BAB 1
PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN
Sepertimana yang kita semua sedia maklum proses atau cara bleeding brake perlu menggunakan dua orang tenaga pekerja. Hal ini menyebabkan kerugian masa dan tenaga kerja boleh mendatangkan pelbagai masalah.
Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan bertujuan untuk merekabentuk sebuah alat Smart Bleeding Brake dimana ianya akan memudahkan lagi proses penyelenggaraan brek dan akan menjadi lebih cepat, bersih dan teratur. Faktor yang telah diberi perhatian di dalam aspek merekabentuk adalah rupa, saiz dan bahan untuk membuang angin di dalam saluran paip brek tersebut.
Dengan ini kami telah mengeluarkan satu idea dimana sebuah getah yang tebal diubahsuai menjadi penutup tabung minyak brek (reservoir cap). Alat kami dinamakan Smart Bleeding Brake yang menggunakan getah padu dimana ianya bukan sahaja tahan lasak bahkan ianya akan memanjangkan hayat bahan tersebut.
Tambahan lagi kami menggunakan regulator yang akan digunakan untuk mengawal tekanan angin daripada compressor. Kami menggunakan besi padu agar ianya lebih stabil dan kukuh. Smart Bleeding Brake juga dilengkapi dengan nat pengunci untuk memastikan alat tersebut tidak bergerak dan tercabut ketika melakukan kerja bleeding brake.
Terdapat juga pelbagai rekabentuk alat bleeding brake yang berada dipasaran tetapi ianya memerlukan kos yang tinggi bagi usahawan yang baru memulakan perniagaan. Fokus utama projek kami ialah untuk menyasarkan kepada para usahawan bengkel ataupun Industri Kecil Sederhana (IKS) yang baru memulakan perniagaan. Hal ini adalah kerana
kami ingin membantu mereka meningkatkan lagi hasil pendapatan dan secara tidak langsung ianya akan membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Latar belakang projek ini adalah dengan menggunakan kaedah yang sedia ada untuk melakukan bleeding brake. Selain itu mengambil kira masa yang diperlukan untuk melakukan bleeding brake. Seterusnya, komen daripada rakan-rakan di bengkel yang memberikan informasi tentang mereka yang dikatakan prihatin dan berhemah semasa melakukan proses bleeding brake kenderaan. Hasil dapatan daripada data-data maklumat tersebut akan membantu mengurangkan masalah yang dihadapi di bengkel kenderaan.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Kerja untuk melakukan bleeding brake (membuang angin di saluran brek atau caliper pam), anda perlu melakukan kerja ini bersama seorang pembantu di mana seorang akan melakukan bleeding dan seorang lagi menekan atau mengepam brek. Hal ini mungkin tidak menjadi masalah untuk sesebuah pusat servis yang mempunyai ramai pekerja (mekanik). Tetapi perkara ini akan mengganggu untuk sesebuah bengkel yang kekurangan mekanik. Antara masalah yang dihadapi ialah:
i. Memerlukan sekurang-kurangnya dua orang mekanik untuk melakukan kerja.
ii. Mengganggu mekanik lain semasa hendak melakukan proses menjujus brek (bleeding brake).
iii. Boleh menyebabkan kerosakan pada piston brek semasa pedal brek ditekan untuk menjujus brek.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Di dalam membina dan menyiapkan projek ini terdapat beberapa objektif yang telah kami tetapkan.
Antaranya:
i. Mereka bentuk alat smart bleeding brake yang memudahkan mekanik untuk melakukan kerja bleeding brake secara berseorangan.
ii. Membina alat smart bleeding brake untuk membantu mengurangkan tenaga kerja yang digunakan untuk proses bleeding brake.
iii. Menguji alat smart bleeding brake untuk membantu mengurangkan tenaga kerja yang digunakan untuk proses bleeding brake.
1.5 PERSOALAN KAJIAN
Terdapat beberapa persoalan kajian dalam mencipta peralatan ini antaranya ialah:
i Berapa lama masa yang diambil untuk melakukan bleeding brake
- Mengambil kira proses untuk melakukan bleeding brake supaya masa dapat dianggarkan dengan sebaik mungkin.
ii Kaedah yang sedia ada lebih mudah dan sebaliknya.
