• Tidak ada hasil yang ditemukan

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan.

Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

(1) buka pintu (3) diam-diam ubi

(5) bagai cembul dengan tutup (7) seperti garam jatuh ke laut

(2) tahan hati (4) lapang dada

(6) bagai tikus membaiki labu (8) seperti ikan pulang ke lubuk

1 Puan Salbiah ialah seorang ketua yang dihormati ramai. Dia seorang ketua yang bertimbang rasa dan pejabatnya sentiasa terbuka; memberi peluang kepada sesiapa yang ingin berbincang apa sahaja bersamanya.

2 Komputer di rumah kami sudah lama rosak. Ayah berkata dia tahu membaikinya walaupun dihalang ibu. Ayah mengambil masa dua jam untuk membaiki komputer itu. Malangnya, komputer itu terus tidak boleh dihidupkan.

3 Sarah telah dua puluh tahun menetap di London. Dia telah belajar dan bekerja di sana pada masa itu. Kini, dia telah pulang ke negara asalnya, Singapura. Dia berhasrat untuk menjalankan perniagaan kafe tetapi menghadapi pelbagai rintangan kerana dia kurang peka dengan undang- undang perniagaan di sini.

4 Syafiq telah belajar hingga larut malam ketika menduduki peperiksaan pertengahan tahunnya. Dia mengulang kaji kesemua mata pelajarannya dua bulan sebelum ketibaan peperiksaannya.

Apabila dia mendapat keputusannya, dia berasa sungguh senang kerana hasil titik peluhnya telah membuahkan hasil yang membanggakan.

5 Naufal tidak pernah rasa gementar menjelang peperiksaan. Dia yakin dia dapat menjawab soalan- soalan peperiksaan dengan baik. Sememangnya, Naufal ialah pelajar yang mudah memahami apa yang diajarkan di kelas. Segala teknik yang diajarkan guru dapat Naufal terapkan semasa menjawab soalan-soalan peperiksaan.

SOALAN JAWAPAN

1 2 3 4 5

Markah yang diperoleh

(2)

Page 2 of 10 MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)

Arahan: Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

Ikan adalah sejenis hidupan laut yang kaya dengan pelbagai jenis zat. Ikan sangat kaya dengan zat protein. Zat ini sangat diperlukan oleh (6) orang untuk pembaharuan sel-sel mereka.

Ikan juga mengandungi sejenis lemak (7) di sangat merbahaya. Malah, jenis lemak ini amat baik untuk tubuh kita kerana ia (8) dikandungi paras kolestrol yang rendah dan tidak membahayakan.

Ikan-ikan yang didapati di lautan sejuk juga mengandungi Omega-3 yang diperlukan agar otak berfungsi dengan baik (9) kerana sentiasa sihat.

Orang ramai (10) menggalak makan lebih banyak ikan berbanding dengan daging ayam, lembu dan kambing. Ini kerana daging ikan lebih menyihatkan dan tidak menggemukkan seperti daging ayam, lembu dan kambing.

SOALAN JAWAPAN

6 7 8 9 10

Markah yang diperoleh

(3)

Page 3 of 10

BLANK PAGE

(4)

Page 4 of 10 KEFAHAMAN 1 (16 MARKAH)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Hobi mempunyai pelbagai bentuk dan ragamnya, daripada yang murah seperti mengumpul pelekat sehinggalah hobi yang menuntut pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Ada hobi yang lasak dan ada pula hobi yang boleh dilakukan di dalam keadaan duduk dan santai sahaja. Sesiapa sahaja boleh mempunyainya;

mengikut cita rasa seseorang itu.

Hobi kadangkala melekakan seseorang. Hobi juga sering kali bertukar selari dengan peningkatan usia. Hobi zaman kanak-kanak berbeza daripada hobi setelah meningkat dewasa.

Mengumpul pelekat umpamanya adalah yang paling popular pada zaman kanak-kanak tetapi ramai yang tidak meneruskan hobi sebegini apabila meningkat remaja atau dewasa. Kematangan usia serta pergaulan dengan kelompok teman yang berbeza boleh mengubah hobi seseorang. Apa yang menjadi kegemaran pada zaman kanak-kanak tidak semestinya menjadi kesukaan setelah meningkat dewasa.

