• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBANGUNAN MODUL KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK MENGAPLIKASI MODEL ASSURE. Nurfadhli Dzil Ikram Shahril Azman¹ Mahyuddin Arsat2*

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PEMBANGUNAN MODUL KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK MENGAPLIKASI MODEL ASSURE. Nurfadhli Dzil Ikram Shahril Azman¹ Mahyuddin Arsat2*"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

89

PEMBANGUNAN MODUL KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK MENGAPLIKASI MODEL ASSURE

Nurfadhli Dzil Ikram Shahril Azman¹ Mahyuddin Arsat2*

1, 2*Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia

¹ndikram2@graduate.utm.my; 2*mahyuddin@utm.my

ABSTRAK

Modul akademik merupakan satu bahan pembelajaran dan rujukan oleh pelajar untuk belajar secara sendiri bagi mendalami sesuatu kursus atau subjek. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, tiada modul khusus bagi kursus Asas Reka Cipta di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Justeru itu, matlamat utama kajian ini dijalankan adalah bagi menghasilkan sebuah modul akademik bagi kursus Asas Reka Cipta. Modul ini dibina berdasarkan Teori Pembelajaran Berasaskan Projek kerana teori yang diketengahkan mempunyai perkaitan rapat dengan kursus Asas Reka Cipta iaitu melibatkan tugasan yang perlu diselesaikan oleh pelajar melalui pendekatan pembelajaran abad ke-21 seperti kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan kolaborasi. Selain itu, modul ini dibangunkan berpandukan fasa-fasa pembangunan modul yang terdapat dalam Model ASSURE iaitu menganalisis tahap keupayaan pelajar, menetapkan objektif pembelajaran, memilih bahan dan media, menggunakan bahan dan media, melibatkan pelajar serta menilai dan menyemak semula. Terdapat tiga topik utama yang diterapkan dalam modul serta mengandungi beberapa objektif pembelajaran, aktiviti dan latihan pada setiap topik pelajaran. Instrumen kajian yang digunakan adalah kaedah protokol temu bual kepada dua orang pakar bidang untuk menilai kesahan kandungan modul. Manakala, soal selidik pula diberikan kepada pelajar yang sedang mengikuti kursus Asas Reka Cipta untuk menilai keberkesanan modul dari segi kandungan, reka bentuk dan kesesuaian modul. Dapatan kajian tentang kesahan kandungan modul menunjukkan maklum balas yang positif daripada pakar dalam bidang Asas Reka Cipta. Seterusnya, kekerapan dan peratusan responden menjawab setuju dan sangat setuju bagi ketiga-tiga sub-konstruk soal selidik adalah sangat tinggi. Konklusinya, modul akademik Asas Reka Cipta berjaya dibangunkan oleh penyelidik berpandukan Teori Pembelajaran Berasaskan Projek dan Model ASSURE.

Kata Kunci: Pembelajaran Berasaskan Projek, Model ASSURE

(2)

90

1. PENGENALAN

Dalam aktiviti pendidikan, pelajar perlu diberikan rangsangan supaya dapat menghubungkaitkan pelajaran semasa dengan pengetahuan sedia ada. Hal ini bagi melatih minda dan kemahiran berfikir

pelajar di luar kotak. Seperti yang kita tahu, kebolehan dan kecerdasan setiap pelajar adalah berbeza. Sehubungan itu, Johari Bin Hassan dan Masrom (2006) menyatakan salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan menggunakan modul sebagai bahan pembelajaran.

Modul adalah satu bahan bacaan yang digunakan oleh pelajar daripada peringkat sekolah rendah sehingga peringkat pengajian tinggi untuk memahami subjek dengan lebih mendalam samada berbentuk media bercetak ataupun berbentuk digital.

Perubahan strategi pembelajaran yang diterapkan dalam pembelajaran abad ke-21 dari berpusatkan guru (teacher-centered learning) kepada pembelajaran berpusatkan pelajar (student- centered learning) merupakan satu usaha untuk mengoptimumkan proses pembelajaran kerana membuatkan pelajar lebih aktif dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Oleh itu, pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek dilihat berupaya meningkatkan penglibatan pelajar semasa sesi PdPc berlangsung. Selain itu, kaedah pembelajaran ini memberikan pengalaman belajar secara langsung kepada pelajar kerana mereka perlu mengaitkan perkara yang telah dipelajari dalam menghasilkan satu prototaip produk sehingga terbangunnya satu projek akhir.