- Menggunakan kaedah yang lebih sistematik supaya proses kerja lebih berjalan dengan lancar dan lebih selamat apabila digunakan.
iii Jumlah tenaga kerja yang diperlukan bagi melakukan bleeding brake.
- Dengan adanya peralatan baru, tenaga kerja yang akan diperlukan dapat
dikurangkan dan menjimatkan segala kos perbelanjaan dalam melakukan bleeding brake.
1.6 SKOP KAJIAN
Oleh sebab proses bleeding brake sesebuah kenderaan memerlukan 2 orang tenaga pekerja, kami ingin menghasilkan alat untuk memudahkan mekanik melakukan bleeding secara berseorangan. Alat yang dihasilkan oleh kami merangkumi aspek-aspek seperti berikut:
i. Alat ini hanya menggunakan konsep tekanan angin.
ii. Lebih sesuai untuk bengkel yang tidak ramai pekerja.
iii. Boleh digunakan oleh pekerja separa mahir.
iv. Digunakan untuk kereta seperti kereta naza sutera.
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Dunia semakin membangun dengan peredaran teknologi yang semakin sukar untuk dikejar yang telah merangsang penciptaan alat alternatif untuk manusia bagi mengoptimum tenaga, masa, dan kerja. Sebagai satu alternatif adalah penggunaan Smart Bleeding Brake.
Penemuan kajian ini akan menyumbangkan kepada proses baru dengan cara yang lebih cepat dan efisyen untuk menservis brek kereta.
1.8 OPERASI
Tujuan operasi ini dijalankan adalah untuk menerangkan tujuan untuk melakukan proses bleeding brake. Selain itu menerangkan proses-proses bagi penambahbaikan alat yang sedia ada bagimemudahkan kerja-kerja dilakukan. Cara untuk menggunakan alat ini adalah dengan menggunakan detah yang tebal untuk menutup reservoir. Smart Bleeding Brake menggunakan dua gabungan tenaga iaitu tenaga manusia dan kuasa angin. Tenaga manusia yang diperlukan bagi menggunakan adalah berkadaran sedikit. Projek ini menggunakannya sepenuhnya alatan besi dan getah yang tebal yang kualiti, tahan lasak dan lebih lama.
1.9 RUMUSAN
Dalam bab satu ini menerangkan tentang melakukan bleeding brake pada kenderaan dan objektif ini bagi merekabentuk satu alatan khas bagi mengurangkan berlakunya kecelakaan. Dalam penghasilan Smart Bleeding Brake ianya tidak memerlukan kos pembuatan yang tinggi. Hal ini kerana, Smart Bleeding Brake tidak memerlukan solar, bateri atau sensor akan tetapi sebaliknya hanya memerlukan tenaga manusia yang sedikit dan kuasa angin yang dihasilkan daripada air compressor.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENDAHULUAN
Kajian literatur atau kajian ilmiah, boleh didefinisikan sebagai satu proses kajian terdahulu bagi membantu di dalam proses merekabentuk terhadap sesuatu projek yang akan dihasilkan. Di dalam membuat sesuatu produk atau rekabentuk baru, kajian literatur diperlukan bagi membantu dalam menghasilkan produk. Tanpa membuat kajian ini maka sesuatu produk yang ingin dihasilkan tidak mengikut keperluan serta penggunaan pada masa kini. Oleh itu, kajian ini amat penting bagi menentukan produk yang dihasilkan dapat menembusi pasaran terkini. Melalui kajian ini, kelemahan yang terdapat pada produk yang sedia ada boleh dikenal pasti. Oleh itu, produk yang direka ini merupakan ciptaan yang terbaru untuk memenuhi keperluan semasa tanpa menimbulkan sebarang masalah penggunaan.
2.2 KAJIAN TERDAHULU
Daripada hasil kajian terdahulu, cara dan prosedur penyelenggaraan bleeding brake menggunakan dua orang mekanik adalah kaedah yang digunakan dalam bengkel semasa. Terdapat beberapa kaedah dan cara yang digunakan bagi melakukan proses bleeding brake dengan menggunakan 2 orang mekanik: -
i. Untuk melakukan proses bleeding brake, peralatan yang diperlukan adalah flare nut, car jack, dan minyak brek Dot 3 atau Dot 4.
