan keseluruhan skim perumahan sebagai kawasan lapang atau taman. Piawaian perancangan semasa hendaklah dirujuk bagi menentukan jenis kawasan lapang atau taman yang perlu disediakan berdasarkan nisbah bilangan penduduk seperti yang termaktub dalam Akta 172 bahagian 5A Seksyen 2 (35A hingga 35H)
Penyediaan Kawasan Lapang Di Kawasan Perumahan
ii. Menyediakan ruang selebar 3m di sepanjang jalan untuk tujuan penanaman dan siar kaki.
Ianya hendaklah dilandskap dan tidak diturap.
Ruang Penanaman 1.5 m lebar
Jarak Penanaman 5m Dari Bangunan
5m
iii. Menyediakan jaluran hijau minimum 6 meter lebar yang menghubungkan kawasan perumahan dengan kemudahan awam seperti taman awam, sekolah dan kedai. Kawasan ini hendaklah terpisah daripada kenderaan.
Penyediaan Jaluran Hijau Minimum 6m Lebar Bagi Menghubungkan Kawasan Kediaman Dengan Aktiviti Lain
iv. Menyediakan zon penampan minimum 20 meter bagi kawasan perumahan yang mengadap jalan utama 30 meter lebar dan ke atas.
Penyediaan Zon Penampan Selebar 20m Dengan Pembentukan Bukit Kecil Di Sepanjang Jalan Utama Melebihi 30m Lebar
b. Jarak Penanaman
i. Jarak penanaman bagi kawasan rumah teres ialah tidak kurang dari 5 meter atau satu pokok setiap dua atau satu unit rmah teres. Lokasi penanaman ialah di antara dua lot rumah. Bagi kawasan rumah berkembar dan sesebuah, disyorkan sekurang-kurangnya dua batang pokok setiap satu unit rumah;
ii. Di sekeliling kawasan taman permainan dan kawasan lapang, penanaman hendaklah sama jarak. Manakala di dalam kawasan lapang atau taman permainan, jarak penanaman adalah bebas bergantung kepada reka bentuk.
Jarak Penanaman Yang Bebas Di Kawasan Lapang
iii. Jarak penanaman bagi zon penampan adalah bebas untuk berfungsi sebagai penampan bunyi, habuk dan bau;
iv. Penanaman pokok utama tidak terlalu dekat dengan pagar rumah bagi mengawal keselamatan rumah;
v. Penanaman tidak dilakukan di bawah tiang lampu, pili bomba, tiang papan tanda atau terlalu dekat dengan parit.
c. Jenis Tanaman
i. Menanam satu jenis pokok sahaja bagi setiap jalan perumahan;
ii. Menanam pokok dari jenis kecil ke sederhana besar, berdaun sederhana lebar dan mempunyai rupa bentuk keseluruhan yang menarik. Percabangan yang kurang 3 meter dari paras tanah hendaklah dipotong;
iii. Bagi halaman rumah, penanaman pokok buah-buahan bersaiz kecil dan tanaman hiasan berwarna-warni adalah digalakkan. Elakkan daripada jenis yang boleh mengganggu keselamatan dan keharmonian kediaman;
iv. Memilih tanaman daripada jenis yang tidak berduri, beracun, bergetah atau rapuh bagi tujuan keselamatan penduduk; dan
v. Menanam pokok yang mempunyai akar tunjang supaya tidak merosakkan premix jalan, perparitan dan struktur bangunan.
d. Cadangan Tanaman
Antara pokok yang dicadangkan di lot hadapan sepanjang laluan pejalan kaki di kawasan perumahan yang disyorkan yang mempunyai saiz kecil ke sederhana besar dan berbentuk silara bulat, payung, kon dan lonjong.
