• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBELAJARAN ILMU TAJWID SECARA DALAM TALIAN DI ERA COVID-19: SATU TINJAUAN MENURUT PERSPREKTIF AS-SUNNAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PEMBELAJARAN ILMU TAJWID SECARA DALAM TALIAN DI ERA COVID-19: SATU TINJAUAN MENURUT PERSPREKTIF AS-SUNNAH"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

415 PEMBELAJARAN ILMU TAJWID SECARA DALAM TALIAN DI ERA COVID-19: SATU

TINJAUAN MENURUT PERSPREKTIF AS-SUNNAH

Anuar bin Hasin

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

E-Mail: anuarhasin@usim.edu.my Norazman bin Alias

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

E-Mail: norazman@usim.edu.my Zainora binti Daud

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

E-Mail: zainora@usim.edu.my

ABSTRAK

Ilmu Tajwid al-Quran merupakan sebuah ilmu yang bercorak teori dan praktikal. Kebiasaanya ilmu ini dipelajari melalui kaedah talaqqi dan musyafahah yakni murid menadah ilmu dan mengambil bacaan secara bersemuka dan terus daripada guru. Namun, sejak wabak Covid-19 melanda dunia, corak pembelajaran di dunia yang lazimnya secara bersemuka telah berubah kepada norma baru iaitu pembelajaran secara dalam talian. Hal yang demikian turut memberi kesan ke atas perjalanan pembelajaran ilmu tajwid di kebanyakan institusi. Kertas kerja ini adalah bagi mengenalpasti sejauhmana penerimaan as-Sunnah terhadap pembelajaran tajwid al-Quran secara dalam talian. Selain itu, ia juga adalah untuk meneroka panduan yang telah digariskan oleh as-Sunnah berkaitan dengan pembelajaran al-Quran dan keterikatan pembelajaran secara dalam talian terhadapnya. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif melalui analisis terhadap hadis-hadis Nabi s.a.w yang berkaitan dengan pembelajaran Al-Quran juga pandangan ulama-ulama berkenaannya dan juga pemerhatian ke atas saluran-saluran pembelajaran ilmu tajwid secara dalam talian di dalam masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa Islam melalui as-Sunnah tidak menghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran ilmu al-Quran seperti tajwid dan seumpamanya namun ia mestilah tidak menjejaskan keaslian ilmu itu serta mestilah berupaya memelihara tradisi asal keilmuan ilmu tersebut seperti talaqqi dan musyafahah.

Kata Kunci: Tajwid, Covid-19, Pembelajaran Online, as-Sunnah, Talaqqi

(2)

416 PENDAHULUAN

Penularan wabak COVID-19 di penghujung tahun 2019 telah banyak mengubah cara kehidupan manusia secara besar-besaran. Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan bermula pada 18 Mac 2020 dengan tujuan untuk memutuskan rantaian wabak penyakit ini di dalam masyarakat.

Walaupun pada masa ini, negara sedang berada di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang vaksin untuk melawan COVID-19 mungkin tidak akan ditemui.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Gabreyesus berkata walaupun usaha mencari vaksin berkesan dipercepatkan, penyelesaian yang sempurna mungkin tidak akan dijumpai.1 Secara globalnya, situasi ini telah memberi kesan yang mendalam kepada semua sektor terutamanya ekonomi dan pendidikan. Fenomena COVID-19 telah mengubah cara hidup manusia kepada norma-norma baharu seperti penjarakkan sosial, pemakaian penutup muka, penggunakan gel pembasmi kuman dan sebaginya.

Secara tidak langsung, ia juga sangat memberi kesan ke atas kaedah dan cara penyampaian ilmu dari berbentuk bersemuka kepada dalam talian. Keadaan ini bagi mengelakkan perkumpulan besar manusia yang memungkinkan penyebaran virus. Hal ini juga selaras dengan apa yang telah disarankan oleh junjungan Nabi s.a.w kepada umat Islam khususnya ketika berlakunya penyebaran sesuatu wabak penyakit. Sabda baginda:

“Sekiranya kamu mendengar tentang (penyebaran) wabak di sesuatu tempat, maka janganlah kamu masuk. Dan sekiranya kamu sudah berada dalam kawasan (penularan wabak) tersebut, maka janganlah kamu keluar darinya.”2

Sejak penularan wabak Covid-19, sambutan terhadap pembelajaran Al-Quran secara dalam talian semakin mendapat sambutan. Banyak institusi samada kerajaan mahupun swasta telah memperkenalkan kelas-kelas pembelajaran Al-Quran seperti tajwid, talaqqi, tarannum, dan hafazan secara dalam talian.

Menurut sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, belajar mengaji secara dalam talian merupakan satu wasilah untuk mendapatkan ilmu membaca al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini. Usaha murni tersebut memudahkan capaian masyarakat untuk mempelajari ilmu membaca al- Quran.3 Ilmu membaca al-Quran yang dimaksudkan ialah ilmu tajwid.