Pada masa kini, hobi yang diminati di kalangan para pelajar sekolah rendah ialah berbasikal. Mereka gemar berbasikal di taman dan juga di sekeliling kawasan kejiranan mereka.

Lembaga Taman Negara telah menyediakan laluan bersambung yang menghubungkan beberapa buah taman untuk kegunaan penunggang basikal. Para pelajar ini juga, boleh menunggang basikal mereka ke sekolah namun, mereha harus menggunakan topi keledar semasa menunggang basikal.

Para pelajar digalakkan mempunyai hobi menunggang basikal kerana hobi ini bermanfaat sebagai sejenis senaman yang menyihatkan badan dan suatu aktiviti mengisi masa lapang yang berfaedah.

(5)

Page 5 of 10

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 4, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

11 ‘Sesiapa sahaja boleh mempunyainya; mengikut cita rasa seseorang itu.’

(Perenggan 1) Perkataan ‘nya’ dalam ayat ini merujuk kepada ______________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

(2 markah) Markah yang

diperoleh

12 Perenggan kedua menerangkan bahawa hobi seseorang itu boleh berubah kerana_______________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(2 markah)

Markah yang diperoleh

(6)

Page 6 of 10

13 Pilih tajuk yang paling sesuai bagi petikan di halaman 4. Kemudian, bubuh tanda ( ) dalam petak yang disediakan di bawah ini bagi jawapan pilihan kamu. Berikan bukti untuk menunjukkan bahawa tajuk tersebut paling sesuai.

Kegiatan berbasikal di sekolah

Hobi berbasikal dan faedahnya

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(4 markah)

14 Berdasarkan petikan di halaman 4, nyatakan sama ada penerangan yang diberikan di bawah ini betul atau salah. Kemudian, berikan buktinya.

Penerangan Betul/

Salah

Bukti

Beberapa buah taman telah disediakan oleh Lembaga Taman Negara untuk kegiatan berbasikal.

Para pelajar dibenarkan menunggang basikal ke sekolah tetapi dengan mematuhi beberapa syarat.

(4 markah) Markah yang

diperoleh

(7)

Page 7 of 10

Bagi Soalan 15 dan 16, pilih perkataan dalam petikan di halaman 4 yang membawa maksud yang berikut.

15 menjadikan lain (2 markah) ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Markah yang diperoleh

16 menaruh kecenderungan kepada sesuatu (2 markah)

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Markah yang diperoleh

(8)

Page 8 of 10 KEFAHAMAN (24 MARKAH)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Puan Dahlia merupakan seorang guru Bahasa Melayu yang telah bersara. Usianya kini menjangkau enam puluh tujuh tahun. Namun begitu, dia masih sihat dan cergas. Setiap hari, dia bersenam sekurang-kurangnya dua kali iaitu pada sebelah pagi dan pada sebelah petang. Usia bukan suatu penghalang baginya untuk memastikan kesihatan sentiasa mantap. Dia juga memastikan yang dia memakan makanan yang seimbang untuk menjaga kesihatannya.

Ketika muda dahulu, Puan Dahlia bukanlah seorang yang kaya. Dia merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Ayahnya seorang posmen sementara ibunya pula seorang tukang jahit sambilan. Walaupun miskin, ayah dan ibunya telah membesarkan Puan Dahlia dan adik- adiknya dengan memberikan pendidikan semampu mereka. Oleh sebab Puan Dahlia sayangkan keluarganya dan tidak mahu adik-adiknya mempunyai masa depan yang gelap, Puan Dahlia telah mengambil keputusan untuk menamatkan pelajarannya setakat sekolah menengah. Dia telah menceburkan diri dalam bidang pendidikan bagi membantu memenuhi keperluan kewangan keluarganya. Kini, Puan Dahlia mempunyai tiga orang anak yang sudah pun mempunyai keluarga sendiri dan tinggal bersama keluarga masing-masing.

