• Tidak ada hasil yang ditemukan

DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA. Shah Alam, Selasa 09 November Mesyuarat dimulakan pada jam 10.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA. Shah Alam, Selasa 09 November Mesyuarat dimulakan pada jam 10."

Copied!
107
0
0

Teks penuh

(1)

1

DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA

MESYUARAT KETIGA

Shah Alam, Selasa 09 November 2010

Mesyuarat dimulakan pada jam 10.00 pagi YANG HADIR

YB Tuan Teng Chang Khim (Sungai Pinang) (Tuan Speaker)

YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim PSM., SPMS., DPMS., DSAP. (Ijok)

(Dato’ Menteri Besar Selangor) YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Kinrara)

YB Dato’ Dr. Hasan bin Mohamed Ali DIMP., SMS. (Gombak Setia)

YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari (Kota Anggerik) YB Tuan Dr Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Seri Andalas)

YB Puan Dr. Halimah bt. Ali (Selat Klang) YB Tuan Iskandar Bin Abdul Samad (Cempaka)

YB Tuan Liu Tian Khiew (Pandamaran) YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan)

YB Tuan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) YB Puan Haniza bt. Mohamed Talha (Taman Medan)

(Timbalan Speaker)

YB Tuan Dr. Shafie bin Abu Bakar (Bangi) YB Tuan Ng Suee Lim (Sekinchan)

(2)

2

YB Tuan Mohamed Azmin bin Ali (Bukit Antarabangsa) YB Tuan Dr. Abd. Rani bin Osman (Meru) YB Tuan Lau Weng San (Kampung Tunku) YB Tuan Mat Shuhaimi bin Shafie (Seri Muda)

YB Tuan Lee Kim Sin (Kajang)

YB Tuan Haji Saari bin Sungib (Hulu Kelang) YB Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi (Sijangkang)

YB Tuan Yap Lum Chin (Balakong)

YB Tuan Muthiah a/l Maria Pillay (Bukit Melawati) YB Tuan Phillip Tan Choon Swee ( Teluk Datuk) YB Tuan Dr. Mohd. Nasir bin Hashim (Kota Damansara)

YB Tuan Khasim bin Abdul Aziz (Lembah Jaya) YB Tuan Amiruddin bin Shari (Batu Caves)

YB Tuan Edward Lee Poh Lin

YB Tuan Manoharan a/l Malayalam (Kota Alam Shah) YB Puan Lee Ying Ha (Teratai)

YB Puan Gan Pei Nei (Rawang)

Y. B. Dato’ Seri Dr. Haji Mohamad Khir bin Toyo, SPMS., PJK. (Sungai Panjang)

YB Dato’ Dr. Haji Mohamed Satim bin Diman, DSSA., KMN., ASA., PJK. (Seri Serdang)

YB Dato’ Haji Raja Ideris bin Raja Ahmad, DSSA., AMS., AMN., PJK. (Sungai Air Tawar)

YB Dato’ Haji Abd. Rahman bin Palil,

DSSA., KMN., AMS., AMN., PPT., PJK., JBM., (hc). (Sementa) YB Dato’ Hj. Mohd. Shamsudin bin Haji Lias,

DPMS., SSA. (Sungai Burong) YB Dato’ Dr. Karim bin Mansor, DPMS., ASA., PJK. (Tanjung Sepat)

(3)

3

YB Dato’ Mohamed Idris bin Haji Abu Bakar, DSSA., AMS., PJK. (Hulu Bernam)

YB Dato’ Amiruddin Setro, DPMS., ASA. (Jeram) YB Dato’ Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor

DPMS., KMN., AMN., ASA. (Paya Jaras) YB Tuan Hasiman bin Sidom, PJK

YB Dato’ Haji Warno bin Dogol, DSIS., AMS., SMS., PJK. (Sabak) YB Dato’ Marsum bin Paing, DPMS., SSA., ASA. (Dengkil)

YB Dato’ Subahan bin Kamal, DIMP. (Taman Templer) YB Tuan Abdul Shukur bin Idrus, KMN., SIS., ASBK. (Kuang)

YB Datuk Haji Johan bin Abdul Aziz. JP., AMS. (Semenyih) YB Tuan Mohd Isa bin Abu Kasim, AMS. (Batang Kali)

YB Tuan Yap Ee Wah, PJK. (Sungai Pelek)

YB Tuan Wong Koon Mun, SMS., PJK. (Kuala Kubu Baharu) YB Tuan Sulaiman bin Haji Abdul Razak, SMS., PPN. (Permatang)

YB Tuan Ismail bin Sani. SMS., PJK. (Dusun Tua)

(4)

4

TIDAK HADIR

YB Puan Rodziah bt. Ismail (Batu Tiga) (Menunaikan Fardu Haji)

YB Tuan Dr. Cheah Wing Yin (Damansara Utama) YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Subang Jaya)

YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Seri Setia) YB Tuan Badrul Hisham bin Abdullah (Pelabuhan Klang)

TURUT HADIR

(Mengikut Fasal LII (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959)

YB Datin Paduka Zauyah Be binti T. Loth Khan, DPMS., DMSM., DSM., AMN.

Penasihat Undang-undang Negeri Selangor

YB Dato’ Mohd. Arif bin Ab. Rahman, DSIS., SIS., AMS., AMN.

Pegawai Kewangan Negeri Selangor

TIDAK HADIR

YB Dato’ Ramli bin Mahmud, DPMS., SMS. A.M.S Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

( Cuti sakit )

(5)

5

PEGAWAI BERTUGAS

Encik Mohamad Yasid bin Bidin Setiausaha Bahagian (Dewan/MMKN)

Puan Mazian bt. Manan Penolong Setiausaha I

Puan Noor Diana bt. Razali Penolong Setiausaha II

Puan Nurul Haizan bt. Hj. Rais Penolong Setiausaha III

Puan Siti Salbiah bt. Masri Penolong Pegawai Tadbir

En Md. Saref bin Salleh

BENTARA

Puan Hajah Noridah bt. Abdullah Cik Noor Syazwani bt. Abdul Hamid

PELAPOR PERBAHASAN

(6)

6

( Dewan disambung semula )

( Tuan Speaker Mempengerusikan Mesyuarat )

YB TUAN SPEAKER : Dewan disambung semula.

SETIAUSAHA DEWAN : Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Persidangan Dewan Negeri Selangor Yang Kedua Belas dimulakan dengan bacaan doa.

I. DOA.

II. PERTANYAAN-PERTANYAAN

SETIAUSAHA DEWAN : Aturan urusan mesyuarat seterusnya pertanyaan-pertanyaan sambungan.

YB TUAN SPEAKER : Sungai Pelek.

YB TUAN YAP EE WAH : Terima kasih Tuan Speaker. Soalan No.14.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB TUAN YAP EE WAH

(SUNGAI PELEK) TAJUK : KUTIPAN PASIR

14. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar:

a) Berapakah kutipan hasil pasir oleh KSSB?

b) Kenapakah kutipan hasil tersebut meningkat secara mendadak selepas isu cuti pasir dibongkar?

YB TUAN DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Tuan Speaker. Menjawab soalan Sungai Pelek berkaitan dengan berapakah kutipan hasil pasir dari KSSB? Prestasi kewangan Kumpulan Semesta dari September 2008 hingga September 2010. Jumlah jualan pada tahun 2008, RM4.82 juta. Tahun 2009, RM31.03 juta. Sehingga September 2010, RM42.91 juta.