Jadual 1.4 : Cadangan Pokok Untuk Lot Hadapan Sepanjang Laluan Pejalan Kaki Di Kawasan Perumahan
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN BENTUK
Mimusop elengi Tanjung Silara Bulat
Filicium decipiens Kiara Payung Silara Bulat
Eugenia orleana Kelat Paya Silara Bulat
Gardenia carinata Cempaka Hutan Silara Bujur
Melia indica Semambu Silara Bujur
Michelia champaca Cempaka Kuning Silara Bujur
(Sumber : Garispanduan Landskap Negara)
1.7.3 Garis Panduan Kawasan Perindustrian
Landskap di kawasan perindustrian diperlukan sebagai penampan (Buffer) khusus bagi mengawal pencemaran udara, bunyi, menghadang pemandangan yang tidak menarik, merendahkan suhu dan memperindahkan kawasan perindustrian.
a. Keperluan Ruang
i. Ruang penanaman di laluan pejalan kaki di kawasan industri memerlukan ruang yang lebar.;
ii. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai estetik dan keseimbangan skala tetapi juga sebagai penghadang dari pandangan yang kurang menarik dan pemampan daripada asap dan habuk; dan
iii. Pembentukan bukit kecil (Earth Mound) beserta dengan penanaman yang sesuai menghasilkan impak yang lebih berkesan adalah digalakkan.
Ruang Penanaman Yang Lebar Di Laluan Pejalan Kaki Di Kawasan Industri Berfungsi Sebagai Penghadang
b. Jarak Penanaman
i. Jarak penanaman bergantung kepada objektif penanaman sama ada bagi tujuan pengadang, keseimbangan skala atau estetik.
c. Jenis Tanaman
i. Memilih tanaman yang mempunyai tekstur yang padat, permukaan daun yang berbulu dan berair yang dapat membantu proses penyerapan habuk dan penebatan kesan bunyi ; ii. Memilih jenis pokok yang dapat mengimbangi skala bangunan; dan
iii. Memilih tanaman pelbagai jenis, saiz dan rupa bentuk serta yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat bagi menghasilkan kesan hadangan yang maksimum.
d. Cadangan Tanaman
Antara beberapa spesis pokok sederhana tinggi dan berdaun lebat untuk penampan ialah :- Jadual 1.5 : Beberapa Spesis Pokok Sederhana Tinggi Dan Berdaun Lebat Untuk Penampan
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN BENTUK
Melia indica Semambu Silara Bujur
Cinnamomun iners Kayu Manis Silara Bulat
Mimusop elengi Tanjung Silara Bujur
Peltophorum pterocarpum Batai Silara Kon
Pongamia pinnata Mempari Silara Bujur
Gardenia carinata Cempaka Hutan Silara Bujur
1.7.4 Garis Panduan Kawasan Institusi
Landskap di sekitar kawasan institusi mestilah sesuai dengan reka bentuk bangunan dan menunjukkan fungsi atau kegunaan bangunan tersebut.
a. Keperluan Ruang
Ruang penanaman yang mencukupi perlu disediakan di sekitar bangunan dengan mengutamakan fungsi landskap seperti estatik, kesan selamat datang, kesan ruang rangkuman, penunjuk arah, selamat dan selesa.
b. Jarak Penanaman
Jarak penanaman pokok utama adalah bergantung kepada tujuan penanaman tersebut. Sebaik- baiknya jarak yang sesuai adalah tidak kurang daripada 5m dari anjakan bangunan.
c. Jenis Tanaman
i. Pemilihan tanaman di bangunan kerajaan perlu menggambarkan suasana berdisiplin dan kemas;
ii. Mengutamakan tanaman yang memerlukan penyelenggaraan minimum.
