• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA ARAB UNTUK PENUTUR BUKAN ARAB DI IPTA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA ARAB UNTUK PENUTUR BUKAN ARAB DI IPTA MALAYSIA"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

581

KERANGKA PEMBINAAN MODUL KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN BAHASA ARAB UNTUK PENUTUR BUKAN ARAB DI IPTA MALAYSIA

MOHAMAD ROFIAN ISMAIL AHMAD REDZAUDIN GHAZALI KHAIRATUL AKMAR ABDUL LATIF PhD

Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi, Selangor.

&

MUHAMMAD DAOH PhD Fakulti Pendidikan & Sains Sosial

Universiti Selangor mohdrofian@kuis.edu.my

ABSTRAK

Dalam proses pembelajaran bahasa Arab di peringkat universiti, pelajar perlu didedahkan dengan kaedah dan gaya penulisan yang baik. Begitu juga mereka perlu di latih menulis dengan baik berpandukan modul yang sesuai. Namun di Malaysia realitinya adalah berbeza kerana terdapat banyak dapatan kajian menunjukkan kelemahan pelajar dalam kemahiran menulis karangan adalah berpunca dari faktor kurikulum dan buku teks atau modul. Justeru, keperluan mewujudkan modul khusus untuk kemahiran menulis karangan bahasa Arab mestilah direalisasikan. Kajian ini berusaha membina suatu modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab untuk penutur bukan Arab di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia. Kerangka modul yang akan dibina ini berdasarkan model Instruksi pembangunan Modul ADDIE yang terdiri daripada lima fasa utama, iaitu analisis(Analysis), reka bentuk(Design), pembangunan(Development), pelaksanaan(Implementation) dan penilaian(Evaluation). Kajian ini akan menjelaskan aktiviti-aktiviti yang akan dihasilkan pada setiap fasa bermula dari fasa yang pertama sehingga ke fasa yang terakhir mengikut model ADDIE.

Kata Kunci: Kerangka, modul, karangan, Bahasa Arab, ADDIE

PENGENALAN

Kemahiran menulis bahasa Arab peringkat tinggi khususnya penulisan karangan merupakan antara kandungan subjek teras kemahiran bahasa yang perlu dipelajari oleh pelajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Terdapat tujuh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu UIA, USIM, UPM, UKM, UNISZA, UPSI, dan UM serta 16 buah Institut Pengajian Tinggi Swasta Islam (IPTSI) yang menawarkan program sijil peringkat tinggi seperti diploma dan sarjana muda dalam bahasa Arab (Hanafi Dolah 2014). Kesemuanyanya mewajibkan setiap pelajarnya mengikuti subjek kemahiran menulis berpandukan isi kandungan dan sukatan pelajarannya yang tersendiri (Yaser

(2)

582

Ismail 2007). Kebanyakan daripada mereka telah pun mempunyai modul kemahiran menulis bahasa Arab yang dibina dan digubal sendiri. Hal ini membawa kepada ketidaksamaan dan keseragaman seterusnya menimbulkan perbezaan yang agak ketara pada ciri-ciri, corak dan rupa bentuk isi kandungan yang digunakan dalam modul tersebut.

Abdul Rahman Chik (2007) menegaskan bahawa semua institusi pengajian tinggi di Malaysia boleh membina kurikulum bahasa Arabnya sendiri tetapi mestilah mengikut standard kualiti yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Kurikulum bahasa Arab yang standard dan berkualiti pastinya dapat menjamin penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis bahasa Arab dengan baik khususnya penulisan karangan. Namun realitinya di Malaysia adalah berbeza kerana terdapat kajian menunjukkan bahawa kelemahan pelajar dalam kemahiran menulis karangan berpunca dari faktor kurikulum dan buku teks atau modul. Kajian Nor Azizi et al. (2007) dan Samah (2012), menunjukkan tahap pelajar IPTA dalam menulis karangan bahasa Arab adalah lemah, dan kelemahan ini mestilah ditangani dengan segera. mereka mencadangkan agar bahan bahan pengajaran penulisan seperti modul-modul latihan menulis perlu dipelbagaikan dan diperbanyakkan.