Sementara royalti yang dibayar pada 2008, RM1.47 juta. 2009, RM5.76 juta. Sehingga September 2010, RM8.3 juta. Untung sebelum cukai, pada tahun 2008, RM1.88 juta. 2009, RM8.82 juta. Sehingga September 2010, RM14.72 juta.

Menjawab soalan kedua, terima kasih kepada Sungai Pelek yang mula mengakui dasar Kerajaan untuk menguruskan hasil pasir dari Kumpulan Semesta nampaknya meningkat begitu sekali. Dan kita mengalu-alukan mana-mana teguran atau pendedahan sama ada dari pihak Kerajaan mahupun pihak pembangkang atau media. Walau bagaimanapun pihak KSSB dan Kerajaan Negeri tidak bertindak atas apa-apa pendedahan dan kita berusaha memastikan bahawa Kumpulan Semesta akan terus berdaya maju di masa akan datang. Kita menjangkakan bahawa Kumpulan Semesta akan terus mendapat jualan tinggi dan royalti yang dipulangkan kepada Kerajaan Negeri akan lebih meningkat dan keuntungan tinggi dengan pembukaan 17 lombong persendirian pada tahun ini.

(7)

7 YB TUAN SPEAKER : Sekinchan.

YB TUAN NG SUEE LIN : Tuan Speaker, soalan tambahan. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kota Anggerik berkenaan dengan isu pasir ini. Dalam laporan audit baru-baru ini pasir telah dikatakan merosot tidak dijaga dengan baik tetapi dalam jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO mengatakan semua ada peningkatan 2008, 2009, 2010 semua peningkatan. Apakah sebenarnya terdapat kecelaruan yang berlaku dalam audit dengan jawapan daripada Yang Berhormat? Tolong perjelaskan secara detail. Terima kasih.

YB TUAN DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Terima kasih. Soalan ini dia tak sangat berkaitan dengan Kumpulan Semesta, berkaitan dengan hasil royalti Kerajaan Negeri. Pada tahun 2008 terdapat satu projek besar tebatan banjir Sungai Damansara, di mana permit pasir seluas 200 ekar untuk projek tebatan banjir dikeluarkan iaitu hasil royalti pasir 2008 ialah RM8 juta. Pada tahun 2009, Kumpulan Semesta mula beroperasi. Sebahagian besar permit bawa pasir kita bekukan sementara untuk semakan semula iaitu pada tahun 2009 royalti pasir menurun daripada RM8 juta ke RM5 juta dan 2010 bila operasi sepenuhnya berjalan pendapatan Kumpulan Semesta meningkat dan pendapatan royalti juga meningkat.

YB DATO’ HAJI WARNO BIN DOGOL : Soalan tambahan.

YB TUAN SPEAKER : Kajang.

YB TUAN LEE KIM SIN : Terima kasih Tuan Speaker. Kajang ingin bertanya dari laporan Ketua Audit yang terbaharu ini, kita dapati selain daripada keuntungan dari segi wang ringgit, kita dapati ada banyak kerosakan dari segi alam sekitar. Dan kerosakan ini memang memerlukan belanja yang banyak untuk di baik pulih. Jadi adakah berbaloi dari segi ataupun adakah pihak Kerajaan mengambil kira kesemua kerugian ini sebelum menjalankan kerja- kerja?

YB TUAN DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Laporan Audit menyemak 2008. Pada tahun 2008 operasi pasir di bawah Kerajaan yang terdahulu memang tidak mengikut spesifikasi alam sekitar. Tetapi semenjak Kumpulan Alam Semesta menguruskan, kita memastikan bahawa semua kontraktor memenuhi AMP dan mesti memenuhi syarat-syarat AMP yang dikehendaki dan tujuan Semesta sendiri ialah memastikan bahawa alam sekitar dapat dikawal.

YB DATO’ HAJI WARNO BIN DOGOL : Soalan tambahan.

YB TUAN SPEAKER : Ia, Sabak.

YB DATO’ HAJI WARNO BIN DOGOL : Yang Berhormat Dato’ EXCO, saya juga ingin tahu sila nyatakan 7 kawasan lombong yang beroperasi yang telah diberi permit oleh Kerajaan Negeri.

YB TUAN DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI : 17. Mahu tahu nama-namanya? Status lombong persendirian:

1. Go Ground Sdn. Bhd. Seluas 91.39 hektar di Bestari Jaya, Kuala Selangor. Sudah mula operasi pada pertengahan Ogos 2010.

(8)

8

2. Marita Sdn. Bhd. Keluasan 50 ekar di Labu, Sepang sudah mula operasi pada pertengahan Ogos 2010.

3. Benteng Nusantara Sdn. Bhd. Keluasan 90 ekar di Dengkil, Sepang iaini Kota Warisan.

Sudah mula operasi pada akhir Ogos 2010.

4. First Rape Sdn. Bhd. Keluasan 49 ekar, Tanjung Duabelas, Kuala Langat sudah mula operasi pada akhir awal September 2010.

5. Associated Pan Malaysia Cement Sdn. Bhd. 50 ekar di Rawang, Gombak. Sudah mula operasi pada pertengahan Oktober 2010.

6. Lembah Jejak Sdn. Bhd. 40.8 ekar kawasan kambing susu Serendah, Hulu Selangor.

Kelulusan permit ditangguhkan kerana pertikaian hak milik tanah.

7. Gula Perak Berhad seluas 101.8 ekar di kawasan Bestari Jaya, Kuala Selangor telah mendapat kelulusan PTD Kuala Selangor. Projek ditangguhkan kerana syarikat berstatus PN17 dan perlu mendapat kebenaran Bursa Saham ataupun Suruhanjaya Sekuriti.

8. The Association of Kwan Tong Cemetry Management Kuala Lumpur. 65 ekar di Sungai Long, Hulu Langat.

9. Kundang Lakes Country Clubs. 86.35 ekar di Kundang, Rawang, Gombak. Projek ditangguhkan kerana masalah tanah, premium dan cukai tanah.

10. KCS Mining Sdn. Bhd. 50 ekar, Hulu Yam, Selangor. Masih dalam proses penyediaan dokumen teknikal.

11. Jarum Angkut Sdn. Bhd. 50 ekar, Bestari Jaya, Kuala Selangor. Masih dalam proses penyediaan dokumen teknikal.

12. Sungai Rambai Angkut Sdn. Bhd. 50 ekar, Bestari Jaya, Kuala Selangor. Masih dalam proses penyediaan dokumen teknikal.

13. Banting Resources Sdn. Bhd. 90 ekar, Tanjung Dua belas, Kuala Langat. Juga masih dalam penyediaan teknikal.

14. Tai Koon Venture Sdn. Bhd. 50 ekar juga di Tanjung Dua belas, Kuala Langat. Juga masih dalam penyediaan dokumen teknikal.

15. Zanjabil Sdn. Bhd. 19.65 ekar, Tanjung Dua belas, Kuala Langat.

16. Gold Grass Sdn. Bhd. 279.61 ekar, di Bestari Jaya 17. Tuah Arus Air Sdn. Bhd. 48.98 ekar di Dengkil, Sepang.

YB TUAN SPEAKER : Sri Muda.

YB TUAN MAT SHUHAIMI BIN SHAFIEI : Tuan Speaker, soalan No.15.

