• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya yang begitu saya hormati iaitu Cik Rohana Binti Lat. Setelah beberapa minggu saya bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini akhirnya saya telah mendapat hasil yang setimpal dengan usaha saya itu.

Sesungguhnya, tanpa seorang pembimbing yang bergelar pensyarah, saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan masa yang diperuntukkan. Beliau telah bersungguh-sungguh memberi penerangan bagi tugasan ini kepada saya. Sebarang permasaalahan yang telah dihadapi oleh pelajar-pelajar di dalam kelas telah beliau terangkan dengan terperinci sehingga pelajar-pelajar memahami tentang apa yang tidak difahami.

Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya rakan-rakan kelas seperjuangan. Sesungguhnya tanpa mengenal erti jemu mereka telah membantu saya ketika saya buntu dan tidak faham beberapa perkara semasa menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya budi kalian semua itu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

Tidak lupa juga kepada isteri dan keluarga saya yang banyak memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan baik dan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Saya amat menghargai sokongan mereka yang tidak henti-henti itu.

Akhir kata, saya berharap agar hasil tugasan saya ini akan memberi manfaat dari segi penambahan ilmu pengetahuan bukan sahaja untuk diri sendiri malahan juga kepada sesiapa yang membacanya kelak.Sekian terima kasih.

(2)

Tajuk Projek

Penguasaan Bahasa dalam Kalangan Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

Tugasan Projek

Tahap pencapaian akademik yang rendah dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran sering dikaitkan dengan kelemahan penguasaan bahasa mereka. Komponen bahasa terdiri dari lisan, bacaan, dan penulisan. Setiap komponen memerlukan alat pentaksiran yang tepat untuk memastikan kekuatan dan kelemahan murid dinilai secara adil dan objektif. Ini akan membolehkan aktiviti pemulihan dan pengayaan dijalankan.

Sub Tugasan

1. Pilih seorang murid bermasalah pendengaran. Dapatkan maklumat umum berkaitan penguasaan bahasa murid berkenaan sama ada daripada guru atau penjaga. Berdasarkan maklumat tersebut, bina instrumen yang boleh digunakan untuk mengesan kawasan kelemahan bahasa murid tersebut. Gunakan instrument tersebut untuk mendapatkan maklumat yang terperinci tentang penguasaan bahasa. Bahan pentaksiran dan maklumat yang telah dikumpul hendaklah ditunjuk dalam bentuk yang mudah dirujuk.

2. Tulis satu rancangan pengajaran yang lengkap untuk mengajar murid berdasarkan maklumat yang telah dikumpul. Bina Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan pentaksiran yang sesuai. Jalankan sesi pengajaran dengan murid berkenaan. Anda juga perlu membuat refleksi tentang pengalaman melaksanakan projek ini, kekuatan, kelemahan dan cadangan untuk penambahbaikan.

(3)

RUMUSAN BERDASARKAN JURNAL

Jurnal yang bertajuk Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Membaca Dan

Menulis Dalam Bahasa Melayu Bagi Murid Prasekolah Bermasalah Pendengaran

membincangkan tentang Bahasa Melayu adalah satu subjek yang penting dikuasai oleh setiap pelajar tidak kira pelajar normal mahupun pelajar pekak. Pelajar pekak yang bersekolah terpaksa juga menguasai Bahasa Melayu jika ingin maju dalam akademik walaupun mereka terpaksa berdepan dengan berbagai-bagai rintangan untuk menguasainya. Subjek ini dapat dilihat kepentingannya dalam setiap peperiksaan di Malaysia khususnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid-murid yang tidak lulus subjek Bahasa Melayu dalam peringkat SPM tidak dapat melayakkan diri untuk mendapatkan sijil SPM yang merupakan syarat wajib bagi meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau alam pekerjaan.

Bahasa dikaitkan dengan ilmu pengetahuan, oleh itu kanak-kanak ini dibesarkan tanpa ilmu pengetahuan yang sepatutnya mereka perolehi sepertimana kanak-kanak normal yang sebaya dengannya. Mereka ke sekolah dengan asas ilmu pengetahuan yang lemah berbanding dengan rakan mereka yang berpendengaran normal. Kebanyakan ibubapa berpendengaran normal yang mempunyai anak pekak di Malaysia tidak berpendidikan tinggi, tinggal di luar bandar dan tidak mengambil berat tentang kepentingan komunikasi menyebabkan mereka tidak pasti apakah bentuk bahasa lisan, isyarat dan tulisan yang patut digunakan bagi tujuan komunikasi. Kanak-kanak ini dibesarkan dalam persekitaran bahasa lisan yang digunakan oleh orang berpendengaran normal.

Terdapat tiga bentuk bahasa yang digunakan kanak-kanak pekak iaitu lisan bagi pertuturan BM, isyarat bagi ’Bahasa Isyarat Malaysia’ (BIM) dan ’Kod Tangan Bahasa Malayu (KTBM) dan tulisan bagi BM dan BIM. Alat bantuan pendengaran amatlah penting bagi murid-murid pekak dalam pengajaran pertuturan kerana alat ini berfungsi sebagai penguat bunyi dan membolehkan mereka mendengar bunyi bahasa dengan lebih jelas. Namun begitu, murid-murid pekak ini juga mengalami kesukaran memahami

(4)

pertuturan kerana ketidak jelasan pendengaran mereka terhadap perkataan atau ayat-ayat yang diajukan tidak jelas.

Bahasa Melayu sukar dipelajari oleh murid-murid pekak adalah kerana mereka tidak mengalami proses ’memperolehi BM’ tapi ’mempelajari ’BM’, tidak mendapat pendedahan BM lebih awal, kelemahan dari aspek pedagogi, kelemahan dari aspek penggunaan KTBM sebagai medium komunikasi di sekolah, sifat BM yang agak kompleks untuk dipelajari dan pengaruh BIM ke atas BM.