Setelah bersara, Puan Dahlia dan suaminya menghabiskan masa mereka dengan membuat kerja-kerja amal. Mereka melibatkan diri dalam jawatankuasa kelab warga tua di kelab masyarakat yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Biasanya selepas bersenam, Puan Dahlia dan suaminya akan membersihkan halaman rumah dan menyiram pokok-pokok bunga di sekeliling rumah mereka. Setelah membersihkan diri, mereka akan bersarapan. Ketika bersarapan, mereka akan berbincang tentang apa yang perlu dilakukan untuk membantu warga tua yang diletakkan di bawah pengawasan mereka. Kemudian, Puan Dahlia akan menyiapkan senarai keperluan untuk kelab masyarakat itu bagi setiap bulan.

Selepas itu, mereka berdua akan ke kelab tersebut. Mereka akan menghabiskan masa selama tiga jam di sana. Warga tua yang datang ke kelab itu terdiri daripada pelbagai bangsa. Banyak kegiatan diatur supaya mereka tidak berasa bosan.

Pada sebelah malam pula, Puan Dahlia dan suaminya akan berehat sambil menonton televisyen atau berbual-bual di telefon bersama anak-anak atau cucu-cucu mereka. Sesungguhnya, Puan Dahlia dan suaminya merupakan pasangan yang berjaya menggunakan masa mereka dengan bijak.

(9)

Page 9 of 10

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 8, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

17 Bagaimana Puan Dahlia mengeratkan tali perhubungan keluarganya? (2 markah)

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Markah yang diperoleh

18 Puan Dahlia masih sihat dan cergas. Jelaskan kenyataan tersebut. (2 markah)

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Markah yang diperoleh 19 Berikan dua bukti yang menunjukkan Puan Dahlia seorang ahli keluarga yang

bertanggungjawab. (4 markah)

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Markah yang diperoleh

20 Berikan dua bukti yang menunjukkan Puan Dahlia datang dari keluarga yang susah.

(4 markah)

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Markah yang diperoleh

(10)

Page 10 of 10

21 Nyatakan dua tanggungjawab Puan Dahlia sebagai ahli jawatankuasa kelab warga

tua. (4 markah) ________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Markah yang diperoleh

22 ‘Puan Dahlia dan suaminya merupakan pasangan yang berjaya menggunakan masa mereka dengan bijak.’ Berikan pendapat kamu mengapa penulis berasa

sedemikian rupa. (4 markah)

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Markah yang diperoleh 23 Berdasarkan petikan karangan di halaman 8, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut.

(i) mantap (2 markah)

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

(ii) menceburkan diri (2 markah)

________________________________________________________________________

____________________________________________________________

Markah yang diperoleh SELESAI

P5HML/SA1 PAPER 2/2016

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur penulis panjatkan kehadapan Ida Sang Hyang Widhi Wasa karena atas rahmat-Nya penyusunan usulan tugas akhir dengan judul “Optimasi Penempatan Recloser

Penelitian ini dilakukan dengan tujuan: 1) menguji adanya kontribusi kreativitas terhadap hasil belajar matematika, 2) menguji adanya kontribusi motivasi belajar terhadap hasil

Perbedaan dengan penulisan ini adalah David Brain Kasidy Marpaung menekankan pada Polri dalam memberantas tindak pidana narkotika di Provinsi DIY., sedangkan penulisan

Pemberdayaan pemangku kepentingan dengan demikian merupakan suatu proses memberikan daya, kekuatan, kemampuan, kekuasaan kepada pemangku kepentingan pendidikan untuk

Dari hasil penelitian yang sudah dilaksanakan maka dapat disimpulkan bahwa penerapan model pembelajaran kooperatif tipe TPS berbantuan kartu berpasangan terbukti

Meskipun kedua indikator memiliki capaian yang cukup baik pada tahun 2019, terdapat beberapa capaian indikator lain pada TPB 10 yang belum memenuhi target dan juga hasil analisis

Karena website bagus dengan theme yang mahal sekalipun atau toko online dengan produk bagus, jika tidak ada / sedikit pengunjung (tra c) yang datang dan melihat produk

Hasil dari penelitian menunjukan bahwa aplikasi survei kepuasan dapat mempermudah pelanggan dalam menyampaikan keluhannya tentang kualitas pelayanan PDAM Kota