Berdasarkan kepada pemerhatian sendiri dan juga pengalaman pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), mendapati modul kemahiran menulis bahasa Arab peringkat tinggi di Malaysia adalah sangat terhad dan terlalu sedikit, ditambah pula dengan bentuk dan corak kandungannya yang berbeza dan hanya sesuai dengan tahap segelintir pelajar bahkan ia hanya menepati matlamat atau objektif sesebuah institusi pengajian yang menggunakan modul tersebut. Setakat ini, pengkaji masih belum menjumpai satu modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab yang standard dari segenap sudut yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab serta bersesuaian dengan pelajar peringkat universiti.

Selain itu, budaya pembelajaran pelajar di pusat pengajian tinggi di Malaysia yang suka menghafal karangan bahasa Arab bagi tujuan peperiksaan menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran menulis mereka berada pada tahap yang paling lemah.Ini terbukti dalam kajian Samah (2012) menunjukkan kemampuan menulis ayat bahasa Arab pelajar melalui penulisan

(3)

583

karangan pendek adalah pada tahap yang sangat lemah. Justeru, satu modul dalam kemahiran menulis karangan bahasa Arab perlu dibangunkan sebagai salah satu cara penyelesaian kepada masalah mengarang pelajar di peringkat IPT.

Rentetan daripada isu-isu yang dibincangkan tadi, pengkaji berpendapat bahawa masalah kemahiran menulis karangan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sarjana muda bahasa Arab di IPT adalah berpunca daripada ketiadaan modul yang memenuhi ciri-ciri sebuah modul yang efektif yang boleh membantu mereka meningkatkan kemahiran menulis karangan. Justeru, pengkaji merasakan bahawa satu kajian tentang pembinaan modul kemahiran menulis karangan Bahasa Arab perlu dijalankan berpandukan sukatan pelajaran yang terkini selain kandungannya digubal mengikut strategi pengajaran guru yang berkesan melalui aktiviti yang sesuai dengan kehidupan dan kehendak pelajar sebagaimana yang di cadangkan oleh Khazri Osman dan Ku Siti Esah Ku Ibrahim (2012) dalam kajiannya.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian yang menggabungkan dua kaedah (mixed method) iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah gabungan adalah rekabentuk penyelidikan pendekatan campuran yang menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan memasukkan kedua-dua data kualitatif dan kuantitatif dalam satu kajian (L.R. Gay et al; 2009). Secara umumnya, kaedah gabungan yang digunakan dalam kajian ini dapat diperhatikan melalui rajah 1.1 berikut :

(4)

584

Proses Pembinaan Modul Karangan Bahasa Arab IPTA Output

A ( Analysis Phase ) Input Kuantitatif&Kualitatif

D (Design Phase )

D (Development Phase ) Kaedah Kualitatif

I (Implementation Phase)

E (Evaluation Phase ) Kaedah Kuantitatif

Modul Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab IPT

Rajah 1.1 : Modul Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab IPT

Berdasarkan rajah 1.1 di atas, kaedah kualitatif akan digunakan dalam kajian ini pada peringkat awal kajian lagi melibatkan 4 fasa utama dalam model intruksi pembangunan modul mengikut model ADDIE. Melalui kaedah kualitatif ini, data dikumpulkan dengan cara menganalisis dokumen penting berkaitan penulisan karangan bahasa Arab seperti teori pengajaran dan pembelajaran, model-model karangan serta juga model rekabentuk intruksi. Semasa proses pembinaan modul, kaedah kualitatif digunakan bermula dari fasa pertama sehingga fasa ke empat. Fasa-fasa tersebut melibatkan proses merekabentuk prosedur atau tatacara penulisan karangan, merekabentuk model penulisan karangan berdasarkan teori-teori pengajaran, membangunkan isi kandungan modul dan menghasilkan sebuah modul lengkap untuk diaplikasikan kepada pengguna sasaran iaitu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bukan penutur asli bahasa Arab.

Dokumen yang dikumpulkan untuk dikaji dan dianalisis adalah dalam pelbagai bentuk sumber seperti buku, jurnal, prosiding, latihan ilmiah, tesis, disertasi dan bahan-bahan bacaan ilmiah yang bersumberkan internet. Dokumen-dokumen yang dikaji ini meliputi keseluruhan objektif kajian dan kandungan dan rekabentuk modul. Aspek-aspek utama penulisan karangan seperti teori pengajaran, model penulisan karangan dan kaedah pengajaran karangan bahasa Arab untuk penutur bukan Arab turut sama di kaji dan dianalisis supaya menepati dengan objektif kajian yang telah direncanakan. Analisis model instruksi pembangunan modul ADDIE juga akan dijalankan menggunakan kaedah ini.