d. Cadangan Tanaman
Antara beberapa spesis tanaman pokok sederhana rendah yang disyorkan ialah :- Jadual 1.6 : Spesis Tanaman Pokok Sederhana Rendah
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN BENTUK
Mesua ferrea Penanga Lilin Silara Bujur
Filicium decipiens Kiara Payung Silara Bulat
Erythrina orientalis Dedap Silara Kon
Erythrina variegata Dedap Batik Silara Kon
Michelia alba Cempaka Putih Silara Bulat
Saraca indica Gapis Silara Bujur
Kawasan Pemampan
1.7.5 Garis Panduan Reka Bentuk Landskap Bagi Kawasan Jalan Dan Rezab Pemisah
Rupa bentuk landskap di sesuatu kawasan dipengaruhi oleh sebahagian besar dari keadaan landskap di pinggir jalan dan rezab pemisah. Tujuan landskap pinggir jalan atau lebuh raya adalah untuk mewujudkan persekitaran jalan yang sempurna dan seragam. Ia dapat memenuhi fungsi sebagai panduan arah, teduhan, lindungan silauan lampu kenderaan, pengadang bunyi, penghalang penglihatan yang tidak menarik dan juga bagi tujuan memperindahkan lagi pemandangan.
Bagi tujuan garis panduan ini beberapa jenis jalan sahaja yang dijadikan panduan.
a. Keperluan Ruang
Rezab landskap yang meliputi kawasan siar kaki dan kawasan penanaman perlu disediakan di kedua-dua belah jalan mengikut kelebaran jalan. Bagi memastikan pertumbuhan tanaman yang baik, rezab landskap pinggir jalan mestilah berukuran minimum 3m lebar dan bagi pembahagi jalan mestilah berukuran minimum 2m
i. Lebar mengikut hierarki jalan. Walaubagaimanapun, keperluan ruang penanaman di tepi jalan ialah minimum 1.5m lebar;
ii. Ruang penanaman minimum 300mm lebar perlu disediakan di tepi tembok atau jambatan untuk penanaman tanaman memanjat;
iii. Kotak tanaman berukuran minimum 500mm lebar dan 500mm dalam perlu disediakan di sepanjang jambatan/ jejantas untuk penanaman pokok renek;
iv. Ruang penanaman minimum 3m lebar perlu disediakan bagi mengadang pemandangan tidak menarik;
v. Landskap di kawasan jalan perlu juga mengambilkira pemeliharaan titik pemandangan jauh yang cantik dan pengekalan keadaan landskap sedia ada; dan
vi. Landskap di kawasan jalan juga dapat diperkuatkan dengan kombinasi elemen landskap kejur seperti papan tanda, siar kaki dan perabot landskap yang lain.
Elemen Kejur Yang Dicadangkan Di Pinggiran Jalan b. Jarak Penanaman
i. Menanam pokok dengan jarak yang sama dan rapat di kedua-dua belah jalan. Jarak penanaman adalah bergantung kepada jenis dan saiz pokok tetapi tidak kurang daripada
½ lebar silara tanaman matang supaya boleh dijarangkan selepas 10-15 tahun.
Jarak Penanaman Yang Rapat Bagi Pokok Silara 6m Untuk Dijarangkan Selepas 10-15 Tahun
ii. Bagi rezab landskap yang kelebaran melebihi 6m, penanaman lebih daripada satu barisan tanaman boleh diwujudkan. Cara penanaman tidak setentang (staggered) hendaklah diamalkan.
Penanaman Melebihi Satu Barisan Secara Tidak Setentang (Staggered)
iii. Menanam pokok di luar garisan talian elektrik dan telefon minimum 3m bagi mengelakkan gangguan talian dan pemotongan dahan pokok.
