Soalan KBKK Pendidikan
Moral
Bidang Perkembangan
Diri
dan
Terangkan dua kesan buruk yang akan dialami oleh
mereka yang mencuri kabel elektrik. (4M)
Ditangkap / dipenjarakan/ didenda .
Contohnya, merosakkan harta benda awam adalah
salah di sisi undang-undang./ menyusahkan
masyarakat.
Kena kejutan elektrik. Contohnya, bahaya akan
menunggu sekiranya berlaku kebocoran kabel.
Mendatangkan kecederaan atau maut.
Contohnya, kecederaan dan maut menunggu
sekira berlakunya kejutan elektrik.
Terangkan dua cara pemandu teksi dapat
membantu usaha menaikkan imej Negara kita di
mata pelancong asing. (4M)
Melayan penumpang dengan mesra.
Contohnya, bertutur dengan sopan/ sentiasa
senyum/
Mengenakan kadar tambang yang
berpatutan. Contohnya, mengenakan bayaran
ikut meter.
Memperkenalkan destinasi pelancongan
kepada penumpang. Contohnya, menceritakan
keunikan/ keseronokan/ keindahan destinasi
pelancongan kepada pelancong.
Terangkan dua kesan buruk penggunaan telefon
bimbit terhadap pelajar sekolah.
Membazirkan wang. Contohnya membayar bil/ kad
prabayar untuk menggunakan telefon bimbit.
Membazirkan masa. Contohnya, pelajaran mereka akan
diabaikan kerana asyik menggunakan telefon bombit.
Menjejaskan kesihatan. Contohnya, sinaran yang
dipancarkan oleh telefon bombit akan mendatangkan pelbagai penyakit.
Meningkatkan gejala sosial. Contohnya, pelajar-pelajar
Terangkan dua faedah menguruskan masa.
(4M)
Elakkan pembaziran masa. Contohnya, semua kerja
dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Dapat menjalankan aktiviti yang dirancangkan dengan
teratur. Contohnya, hal ni dapat mengelakkan kerja
tertangguh.
Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
Terangkan dua faktor yang menyebabkan golongan
remaja terlibat dalam kes-kes
Pengaruh rakan sebaya. Contohnya, menerima ajakan
kawan untuk mencuri kenderaan.
Hubungan keluarga yang renggang. Contohnya, ibu
bapa tidak mengambil berat tentang anak-anak sehingga mereka melakukan kecurian motosikal.
Faktor kemiskinan. Contohnya, remaja ingin memiliki
kenderaan seperti rakan-rakan lain.
Menjual komponen-komponen motosikal untuk mendapat duit.
Terangkan dua kebaikan mencontohi amalan
pekerja Jepun. (4M)
Peningkatan produktiviti. Contohnya, pekerja
sentiasa berusaha meningkatkan mutu kerja yang
akan meningkatkan produktiviti.
Kerja tidak tertangguh. Contohnya, semua
kerja selesai dalam tempoh yang ditetapkan.
Tidak berlaku pembaziran masa. Contohnya,
Sebagai seorang pengguna, terangkan dua cara
anda mengamalkan perbelanjaan secara
berhemah.
Menentukan keutamaan semasa berbelanja.
Contohnya, membeli barang yang benar-benar
perlu sahaja.
Merancang perbelanjaan. Contohnya,
menyenaraikan barang yang ingin dibeli.
Menyediakan tabungan. Contohnya, ini dapat
Nyatakan dua faedah aktiviti ko-kurikulum kepada
pelajar.
Menjalin hubungan baik/ memupuk
semangat tolong-menolong. Contohnya, hal ini
amat penting bagi Negara kita yang berbilang
kaum.
Meningkatkan disiplin diri. Contohnya, ini amat
penting dalam kejayaan diri pada masa kelak.
Menambah kemahiran. Contohnya, kemahiran
Nyatakan dua contoh amalan budi bahasa ketika
memandu di jalan raya. (4M)
Memberi laluan kepada kenderaan lain.
Contohnya, memberi laluan kepada ambulan dan
bomba.
Mematuhi undang-undang jalan raya.
Contohnya, tidak berlumba-lumba/ merempit/
memtuhi lampu isyarat.