(9)

9

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT

DARIPADA YB TUAN MAT SHUHAIMI BIN HJ. SHAFIEI (SRI MUDA)

TAJUK : PROGRAM BLUE PRINT

15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:

a) Senaraikan jumlah penerima bantuan peralatan di bawah Program Blue Print di Daerah Klang dan Petaling dan jelaskan aduan kenapa peralatan ini lambat dihantar walaupun telah diluluskan.

YB TUAN DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANDAM : Terima kasih Sri Muda. Tuan Speaker, dengan perkara Program Blue Print. Jumlah penerima bantuan peralatan bagi Daerah Klang adalah seramai 41 orang dan Daerah Petaling seramai 45 orang. Kelewatan adalah disebabkan oleh beberapa perubahan dari aspek prosedur perolehan dan perbekalan bagi melaksanakan Program Bantuan peralatan Blue Print. Pada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang telah diadakan pada Ogos lepas, Jawatankuasa telah bersetuju agar peruntukan bagi perlaksanaan program peralatan Blue Print diturunkan kepada Pejabat Daerah yang berkenaan untuk pelaksanaannya. Justeru apabila prosedur tersebut telah diperkemaskan, aspek perlaksanaan akan dapat dipercepatkan dan proses pemantauan akan dibuat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Peralatan tersebut telah pun mula diedarkan kepada pada penerima bantuan dan Jawatankuasa akan memantau serta memastikan pelaksanaan program bantuan ini diteruskan dengan lebih efisien memandang jumlah pemohon yang diterima juga semakin meningkat.

YB TUAN SPEAKER : Kota Alam Shah.

YB TUAN MANOHARAN A/L MALAYALAM : Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No.16.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB TUAN M MANOHARAN

(KOTA ALAM SHAH)

TAJUK : BANTUAN BIASISWA DARIPADA YAYASAN SELANGOR.

16. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:

a) Berapakah jumlah peruntukan wang yang telah diberikan sebagai bantuan biasiswa oleh Yayasan Selangor bagi tahun 2008 dan 2009 kepada para pelajar yang berkelayakan?

b) Siapakah penerima-penerima bantuan biasiswa tersebut mengikut komposisi kaum bagi tahun 2008 dan 2009, serta apakah nama-nama institusi pengajian pada penerima bantuan biasiswa tersebut?

c) Apakah syarat-syarat dan kelayakan-kelayakan minimum bagi memperoleh bantuan biasiswa daripada Yayasan Selangor ini?

YB PUAN DR. HALIMAH BINTI ALI : Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Peruntukan wang biasiswa yang telah diberikan oleh Yayasan Selangor pada tahun 2008 ialah sebanyak RM214,750.00. Tahun

(10)

10

2009, RM370,100.00 dan penerima-penerima bantuan biasiswa mengikut komposisi kaum adalah seperti berikut:

2008

Cina - 1

India - 2

Melayu - 804 2009

Cina - 1

India - 1

Melayu - 762

Dan penerima bantuan biasiswa tersebut adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah-sekolah berikut :

1. SMK Victoria 2. SMK St. John 3. SMK Methodist

4. SMK Lelaki Bukit Bintang 5. SMK Convent Bukit Nanas 6. SMK Seri Bintang Utara 7. SMK Perempuan Seri Aman 8. SMK Assunta

9. SMK Aminuddin Baki 10. SMK Jalan Cochrane 11. SMK Methodist ACS 12. SMK Tinggi Klang 13. SMK Convent Klang 14. SMK La Salle

15. SMK Perempuan Methodist 16. SMK Tengku Ampuan Rahimah 17. SMK Damansara Utama

(11)

11 18. SMK Dato’ Harun

19. SMK Jalan Tiga

20. SMK Kuala Kubu Baharu 21. SMK Sultan Abdul Aziz Shah 22. SMK Telok Datuk

23. SMK Tunku Abdul Rahman Putera 24. SMK Tinggi Kajang

25. SMK Unku Aziz

26. SAMT Tengku Ampuan Jemaah 27. SAM Bestari

28. Sekolah Agama Menengah Tinggi Salahuddin Abdul Aziz Shah 29. Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin

30. Sekolah Agama Menengah Bandar Salak Tinggi 31. SAM Hishamuddin

Dan syarat kelayakan pemohon biasiswa ialah:

1. Pemohon hendaklah seorang rakyat Malaysia. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.

2. Pemohon adalah pelajar asrama pusat atau asrama Daerah Yayasan Selangor.

3. Pelajar dari keluarga berpendapatan rendah atau mempunyai ramai tanggungan.

4. Mencapai keputusan peperiksaan penggal persekolahan dengan markah melebihi 60%

jika berkaitan.

5. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak sekolah dan Asrama Yayasan Selangor.

6. Tidak mendapat bantuan atau biasiswa dari pihak-pihak lain

7. Dia ada isi borangnya dengan lengkaplah dan menyerahkan borang berkenaan sebelum tarikh tutup penerimaan permohonan.

Terima kasih.

(12)

12 YB TUAN SPEAKER : Bangi.

YB TUAN SR. SHAFIE BIN ABU BAKAR : Tuan Speaker, soalan No.17.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT

DARIPADA YB TUAN DR. SHAFIE BIN ABU BAKAR (BANGI)

TAJUK: BARU EKONOMI (MBE) MALAYSIA & KESAN KEPADA SELANGOR

17. Kerajaan Pusat telah melancarkan Modal Baru Ekonomi (MBE) Malaysia. Antaranya memperkenalkan konsep ‘Greater Kuala Lumpur’.

Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Greater Kuala Lumpur’?

b) Apakah kesannya kepada ekonomi Negeri Selangor?

c) Adakah sebarang rundingan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk bekerjasama mengenai MBE Malaysia?

YAB DATO’ MENTERI BESAR : Tuan Speaker, Bangi mengemukakan soalan mengenai apakah yang dikatakan Rancangan Baru Ekonomi Malaysia dan kesannya kepada Selangor dan yang model baharu Ekonomi Malaysia antara lain memperkenalkan konsep ‘Greater Kuala Lumpur’: Beliau hendak kerajaan negeri menerangkan pandangan Kerajaan Negeri dan juga apakah kesannya kepada negeri Selangor? Satu perkara yang jelas dalam Modul Ekonomi Malaysia adalah pada awalnya Kerajaan Persekutuan hendak melihat di manakah tempat yang terbaik untuk mengembangkan Ekonomi Malaysia. Kajian mereka menunjukkan bahawa pembangunan di Iskandar, pembangunan di Koridor Utara dan pembangunan di Koridor Barat tidak nampak satu keadaan yang boleh mempercepat pembangunan Ekonomi Malaysia, sebaliknya mereka mengenal pasti bahawa bandar raya Kuala Lumpur dan persekitaran bandar raya Kuala Lumpur, sudah tentulah termasuk Lembah Klang, dikatakan tempat yang terbaik untuk mempertingkat pembangunan ekonomi. Oleh itu, mereka ingin dia mengenal pasti bahawa Greater Kuala Lumpur ialah tempat untuk pemangkin pembangunan Ekonomi Malaysia.

