Buku Panduan Kit RBT Tahun 5
(Reka Bentuk Pengaturcaraan)
Ditulis oleh Cheryl Ng Ilustrasi oleh Suhana Oazmi
Salam Perkenalan
Jom kita belajar bersama!
Mula-mula mari kita baca panduan dan ikut langkah- langkah pemasangan untuk menghasilkan projek pagar keselamatan dengan papan mikropengawal
Maker UNO.Kemudian kita akan meneroka antara muka mBlock dan menggunakannya untuk membina pengaturcaraan.
Pindahkan atur cara anda ke dalam papan mikropengawal dan ta-daa... projek anda yang mengeluarkan cahaya, bunyi dan pergerakan sudah siap!!
Senang je! Mari kita mula~
Adam
Senarai Kandungan
Kenali Maker UNO dan komponen
lain dalam kit
m/s 1 - 2 m/s 10 - 12
Kenali mBlock dan fitur pada antara
muka perisian
m/s 31
Meneroka sumber tambahan
m/s 3 - 9
Menghasilkan sambungan perkakasan
m/s 13 - 30
Membina dan memindah atur cara
ke perkakasan
Butang set semula (reset) Maker UNO
ialah satu contoh papan mikropengawal. Ia boleh menerima input, memproses dan mengeluarkan output. Kita boleh muat turun atur cara ke dalam
Maker UNOdan menggunakannya untuk mengawal peranti elektronik seperti LED, pembaz (piezo buzzer), motor servo dan sebagainya.
Butang tekan yang boleh diatur cara Piezo buzzer
untuk menghasilkan melodi
Pin I/O digital Pin bekalan kuasa
Pin input analog
Suiz piezo buzzer Penyambung USB jenis
mikro-B
*disambungkan ke pin 2
*pin PWM dengan tanda ~ (iaitu pin 3, 5, 6, 9, 10 dan 11) boleh digunakan sebagai pin output analog
*disambungkan ke pin 8
1
Motor
servo mikro Wayar
sambungan servo Modul lampu isyarat Wayar jenis
male to female Wayar
USB
LED x6 Perintang x6 Suis tekan Rivet x8 Papan reka 2
Ceraikan semua bahagian yang telah dipotong dari kotak.
Lekat stiker label pada kepala pin (pin header) Maker UNO seperti yang ditunjukkan.
01
02
4
Posisikan papan Maker UNO di dalam kotak seperti yang ditunjukkan (sila rujuk lubang pada kotak untuk penjajaran).
Masukkan rivet dari luar kotak dan tekan dengan kuat untuk memasang papan Maker UNO pada kotak.
03
04
55
Masukkan suis tekan melalui lubang pada bahagian atas kotak. Tolak sehingga ia terpasang di tempatnya.
Pasangkan wayar merah pada pin 2 dan wayar hitam pada pin GND pada papan Maker UNO.
05
06
Wayar Suis
Tekan Pin Maker UNO
Merah 2
Hitam GND
6
Masukkan motor servo melalui lubang pada bahagian atas kotak. Tolak sehingga ia terpasang di tempatnya.
Sambungkan wayar sambungan servo pada terminal wayar motor servo.
Pasangkan wayar putih ke pin 9, wayar merah ke pin kuasa 5V dan wayar hitam ke pin GND pada papan Maker UNO.
07
08
09
Wayar Servo Motor
Wayar Sambungan
Servo
MakerPin UNO Jingga Putih 9
Merah Merah 5V Coklat Hitam GND 7
Ceraikan 4 wayar dan pasangkan pada pin modul lampu isyarat seperti yang ditunjukkan.
Posisikan modul lampu isyarat dan masukkan wayar melalui lubang pada bahagian atas kotak.
Masukkan rivet dari bahagian dalam kotak dan tekan dengan kuat untuk memasang modul lampu isyarat pada kotak.
10
11
12
Pin pada Modul Lampu
Isyarat
Wayar Jenis Male to Female
GND Hitam
R Merah
Y Kuning
G Hijau
Pasangkan wayar hitam pada pin GND, wayar merah pada pin 13, wayar kuning pada pin 12 dan wayar hijau pada pin 11 pada papan Maker UNO.
Lekatkan palang yang telah diceraikan dari kotak pada lengan motor servo.
Pasangkan pada motor servo. Tadaa... anda telah berjaya menghasilkan sambungan perkakasan.
*Rujuk kulit belakang buku untuk gambarajah litar lengkap.
13
14
15
Wayar Jenis
Male to Female Pin Maker UNO
Hitam GND
Merah 13
Kuning 12
Hijau 11
9
01
02
Layari dan muat turun aplikasi mBlock versi PC dari laman web https://mblock.makeblock.com /en-us/download/
Pasang dan lancarkan mBlock di komputer anda.
Untuk mengaturcara Maker UNO, kita boleh menggunakan mBlock, satu contoh perisian pengaturcaraan
yang berasaskan grafik.