Rajah 2.1: Flare Nut
(Sumber daripada Google)
Rajah 2.2: Car Jack
(Sumber daripada Google)
Rajah 2.3: Minyak Brek
(Sumber daripada Google)
ii. Untuk melakukan kerja bleeding brake (membuang angin disaluran brek atau caliper pam) perlulah melakukan kerja ini bersama seorang pembantu, seorang melakukan bleeding dan seorang lagi menekan atau mengepam brek.
Rajah 2.4: Bleeding brake
(Sumber daripada Google)
iii. Dengan menggunakan spana 10, mekanik haruslah melonggar dan mengetatkan skru caliper pam beberapa kali serta dalam masa yang sama anda mengarah kawan anda menekan dan mengepam brek dari dalam kereta. Semasa menekan brek, longgarkan sedikit skru, minyak brek akan terpancut keluar bersama dengan gelembung udara. Kemudian ketatkan skru, arah kawan anda mengepam semula beberapa kali seterusnya arahkan menekan sahaja dan anda pada masa yang sama melonggarkan skru bleed valve dan mengetatkan semula. Lakukan proses ini beberapa kali sehingga semua gelembung udara sepenuhnya keluar dari saluran brek anda.
Rajah 2.5: Mengeluarkan minyak brek dari bleed valve
(Sumber daripada Google)
iv. Pastikan minyak brek di resevoir brake mencukupi. Sekiranya kurang, tambahkan minyak brek sehingga tanda tahap maksima.
Rajah 2.6: Mengisi Minyak Brek pada Resevoir.
(Sumber daripada Google)
2.3 TEORI
2.3.1 Definisi Tekanan
Tekanan (simbol: P) ialah sukatan daya yang bertindak ke atas luas permukaan sentuh, atau daya per unit luas dalam arah yang berserenjang dengan permukaan berkenaan.
Semakin kuat daya yang bertindak ke atas permukaan yang diberikan, semakin tinggi tekanan. Begitu juga semakin kecil luas permukaan yang disentuh oleh daya berkenaan, maka lebih tinggi tekanan. Sementara tekanan boleh diukur dalam mana-mana unit tekanan dibahagi kepada mana-mana unit luas, unit SI bagi tekanan (newton per meter padu) tetap
dipanggil pascal (Pa). Tekanan yang kami gunakan daripada air compressor adalah sebanyak 2bar kerana kami telah melakukan ujikaji keatas 1bar dan 1.5bar tetapi tiada tindakbalas atau tekanan yang kuat untuk menekan minyak brek yang berada dalam tabung minyak kereta tersebut.
2.4 RUMUSAN
Bab ini menerangkan tentang bagaimana kajian terdahulu untuk menjalankan proses bleeding dengan menggunakan 2 orang mekanik. Penggunaan kaedah ini biasanya terdapat di bengkel-bengkel kecil.
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Metodologi adalah satu kaedah yang digunapakai dalam menghasilkan sesebuah projek. Metodologi yang digunakan adalah bagi membantu dalam menginovasikan sesuatu ciptaan dalam menghasilkan satu produk yang kreatif dan inovatif untuk mencapai objektif projek ini. Projek Smart Bleeding Brake ini adalah dicipta sendiri hasil dari perbincangan berkumpulan serta nasihat dari penyelia projek berdasarkan alatan membaiki kereta yang sedia ada untuk kami inovasikan. Rekabentuk yang kami hasilkan tidak terlalu rumit seperti alat yang sedia ada dipasaran. Apa yang ditekankan dalam projek kami ialah rekabentuk bagi alat ini yang telah kami ubahsuai kepada yang lebih baik tanpa mengubah cara kerja.
3.2 CARTA ALIR
Untuk memastikan projek ini berjaya dan berjalan lancar beberapa langkah- langkah perlu diikuti. Antara langkah-langkahnya adalah:
Rajah 3.1: Carta Alir
Ya
Tidak
Ya
Mula
Pernyataan masalah
penyelidikan
ciptaan
pengubahsuaian
penilaian
Tamat
3.2.1 Penerangan Carta Alir
i. Mula:
- Perbincangan mengenai pemilihan bahan dan sebagainya ii. Permasalahan/isu:
- Mengetahui mengapa dan bagaimana projek ini diplih.
iii. Penyelidikan:
- Mengurus penyelidikan saintifik untuk menyelesai masalah iv. Ciptaan/pembuatan:
- Berkaitan dengan pelbagai amalan pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan sistem, proses, mesin, alat, dan perlengkapannya.
v. Pengubahsuaian:
- Berkaitan pengubahsuaian produk untuk menjadi lebih baik vi. Penilaian:
- Melakukan penilaian untuk mendapatkan data yang terhasil.
vii. Tamat:
- Menghantar laporan dan membuat persediaan untuk perbentangan projek.