1.1 Objektif Kajian

Antara objektif kajian adalah seperti berikut:

i. Membangunkan modul akademik bagi kursus Asas Reka Cipta berdasarkan Teori Pembelajaran Berasaskan Projek.

ii. Membangunkan modul akademik bagi kursus Asas Reka Cipta berdasarkan Model Pembangunan Modul ASSURE.

iii. Menilai keberkesanan modul kepada pelajar Latihan Teknikal dan Vokasional di Sekolah Pendidikan, UTM.

2. METODOLOGI KAJIAN 2.1 Reka bentuk Kajian

Penyelidik telah memilih Model ASSURE sebagai rujukan semasa membangunkan modul akademik bagi kursus Asas Reka Cipta. Hal ini kerana kandungannya tersedia prosedur yang sistematik dan lengkap. Sehubungan itu, langkah-langkah pembangunan modul yang diperakui dalam Model ASSURE menjadi rujukan utama penyelidik sepanjang pemprosesan data modul.

Berbantukan model ini, pereka modul berkeyakinan menentukan bahan serta media yang sesuai dengan topik pdpc. Selain itu, pembelajaran bertunjangkan modul mencetuskan semangat belajar dalam kalangan pelajar-pelajar untuk mencerap pengetahuan dan membangunkan kemahiran dalam melaksanakan tugasan amali

(3)

91

2.2 Proses Pembangunan Modul

Zuhrita Ariefiani, Djoko Kustano, Syaad Pathmantara (2016), menegaskan model ASSURE mampu menjadi salah satu sumber bahan pembelajaran yang boleh diguna pakai dalam pembelajaran berasaskan projek atau amali serta dijangka dapat mencapai kehendak objektif pembelajaran.

Elemen-elemen yang terdapat dalam model pembangunan modul ASSURE yang digariskan adalah seperti berikut:

Rajah 1: Carta alir proses penghasilan modul mengikut Model ASSURE

(4)

92

2.3 Sampel dan Responden Kajian

Peserta kajian terdiri daripada 3 orang pelajar yang sedang mengikuti kursus Asas Reka Cipta untuk menganalisis tahap kemampuan mereka sebelum modul dibangunkan berdasarkan soalan temu bual.

Peserta dipilih daripada kalangan pelajar kerana mereka lebih mengetahui tahap kemampuan diri sendiri berbanding guru atau pengajar. Kemudian, 2 orang pakar dari kalangan pensyarah yang memiliki kepakaran dalam bidang Asas Reka Cipta dilantik untuk ditemu bual bagi menilai kesahan kandungan modul dalam aspek kandungan berkaitan pernyataan objektif, pemilihan dan penggunaan media dan bahan, aktiviti-aktiviti yang diperlukan serta penilaian modul. Hal ini kerana, pakar bidang mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam berkenaan sesebuah subjek atau kursus.

Akhir sekali, responden kajian tertumpu kepada mahasiswa/i yang mengikuti kursus Asas Reka Cipta daripada program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan di sebuah universiti daerah Johor Bahru. Sampel sebenar bagi populasi kajian ini melibatkan 38 pelajar. Persampelan secara tidak rawak diketengahkan dalam mendapatkan maklumat kajian.

3. ANALISIS DATA

Data kualitatif yang diperoleh akan dinilai dengan menggunakan kaedah analisis bertema berdasarkan model pembangunan modul ASSURE. Terdapat 6 tema yang digunakan untuk menganalisis data kualitatif iaitu yang pertama adalah tema penganalisisan pelajar, kedua tema pernyataan objektif, ketiga tema pemilihan media dan bahan, keempat adalah tema penggunaan media dan bahan, kelima adalah tema penglibatan pelajar dalam pembelajaran dan akhir sekali adalah tema menilai dan menyemak bahan.

Manakala, analisis data kuantitatif dinilai berdasarkan set soal selidik yang diberikan kepada responden untuk menguji keberkesanan modul terhadap tiga sub-konstruk soal selidik iaitu kandungan modul, reka bentuk modul, dan kesesuaian modul. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian komputer iaitu “Statistical Package for the Social Science” SPSS untuk mencari nilai kekerapan dan peratusan responden yang menjawab soal selidik bagi setiap item.

