• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kamus Istilah Tg5

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kamus Istilah Tg5"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

KAMUS ISTILAH TINGKATAN 5

BAHAGIAN : PENGAJIAN AL-QURAN

1. Kafir Zimmi

)

ىمذ

)

: Orang kafir yang menetap dalam Negara Islam serta patuh dan taat kepada pemerintah dan Negara Islam.

2. Kafir Musta’man)

نمأتسم (

: Orang kafir yang melarikan diri dari negara asal mereka dan meminta perlindungan Negara Islam.

3. Kafir Mu’ahad)

دهاعم (

: Orang kafir yang membuat perjanjian dengan Negara Islam.

4. Kafir Harbi

) ىبرح (

: Orang kafir yang sentiasa menunjukkan permusuhan dengan umat Islam dan Negara Islam.

5. Dakwah: Menyeru atau mengajak manusia ke jalan Allah untuk melakukan perkara yang ma’ruf dan meninggalkan perkara yang mungkar dengan cara yang sesuai dan penuh hikmah.

6. Sistem khilafah: Sistem perlantikan pemimpin melalui Majlis Syura.

7. Sistem Imamah) ةمام إ ( : Sistem perlantikan pemimpin melalui wasiat daripada pemimpin sama ada kepada keturunannya atau kepada orang lain.

.

8. Orang fasik: Orang Islam yang a’si

(ى ص اع )

(melakukan dosa) dan mereka jelas menunjukkan penderhakaan terhadap Allah dan tidak melaksanakan tuntutan Islam yang sewajarnya.

9. Persaudaraan Islam: Persaudaraan yang berasaskan kepada ikatan Aqidah Islamiah iaitu tidak membezakan bangsa, warna kulit, darjat, pangkat, kekayaan dan sempadan geografi.

(2)

10.Piagam Madinah: Perlembagaan bertulis yang pertama dalam sejarah tamadun manusia yang dihasilkan oleh Rasulullah.

11.Taubat: Bahasa - Kembali. Istilah- Berhenti daripada melakukan maksiat, menyesal akan kesalahan lalu dan berazam tidak akan mengulangi lagi.

12.Dosa besar: Kesalahan –kesalahan yang diberi oleh Allah dengan azab yang pedih di akhirat dan ditentukan hukuman semasa di dunia.

13.Dosa kecil: Kesalahan-kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat.

14.Istiqamah: Tekal,tetap dan berterusan serta sentiasa meningkatkan kebaikan.

15.Tawakkal: Berserah diri kepada Allah setelah berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh.

16.Zina: Persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah menurut hukum Syarak.

17.Penzina ghair muhsan ) نصحم ريغ انزنف ( : Penzina yang belum berkahwin melalui akad nikah yang sah.

18.Penzina Muhsan ) نصحم انزنف ( : Penzina yang pernah melakukan persetubuhan secara halal melalui akad nikah yang sah sama ada masih dalam ikatan perkahwinan atau telah bercerai.

19.Qazaf ) فذق ( : Menuduh seseorang perempuan yang baik dan suci dengan tuduhan zina atau menafikan keturunan.

20.Li’an ) ناعل ( : Sumpah seseorang yang mendakwa atau menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan keturunan.

21.Aurat: Bahasa - Sesuatu yang mengaibkan. Istilah - Bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi.

22.Ajnabi ) يبنجأ ( : Lelaki atau perempuan yang diharuskan berkahwin menurut Islam kerana tidak mempunyai pertalian keluarga.

(3)

23.Mahram ) مرحم ( : Lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut Islam kerana mempunyai pertalian keluarga.

24.Aurat lelaki: Dari pusat hingga ke lutut.

25.Aurat perempuan: Seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan.

26.Hidayah: Bimbingan atau petunjuk daripada Allah kepada hamba yang dikehendakinya yang membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

27.Hidayah Al-Gharizah ) ةزيرغلا () (Naluri): Hidayah dalam bentuk naluri semulajadi sejak manusia dilahirkan seperti bayi menangis kerana lapar.