(Sumber : Garispanduan Landskap Negara)
Pokok-Pokok Sederhana Besar Perlu Ditanam Secara Tidak Setentang (Staggered) Untuk Membentuk Penghadang Atau Penunjuk Persimpangan
v. Jarak penanaman pokok dari kerb di bahu jalan ialah minimum 1m;
vi. Menanam pokok berlainan ciri dan saiz di setiap persimpangan jalan untuk bertindak sebagai penunjuk persimpangan;
vii. Penanaman hendaklah mengambil kira kedudukan kabel bawah tanah dan utiliti lain seperti tiang lampu, parit, papan tanda dan perangkap sampah (sumps). Rezab utiliti perlu disediakan di kedua-dua belah jalan;
viii. Penanaman pokok di persimpangan jalan perlu mengambil kira jarak penglihatan pemandu; dan
ix. Penanaman pokok di bulatan jalan atau di pulau trafik (traffic island) perlu mengambil kira garisan pemandangan dan keselamatan pemandu.
c. Jenis Tanaman
i. Pemilihan pokok perlulah daripada jenis batang yang lurus/ tegak dan cepat membesar.
Percabangan yang kurang 3m dari paras tanah hendaklah dipotong;
ii. Menanam satu jenis pokok sahaja di satu-satu jalan di kedua-dua belah rezab jalan.
Penanaman jenis berlainan boleh dilakukan bagi tujuan tertentu seperti penunjuk persimpangan;
iii. Memilih pokok besar dan rendang bagi kawasan lebuh raya. Bagi jalan sederhana lebar (20m-30m) pokok saiz sederhana hendaklah dipilih dan jalan kurang dari 12m lebar pokok kecil diutamakan;
iv. Bagi pembahagi jalan melebihi 2m lebar pokok utama atau palma dan renek bolehlah ditanam, manakala pembahagi jalan yang kurang daripada 2m lebar hanya renek dan penutup bumi;
v. Pemilihan pokok hendaklah daripada jenis yang tahan pencemaran, dahan yang tidak rapuh dan kadar luruh daun yang rendah;
vi. utama kategori sederhana adalah dicadangkan;
vii. Menanam pokok yang mempunyai akar tunjang supaya dapat bertahan daripada tiupan angin kencang dan gegaran kenderaan;
viii. Penanaman pokok renek untuk tujuan hadangan dan mengelakkan silauan lampu kenderaan; dan
ix. Memilih tanaman yang kurang atau mudah diselenggara.
1.7.6 Garis Panduan Reka Bentuk Landskap Bagi Kawasan Badan Air
Landskap di kawasan ini bertujuan memenuhi keperluan-keperluan rekreasi, pemeliharaan badan air, ekologi, flora dan fauna dan berpotensi untuk dijadikan sumber industri kayu.
a. Keperluan Ruang
i. Rezab tasik 20m lebar hendaklah digunakan untuk tujuan landskap yang meliputi dua zon utama seperti di bawah;
ii. Zon hutan dan hidupan liar - mengandungi tanaman pokok untuk tujuan landskap dari aspek ekonomi dan tarikan hidupan liar;
iii. Zon penanaman umum dan penyelenggaraan - mengandungi gabungan elemen landskap lembut dan landskap kejur untuk tujuan landskap dari aspek rekreasi dan pemeliharaan habitat;
iv. Rezab kawasan tasik meliputi kawasan yang lebih luas. Ruang penanaman bergantung kepada jenis perancangan pembangunan tetapi hendaklah mengekalkan 20m lebar di sepanjang tasik untuk tujuan landskap dari segi rekreasi dan pengekalan habitat;
v. Bangunan hendaklah mengadap tasik;
vi. Penanaman di kawasan rezab tasik perlu diadunkan dengan kombinasi elemen landskap kejur seperti papan tanda, tempat duduk, siar kaki, jeti dan perabot landskap yang lain.
(Sumber : Garispanduan Landskap Negara)
Zon Aktiviti Dan Penanaman Di Pinggir Tasik
b. Jarak Penanaman
i. Menanam pokok pada jarak yang tertentu di sepanjang tebing tasik. Penanaman hendaklah pada jarak yang bersetentangan di kedua-dua tebing dan dalam satu garisan yang selari dengan tebing tasik. Jarak penanaman pokok hendaklah tidak terlalu dekat atau jauh dari tebing tasik untuk membolehkan pokok membesar merimbun ke tasik;
ii. Bagi tujuan mewujudkan suasana semula jadi dan sesuai untuk hidupan liar kecil, jarak penanaman bebas adalah digalakkan.
c. Jenis Tanaman
i. Menanam satu jenis tanaman sahaja di sepanjang tebing tasik dan dari jenis mengurai dan dahan yang menyebar seperti Salix babylonica (Janda Merana). Selain itu, pokok yang mempunyai batang yang tegak dan lurus perlu juga ditanam di kawasan tebing tasik.