Kerajaan Negeri lantas mempersoalkan Greater Kuala Lumpur sebab Greater Kuala Lumpur tidak menyebut negeri Selangor. Oleh sebab itu perbincangan lantas diadakan termasuk dengan Tuanku Sultan sendiri untuk memperbetul kenyataan Greater Kuala Lumpur. Greater Kuala Lumpur sekarang diterima oleh Kerajaan Persekutuan dengan menambah kenyataan Klang Valley, Greater Kuala Lumpur – Klang Valley maknanya Lembah Klang. Jadi Kuala Lumpur dan Lembah Klang adalah pusat yang hendak dibangunkan sebagai usaha mempertingkat Model Ekonomi Malaysia. Oleh itu, semua pembangunan di Greater Kuala Lumpur termasuk pembangunan Selangor adalah bermaksud pembangunan Klang Valley.

Apakah yang mereka ingin lakukan? Mereka hendak membuat pembangunan yang mengambil kira bahawa sekurang-kurangnya 6506 juta bakal dilaburkan di kawasan ini. Antara pelaburan termasuklah menyediakan prasarana pembangunan satu bandar yang lengkap dengan sistem pengangkutan, antara lain MRT (Mes Rail Transport) dan LRT yang boleh menyediakan prasarana seperti kereta api, sistem underground transport, dan seterusnya. Dan semua ini

(13)

13

boleh jadi pemangkin, pembangunan di Kuala Lumpur. Antara pemangkin yang mereka katakan, oleh kerana mereka hendak menyediakan prasarana-prasarana ini dengan pelaburan- pelaburan yang banyak supaya dapat menarik mereka yang ingin menempatkan pejabat- pejabatnya dan operasi-operasinya yang berfokus di Malaysia, dan kesemuanya ini pada pandangan pengkaji merupakan bahagian yang disebut The Knowledge and Services Industries.

Apakah Knowledge and Services Industries? Pada pandangan mereka sudah tentu boleh menarik mereka yang hendak membuat kajian. Maknanya,. this is the research oriented exercise, medical support industries, financial hub antara lain mereka menumpukan pada Islamic Financial Hub. Maksudnya, ada finance ada medical ada education dan apa yang disebut Services Industries, termasuk legal accounting dan seterusnya.

Dan kajian ini, kajian awal yang dibuat menunjukkan mereka hendak menjana jumlah pekerjaan bagi seramai 2.5 juta orang dan kajian mereka kalau dilaksanakan dengan betul boleh berkedudukan rangking 20 dalam kajian indeks kesesuaian untuk orang bermastautin di Greater Kuala Lumpur dan Klang Valley. Oleh itu, untuk melaksanakan ini, bidang melibatkan ekonomi utama nasional yang disebut MKEA.

Negeri Selangor ada di undang untuk menganggotai Jawatankuasa Pemandu iaitu The Steering Committee dan melibatkan Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Ahli Jawatankuasa. Dalam usaha ini kita adakan satu perjumpaan yang disebut Down Hall Meeting di beberapa Pihak Berkuasa Tempatan terlibat untuk menerangkan kepada rakyat tentang rancangan-rancangan yang dikaji oleh Kerajaan Persekutuan dan kita juga masukkan rancangan-rancangan yang sudah dibuat oleh Kerajaan Negeri termasuk program untuk memperbaiki atau memperbetul Sungai Klang iaitu sebagai satu daripada rancangan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan. Dengan cara itu, pembangunan negeri Selangor boleh bersama-sama dengan pembangunan bandar raya Kuala Lumpur. Ada daerah-daerah yang berkenaan termasuk Petaling Jaya, Sepang dan Hulu Selangor dan menurut map yang saya terima baru-baru ini, sampai ke Jambatan Kuala Selangor sebelum masuk ke Tanjung Karang dia punya mapnya tetapi itu masih lagi dalam perbincangan.

Kerajaan negeri menerima usaha ini tetapi hendak memantau dengan teliti bagaimana pembangunan-pembangunan ini dapat memberikan keselesaan dan kebaikan kepada rakyat Selangor. Dan kalau ditanya siapakah yang bakal membiayai program-program ini, ini tidak termasuk dalam belanjawan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebab belanjawan- belanjawan ini dikenal pasti melalui Public Private Finding Initiative yang masih lagi dalam perbincangan. Sekarang juga perbahasan sangat hebat di Parlimen mengatakan perlukah kita membina apa yang disebut bangunan setinggi 100 tingkat, bangunan-bangunan pencakar langit-Sky-scarpers- yang hendak didirikan di Lembah Klang ataupun di Greater Kuala Lumpur.

Tetapi pada saya ini satu inisiatif yang perlu kita terima dan perlu kerjasama kerana pembangunan ini mampu merancakkan negeri Selangor dan Malaysia. Kalau pembangunan dibuat, katakanlah di Iskandar atau di Terengganu dan Kelantan atau di Penang dan di Kedah, kajian mereka seringgit yang dimasukkan di sana gandaannya atau multipliernya dalam kajian ekonomi tidak banyak. Kalau di Kelantan dan Terengganu boleh jadi dua kali, tidak sebanyak di Greater Kuala Lumpur atau Klang Valley Multi gandaannya melebihi lima kali. Maknanya, potential untuk group adalah lebih baik di Lembah Klang.

TUAN SPEAKER : Sijangkang.

YB TUAN DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Tuan Speaker, soalan No. 18.

(14)

14

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB TUAN DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI

(SIJANGKANG) TAJUK : GOLONGAN ORANG ASLI

18. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar :

a) Apakah perancangan kerajaan negeri dalam memajukan lagi golongan orang Asli terutamanya kemudahan rumah kediaman yang mana secara umumnya masih lagi dalam keadaan yang daif.

b) Adakah kerajaan negeri merancang sumber ekonomi yang lebih stabil untuk diimplementasikan dalam masyarakat orang Asli.

YB PUAN ELIZABETH WONG KEAT PING : Tuan Speaker, kerajaan negeri secara umum sangat peka dan prihatin dalam menangani masalah perumahan rakyat bagi golongan yang tidak berkemampuan. Buat pertama kali pada tahun 2010 kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak enam permohonan bantuan bina baru dan sebanyak satu permohonan diberi bantuan baik pulih dari daerah Kuala Langat dan Sepang melalui mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Dr. Xavier Jayakumar dan dana ini diperoleh melalui sumbangan daripada anak syarikat.

Masyarakat orang asli juga memperoleh bantuan kemudahan rumah melalui agensi-agensi negeri lain seperti Lembaga Zakat Selangor di bawah Majlis Agama Islam Selangor telah memberi bantuan pembinaan rumah orang asli kepada 41 penerima bantuan pada tahun 2009 dan 27 penerima pada tahun 2010. Jadi pada tahun 2010 Gombak Timur terdapat 4 penerima dan rumah-rumah mereka dibina dengan kos RM128 ribu. Di Gombak Barat ada 4 penerima, jumlah kos bantuan rumah RM131 ribu, Hulu Langat 1 RM30 ribu, Kuala Langat 9 RM278 ribu, Sepang 3 RM101 ribu, Hulu Selangor 3 RM60 ribu, Klang 2 RM60 ribu, Petaling 1 penerima dengan kos RM38 ribu. Jadi jumlah bantuan yang diberi oleh Lembaga Zakat Selangor adalah RM575 ribu. Saya ingin menegaskan bahawa bantuan perumahan ini merupakan bantuan tambahan selain daripada yang diperuntukkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Soalan mengenai sumber ekonomi yang lebih stabil di mana ianya perlu diimplementasikan dalam masyarakat orang asli secara purata orang asli menjanakan pendapatan mereka daripada beberapa program kebun dan dusun sepertimana yang dijalankan oleh sebagaimana agensi RISDA dan secara puratanya mereka dapat anggaran dua ratus ringgit sebulan.