28.Hidayah Al-Hawas ) ساوحلا ( (Pancaindera): Hidayah melalui pancaindera, manusia dapat mengenal dan membezakan sesuatu contohnya melalui pendengaran ,anak dapat mengenal suara ibunya.

29.Hidayah Al-Aql ( لق ع لا ) ( aqal): Dengan akal, manusia mampu berfikir dan dapat menentukan gerak geri secara rasional. Membezakan manusia daripada makhluk yang lain.

30.Hidayah Ad-din ) نيدلا ( (Agama): Kurniaan Allah kepada hambanya yang boleh membezakan antara hak dan batil, benar dan sesat dan sebagainya.

31.Hidayah At-Taufik ) قيفوتلا ( : Hidayah yang paling tinggi dikurniakan Allah. Orang yang mendapat mendapat hidayah ini akan beriman dan bertakwa kepada Allah dan akan menjalani hidup dengan tenang dan selamat.

32.Iman: Membenarkan dengan hati, ikrar dengan lidah dan beramal dengan anggota.

33.Hari kiamat: Hari kemusnahan alam dan segala isi kandungannya.

34.Al-Waqiah ) ةعقاولا ( : Hari kiamat yang pasti akan berlaku, cuma masanya sahaja tidak diketahui.

35.As-habul Yamin ) نيميلا باحصا ( : Golongan yang menerima suratan amalan dengan tangan kanan dan mendapat balasan syurga.

(4)

36.As-habul Al- Syimal ) لامشلا باحصا ( : Golongan yang menerima suratan amal dengan tangan kiri dan mereka akan menderita dengan azab seksa yang pedih dalam neraka.

37.Al-Muqarrabun ) نوبرقملا ( : Golongan yang paling hampir dengan Allah .Mempunyai kedudukan yang istimewa bersama para Anbiya’ dengan mendapat sebaik-baik balasan Syurga.

38.Allah ) الله (: Nama zat tuhan.

39.Al-Raqhman ) نمحرلا (: Maha pemurah.

40.Al-Rahim ) ميحرلا (: Maha penyayang.

41.Al-Malik ) كلاملا (: Maha menguasai dan memiliki.

42.Al-Quddus ) سدقلا (: Maha Suci.

43.Al-Salam ) ملسلا (: Maha selamat sejahtera.

44.Al-Mu’min ) نمءوملا (: Maha melimpahkan keamanan.

45.Al-Muhaimin ) نميهملا (: Maha Pengawal dan Pengawas.

46.Al-Aziz ) زيزعلا (: Maha kuasa.

47.Al-Jabbar ) رابجلا (: Maha kuat.

48.Al-Mutakabbir ) ربكتملا ( : Maha melengkapi.

49.Al-Khaliq ) قلاخلا (: Maha menciptakan sekelian makhluk.

50.Al-Bariu ) ءىرابلا (: Maha mengadakan.

51.Al-Musawwir ) روصملا (: Maha membentuk rupa.

52.Al-Hakim ) مكاحلا(: Maha Bijaksana.

53.Syirik: Mempersekutkan Allah dengan sesuatu yang lain pada sifat Uluhiyyah

(5)

54.Murtad: Keluar dari Islam.

55.Kufur: Tidak percaya kepada Allah dan menolak ajaran yang dibawa oleh Islam.

56.Percaya kepada khurafat: Mempercayai perkara tahyul dan karut.

57.Mempercayai sihir: Meyakini pertolongan makhluk-makhluk ghaib boleh mendatangkan manfaat atau darurat kepada manusia.

58.Mempercayai ajaran sesat: Mengikut ajaran yang terkeluar daripada ajaran Islam seperti ajaran Taslim, ajaran qadyani dan anti hadis.