ILMU TAJWID

Ilmu tajwid ialah sebuah ilmu yang membahaskan tentang kaedah-kaedah menyebut huruf-huruf dan memelihara segala makhraj dan sifatnya serta segala yang berkaitan dengannya dari segi hukum yang

1 Isabelle Leong, “COVID-19: WHO Khuatir Vaksin Sempurna Mungkin Tidak Akan Ditemukan”, http://

http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-who-khuatir-vaksin-sempurna-mungkin-tidak-akan-ditemukan-253856

2 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (2001), Al-Jami’ Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah Sallallah Alaih Wasallam Wa Sunanihi Wa Ayyamihi, Beirut: Dar Al-Thouq Al-Najah, 130

3https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4436-irsyad-al-fatwa-siri-ke-494-bolehkah-mengaji- al-quran-secara-atas-talian-online-berduaan-berlainan-jantina

(3)

417 mendatang, dan apa yang berkaitannya dari sudut waqaf, ibtida’, washal dan qatha’.4 Para ulama sangat mementingkan ilmu ini kerana melaluinya lidah akan terpelihara daripada melakukan kesalahan dan kesilapan ketika membaca al-Quran.5 Oleh yang demikian, ilmu ini telah disusun bagi memudahkan umat Islam untuk membaca al-Quran dengan tepat mengikut apa yang dibacakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ia merupakan semulia-mulia ilmu kerana berkait terus dengan Kalam Allah.6 Nabi s.a.w bersabda:

Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya.7

Hadith ini jelas menunujukkan bahawa perbuatan mempelajari Al-Quran dan mengajarkan Al-Quran adalah perbuatan yang sangat mulia di sisi Allah serta orang yang melakukannya diiktiraf sebagai orang yang terbaik.

Ulama telah membahagikan tajwid kepada 2 aspek iaitu teori dan amali. Teori ataupun di dalam Bahasa Arab disebut sebagai tajwid nazari bermaksud mengetahui segala hukum hakam tajwid dan kaedah- kaedahnya, menghafalnya dan memahaminya. Hukum bagi aspek ini ialah fardhu kifayah seperti ilmu- ilmu lain yang menjadi keperluan bagi orang-orang Islam. Ia juga merupakan sebagaian daripada ilmu alat.8 Manakala aspek kedua pula ialah tajwid ‘amali yang bermaksud memprakikkan segala hukum hakam yang terkandung di dalam tajwid nazari di dalam pembacaan Al-Quran. Hukumnya ialah fardhu

‘ain.9 Ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Muzzammil : ....dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil (Al-Qur’an 73:4)

Ilmu tajwid merupakan sebuah ilmu yang lahir selepas kewafatan Nabi s.a.w. Ia merupakan di antara ilmu yang terawal dalam sejarah Islam. Terlebih dahulu, ilmu tajwid dipelajari secara tidak langsung melalui proses pembelajaran secara musyafahah di antara guru Al-Quran dan murid tanpa mempunyai catatan dalam mana-mana kitab. Segala hukum hakam yang termaktub di dalam teori-teori ilmu tajwid seperti Mad Asli, Mad Wajib, Idgham, Idzhar, Ikhfa’ dan sebagainya telahpun dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat secara amali bermula sejak penurunannya. Karya pertama ilmu tajwid telah ditulis dalam bentuk 51 bait syair oleh Abu Muzahim Musa Al-Khaqani yang berasal dari Baghdad.

Pun begitu, beliau tidak menggunakan kalimah tajwid dalam syairnya, namun beliau menggunakan istilah husn al-ada’. 10

PEMELIHARAAN AL-QURAN

4 Ahmad Khalid Syukri et.al (2017) al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid. Amman: al-Jam’iah, 9.

5 Abu Mardhiyah (2007) Tajwid al-Quran Qiraat ‘Aashim – Riwayat Hafsh – Toriq al-Syatibi. Kuala Lumpur: al-Jenderaki Enterprise, 75.

6 Ibid, 74.

7 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (2001), Al-Jami’ Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah Sallallah Alaih Wasallam Wa Sunanihi Wa Ayyamihi, Beirut: Dar Al-Thouq Al-Najah.

8 Ahmad Khalid Syukri (2017) al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid. Amman: al-Jam’iah, 11.

9 Ibid

10 Ibid

(4)

418 Al-Quran merupakan kalam Allah yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril a.s dan kemudiannya di sampaikan kepada umatnya secara mutawatir.

Mutawatir bermakna Al-Quran telah dinukilkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain melalui pendekatan dan strategi tertentu.11 Mutawatir juga bermaksud sesuatu yang diriwayatkan oleh sekumpulan orang yang ramai yang mana mustahil mereka itu bersepakat untuk berbohong. Al-Quran telah diyakini sampai kepada umat Islam sehingga pada hari ini secara mutawatir kerana ia di bacakan dan disampaikan oleh begitu ramai manusia dari generasi ke generasi yang lain dengan lafaz yang sama dan memustahilkan ia untuk didustai. Selain itu, Al-Quran juga adalah satu-satunya kitab di atas muka bumi yang dijamin oleh Allah akan pemeliharaannya. Firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (al-Quran) dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.(Al-Quran 15: 9)

Al-Tabari menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan Allah memelihara Al-Quran itu ialah ia terpelihara daripada sebarang tokok tambah mahupun sebarang pengurangan daripada syaitan dan iblis.12 Selain itu, pemeliharaan Allah terhadap Al-Quran juga adalah tidak terhad kepada isi kandungannya sahaja, akan tetapi ia meliputi aspek fizikal, digital, hafazan13 dan juga bacaan. Penyusunan ilmu tajwid adalah signifikan kepada pemeliharaan Al-Quran dari sudut bacaan. Melalui ilmu ini, umat Islam dapat mengenalpasti bentuk bacaan yang tepat dan sahih mengikut apa yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w dan dapat membezakan sesuatu bacaan yang terkeluar daripada kaedah yang sebenar.