Formula mengira peratusan adalah seperti berikut:

4. PERBINCANGAN

4.1 Adakah Modul Akademik Asas Reka Cipta Dapat Dibina Berdasarkan Teori Pembelajaran Berasaskan Projek?

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, penyelidik menganalisis modul yang telah dibangunkan berdasarkan kepada konsep pembelajaran berasaskan projek menurut Siti Saleha (2018)

(5)

93

iaitu guru/ pensyarah sebagai pemudahcara dan pembimbing semasa PdPc, pelajar secara individu atau kumpulan menyiapkan tugasan setelah guru memberi penerangan, penggunaan soalan berbentuk terbuka untuk mencungkil pengetahuan pelajar, kebebasan dalam mendapatkan maklumat dan yang terakhir adalah penerapan nilai PAK-21 dalam pembelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan kandungan modul menepati konsep pembelajaran berasaskan projek. Justeru, modul Asas Reka Cipta berjaya dibina berdasarkan kepada konsep pembelajaran berasaskan projek

4.2 Adakah Modul Akademik Asas Reka Cipta Dapat Dibina Menggunakan Model Pembangunan Modul ASSURE?

Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua, analisis data dilakukan berdasarkan kepada Model ASSURE yang terdiri daripada 6 elemen. Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa pakar bidang memberikan maklum balas yang positif terhadap soalan-soalan yang diajukan. Kedua-dua pakar bidang bersetuju bahawa objektif pembelajaran mudah difahami kerana ditulis dengan format yang betul dan dinyatakan dengan jelas. Selain itu, mereka berpendapat bahawa penggunaan media dan bahan modul diaplikasikan dengan baik seperti saiz tulisan yang mudah dibaca, penggunaan warna yang menarik dan reka bentuk grafik yang bersesuaian dengan maklumat yang diberikan.

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan dari segi arahan aktiviti yang disediakan dalam modul maka penyelidik telah membuat penambahbaikan. Antara lain, kedua-dua pakar bidang menyatakan latihan dalam modul dapat mengukuhkan kefahaman pelajar berkaitan topik pelajaran.

Justeru, pakar bidang mengesahkan kandungan modul adalah sesuai dengan standard kursus Asas Reka Cipta dan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh para pelajar. Hal ini dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar serta mendorong kepada peningkatan prestasi pelajar jika modul akademik ini digunakan dengan sebaiknya.

4.3 Analisis Keberkesanan Modul

Modul akademik ini dibangunkan sebagai bahan rujukan para pelajar bagi kursus Asas Reka Cipta.

Maka, aspek keberkesanan modul perlu dititikberatkan supaya modul yang dibina menepati kehendak objektif pembelajaran. Oleh itu, penyelidik telah membina set soal selidik untuk menilai tahap keberkesanan modul berdasarkan tiga subkonstruk iaitu penilaian kandungan modul, penilaian reka bentuk modul dan penilaian kesesuaian modul.

Hasil dapatan daripada soal selidik mendapati penilaian kandungan modul yang mengandungi 6 item soalan jelas menunjukkan kandungan modul berada pada tahap yang baik kerana majoriti responden memilih setuju dan sangat setuju pada ke enam-enam item. Nilai kekerapan sangat setuju paling tinggi dicatatkan pada item satu iaitu objektif modul dinyatakan dengan jelas menunjukkan bahawa objektif pembelajaran merupakan antara perkara paling penting dalam sesebuah modul pembelajaran. Objektif yang dinyatakan dengan jelas membantu pelajar mengenal pasti perkara yang perlu dikuasai pada setiap bab.

Seterusnya, hasil analisis subkonstruk kedua yang juga mengandungi 6 item soalan menunjukkan reka bentuk modul berada pada tahap yang sangat baik. Hal ini dibuktikan apabila

(6)

94

majoriti responden menjawab pada skala sangat setuju pada setiap item yang diajukan. Nilai kekerapan paling tinggi yang menjawab sangat setuju adalah pada item 3 dan 5 iaitu penggunaan warna yang menarik perhatian pembaca dan jenis tulisan dalam modul mudah dibaca. Penggunaan warna yang sesuai dapat mengekalkan perhatian pembaca dan mengelakkan rasa bosan. Hal ini disokong dengan kajian yang telah dijalankan oleh Jost, Ouerhani, Wartburg, Müri and Hügli (2005), bahawa penggunaan gambar yang berwarna dapat mengekalkan kontak mata manusia berbanding dengan warna hitam putih sahaja.