BAHAGIAN: ULUM AL-QURAN

59.Ilmu tafsir: Bahasa - Asal daripada perkataan Fassara-Yufassiru- Tafsiran رسف (

– رسفي –

) اريسفت bermaksd jelas dan terang. Istilah-(1) Ilmu untuk

memahami Al-Quran al-Karim, menerangkan maknanya dan mengeluarkan hukum-hukum dan hikmahnya. (2) Ilmu yang membahaskan tentang Al-Quran dari segi kehujahannnya (Dilalahnya) selaras dengan kehendak Allah sekadar kemampuan manusia.

60.Tafsir Bil-Ma’thur ) روثأملاب ريسفت ( : Tafsir berasaskan perkara: (1) Tafsir Al-Quran oleh ayat Al-Al-Quran yang lain. (2) Tafsir ayat Al-Quran oleh hadis Rasulullah. (3) Tafsir ayat Al-Quran oleh para sahabat.

61.Tafsir Bil-Arra’yi ) يأرلاب ريسفت ( : Para mufassir mentafsir ayat Al-Quran lebih banyak berdasarkan pendapat dan ijtihad mereka.

(6)

BAHAGIAN : PENGAJIAN HADIS

62.Tanggungjawab: Amanah yang dipikul seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas.

63.Al-Amir ) ريملأا ( : Pemimpin di peringkat tinggi seperti pemimpin masyarakat atau pemimpin negara.

64.Al-Rajl ) لجرلا ( : Pemimpin yang memimpin di peringkat rendah seperti bapa atau suami dalam sesebuah keluarga.

65.Al-Mar’ah) ةاءرملا ( : Ibu atau isteri yang membantu bapa atau suami memimpin dalam sesebuah keluarga.

66.Al-Abdu ) دبعلا ( : Pekerja yang diamanahkan oleh majikan dengan tanggung jawab tertentu.

67.Niat: Bahasa - Kehendak hati atau tujuan hati. Istilah- Gerak hati ke arah melaksanakan suatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhaan Allah.

68.Ikhlas: Bahasa- Bersih dan suci. Istilah - Niat yang tulus dan murni kerana Allah dalam melakukan segala amalan dan pekerjaan.

69.Hijrah: Bahasa - Berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat yang lain. Konteks sejarah Islam: Perpindahan Rasulullah dan para sahabat

dari Mekah ke Madinah untuk mengembangkan Islam. Konteks sekarang:

Perpindahan yang lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia, dan lebih hampir dengan rahmat Allah.

70.Mabrur: Semua jenis perbuatan yang baik dan diterima oleh Allah.

71.Pekerjaan yang mulia: Pekerjaan yang halal dan mengikut petunjuk Syariat Islam.

72.Cara motivasi( Al-Taghrib)) بيرغتلا (: Menggalakkan manusia berlumba-lumba membuat kebaikan.

73.Cara Ancaman(Al-Tarhib) ) بيهرتلا ( : Mengingatkan manusia supaya berhati-hati terhadap perkara buruk.

(7)

74.Cara teguran yang membina(Al-Mau’izatil hasanah) ) ةنسحلا ةظعوملا (: Memberi teguran yang baik kepada seseorang.

75.Cara perdebatan yang harmoni (Al-Mujadalah bil Ihsan)) ناسحلااب ةلداجملا ( : Berhujjah menegakkan sesuatu kebenaran.

76.Cara permesyuaratan(Al-Syura) ) ىروشلا ( : Berbincang mencari penyelesaian.

77.Cara penyerahan(Al-Tawakkal) ) لكوتلا ( : Menyandar harapan kepada Allah setelah berusaha.

78.Cara seksaan( Azab): Menghukum sesiapa yang menyalahi perintah Al-Quran dan Al-Sunnah.

BAHAGIAN: ULUM HADIS

79.Hadis Marfu’ ) عوفرم ثيدح ( : Bahasa -Yang diangkat. Istilah - Hadis yang diangkat kepada Raslullah sama ada perkataan,perbuatan,pengakuan atau sifat Baginda.