Kebelakangan ini Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah menyatakan hasrat jabatan untuk menaikkan kepada empat ratus lima puluh sebulan. Akan tetapi tak kiralah dua ratus ringgit sebulan atau empat ratus ringgit sebulan ianya masih di bawah tahap kemiskinan dan ini adalah satu isu yang kita perlu menangani bersama Kerajaan Persekutuan. Kalau kita menyiasat ataupun mendapat beberapa fakta dari beberapa perkampungan orang asli yang tidak mengikut program-program agensi seperti yang dijalankan oleh RISDA ada beberapa kampung mereka boleh menjana pendapatan sepuluh kali ganda jadi bukan dua ratus sebulan saja satu keluarga tetapi dua ribu dan saya yakin ini adalah satu jalan yang boleh dilaksanakan oleh perkampungan orang asli di mana mereka tidak perlu bergantung kepada agensi-agensi tetapi mereka boleh berdikari dan membuat sendiri dengan itu Kerajaan Negeri Selangor ada satu peruntukan khas untuk menambahbaikkan perekonomian mereka seperti pada tahun ini, akhir tahun ini kita dari Kerajaan Negeri Selangor akan mengedar benih-benih pokok getah kepada beberapa perkampungan orang asli di mana mereka mempunyai tanah lapang mereka mempunyai tanah tambahan dan mereka boleh buat sendiri. Selain daripada itu, kita boleh juga

(15)

15

meninjau bahawa ada beberapa kekurangan infrastruktur asas di Negeri Selangor dalam beberapa perkampungan orang asli termasuk air dan api Kerajaan Negeri Selangor pada tahun ini telah membuat satu projek perintis di daerah Hulu Langat satu perkampungan orang asli di sana mereka langsung tidak dapat tenaga elektrik kalau bila memohon kepada Tenaga Nasional Berhad kos untuk membekalkan infrastruktur asas untuk membekalkan tenaga elektrik lebih daripada dua juta tetapi kita telah menyiasat dan membuat kajian di sana dan sekarang kita telah membina satu mikrohidro ataupun menjalankan projek mikrohidro elektrik di perkampungan itu dan tiga kilo wat itu memang cukup untuk dua puluh lima biji rumah di perkampungan orang asli itu, jadi kalau infra asas itu boleh diselesaikan saya juga yakin sumber ekonomi orang asli akan lebih stabil. Selain daripada itu ada, saya rasa yang asas paling adalah Kerajaan Negeri perlu memberi security of land. Selain daripada itu ada, saya rasa yang asas paling adalah Kerajaan Negeri perlu memberi security of land ataupun hak tanah yang lebih selamat jadi proses pengazetan perkampungan yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan bantuan badan bertindak tanah orang asli Selangor adalah satu proses yang sangat penting tanpa security of land maka perekonomian mereka tidak stabil dan kehidupan mereka juga tidak stabil.

TUAN SPEAKER : Sg. Air Tawar

YB DATO’ RAJA IDERIS BIN RAJA AHMAD, SUNGAI AIR TAWAR : Tuan Speaker soalan No. 19

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB DATO’ HAJI RAJA IDERIS BIN RAJA AHMAD

(SUNGAI AIR TAWAR) TAJUK : NELAYAN TERANCAM

19. Nelayan pesisir di Selangor menghadapi ancaman lanun, penculikan dan pelanggaran dengan kapal dagang.

Bertanya kepada Y.A.B Menteri Besar:

a) Berikan statistik nelayan Selangor yang terlibat dengan insiden tersebut dari tahun 2008?

b) Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut?

c) Apakah bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada nelayan yang terbabit?

YB TUAN DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Tuan Speaker menjawab soalan Sg. Air Tawar berkaitan dengan ancaman nelayan. Statistik yang diperoleh adalah berdasarkan risikan yang tidak didedahkan kepada awam kerana faktor keselamatan. Perikanan Selangor hanya menerima maklumat dari segi ancaman lanun dan penculikan sahaja dan pelanggaran lebih kepada pihak Jabatan lain berdasarkan maklumat yang diperoleh kebanyakan penculikan nelayan tempatan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Negara Jiran yang bertindak mengugut nelayan tempatan untuk membayar wang tebusan bagi pelepasan sebuah wasel. Jumlah statistik yang diterima ini adalah bilangan tidak rasmi dan berdasarkan kepada maklumat daripada nelayan yang terlibat di kawasan perairan Selangor. Pada tahun 2008 tiada, 2009 – 5, 2010 – 11, jumlah sekali ialah 16. Bagi soalan kedua apakah langkah-langkah untuk

(16)

16

mengatasinya, untuk makluman Sungai Tawar, kawasan dijaga oleh Jabatan Perikanan ialah di bawah lingkungan tiga batu nautika sahaja manakala penculikan berlaku

……nautika satu ini tidak di bawah jagaan Jabatan Perikanan Selangor. Bagi soalan ketiga, Apakah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada nelayan terbabit? Tiada peruntukan tetapi bantun diberi mengikut kes-kes tertentu.

YB TUAN NG. SUEE LIM, SEKINCHAN : Tuan Speaker TUAN SPEAKER : Ya Sekinchan

YB TUAN NG. SUEE LIM, SEKINCHAN : Soalan tambahan mengenai ancaman yang dihadapi oleh nelayan memang perkara ini sudah sedia maklum nelayan-nelayan persisiran pantai selalu diugut, dipukul kadang-kadang maut di semasa menjalankan aktiviti mereka tapi apa jawapan yang diberikan oleh Y Berhormat EXCO mengatakan tiga batu nautika di bawah jagaan Perikanan dan selebihnya siapa yang jaga?sehingga sekarang ini dua-dua pihak semua menolak tak tahu siapa yang menjaga tapi saya nak satu penjelasan siapa yang sewajarnya mengambil tindakan terhadap keselamatan nelayan yang mencari rezeki nafkah hidup di perairan. Sekian terima kasih.

YB TUAN HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Tugas Jabatan Perikanan ialah memastikan bahawa operasi nelayan mengikut peraturan-peraturan tertentu di kawasan persisiran pantai kawasan di luar persisiran pantai tugas tersebut sepatutnya dilakukan oleh pihak marin polis.

TUAN SPEAKER : Tanjung Sepat tidak hadir, Sungai Pelek,

YB TUAN YAP EE WAH, SUNGAI PELEK : Terima kasih Tuan Speaker, soalan No. 21 PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

YB TUAN YAP EE WAH (SUNGAI PELEK)

TAJUK : LANJUTAN TEMPOH PAJAKAN TAPAK KEDIAMAN KAMPUNG BARU 21. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar:

a) Berapakah bilangan permohonan yang dikemukakan sebelum 8 Mac 2008?

b) Berapakah permohonan tersebut telah diluluskan sehingga sekarang?

YB TUAN EAN YONG HIAN WAH : Tuan Speaker mengikut statistik Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor sebanyak seratus dua puluh tiga permohonan untuk lanjutan tempoh Kampung Baru telah diterima sebelum 8 Mac 2008, sebanyak 76 permohonan telah diluluskan dan hak individu telah dikeluarkan. Sekian terima kasih.