TALAQQI DAN MUSYAFAHAH SEBAGAI KEADAH PEMBELAJARAN AL-QURAN DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Tugas menyampaikan wahyu merupakan tugas utama para rasul. Tanggungjawab ini telah dipikul oleh Nabi Muhammad s.a.w apabila menerima wahyu daripada Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril, maka beliau akan menyampaikan wahyu tersebut kepada para sahabat baginda. Keadaan Nabi s.a.w menerima wahyu daripada Jibril dan kemudian baginda mengajarkannya kepada para sahabat tersebut bolehlah dianggap sebagi satu proses pengajaran dan pembelajaran. Jibril bertindak selaku guru kepada Rasulullah s.a.w, manakala para sahabat pula bolehlah dikira sebagai murid kepada Rasulullah s.a.w.

Secara umumnya, Kaedah Talaqqi dan Musyafahah adalah sangat penting dalam pembacaan dan pendidikan Al-Quran. Ia tidak tidak boleh dipandang ringan kerana ia berperanan penting dalam memastikan hak kalam Allah sentiasa tertunai dan terpelihara.14 Kaedah yang unik ini mampu membantu

11 Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Nor Salimah Abu Mansor, Zulkifli A. Manaf, “Perlaksanaan Manhaj Rasulullah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Al-Quran Bagi Golongan Dewasa”, Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Keluaran Khas (2011): 55

12 Al-Tobari, Abu Ja’far (2000), Jami’ Al-Bayan Fi Ta’wil Al-Quran, Muassasah Al-Risalah, 68.

13 Taufiq Yap Yun Hin, “Keaslian Al-Quran Terjaga Selamanya”,

https://www.hmetro.com.my/addin/2019/05/458578/keaslian-al-quran-terjaga-selamanya

14 Sedek Ariffin (2009) Kepentingan Talaqqi dan Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran. Jurnal Darul Quran, 7-8

(5)

419 untuk mengekalkan keaslian khazanah ilmu Islam dan mencegahnya daripada dipenagruhi oleh elemen- elemen yang tidak sihat.15

Talaqqi dalam konteks pembelajaran Al-Quran bermaksud proses mempelajari Al-Quran secara terus melalui cara mendengar dan meniru bacaan daripada seorang guru yang mempunyai sanad yang bersambung kepada Rasulullah s.a.w. Manakala musyafahah pula bermaksud seorang murid memperoleh pengetahuan secara lisan dengan menumpukan pada pergerakan bibir guru dan mengulang bacaan.16 Maka talaqqi dan musyafahah boleh diertikan sebagai pertemuan secara langsung antara guru dan pelajar dalam satu perjumpaan pada bila-bila masa dan pelajar mempelajari bacaan Al-Quran dari mulut ke mulut secara langsung dengan guru berkenaan.

Menerusi sirah Rasulullah s.a.w, terdapat banyak dalil yang menunjukkan bahawasanya baginda sentisa bertalaqqi dengan Malaikat Jibril untuk bermusyafahah mengambil Al-Quran daripadanya antaranya:

Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi al-Quran dari sisi Allah s.w.t yang Maha Bijaksana lagi Maha mengetahui.(Al-Quran 27:6)

Seterusnya,

ِهْيَلَع َُّللَّا ىَّلَص ُِّبَِّنلا ََّليِإ َّرَسَأ : ُمَلاَّسلا اَهْ يَلَع َةَمِطاَف ْنَع َمَّلَسَو

َماَعلا ِنَِضَراَع ُهَّنِإَو ، ٍةَنَس َّلُك ِنآْرُقلِبا ِنُِضِراَعُ ي َناَك َليِْبَِج َّنَأ :

يِلَجَأ َرَضَح َّلَِإ ُهاَرُأ َلََو ، ِْينَتَّرَم

Daripada Fatimah r.a berkata, bahawa Nabi SAW telah berbisik kepadaku:

Jibril membacakan al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril membacakan al- Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat bahawa ajalku telah datang.17

ْنَع َةَرْ يَرُه ِبَِأ َلاَق ،

ِْينَتَّرَم ِهْيَلَع َضَرَعَ ف ، ًةَّرَم ٍماَع َّلُك َنآْرُقلا َمَّلَسَو ِهْيَلَع َُّللَّا ىَّلَص ِهِبَِّنلا ىَلَع ُضِرْعَ ي َناَك : ُق يِذَّلا ِماَعلا ِفِ

َضِب

، اًرْشَع ٍماَع َّلُك ُفِكَتْعَ ي َناَكَو ، ِهيِف ِهيِف َضِبُق يِذَّلا ِماَعلا ِفِ َنيِرْشِع َفَكَتْعاَف

Daripada Abu Hurairah ia berkata;

15 Syuhaida Idha Abd Rahim, Mohd Asmadi Yakob, Fadilah Abd. Rahman. (2016). Talaqqi Method in Teaching and Learning for the Preservation of Islamic Knowledge: Developing the Basic Criteria. Contemporary Issues and Development In The Global Halal Industry, 313.

16 Yusof, N. H. bin, Razali, M. A. bin M., Omar, N. binti, Abdelgelil, M. F. M., & Hamzah, M. S. bin. (2018). Concept and Execution of Talaqqi and Musyafahah Method in Learning Al-Quran. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(11), 559–563

17 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (2001), Al-Jami’ Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah Sallallah Alaih Wasallam Wa Sunanihi Wa Ayyamihi, Beirut: Dar Al-Thouq Al-Najah, 186.