3.3 MENGENAL PASTI MASALAH
Terdapat beberapa kaedah bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini antaranya adalah masalah yang dikemukakan oleh penyelia, hasil perbincangan antara ahli kumpulan serta komen atau pandangan dari pihak ketiga. Pengumpulan maklumat dan data berkaitan dengan spesifikasi yang terperinci tentang projek yang dirancang juga perlu dibuat supaya projek yang dibuat berjalan lancar tanpa mempunyai sebarang masalah. Kajian dan rujukan yang diperolehi daripada penyelia, ahli-ahli kumpulan dan laman web yang berkaitan dan Smart Bleeding Brake ini juga banyak membantu dalam mengatasi dan mengenalpasti masalah yang timbul apabila menghasilkan rekaan tersebut.
3.3.1 PENYELIDIKAN
Kami mendapati bahawa projek yang kami bakal mencipta dapat memudahkan bengkel mekanik untuk melakukan bleeding terhadap pelbagai jenis kenderaan yang telah di skopkan. Mekanik bengkel tidak perlu lagi menggunakan kaedah lama apabila proses penyelenggaraan sistem transmisi seperti menggunakan cara manual untuk bleeding brake kerana kaedah menggunakan smart bleeding brake adalah kaedah yang lebih berkesan dan efisyen.
3.3.2 ANALISIS FUNGSI
Analisis fungsi bertujuan mengenal pasti fungsi-fungsi utama yang perlu dilakukan oleh reka bentuk. Takrif fungsi disini merupakan ciri-ciri atau fungsi-fungsi utama yang perlu ada pada sesuatu reka bentuk untuk memenuhi keperluan atau tujuan reka bentuk. Melalui analisis fungsi masalah dapat dicerakin dengan lebih sistematik dan ini akan membantu dalam menghasilkan konsep reka bentuk pada peringkat penghasilan konsep penyelesaian. Dalam analisis fungsi, fungsi utama yang perlu ada pada reka bentuk dikenal pasti dengan membayangkan bagaimana sesuatu produk itu melakukan operasi.
3.3.3 PROSES DAN KAEDAH PENGGUNAAN (SOP)
Aliran skop/sistem projek Fugsi Utama
Rajah 3.2 Proses dan Kaedah Penggunaan
Fungsi alatan ini dibina adalah untuk memudahkan penyelenggaraan bleeding brake. Berdasarkan rajah 3.2 diatas menunjukkan cara-cara menggunakan alat smart bleeding brake dengan betul. Pertama sekali, buka bonet hadapan. Seterusnya, pasangkan alat pada reservoir dan laraskan mengikut kesesuaian antara penutup reservoir. Selepas itu, masukkan tekanan angin dan pastikan regulator pada 2 Bar. Akhir sekali, longgarkan skru bleed valve supaya angin yang berada pada brake hose dapat dikeluarkan.
Smart bleeding brake menutup pada ruang
penutup reservoir
Angin akan dimasukkan melalui smart bleeding brake
Angin yang dimasukkan akan
memampatkan minyak brek
Minyak brek akan melalui pada master
cylinder dan dimampatkan pada
setiap hose
Longgarkan skru bleed valve
Angin yang berada didalam hose akan terus keluar melalui
bleed valve
3.4 REKABENTUK KAJIAN
a. Konsep Rekabentuk dan Kriteria
Terdapat tiga konsep reka bentuk yang dicadangkan dalam peringkat awal proses reka bentuk. Antaranya ialah:
Konsep 1: Menggunakan Konsep Vacuum
Rajah 3.3: Hand-Operated Vacuum Pump
(sumber daripada Google)
Kelebihan:
i. Dapat memudahkan kerja menjujus brek.
ii. Boleh dilakukan seorang diri.
iii. Peralatan yang serba lengkap.