11
Jom Kenali Fitur Antara Muka mBlock ~
Kategori Blok Dapatkan blok yang diperlukan
dari sini.
Ruang Kerja Tarik dan susun blok-blok untuk membentuk pengaturcaraan yang lengkap
di ruangan ini.
Klik ikon [ + ] untuk tambah
peranti lain.
Sambungan ke Peranti Klik [ Connect ] untuk membuat
sambungan dan klik [ Upload ] untuk memuat naik atur cara.
12
03 Dalam mBlock, klik ikon [ + ] untuk
menambah peranti. 04 Dari tetingkap timbul “Device Library” , pilih [ RBT Tahun 5 ] dan seterusnya, klik [ OK ].
13
05 Klik ikon [ RBT Tahun 5 ] di tetingkap
Devices. 06 Klik pada kategori [ Events ] dan tarik
keluar blok [ when Maker UNO starts up ] ke ruangan pengaturcaraan.
14
07 Klik pada kategori [ Pin ] dan tarik keluar blok [ turn (ON) LED as pin
(13) ] ke ruangan pengaturcaraan. 08 Klik pada kategori [ Control ] dan tarik keluar blok [ wait (1) seconds ] ke ruangan pengaturcaraan.
15
09
Ulangi langkah 07 dan langkah 08 untuk menghasilkan aturcara seperti
di atas. 10 Klik nombor pin pada blok [ turn (ON)
LED at pin (13) ] yang kedua dan tukar kepada nombor (12).
11 Klik nombor pin pada blok [ turn (ON) LED at pin (13) ] yang ketiga dan tukar kepada nombor (11).
16
Yeah...Tahniah!
Pengaturcaraan projek pertama kita telah siap.
Ikuti langkah-langkah seterusnya untuk muat naik atur cara yang telah terbina
ke dalam
Maker UNO.17
Projek Cahaya
12 Sambungkan perkakasan ke komputer
dengan menggunakan wayar USB. 13 Di tetingkap Devices, klik [ Connect ].
18
Menghadapi masalah mendapatkan nombor COM yang betul ? Cuba rujuk pautan ini : https://www.mblock.cc/doc/en/faq/ch340-driver.html
14 Pilih nombor COM yang betul dan klik
[ Connect ] untuk aktifkan sambungan. 15 Klik [ Upload ] untuk muat naik atur cara yang telah terbina.
19
Tetingkap “Upload Progress” akan muncul, dan kemudian tutup secara automatik apabila proses muat naik selesai.
Perhatikan bahawa lampu LED pada modul lampu isyarat akan menyala satu persatu dan kekal bernyala.
Cuba anda fikirkan - bagaimana untuk mengubah
atur cara supaya lampu LED akan menyala dan kemudian padam, mengikut
urutan seperti lampu isyarat jalan raya?
20
Seterusnya, kita akan cuba PROJEK BUNYI pula. Tetapi sebelum kita
mulakan projek baharu, ikuti langkah-langkah berikut untuk menyimpan
projek cahaya ke komputer anda.
16 Klik [ File ] di bar menu. Kemudian pilih [ Save to your computer ].
21
Projek Bunyi
Di masa depan, apabila anda ingin menggunakan projek ini, anda boleh klik [ File ] di bar menu dan pilih [ Open from your computer ].
17
Klik dan taipkan nama projek dalam ruangan “File name”. Kemudian klik
[ Save ]. 18 Klik [ File ] di bar menu. Kemudian
pilih [ New ] untuk mulakan projek baharu.
22
19 Di tetingkap “Devices”, pastikan
peranti [ RBT Tahun 5 ] dipilih. 21 Klik pada kategori [ Pin ] dan tarik keluar blok [ play note (C4) at pin (8) for (1) beats ] .
20
Klik pada kategori [ Events ] dan tarik keluar blok [ when push button at pin (2) pressed ] ke ruangan
pengaturcaraan.
22 Ulang sehingga terdapat tujuh blok [ play note (C4) at pin (8) for (1) beats ] di ruangan pengaturcaraan.
23
19 Di tetingkap “Devices”, pastikan peranti [ RBT Tahun 5 ] dipilih.
20
Klik pada kategori [ Events ] dan tarik keluar blok [ when push button at pin (2) pressed ] ke ruangan
pengaturcaraan.
Klik dan tukar nama “note” dan
nombor “beats” seperti ditunjukkan di dalam rajah.
24 Klik [ Upload ] untuk muat naik atur cara yang telah terbina.
25 Setelah siap, tekan butang merah pada perkakasan. Bolehkah anda teka lagu yang dimainkan?
23
24
Terdapat satu pembaz terbina (piezo buzzer) pada sudut atas papan Maker UNO . Ia disambung ke Pin 8.
Jangan lupa untuk tetapkan suis pembaz ke mod bunyi bagi
memainkan melodi !