(5)

585

Dokumen-dokumen yang telah dikumpulkan tadi akan dibuat analisis. Proses analisis dokumen ini telah dikategorikan kepada beberapa bahagian. Bahagian yang pertama ialah menganalisis dokumen yang berkaitan dengan penulisan karangan bahasa Arab. Ia bertujuan untuk membina dan membangunkan kandungan modul agar dapat disesuaikan dengan keperluan pengguna sasaran dan juga objektif pembelajaran berdasarkan model penulisan karangan bahasa Arab yang telah direkabentuk. Dokumen lain berkaitan dengan teori dan model pembelajaran karangan pula akan dianalisis pada awal proses rekabentuk modul supaya ia menepati dan memenuhi ciri-ciri pengguna sasaran, objektif pembelajaran modul, kaedah pengajaran modul yang akan dibina.

Kaedah kajian berikutnya ialah kaedah kuantitatif. Kaedah kuantitatif ini digunakan sebahagian kecilnya semasa fasa pertama dan selebihnya pada fasa terakhir pembangunan modul iaitu fasa analisis dan fasa penilaian. Fasa pertama iaitu analisis hanya menumpukan kepada aktiviti analisis keperluan pengguna sasaran modul dengan menggunakan instrumen soal selidik. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti keperluan pengguna sasaran modul sebelum pembangunan kandungan modul dijalankan. Manakala fasa terakhir pula melibatkan aktiviti penilaian modul yang telah melalui ke-empat-empat fasa utama sebelum ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini di jalankan untuk memastikan objektif objektif yang disasarkan sebagaimana berikut tercapai :

1- Mengenalpasti corak dan bentuk kerangka modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab untuk penutur bukan Arab di IPTA Malaysia.

2- Mengenalpasti fasa-fasa pembinaan modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab untuk penutur bukan Arab di IPTA Malaysia.

(6)

586

PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah direncanakan, maka pengkaji akan memperhalusi dan mendapatkan jawapan kepada setiap persoalan persoalan berikut:

1- Apakah corak dan bentuk kerangka modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab untuk penutur bukan Arab di IPTA Malaysia?

2- Bagaimanakah bentuk pembangunan dan rekabentuk pembinaan modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab untuk penutur bukan Arab di IPTA Malaysia?

PERBINCANGAN KAJIAN

Umumnya, terdapat banyak teori dan model dalam bidang pendidikan yang khusus dalam pembinaan silibus mahupun kurikulum. Antaranya model Taba, model Saylor dan Alexander, model Tyler, model Goodlad, model Hunkins, model Miller dan Seller, model Zais, model teras cabang, model ADDIE dan banyak lagi. Setiap model mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam menghasilkan output atau modul yang mantap dan berkesan.

Rusydi Ahmad Thuimah (1998) menyatakan Model Taba sebagai contoh mempunyai empat komponen utama dalam pembinaan modul iaitu objektif, isi kandungan, kaedah dan penilaian. Ke-empat – empat komponen tersebut bergabung sebagai satu sistem kurikulum yang padu. Setiap komponen mempunyai jaringan antara komponen-komponen yang lain. Masing-masing berkait rapat dan mempunyai keterkaitan antara satu sama lain. Rajah 1.2 menjelaskan hubungan antara komponen-komponen utama pembinaan modul berdasarkan model Taba.

Objektif

Isi Kandungan Kaedah Pengajaran

Penilaian

(7)

587

- Menganalisis keperluan pengguna modul - Menganalisis keperluan membangun modul - Menganalisis kesesuaian kandungan modul

- Merekabentuk modul berdasarkan model penulisan karangan yang digunakan (Model Dagwood Web) - Merekabentuk prosedur (tatacara) penulisan

karangan

Model ADDIE pula merupakan antara model rekabentuk instruksi yang sering menjadi asas kepada model-model rekabentuk instruksi yang lain (Jamalludin et. al; 2001). Secara amnya, model ADDIE (Gagne et al.2005) terdiri daripada fasa Analysis (Analisis), Design (Rekabentuk), Development (Pembangunan), Implementation (Perlaksanaan) dan Evaluation (Penilaian).