Pencabangan yang kurang 3 meter dari paras tanah hendaklah dipotong;
ii. Menanam tanaman yang dapat menarik unggas dan serangga lain seperti kelip-kelip terutama di kawasan berpaya;
iii. Elakkan daripada menggunakan tanaman yang mempunyai kadar daun gugur yang tinggi seperti Acacia Mangium;
iv. Memastikan pokok-pokok sedia ada yang mempunyai nilai-nilai istimewa dikekalkan;
v. Memilih tanaman yang sesuai untuk habitat tasik; dan
vi. Memilih tanaman yang kurang atau mudah diselenggarakan.
1.7.7 Garis Panduan Reka Bentuk Landskap Bagi Kawasan Siar Kaki a. Keperluan Ruang Tanaman
i. Lebar ruang penanaman minimum 1.5m lebar di sepanjang rezab landskap antara bebendul jalan hingga ke tepi pejalan kaki manakala saiz minimum siar kaki ialah 2m lebar;
ii. Bagi kawasan rezab landskap yang luas, ruang penanaman minimum 2m lebar boleh digabungkan dengan bukit kecil (Earth mound) sebagai pemisah antara pejalan kaki iii. dengan kenderaan bermotor amat digalakkan.
Kelebaran Minimum Bagi Ruang Penanaman dan Laluan Pejalan Kaki (Sumber : Garispanduan Landskap Negara)
2.0m 1.5m Laluan Pejalan Kaki
Minimum 2 M Lebar
Ruang Penanaman Minimum 1.5 M Lebar
Gabungan Bukit Kecil (Earth Mound) Dan Penanaman Sebagai Pemisah Di Laluan Pejalan Kaki
b. Jarak Penanaman
i. Jarak penanaman disepanjang bahu jalan hendaklah sekata iaitu sama jarak antara pokok ke pokok yang lain, mengikut kesesuaian jenis pokok.
Jarak Penanaman Yang Sama Antara Pokok Ke Pokok Yang Lain Adalah Digalakkan. Ianya Perlu Bagi Memudahkan Penglihatan Dari Jalan Raya Ke Laluan Pejalan Kaki Untuk Mengelakkan jenayah Dari Berlaku
c. Jenis Tanaman
i. Satu jenis tanaman pokok utama di sepanjang laluan pejalan kaki supaya kelihatan kemas, teratur dan mudah untuk diselenggarakan;
Hanya Satu Jenis Pokok Utama Digalakkan Di Tanam Di Sepanjang Laluan Pejalan Kaki. Pemasangan Geriji Tangan Digalakkan
ii. Pemilihan pokok utama mestilah daripada jenis sederhana besar, rendang dan mempunyai tegak serta lurus bagi mewujudkan teduhan selain daripada mengawal pencemaran udara;
Rupa Bentuk Silara Pokok
Gabungan Bukit Kecil Sebagai Pemisah Minimum 2m Lebar Amatlah Digalakkan 2.0m 2.0m
SAMA (EQUAL)
SAMA (EQUAL)
SAMA (EQUAL) JARAK PENANAMAN SEKATA (RUANG PENGLIHATAN / VISUAL )
Bentuk Bujur Bentuk Memanjang Bentuk Kon Bentuk Bulat Bentuk Payung
iii. Percabangan yang kurang 3m dari paras tanah hendaklah dipotong supaya tidak menganggu pejalan kaki;
Percabangan Kurang 3m Dari Paras Tanah
iv. Ciri-ciri dan rupa bentuk struktur pokok amat penting dalam menentukan supaya spesis tanaman yang dicadangkan dapat memberi kesan terhadap keselamatan pengguna laluan pejalan kaki seperti berikut :-
Tanaman Bertindak Sebagai Halangan (Barrier) Dari Penyeluk Saku Bermotosikal Menghampiri Pejalan Kaki
v. Memilih spesis tanaman yang mengeluarkan bauan yang harum dan dapat menyegarkan pengguna di laluan siar kaki adalah digalakkan;
Spesis Tanaman Yang Mengeluarkan Bauan Yang Harum
vi. Memilih pokok yang mempunyai sistem akar tunjang (Tap Root) supaya tidak mudah tumbang ditiup angin untuk keselamatan pejalan kaki;
vii. Penanaman pokok yang mempunyai akar menjalar (Buttresses Root) tidak digalakan kerana akan merosakkan permukaan turapan laluan siar kaki, merosakan kabel bawah tanah, langkang dan membahayakan pejalan kaki;
viii. Gunakan penghadang akar (Root Barrier) jika perlu.