YB TUAN YAP EE WAH : Soalan tambahan Tuan Speaker TUAN SPEAKER : Ya Sungai Pelek

YB TUAN YAP EE WAH : Saya difahamkan baru-baru ini Kerajaan Negeri memberi lanjutan tempoh yang telah di lulus di Sungai Pelek tetapi kebanyakan permohonan yang dikemukakan sebelum kerajaan negeri menjalankan kutipan daripada kutipan semula daripada penduduk di

(17)

17

kampung-kampung baru sehingga sekarang permohonan awal itu masih tidak diluluskan saya mendapat aduan daripada penduduk di kawasan sekitar Sungai Pelek. Terima kasih.

YB TUAN EAN YONG HIAN WAH : Untuk makluman Yang Berhormat mengikut statistik yang saya ada pejabat Daerah telah meluluskan tiga puluh satu permohonan lanjutan tempoh di Kampung Baru Sungai Pelek dan jikalau Yang Berhormat mempunyai aduan di peringkat penduduk tempatan sila kemukakan kepada saya dan saya akan cuba memberi bantuan.

Sekian terima kasih.

TUAN SPEAKER : Batu Caves

YB TUAN AMIRUDIN BIN SHARI, BATU CAVES : Soalan No. 22 PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

YB TUAN AMIRUDIN BIN SHARI (BATU CAVES)

TAJUK : HUTANG TALAM

22. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar :

a) Berapa banyak hutang syarikat Talam kepada kerajaan negeri Selangor yang berjumlah 392 juta telah berjaya dikutip semula sehingga Jun 2010.

b) Boleh jelaskan perincian pecahan kewangan yang telah dikutip itu disalurkan kerajaan negeri dibelanjakan.

c) Berapa lama lagi diperlukan untuk mengutip semua hutang tersebut.

YAB DATO’ MENTERI BESAR : Tuan Speaker, saya hendak menjawab soalan mengenai penyelesaian hutang talam dan jawapan ini bersesuaian dengan soalan yang dikemukakan Yang Berhormat dari Bukit Antarabangsa dan Yang Berhormat dari Kampung Tunku. Soalan ini adalah mengenai berapa banyak hutang Syarikat Talam, mengenai jumlah tiga ratus sembilan puluh dua juta yang kita ambil kira seperti yang dibentangkan di dewan ini pada tahun lepas dan apakah perkembangan yang telah berlaku?

Skim penyusunan semula hutang ini ada dilakukan dan sudah ditandatangani oleh beberapa pihak dan hasilnya Kerajaan Negeri melalui MBI dan anak-anak syarikat menerima pulangan tersebut. Antara yang diterima adalah:- Satu, tanah seluas 25.94 ekar di Bukit Beruntung yang sekarang dibeli oleh PKNS dengan pendapatan sebanyak RM16.1 juta. Kita ada menerima tanah 2773 ekar di Bestari Jaya dan penyusunan semula tanah ini sudah dilakukan. Ketiga, kita ada menerima 1322 ekar tanah di Bukit Beruntung dan kita hendak lakukan penyusunan semula tanah. Akhirnya tanah dimiliki oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad yang kita jangkakan nilai tanah itu RM345 juta. Seterusnya, kita mendapat tanah sejumlah 134.2 ekar iaitu tanah di Danau Putera yang tawarannya kita terima daripada Syarikat Medivest Property Sdn. Bhd. yang hendak membeli tanah tersebut dengan harga RM87.7 juta. Kita menerima wang tunai dari Talam berdasarkan jumlah 11.56 ekar daripada Teck City Link Ekspress Sdn.

Bhd. dan kita menerima bayaran sebanyak 5 juta. Kita menerima pulangan tunai daripada PIYSSP iaitu syarikat yang membayar kepada Talam sebanyak RM7.7 juta yang duit itu diserahkan kepada MBI dan kita juga menerima tanah 12 ekar di Puncak Jalil yang ada pembeli yang menawarkan harga RM12 juta dan kita menguasai ruang pejabat di Medan Pandan dan

(18)

18

nilainya RM11 juta. Kita juga menawarkan secara tender kepada pasaran dan kita jangkakan boleh dapat lebih daripada RM11 juta dan kita memiliki 400 ekar tanah dan 60 peratus saham Ulu Yam Country Resort yang kita nilai sebanyak RM22.2 juta. Jika kita campurkan semua jumlah nilai aset yang kita dapati adalah RM689 juta dan kita uruskan supaya hutang-hutang bank dan hartanah sebanyak 266 juta diselesaikan dan hasilnya kita mendapat 422 juta.

Apabila ini selesai, barulah kita beri balik kepada Talam 30 juta dengan pembayaran balik kepada Talam. Sekarang belum bayar lagi hanya selepas itu barulah jumlah hutang yang kita terima dari TALAM 392 juta selesai dan akaun-akaun ini kita hendak bentangkan kepada dewan apabila semuanya selesai supaya dewan dapat melihat bagaimana pengutipan wang bagaimana penyusunan semula hutang-hutang tersebut dan kita hendak beritahu dewan tentang penggunaan wang hasil daripada kutipan hutang 392 juta. Yang sudah kita beritahu dewan adalah dari RM392 juta ini, RM70 juta kita khaskan untuk program Mikro Kredit Desa sebanyak RM50 juta dan program Mikro Kredit untuk Bandar atau Mimbar sebanyak RM20 juta, dan lebihan itu pun kita boleh jelaskan tentang penggunaannya.

Berapa lama diperlukan kutipan ini, sudah kita kutip. Sekarang kita hendak jual harta tanah tu dan kita rasa ada setengah yang kita tidak hendak jual, iaitu 1322 ekar tanah di Bukit Beruntung yang kita hendak buat program untuk membangunkan semula Bukit Beruntung dan ini kita boleh dapat hasilnya daripada pembangunan hartanah yang kita lakukan nanti. Dari semasa ke semasa kita hendak jelaskan hasil pulangan daripada pembangunan yang kita buat. Dan kita ada meminta Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk mengepalai pembangunan tanah ini dan saya percaya kalau pembangunan The Greater Kuala Lumpur ini dihasilkan, maka tanah-tanah kita ini boleh mendapat nilai lebih daripada jumlah yang saya sebut tadi.

TUAN SPEAKER : Ya... Hulu Kelang..

YB TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB : Aaa..Hulu Kelang ingin mendapat penjelasan , apakah kriteria yang telah digunakan oleh Kerajaan untuk memilih PNSB menerajui pembangunan tanah-tanah tersebut.

YAB DATO’ MENTERI BESAR : Kita telah memilih PNSB oleh sebab PNSB juga telah menjalankan satu projek yang dipanggil Canal City yang telah dibuat sebelum ini dan kita dapati projek itu tidak memberikan hasil yang sebaiknya oleh Kerajaan Negeri dan kita susun semula aaa...program pembangunan Canal City tersebut dan menghasilkan pendapatan sebanyak lebih daripada 250juta kepada Kerajaan Negeri dan dengan wang tersebut, kita dapat gunakan untuk pembangunan projek yang kita lakukan ini. Jadi hasil, sebab PNSB mempunyai pendapatan lebih daripada 250juta, dan kita akan gunakan pendapatan ini untuk membangunkan projek-projek yang kita laksanakan. Dua projek yang besar iaitu di Bestari Jaya yang kita rasa projek ini agak lambat dibangunkan tetapi projek di Bukit Beruntung sudah dapat menerima beberapa cadangan untuk dibangunkan ataupun dibeli oleh pemaju-pemaju untuk mereka membangunkannya dengan harga yang tidak rendah daripada 345juta. Jadi pilihan sekarang pada kita membangun kan sendiri dengan harga 345juta atau menjualkannya kepada orang yang nak membangunkan dengan harga melebih 345juta. Setakat ini kita telah menerima beberapa offer ataupun tawaran untuk membelinya dengan harga melebihi 345juta.