Kelemahan:
i. Menggunakan terlalu banyak komponen-komponen kecil.
ii. Kos yang agak tinggi.
iii. Perlu mengepam secara manual dengan menggunakan tangan.
Konsep 2: Menggunakan Konsep Tekanan Angin
Rajah 3.4: Brake Bleeder Kit
(sumber daripada Google)
Kelebihan:
i. Kerja lebih mudah dan pantas.
ii. Kerja lebih efisien semasa proses ‘bleeding brake’.
Kelemahan:
i. Perlu mengepam bagi memastikan tekanan sentiasa cukup.
ii. Pelbagai jenis dan saiz penutup yang perlu digunakan.
Konsep 3: Menggunakan Konsep Mekanikal
Rajah 3.5: Pedal Bleeding
(sumber daripada Google)
Kelebihan:
i. Tidak perlu membeli alatan menjujus brek (bleeding brake).
Kelemahan:
i. Boleh menyebabkan kerosakan pada piston seal.
ii. Proses bleeding brake agak lambat.
iii. Memerlukan dua orang tenaga kerja.
ii. Pemilihan Idea
Dalam membuat pemilihan projek, aspek dan faktor tertentu amat dititik beratkan diantaranya dari segi pemilihan bahan, kos, fungsi dan keselamatan. Bahan yang digunakan haruslah bersesuaian dengan produk yang dihasilkan bagi hasil produk yang berkualiti dari segi ketahanan bahan bagi menjamin keselamatan pada pengguna.
3.5 PEMILIHAN BAHAN
Jadual 3.1: Pemilihan Bahan
Jenis Bahan Penerangan
Besi Plat
(sumber daripada Google)
i.
ii.
Lebih tahan dan tidak mudah bengkok.
Lebih berat dan kukuh semasa diikat pada ‘master cylinder’.
Besi Hollow
(sumber daripada Google)
i.
ii.
Kurang tahan dan boleh membengkok.
Agak nipis dan kurang sesuai.
Plastik Plat
(sumber daripada Google)
i.
ii.
Tidak tahan dan mudah patah.
Ringan dan tidak kukuh untuk mengikat.
Getah
(sumber daripada Google)
i.
ii .
Getah yang tahan lama dan tahan lasak
Mudah untuk dibentuk
3.6 Anggaran Perbelanjaan
Jadual 3.2 Menunjukkan kos untuk penghasilan projek alatan Smart Bleeding Brake. Dalam jadual ini menunjukkan bahan-bahan yang akan digunakan dengan harga yang lengkap berserta kuantiti.
Jadual 3.2: Anggaran Perbelanjaan
Bil Barang Kuantiti Harga (RM)
1 Pressure Regulator 1 Rm90.00
2 Air Hose 2 Feet Rm5.00
3 10mm Threaded Rod 2 Rm2.00
4 Air Coupler 2 Rm10.00
5 Rubber 1 Rm22.00
6 Nut 10mm 4 Rm1.60
7 Plat besi 2 Rm10.00
Jumlah (RM) Rm140.60
3.6.1 Antara Komponen Digunakan Pada Projek
Jadual 3.3 Komponen yang digunakan
Bil Nama bahan Keterangan
1.
Plat besi
(sumber daripada Google)
Plat besi digunakan supaya tidak mudah bengkok dan mempunyai ketahanan yang kuat.
2
Threaded rod
(sumber daripada Google)
Digunakan untuk mengunci serta mengetatkan plat besi di bahagian tabung minyak brek.
3
Getah tebal
(sumber daripada Google)
Merupakan bahagian yang menutup tabung minyak brek dan dilekatkan bersama plat besi supaya dapat menutup lubang-lubang yang boleh menyebabkan angin keluar ketika menggunakan Smart Bleeding Brake.
4
Air hose with coupler
(sumber daripada Google)
Merupakan hos tekanan tinggi yang disambungkan di air compressor ke air pressure regulator.
5
Air pressure regulator
(sumber daripada Google)
Digunakan untuk mengawal kemasukan angin dari ‘air
compressor’ bagi
mengelakkan tekanan yang berlebihan di dalam ‘reservoir tank’.