Tabah semasa menghadapi kesesakan lalu
lintas. Contohnya, jangan bunyi hon dengan kuat.
Berikan dua tindakan yang boleh diambil oleh Ali
untuk memastikan beliau berjaya dalam mata
pelajaran yang dipilihnya. (4M)
Belajar dengan bersungguh-sungguh.
Contohnya, dengan mengikut kelas tambahan/
berbincang dengan rakan-rakan atau guru-guru
yang berkenaan.
Menguruskan masa dengan baik. Contohnya,
membuat jadual waktu dan mematuhi/ mengikuti
jadual waktu tersebut.
Terangkan dua faedah budaya membaca dalam
kalangan pelajar. (4M)
Mendapatkan ilmu pengetahuan. Contohnya, pelajar
dapat mengetahui pelbagai bentuk ilmu / fakta.
Meningkatkan kemahiran berbahasa. Contohnya,
memperluaskan kosa kata melalui pembacaan.
Memupuk budaya membaca. Contohnya, menjadikan
membaca sebagai amalan hidup.
Mengisi masa lapang dengan cara berfaedah.
Contohnya,, hal ini dapat mengelakkan diri daripada kegiatan negatif.
Jelaskan dua tindakan yang dapat diambil oleh
pihak sekolah untuk mengelakkan pelajar-pelajar
melakukan vandalisme. (4M)
Menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.
Contohnya, mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pelaku.
Memberi ceramah/ kempen kesedaran. Contohnya,
mendidik dan menyedarkan kepentingan kemudahan awam.
Mempelbagaikan aktiviti ko-kurikulum. Contohnya, hal
ini dapat membantu pelajar menggunakan masa dengan cara yang berfaedah.
Jelaskan dua kebaikan jika seseorang pelajar
membuat jadual untuk mengisi aktiviti hariannya.
(4M)
Dapat melaksanakan tugas secara sistematik.
Contohnya, hal ini kerana semua keja dapat dilaksanakan mengikut jadual.
Dapat menguruskan masa dengan berkesan.
Contohnya, hal ini membolehkan semua kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Dapat menjimatkan masa. Contohnya, masa yang
dijimatkan dapat digunakan untuk aktiviti lain yang berfaedah.
Terangkan dua faktor yang mendorong golongan
pelajar merokok. (4M)
Pengaruh rakan sebaya. Contohnya, pelajar mendapat
ajakan daripada kawan yang mempunyai tabiat merokok.
Sikap ingin mencuba. Contohnya, sikap ini mendorong
pelajar mencuba untuk merokok.
Kurangnya didikan agama. Contohnya, hal ini
menyebabkan golongan pelajar mudah melibatkan diri dalam amalan merokok.
Kurangnya perhatian ibu bapa. Contohnya, ibu bapa
kesuntukan masa untuk mengawal tingkah laku kerana sibuk bekerja.
Jelaskan dua cara kita boleh menjimatkan
penggunaan air. (4M)
Kurangkan masa mandian. Contohnya, tutupkan air sementara menggunakan sabun.
Gunakan air tadahan hujan. Contohnya, air ini dapat digunakan untuk aktiviti seperti mencuci lantai dan lain-lain lagi.
Pastikan paip ditutup dengan ketat. Contohnya, ini dapat mengelakkan air terus menitis untuk mengurangkan pembaziran air.
Maklumkan sebarang kerosakan kepada pihak berkuasa. Contohnya, ini dapat mengelakkan pembaziran air.
Menggunakan semula air yang digunakan. Contohnya, air cuci sayur-sayuran boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga.
Jelaskan kepentingan mengadakan sambutan hari
ibu kepada Keluarga
Keluarga
Mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Contohnya,
hubungan erat ini dapat membantu menangkis gejala negatif dalam kelaurga
Mewujudkan semangat perpaduan dalam keluarga.
Contohnya, membantu dalam mewujudkan keluarga penyayang. Negara
Mewujudkan masyarakat yang berakhlak. Contohnya, dapat mengurangkan gejala sosial.
Meningkatkan imej negara. Contohnya, hal ini keranan Negara memberi pengiktirafan kepada aset Negara yang berkualiti.
Terangkan dua cara ibu bapa memberi dorongan
kepada anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran.
(4M)
Menghantar anak ke kelas tuisyen. Contohnya, ini dapat
membantu mengukuhkan pembelajaran anak-anak. ( sebagai pengukuhan pembelajaran).
Memberikan hadiah apabila berjaya. Contohnya, ini
dapat mendorong anak terus berusaha sehingga berjaya.
Membelikan buku-buku rujukan. Contohnya, ini dapat
menambahkan pengetahuan anak-anak.
Menamani anak semasa mereka buat ulang kaji.
Contohnya, ini dapat memastikan anak-anak membuat ulang kaji dengan betul.
Terangkan dua cara untuk meneruskan amalan
tradisi kekeluargaan. (4M)
Mengamalkan tradisi dalam keluarga. Contohnya,
mengamalkan dalam setiap sambutan perayaan seperti contoh perayaan Tahun Baru Cina/ Hari Raya Puasa/ Deepavali.
Memberi pendidikan / memberi pendedahan kepada
anak-anak. Contohnya, mengamalkan adat perkahwinan
kaum masing-masing.
Mengadakan promosi. Contohnya, mengadakan sambutan
bulan Citra Warna.
Mendokumentasikan/ membukukan/ melalui siaran
media massa. Contohnya, menerbitkan buku yang
Jelaskan dua kebaikan memiliki keluarga bahagia.
(4M)
Menjamin keharmonian keluarga. Contohnya,
keluarga bahagia dapat diwujudkan.
Emosi ahli keluarga stabil. Contohnya, ahli
keluarga akan dapat ketenangan fikiran dan jiwa.
Eratkan hubungan kekeluargaan. Contohnya,
hal ini dapat mengelakkan salah faham dalam
keluarga.
Jelaskan dua kesan kepada manusia jika masalah
pencemaran sungai berterusan. (4M)
Menjejaskan kesihatan. Contohnya, pelbagai jenis
penyakit akan muncul.
Menjejaskan bekalan air. Contohnya, pencemaran sungai
akan menjejaskan bekalan air minuman .
Sumber protein manusia terjejas. Contohnya, hidupan
akuatik akan mati akibat pencemaran sungai.
Menjejaskan pendapatan nelayan. Contohnya, hasil
tangkapan akan berkurangan dan pendapatan nelayan terjejas.
Jelaskan dua kebaikan kempen Hari Tanpa Beg
Plastik kepada alam sekitar. (4M)
Mengatasi masalah pencemaran. Contohnya, beg plastic
merupakan antara penyumbang utama sampah.
Mengekalkan keseimbangan ekosistem. Contohnya,
plastik boleh membawa kesan buruk kepada bumi.
Mengurangkan bahan toksik dalam bumi. Contohnya,
plastik tidak mudah reput
Mengurankan ancaman terhadap haiwan/ hidupan
akuatik. Contohnya, haiwan termakan plastik.
Terperangkap dan mati dalam beg plastik. / Hidupan akuatik termakan beg plastik.
Terangkan dua cara anda mengamalkan penjagaan
alam sekitar dalam kehidupan harian. (4M)
Menjalankan aktiviti-aktiviti kitar semula.
Contohnya, hal ini dapat menjimatkan
penggunaan sumber.
Menggunakan kedua-dua muka surat untuk
menulis. Contohnya, hal ini dapat mengelakkan
penebangan pokok yang berlebihan.
Tidak membuang sampah sarap di
merata-rata tempat. Contohnya, hal ini dapat menjamin
Terangkan dua sebab mengapakah sungai-sungai
mengalami pencemaran yang teruk.
Pembuangan sampah-sarap di merata-rata. Contohnya,
hal ini timbul disebabkan sikap malas dan tidak bertanggungjawab masyarakat.
Pelepasan sisa toksik/ sisa kilang. Contohnya, hal ini
disebabkan pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab melepaskan toksik ke dalam sungai.
Penggunaan racun serangga/ rumpai yang berlebihan.
Contohnya, racun ini meresap ke dalam air bawah tanah dan mengalir ke dalam sungai.
Hakisan tanah dari tapak pembinaan. Contohnya, air
hujan membawa tanah hakisan ke dalam sungai dan mencemarkan sungai.
Terangkan dua kepentingan mengadakan kem
kesedaran alam sekitar kepada pelajar sekolah. (4M)
Memupuk semangat cintakan alam sekitar.
Contohnya, remaja akan lebih menghargai
khazanah alam sekitar.
Memberi kesedaran kepada golongan pelajar.
Contohnya, menyedarkan golongan pelajar
tentang kepentingan menghargai alam sekitar.
Memberi pendidikan/ pendedahan kepada
golongan pelajar. Contohnya, agar pelajar dapat
mengetahu cara-cara memelihara dan
memuliharakan alam sekitar.
Terangkan dua tujuan penyertaan atlet Negara
dalam suka paralimpik. (4M)
Mengharumkan nama baik negara. Contohnya, kejayaan
yang dicapai dapat menaikkan nama Negara di persada dunia.
Berbakti kepada negara. Contohnya, membuktikan
bahawa orang kurang berupaya juga dapat menyumbang kepada pembangunan Negara.
Meningkatkan semangat patriotik seseorang.
Contohnya, atlit akan berusaha mendapat kejayaan dalam kejohanan sukan untuk menjaga nama baik keluarga di peringkat antarabangsa.
Cadangkan dua aktiviti yang boleh dilakukan
sempena menyambut Hari Bumi. (4M)
Gotong-royong membersihkan kawasan seperti
sungai, pantai atau tempat rekreasi. Contohnya, agar
keindahan dan kebersihan terpelihara.
Menanam pokok-pokok di kawasan sekolah/ di rumah.
Contohnya, agar dapat menambah kawasan hijau /
menyeimbangkan ekosistem/ elakkan peningkatan suhu bumi.
Menjalankan kempen 3R. Contohnya, ini dapat dilakukan
dengan memberi pendidikan/ kesedaran kepada masyarakat untuk mengelakkan pencemaran dan kepupusan sumber.
Jelaskan dua langkah yang harus diambil oleh
anggota masyarakat bagi membantu kanak-kanak
yang didera. (4M)
Lapor kepada pihak berkuasa. Contohnya, menelefon
polis atau Jabatan kebajikan untuk mendapatkan bantuan.
Membantu keluarga yang berkenaan. Contohnya,
memberi nasihat atau sesi kaunseling kepada mereka agar kejadian tersebut dapat dielakkan.
Prihatin terhadap kejadian penderaan kanak-kanak.
Contohnya, mengambl berat/ mengambil tahu kejadian penderaan yang berlaku di sekitar kita.
Jelaskan dua sumbangan kaum wanita dalam
dalam pembangunan Negara. (4M)
Terlibat sebagai pembuat dasar pembangunan Negara.
Contohnya, ada kaum wanita yang memegang jawatan menteri seperti …..
Meningkatkan ekonomi negara. Contohnya, ada wanita
yang berjaya dalam bidang perniagaan, pelancongan, bidang telekomunikasi dan lain-lain.
Mengharumkan nama negara. Contohnya, ada wanita
yang berjaya dalam bidang sukan/ dunia perfileman seperti Dato Nicole David dan Dato Michelle Yeo.
Terangkan dua cara kerajaan dapat menyedarkan
pengguna tentang hak-hak mereka.
Mengadakan pameran. Contohnya,
menyedarkan orang ramai tentang fungsi dan
peranan pengguna.
Mengadakan ceramah/ seminar/ motivasi.
Contohnya, menyampaikan maklumat secara terus
kepada pengguna.
Menggerakkan aktiviti kepenggunaan.
Contohnya, ini dapat dilakukan melalui Kelab
Pengguna di sekolah.
Nyatakan dua cara rakyat dapat menjayakan
konsep 1 Malaysia. (4M)
Memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti
satu Malaysia. Contohnya, mengadakan rumah
terbuka dalam setiap perayaan di Malaysia.
Mengadakan aktiviti yang melibatkan
pelbagai kaum. Contohnya, aktiviti
gotong-royong membersihkan kawasan perumahan./
kampung.
Jelaskan dua program yang dapat dijalankan oleh
pihak sekolah untuk merealisasikan gagasan 1
Malaysia. (4M)
Program Sekolah Penyayang. Contohnya, program ini
dapat membantu memupuk semangat gotong royong dan saling membantu dalam warga sekolah.
Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan). Contohnya, program yang merupakan aktiviti
sukan dan permainan yang diadakan untuk tujuan memupuk perpaduan pelajar sekolah.
Kempen 1 Malaysia. Contohnya, program ini dapat
dijalankan melalui ceramah / pameran agar maklumat dapat disampaikan secara terus kepada pelaajr sekolah.
Kejayaan Individu
Terangkan dua kebaikan anak Malaysia menyertai
aktiviti yang mencabar.
Mengharumkan nama negara. Contohnya, negara akan
menjadi terkenal di persada dunia.
Memberi dorongan kepada atlik Negara yang lain.
Contohnya, lebih ramai akan menyertai aktiviti mencabar dengan semangat Malaysia Boleh.
Menghasilkan masyarakat Malaysia yang bersemangat
waja. Contohnya, masyarakat dapat berbakti kepada
Terangkan dua usaha yang harus dilakukan oleh pelajar untuk berjaya dalam pertandingan Forum Remaja.
Mencari bahan bermutu. Contohnya, membuat
rujukan/ mencari idea dengan melayari internet/
mengunjungi perpustakaan /kedai buku.
Mengamalkan sikap berpasukan/ kerja
berpasukan. Contohnya, berlatih secara
berkumpulan
Bantu-membantu dalam pelaksanaan forum.
Contohnya, mendapat bantuan guru-guru pakar
yang berkaitan.
Hubungan antara negara
Terangkan dua bidang kerjasama antara Malaysia
dengan Negara luar. (4M)
Bidang sosial. Contohnya, kebudayaan, bencana alam,
sukan.
Bidang pendidikan. Contohnya, program pertukaran
pelajar.
Bidang ekonomi. Contohnya, perdagangan dua hala,
pertukaran teknologi, R & D.
Jelaskan dua kebaikan Negara kita membantu
Negara lain dalam pelbagai bidang.
Merapatkan hubungan diplomatik. Contohnya,
mewujudkan perdagangan antarabangsa.
Mendapat tempat di mata dunia. Contohnya, imej dan nama
baik negara akan meningkat.
Pertukaran kepakaran akan berlaku. Contohnya,
mendapatkan kemahiran teknologi / perubatan/ pendidikan.
Mendapat bantuan Negara lain. Contohnya, Negara lain
akan membantu jika Negara dilanda masalah. / Contohnya, Negara mudah mendapat bantuan apabila dilanda masalah.
Jelaskan dua kepentingan menjalin hubungan baik
dengan Negara lain. (4M)
Menjaga keselamatan bersama. Contohnya, membantu dalam menangani masalah lanun.
Perkongsian pelbagai teknologi dan kemahiran. Contohnya, pertukaran teknologi dan kemahiran yang membantu dalam
pembangunan Negara.
Meningkatkan industri pelancongan. Contohnya, Negara makan menjadi destinasi pelancongan.
Meningkatkan ekonomi. Contohnya, hal ini demikian kerana kadar impot dan eksport meningkat. Perdagangan dua hala bertambah.
Mendapat bantuan kemanusiaan. Contohnya, mendapat bantuan semasa Negara dilanda bencana alam.
Terangkan dua cara kerajaan dan pihak swasta
mengamalkan nilai kebebasan beragama.
Memberi cuti sambutan perayaan. Contohnya, agar para
penganut dapat membuat persiapan menyambut perayaan./ atau meluangkan masa bersama ahli keluarga.
Waktu rehat tengah hari Jumaat dipanjangkan.
Contohnya, agar umat Islam dapat bersembahyang di surau atau masjid.
Pihak majikan dapat memberi wang pendahuluan
perayaan. Contohnya, agar dapat meringankan beban para
pekerja membeli keperluan sambutan perayaan.
Menyediakan surau/ bilik solat. Contohnya agar umat
Islam dapat menunaikan solat.
Terangkan dua cara lain rakyat dapat menunjukkan
kesetiaan kepada Negara. (4M)
Menyokong dasar negara. Contohnya, menyertai Kempen
Belilah Barangan Buatan Malaysia.
Tidak terpengaruh dengan berita media luar negara.
Contohnya, berita yang memburuk-burukkan nama baik Negara.
Mengekalkan keamanan yang dikecapi sekarang.
Contohnya, tidak menyentuh perkara-perkara sensitif yang akan mengancam keselamatan negara.
Terangkan dua sebab rakyat perlu mengamalkan
Rukun Negara. (4M)
Mempunyai semangat sayang akan negara. Contohnya,
ini merupakan salah satu prinsip dalam rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Membentuk masyarakat beradab sopan. Contohnya, ini
menepati prinsip Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.
Membentuk manusia yang mempunyai pegangan
hidup. Contohnya, hal ini selaras dengan prinsip Rukun
Jelaskan dua sebab rakyat perlu memberi sokongan
kepada barangan buatan Malaysia. (4M)
Meningkatkan ekonomi negara. Contohnya,
beli barangan buatan tempatan dapat menjana
pertumbuhan ekonomi Negara.
Membangunkan industri tempatan.
Contohnya, permintaan yang banyak akan
meningkatkan pengeluaran.
Menambahkan peluang pekerjaan. Contohnya,
ini dapat membantu mengurangkan kadar
pengagangguran.
Terangkan dua faedah melalui pelaksanaan hak
memilih dan mengamalkan agama masing-masing.
Menjaga keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum di Negara. Contohnya, hal ini membolehkan rakyat hidup dalam aman dan damai / tiada prasangka.
Dapat menyatupadukan rakyat yang berlainan agama. Contohnya, saling memahami amalan agama masing-masing.
Meningkatkan bilangan pelancongan. Contohnya, hal ini dapat meningkatkan ekonomi Negara.
Menaikkan imej negara. Contohnya, hal ini demikian kerana Negara menjadi destinasi pelancongan asing.
Berpeluang meraikan sambutan agama. Contohnya,
Mematuhi Peraturan
dan
Terangkan kesan buruk skim cepat kaya seperti
pelaburan emas kepada pihak berikut:
Pelabur
Menghadapi kerugian. Contohnya, pelabur tidak
mendapat keuntungan kerana melabur ke dalam
syarikat pelaburan yang tidak sah.
Negara
Ekonomi Negara terjejas. Contohnya,
pelabur-pelabur asing tidak akan melabur ke negara
tersebut kerana hilang keyakinan terhadap
sesebuah negara.
Huraikan dua kepentingan mematuhi
undang-undang di Negara kita. (4M)
Mengekalkan keamanan Negara. Contohnya,
kes jenayah dapat dikurangkan.
Memberi perlindungan/ pembelaan kepada
masyarakat. Contohnya, menghukum
pesalah-pesalah dan memberi perlindungan kepada yang
teraniaya.
Terangkan dua langkah kerajaan untuk
membanteras masalah perbuatan bermain mercun.
Mengadakan kempen kesedaran. Contohnya,
hal ini dapat menyedarkan masyarakat tentang
kesan buruk bermain mercun.
Menguatkuasakan undang-undang.
Contohnya, mengadakan denda/ saman
maksimum.
Megadakan larangan penjualan. Contohnya,
hal ini menyebabkan ketiadaan bekalan mercun
dalam pasaran.
Terangkan dua kesan pendatang asing tanpa izin
kepada Negara. (4M)
Meningkatkan kes jenayah. Contohnya, kes
merompak, mencuri dan lain-lain.
Mengurangkan peluang pekerjaan orang
tempatan. Contohnya, penduduk tempatan akan
menganggur.
Pengaliran wang keluar negara. Contohnya,
hal ini akan menjejaskan ekonomi negara.
Penglibatan diri
dalam
Jelaskan dua kepentingan aktiviti yang dijalankan
oleh Kelab Lions dalam pembangunan Negara. (4M)
Dapat menyediakan kemudahan infrastruktur kepada
rakyat. Contohnya, membina perhentian bas untuk
kebajikan masyarakt.
Dapat membantu golongan kurang berupaya.
Contohnya, menyediakan kemudahan/ peeralatan khas untuk membantu mereka.
Dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat.
Contohnya, menambahkan bahan-bahan bacaan dalam perpustakaan sekolah atau awam.
Dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Contohnya,
masyarakat dapat menikmati kemudahan yang disediakan.