80.Hadis Mauquf ) فوقوم ثيدح ( : Bahasa- Terhenti. Istilah- Hadis yang disandarkan kepada sahabat sahaja sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan, tidak ada tanda hadis ini dihubungkan kepada nabi Muhammad. 81.Hadis Mursal ) لسرم ثيدح ( : Bahasa- Gugur atau putus. Istilah- Hadis yang

disandarkan oleh Tabiin kepada Rasulullah tanpa menyebut nama sahabat.

82.Hadis Maqtu’ ) عوطقم ثيدح ( : Bahasa -Terputus. Istilah - Hadis yang disandarkan kepada Tabiin sahaja sama ada perkataan atau perbuatan tanpa dikaitkan dengan sahabat atau nabi Muhammad.

83.Hadis Syaz ) ذاش ثيدح ( : Bahasa- Janggal dan bercanggah dengan kumpulan yang ramai. Istilah - Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang maqbul dan Siqqah ) ةقث ( tetapi bercanggah dengan perawi-perawi lain yang lebih siqqah daripadanya.

(8)

84.Hadis Maudhu ) عوضوم ثيدح ( :Bahasa - Rendah. Istilah - Hadis yang diriwayatkan atau terdapat dalam rangkaian sanadnya seorang perawi kazzab iaitu perawi yang membuat satu hadis palsu dengan sengaja walau pun sekali sahaja.

85.Al-Hakim ) مكاحلا ( : Gelaran untuk ulama’ yang dapat menguasai melebihi 700,000 hadis iaitu dari segi riwayah dan dirayah.

86.Al-Hujjah ) ةجحلا ( : Gelaran untuk ulama’ yang dapat menguasai tidak kurang daripada 300,000 hadis beserta matannya.

87.Al-Hafiz ) ظفاحلا ( : Gelaran untuk ulama yang menguasai tidak kurang daripada 100,000 hadis dari sanad dan matannya.

88.Al-Muhaddis ) ثدحملا ( : Gelaran untuk ulama’ yang menguasai kurang daripada 100,000 hadis sama ada dari segi riwayah dan dirayahnya.

89.Sunnan Sittah ) ةتسلا ننس (: Enam buah kitab hadis yang masyhur yang disusun oleh ulama’-ulama’ hadis terkenal.

90.Muttafaqun a’laihi( هيلع قف ت م): Hadis yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

91.Akhrajahu Al-Salasah(ةثلاثلا هجرخأ): Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi iaitu Abu Daud, Al-Tiirmizi dan Al-Nasaie’.

92.Akhrajahu Al-Arbaah ( ةعبرلاا هجرخا) \ننسلا باحصا هجرخا :Hadis yang diriwayatkan oleh empat orang perawi iaitu Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasaie’ dan Ibnu Majjah.

93.Akhrajahu Al-Khamsah ) ةسمخلا هجرخأ ( : Hadis yang diriwayatkan oleh lima orang iaitu Abu Daud,Al-Tirmizi,Al-Nasaie, Ibnu Majjah dan Ahmad.

94.Akhrajahu Al-Sittah ) ةتسلا هجرخا ( : Hadis yang diriwayatkan oleh enam perawi iaitu Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasaie dan Ibnu Majjah.

95.Akhrajahu Al-Jamaah ) ةعامجلا هجرخا ( : Hadis yang diriwayatkan oleh enam orang perawi seperti Al-Bukhari, Muslim, Al-Tirmizi, Al-Nasaie, Abu Daud dan Ibnu Majjah serta ulama’ lain seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Baihaqi dan lain-lain.

(9)

BAHAGIAN: AKHLAK

96.Sedekah: Pemberian atau derma secara sukarela untuk membantu individu dam masyarakat di samping mendapat ganjaran daripada Allah.