Dapatan kajian bagi subkonstruk yang ketiga iaitu berkaitan kesesuaian modul juga menunjukkan responden memberikan maklum balas positif terhadap lima item yang diajukan. Data menunjukkan jumlah kekerapan menjawab item paling tinggi bagi skala sangat setuju adalah pada item 5 iaitu kandungan modul mampu dilaksanakan dengan baik diikuti dengan latihan pengukuhan di akhir bab adalah sesuai dengan tahap pembelajaran. Hal ini kerana modul ini telah dibangunkan dengan menjalani proses pembangunan modul ASSURE iaitu memastikan supaya bahan pembelajaran yang direka bentuk dapat mencapai kehendak silibus dengan membuat latihan dan penilaian semula bahan yang telah dibangunkan sebelum dapat digunakan oleh pengguna.

Konklusinya, kebanyakan responden bersetuju bahawa modul akademik bagi kursus Asas Reka Cipta ini menepati aspek keberkesanan modul berdasarkan tiga subkonstruk yang telah diterangkan. Hasil perbincangan ini membuktikan bahawa modul ini dapat dijadikan bahan rujukan yang khusus oleh pelajar dalam mempelajari kursus Asas Reka Cipta di institusi pengajian mereka.

5. KESIMPULAN

Objektif utama kajian yang memfokuskan kepada pembangunan modul akademik Asas Reka Cipta ini dapat dibina berpandukan kepada model pembangunan modul serta teori pembelajaran yang telah dipilih. Dalam mereka bentuk sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran seperti modul terdapat pelbagai aspek keperluan serta kemampuan pelajar yang perlu diambil kira supaya pelajar dapat mengawal corak pembelajaran mereka. Justeru itu, penyelidik telah menjalankan beberapa proses dengan mengenal pasti masalah kajian sehingga proses penilaian modul sebelum modul akademik ini dapat direalisasikan.

Berdasarkan analisis data yang dilakukan, dapatan kajian menunjukkan kandungan modul yang dibangunkan adalah selari dengan konsep pembelajaran berasaskan projek iaitu menepati aspek kebolehpercayaan modul. Penilaian kesahan kandungan modul daripada pakar bidang pula menunjukkan respons yang positif terhadap isi kandungan, struktur reka bentuk serta latihan dan aktiviti yang disediakan di dalam modul. Manakala ujian keberkesanan modul melalui soal selidik kepada responden menunjukkan kekerapan responden menjawab setuju dan sangat setuju bagi setiap item adalah sangat kerap dalam setiap subkonstruk iaitu kandungan, reka bentuk dan kesesuaian modul. Justeru, diharapkan modul ini dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak termasuk pelajar, pensyarah dan guru.

(7)

95

RUJUKAN

Johari Bin Hassan, and Masrom, N. A. B. (2006). Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Subjek.

Jost, T., Ouerhani, N., Wartburg, R. Von, Müri, R., and Hügli, H. (2005). Assessing the

contribution of color in visual attention. Computer Vision and Image Understanding, 100(1-2 SPEC. ISS.), 107–123. https://doi.org/10.1016/j.cviu.2004.10.009

Siti Saleha, S. (2018). Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Aktiviti Pembelajaran Bersepadu Di Kelas Prasekolah. Jabatan Ilmu Pendidikan.

Zuhrita Ariefiani, Djoko Kustano, Syaad Pathamathara. (2016). Pengembangan Pembelajaran Berdasarkan Projek. Kota Malang, Universitas Negeri Malang.

Referensi

Dokumen terkait

Program Studi Teknik Informatika Fakultas Teknologi Industri Universitas Atma Jaya Yogyakarta dan Dosen Pembimbing II yang telah memberikan kepercayaan, perhatian,

Berdasarkan pengamatan pada graf non komuting, dapat dihasilkan formula eksentrisitas total dan indeks konektivitas eksentrik dari grup

Pendidikan orang tua sebagai bagian dari kondisi sosial keluarga yang dikaji berdasarkan persepsi atau penilaian yang dilakukan oleh pekerja anak, ternyata

[r]

Dimulai dari penulisan jumlah saldo pada tri wulan I,II,III, dan IV, dimana pada laporan tri wulan tersebut tidak dicantumkan jumlah saldo antara jumlah dana

sebagai perangkat pribadi sebagai gateway antara teknologi yang dikenakan di tubuh dengan sistem rumah sakit. Hospital centered fokus pada bagaimana pengembangan

Hal tersebut dapat diketahui berdasarkan hasil analisis data yang menunjukkan bahwa kualitas layanan berpengaruh signifikan positif terhadap kepuasan pelanggan dan kepuasan

Dengan menggunakan analisa one way ANOVA yang telah dilakukan oleh peneliti, peneliti menemukan bahwameal experience yang dirasakan oleh berbagai kelompok usia terdapat