Jadi jawapan kita ialah terima cash ataupun bangun dan dapat pendapatan yang lebih tinggi daripada tersebut. Ini masih belum diputuskan. Kalau kita nak terima cash , kita dapat 345juta ataupun kita buat pembangunan dan hasilnya sudah tentulah sekurang-kurangnya kita mesti mendapat hasil melebihi 345 juta. Ini belum diputuskan oleh Lembaga Pengarah PNSB dan juga Lembaga Pengarah MBI sebab kita masih lagi menimbang keupayaan ini sebab kita dapati sekarang projek di Bukit Beruntung mula menarik ramai aaa...aa...pemaju-pemaju termasuk

(19)

19

pemaju daripada Sime Darby melalui TESCO yang membina apa yang dipanggil, aaa...a...centre..pusat untuk menyimpan aaa...aaa..barang-barang yang akan dihantar ke pusat-pusat Tesco di seluruh negeri, negara, that mean gudang , gudang simpanan dan juga kita dapati juga pembangunan aa...golf ...city yang ingin membangun lebih daripada 50 lubang golf yang dibuat oleh Kumpulan yang menjayakan , apa yang dipanggil D...aaa...aa...D’Mines...saya tengah... Lombong...saya nak tulis Lombong tak boleh, Mines, saya tengah fikir apa nama, aaa...jadi kita belum buat keputusan lagi. Kita belum buat keputusan tapi yang penting ialah mengambil alih tanah-tanah ini. Malangnya, saya tak nak cerita panjang tentang ini, tanah-tanah ini dulu tanah kerajaan , kita bagi pada TALAM, tapi kita ambil balik, kita ambil balik dan tanah ini sekarang sudah dikuasai balik oleh Kerajaan Negeri.

Aa...itu je.

TUAN SPEAKER : Balakong

YB TUAN YAP LUM CHIN : Tuan Speaker, soalan 23.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB TUAN YAP LUM CHIN

(BALAKONG) TAJUK : KAMPUNG BARU CINA

23. Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar :

a) Berapakah jumlah peruntukan pembangunan infrastruktur bagi Kampung - kampung Baru Cina sejak pemerintahan Pakatan Rakyat?

b) Apakah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan kampung-kampung tersebut? Sila berikan pecahan mengikut pembangunan infrastruktur yang telah diberi sejak pemerintahan PR?

c) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan-rancangan khusus untuk menambah- baikkan kampung-kampung ini?

YB TUAN EAN YONG HIAN WAH : Tuan Speaker, pada 2009 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 5.4juta ringgit untuk pembangunan kampung baru, bagan tersusun di Negeri Selangor . Berbanding dengan tahun 2008 Kerajaan negeri pada masa itu hanya memberi peruntukan sebanyak 200ribu ringgit sahaja. Manakala pada tahun 2010 Kerajaan Negeri juga memberi peruntukan sebanyak 5.4juta untuk pembangunan kampung baru dan sehingga hari ini sebanyak 4,230,308.82 telah disalurkan untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur di kampung baru, bagan tersusun negeri Selangor. Antara masalah yang dihadapi berkaitan dengan pembangunan kampung baru, bagan tersusun adalah dari segi kemudahan infrastruktur seperti longkang, jalan dan jabatan kayu rosak yang perlu diganti dengan segera.

Selain itu, terdapat juga masalah dari segi kemudahan awam , yang melibatkan balai raya, perpustakaan , taman permainan dan sebagainya yang perlu di selenggara dan dinaiktarafkan.

Cuma projek yang dilaksanakan demi kemajuan dan naik taraf kampung baru, bagan tersusun pada tahun 2009 adalah 82 projek . Tahun ini tahun 2010 sehingga hari ini 65 projek. Pecahan jenis projek yang dilaksanakan pada tahun 2010 adalah jalan 12 projek bernilai 1,130,541.41 , jabatan dan titi 10 projek bernilai 961,295.80, longkang 9 projek 745,813.75 , bangunan 8 projek 542,810.13 . Kerajaan negeri akan mengguna pakai peruntukan yang disalurkan bagi tujuan

(20)

20

seperti menaik taraf , menyelenggarakan dan membaik pulih infrastruktur serta kemudahan awam di kawasan kampung. Sekian.

YB TUAN YAP EE WAH : Soalan tambahan saya Tuan Speaker.

TUAN SPEAKER : Sg. Pelek

YB TUAN YAP EE WAH : Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin nak tau bagaimana cara pengagihan aa....peruntukan pembangunan di setiap kawasan di negeri Selangor. Adakah ia mengikut daerah atau kawasan DUN masing-masing kerana di kawasan DUN Sg. Pelek terdapat 3 kampung baru cina tetapi sejak 2008 sehingga 2010 ini saya nampak agak kurang pembangunan daripada peruntukan pembangunan negeri Selangor disalurkan kepada kawasan DUN Sg. Pelek ini. Jadi cara pengagihan tu. Terima kasih.

YB TUAN EAN YONG HIAN WAH : Terima kasih YB Kita akan mengikut prioriti lah. Kita akan menilai masalah di kawasan kampung tersebut seperti di kawasan kampung bagan , bahkan kampung bagan ini mereka mempunyai jambatan yang rosak dan tidak pernah di baik pulih selama 30 tahun hingga 40 tahun. Jadi kita memberi perhatian kepada kampung bagan seperti Sabak Bernam dan juga Kuala Selangor. Untuk makluman YB , di daerah Sepang , di daerah Sepang kita juga memberi peruntukan kepada kampung Baru Seri Lenggeng, Sepang Jaya dan Sg. Pelek kita ada. Kalau YB mahu detailnya saya boleh bagi secara lisan..tak ada masalah. Sekian.

TUAN SPEAKER : Lembah Jaya.

YB TUAN KHASIM BIN ABDUL AZIZ : Tuan Speaker, soalan no.24.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB TUAN KHASIM BIN ABDUL AZIZ

(LEMBAH JAYA) TAJUK : KUALITI HIDUP

24. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar :

a) Apakah perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti hidup Negeri Selangor sebagai yang terbaik dari segi pendidikan, perumahan, pengangkutan, kesenian kebudayaan dll. Apakah langkah yang perlu diambil dan bagaimana mengatasinya jika ianya bermasalahlah?

b) Apakah purata pendapatan, distribusi pendapatan, dan gini koefisien (gini coefficient) untuk negeri Selangor bagi tahun 2008-2010. Apakah faktor-faktor bagi menyekat bagi pengurangan ketidakseimbangan pendapatan (income inequality) ini?

YAB DATO’ MENTERI BESAR : Terima kasih aa..YB dari Lembah Jaya. Soalannya, apakah perancangan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri Selangor daripada segi kebudayaan, perumahan, pengangkutan, kesenian dan seterusnya?, dan Apakah purata pendapatan yang membolehkan negeri Selangor dianggap sebagai negeri maju?