Kesimpulannya, Program prasekolah bagi murid-murid pekak ini sewajarnya digunakan sebagai peluang yang sebaik mungkin untuk membantu mereka menguasai kemahiran literasi ini. Jika kemahiran literasi ini dikuasai pada peringkat awal mereka mampu membantu mereka meneruskan pembelajaran formal di tahun satu dan seterusnya. Bagi memastikan agenda ini berjalan dengan lancar, banyak pihak perlu memainkan peranan khususnya Bahagian Pendidikan Khas dengan membekalkan guru yang mempunyai ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Manakala Jurnal yang bertajuk Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan

Murid Pekak : Suatu Sorotan Dalam Perspektif Linguistik pula membincangkan

tentang Masalah pencapaian akademik yang rendah ini mempunyai kaitan rapat dengan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid bermasalah pendengaran. Namun kegagalan penguasaan Bahasa Melayu dengan lebih baik menjadi bertambah teruk akibat ketiadaan strategi pengajaran yang berkesan serta peluang untuk belajar, dan ini memberi kesan jangka panjang bagi murid. Keadaan ini menjadi lebih ketara bagi individu yang bermasalah pendengaran kerana kesukaran mereka untuk mendapat akses bahasa yang mempunyai kaitan dengan literasi.

Dalam usaha untuk mengubah tahap literasi yang rendah ini, penekanan perlu diberi seawal mungkin dan tugas ini dipikul oleh guru prasekolah. Guru perlu bijak merancang, mengurus dan mengelola pengajaran. Ini kerana keberkesanan pengajaran banyak bergantung kepada sejauh mana guru berjaya mencapai objektif pengajaran dalam membantu kanak-kanak belajar apa yang diajarkan.

(5)

Isu yang timbul dalam konteks guru prasekolah di Program Pendidikan Khas Prasekolah Masalah Pendengaran ialah dari segi pengalaman guru itu sendiri. Ini kerana peringkat prasekolah merupakan asas pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran. Namun, penempatan mereka di kelas prasekolah masalah pendengaran bukan sahaja merupakan penempatan pertama tetapi juga merupakan pengalaman pertama berhadapan dengan murid bermasalah pendengaran. Tanggungjawab ini merupakan sesuatu yang berat terutamanya jika tiada sokongan daripada ibu bapa. Ini memerlukan guru menggunakan pelbagai cara untuk memastikan murid bermasalah pendengaran menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Walaubagaimanapun, Jangkaan guru yang rendah terhadap pencapaian murid menyebabkan pengajaran dijalankan pada tahap kognitif yang rendah dengan andaian bahawa murid bermasalah pendengaran memerlukan lebih banyak pengajaran secara langsung dalam kemahiran tertentu seperti mengenal abjad dan perkataan bagi membolehkan mereka memahami aspek yang lebih kompleks seperti pembentukan ayat. Akibatnya, murid menjadi pengguna bahasa yang tidak mahir bukan kerana ketidakmampuan mereka untuk belajar tetapi kerana mereka tidak mendapat peluang untuk berlatih dalam proses yang sepatutnya. Keadaan ini memaparkan murid bermasalah pendengaran kurang diberi peluang untuk mempelajari perbendaharaan kata dalam konteks ayat.

Kesimpulannya, anggapan yang menyatakan murid-murid pekak tidak dapat menguasai Bahasa Melayu adalah pegangan yang lemah kerana laporan-laporan terkini berkaitan pencapaian mereka memperlihatkan bilangan mereka yang berjaya dalam Bahasa Melayu bertambah. Oleh itu, kerja sama ibubapa dan ahli keluarga sangat penting supaya proses memperolehi Bahasa Melayu berjalan secara semulajadi. Manakala peranan guru pula berusaha mewujudkan pengajaran dan pembelajaran dengan pegadogi berkesan supaya murid-murid pekak mampu menguasai Bahasa Melayu. Di samping itu, murid-murid pekak perlu disedarkan bahawa pencapaian baik dalam peperiksaan selalunya mempunyai peluang yang lebih untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

(6)

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa adalah kunci pintu khazanah ilmu dan bacaan adalah jaminan untuk mendapatkan ilmu (Koh 1986). Kelemahan penguasaan bahasa akan menjejaskan kemajuan murid dalam mata pelajaran lain, kerana bahasa adalah alat komunikasi untuk mempelajari segala jenis ilmu pengetahuan. Fungsi asas bahasa adalah sebagai alat komunikasi bagi manusia dan keperluan berkomunikasi ialah keperluan hidup yang asasi. Kebolehan berkomunikasi dan mempelajari sesuatu melalui bahasa adalah satu ciri unik manusia yang hidup bermasyarakat. Tidak ada manusia di dunia ini tidak mempunyai bahasa, malahan semua manusia perlu berbahasa untuk menyampaikan hasrat dan perasaan meskipun hanya dengan menggunakan bahasa isyarat.

Salah satu matlamat pendidikan ialah memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang sama. Namun, tidak semua pelajar dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharapkan dan dirancang. Terdapat beberapa golongan pelajar yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik. Antaranya ialah kanak-kanak keperluan khas. Walau bagaimanapun, kekurangan dan ketidakupayaan yang dimiliki kanak-kanak keperluan khas menyebabkan mereka berbeza daripada kanak-kanak yang sempurna sifatnya, sama ada dari segi kecerdasan mental mahupun keupayaan fizikal. Perbezaan dan kekurangan ini menyebabkan kaedah pembelajaran bahasa bagi kanak-kanak khas ini berbeza berbanding yang digunakan kepada kanak-kanak yang sempurna sifatnya. Mereka sebenarnya sangat istimewa untuk difahami.

Pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).

Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti

(7)

lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya

Untuk menjalankan pentaksiran terhadap seseorang murid, ujian diagnostik perlulah dijalankan untuk mengetahui tahap keupayaan intelektual seseorang murid secara terperinci. Ujian diagnostik akan dijalankan kepada murid setelah murid selesai menjalani ujian saringan yang dilaksanakan terlebih dahulu oleh guru untuk menentukan situasi seseorang murid sama ada layak ataupun tidak untuk terlibat dengan ujian diagnostik.

2.0 DEFINISI BAHASA

Bagi ahli linguistik, definisi bahasa haruslah ditinjau dari sudut struktur dan fungsinya. Bloch dan Trager misalnya mentakrifkan bahasa sebagai satu system lambing pertuturan yang arbitrari digunakan oleh sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung dan bekerjasama. Dengan definisi ini jelaslah bahawa bahasa itu adalah pertuturan. Ini bersesuaian dengan pendapat Fries yang mengatakan bahawa 85% daripada bahasa digunakan adalah pertuturan. Bahasa tulisan adalah bahasa juga, tetapi dianggap sebagai secondary language. Di dalam pertuturan terhimpun berbagai-bagai aspek bahasa, iaitu pertuturan merangkumi aspek-aspek perkataan, rangkai kata, ayat, bunyi, intonasi, hentian, tekanan, nada dan sebagainya yang tidak

(8)

tergambar secara jelas melalui tulisan. Dengan demikian, kajian bahasa menjadikan pertuturan sebagai data utama di samping juga bahan bertulis.

Masalah bahasa dan komunikasi seringkali terjadi pada kanak-kanak yang berkeperluan khas. Masalah bahasa dan komunikasi ialah satu penyimpangan pendengaran atau petuturan atau bahasa normal yang menganggu proses komunikasi. Antara contoh kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi ini adalah seperti kanak-kanak bermasalah pendengaran, sindrom sown, cerebralpalsi, autisme dan lain-lain lagi. Masalah bahasa adalah ketidakupayaan seorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen iaitu fonologi, morfologi , sintaksis , semantik dan pragmatik.Manakala masalah komunikasi pula terjadi apabila terdapat satu penyimpanan daripada pendengaran pertuturan atau bahasa yang normal mengganggu komunikasi.

2.0 DEFINISI PENTAKSIRAN

Pentaksiran dapat didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Seterusnya, maklumat yang diperolehi hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.Pentaksiran adalah proses pengumpulan

(9)

maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996.(Akta 550)

Penaksiran mengikut Ronald L. Taylor ( 2000 ) merujuk kepada proses mengumpul maklumat yang berkaitan untuk membantu individu membuat keputusan. Penaksiran pendidikan dan psikologi kanak-kanak khas melibatkan pengumpulan maklumat yang berkaitan dalam membuat keputusan berkaitan dengan matlamat dan objektif yang bersesuaian, strategi pengajaran dan program penempatan.Menurut Raymond ( 2000 ) pula penaksiran digunakan sebagai alat membuat klasifikasi bagi menentukan seseorang individu itu mempunyai keperluan khas ataupun tidak.Manakala David Lambert & David Lines ( 2000 ) menyatakan penaksiran adalah proses mengumpul, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Sementara itu , Mc Cluhan ( 1994 ), mendefinisikan pentaksiran adalah satu proses sistematik mengumpul data dan maklumat yang relevan bertujuan untuk membuat keputusan, pembelajaran dan perundangan berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Manakala Gearheart & Gearheart ( 1990 ) pula menyatakan penaksiran satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan mengintepretasikan data untuk tujuan keputusan intervensi dan penempatan pelajar-pelajar khas.

Mengikut pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan, potensi murid bagi memperkukuhkan dan mempertingkatkan perkembangan mereka serta membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dalam mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif,afektif dan psikomotor.

(10)

3.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN

3.1 Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh 3.2 Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh

3.3 Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.

3.4 Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid

3.5 Mengesan keberkesanan pengajaran

3.6 Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur

4.0 MASALAH BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

Bagi kajian kes untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa, saya telah pun memilih seorang kanak-kanak yang bermasalah pendengaran. Seperti yang sedia maklum, kanak-kanak bermasalah pendengaran sering menghadapi masalah bahasa dan komunikasi. Mereka sukar untuk mempelajari sebutan perkatan-perkataan dengan jelas dan tepat. Masalah bahasa juga menyebabkan tahap pencapaian akademik yang rendah di kalangan kanak bermasalah pendengaran. Kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak dapat menguasai dalam tiga komponen bahasa yang terdiri dari lisan, bacaan dan penulisan. Kanak-kanak bermasalah pendengaran ini tergolong dalam dua kumpulan kanak-kanak cacat pendengaran iaitu pratutur (prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlingual).

Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pendengaran sebagai golongan manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak pendengaran. Menurut Hasnah (1988) dan Mohd. Salleh (1999), cacat pendengaran dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

(11)

i. Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)

Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga.

ii. Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness)

Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ dalam telinga.

Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran adalah kurang memberi perhatian di dalam kelas, kelihatan selalu berkhayal, percakapannya tidak jelas, terkejut apabila dihampiri daripada belakang, tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan bahasa.

Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri.

Menurut Jamilah (2005) terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu kurang pendengaran dan pekak.

1. Kurang pendengaran a) Ringan (mild)

i. Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB ii. Memahami perbualan

iii. Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh iv. Memerlukan terapi pertuturan

(12)

b) Sederhana (moderate)

i. Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB

ii. Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya iii. Memahami perbualan

iv. Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas v. Memerlukan alat bantu dengar

vi. Memerlukan terapi pertuturan

c) Sederhana teruk (moderate severe)

i. Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB ii. Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran iii. Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi

iv. Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat

v. Pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin tidak sempurna kerana pengalaman pendengarannya yang terhad

2. Pekak

a) Teruk (severe)

i. Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90 dB

ii. Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak sifar hingga 30.5 sentimeter daripadanya

(13)

iii. Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja iv. Menghadapi masalah dalam pertuturan

v. Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi

b) Sangat teruk (profund)

i. Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB ii. Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat

iii. Memerlukan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan

5.0 LAPORAN KAJIAN 5.1 Profil murid

NAMA : ERRIENNA ELLIESSA BINTI HAIRUL HISAM

JANTINA : PEREMPUAN

(14)

AGAMA : ISLAM

TARIKH LAHIR : 19.10.2002

NO SIJIL KELAHIRAN : AM64246

BIL. ADIK BERADIK : 3 ORANG

ANAK YANG KE : PERTAMA

JENIS KEPERLUAN KHAS : BERMASALAH PENDENGARAN

NO. KAD OKU : DE/06/09/10/000077

SEKOLAH : SK. PENDIDIKAN KHAS KUANTAN, PAHANG

KELAS : 4 JAYA

ALAMAT : NO 155 FELDA BUKIT KEPAYANG 28330 TRIANG

PAHANG

NAMA BAPA : HAIRUL HISAM BIN MOHD AKHAWAN

PEKERJAAN : MEKANIK

PENDAPATAN : RM 1000.00

6.0 LAPORAN PEMERHATIAN

Errienna Elliessa Binti Hairul Hisam adalah merupakan kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak bermasalah pendengaran. Dari aspek fizikal, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang kemas dan menarik. Kanak-kanak ini juga mempamerkan ciri-ciri kebersihan yang sesuai dengan tahap umurnya. Tidak seperti kanak-kanak normal yang lain, Errienna didapati lebih suka untuk bersendirian dan tidak gemar untuk bersosial dengan rakan-rakan normal yang seusia dengannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Errienna lebih selesa untuk bergaul dengan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran sepertinya.

Selain itu, Errienna juga menghadapi masalah memahami percakapan orang lain, pertuturannya kurang lancar dan tersekat-sekat serta berulang-ulang. Errienna juga kurang arif untuk meggunakan perkataan-perkataan dengan tepat bagi menerangkan sesuatu perkara atau situasi dan sering membaca pergerakan bibir untuk

(15)

memahami apa yang diucapkan oleh orang sekeliling. Errienna juga lebih kerap berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan di sekolah dengan menggunakan bahasa isyarat daripada bertutur.

Errienna mengalami masalah pendengaran sejak kecil lagi. Jenis kecacatannya ialah jenis Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness) iaitu Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ dalam telinga. Kategori kecacatan pendengaran yang dialami oleh Errienna ialah pada tahap sederhana (moderate). Ciri-ciri kecacatan pada tahap sederhana ialah pada tahap ini, kehilangan pendengaran Errienna adalah antara 41 hingga 55 dB. Pada tahap ini, Errienna hanya dapat mendengar bunyi dari 1 hingga 1.5 meter daripadanya. Ciri-ciri pada tahap ini juga ialah Errienna dapat memahami perbualan tetapi dia sukar untuk melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas. Untuk kategori sederhana (moderate), Errienna perlu memakai alat bantu dengar dan memerlukan terapi pertuturan.

Berikut merupakan pencapaian Errienna sewaktu berada dalam tahun 3 Jaya (2012):

MATA PELAJARAN Bulan Februari Bulan Mei

% Gred % Gred

Bahasa Melayu Penulisan 10 E 14 E

Bahasa Melayu Pemahaman 18 E 24 E

Bahasa Inggeris 30 D 34 D

Matematik 32 D 40 C

Sains 22 E 34 D

Pendidikan Islam 50 C 54 C

Jadual Keputusan akademik Errienna

Berdasarkan jadual di atas, dapat lihat bahawa Errienna sangat lemah dalam membina ayat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan dengan hanya mendapat 10% pada bulan Februari dan graf mula naik sedikit kepada 14% pada bulan Mei. Tidak kurang juga dalam mata pelajaran yang lain seperti Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Inggeris. Berdasarkan jadual tersebut juga, dapat dirumuskan bahawa Errienna mempunyai masalah dalam mata pelajaran yang melibatkan bahasa

(16)

kerana dia boleh melakukan ujian dalam mata pelajaran Matematik dengan lebih baik berbanding subjek-subjek bahasa.

6.0 MASALAH YANG DIHADAPI

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan pencapaian akademik Errienna sewaktu berada di dalam tahun 3 Jaya tahun 2012. Berdasarkan jadual tersebut, saya dapat membuat satu kesimpulan bahawa Errienna jelas mempunyai masalah dalam kemahiran berbahasa. Melalui temubual dan pemerhatian yang saya lakukan terhadap dirinya, saya dapati bahawa Errienna benar-benar mempunyai masalah dalam membina ayat pendek dan juga membaca. Seperti contoh, apabila disuruh untuk membaca sepotong ayat dengan menggunakan bahasa isyarat, Errienna akan mengambil masa yang lama untuk membaca kerana dia lebih cenderung untuk membatang suku kata atau pun dalam erti kata lain, dia akan mengeja huruf satu persatu dengan menggunakan bahasa isyarat sewaktu membaca. Keadaan ini tidak menunjukkan perkembangan yang begitu baik untuk seorang murid Tahun 6. Dalam usia begitu, Errienna sewajarnya sudah mampu untuk terus membaca perkataan-perkataan pendek dengan menggunakan bahasa isyarat yang betul tanpa perlu mengeja seperti mana rakan-rakannya yang lain.

7.0 PENTAKSIRAN BAHASA

Jika dianalisis masalah bahasa Errienna ini, saya boleh bahagikan kepada masalah dalam fonologi, sintaksis, morfologi, pragmatik dan semantik. Manakala dari segi komunikasi, Shafid lebih gemar untuk berkomunikasi secara non verbal dengan orang ramai.

7.1 Fonologi.

Dalam aspek fonologi, kekuatan yang dimiliki oleh Errienna ialah, dia dapat menuturkan beberapa bunyi dengan jelas. Namun begitu, terdapat beberapa

(17)

kelemahan yang ditunjuk oleh Errienna terutama sekali nada yang dikeluarkan olehnya semasa mengeluarkan bunyi. Antara kesalahan sebutan yang selalu ditutur oleh Errienna ialah seperti “caya” untuk “saya” dan “cuka” untuk “suka”. Didapati, kadang-kala Errienna akan mengeluarkan perkataan mengikut nada yang berbeza-beza iaitu dari rendah ke tinggi secara tiba-tiba. Kadangkala perbuatan ini menimbulkan sedikit kekeliruan mengenai apa yang ingin disampaikan oleh Errienna. Dalam erti kata yang lain, Errienna tidak dapat mengawal nada dan jeda yang dipertuturkan. Dalam aspek ini, Errienna tidak dapat menyebut dengan jelas perkataan yang mengandungi huruf “S”.

7.2 Sintaksis

Dari aspek pembinaan ayat, didapati Errienna tidak dapat menuturkan ayat dengan panjang. Errienna juga hanya boleh bertutur secara ringkas dan pendek sahaja. Sebagai contoh, jika saya menanyakan “Adakah Errienna mahu makan?”, Errienna hanya menjawab “tak nak” sambil menggelengkan kepala. Selain itu, bahasa yang dituturkan oleh Errienna juga terbalik dan ringkas. Contohnya di sini ialah “Saya mahu

pergi ke tandas” kepada “saya tandas” dan “saya tandas mahu”. Di samping itu, jika

kita cuba berkomunikasi secara bertutur tanpa menggunakan bahasa isyarat dengannya, Errienna akan bercakap tetapi tidak akan mengeluarkan perkataan dengan baik. Perkara ini seolah-olah Errienna tidak tahu berbahasa walaupun pada hakikatnya, kita dapat memahami sebutannya itu. Faktor ini mungkin disebabkan oleh kekurangan bahasa dan kecelaruan yang berlaku dalam sistem bahasa dalam diri Errienna. Dalam erti kata yang lain, pertuturan kanak-kanak ini kelihatan agak kompleks dan sukar untuk kita dekati supaya bertutur lebih jelas dengan kita.

(18)

Dari segi morfologi, Errienna dapat menggantikan kata ganti namanya dengan menamakan dirinya sebagai Errienna dan juga saya. Namun dari kelemahan aspek morfologi pula, Errienna didapati sukar untuk menuturkan perkataan yang berimbuhan terutamanya perkataan yang mempunyai imbuhan “meng”, “ber” dan “ter”. Disebabkan itulah, Errienna lebih banyak menggunakan bahasa isyarat daripada bercakap. Hal Ini membuktikan bahawa perkembangan bahasa Errienna tidak banyak dan tidak sama dengan kanak-kanak normal lain.

7.4 Semantik

Tidak seperti kanak-kanak normal yang lain, jika Errienna mengelamun, dia seringkali mengeluarkan bunyi yang sukar untuk difahami dan juga akan menunjukkan isyarat tangan yang pelik. Oleh itu, kekuatan bahasa idiosinkratik ini sebenarnya boleh menjadi satu medium bagi Errienna untuk berkomunikasi dengan orang lain. Sebagai contoh, bagi mengingati suatu frasa atau perkataan yang diajar, Errienna mungkin mengeluarkan bunyi yang berbeza walaupun maksudnya sama. Maknanya di sini, mungkin “saya” bagi Errienna ialah kamu. Walaupun dari sudut negatif kita melihat perkara ini mungkin menimbulkan kecelaruan tetapi dari sudut positifnya kita mungkin boleh mengajar Errienna mengikut perspektif yang difahaminya. Apa yang penting makna bahasa itu adalah betul walaupun ujaran yang dihasilkan berbeza,

7.5 Pragmatik

Dari segi pragmatik, Errienna merupakan seorang penutur yang pasif. Seperti yang diperbincangkan tadi, disebabkan sikapnya yang antisosial maka Errienna tidak dapat berkomunikasi secara spontan dan seterusnya menghasilkan komunikasi yang lemah dengan individu yang lain. Dari segi kekuatan, Errienna didapati boleh berkomunikasi dengan menggunakan dua bahasa iaitu secara bertutur dan juga menggunakan bahasa isyarat.

(19)

Bagi mengelakkan Errienna mengalami masalah bahasa yang lebih teruk lagi pada masa akan datang, sesuatu harus dilakukan supaya ianya dapat dibendung. Peranan ibu bapa dan guru yang dimainkan adalah sangat penting memandangkan dua golongan ini merupakan golongan yang paling rapat dengan Errienna.

Langkah pertama yang boleh dilakukan adalah dengan memperbanyakkan aktiviti bacaan. Kaedah membaca juga mestilah betul iaitu dengan mengujarkan terus perkataan tersebut dan bukan dengan mengeja. Guru atau ibu bapa boleh menggunakan kad imbasan yang terdapat perkataan dan ditunjukkan kepada Errienna. Apabila diminta untuk membacakan kad tersebut, Errienna mestilah diberitahu untuk tidak mengeja dan terus mengisyaratkan perkataan tersebut. Latihan ini mesti dilakukan setiap hari dan dilakukan secara konsisten.

Di samping diajar untuk membaca dengan teknik yang betul, guru juga boleh meletakkan gambar pada kad imbasan tersebut atau memberikan penerangan konsep berdasarkan perkataan yang diisyaratkannya itu. Melalui teknik ini, Errienna akan lebih memahami apa yang diisyarat berbanding hanya membuat isyarat tanpa mengetahui makna perkataan.

Lundsteen (1979) telah mendefinisikan bahawa mendengar adalah sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. Oleh itu, faktor rangsangan pendengaran juga adalah amat penting dalam memberi intervensi kepada Errienna supaya masalah bahasanya dapat diatasi. Ibu bapa terutamanya, perlu banyak berisyarat dan berkomunikasi dengan Errienna dan isyarat itu mestilah isyarat yang bermakna. Apabila Errienna sentiasa mendapat input daripada orang sekelilingnya, dia akan menjadi mula untuk asimilasi dan adaptasi terhadap benda-benda yang berkaitan dengan dirinya. Cara lain yang boleh dilakukan oleh Errienna adalah dengan mendengar bahan rangsangan seperti cerita kanak-kanak yang diisyaratkan oleh guru, dan kemudiannya Errienna pula diminta untuk menceritakan kembali cerita yang diisyaratkan oleh guru di hadapan kelas.

(20)

Perkara lain yang boleh dilakukan oleh guru di sekolah adalah dengan membuat lakonan di mana ia boleh membantu Errienna untuk lebih memahami sesuatu perkara dan juga menggalakkan ‘turn taking’ atau pun giliran untuk berkomunikasi dengan betul. Hal ini penting kerana Errienna juga berhak untuk dilayan seperti golongan normal yang lain. Oleh itu, Errienna perlu tahu bila masa untuk berkomunikasi, apa yang perlu diisyaratkannya dan dengan siapa dia berkomunikasi supaya laras bahasa yang digunakan juga sesuai.

Sebagai kesimpulan, bahasa merupakan satu aspek yang sangat besar peranannya dalam kehidupan. Manusia yang tidak dapat berbahasa adalah golongan yang sangat rugi oleh itu kita sebagai pendidik mestilah memainkan peranan dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan sebegini. Kita juga mestilah mengetahui jenis-jenis masalah dengan membuat pemerhatian dan ujian bagi mengumpul maklumat yang boleh membantu dalam memberi intervensi awal kepada mereka

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 1 April 2013

Masa : 11.05 pagi – 12.05 tengahari ( 60 minit )

Tahun : 4 Jaya

Tema : Hargai Warisan Kita

Tajuk : Alat Muzik Tradisional Malaysia

Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang

didengar, ditonton,dibaca atau dialami

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai

(21)

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca

HPK : 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

11.3 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca. HHP : Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan.

Aras 1 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

Aras 1 (ii) Mencatat nota dalam bentuk grafik. Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;

1. Menyebut lapan jenis alat muzik tradisional Malaysia. 2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan menarik.

3. Menulis jenis-jenis alat muzik tradisional Malaysia berdasarkan kaum dalam bentuk jadual.

Pengisian Kurikulum : Sistem Bahasa :

i) Sebutan dan intonasi : Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

(22)

iii) Kosa Kata : getaran, dipalu, bergema Kemahiran Bernilai Tambah

i) Kecerdasan Pelbagai : Linguistik,Interpersonal, Muzik ii) Kemahiran Berfikir : mengesan, mengkategori

iii) Kajian Masa Depan :

iv) Pembelajaran kontekstual :

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid Kemahiran generik : Kemahiran Belajar

Penekanan Konsep 5P

i) Penggabungjalinan: kemahiran bertutur, membaca, menulis ii) Penyerapan ilmu : Pendidikan Muzik; Nilai murni : baik hati iii) Pemulihan : Membaca kosakata secara latih tubi

iv) Pengayaan : membuat buku skrap alat-alat muzik tradisional

v) Penilaian : Membuat jadual jenis alat muzik Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

i) Bahan Multimedia : LCD, CD ii) Bahan Bercetak : poster

iii) Bahan Maujud : kompang, serunai

(23)

i) Murid pernah melihat alat-alat muzik seperti serunai, kompang dan

lain-lain.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Langkah

dan Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) Alat-alat muzik: • Kompang • serunai • Guru membawa kompang dan serunai dan meminta 2 orang murid memalu

kompang dan meniup serunai tersebut.

• Bersoal jawab dengan murid mengenai kegunaan kompang.

• Guru mengaitkan dengan isi pelajaran hari ini. Kemahiran belajar(mentafsir maklumat) Langkah 1 (10 minit) Petikan teks:

Alat-alat Muzik Tradisional Malaysia. (Lampiran A) 1.Membranofon • Murid diberikan petikan. • Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul.

• Guru meminta

beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat.

• Murid lain mendengar

SP:Koperatif

PP(Berpusatkan murid)

(24)

2. Kordofon dan memberi komen mengenai intonasi dan nada. Langkah 2 (10 minit) Alat-alat Muzik • mengecam dan menyebut nama alat-alat muzik.

• Murid duduk dalam kumpulan dan dikehendaki berbincang

mengenai jenis alat-alat muzik dari setiap kaum.

• Wakil murid dikehendaki ke hadapan kelas dan menyebut nama alat-alat muzik tersebut. PP(Berpusatkan murid) SP:Koperatif dan Kolaboratif KBT -Verbal linguistik Nilai: kerjasama Langkah 3 (15 minit)

Tayangan slaid (gambar) :

• Alat muzik tradisional Melayu • Alat muzik tradisional Cina • Alat muzik tradisional India • Guru menayangkan slaid gambar alat muzik tradisional dari kaum Melayu, Cina dan India.

• Guru turut memberi penerangan

mengenai asal usul KB (mentafsir maklumat) SP:Kontek luar BBM: LCD, laptop

(25)

sesuatu alat muzik.

• Murid dikehendaki menyebut semula jenis alat-alat muzik berdasarkan sesuatu kaum. Nilai: berani mencuba Langkah 4 ( 15 minit) Latihan 3 Membuat jadual:

• Jenis alat muzik tradisional kaum Melayu, cina dan India.

• Murid dikehendaki membuat jadual serta menulis jenis alat muzik tradisional.

• Murid diminta mengisi jadual tersebut dengan menulis jenis alat muzik dari kaum Melayu, Cina dan India.

• Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat. KB(menyatakan sebab dan alasan) Penutup ( 5 minit ) • Murid diperdengarkan dengan lagu-lagu etnik kratif daripada pita rakaman.

• Guru memaklumkan kepada murid

mengenai alat muzik yang digunakan dalam lagu tersebut. • Guru merumuskan KG;TMK Nilai Murni: menghargai warisan Negara BBM: pita rakaman

(26)

pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini.

Refleksi :

Untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang bertajuk Alat Muzik Tradisional, objektif pengajaran dan pembelajaran ialah murid-murid dapat Menyebut lapan jenis alat muzik tradisional Malaysia dengan betul, membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul san menarik dan objektif yang terakhir ialah menulis alat-alat muzik tradisional dalam bentuk jadual.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati bahawa Errienna mengenal lapan jenis alat muzik tradisional Malaysia tetapi Errienna tidak dapat menulis nama-nama alat muzik tersebut. Errienna juga tidak dapat membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Oleh itu, rancangan pengajaran dan pembelajaran harian ini perlu ditukar mengikut tahap kemampuan Errienna.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU (PENGAYAAN)

Tarikh : 1 April 2013

Masa : 11.05 pagi – 12.05 tengahari ( 60 minit )

Tahun : 4 Jaya

Tema : Hargai Warisan Kita

Tajuk : Alat Muzik Tradisional Malaysia

(27)

HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton,dibaca atau dialami

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca

HPK : 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

11.3 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca. HHP : Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan.

Aras 1 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

Aras 1 (ii) Mencatat nota dalam bentuk grafik. Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;

4. Menyebut lapan jenis alat muzik tradisional Malaysia. 5. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan menarik.

6. Menulis jenis-jenis alat muzik tradisional Malaysia berdasarkan kaum dalam bentuk jadual.

Pengisian Kurikulum : Sistem Bahasa :

(28)

iv) Sebutan dan intonasi : Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

v) Tatabahasa : Ayat penyata

vi) Kosa Kata : getaran, dipalu, bergema Kemahiran Bernilai Tambah

v) Kecerdasan Pelbagai : Linguistik,Interpersonal, Muzik vi) Kemahiran Berfikir : mengesan, mengkategori

vii) Kajian Masa Depan :

viii) Pembelajaran kontekstual :

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid Kemahiran generik : Kemahiran Belajar

Penekanan Konsep 5P

vi) Penggabungjalinan: kemahiran bertutur, membaca, menulis vii) Penyerapan ilmu : Pendidikan Muzik; Nilai murni : baik hati viii) Pemulihan : Membaca kosakata secara latih tubi

ix) Pengayaan : membuat buku skrap alat-alat muzik tradisional

x) Penilaian : Membuat jadual jenis alat muzik Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

iv) Bahan Multimedia : LCD, CD v) Bahan Bercetak : poster

(29)

vi) Bahan Maujud : kompang, serunai

Pengetahuan Perlu Ada :

ii) Murid pernah melihat alat-alat muzik seperti serunai, kompang dan

lain-lain.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Langkah

dan Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) Alat-alat muzik: • Kompang • serunai • Guru membawa kompang dan serunai dan meminta 2 orang murid memalu

kompang dan meniup serunai tersebut.

• Bersoal jawab dengan murid mengenai kegunaan kompang.

• Guru mengaitkan dengan isi pelajaran hari ini. Kemahiran belajar(mentafsir maklumat) Langkah 1 (10 minit) Petikan teks:

Alat-alat Muzik Tradisional Malaysia.

(Lampiran A) 1.Membranofon

• Murid diberikan petikan.

• Murid membaca dan mengisyaratkan petikan pendek dengan betul.

(30)

2. Kordofon

• Guru meminta

beberapa orang murid membaca dan

mengisyaratkan petikan dengan.

• Murid lain mendengar dan memerhati dengan teliti. PP(Berpusatkan murid) Langkah 2 (10 minit) Alat-alat Muzik • mengecam dan menyebut nama alat-alat muzik.

• Murid duduk dalam kumpulan dan dikehendaki

berbincang mengenai jenis alat-alat muzik dari setiap kaum.

• Wakil murid dikehendaki ke hadapan kelas dan menyebut nama alat-alat muzik tersebut.

PP(Berpusatkan murid) SP:Koperatif dan Kolaboratif KBT -Verbal linguistik Nilai: kerjasama Langkah 3 (15 minit)

Tayangan slaid (gambar) :

• Alat muzik

tradisional Melayu

• Guru menayangkan slaid gambar alat muzik tradisional dari

KB

(mentafsir maklumat)

(31)

• Alat muzik tradisional Cina

• Alat muzik tradisional India

kaum Melayu, Cina dan India.

• Guru mengisyaratkan nama alat muzik tersebut dan mengeja nama alat muzik tersebut.

• Murid dikehendaki

mengejaka dan

menamakan alat muzik dengan betul.

SP:Kontek luar BBM: LCD, laptop Nilai: berani mencuba Langkah 4 ( 15 minit) Latihan 3 Membuat jadual:

• Jenis alat muzik tradisional kaum Melayu, cina dan India.

• Murid dikehendaki membuat jadual serta menulis jenis alat muzik tradisional.

• Murid diminta mengisi jadual tersebut dengan menulis jenis alat muzik dari kaum Melayu, Cina dan India.

• Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat. KB(menyatakan sebab dan alasan) Penutup ( 5 minit ) • Murid diperdengarkan dengan lagu-lagu etnik kratif daripada pita rakaman. • Guru memaklumkan kepada murid KG;TMK Nilai Murni: menghargai warisan Negara BBM: pita

(32)

mengenai alat muzik yang digunakan dalam lagu tersebut.

• Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini.

rakaman

REFLEKSI :

Selepas membuat rancangan pengajaran dan pembelajaran untuk kali kedua, saya mendapati Errienna telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Untuk pengajaran dan pembelajaran kali ini, Errienna dapat mengenal dan menamakan alat-alat muzik tradisional Malaysia dengan betul. Selain itu juga, Errienna dapat menulis dan mengeja alat-alat muzik tradisional Malaysia dengan betul.

REFLEKSI

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas dilaksanakan bagi medapatkan gambaran terhadap tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang

(33)

dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Melalui ujian pentaksiran, guru dapat mengenalpasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program pemulihan kelak. Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan bagi meningkatkan kemahiran bahasa serta mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah.

Oleh demikian, pentaksiran haruslah dijalankan dengan lebih kerap dan tersusun, bijak dan teratur agar ia dapat meningkatkan kemahiran yang sepatutnya diperolehi oleh murid-murid dan tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

Pertama sekali saya panjatkan rasa kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus panjang ini pada masa yang ditetapkan. Walaupun hasilnya tidak seberapa, tetapi saya berasa sangat bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya.

Setelah hampir empat minggu proses menghasilkan kerja kursus yang diberi, maka inilah yang dapat saya hasilkan dalam tugasan kerja kursus panjang bagi mata pelajaran Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran. Banyak input yang berguna dan bermanfaat dapat diperoleh untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Pada hari pertama saya menerima tugasan ini, saya menghadapi masalah untuk memahami kehendak soalan tetapi setelah diberi penerangan oleh pensyarah pembimbing iaitu Cik Rohana Binti Lat, saya mulai faham perkara yang dikehendaki oleh soalan. Pemerolehan saya dalam mendapat maklumat telah menyebabkan saya

(34)

kurang senang hati untuk melakukan perkerjaan lain tetapi dengan kemudahan yang diberikan dan penerangan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing telah menjadikan saya lebih berani dalam melakukan kerja kursus ini. Kesempitan masa dan kerja juga turut menjadikan saya kecelaruan emosi dalam menyiapkan tugasan ini. Dari segi pemerolehan ilmu, sedikit sebanyak saya dapat memahami tentang tingkah laku kanak- kanak berkeperluan khas iaitu kanak-kanak bermasalah pendengaran, ciri- ciri yang terdapat pada mereka, masalah pembelajaran asas serta kemahiran sosial mereka.

Kesulitan yang saya alami sepanjang menyiapkan tugasan, mengajar saya agar bersabar dengan segala masalah yang timbul. Walau bagaimanapun, itu semua tidak mematahkan semangat saya malah ia mengajar erti kesabaran agar kerja yang dihasilkan ini diterima. Melalui tugasan ini saya berpegang pada prinsip “ berakit ke hulu, berenang- renang kemudian, bersakit dahulu, bersenang kemudian”. Saya berasa gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dan berasa bangga kerana dapat mendalami topik ini.

Secara umumnya, pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan.

Mengikut pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat

(35)

mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan ke atas murid telah memberi saya pengetahuan dan gambaran tentang bagaimana menilai keupayaan murid Pendidikan Khas. Hal ini kerana, kemampuan dan tahap kebolehan setiap murid Pendidikan Khas adalah berbeza mengikut jenis masalahnya. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam merancang dan merangka intervensi serta strategi yang paling sesuai untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka memperolehi pendidikan yang sepatutnya.

RUJUKAN

Dr. Abdullah Yusof. (2007). Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur.

(36)

Mohd. Salleh Lebar. 1999. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran

Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia.

Salvia Ysseldyke. (1988). Assessment in Special and Remedial Education.

Amerika Syarikat. Houghton Mifflin Company.

S. Jay Kuder. (2007). Teaching Students with Language And Communication

Disabilities. Amerika Syarikat. Rowan University.

Stephen N. Elliott. (1988). Assessment of Special Children. Amerika Syarikat.

Curriculum Associates, Inc.

Zarin Ismail, Safani Bari & Soo Boon Seng.(2004). Integrasi Sosial Murid

Berkeperluan Khas Bermasalah Pendengaran dan Program Inklusif. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam konteks sirkulasi pengetahuan di atas, yang dimaksud penciptaan adalah adanya kemauan dari SDM untuk mengeluarkan pengetahuan yang masih bersifat tacit agar

Pada artikel ini penulis akan membahas mengenai keberlakuan pelabelan total tak-ajaib titik (VATL) pada graf multistar, yakni graf yang terbentuk dari gabungan

Proses-proses metabolisme dari halofita biasanya dapat toleran terhadap garam. Kemampuan mengatur konsentrasi garam dalam sitoplasma melalui transpor membran dan

Sebagai sebuah media pertemuan antara negara maju dan berkembang, G20 membuat adanya komitmen pada KTT Washington, London, Pittsburgh yaitu dengan melaksanakan

Kualitas kepemimpinan unit pengusul dinilai antara lain dari kualitas proposal secara keseluruhan dan kemampuan unit pengusul untuk merencanakan dan menjalankan

Jadi dapat disimpulkan bahwa kesehatan mental emosional atau jiwa adalah bagian integral dari kesehatan dan merupakan kondisi yang memungkinkan perkembangan fisik,

Novel atau cerita pendek sebagai bagian bentuk sastra, merupakan jagad realita yang didalamnya terjadi peristiwa dan perilaku yang dialami dan diperbuat

Adapun tujuan khusus dari penelitian ini untuk mengetahui hubungan pengetahuan, sikap, jarak berobat, dan dukungan keluarga dengan pemilihan pengobatan alternatif