97.Hadiah: Pemberian sesuatu tanpa mengharapkan balasan yang bertujuan memuliakan atau member penghormatan kepada penerima.

98.Pidato: Ucapan yang membicarakan sesuatu perkara yang disampaikan kepada khalayak ramai.

99.Negara Islam: Negara yang didiami dan diperintah oleh umat Islam serta dilaksanakan Syariat Islam.

100.Musafir: Bahasa - Orang yang sedang di perjalanan atua pengembaraan.Istilah - Mereka yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan yang baik.

101.Jualbeli: Bahasa - Menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain.Istilah- Akad pertukaran barang dengan barang yang membawa kepada pemilikan selama-lamanya.

102.Berjuang: Melakukan sesatu perkara dengan bersungguh-sungguh untuk menapai kecemerlangan menurut Syariat Islam.

BAHAGIAN : TAMADUN

103.Mahkamah Al-Hisbah ) ةبسحلا ةمكحم ( : Mahkamah yang melibatkan kes-kes kecil seperti mendenda peniaga yang menipu, memastikan pemandu kereta kuda atau keldai tidak membawa muatan lebih dan memastikan masyarakat berakhlak mulia.Berfungsi sebagai penguatkuasa.

104.Mahkamah Al-Mazalim ) ملاظملا ةمكحم ( : Mahkamah yang membicarakan kes-kes Mal(harta dan sivil) dan jenayah. Diketuai oleh khalifah ata wakilnya.

105.Mahkamah Al-Khas ) صاخلا ةمكحم ( : Mahkamah yang membicarakan kes sivil dan jenayah yang tiada peruntukan dalam mahkamah Al-Qadhi, Al-Hisbah dan Al-Mazalim. Khusus untuk golongan bukan Islam atau golongan minoriti.

(10)

106. Kharaj ) جرخلا (: Cukai tanah yang dipungut melalui sistem tertentu.

107. Ghanimah ) ةمينغ (: Harta rampasan perang.

108. Al-Faiu ) ءىفلا (: Harta yang diperolehi tanpa melalui peperangan.

109. Jizyah ) ةيزج ( : Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang mendiami Negara Islam.

110. Usyr ) رشع ( : Cukai yang dikenakan ke atas barang-barang dagangan yang dibawa masuk ke dalam Negara Islam.

Referensi

Dokumen terkait

Kunjungan ANC men- jadi salah satu faktor risiko yang mening- katkan kejadian perdarahan pasca persalin- an karena apabila ibu melakukan pelayanan ANC secara teratur

yang berbasis mikrokontroler, sensor gas LPG ( DT-Sense LPG Sensor ), dan menggunakan jaringan nirkabel zigbee ( Xbee Pro ZB ) sebagai media transmisi data yang dapat

Pada makalah ini penulis akan meninjau secara teori peluang penggunaan jaringan sensor nirkabel untuk memantau aktifitas gunung api di Indonesia, kelebihan dan

Migrasi semasa hidup adalah orang-orang yang dicacah dalam suatu provinsi (dalam penelitian ini kabupaten) tempat tinggal sekarang berbeda

Hasil pemikiran McGregor dituangkan dalam karya tulisnya dengan judul The Human Side of Enterprise. Kesimpulan dalam karya McGregor ialah pendapatnya yang menyatakan bahwa

Tabel 3 menunjukkan terdapat perbedaan yang bermakna secara statistik pada perubahan skor tingkat pengetahuan, sikap dan perilaku ibu serta tingkat kecukupan energi,

Skala pengukuran dalam kuesioner memakai model skala Likert, yaitu skala yang dipakai untuk mengukur pendapat atau persepsi seseorang atau sekelompok orang.Jawaban

Dalam penggunaan metode yang dilakukan guru MTs.N Muara Enim sudah sejalan dengn amanat dalam penerapan KTSP ini, hanya saja masih ada guru masih