• Tidak ada hasil yang ditemukan

pengajian islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "pengajian islam"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEPTEMBER 2012

MPW2143

PENGAJIAN ISLAM

NO. MATRIKULASI : 860731305052001 NO. KAD PENGNEALAN : 860731305052

NO. TELEFON : 014-3218110

E-MEL :

(2)

1

PENGENALAN

&

(3)

2 1. Pengenalan

Persaudaraan dalam islam adalah satu ikatan atau jalinan aqidah yang menyatukan umat islam antara satu sama lain. Ia juga merupakan sebuah ikatan iman yang erat yang dapat melahirkan perasaan kasih dan sayang sesama umat islam dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasullullah s.a.w iaitu:

“Ikatan iman yang paling kuat adalah kasih sayang kerana Allah s.w.t dan marah kerana Allah s.w.t.”(Hadis Riwayat Ahmad daripada Al-Bara’ Ibn Azib)

Persaudaraan ini merupakan nadi dan tunjang dalam usaha membina dan memperkukuhkan masyarakat islam dengan berlandaskan konsep serta teras persaudaraan dalam islam. Selain itu persaudaraan akan memberi banyak kelebihan kepada masyarakat islam disamping memiliki hak-hak dalam persaudaraan. Ia juga memainkan peranan yang besar dalam membina peradaban insan juga berupaya memacu pembangunan masyarakat dan negara.

2. Konsep Persaudaraan Dalam Islam

Menurut istilah bahasa persaudaraan berasal dari perkataan saudara iaitu orang yang seibu dan sebapa, orang yang yang mempunyai pertalian keluarga dan orang dari golongan yang sama. Dalam bahasa arab pula persaudaraan disebut ukhuwah. Secara umumnya, persaudaraan merupakan satu perhubungan yang terjalin diantara seseorang dengan seseorang yang lain ataupun masyarakat tidak kira hubungan itu baik atau sebaliknya. Persaudaraan dalam islam merupakan perasaan cinta, kasih, sayang kerana Allah dengan seikhlas hati sesama umat islam serta saling memerlukan antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w bersabda, iaitu :

“ Perumpamaan kaum muslimin dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling mengasihi itu adalah bagaikan satu tubuh. Jika salah satu bahagian tubuh merasakan sakit maka seluruh bahagian lainnya juga merasakan sakit sehingga tidak dapat tidur dan demam (kerananya)”(Hadis Riwayat Bukhari) dan

(4)

3

“ Setiap mukmin yang satu bagi mukmin lainnya bagaikan suatu bangunan dimana satu diantara lainnya saling memperkukuhkan”.

Persaudaraan dalam islam juga merupakan satu ikatan iman dan akidah yang kukuh yang merangkumi kehidupan dunia dan akhirat. Persaudaraan yang dibina kerana Allah s.w.t adalah merupakan tali keimanan yang paling kuat seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w mafhumnya :

“ Tali Islam yang terkuat adalah wala’ kerana Allah, memusuhi kerana Allah,

cinta kerana Allah dan benci kerana Allah ‘Azzawa Jalla’.

Imam As-Syahid Hassan Al-Banna pernah menyebut bahawa persaudaraan atau ukhuwah adalah kembar iman iaitu semakin tinggi iman seseorang muslim semakin kuat persaudaraannya dan semakin lemah persaudaraan seseorang muslim itu menunjukkan keimanannya semakin menurun. Menurut Mohd Ridhuan Tee (2009), bangsa, keturunana, darjat, warna kulit, pangkat atau kekayaan tidak menjadi penghalang dalam persaudaraan kerana Islam memandang kemuliaan seseorang berdasarkan ketaqwaannya kepada Allah dan ia dibajai dengan iman dan taqwa.

Konsep persaudaraan merupakan asas dalam membentuk kesatuan umat islam dalam sesebuah entiti masyarakat berlandaskan ikatan rabbani yang sememangnya bersifat universal tanpa mengira masa dan zaman. Buktinya pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w baginda telah berjaya membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dan harmoni antara masyarakat islam dan bukan islam dan telah mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dengan Ansar dan antara Aus dengan Khazraj. Konsep persaudaraan merupakan satu konsep yang saling melengkapi dalam mengimbangi tuntutan hubungan dengan Allah (hablu min al-Allah) dan hubungan sesama manusia (hablu minannas). Konsep persaudaraan ini merupakan landasan yang dapat membantu umat islam dalam menjalankan kewajipan supaya berpegah teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah, menjauhkan diri daripada perpecahan serta permusuhan, berdakwah kerana

(5)

4

Allah dan mengamalkan kebaikan serta mencegah kemungkaran (amal ma’ruf nahi munkar).Menurut Al-Quran, Allah telah berfirman iaitu :

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali agama Allah, dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepada mu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”(Ali Imran:103) dan “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’aruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”(Ali Imran:104).

(6)

5

TERAS PERSAUDARAAN

DALAM ISLAM

(7)

6 3. Teras Persaudaraan Dalam Islam

Persaudaraan dalam islam dibina berdasarkan beberapa teras yang kuat bagi memastikan persaudaraan yang terjalin terus terpelihara dan berlandaskan syariat islam kerana ia akan sentiasa diuji. Bahkan bukan mudah untuk memelihara persaudaraan sesama islam berbanding dari membinanya. Terdapat beberapa teras yang harus diketahui dan dipegang untuk melahirkan persaudaraan yang utuh dan diberkati oleh Allah.

3.1 Keimanan yang kuat

Iman beerti percaya atau membenarkan seperti yang disebutkan dalam Al-Quran iaitu:

“Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan

membenarkan kepada para orang yang beriman”.(At-Taubah :62).

Menurut Mohd Yusuf (2010), iman bermaksud kepercayaan dan yakin kepada Allah S.W.T dan tidak mensyirikkanNya dalam iktikad dalam amalam yakni percaya kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari kiamat dan qada dan qadar. Keimanan juga bermaksud kepercayaan iaitu pengakuan hati yang harus dibuktikan melalui amalan perbuatan yang dilafazkan oleh lidah, membenarkan dengan hati, mengakui dengan lisan dan melakukan dengan anggota badan. Keimanan bukan hanya kepercayaan dalaman, ia harus disertakan dengan usaha dan kerja yang bersungguh-sungguh yang mematuhi dan memenuhi perintah Allah. Dengan adanya iman, umat islam percaya adanya Allah yang maha kuasa dan berpegang teguh pada ajaran dan syariat islam yang telah ditetapkan. Iman membimbing manusia ke jalan yang lurus dan menjadi sumber pelbagai kebaikan seperti yang disabdakan oleh Rasulullah, iaitu:

“Keimanan itu memiliki 60 cabang kebaikan, sifat malu adalah satu

daripadanya”.(Hadis Riawayat Bukhari dan Muslim).

Dengan adanya keteguhan iman ia akan dapat melahirkan sifat kasih sayang, cinta mencintai dan bantu membantu sesama manusia. Ia juga akan melahirkan perasaan takut

(8)

7

kepada Allah dan menjauhi laranganNya. Perlunya iman dalam diri seseorang adalah untuk membentuk sebuah ikatan persaudaraan yang kukuh berlandaskan syariat tanpa dipaksa. Dengan adanya keimanan sesebuah ikatan persaudaraan itu tidak mudah goyah kerana berpegang teguh kepada keimanan yang dimilikinya dan akan dipelihara oleh Allah. Tanpa iman dalam diri seseorang tidak akan lahirlah ikatan persaudaraan antara umat islam kerana sifat buruk (mazmumah) menguasai diri. Semakin kuat iman seseorang semakin kuat ikatan persaudaraan itu. Rasulullah bersabda iaitu :

“Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”(Hadis Riwayat al-Bukhari :13, Muslim:45 dan Ahmad:18076).

Dr.Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy dalam bukunya ‘Sirah Nabawiyah’(p:78), ada menceritakan bahawa ketika Rasulullah dan parasahabat berdakwah secara terang-terangan untuk membentuk persaudaraan dalam islam, baginda dan para sahabat mengalami berbagai macam penganiyaan, penyiksaan, penghinaan dan bermacam-macam tomahan. Seperti yang telah diriwayatkan oleh Bukhari, berlaku peristiwa ketika baginda sedang sujud disekitar beberapa orang Quraisy, dan tibanya ‘Uqbah bin Abi Mu’ith dengan membawa kotoran binatang lalu melemparkan ke atas punggung baginda dan baginda tidak mengangkatkan kepalanya sehingga datang Fatimah r.a yang membersihkannya. Berkat kesabaran dan keimanan baginda dan para untuk mewujudkan ikatan persaudaraan dalam islam, baginda telah berjaya mewujudkan penyatuan masyarakat dan membentuk sebuah negara Islam yang pertama di dunia.

3.2 Ketaqwaan kepada Allah

Taqwa bermaksud menjaga dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan. Maksud lain bagi taqwa adalah takut kepada Allah iaitu menjaga dan memelihara diri dari siksaan dan kemurkaan Allah. Taqwa juga dimaksudkan dengan ketaatan ibadah iaitu taat dalam mengerjakan perintahNya dan besih hati dari dosa

(9)

8

dengan menjauhi segala laranganNya. Begitu juga dengan maksud taqwa yang telah disabdakan oleh Rasullullah yang iaitu:

“Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya”.( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas r.a)

Seseorang yang bertaqwa kepada Allah merupakan orang yang paling mulia. Allah berfirman maksudnya,:

“Yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa”. (Al-Hujurat:13)

Ketaqwaan kepada Allah akan menjauhkan seseorang dari segala larangan Allah dan mentaati perintahNYa. Ia juga dapat menghindarkan diri dari segala perkara yang dapat menjauhkan diri dari Allah dan menentang hawa nafsu. Berteraskan taqwa dalam persaudaraan dalam islam, ia dapat melahirkan sifat-sifat terpuji seperti

bertanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas dan kesemua sifat tersebut dapat melahirkan kemuliaan dan keharmoniaan dalam persaudaraan tersebut. Ketaqwaan kepada Allah akan memelihara dan melaksanakan kehidupan mengikut syariat islam yang telah ditetapkan. Ketaqwaan juga dapat meruntuhkan sifat ego dalam diri serta nilai-nilai negatif dalam kehidupan dan menimbulkan sifat-sifat positif seperti gigih bekerjasama, menjalin hubungan baik sesama manusia dan sebagainya. Secara tidak langsung ikatan persaudaraan yang terjalin akan terpelihara dan tidak berpecah belah. Allah berfirman:

“Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya, dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perem[uan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta antara satu sama lai, dan (peliharalah) hubungan

(10)

9

silaturrahm. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”.(An Nissa:1)

Contohnya kisah yang berlaku kepada Bilal bin Rabah yang merupakan seorang hamba berkulit hitam kepada Umaiyah bin Khalaf. Umaiyah menetang keras ajaran Rasullulah s.a.w. Umaiyah telah menyuruh Bilal untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun Bilal telah memeluk islam tanpa pengetahuan tuannya. Apabila rahsianya memeluk islam terbongkar, beliau diseksa dengan sekejam-kejamnya. Beliau dipukul, diarak keliling Kota Mekah, dijemur dipadang pasir ditengah bahang matahari, tidak diberi makanan dan minuman, disebat dengan cemati, dadanya ditindih dengan batu yang besar dan

bermacam lagi bentuk penyiksaan yang dilaluinya. Berbagai penyeksaan yang telah dilakukan oleh Umaiyah dan memaksa Bilal untuk menyebut nama tuhan mereka iaitu al-Latta dan al-Uzza, namun berbekalkan ketaqwaan yang teguh kepada Allah s.w.t, Bilal hanya menyebut kalimah “Allah..Allah..Allah..”. Selepas berita penyiksaan Bilal tersebar, Abu Bakar as-Siddiq telah membeli Bilal dengan menggunakan wangnya sendiri walaupun dengan harga yang tinggi kerana kagum dengan keimanan dan ketaqwaan Bilal kepada Allah s.w.t dan memerdekakannya. Inilah bukti ketaqwaan kepada Allah membantu memelihara ikatan persaudaraan dikalangan umat islam tanpa ada perbezaan sekalipun.

3.3. Kesatuan aqidah yang kukuh

Aqidah bermaksud keyakinan, kepercayaan atau keimanan yang mantap dan tidak mudah terurai oleh apa juga pengaruh sama ada dari dalam dan luar diri seseorang itu. Menurut Wan Mohd Hujjatullah, akidah islam bersumberkan ketuhanan iaitu akidah Rabbaniyyah yang bersifat tetap, menyeluruh dan fitrah. Aqidah adalah sesuatu yang bersifat tauqifi iaitu suatu ajaran yang hanya dapat ditetapkan dengan adanya dalil dari Allah dan Rasul Nya dan ajarannya berdasarkan Al-Quran dan Sunnah sahaja. Aqidah seseorang muslim saling berkait rapat dengan keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT. Aqidah yang sempurna adalah apabila seseorang itu menghayati, memahami, dan mengamalkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dengan sempurna. Aqidah yang

(11)

10

mantap dan benar merupakan landasan atau asas untuk menegakan agama. Allah s.w.t berfirman:

“Maka barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya(di akhirat), maka hendaklah ia beramal shalih dan tidak menyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya”.(al-Kahfi:110)

Seseorang muslim itu akan hanya dapat beriman dengan sebenar-benar beriman kepada Allah s.w.t apabila mempunyai aqidah yang mantap dan kukuh. Tanpa aqidah yang kukuh, maka amat mudah seseorang itu terpengaruh dengan perkara-perkara

kemungkaran. Makanya, asas persaudaraan dalam islam dalam diri seseorang adalah berasaskan kesatuan aqidah yang mantap. Sebarang rancangan atau kata sepakat dalam persaudaraan haruslah berpaksikan aqidah. Dengan kesatuan aqidah yang mantap, seseorang itu akan mengakui keesaan dan kewujudan Allah swt sebgai tuhan yang wajib disembah. Kesatuan aqidah juga dapat melahirkan umat islam yang patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keagongan Allah swt dan menjauhi segala laranganNya. Bagi umat islam yang mempunyai kesatuan aqidah yang mantap, ia akan membentuk nilai akhlak yang terpuji dan keperibadian seseorang yang mencorakan peranan dan tanggungjawab manusia dalam persaudaraan dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ayat yang terawal diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah saw di Mekah menjurus kepada pembinaan aqidah. Allah berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad). Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakan. Dan tidak ada sesiapa yang setara

denganNya”.(al-Ikhlas:1-4)

Contohnya pada zaman Rasullulah saw, umat islam telah dibentuk dan dididik oleh kesatuan aqidah yang kuat dan jelas dan Rasulullah telah berjaya melahirkan

(12)

saudara-11

saudara islam yang mempunyai kesatuan aqidah yang kukh dalam mempertahankan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Seperti Abdul Rahman bin Auf dan Osman bin Affan yang sanggup membelanjakan hartanya untuk mempertahankan Islam sehingga tiada apa lagi yang dimiliki selain Allah swt dan Rasul. Begitu juga dengan Ali bin Abi Talib yang sanggup mempertaruhkan nyawa kerana Rasulullah. Ini semua hasil dari kesatuan aqidah yang kukuh.

3.4 Akhlak yang baik

Menurut bahasa, perkataan akhlak beerti kelakuan, tabiat, perangai, tingkahlaku. Menurut istilah pula akhlak bermaksud sifat dah tingkahlaku yang ada dalam diri yang melahirkan sesuatu perbuatan yang baik tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Imam Ghazali ra mengatakan bahawa :

Akhlak adalah suatu keadaan yang tertanam didalam jiwa yang melahirkan

perbuatan yang baik tanpa paksaan dan perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk”.

Akhlak juga bermaksud sesuatu yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia dalam interaksi hidup antara manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, manusia

dengan alam sekitar dan sebagainya. Akhlak dapat melahirkan tingkahlaku dan perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berlandaskan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Antara tugas utama Rasulullah saw adalah memperbaiki akhlak umat islam. Sabda Rasullullah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengutusku untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak dan melengkapkan perbuatan yang baik”.(Riwayat al-Tirmizi)

Akhlak terbahagi kepada dua iaitu akhlak yang baik dan akhlak yang buruk. Seseorang yang mempunyai akhlak yang baik akan melahirkan sifat-sifat seperti jujur, sopan santun,

(13)

12

malu, rendah hati, murah hati, sabar, toleransi, adil, musyawarah dan sebagainya. Manakala akhlak yang buruk seperti mencuri, iri hati, membuat fitnah, membunuh, menipu dan sebagainya. Sumber kepada akhlak yang mulia adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Akhlak yang paling mulia adalah seperti yang terdapat pada Rasulullah yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan menjadi contoh kepada umat islam. Allah berfirman :

“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung”. (al-Qalam:4)

Akhlak juga merupakan teras dalam melahirkan persaudaraan dalam islam. Akhlak yang baik akan melahirkan hubungan yang baik antara manusia tidak kira bangsa, keturunan, warna kulit dan sebagainya. Seseorang yang mempunyai akhlak yang baik akan disenangi oleh semua orang dan merasa selesa berhubungan dengannya. Dalam persaudaraan islam, hubungan yang baik antara pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa wujud dengan baik kerana jika sebaliknya hubungan persaudaraan itu akan berpecah belah. Menurut Fathul Bari (2012), seperti dalam sebuah kisah pada zaman Rasulullah dimana baginda telah melihat seorang Badwi yang sedang membuang ar kecil di dalam masjid Nabawi. Para sahabat cuba untuk memarahi dan menghalang lelaki tersebut tapi dihalang oleh Rasulullah sehinggalah lelaki tersebut selesai menunaikan hajatnya. Selepas itu barulah Rasulullah memanggil dan menasihati lelaki tersebut dengan berkata “sesungguhnya masjid bukan tempat untuk menunaikan hajat”. Kemudian Rasulullah meminta sahabat membawa bekas berisi air lalu mencurah air di tempat kotoran itu. Begitulah sikap dan akhlak baginda yang terpuji dan mampu memelihara persaudaraan islam dan merupakan asas yang penting dalam persaudaraan dalam islam.

(14)

13

KELEBIHAN

MENJALINKAN

PERSAUDARAAN

(15)

14

4. Kelebihan menjalinkan persaudaraan kerana Allah SWT

Persaudaraan dalam islam akan menjadi lebih harmoni, suci, murni, kukuh dan saling tolong-menolong, cinta mencintai dan berkasih sayang atas dasar kecintaan kerana Allah didalam mencari keredaanNya. Rasulullah pernah bersabda iaitu:

“Seseorang muslim adalah saudara bagi sesame muslim yang lain, tidak boleh menganiaya atau membiarkan dianiaya. Dan sesiapa memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari kiamat. Dan sesiapa menutupi aib seseorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Persaudaraan dalam islam mempunyai banyak kelebihan dan faedah yang merupakan ganjaran dan pahala yang besar kerana ia menyumbangkan kesa yang baik ke dalam masyarakat dalam usaha bersatu padu dalam pandangan dan hati. Antara kelebihan tersebut adalah:

4.1 Mendapat keredhaan Allah dan merasa manisnya iman

Bagi mereka yang menjalinkan persaudaraan semata-mata hanya kerana Allah dan RasulNya serta memeliharanya daripada berpecah belah, nescaya mereka akan merasai kemanisan iman. Mereka merasai sesuatu nikmat yang tidak terhingga yang selama ini dicari-cari sehingga merasai hebatnya iman hingga menimbulkan pengaruh kepada jiwa dan zahirnya. Dengan keimanan itulah melahirkan akhlak yang terpuji, pemikiran yang tajam dan segala perbuatannya dalam menjalani kehidupan bersaudara. Mereka taat dengan perintah Allah dan RasulNya dan mengharap pada rahmatNya serta takut akan azabNya dengan percaya adanya hari pembalasan. Mereka lebih mencintai dan mengutamakan Allah dan RasulNya berbanding dari harta, kekayaan dan darjat di dunia. Mereka mengasihi sesama manusia hanya kerana Allah dan membenci segala kekufuran serta laranganNya. Daripada Anas bin Makil r.a, Rasulullah pernah bersabda:

(16)

15

“Tiga perkara sesiapa yang terdapat padanya akan merasai kemanisan iman; iaitu oarang yang menjadikan Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada yang lainnya, mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah dan membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan dirinya sepertimana ia membenci dihumbankan ke dalam api neraka”.(Hadis Riwayat Bukhari)

Contohnya iman para sahabat Rasululullah. Iman mereka sangat manis bahkan mereka sedaya upaya untuk menambahkan lagi kemanisan iman mereka dengan sanggup meninggalkan semua amalan, harta kekayaan, keluarga dan banyak lagi demi melahirkan persaudaraan sesama islam. Mereka berusaha dengan melalui pelbagai cabaran dan dugaan semata-mata untuk menyebarkan agama islam serta untuk mendapat keredhaan Allah dan merebut cinta Allah yang kekal abadi.

4.2 Dilindungi di bawah naungan Arasy

Berkasih-sayang kerana Allah mempunyai kelebihan di akhirat kelak. Mereka yang mencintai dan saling menyayangi sesama manusia dan selalu bertemu dan berpisah kerana Allah akan mendapat ganjaran yang tidak terhingga pada hari kiamat. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda:

“Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari tiada naungan kecuali naunganNya, mereka…dua orang lelaki yang berkasih saying kerana Allah yang bertemu dan berpisah keranaNya”.(Bukhari)

Mereka berkasih sayang, saling bantu membantu, adil dan tidak memesongkan agama dalam melakukan kebaikan dan bukannya dalam melakukan kejahatan atau maksiat. Allah akan melindungi mereka dibawah naungan Arasy yang menjadi tempat berteduh mereka daripada kepanasan matahari seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis Qudsi daripada Abu Hurairah r.a :

(17)

16

“Manakala orang-orang yang berkasih saying keranaKu? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu pada hari tiada naungan melainkan naunganKu”.(Muslim)

Pada ketika itu bumi menjadi rata dan tiada apa pun yang boleh dijadikan tempat berlindung kecuali naungan Arasy itu pun bergantung kepada amalan mereka. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda:

“Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di tengah perjalanan, Allah mengutuskan malaikat-Nya. Ketika berjumpa malaikat bertanya, “Mau kemana?”, orang tersebut menjawab, “Saya mau mengunjungi saudara di desa ini.” Malaikat bertanya, “Apakah kau ingin mendapatkan sesuatu keuntungan darinya?” Ia menjawab, “Tidak. Aku mengunjunginya hanya kerana aku mencintainya kerana Allah.” Malaikat pun berkata, “Sesungguhnya utusan Allah yang iutus padamu memberi khabar umtukmu bahawa Allah telah mencintaimu, sebagaimana kau mencintai saudaramu keranaNya.”(Hadis Riwayat Muslim)

4.3 Menjadi ahli syurga di akhirat kelak

Allah akan menjanjikan syurga buat umatnya yang bersaudara, berkasih sayang dan saling ziarah menziarahi kerana Allah. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda:

“Barang siapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudranya kerana Allah, maka malaikat akan berseru kepada keduanya supaya kamu mendapat kebaikan dan kebahagian akan mengiringi kamu dan akhirnya kamu mendiami tempat di syurga.”(Hadis Riwayat Tirmizi)

Mereka taat dan patuh pada perintah Allah dan mengukuhkan persaudaraan sesama umat Islam. Mereka ikhlas tanpa meminta balasan dari saudaranya yang lain. Allah bukan

(18)

17

sahaja melindungi orang-orang yang terpilih ini (Al-Khawwas) di bawah naungan ArasyNya bahkan Allah juga akan menempatkan mereka diatas kerusi bercahaya, pakaian yang bercahaya, wajah yang bercahaya dan mereka disenangi oleh para Anbia dan Syuhada. Daripada Abu Huraira r.a, Rasulullah bersabda:

“Di sekeliling Arasy terdapat mimbar daripada cahaya, di dalamnya ada satu kaum yang memakai pakaian daripada cahaya, wajah mereka kelihatan bercahaya, mereka bukan anbiya’ dan bukan syuhada’ bahkan para anbiya’ dan syuhada’ senang hati dengan mereka. Lalu sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, terangkan kepada kami siapak mereka?. Rasulullah menjawab: Mereka adalah golongan yang saling berkasih saying kerana Allah (di jalan Allah), mereka saling bersaudara kerana Allah dan saling bersaudara kerana Allah dan saling ziarah menziarahi kerana Allah.”(Hadis yang ditakhrij oleh Al-Hafiz Al-Iraqi, ia mengatakan para perawinya tsiqah)

4.4 Mendekatkan diri kepada Allah

Mendekatkan diri kepada Allah adalah merupakan sesuatu perkara yang dilakukan untuk mendekatkan seseorang hamba kepada Allah dengan melaksanakan amalan-amalan sunnah, wajib, sunat ataupun ketaatan kepada Allah. Dalam sebuah hadis Qudsi disebutkan:

“Pendekatan diri hamba-Ku yang paling Aku cintai adalah dengan sesuatu yang Aku wajibkan padanya. Dan jika hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri dengan nafilah (ibadah tambahan), sehingga Aku mencintainya.”(Bukhari)

Mendekatkan diri kepada Allah tidak hanya apabila melakukan ibadah namun keimanan, ketaqwaan, akidah dan akhlak seseorang juga secara tidak langsung dapat mendekatkan seseorang itu dengan Allah. Daripada Barra’ bin Azib r.a bahawa Rasulullah bersabda:

(19)

18

“Kamu cinta kerana Allah dan kamu benci kerana Allah”. Ada sahabat bertanya: “Apakah maksudnya wahai Rasulullah?’. Rasulullah menjawab: “Kamu menyukai manusia sebagaimana kamu menyukai dirimu sendiri dan membenci mereka sebagaimana kamu membenci dirimu sendiri”.( Al-Munziri)

Seperti dalam menjalinkan persaudaraan sesama umat, seseorang itu harus mempunyai keimanan, ketaqwaan, akidah, akhlak untuk melahirkan persaudaraan sesama islam. Dan secara tidak langsung ia telah mendekatkan mereka kepada Allah dengan melakukan amalan-amalan ketika bersaudara dan berhubungan. Berbuat kebaikan juga secara tidak langsung mendekatkan diri kepada Alllah.

(20)

19

HAK PERSAUDARAAN

DALAM ISLAM

(21)

20 5. Hak persaudaraan dalam islam

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

“Hak seorang muslim atas muslim yang lainnya ada enam. Apabila engkau bertemu hendaklah mengucapkan salam kepadanya. Apabila dia mengundangmu maka penuhilah. Apabila dia meminta nasihatmu maka berikanlah nasihat kepadanya. Apabila dia bersin lalu memuji Allah, maka doakanlah (Semoga Allah merahmatimu). Apabila dia sakit maka ziarahilah dia. Dan apabila dia meninggal dunia maka hantarkanlahjenazahnya.”(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa penjelasan mengenai hak-hak sesama muslim yang harus dilaksanakan dalam persaudaraan dalam islam. Hak-hak tersebut haruslah ditunaikan oleh semua muslim kerana ia dapat memperkukuhkan lagi sesebuah persaudaraan atau perhubungan.Antara hak-hak tersebut adalah:

5.1 Mengucapkan Salam

Mengucapkan salam sesama muslim hukumnya adalah sunnah muakkadah (ditekankan) dan ia merupakan sebab untuk saling mengenali antara kaum dan saling sayang menyayangi diantara mereka. Rasulullah bersabda:

“Kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman dan kalian tidak akan beriman sebelum saling mencintai. Maukah kalian aku tunjukan dengan suatu amalan yang apabila kalian kerjakan kalian akan saling mencintai? Sebarkan salam diantara kalian.”(Hadis Riwayat Muslim)

Manakala menjawab salam hukumnya adalah wajib (fardhu kifayah). Sekiranya seseorang memberi salam kepada sekumpulan orang, lalu salam itu telah dijawab oleh salah seorang, maka itu sudah mencukupi. Allah berfirman:

(22)

21

“Apabila kamu diberi penghormatan (ucapan salam) dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan tersebut dengan lebih baik dari padanya, atau balaslah (penghormatan itu dengan yang sepadan).”(an-Nissa:86)

Seorang muslim haruslah sentiasa memulakan memberi salam kepada muslim yang lain apabila jumpa, kepada mereka yang lebih tua darinya, kepada kumpulan yang lebih banyak darinya dan kepada penjalan kaki seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

5.2 Memenuhi Undangan

Apabila seseorang mengudang kita dalam apa juga keadaan sekali pun hendaklah kita memenuhi undangan tersebut. Memenuhi undangan membolehkan kita menjaga perasaan orang yang mengundang dan dapat mewujudkan perasaan dekat dan saling mencintai antara satu sama lain. Ia juga dapat mengeratkan lagi tali perhubungan antara satu sama lain. Memenuhi undangan juga membolehkan kita mengenali sesama yang lain dan secara tidak langsung dapat mewujudkan lebih banyak ikatan persaudaraan sesama muslim. Undanagan bukan sahaja dikira sebagai satu majlis bahkan meminta pertolongan atau bantuan juga merupakan satu undangan. Hukum memenuhi undangan juga adalah sunnah muakkaddah.

5.3 Memberi Nasihat

Nasihat merupakan perkara yang sangat penting bagi setiap muslim dan Rasulullah telah menjadikannya sebagai pokok ajaran islam ketika baginda bersabda yang bermaksud “agama itu adalah nasihat bagi Allah, KitabNya, RasulNya dan para kaum muslimin serta segenap kaum muslimin.” Sesiapa sahaja yang meminta nasihat haruslah kita memberi nasihat. Dan jika seseorang melakukan sesuatu yang salah maka haruslah kita memberi nasihat kea rah kebaikan. Memberi nasihat dapat menolong seseorang yang lemah dalam apa juga perkara atau masalah. Memberi nasihat juga dapat mengeratkan dan dapat memelihara perhubungan tersebut. Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali hafizhahullah mengatakan bahawa:

(23)

22

“Tulus dalam memberikan nasihat kepada orang yang memintanya hukumnya adalah wajib, tidak boleh menceritakan sesuatu yang bertentangan dengan kenyataan, atau menyembunyikan hal itu selama tidak ada mudarat atau menunda kebaikan agar dia sendiri yang akan mendapatkannya. Orang yang diminta memberi pendapat sebenarnya orang yang sedang diberi amanat.”

5.4 Mendoakan ketika bersin

Apabila seseorang itu bersin dengan mengucapkan Alhamdulillah, maka kita harus mendoakan dia dengan mengucapkan Yarhamukallahu (Semoga Allah merahmatimu) yang merupakan balasan kerana telah memuji Allah ketika bersin. Jika dia bersin tanpa mengucapkan Alhamdulillah maka tidak perlu kita mendokannya kerana dia sendiri tidak memuji Allah ketika bersin. Mendoakan orang yang bersin dan memuji Allah hukumnya wajib. Sekiranya bersinnya terus menerus melebihi tiga kali maka hendaklah mengucapkan Syafaakallahu sebagai ganti dari ucapan Yarhamukallahu.

5.5 Menziarahi

Ziarah-menziarahi sesama muslim merupakan satu perkara yang dapat megaratkan lagi hubungan antara satu sama yang lain. Ia juga merupakan hak yang perlu dilaksanakan oleh muslim dalam persaudaraan. Menziarahi seseorang yang sakit dapat mendekatkan hubungan persaudaraan tersebut tidak kira apa hubungan kita dengannya. Menziarahi bukan sahaja melawat oaring yang sakit, bahkan ia boleh dilakukan apabila sudah lama tidak berjumpa atau seseorang itu menerima musibah. Apabila menziarahi orang yang sakit kita dapat menanyakan keadaannya, mendoakannya, memberikan jalan penyelesaian dan harapan-harapan. Ini dapat menunjukan sifat mengambil berat dan prihatin terhadap si sakit dan merupakan dorongan dan semangat untuk mereka sembuh. Secara tidak langsung, persaudaraan ini akan lebih harmoni.

(24)

23 5.6 Mengiringi jenazahnya

Apabila saudara sesama muslim meninggal dunia, maka hendaklah kita menghantar dan mengiringi jenazahnya. Hal ini dapat menunjukan perasaan sayang dan cinta terhadap si mati dalam persaudaraan. Mengiringi dan menghantar jenazah merupakan hak yang perlu dilakukan oleh sesorang muslim dalam menjaga dan memelihara persaudaraan sesama muslim serta akan mendapat pahala yang besar seperti yang disabdakan olah Rasulullah saw:

“Barang siapa yang mengiringi jenazah sampai dia disolatkan, maka baginya pahala satu qirath, dan barang siapa yang mengiringinya sampai dikubur, maka baginya pahala dua qirath.” Lalu ditanyakan kepada beliau: “Apakah itu dua qirath?” maka Rasulullah menjawab: “Dua gunung yang besar.”(Muttafaq ‘alaih)

(25)

24

PERANAN

PERSAUDARAAN

ISLAM DALAM

MEMBINA

PERADABAN INSAN

(26)

25

6. Peranan Persaudaraan Islam Dalam Membina Peradaban Insan

Menjalin persaudaraan dalam islam bukan sahaja medapat kelebihan-kelebihan yang tertentu bahkan ia akan memberi sumbangan dalam membina peradaban insan dan tamadun islam. Tamadun islam adalah bermatlamatkan keredhaana kepada Allah. Justeru itu, terdapat beberapa peranan persaudaraan dalam membina peradaban Insan.

6.1 Mempersiapkan diri dengan ilmu dan akhlak yang mulia

Peranan setiap umat islam dalam persaudaraan islam adalah supaya mempersiapkan diri dengan ilmu dan akhlak yang mulia. Melalai ilmu dan akhlak, seseorang muslim akan sentiasa mentaati segala suruhanNya serta meninggalkan segala laranganNya dan ia akan melahirkan umat islam yang berjiwa merdeka, dinamik dan progresif, (Mohd Faizal,2009) . Islam sentiasa mendorong umatnya menuntut ilmu dan Al-quran juga amat menyanjungi golongan yang berilmu. Dalam membina tamadun islam, ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah haruslah dilaksanakan mengikut syariat Islam. Contohnya Rasulullah saw, dalam sejarah perjuangannya baginda bersama para sahabatnya berusaha dengan gigih dalam membangunkan tamadun spiritual umat Islam di Mekah dan Madinah disamping tamadun kebendaan. Jika seseorang muslim memiliki ilmu serta akhlak yang mulia maka secara tidak langsung perhubungan yang dijalinkan akan harmoni, terpelihara dan sejahtera. Dengan adanya ilmu dan akhlak, seseorang muslim akan menyedari tanggungjawab yang sebenar kepada Allah dan dapat membezakan mana yang haq (baik) dan batil (buruk) seperti yang tercatat dalam syariat islam. Ia juga akan melahirkan sikap tolong menolong, cinta kepada Allah, cinta sesama muslim dan cinta akan kebaikan dan benci kepada kejahatan. Maka keadaan sesebuah negara akan aman damai dan membawa kesejahteraan dan kepesatan pembangunan negara kearah negara maju berlandaskan islam. Sejarah islam juga ada menyebut bahawa sarjana-sarjana islam dahulu berjaya dan cemerlang disebabkan akhlak dan kesungguhan mereka dalam sesuatu bidang yang diceburi. Islam juga telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang pakar dalam pelbagai bidang, seperti Ibnu Sina dalam ilmu

(27)

26

perubatan, al-Biruni dalam ilmu astronomi, Ibnu Rusyd dalam ilmu falsafah dan ramai lagi. Allah berfirman, iaitu:

“Wahai orang-orang yang beriman, rukuk serta sujudlah (mengerjakan solat), beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya) serta kerjakanlah amal-amal kebajikan, supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).(al-Hajj,22:77)

6.2 Memberi sumbangan

Umat islam adalah pemangkin dalam mewujudkan sebuah negara islam yang maju dan berjaya. Tidak kira bangsa, pangkat atau kedudukan sekalipun. Mereka harus mengetahui tanggungjawab dan peranan yang sebenar dalam membina peradaban insan. Umat islam haruslah memberi sumbangan kepada proses pembangunan dan kemajuan kehidupan muslim tidak kira dalam apa bentuk sekalipun sama ada dari segi fizikal, material ataupun intelektual. Seperti contoh , golongan cendiakawan atau intelek telah menyumbangkan idea dan kepakaran mereka dalam membentuk pembangunan dan kemajuan islam. Selain itu sumbangan ini dapat menjadi ilmu pengetahuan sebagai rujukan untuk orang lain kearah mencapai sebuah kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat. Contohnya Ibnu Sina yang telah menyumbangkan dalam tamadun islam dengan menyumbangkan kepakarannya dalam bidang perubatan. Kebijaksanaan beliau telah mendapat pengiktirafan dunia antaranya, beliau berhasil mengkaji dan menemukan penyakit baru serta puncanya seperti pengaruh kuman dalam penyakit, penyakit rubella, alahan, cacar, virus Tibi, penyakit jiwa dan sebagainya.

(28)

27 6.3 Bekorban dengan sepenuh hati

Berkorban apa saja dapat membuktikan seseorang muslim beriman dan cintaan kepada Allah. Pengorbanan bukan sahaja melalui wang ringgit, harta, tenaga, nyawa bahkan mengorbankan masa dan kesungguhan juga dituntut dalam kehidupan berlandaskan syariat islam untuk mendapatkan keredhaan Allah . Tanpa berkorban tidak akan wujudnya jihad dalam menentang serangan musuh-musuh Allah seperti serangan dari golongan yahudi, nasrani dan sebagainya. Allah telah menjanjikan syurga buat umat islam yang sanggup bekorban apa saja dengan sepenuh hati ke jalan Allah dalam membangunkan dan memajukan tamadun islam. Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah maka diantara mereka ada yang membunuh dan terbunuh.”(at-Taubah:111)

Pendorong seseorang itu sanggup berkorban berhabis-habisan untuk membangunkan kemajuan dan tamadun islam adalah disebabkan perasaan cinta kepada Allah. Jika seseorang itu tiada perasaan cinta sepenuh hati kepada Allah, maka mereka tidak sanggup untuk berkorban kejalan Allah dan mereka hanya memikirkan kepentingan masing-masing. Bukti pengorbanan telah melahirkan dan memajukan tamadun islam adalah seperti ketika zaman Rasulullah. Rasulullah dan para sahabat telah berkorban dengan berhabisan untuk menegakan Islam sehingga telah membentuk sebuah negara islam yang pertama di dunia. Contohnya Saidina Abu Bakar yang telah mengorbankan semua harta bendanya dalam memperjuangkan islam. Selain itu, dalam sejarah hijrah iaitu pengorbanan golongan muhajirin dan ansar dalam membawa kemajuan kepada negara islam Madinah. Pengorbanan golongan muhajirin yang sanggup meninggalkan keluarga, harta benda, sanggup menggadai nyawa dan melalui pelbagai rintangan ketika berhijrah ke Madinah manakala golongan ansar juga sanggup berkorban

(29)

28

dengan member bantuan tenaga, harta dan tempat tinggal kepada golongan muhajirin.

6.4 Menjaga hubungan yang baik

Manusia merupakan hamba Allah di muka bumi ini dan perlu mengikut segala suruhanNya. Sudah menjadi tanggungjawab manusia untuk menjaga hubungan yang baik dengan Allah dengan cara beriman kepada Allah dan percaya kepada Allah. Selain itu, memelihara dan menjaga hubungan yang baik sesama muslim dan mengeratkan hubungan juga merupakan mekanisme untuk melahirkan sebuah tamadun yang aman dan sejahtera. Seseorang itu perlu memelihara sesebuah perhubungan dengan hidup saling sayang menyayangi, bersatu padu, tolong menolong, saling menghormati dan sebagainya. Allah berfirman:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutuNya dengan sesuatu pun. Dan berbat baiklah terhadap kedua ibubapa, rakan, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga, teman sekerja, orang yang dalam perjalanan dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”(QS 4:36)

Secara tidak langsung, hubungan yang baik dan harmoni akan wujud jika hubungan yang dilaksanakan itu melalui konsep kejiranan, kemasyarakatan, pemerintahan dan juga kerakyatan dan dapat mewujudkan sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan bertamadun. Contohnya pada zaman Rasulullah. Sahabatnya pernah melihat Rasulullah mencium anak kecil lantas seorang sahabat menegurnya. “Engkau mencium anak kecil ya Rasulullah?”. Lalu Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi”. Kerana sifat terpuji yang sudah sebati dalam diri baginda, baginda telah berjaya mewujudkan tamadun islam.

(30)

29 7.0 KESIMPULAN

Konsep persaudaraan merupakan asas dalam membentuk kesatuan umat islam dalam sesebuah entiti masyarakat berlandaskan ikatan rabbani yang sememangnya bersifat universal tanpa mengira masa dan zaman. Keimanan yang kuat, ketaqwaan kepada Allah, kesatuan aqidah yang kukuh dan akhlak yang baik merupakan teras-teras dalam persaudaraan yang perlu ada dalam diri setiap muslim dalam melahirkan ikatan persaudaraan yang harmoni, terpelihara dan berlandaskan syariat islam. Terdapat banyak kelebihan dan faedah dalam menjalinkan persaudaraan islam antaranya adalah mendapat keredhaan Allah serta merasa manisnya iman, dilindungi di bawah naungan Arasy, menjadi ahli syurga di akhirat kelak dan dapat mendekatkan diri kepada Allah. Dalam persaudaraan dalam islam terdapat beberapa hak yang perlu dilaksanakan oleh semua muslim untuk mengukuhkan lagi sesebuah persaudaraan tersebut. Antara hak-hak tersebut adalah iaitu hak mengucapkan salam, hak memenuhi undangan, hak member nasihat, hak mendoakan ketika bersin, hak menziarahi dan hak mengiringi jenazah. Persaudaraan juga berperanan dalam membina peradaban insan. Antara peranan persaudaraan adalah mempersiapkan diri dengan ilmu dan akhlak yang mulia, memberi sumbangan, bekorban dengan sepenuh hati dan menjaga hubungan yang baik dalam membina peradaban Insan.

(31)

30

RUJUKAN / REFERENSI

Abdul Monir Yaacob & Sarina Othman, (1996). Pemerintahan Islam dalam Masyarakat

Majmuk. Selangor : Sierra Focus Sdn.Bhd.

Dr. Muhammad Sai’id Ramadhan Al-Buthy, (2005). Sirah Nabawiyah : Kajian

Mendalam Manhaj Gerakan Islam Pada Masa Rasulullah (s.a.w). Selangor:

Pustaka Dini Sdn.Bhd.

Fathul Bari, (2012). Keutamaan takwa dan akhlak mulia. [Online]. Available:

Hilmy Bakar Almascaty, (1994). Ummah Melayu: Kuasa Baru Dunia Abad Ke-21. Kuala Lumpur:Berita Publishing Sdn.Bhd.

Mohd Faizal P.Rameli, (2009). Sejarah Dan Perkembangan Tamadun Islam. Melaka: Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM.

Wan Mohd Hujjatullah Ghazali, (2012). Pendidikan Akidah. [Online]. Available: http://www.angelfire.com/in/elcom98/akidah.htm. [ 2 Oct 2012].

_________, (2012). [Online]. Available

downloads1/Khutbah-Jumaat/Tahun-2012/05-Mei/25-Mei-2012.pdf [ 2 Oct 2012]

Referensi

Dokumen terkait

Beberapa artefak yang ditemukan baik dari hasil penggalian maupun yang sudah berada di permukaan tanah yaitu batu-batu berbentuk kala; makara; batu berelief guirlande, gapa, pilar

Penelitian yang dilakukan di Kelurahan Pakuncen Wirobrajan Wogyakarta pada tahun 2012 juga menunjukkan hal yang serupa bahwa ada hubungan lemah antara indeks massa

Karena gejala ini sangat universal, hal tersebut pasti merupakan sifat dasar yang dimiliki oleh manusia, dan jika sifat manusia ini secara alamiah membawa kepada

Potensi di bidang industri pertambangan tersebut membutuhkan strategi perencanaan dan pengembangan yang lebih komprehensif yang mempertimbangkan beberapa aspek,

POROS KATUTE DESA BARAMBANG SINJAI BORONG

Sistem pengukuran kinerja BSC yang menggunakan beragam ukuran baik keuangan maupun non keuangan menunjukkan adanya target dan sasaran khusus yang lebih jelas untuk dicapai

[r]

Asumsi atau anggapan dasar adalah sesuatu yang diyakini kebenarannya oleh peneliti yang akan berfungsi sebagai hal yang dipakai untuk berpijak bagi peneliti dalam