Menurut Hall (1997), model ADDIE merupakan satu rekabentuk instruksi yang asas yang boleh diintegrasikan dalam apa jua strategi pembelajaran. Menurut Jansak, model ADDIE adalah model yang generik, mempunyai pendekatan yang sistematik untuk proses merekabentuk instruksi dan menyediakan perekabentuk dengan satu rangka kerja yang teratur untuk memastikan bahawa produk-produk pendidikan yang dihasilkan adalah efektif dan proses-proses kreatif adalah sangat efisien.

Dalam membina modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab ini, pengkaji akan menggunakan reka bentuk instruksi daripada Model ADDIE (Gagne et al. 2005) yang telah diolah dan diubah suai mengikut kesesuaian modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab (KMKBA) yang akan dibina. Model ini terdiri daripada lima fasa yang dimulai dengan fasa analisis, reka bentuk, diikuti dengan pembangunan dan pelaksanaan serta penilaian oleh pelajar IPTA bagi menentukan kebolehgunaan dan kesesuaian modul yang dihasilkan. Berikut ialah perincian tentang fasa-fasa atau langkah-langkah dalam pembangunan dan penilaian Modul KMKBA.

DESIGN (D) (REKABENTUK)

ANALYSIS (A) (ANALISIS)

(8)

588

- Membangunkan kandungan modul

- Membuat penilaian dan pengesahan pakar bidang - Menyiapkan modul lengkap

- Melaksanakan pengajaran modul dalam p&p - Membuat penambahbaikan dan pemurnian modul.

Rajah 1.3 Kerangka pembinaan modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab (Modul KMKBA) yang diolah dan diubah suai daripada Model ADDIE (Gagne et al 2005)

Fasa 1: Analisis (Analysis)

Fasa pertama ialah fasa analisis yang menjadi asas utama kepada pemilihan dan pengumpulan data dan maklumat utama dalam pembangunan Modul KMKBA. Fasa ini merujuk kepada analisis keperluan yang merangkumi aspek-aspek penting iaitu mengenal pasti latarbelakang sasaran dan keperluan pembangunan modul. Sasaran utama ialah pelajar yang bukan penutur asli Bahasa Arab di IPT yang menjadi pengguna sasaran modul ini. Pengenalpastian kepada sasaran ini penting kerana modul yang akan dibangunkan mampu menepati citarasa, keperluan dan kehendak pelajar yang bukan penutur asli Bahasa Arab di IPT. Maklumat yang diperoleh pada peringkat ini akan digunakan sebagai panduan pembentukan tahap kesesuaian sasaran dalam menggunakan modul yang dibangunkan serta asas kepada keperluan pembangunan modul. Analisis keperluan berdasarkan aspek-aspek yang telah dinyatakan tadi sangat diperlukan bagi

DEVELOPMENT (D) (PEMBANGUNAN)

IMPLEMENTATION (I) (PELAKSANAAN)

- Penilaian kebolehgunaan dan kesesuaian modul oleh pelajar sasaran

EVALUATION (E) (PENILAIAN)

(9)

589

memastikan struktur reka bentuk modul yang dibangunkan dipilih berdasarkan keperluan pelajar atau pengguna sasaran. Dapatan atau maklumat yang diperoleh daripada Fasa 1 ini akan digunakan dalam Fasa 2.

Fasa 2: Reka Bentuk Modul (Design)

Fasa kedua ialah reka bentuk. Fasa ini melibatkan perincian aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam proses mereka bentuk modul supaya Modul KMKBA yang dibangunkan menepati objektif pembelajaran sebagaimana yang diinginkan. Semasa mereka bentuk modul, isi kandungan seperti tajuk atau pengagihan topik-topik modul dikenalpasti dan dibuat pemilihan terlebih dahulu. Kemudian. pengkaji akan menjalankan aktiviti-aktiviti utama dalam fasa reka bentuk ini iaitu (i) mereka bentuk teori-teori pengajaran berdasarkan model penulisan karangan yang digunakan dalam modul KMKBA, (ii) Mereka bentuk prosedur atau tatacara penulisan karangan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan pelajar sasaran. Semasa mereka bentuk teori pengajaran dalam model penulisan karangan, pengkaji akan menggunakan teori pembelajaran behaviourism, kognitif, konstruktif dan andragogi dalam modul mengikut kesesuaian pembelajaran sasaran. Seterusnya, pengkaji akan membina satu prosedur atau tatacara menulis karangan berpandukan model penulisan karangan yang telah diadaptasi dan diubahsuai daripada model Dagwood. Prosedur dan tatacara penulisan karangan yang telah siap dibina ini akan di nilai dan disahkan kebolehgunaannya oleh 3 orang pakar dalam silibus bahasa Arab dari Universiti-universiti milik kerajaan. Kemudian, maklumat yang telah dikenal pasti dalam Fasa 2 ini akan digunakan dalam Fasa 3.