Tekanan yang digunakan untuk proses ‘bleeding brake’
ialah tidak lebih dari 2 Bar.
6
Nut and Washer
(sumber daripada Google)
Digunakan untuk mengetatkan plat besi dan plat getah di threaded rod supaya plat besi tidak bergerak ketika digunakan.
3.6.2 Antara Alatan Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Projek Jadual 3.4: Alatan yang digunakan
Bil Nama alatan Keterangan
1
Air Compressor
(sumber daripada Google)
Mesin air compressor merupakan alatan yang penting dalam projek ini kerana ia adalah sumber tekanan angin yang
digunakan untuk
menghasilkan tekanan angin ketika menggunakan smart bleeding brake.
2
Mesin Pencanai
(sumber daripada Google)
Mesin pemotong adalah merupakan mesin yang digunakan untuk memotong keluli, besi nipis dan aluminium yang bersaiz sederhana hingga besar mengikut penjajaran yang dibuat.
3
Mesin Gerudi
(sumber daripada Google)
Mesin gerudi ini digunakan untuk menggerudi besi untuk membuat lubang di bahagian yang telah dibuat ukurannya mengikut mata saiz yang diinginkan.
4
Pengikir
(sumber daripada Google)
Pengikir digunakan untuk meratakan bahagian- bahagian kasar atau membuang bucu-bucu tajam yang ada di bahagian plat besi.
5
Gergaji tangan
(sumber daripada Google)
Gergaji besi tangan
digunakan untuk
menggergaji besi yang tidak terlalu tebal. Ia digunakan untuk menggergaji bahagian- bahagian tepi besi dan rod.
3.7 LANGKAH-LANGKAH KERJA i. Langkah 1
Rajah 3.6 Proses membuat ukuran pada plat besi untuk dipotong.
Plat besi dipilih kerana mempunyai ketahanan yang kuat, tidak mudah bengkok dan ringan untuk dipegang. Ia digunakan untuk menjadi tapak permukaan untuk dicantum bersama getah dan akan menutup seluruh lubang tabung minyak brek ketika menggunakan Smart Bleeding Brake.
ii. Langkah 2
Rajah 3.7 Proses memotong besi menggunakan mesin potong besi tangan.
Seterusnya, plat besi dipotong mengikut ukuran yang telah diambil menggunakan mesin potong besi tangan.
iii. Langkah 3
Rajah 3.8 Proses mengergaji besi dibahagian-bahagian tepi.
Kami menggunakan gergaji kerana plat besi tidak cukup besar untuk menggunakan mesin pemotong besi. Plat besi dipotong mengikut ukuran yang betul dan tepat.
iv. Langkah 4
Rajah 3.9 Proses mengikir besi.
Seterusnya, plat besi yang telah dipotong dikikir menggunakan pengikir untuk meratakan bahagian yang dipotong dan membuang bucu-bucu tajam di plat besi.
v. Langkah 5
Rajah 3.10 Proses menggerudi besi.
Selepas itu, plat besi digerudi untuk membuat lubang menggunakan mesin gerudi dengan mata bersaiz 10mm.
vi. Langkah 6
Rajah 3.11 Proses memotong getah dan membuat lubang pada kepingan getah.
Seterusnya, pisau digunakan untuk memotong kepingan getah mengikut ukuran sama pada plat besi kemudian pisau juga digunakan untuk membuat lubang pada kepingan getah.
vii. Langkah 7
Rajah 3.12 Proses pencantuman getah pada kepingan besi.
Setelah plat besi dan kepingan getah siap dipotong mengikut ukuran. Kedua- duanya dicantumkan menggunakan gam gajah.
3.7 LUKISAN KEJURUTERAAN
3.8 RUMUSAN
Metodologi dalam pembangunan projek merupakan aspek terpenting bagi memastikan projek yang dibangunkan dan dilaksanakan mengikut langkah secara tersusun dan sistematik. Ianya wajar dipatuhi bagi memastikan proses dirancang berjalan dengan lancar. Oleh itu, sepanjang kajian metodologi hendaklah sentiasa dirujuk supaya segala proses adalah mengikut perancangan.
Rajah3.13: Pandangan isometrik Rajah 3.14: Pandangan sebelah kanan
Rajah 3.15: Pandangan hadapan