(6)

420 Kebiasaannya Jibril menyemak bacaan Al Qur`an Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sekali pada setiap tahunnya. Namun pada tahun wafatnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam Jibril melakukannya dua kali. Dan beliau Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beri'tikaf sepuluh hari pada setiap tahunnya. Sedangkan pada tahun wafatnya beliau beri'tikaf selama dua puluh hari.18

Dalil-dalil Al-Quran dan Al-Hadis di atas menunjukkan bahawasanya talaqqi Al-Quran merupakan antara rutin Rasulullah s.a.w bersama Malaikat Jibril a.s. Manakala kaedah yang diaplikasikan semasa proses talaqqi itu berlangsung dinamakan sebagai al-‘Ard iaitu kaedah di mana murid memperdengarkan bacaan Al-Quran di hadapan guru dan guru memperbetulkan kesalahannya samada kesalahan kecil mahupun besar.19

Terdapat beberapa strategi lain yang telah diaplikasikan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat ketika melaksanakan proses talaqqi Al-Quran antaranya: al-Talqin, al-Sama’ dan Riwayah al-Hurf . Al-Talqin bermaksud guru membaca ayat Al-Quran sambil didengari oleh murid dengan teliti. Kemudian murid akan mengulang semula bacaan guru tersebut.20 Kaedah ini juga sering diaplikasikan pada peringkat asas Pendidikan Al-Quran kanak-kanak dan diktiraf sebagai salah satu kaedah talaqqi yang paling baik kerana diamalkan oleh para salaf dari kalangan sahabat dan tabi’in.21

Kaedah al-Sama’ pula ialah murid mendengar bacaan guru dengan baik tanpa memerlukan mereka mengulangi bacaan tersebut. Kaedah ini telah dipraktikkan oleh imam Qiraat terdahulu antaranya Imam Kisaie. Ia berlaku kerana kehadiran muridnya yang terlalu ramai hingga menyukarkannya menyemak bacaan mereka seorang demi seorang.22

Seterusnya ialah kaedah riwayah al-huruf ialah pelajar mempelajari cara bacaan al-Quran dengan seseorang guru melalui periwayatan sahaja tanpa membaca dengan beliau. Kaedah ini biasanya berlaku ketika bertalaqqi sesebuah kitab yang meriwayatkan cara atau wajah bacaan al-Quran atau bacaan qiraat seseorang imam.23

KESAN COVID-19 TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU TAJWID SECARA DALAM TALIAN

Sejarah telah membuktikan bahawa perindustrian dan perkembangan teknologi mampu mengubah sesebuah masyarakat. Perkembangan teknologi terutamanya evolusi internet telah mencabar konsep

18 Ibid

19 Norazman Alias, Khairul Anuar Mohamad, Abd Muhaimin Ahmad (2015) Fenomena Talaqqi Al-Quran Bersanad Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Menurut Toriq Al-Syatibiyyah; Sumbangannya Dalam Perkembangan Pengajian Al-Quran Di Malaysia, 6.

20 Norazman Alias, Khairul Anuar Mohamad, Abd Muhaimin Ahmad (2015) Fenomena Talaqqi Al-Quran Bersanad Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Menurut Toriq Al-Syatibiyyah; Sumbangannya Dalam Perkembangan Pengajian Al-Quran Di Malaysia, 6.

21 Nurul Huda Zainal Abidin, Najmiah Omar, Nor Hafizi Yusof (2019) Konsep Dan Pelaksanaan Kaedah Talaqqi dan Musyafahah Dalam Pembelajaran Al-Quran, Malaysian Journal For Islamic Studeis (2019), 30.

22 Norazman Alias, Khairul Anuar Mohamad, Abd Muhaimin Ahmad (2015) Fenomena Talaqqi Al-Quran Bersanad Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Menurut Toriq Al-Syatibiyyah; Sumbangannya Dalam Perkembangan Pengajian Al-Quran Di Malaysia, 6.

23 Nurul Huda Zainal Abidin, Najmiah Omar, Nor Hafizi Yusof (2019) Konsep Dan Pelaksanaan Kaedah Talaqqi dan Musyafahah Dalam Pembelajaran Al-Quran, Malaysian Journal For Islamic Studeis (2019), 31.

(7)

421 dan teori pendidikan tradisional, terutamanya terhadap konsep bilik darjah serta metod pengajaran dan pembelajaran.24 Metod pembelajaran pada masa kini telah banyak berubah kepada corak pembelajaran secara dalam talian. Ia juga dikenali sebagai online learning ataupun e-learning yang membawa maksud suatu jenis belajar mengajar yang memungkinkan tersampaikannya bahan ajar kepada siswa (pelajar) dengan menggunakan media internet, intranet atau media jaringan komputer lain.25 Pada masa kini, media sosial menjadi platform pilihan bagi golongan remaja terutamanya untuk meneroka tentang sesuatu perkara. Platform seperti Instagram, Facebook, WhatsApp dan YouTube telah dimanfaat untuk menarik golongan muda untuk mencintai Al-Quran. Ia juga merupakan medium yang sangat berkesan dalam penyampaian ilmu Quran. Medium-medium tersebut telah digunakan secara meluas bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Sejak penularan wabak Covid-19, pembelajaran Ilmu Tajwid samada yang berbentuk amali mahupun praktikal secara dalam talian semakin berkembang. Hal ini adalah disebabkan oleh masyarakat Islam tidak dibenarkan untuk berkumpul beramai-ramai di dalam satu-satu masa. Dalam keadaan ini, banyak saluran pembelajaran ilmu tajwid telah diwujudkan oleh pelbagai pihak di media massa dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat. Berikut adalah di antara contoh senarai saluran pembelajaran ilmu tajwid secara dalam talian yang terdapat di Malaysia:

Nama Saluran Medium Jumlah Pengikut

Uwais Qorny Facebook 336,000

Azdan Quranic Center Facebook 111,633

Kelas Ngaji Ustazah Hayati Facebook 28,990

Asraffayob YouTube 25000

Dikemaskini pada 6 Ogos 2020

Pelbagai pendekatan digunakan oleh pihak-pihak berkenaan dalam menyampaikan ilmu tajwid kepada masyarakat di antaranya ialah menggunakan Facebook Live dan YouTube Live. Menurut pemerhatian, perkara yang disampaikan oleh pihak-pihak berkenaan ialah berkaitan dengan tajwid nazari yakni ilmu tajwid yang berbentuk teorikal. Manakala kaedah yang digunakan dalam penyampaian pula ialah sehala dan boleh dikategorikan sebagai al-Talqin.

Selain itu, terdapat juga pihak-pihak yang menganjurkan kelas talaqqi secara online. Menurut satu temubual bersama Hisyam Abdul Bari Rajih26 , beliau menganjurkan kelas talaqqi online sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Platform ZOOM telah digunakan bagi mengumpulkan para pelajar di dalam sebuah kelas secara maya. Para pelajar kemudiannya membaca Al- Quran secara bergilir-gilir dan beliau akan menegur mereka sekiranya berlaku kesalahan di dalam

24 Kassim, Zahiah Binti, et al. 2010. “E-Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat. “Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010”, 210

25 Darin E. Hartley, Selling e-Learning, (Amerika: American Society for Training and Development, 2003), 1.

26 Hisyam Abdul Bari Mohammad Rajih dilahirkan pada 1 Oktober 1980 di Iskandariah, Mesir, merupakan pemegang sanad qiraat 10 sughra dan kubra daripada Syeikh Muhammad Abdul Hamid. Sekarang beliau menetap di Kota Bharu, Kelantan dan berkhidmat sebagai pengetua di Akademi Al-Quran Bandaraya Islam di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu. Beliau aktif mengajar Al-Quran di seluruh Kelantan dan menjadi guru talaqqi secara bersanad kepada murid-murid yang berasal dari dalam dan luar negara.

(8)

422 bacaan. 27 Kaedah ini bolehlah disamakan dengan al-‘Ard28 dalam kaedah talaqqi tradisional, namun yang membezakannya ialah menerusi talaqqi secara di dalam talian pelajar dan guru tidak bersemuka secara langsung, sebaliknya mereka bertemu secara maya. Menurut Syeikh Hisyam lagi, kejayaan talaqqi secara online sangat bergantung kepada kelajuan internet, kejelasan gambar. Kelajuan internet sangat penting untuk memastikan komunikasi di antara guru dan murid berjalan lancar. Sekiranya guru tidak dapat mendengar bacaan murid,maka ia akan menyukarkan proses bacaan dan teguran semasa proses talaqqi berlangsung. Manakala kejelasan gambar adalah penting supaya guru dan murid dapat memerhatikan bibir dan mulut masing-masing dengan tujuan untuk mengenalpasti sebutan huruf dan tajwid yang betul.29

PANDUAN AL-SUNNAH TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU TAJWID SECARA DALAM TALIAN

Meskipun dunia secara amnya dan negara secara khususnya sedang menghadapi satu ujian yang sangat getir daripada Allah s.w.t iaitu penularan wabak Covid-19 yang sehingga kini telah meragut hampir 700,000 orang, namun usaha menuntut ilmu tidak harus dihentikan lebih-lebih lagi ilmu Al-Quran. Apa- apa yang tidak dapat dilakukan sepenuhnya, tidaklah harus ditinggalkan semuanya. Justeru, penggunaan teknologi semasa dalam pembelajaran Al-Quran bukanlah suatu yang dilarang di dalam Islam selagimana ia tidak melanggar batas-batas syarak. Tidak ada dalil daripada Al-Quran mahupun Al-Sunnah yang melarang penggunaan teknologi dalam pembelajaran Al-Quran. Namun, beberapa dalil bolehlah dijadikan panduan dan pedoman dalam mengendalikan kelas tajwid Al-Quran secara dalam talian.

Guru Yang Berkelayakan

Guru yang berkelayakan adalah suatu isu yang sangat penting di dalam pembelajaran Al-Quran lebih- lebih lagi secara dalam talian. Ini kerana, platform dalam talian adalah sesuatu yang sangat terbuka dan tidak mampu dikawal sepenuhnya oleh mana-mana pihak. Sesiapa sahaja boleh mengajar tajwid meskipun tidak mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak.

Dalam hal ini, Nabi s.a.w telah mengesyorkan agar umat Islam mempelajari Al-Quran daripada orang yang mahir dan arif serta dengannya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

اوُذُخ ٍبْعَك ِنْب ِهَبُِأَو ٍلَبَج ِنْب ِذاَعُمَو ٍِلِاَسَو ٍدوُعْسَم ِنْب َِّللَّا ِدْبَع ْنِم ٍةَعَ بْرَأ ْنِم َنآْرُقْلا

Ambillah Al-Quran daripada empat orang iaitu daripada Abdullah bin Mas’ud, Salim Maula Abi Huzaifah, Muaz bin Jabal dan Ubai bin Ka’ab.30

27 Hisyam Abdul Bari Rajih dalam temubual bersama Anuar Hasin, 7 Ogos 2020.

28 Kaedah pelajar membaca dihadapan guru dan guru membetulkan bacaan mereka sekiranya terdapat kesalahan. Rujuk halaman 5

29 Hisyam Abdul Bari Rajih dalam temubual bersama Anuar Hasin, 7 Ogos 2020.

30 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (2001), Al-Jami’ Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah Sallallah Alaih Wasallam Wa Sunanihi Wa Ayyamihi, Beirut: Dar Al-Thouq Al-Najah, 186

(9)

423 Imam Al-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini berkata di antara sebab Rasulullah s.a.w menyuruh umat Islam mengambil Al-Quran daripada keempat-empat sahabat ini ialah kerana merekalah yang paling kuat dalam menjaga lafazh ayatnya dan lancar dalam bacaanya, walaupun sahabat yang lain ada yang lebih faham arti dan maksud ayatnya dari pada empat sahabat yang beliau sebutkan. Mereka juga sempat mempelajari Al-Quran secara musyafahah dengan Nabi s.a.w sedang sahabat-sahabat lain hanya mendengar daripada sahabat-sahabat lain. Demikian juga merupakan isyarat supaya sekiranya baginda telah wafat, maka umat Islam haruslah mendahulukan mereka berempat ini dalam hal mengambil bacaan Al-Quran kerana kelebihan-kelebihan yang telah dinyatakan tadi.31 Ibnu Hajar juga menyatakan bahawa sahabat yang empat ini merupakan yang paling terkenal dengan hafalan mereka dan paling bersemangat dalam mengajarkan Al-Quran.32

Hadis ini memberi gambaran betapa pentingnya bacaan Al-Quran dipelajari daripada guru yang mempunyai bacaan yang baik dan diktiraf sedemikian oleh guru Al-Quran yang lain. Kebebasan platform media social dalam menyampaikan ilmu tidak seharusnya diambil kesemapatan oleh mana-mana individu untuk meraih populariti dan keuntungan semata-mata. Ini bermakna, seseorang yang ingin mengajar ilmu tajwid teori mahupun amali, mestilah terlebih dahulu memahirkan diri dalam ilmu tersebut. Manakala murid juga hendaklah mengutaman guru-guru yang diiktiraf pakar dalam bidang serta mempunyai contoh bacaan yang baik untuk diikuti.

Merujuk Pakar Bidang

Elemen kedua yang dititikberatkan oleh sunnah ketika mempelajari Al-Quran ialah sentiasa merujuk masalah yang timbul kepada orang yang pakar. Hal ini ditunjukkan sendiri oleh para sahabat baginda Nabi s.a.w apabila berhadapan dengan situasi mereka mendengar bacaan yang tidak pernah mereka dengar daripada Nabi s.a.w.

Pada suatu hari, seorang lelaki memperdengarkan bacaannya kepada Ibnu Mas’ud, lelaki tersebut membacakan ayat (

... ِينِكاَسَمْلاَو ِءاَرَقُفْلِل ُتاَقَدَّصلا اََّنَِّإ

)33 tanpa memanjangkan kalimah lilfuqara’ , maka Ibnu Mas’ud menegur lelaki tersebut dengan berkata bahawasanya bukan begitu Nabi s.a.w membacakan ayat itu kepadanya. Kemudian beliau membacakan semula ayat tersebut dengan memanjangkan kalimah lilfuqara’.34

Sungguhpun dalil ini merupakan sandaran para ulama Tajwid dalam membicarakan tentang kewajipan memanjangkan bacaan (hukum mad), akan tertapi dari satu sudut yang lain kita melihat bahawa betapa pentingnya seseorang yang hendak mempelajari Al-Quran mahupun mengajarkannya merujuk kepada orang yang lebih pakar dalam soal hukum hakam dalam bacaan. Dalam konteks pembelajaran ilmu Tajwid secara dalam talian, ia sangat terdedah kepada awam dan boleh dilihat serta ditontoni oleh sesiapa

31 Al-Nawawi, Abu Zakariya Muhyiddin (1973), Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin Al-Hajjaj, Beirut: Dar Ihya’ Al-Turath Al-Arabi, 17.

32 Al-Asqalani, Ahmad bin Ali Abu Al-Fadhl (1960), Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, Beirut: Dar Al-Ma’rifah, 47

33 Al-Quran, 10: 60.

34 Ahmad Khalid Syukri et.al (2017) Al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid. Amman: al-Jam’iah, 115.

(10)

424 sahaja. Justeru, pengajar khususnya hendaklah sentiasa merujuk pakar bidang khususnya apabila melibatkan sesuatu kemusykilan dalam bacaan ataupun riwayat. Ini supaya guru tersebut tidak mengajarkan perkara yang salah di dalam masyarakat dan

Memelihara Adab-adab Bersama Al-Quran

Belajar dan mengajar Al-Quran secara dalam talian tidak terlepas daripada kewajipan memelihara adab- adab sepertimana mempelajarinya secara bersemuka. Di antara adab-adab yang berkaitan ialah:

Memelihara Niat

Niat adalah sesuatu yang sangat penting di dalam ibadah. Perkara yang pertama yang perlu berada dalam niat orang yang mengajar dan belajar Al-Quran adalah bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t35 seperti mana di dalam firman Allah:

Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberikan zakat, dan demikian itulah agama yang benar. (Al-Quran 98:5)

Justeru, guru dan pelajar yang mengajar secara dalam talian hendaklah berpegang kuat dengan prinsip ikhlas ini di dalam perbuatan mereka. Sebarang unsur keduniaan seperti untuk mendapat pujian dan perhatian manusia, atau mendapat sebarang habuan dunia melalui aktiviti online yang dilakukan.

Kemasyhuran dan juga perhatian adalah mudah di dapati oleh setiap guru yang mengajar Al-Quran secara dalam talian melalui platform seperti facebook, Instagram, YouTube dan selainnya. Justeru mereka sewajarnya berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan fitnah tersebut.

Memelihara Akhlak Dan Penampilan

Akhlak dan penampilan ada dua perkara yang sangat penting di dalam pembelajaran secara dalam talian.

Dalam hal ini, guru Al-Quran hendaklah mempamerkan akhlak serta penampilan yang baik ketika berhadapan dengan orang ramai sekalipun hanya di alam maya. Ini kerana akhlak dan penampilannya akan ditonton oleh ramai orang.

Imam Al-Nawawi menasihatkan supaya guru Al-Quran hendaklah menonjolkan sikap sabar dan lemah lembut, bersikap warak, memuliakan orang lain, merendah diri dan bersopan santun. Selain itu, guru Al- Quran mestilah menjaga kebersihan diri, merapikan misai dan janggut36 supaya kelihatan baik dihadapan orang ramai. Ini selaras dengan sabda Nabi s.aw: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.37

35 Al-Nawawi, Abi Zakariya bin Syaraf, Al-Tibyan Fi Adab Hamalat Al-Quran. Dar Ibn Hazm, 31.

36 Al-Nawawi, Abi Zakariya bin Syaraf, Al-Tibyan Fi Adab Hamalat Al-Quran. Dar Ibn Hazm, 37.

37 Al-Baihaqi, Abu Bakar (2003), Al-Sunan Al-Kubra. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah, 323.

(11)

425 Menghormati Guru

Seorang murid hendaklah menghormati guru dengan cara merendah diri dan bersopan terhadapnya walaupun guru tersebut lebih muda ataupun kurang masyhur. Ibnu Abbas berkata “kamu hina ketika menuntut, maka kamu mulia ketika dituntut”.38 Justeru, sekiranya seseorang itu bertalaqqi dengan seorang guru secara dalam talian, dia mestilah menghormati guru tersebut sekalipun tidak pernah bertemu dengannya secara bersemuka. Ini kerana dia telah memperolehi manfaat ilmu daripada guru tersebut dan selayaknyalah untuk dia dihormati sebagai seorang guru.

Memelihara Kesopanan Di Dalam Majlis Ilmu

Kesopanan adalah sesuatu yang amat penting untuk dipelihara di dalam majlis ilmu. Imam Al-Nawawi menegaskan bahawa pelajar hendaklah duduk dihadapan gurunya dengan gaya seorang pelajar dan bukannya seperti gaya seorang guru. Suara tidak boleh ditinggikan tanpa keperluan, tidak ketawa dan bercakap tanpa keperluan dan tidak bermain-main dengan tangannya atau selainnya.39 Dalam konteks pembelajaran ilmu tajwid secara dalam talian, para pelajar hendaklah menjaga kesopanan mereka dengan tidak melayari laman-laman sesawang lain atau bermain-main dengan apa jua aplikasi lain sewaktu kelas dijalankan. Mereka juga hendaklah berhati-hati supaya tidak bercakap-cakap hingga mengganggu guru yang sedang mengajar. Oleh itu, mereka mestilah sentiasa meletakkan tetapan suara dalam keadaan senyap dan hanya membukanya apabila diminta guru untuk berbuat demikian. Pergerakan juga harus dikawal supaya guru tidak merasakan seolah-olah murid tidak meberikan perhatian kepadanya sewaktu mengajar.

KESIMPULAN

Ilmu Al-Quran seperti ilmu tajwid merupakan wasilah untuk mencapai kesempurnaan dalam bacaan seperti mana yang dilakukan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat terdahulu. Wasilah untuk mempelajarinya mungkin berbeza pada waktu ini akan tetapi kaedah dan matlamat serta asasnya tetap sama. Keadaan semasa penularan wabak Covid-19 yang menjadi penghalang murid dan guru untuk bertalaqqi ilmu ini secara bersemuka tidak harus menjadi alasan untuk mereka meninggalkan pedoman-pedoman serta adab- adab yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat serta salafussoleh ketika belajar dan mengajar Al-Quran. Konsep talaqqi dan musyafahah hendaklah dipertahankan semasa proses pembelajaran tajwid secara dalam talian. Penerapan adab-adab dalam mempelajari dan mengajari Al- Quran juga haruslah sentiasa diterapkan sewaktu proses pembelajaran itu berlangsung. Selain itu, aspek teknikal seperti kelajuan internet, kejelasan gambar dan suara mestilah diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan proses talaqqi ilmu tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Islam tidak

38 Abu Mardhiyah (2007) Tajwid al-Quran Qiraat ‘Aashim – Riwayat Hafsh – Toriq al-Syatibi. Kuala Lumpur: al-Jenderaki Enterprise, 56.

39 Hakim Rosly (2016), Adab Berdamping Dengan Al-Quran, Selangor: PTS Publishing House, 29.

(12)

426 menghalang dalam penggunaan teknologi seperti internet dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid selagi mana ia tidak menjejaskan penyampaian intipati dan ketulenan disiplin ilmu tersebut.

RUJUKAN Al-Quran

Abu Mardhiyah .(2007). Tajwid al-Quran Qiraat ‘Aashim – Riwayat Hafsh – Toriq al-Syatibi. Kuala Lumpur: al-Jenderaki Enterprise

Ahmad Khalid Syukri et.al .(2017). Al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid. Amman: al-Jam’iah.

Al-Asqalani, Ahmad bin Ali Abu Al-Fadhl .(1960). Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, Beirut: Dar Al-Ma’rifah

Al-Baihaqi, Abu Bakar .(2003). Al-Sunan Al-Kubra. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiah.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail .(2001). Al-Jami’ Al-Musnad Al-Sahih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah Sallallah Alaih Wasallam Wa Sunanihi Wa Ayyamihi, Beirut: Dar Al-Thouq Al- Najah.

Al-Nawawi, Abi Zakariya (t.t). Al-Tibyan Fi Adab Hamalat Al-Quran. Dar Ibn Hazm.

Al-Nawawi, Abu Zakariya .(1973). Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin Al-Hajjaj, Beirut: Dar Ihya’

Al-Turath Al-Arabi.

Al-Tobari, Abu Ja’far (2000), Jami’ Al-Bayan Fi Ta’wil Al-Quran, Muassasah Al-Risalah

Darin E. Hartley, Selling e-Learning, (Amerika: American Society for Training and Development, 2003)

Hakim Rosly .(2016). Adab Berdamping Dengan Al-Quran, Selangor: PTS Publishing House

Isabelle Leong, “COVID-19: WHO Khuatir Vaksin Sempurna Mungkin Tidak Akan Ditemukan”, http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-who-khuatir-vaksin-sempurna-mungkin-tidak-akan-

ditemukan-253856

Kassim, Zahiah Binti, et al. (2010). “E-Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat. “Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010”

Norazman Alias, Khairul Anuar Mohamad, Abd Muhaimin Ahmad (2015) Fenomena Talaqqi Al- Quran Bersanad Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Menurut Toriq Al-Syatibiyyah; Sumbangannya Dalam Perkembangan Pengajian Al-Quran Di Malaysia

(13)

427 Nurul Huda Zainal Abidin, Najmiah Omar, Nor Hafizi Yusof .(2019). Konsep Dan Pelaksanaan Kaedah Talaqqi dan Musyafahah Dalam Pembelajaran Al-Quran, Malaysian Journal For Islamic Studeis

Sedek Ariffin (2009) Kepentingan Talaqqi dan Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran. Jurnal Darul Quran

Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Nor Salimah Abu Mansor, Zulkifli A. Manaf, “Perlaksanaan Manhaj Rasulullah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Al-Quran Bagi Golongan Dewasa”, Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Keluaran Khas (2011)

Syuhaida Idha Abd Rahim, Mohd Asmadi Yakob, Fadilah Abd. Rahman. (2016). Talaqqi Method in Teaching and Learning for the Preservation of Islamic Knowledge: Developing the Basic Criteria. Contemporary Issues and Development In The Global Halal Industry

Taufiq Yap Yun Hin, “Keaslian Al-Quran Terjaga Selamanya”, https://www.hmetro.com.my/addin/2019/05/458578/keaslian-al-quran-terjaga-selamanya

Yusof, N. H. bin, Razali, M. A. bin M., Omar, N. binti, Abdelgelil, M. F. M., & Hamzah, M. S. bin.

.(2018). Concept and Execution of Talaqqi and Musyafahah Method in Learning Al-Quran.

International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences

Referensi

Dokumen terkait

Waktu kematian nimfa dan imago sangat bervariasi, karena itu pengamatan dilakukan terhadap estimasi rata-rata hati kematian nimfa dan imago dengan mengamati jumlah

Harapan konsumen yang menggunakan paket data internet tidak hanya fokus terhadap fitur dan harga, akan tetapi pelanggan melihat dari kualitasnya juga, seperti apa

Di samping terdapat berita yang dapat diakses dengan cepat oleh setiap pembacanya, Serambinews.com juga menyediakan fasilitas bagi para pembaca untuk memberikan

Diharapkaan pelayanan kepada masyarakat khususnya dalam administrasi kependudukan dapat lebih baik dan maksimal, terutama melengkapi pasilitas yang dibutuhkan juga

Students often found reported speech to be a problematic area of English grammar because their language, Indonesian, has less formal distinction between direct speech and

Kebiasaan “ngobat” juga merupakan fenomena yang biasa terjadi di tempat Clubbing .Dengan mengkomsumsi obat-obat ini biasanya dapat meningkatkan kepercayaan

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui: (1) Keragaman genetik antar jenis nilam yang dibudidayakan oleh petani di Pasaman Barat berdasarkan marka molekuler RAPD, dan

Variabel stres dalam penelitian ini diukur menggunakan Perceived Stress Scale (PSS) yang dikembangan oleh Cohen dan Williamson (1988) untuk mengukur sejauh mana situasi