GGg
Penghadang Akar (Root Barrier) Percabangan Kurang 3m
Dari Paras Tanah
Jasminum Sambac (Melur)
Cananga Fruticosa (Kenanga)
Root Barrier
Gelong Penghalang Akar
d. Pemilihan Tanaman
i. Tanaman mestilah dari jenis tahan terhadap penyakit dan kurang penjagaan;
ii. Ukuran ketinggian tanaman di peringkat matang perlu diambil kira kerana bilangan tanaman yang terlalu banyak dan rapat ditanam pada ruang penanaman semasa diperingkat muda akan menyebabkan kawasan menjadi semak apabila pokok-pokok tersebut telah matang;
iii. Kerja-kerja mengurangkan pokok (Thinning Process) perlu dibuat mengikut peringkat pembesaran pokok dengan menebang atau mengalihkan (Trans planting) ke tempat lain jika pokok-pokok menjadi terlalu rapat;
iv. Pemilihan warna daun dan bunga dalam reka bentuk landskap lembut adalah untuk memberi kemeriahan, keselesaan, kelembutan dan ketenangan;
v. Pokok jenis renek ditanam sebagai pepagar (Hedges) dan selalunya secara barisan serta jarak tanaman biarlah rapat;
vi. Pokok renek juga ditanam secara berkelompok ini juga digunakan untuk pembahagian kawasan (Separator) dan sebagai tanaman latar belakang (Backdrop) untuk elemen landskap yang lain;
vii. Tentukan pokok ini tidak ditanam di atas saluran paip air, saluran gas, kabel elektrik bawah tanah ataupun berdekatan dengan parit dan pagar konkrit;
viii. Bukan semua pokok boleh dibuat pemangkasan terus kerana ada pokok dari jenis pertumbuhan yang lambat berdaun;
ix. Penggunaan pokok penutup bumi (Groundcover) juga boleh mengelakkan hakisan tanah dan menghalang rumpai tumbuh di tempat terbiar;
1.7.8 APENDIK
a. Pokok Beracun, Berdahan Rapuh Dan Berduri
Senarai tanaman dibawah ini disyorkan supaya tidak digunakan dan perlu dielakkan dari ditanam kerana terdapat bahagian pokok yang beracun seperti biji, buah, batang, pokok, daun, bunga dan juga getah buah. Tanaman ini membahayakan pengguna jalan kaki terutama kanak-kanak yang menyentuh, memetik atau memakan bahagian tanaman yang beracun.
Jadual 1.7 : Tanaman Beracun
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN BAHAGIAN BERACUN
Allamanda cathartica Bunga Loceng Getah
Alocasia denudata Keladi Candek Pokok
Amorphphallus praonii Likir Umbi
Cantharanthus rosea alba Kemunting Cina Bahagian Menjalar
Caryota mitis Beredin / Palas Buah
Carbera odollan Pong-pong Biji/Getah
Cycas rumphii Paku Bogak Biji
Vatura alba Kecubung Pokok
Dieffenbachia spp. Birah Getah
Epipremnum giganteum Philodendron Buah
Ervatamia coronaria Susun Kelapa Getah
Exoecaria agallocha Bebuta Kulit Kayu
Melanorrhoea wallichii Rengas Getah
Mucuna gigantia Kacang Rimau Biji
Nerium oleander Oleandeer Pokok
Orania macroclada Buah Ibul Kacang
Plumeria spp. Kemboja Buah/Getah
Stagmaria verniciflum Rengas Getah
Strychnos ovalifolia Akar Ipoh Pokok
Thevetia peruviana Trompet Pokok/Getah
Jadual 1.8 : Tanaman Yang Mempunyai Dahan Yang Rapuh (Pokok)
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Albizia falcata Mimosa / Batai
Gliricidia sepium Mexican Lilac
Salix babylonica Janda Merana
Samanea saman * Hujan-hujan
* (Sesuai untuk teduhan tetapi elakkan dari memanjat tanaman tersebut.)
Jadual 1.9 : Tanaman Berduri (Pokok Dan Palma)
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Araucaria excelsa Norfolk Island Pine
Elaeis guineensis Kelapa Sawit
Erythrina indica Indian Coral
Erythrina crista-galli Dedap Merah
Euphorbia milii Crowns of thorns
Hura crepitans Payung Indonesia
Licuala grandis Fan Palm
Licuala chinensis Chinese Fan Palm
Oncosperma tigillarum Nibung
Pithecellobium dulce Madras Thorns
Prichardia hillebrandii Loutou-Lelo Palm
Jadual 1.10 : Tanaman Berduri (Renek)
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Agave amaricana Agave
Ananas bracteatus striatus Variegated Pineapple
Bougainvillea spp. Bunga Kertas
Caesalpinia pulcherrima Bunga Merak
Lantana camara Bunga Tahi Ayam
Pandanus sanderi Pandan
Sansievera spp. Lidah Buaya
Antara beberapa contoh tanaman beracun, dahan rapuh dan berduri.
Tanaman Beracun
Dahan Rapuh
Daun Berduri
Allamanda cathartica (Bunga Loceng)
Dieffenbachia spp. Plumeria spp.
Albizia falcata (Mimosa/Batai)
Salix babylonica (Janda Merana)
Podocarpus indicus (Angsana)
Licuala grandis (Fan Palm)
Araucaria excelsa ( Norfolk Island Pine )
Hura crepitans (Payung Indonesia )
Jadual 1.11 : Spesis Pokok Tinggi (Ketinggian >15)
b. Pokok Utama
NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN
Agathis alba Damar Minyak
Alstonia augustifolia Pulai
Araucaria excelsa Araukaria
Brassaia actinophylla Pokok Payung
Canangium odoratum Kenanga
Canarium indicum Kenari
Cassia nodosa Kasia Busuk
Casuarina equisetifolia Pokok Ru
Casuarina nobile Cemara
Casuarina sumatrana Sempilau
Cratoxylon formosum Mempat
Dalbergia oliveri Tamalan
Dyera costulata Jelutung
Enterolobium saman Pokok Hujan-hujan
Eucalyptus deglupta Kayu Minyak Putih
Eugenia grandis Jambu Laut
Fagraea frangrans Tembusu
Ficus benjamina Beringin
Gardenia carinata Cempaka Hutan
Hopea odorata Merawan Siput Jantan
Hymenaea courbaril Lokus
Millettia atropurpurea Jenaris
Pinus spp. Pine
Plumeria rubra Kemboja Merah
Pongamia pinnata Mempari
Pterocarpus indicus Angsana
Saraca indica Gapis
Swietenia mahogani Mahogani
Terminalia catappa Ketapang