Fasa 3: Pembangunan Modul (Development)

Fasa ketiga ialah pembangunan. Fasa ini akan merealisasikan segala aktiviti-aktiviti yang ditentukan dalam Fasa 1 dan Fasa 2 sehingga menghasilkan sebuah modul yang lengkap dan lebih mudah untuk difahami. Dalam fasa ini dua peringkat aktiviti utama dijalankan, iaitu (i) membangunkan modul, dan (ii) menyediakan modul yang lengkap. Modul dibangunkan berdasarkan maklumat fasa analisis dalam fasa 1 dan fasa reka bentuk modul dalam fasa 2. Setelah itu, modul yang dibangunkan perlu mendapatkan pengesahan pakar-pakar bidang untuk

(10)

590

ditentukan keesahannya dan kebolehlaksanaannya. Seramai 3 orang pakar bidang yang dipilih dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk menilai dan mengesahkan kebolehgunaan modul KMKBA. Mereka akan menilai reka bentuk dan pembangunan modul yang telah dihasilkan. Seterusnya, penambahbaikan hasil daripada cadangan dan pengesahan daripada pakar bidang dilaksanakan sehingga terhasil sebuah modul KMKBA yang sempurna. Seterusnya modul yang siap dibangunkan ini akan diimplementasikan ke atas pelajar bagi tujuan menguji kebolehgunaannya dan kesesuaiannya dalam Fasa 4.

Fasa 4: Pelaksanaan Modul (Implementation)

Fasa keempat ialah pelaksanaan. Dalam fasa ini, modul yang siap dibangunkan dalam fasa 3 akan diimplementasikan ke atas 30 orang pelajar dalam sebuah kelas pengajaran kemahiran menulis karangan bahasa Arab yang dipilih dari salah sebuah IPT Malaysia iaitu Universiti Sains Islam Malaysia. Ia adalah kajian ke atas sekumpulan kecil pengguna sasaran bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan penilaian kebolehgunaan dan kesesuaian modul ini. Proses pengajaran dan pembelajaran ini akan melatih pengguna sasaran yang dipilih menggunakan modul yang dibangunkan dalam Fasa 3 seterusnya mereka akan menilai modul daripada aspek kesesuaiannya dan kebolehgunaanya mengikut perspektif masing-masing. Kemudian modul akan dibaiki dan dimurnikan untuk dinilai sepenuhnya dalam Fasa 5.

Fasa 5: Penilaian Modul (Evaluation)

Fasa kelima ialah fasa terakhir. Dalam fasa ini modul yang dibaiki dalam Fasa 4 akan dinilai dari aspek kesesuaian dan kebolehgunaan modul. Modul ini akan dinilai oleh kumpulan sasaran yang telah dipilih iaitu seramai 30 orang pelajar sarjana muda bahasa Arab dan Komunikasi di Universiti Sains Islam Malaysia yang akan menguji dan mempelajari modul KMKBA. Manakala aspek-aspek yang akan dinilai ialah dari segi isi kandungan, objektif pembelajaran modul, model pengajaran dan juga langkah-langkah penulisan karangan bahasa Arab yang menepati pengguna sasaran dan persepsi menyeluruh tentang modul yang dibina.

(11)

591

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Modul yang akan dirangka dan disusun oleh pengkaji nanti akan mengambil kira aspek aspek penting pembangunan modul berdasarkan citarasa, kehendak dan keperluan pengguna sasaran iaitu pelajar di IPTA yang mengambil jurusan bahasa Arab.