26
Namakan projek anda dan simpan ke komputer. Kemudian mulakan projek baharu (boleh rujuk langkah 16-18 jika perlu).
Seterusnya, kita akan buat PROJEK PERGERAKAN pula.
25
27 Di tetingkap “Devices”, pastikan
peranti [ RBT Tahun 5 ] dipilih. 29 Klik pada kategori [ Control ] dan tarik keluar blok [ forever ] ke ruangan pengaturcaraan.
28 Klik pada kategori [ Events ] dan tarik keluar blok [ when Maker UNO starts
up ] ke ruangan pengaturcaraan. 30 Seterusnya, tarik keluar blok [ if ( ) then ( ) else ( )] dan masukkan ke slot blok [ forever ].
26
Projek Pergerakan
31
Klik pada kategori [ Pin ]. Tarik keluar blok [ push button at pin (2) pressed ] dan masukkan ke dalam slot blok [ if ( ) then ( ) else ( )] seperti ditunjukkan.
32 Klik pada kategori [ Pin ] dan tarik keluar dua blok [ set servo pin (9) angle as (90) ].
33 Masukkan blok-blok tersebut ke slot blok [ if ( ) then ( ) else ( )] seperti dalam rajah di atas.
27
Setelah selesai proses muat naik, palang akan sentiasa berada dalam keadaan tertutup. Ia hanya akan terbuka apabila butang ditekan ; dan apabila butang dilepaskan, palang akan tutup balik.
34
Klik dan tukar nombor sudut “angle”
pada blok kedua kepada 180 seperti ditunjukkan di dalam rajah.
35 Klik [ Upload ] untuk muat naik atur cara yang telah terbina.
Sekiranya posisi palang anda tidak seperti rajah di bawah, anda boleh tanggalkan palang dan pasang semula untuk betulkannya.
28
Projek Cahaya
Tahniah! Anda telah berjaya menyiapkan 3 projek. Bersedia untuk menerima cabaran ? PROJEK GABUNGAN CAHAYA, BUNYI DAN PERGERAKAN!!!
Fahami carta alir di bawah; kemudian, bina pengaturcaraan untuk projek anda. Selamat mencuba~
29
Ini adalah contoh pengaturcaraan yang saya bina. Bandingkan dengan
atur cara anda - adakah sama atau berbeza?
Dalam pengaturcaraan, bukan hanya ada satu jawapan yang betul;
selalunya ada pelbagai cara untuk mencapai objektif yang sama.
Cuba hasilkan beberapa atur cara dan pilih yang paling efisien ~
30
Projek Cahaya
Sebelum kita memasang perkakasan, jom kita kenali papan reka yang kita akan guna untuk membina projek lampu isyarat pejalan kaki.
Papan reka (breadboard) biasa digunakan untuk membina prototaip litar elektronik.
Ia mudah digunakan kerana tidak memerlukan pematerian - anda hanya perlu memasang komponen elektronik pada lubang-lubang di atas papan reka untuk membina litar.
Lima lubang di setiap baris dihubungkan
secara mendatar.
Jalur logam konduktif menghubungkan lubang-lubang pada papan reka. Lubang
di sisi dihubungkan secara menegak.
01 Sediakan 2 wayar jenis male to male, 1 perintang dan 1 LED (merah).
02 Buat penyambungan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di sebelah.
Ia mempunyai 2 terminal. Terminal negatif (kaki yang pendek) mesti
disambungkan ke pin-GND manakala terminal positif (kaki yang panjang) boleh disambungkan ke mana-mana pin I/O (Pin 2 hingga Pin 13).
Diod pemancar cahaya (LED) adalah peranti semikonduktor yang menghasilkan cahaya apabila arus elektrik mengalir melaluinya.
Kaki yang panjang (terminal positif) - disambungkan
dengan wayar ke Pin 7.
Kaki yang pendek (terminal negatif) - disambungkan dengan perintang
& wayar ke Pin GND.
33
03 Ulang untuk memasang 4 lagi LED mengikut urutan warna seperti yang ditunjukkan di bawah.
LED Pin Maker UNO
Merah 7
Kuning 6
Hijau 5
Merah 4
Hijau 3
Suis Tekan Pin Maker UNO
Merah 2
Hitam GND
04 Pasangkan wayar merah suis tekan pada Pin-2 Maker UNO dan wayar hitam ke papan reka seperti yang ditunjukkan.
Lampu isyarat bagi kenderaan.
Suis tekan dan lampu isyarat bagi pejalan kaki.
34
https://youtu.be/tTrHoMUgknc
Imbas kod QR di bawah untuk menonton video penerangan.
Fahami cara penggunaan lampu isyarat pejalan kaki dan kemudian
bina pengaturcaraan untuk projek anda.
Jika butang tidak ditekan, sentiasa
Jika butang ditekan...
untuk 2 saat
untuk 1 saat
untuk 5 saat
ulang x 5
untuk 1 saat
35
CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik
CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik