@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Modul PT3 SM 309
Nama : _____________________________
Format Bahasa Melayu PT3 Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)
Bahagian A: (20%) 20 Soalan aneka pilihan
a. Sistem bahasa
b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)
Bahagian B: (25%)
Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)
Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%) Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)
Bahagian C: (15%)
Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2)
Kertas 2 : 40% (1 jam)
Bahagian A: (10%)
Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)
Bahagian B: (30%)
Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Sistem Bahasa Bahagian A
A. Golongan Kata
1. Penggunaan Kata Yang Tepat
1. Dalam bahasa Malaysia, terdapat beberapa perkataan yang mempunyai ejaan yang hampir sama tetapi berbeza makna.
2. Contoh:
i. belot- berpihak kepada musuh, menderhaka belut- sejenis ikan yang panjang seperti ular ii. telor- pelat
telur- benda yang mengandungi lembaga anak iii. tonton- lihat, tengok
tuntun- pimpin
Latihan:
Soalan 1-4
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
1. Beberapa orang peneroka Felda Sendayan telah menjadi jutawan segera apabila A
tanah mereka diambil untuk dijadikan kawasan perindustrian.Tiada kesalahan.
B C D
2. Ketibaan pegawai daerah itu disambut dengan gendangan kompang dan perarakan
A B C
bunga manggar. Tiada kesalahan.
D
3. Atlet yang berjaya meraih pingat emas dalam kejohanan sukan peringkat
A B
antarabangsa akan menerima habuan. Tiada kesalahan.
C D
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
4. Perkara yang turut dibincangkan dalam mesyuarat agung persatuan itu adalah
A B
tentang penerapan nilai-nilai murni. Tiada kesalahan.
C D
Soalan 5-8
Pilih ayat-ayat yang betul.
5. I Perabot yang diperbuat dari kayu jati itu tahan lama.
II Arman didenda kerana tidak menyiapkan kerja sekolahnya.
III Ayah memberi saya wang saku.
IV Suara pemidato itu sungguh lantang.
A. I, II, dan III B. II, III, dan IV C. I, III, dan IV D. I, II, dan IV
6. I Kami menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.
II Kawasan itu akan dilawati pegawai dari Jabatan Alam Sekitar.
III Abang menggesek cermin tingkap dengan sehelai kain.
IV Tikar mengkuang itu digolong oleh ibu lalu disandarkan pada dinding.
A. I dan II B. III dan IV C. I dan III D. II dan IV
7. I Kerajaan akan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Tambak Johor.
II Penyeludupan minyak diesel masih berleluasa.
III Mereka membincangkan tentang pertemuan beberapa jongkong emas di dalam gua itu.
IV Nelayan tidak turun di laut semasa musim tengkujuh.
A. I dan II B. III dan IV C. I dan III D. II dan IV
8. I Pemandu lori itu tidak dapat mengawal kenderaannya lalu menempuh penghadang jalan raya.
II Kerajaan telah membina lebih banyak kemudahan awam di kawasan pedalaman.
III Kami sekeluarga akan melancong ke luar negara.
Program Bahasa
Melayu
Edubest
IV Ibu sentiasa berpesan kepada kami agar mengikut resmi padi yang semakin berisi, semakin menunduk.
A. I, II, dan III B. II, III, dan IV C. I, II dan IV D. I, III, dan IV
2. Kata Banyak Makna
1. Kata banyak makna ialah kata yang mempunyai lebih daripada satu makna atau erti.
2. Bentuk kata banyak makna terbahagi tiga, iaitu:
• Kata dasar. Contoh: alamat (tanda, keterangan tempat tinggal).
• Kata berimbuhan. Contoh: menggulung (melipat benda yang berlembar, mengakhiri hujah).
• Kata ganda. Contoh: diam-diam (secara senyap-senyap, tidak berbuat apa- apa).
Latihan:
Soalan 1-8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
1. I Dia melucutkan pakaiannya yang sendat itu dan terus mandi.
II Pondok tempat kami berlindung itu terlalu sendat dengan manusia.
III Pintu itu saya sendat dengan kayu supaya tidak dapat dibuka dari luar.
IV Negara-negara maju mengalami keadaan sendat disebabkan birokrasi pentadbiran yang berlebih-lebihan.
A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan III
2. I Ibu menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah.
II Para belia perlu menanam dengan bersungguh-sungguh bagi memajukan perniagaa.
III Ibu bapa hendaklah menanam kesedaran sivik kepada anak-anak.
IV Semangat kesukanan perlu menanam dalam kalangan rakyat Malaysia.
Program Bahasa
Melayu
Edubest
A. I dan II B. III dan IV C. I dan III D. II dan IV
3. I Seseorang perlulah mempunyai sifat bernas untuk menjadi pemimpin.
II Kita hendaklah bernas dalam menjalankan tugas.
III Tanaman padi itu mengeluarkan hasil yang bernas.
IV Ideanya yang bernas diterima pakai oleh syarikat.
A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan III
4. I Dengan sepenuh daya dia mencuba mengalahkan lawannya.
II Keindahan alam semula jadi di tempat itu telah menjadi daya tarikan pelancong untuk berkunjung ke situ.
III Hasil daya ciptanya yang bermutu, Fahrin telah memenangi pertandingan mereka cipta itu.
IV Munirah tidak daya untuk membeli telefon bimbit yang mahal itu.
A. I, II, dan III B. II, III, danIV C. I, II, dan IV D. I, Ill, dan IV
5. I Petani itu menimba air dari sungai untuk mengairi ebunnya.
II Aizat menimba pengalaman menulis dengan menyertai bengkel penulisan.
III Ah Chon menimba ikan yang dibeli oleh pelanggaannya dengan dacing.
IV Pengarang itu menimba perkataan daripada bahasa daerah utara tanah air dalam karyanya.
A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan III
6. I Gugur hati saya melihat keadaan pakaian pengemis itu yang compang-camping.
II Buah duriah yang gugur itu dikutip oleh Pak Cik Sani.
III Jasa anggota tentera yang gugur di medan peperangan wajar dikenang.
IV "Kesatlah air matamu yang gugur itu," pujuk Zaidi kepada Amirah.
A. I dan II
B. II dan III
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
C. II dan IV D. III dan IV
7. I Haikal melonjak longkang yang dalam itu untuk pergi ke kedai.
II Budak-budak itu melonjak apabila diberikan sebungkus
III Hatinya melonjak kegembiraan apabila terpilih sebagai pelajar terbaik.
IV Harga minyak kelapa sawit melonjak kerana bekalan kelapa sawit sangat kurang.
A. I, II, dan III B. II, III, dan IV C. I, II, dan IV D. I, III, dan IV
8. I Wabak selesema burung yang menjalar ke negara Asia membimbangkan orang ramai.
II Ular-ular belan itu menjalar di dalam peti kaca.
III Kangkung ialah sejenis tumbuhan yang menjalar.
IV Pak Alan menjalar pokok kelapa yang tinggi itu.
A. I, II, dan III B. II, III, dan IV C. I, II, dan IV D. I, III, dan IV
3. Kata Hampir Sama Makna
1. Kata hampir sama makna ialah kata yang mempunyai maksud yang hampir sama.
2. Kata ini dibezakan berdasarkan penggunaannya dalam konteks ayat.
3. Contoh:
• hempap- henyak- hentak- tekan
• potong- hiris- cencang- siang
• tatang- junjung- jinjing- kelek
Latihan:
Soalan 1-3
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1. Hujan lebat menyebabkan jarak ____________ pemandu kenderaan kurang jelas.
A. pertemuan B. penglihatan C. pertembungan D. pemerhatian
2. Gejala rasuah haruslah ____________ dengan segera demi menjamin kestabilan negara.
A. dibanteras B. dibuang C. disekat D. dikikis
3. Ibu menggoreng ikan sehingga ____________ kerana ayah menggemarinya.
A. rapuh B. garing C. rangup D. kering
Soalan 4-6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
4. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah pengangguran mahasiswa di
A B C
negara ini. Tiada kesalahan.
D
5. Setiausaha persatuan itu sedang mencatatkan agenda mesyuarat itu. Tiada
A B C D
kesalahan.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
6. Pihak berkuasa menyerbu premis perniagaan di pusat bandar itu kerana disyaki A
terlibat dalam kegiatan cetak rompak. Tiada kesalahan.
B C D
Soalan 7-8
Pilih ayat-ayat yang betul.
7. I Mereka lari berkeliaran mencari tempat perlindungan apabila hujan turun secara tiba-tiba.
II Sukar untuk Puan Zainab memahami hati anak sulungnya.
III Saya amat bersyukur kerana masih ada insan yang ingin membantu.
IV Nenek belum sembuh daripada demam.
A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan III
8. I Kejayaan yang dicapai oleh pasukan boling negara amat membanggakan.
II Perdana Menteri menyeru rakyat agar berganding bahu untuk menbangkitkan negara.
III Kegagalan kontraktor menyiapkan makmal komputer sekolah disebabkan ketidakcekapan pihak pengurusan.
IV Fikirannya tunggang-langgang kerana memikirkan beban hutangnya.
A. II dan III B. III dan IV C. I dan III D. I dan IV
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
B. Penggunaan Kata Dalam Ayat
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
1. I Lela pasti bahawa dia dapat meneka kandungan bungkusan itu dengan menggoncangkannya.
II Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dapat menyebabkan Serangan sakit jantung.
III Kandungan penduduk negara itu meningkat 20 peratus setiap tahun.
IV Suri rumah tangga harus memilih sayur-sayuran yang mempunyai kandungan vitamin yang tinggi.
A. I dan IV B. I, II, dan IV C. II, III, dan IV D. I, II, III, dan IV
2. I Operasi kilang itu masih lagi berjalan seperti biasa walaupun Pengurus Besarnya telah meninggal dunia.
II Semua persiapan untuk menyambut Hari Kebangsaan pada tahun ini berjalan dengan lancar.
III Dia bercadang untuk berjalan ke kampungnya pada Hari Raya Puasa akan datang.
IV Para pelajar dilarang berjalan di atas rumput yang baru ditanam itu.
A. I dan II B. II dan III C. I, II, dan IV D. I, II, III, dan IV
3. I Tutur katanya yang tajam itu benar-benar menyakitkan hati ibunya.
II Dia tidak mahu makan ubat itu kerana rasa ubat itu tajam.
III Masyarakat orang Asli di kawasan itu menggunakan buluh tajam untuk menangkap ikan.
IV Fikirannya yang tajam telah membantunya menangkis dan membidas hujah pihak pembangkang.
A. I dan II B. II dan III C. I, III, dan IV D. I, II, III, dan IV
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
C. Memilih Frasa Yang Betul
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
1. Wang itu saya belum terima lagi.
A. saya belum menerima B. belum saya menerima C. belum saya terima D. saya belum terima
2. Chee Leong menanti kawannya selama dua setengah jam di Perhentian Bas Puduraya.
A. selama jam dua setengah B. selama setengah dua jam C. selama dua jam setengah D. selama dua setengah jam
3. Ida ingin pulang rumah dengan segera.
A. ingin pulang di rumah B. ingin berpulang ke rumah C. ingin pulang ke rumah D. ingin pulang rumah
D. Memilih Ayat Yang Betul Pilih ayat-ayat yang betul.
1. I Keadaan rumah itu lintang-pukang apabila penyewanya berpindah.
II Buah mangga yang gugur itu manis-manis dan elok-elok isinya.
III Dia berjaya menduduki tempat paling hadapan dalam perlumbaan itu.
IV Ayah saya sangat gemar pakai songkok apabila pergi ke pekan.
A. I dan II B. II dan III C. I, II, dan III D. I, II, III, dan IV
2. I Pegawai itu enggan menyerahkan tugas tersebut kepada Aspani kerana meragui keikhlasannya.
II Peluang Hafiz untuk melayakkan diri ke pertandingan akhir terhapus dengan
Program Bahasa
Melayu
Edubest
kekalahannya kepada pemain Korea.
III Semua pihak dirayu agar bekerjasama dengan kerajaan bagi menjayakan projek tersebut.
IV Malaysia mengadakan perbincangan dua hala dengan Indonesia bagi mengatasi masalah rakyatnya yang memasuki negara ini secara haram.
A. I dan II B. II dan III C. I, III, dan IV D. I, II, dan III
3. I Cikgu Mustafa sanggup berkorban masa untuk memeriahkan majlis itu.
II Dia merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbangkan tenaga untuk menjayakan projek itu.
III Pengurus syarikat itu menghadiahi pingat kepada pekerja-pekerja yang cemerlang.
IV Ayah mengehadkan kelajuan keretanya semasa menuruni bukit yang curam itu.
A. I dan II B. II dan III C. I, II, dan IV
D. I, II, III, dan IV
E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
1. Perbincangan itu menemui jalan buntu kerana setiap pihak enggan mengalah kepada pihak yang lain.
A. Semua pihak enggan mengalah kerana perbincangan itu menemui jalan buntu.
B. Oleh sebab semua pihak menemui jalan buntu, perbincangan itu tidak dapat diteruskan.
C. Keengganan setiap pihak untuk bertolak ansur menyebabkan perbincangan itu menemui jalan buntu.
D. Jalan buntu yang dihadapi dalam perbincangan itu menyebabkan semua pihak enggan mengalah.
2. Para pelajar yang memperlihatkan kecemerlangan dalam bidang
akademik dan kokurikulum mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki universiti.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
A. Peluang kemasukan ke universiti adalah lebih cerah bagi pelajar yang menunjukkan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
B. Kemasukan ke universiti bangyak bergantung pada kebolehan pelajar untuk menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
C. Pelajar-pelajar yang hanya maju dalam bidang akademik tetapi mengabaikan kokurikulum tidak mungkin dapat memasuki universiti.
D. Hanya pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sahaja yang akan diterima masuk ke universiti.
3. Untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur,
kerajaan pusat telah mengambil keputusan untuk membina jalan-jalan raya yang baharu.
A. Projek pembinaan jalan-jalan raya yang baru diputuskan oleh kerajaan di pusat dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.
B. Projek pembinaan jalan-jalan raya yang menyesakkan lalu lintas di Kuala Lumpur baru sahaja diputuskan oleh kerajaan pusat.
C. Untuk menjalankan projek pembinaan jalan-jalan raya yang baharu, kerajaan pusat membuat keputusan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.
D. Kerajaan pusat telah membuat ketetapan untuk membina jalan-jalan raya yang baharu di Kuala Lumpur untuk mengatasi kesesakan lalu lintas.
F. Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.
1. Hakeem kelihatan gugup dan menggelabah sewaktu diminta untuk bercakap di hadapan kelas.
Hakeem dikatakan seorang yang ____________.
A. keramat hidup B. pening lalat C. tin kosong D. darah gemuruh
2. Kasih sayang Panditan terhadap isterinya sudah semakin pudar walaupun baru dua tahun mendirikan rumah tangga.
Tingkah laku Panditan itu ibarat _____________.
A. embun di hunjung rumput B. telur di hujung tanduk
C. gula di dalam mulut
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
D. hujan jatuh ke pasir
3. Khairil menasihati adiknya supaya rajin belajar tetapi nasihatnya tidak diendahkan oleh adiknya.
asihat Khairil itu umpama ____________.
A. ada udang di sebalik batu
B. mencurahkan air ke daun keladi C. nasi menjadi bubur
D. air dalam tempayan dicurahkan
( / )
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Bahagian B
1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan tatabahasa:
• Kata tugas
• Ayat
• Istilah
• Imbuhan
• Hukum DM
Ayat Jenis Kesalahan
Tatabahasa (i) Impian Asrul supaya menyertai pertandingan
mendeklamasikan sajak terpaksa dilupakan kerana dia akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan.
(ii) Bendera gergasi yang berukuran panjang 50 meter telah mereka siapkan bersama-sama sejak sebulan lalu.
(iii) Penyampai radio memaklumkan keadaan lalu lintas agak sibuk dan sesak di kebanyakan jalan-jalan menuju pusat bandar raya Kuala Lumpur.
(iv) Mesyuarat itu terpaksa ditamatkan sebelum jam lima petang sehingga menyebabkan agenda lain-lain hal tidak dapat dibincangkan.
( /8)
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan ejaan:
• Kata majmuk
• BA →BM
• Vokal (a e i o u)
• Tanda baca (Aa / “ ” / - )
• Imbuhan (gg & kk)
Ayat Jenis Kesalahan
Ejaan (i) Kerajaan menggalakkan usahawan tempatan
memasarkan prodak mereka ke luar negara bagi memperoleh keuntungan yang berganda.
(ii) Masyarakat Malaysia memang terkenal sebagai masyarakat yang perihatin kerana selalu menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam di seluruh dunia.
(iii) Peter amat tidak berpuas hati dengan tindakan majikannya yang gemar mengesploitasikan pekerja- pekerja wanita bagi melariskan jualan mereka.
( /3)
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
3. Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk.
(i) Awatif sedang membaca buku di ruang tamu.
Afeeqah sedang menjahit baju di biliknya. Awatif
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(ii) Bas ekspres itu menuju ke Putrajaya.
Bas ekspres itu dinaiki oleh Amila.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iii) Ayah membelikan ibu sepasang kasut sempena Hari Ibu.
Ayah membelikan ibu seutas rantai sempena Hari Ibu.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iv) Razlan menunggu bas di luar pagar sekolah.
Razlan pulang ke rumah.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(v) Cikgu memarahi pelajar Tingakatan Tiga Amanah.
Pelajar tidak menyiapkan latihan.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
( /10)
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
4. Berdasarkan pernyataan-pernyataan di bawah, nyatakan satu peribahasa yang sesuai bagi pernyataan tersebut .
(i) Sikap sesetengah orang yang suka meminjam wang untuk membayar hutang yang sedia ada sebenarnya boleh menyusahkan diri sendiri. Tindakan ini boleh diibaratkan seperti _________________________________________
(ii) Pihak berkuasa tempatan telah meluluskan pembinaan sebah jejantas di hadapan sekolah rendah itu selepas satu kemalangan maut yang mengorbankan seorang pelajar pada minggu lepas. Hal ini boleh diibaratkan sebagai _______________________________________________________
( /4)
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Penulisan : A. Rumusan (15%)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiritanpa mengubah maksud asal petikan.
Kini, bahasa Inggeris mula diberi penekanan yang sewajarnya dalam sistem pendidikan tanah air setelah pengenalan dasar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan metematik dalam bahasa tersebut. Dasar kerajaan itu tepat pada masanya memandangkan penggunaan bahasa Inggeris yang begitu meluas di kalangan warga dunia. Dengan menguasai bahasa teknologi tersebut, adalah tidak sukar untuk rakyat kita berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan penduduk di negara gergasi lain seperti Amerika Syarikat, Eropah dan England di camping merealisasikan wawasan murni tanah air.
Bahasa Inggeris sebenarnya memainkan peranan yang amat penting sebagai bahasa komunikasi. Dengan fasih bertutur dalam bahasa tersebut, kita tidak akan menghadapi kesusahan ketika berada di luar negara. Malahan, persefahaman lebih senang wujud antara kita dengan orang asing apabila bahasa tersebut digunakan. Masalah kesesatan ketika berada di luar negara tidak akan wujud memandangkan kita dapat bertutur bahasa Inggeris dengan baik.
Bukan itu sahaja, kita sedia maklum bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa pilihan utama para cendekiawan terkenal. Mereka cenderung untuk menghasilkan karya mereka dalam bahasa tersebut. Kita akan lebih senang menguasai ilmu mereka sekiranya kita sendiri terlebih dahulu menguasai bahasa Inggeris. Kini bahasa Inggeris turut menjadi bahasa internet dan teknologi maklumat. Menguasai bahasa Inggeris bermaksud kita turut berpeluang untuk menguasai ilmu teknologi maklumat yang semakin canggih. Dengan ilmu tersebut, adalah tidak sukar untuk kita menyalur ilmu demi membangunkan negara pada alaf baru ini.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Tulis sebuah karangan tentang gambar berikut.
Kompenen Kesusasteraan Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Isi :
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
C. Karangan Umum (30%) Karangan Jenis Fakta
Panduan Menulis Karangan Jenis Fakta
PANDUAN KARANGAN FAKTA
• Karangan format ini tidak mempunyai format yang khusus tetapi mesti mempunyai pendahuluan, isi dan penutup
• Lazimnya, tajuk yang dikemukakan isu semasa yang disiarkan dalam akhbar atau majalah.
• Huraikan isi-isi yang dikemukakan dengan jelas seperti yang kehendaki oleh soalan.
o Sekurang-kurangnya 4 isi dalam setiap karangan
o Calon digalakkan menulis sekurang-kurangnya 4 ayat dalam setiap perenggan agar huraian calon lengkap dan mencukupi
• Bagi menyokong isi-isi yang dikemukakan, sertakan contoh-contoh yang bersesuaian.
• Bagi setiap isi, sila guna 4 jenis ayat berikut : o Ayat judul
o Ayat huraian o Ayat contoh
▪ Contohnya, Misalnya, Umpamanya, Tamsilnya, o Ayat penegas
▪ Tegasnya, Natijahnya, Ringkasnya, Tuntasnya
• Calon digalakkan agar menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca.
Contoh:
Tulis suatu karangan yang bertajuk “Keselamatan Jalan raya Tanggungjawab bersama”
Kadar kemalangan jalan raya di negara kita terus meningkat dari setahun ke setahun. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak berkuasa melalui Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia. Namun hasilnya amat menyedihkan. Memandangkan seriusnya masalah ini, semua pihak di negara kita perlu mengatasinya bersama-sama.
Pemandu kenderaan berat selalu diingatkan supaya berhati-hati di jalan
Program Bahasa
Melayu
Edubest
raya. Mereka dilarang memandu laju kerana kenderaan sukar untuk dikawal apabila dalam keadaan demikian. Pemandu yang melanggar had laju yang ditetapkan akan dikenakan denda. Misalnya had laju di jalan biasa ialah 90 kilometer sejam dan di lebuh raya 120 kilometer sejam. Tegasnya, sekiranya semua pemandu mematuhi had laju tersebut, kenderaan dapat dikawal jika berlaku sesuatu kecelakaan . dan kemalangan dapat dielakkan.
Selain itu, pengguna jalan raya yang lain juga perlu merancang perjalanan mereka. Mereka yang bekerja perlu keluar awal supaya tidak memandu kenderaan dalam keadaan tergesa-gesa, manakala mereka yang ingin berjalan jauh kerana bercuti, balik ke kampung, atau urusan lain perlulah berada dalam keadaan tubuh badan yang sihat dan cukup rehat.
Misalnya, setelah penat memandu, berhentilah seketika di tempat-tempat rehat yang telah disediakan di sepanjang lebuh raya atau mereka memandu kenderaan secara bergilir-gilir untuk mengelakkan hilang tumpuan ketika memandu kenderaan yang dinaiki. Natijahnya, perancangan perjalanan yang baik dapat memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Pihak syarikat yang membaik pulih jalan juga perlu merancang operasi mereka. Kajian telah menunjukkan bahawa kerja-kerja baik pulih jalan boleh menyebabkan kemalangan. Hal ini disebabkan kerja-kerja tersebut dijalankan pada waktu malam untuk mengelakkan panas terik matahari. Tambahan pula pekerja lebih selesa bekerja pada waktu malam kerana cuaca agak sejuk dan bilangan kenderaan berkurangan berbanding pada waktu siang. Umpamanya, kerja penurapan jalan perlu dijalankan pada waktu malam apabila bilagnan kenderaan adalah tidak tinggi. Hal ini dapat mengelakkan pemandu yang rabun jauh melanggar pekerja atau jentera yang sedang beroperasi ketika itu.
Ringkasnya, kerja kemalangan dapat dielakkanjika kerra penyenlenggaraan jalan dijalankan pada masa lalu lintas kurang sibuk.
Ketegasan pihak kerajaan amat perlu dalam melaksanakan kempen kemalangan sifar. Denda berat yang dikenakan terhadap pemandu cuai perlu dipertingkatkan. Contohnya denda menggantung lesen memandu terhadap pemandu berbahaya dan yang menyebabkan kematian penumpang selama setahun tidak digeruni oleh pemandu. Pemandu mungkin terpaksa kehilangan sumber pencarian untuk menampung keluarga tetapi denda yang tinggi menjadikan mereka berfikir dan lebih berhati-hati ketika bertugas. Tamsilnya, denda maksimum sebanyak RM300 hendaklah dikenakan terhadap pesalah dan dibayar serta-merta apabila melakukan kesalahan yang tidak boleh dirayu seperti kesalahan memandu melebihi had laju, memotong garisan kembar, memoton sebelah kiri, serta melanggar lampu isyarat. Dengan ini, kemalangan yang diakibatkan daripada kecuaian dan sikap pemandu dapat
dielakkan.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Kesimpulannya, kerjasama semua pihak untuk mengatasi kes kemalangan jalan raya yang semakin meningkat amat diperlukan. Tidak ada gunanya jika kerajaan sahaja yang bertegas sedangkan orang ramai mengambil mudah peraturan yang ditetapkan dan cuai ketika menggunakan jalan raya.
Latihan :
1. Tuis suatu karangan tentang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan oleh kerajaan.
2. Kesan buruk penggunaan telefon bimbit oleh remaja
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Pelan Lokasi
Pusat Tuisyen Didikan Genius @
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my