Pengkaji akan membina satu prosedur iaitu tatacara penulisan karangan bahasa Arab bermula daripada kemahiran menulis ayat, seterusnya mengembangkan ayat, sehingga pelajar mampu menyiapkan satu karangan mudah yang terdiri daripada tiga elemen utama iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Kesemua gerak kerja dan langkah ke arah membina dan menyediakan modul ini berasaskan kerangka pembinaan modul instruksi ADDIE iaitu bermula dari Analysis sehinggalah kepada Evaluation.

Adalah diharapkan modul ini dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada pelajar-pelajar di IPTA Malaysia yang merupakan bukan penutur asli bahasa Arab dalam mempelajari kemahiran menulis karangan bahasa Arab dengan mudah dan berkesan.

RUJUKAN

Abdul Rahman Chik. (2007). Ma'ayiir al-Jaudah wa dauruha al-Hadhoriy fi Tatwiir

Baraamij Ta'liim al-Lughah al-Arabiyyah fi Maliziya. In Prosiding Seminar

Antarabangsa "Ishaamaat Lughah wal adab fi binaa' hadhoriy lil Ummat al-Islamiyyah, 3. (pp. 21–37).

Gagne, R.M., Wager, W.W., Golas, K.G. & Keller, J.M. (2005). Principles of Instructional

Design. Toronto, ON: Thomson Wadsworth.

Hanafi Dolah. (2014). Nahwa Tatwiir Madaakhil al-Ma'aajim al-Arabiyyah al-Malayuwiyyah

Thunaiyyah Ilmiyyah Lil-Muthaqqafiin Ka Thullab Mutakhassisiin fi al-Diraasaat al-Arabiyyah wa al-Islamiyyah . In Prosiding Seminar Kebangsaan Pengajian

(12)

592

Khazri Osman, Ku Siti Esah Ku Ibrahim, (2012). Analisa kesalahan pelajar dalam penulisan

bahasa arab: kajian kursus maharat al-kitabah. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12), 2012, 130-138.

Nor Azizi, Wan Azura, Lubna. (2007). Tahlil Al-Kitaabah al-Arabiyyah : Dirasah fi Jaamiatil

Uluumi al-Islamiyyah al-Maaliziyyah (USIM). In Prosiding Seminar Antarabangsa

"Ishaamaat al-Lughah wal adab fi al-binaa' al-hadhoriy lil Ummat al-Islamiyyah, 3. (pp. 21–37).

Samah, R. (2012). Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Kalangan Lepasan Sekolah Menengah Agama Arabic Sentences Construction Among The Islamic Religious School Graduates.

GEMA Online Journal of Language Studies, 12, 555–569.

Yaser Ismail. (2007). Al-Kutub Mutadaawalah fi Ta'liim Lughah Arabiyyah Li

Awaam Maliziyyin wa Khasoisuha . In Prosiding Seminar Antarabangsa "Ishaamaat

Referensi

Dokumen terkait

Seorang individu dapat memiliki hak spesifik atas tanah mati yang masuk kepangkuan Islam melalui dakwah jika ia menghidupkannya, dan aturan-aturan yang sama berlaku

Delay HO yang didapat dari hasil simulasi untuk semua perubahan posisi platform (kecuali pada saat platform bergerak ke atas dengan kecepatan MS 80 Km/jam) adalah

一方(鍵盤操作側) がアイデアを出す: 音でアイデアを次々 に提示。一方の参加 者は鍵盤に貢献して

terbatas dalam pemenuhannya. Selanjutnya kebetuhan yang perlu dipenuhi adalah alat-peralatan khusus serta fasilitas terkait yang diperlukan untuk penanggulangan bajak

Kualitas transformasi pengetahuan ditunjukkan dengan nilai dari hubungan saling mempengaruhi (korelasi) antara lima disiplin belajar yaitu disiplin keahlian pribadi, disiplin berbagi

19 Rahmatullah (33 tahun), Ketua DPC-HTI Bajeng Barat, Wawancara, Gentungang, 20 Juni 2016.. Dari penjelasan di atas, maka dapat dipahami bahwa Hizbut Tahrir Bajeng

Memaparkan informasi Evidence based di area keperawatan terkait pengaruh teknik relaksasi genggam jari terhadap penurunan nyeri pada ibu postpartum dengan post sectio

Perancangan Buku Ilustrasi Cerita Rakyat Berdirinya Kota Prabumulih diajukan oleh Ruwahyudi, NIM 0811771024, Program Studi Desain Komunikasi Visual, Jurusan Desain,