(21)

21

Saya ingin aa...aa..membuat beberapa perbandingan. Di aaa..United Nation, ataupun National Development Index, iaitu satu indeks yang diterbitkan untuk menentukan sama ada negeri ini sudah membangun ataupun belum membangun. Kajian pada 2010, kajian yang terakhir, negara Malaysia mencapai angka 0.744 . Maknanya apa angka tersebut? Angka tersebut jika dibandingkan dengan indeks yang membolehkan negara itu dianggap negara maju adalah indeksnya mesti mencapai tahap 0.788. Tetapi negara Malaysia masih lagi di bawah angka tersebut, iaitu 0.744. Bagaimanapun, Selangor dikatakan sudah sampai ke peringkat 0.788 tetapi seluruh Malaysia masih belum mencapai ke tahap itu, masih di tahap 0.744.

Apakah ‘indicator’ untuk kita berkongsi bersama yang boleh kita gunakan? Pertama, ialah kesihatan. Kesihatan ialah, untuk lelaki, kita dikatakan sampai tahap kualiti negara membangun, iaitu 74.9 tahun. Di Selangor, adalah 72.22. Maknanya, belum 2 tahun lagi

‘average expectancy’, ‘life expectancy at birth’ ataupun yang lahir berapa peratus kaum wanita?

Kaum wanita dijangka hidup lebih lama daripada lelaki iaitu 80.2 tahun. Tetapi di Selangor ia 76.8 tahun. Ada sebab ‘why we live..’, saya tak nak bincang, dalam hal ini adalah ‘average’nya iaitu 77 tahun dan di Selangor 74.55 tahun tetapi di Malaysia angka ini lagi ke bawah. Yang penting ialah pendidikan. Pendidikan yang disebut konsep literasi 99.3 peratus masyarakat ini mesti mendapat pendidikan yang sesuai. 99.3 peratus...tetapi di Malaysia kita belum dapat angka ini. Di negeri Selangor melebihi 90 peratus tetapi belum sampai 99.3 peratus.

‘Mean years of schooling’ maknanya pergi sekolah. ‘mean years’ untuk pergi sekolah negara maju sekurang-kurangnya 10 tahun tetapi di Selangor kita tak ada angka itu jika hampir sama angka itu kita boleh dikatakan sudah sampai ke peringkat tersebut. Yang penting adalah pendapatan. Pendapatan per kapita di negara-negara maju adalah RM22,794 setahun. Di Selangor dan di Malaysia masih USD7,503 jadi pendapatan per kapita belum. Tetapi di Klang Valley pendapatan ini sudah hampir, di Klang Valley. Sebab itu ‘Greater Kuala Lumpur’

menumpu di Lembah Klang kerana kita dapati penumpuan pendapatan yang tinggi, yang disebut ‘Mass Market’ sudah ada. Jadi.. ‘inequality’ maknanya pendapatan orang yang berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah ada bezanya. Yang diukur melalui konsep

‘Ginny coefficient’ adalah pengukuran perbezaan.. jadi ‘Ginny coefficient’ mestilah rendah kalau tetapi kalau kosong maknanya semua orang sama. Maka kosong ataupun kalau satu hanya satu orang sahaja yang mempunyai harta, yang lain tak ada. Jadi, satu sampai kosong.. di dunia dianggap 34.9 maka ‘Ginny’ yang diterima. Tetapi di Selangor, saya rasa bawah angka 0.45 itu angkanya. Masih belum sampai ke tahap tersebut. ‘Gender’ ataupun ‘Labour Fourth Participation Women and Men’.. ‘women dan men..’ di Malaysia, di dunia kalau dikatakan negara maju dianggap 0.9. Maknanya, 9 wanita 10 lelaki yang bekerja, iaitu dalam ratio tersebut. Di Selangor masih lagi ke tahap 0.57 jadi maknanya 6 wanita bekerja dan 10 lelaki.

‘Fertility rate’ ialah 42 kelahiran per seribu wanita dan angka ini memang dicapai di Selangor.

‘Admission’ ialah 4.6 tan karbon dioksida per kapita. Ia masih rendah lagi baik tetapi di Selangor melebihi 7. Jadi jawapan saya adalah masih terdapat beberapa perkara yang mesti kita selesaikan terutama pendidikan dan seterusnya. Tetapi program Merakyatkan Ekonomi hendak cuba menyelesaikan beberapa perkara yang dilihat dalam indeks tersebut. Makanya, agenda yang kita boleh dapat kita samakan dalam belanjawan kita termasuk pengukuran- pengukuran tersebut dan bagaimana negeri Selangor dalam rancangan agendanya menyelesaikan perkara ini. Dan juga usaha-usaha pembangunan negeri Selangor hendak kita rancakkan supaya kita dapat membangunkan negeri Selangor dan menentukan hasil pembangunan ini dapat dirasai oleh semua rakyat negeri Selangor.

TUAN SPEAKER : Bukit Melawati

(22)

22

YB TUAN MUTHIAH A/L MARIA PILLAY : Tuan Speaker, Soalan No. 25.

PERTANYAAN - PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB TUAN IR. MUTHIAH A/L MARIA PILLAY

(BUKIT MELAWATI)

TAJUK : TANAH UNTUK SEKOLAH TAMIL

25. Satu permohonan tanah dan laporan lengkap untuk sekolah-sekolah Tamil di Kawasan DUN Bukit Melawati telah diserahkan pada tahun lalu.

Bertanya kepada YAB Dato' Menteri Besar :

a) Apakah status permohonan tersebut ?

b) Adakah Pejabat Tanah sudah memulakan rundingan dengan syarikat -syarikat perladangan dan tuan punya tanah bagi tujuan tersebut ?

c) Bilakah perkara tersebut akan diselesaikan ?

YB PUAN DR. HALIMAH BT. ALI : Tuan Speaker, Yang Berhormat Bukit Melawati.

Berdasarkan hasil lawatan ke atas tapak yang dipohon, didapati bahawa tapak tersebut berbeza dengan tapak yang telah dikemukakan di dalam pelan dan tapak yang dicadangkan adalah melibatkan tanah milik, tanah estet. Dan permohonan rasmi untuk pengambilan tanah dengan pengesahan bahawa pampasan yang mencukupi disediakan masih lagi belum dapat kepada Pejabat Pentadbiran, Pejabat Tanah Kuala Selangor. Jadi memandangkan tanah tersebut merupakan tanah hak milik, estet, rundingan perlu dilakukan antara pemohon tanah dengan tuan tanah dan Insya-Allah lepas itu barulah pejabat tanah bolehlah memproseskan permohonan tersebut untuk, setelah mendapatkan dokumen yang lengkap dan setelah pengambilan tanah dilakukan untuk di gazet kan sebagai sekolah..tapak sekolah.

TUAN SPEAKER : Semenyih

YB DATUK JOHAN BIN ABDUL AZIZ : Tuan Speaker, Soalan No. 26.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB DATUK HAJI JOHAN BIN ABDUL AZIZ

(SEMENYIH) TAJUK : PERUNTUKAN MARRIS

26. Kerajaan Persekutuan meminta agar peruntukan geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) digunakan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya dan bukan untuk tujuan lain.

(23)

23 Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar:

a) Berapakah peruntukan MARRIS yang diterima mengikut rekod kerajaan negeri dari tahun 2008 hingga 2010?

b) Nyatakan statistik penggunaan peruntukan tersebut mengikut daerah dan jumlah jalan raya (km) yang di selenggara?

c) Adakah kerajaan negeri boleh menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan lain?

YB DATO’ DR. HASAN BIN MOHAMED ALI : Assalamualaikum Warahmatullah, Salam sejahtera. Tuan Speaker, saya ingin menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan 231 daripada Yang Berhormat Meru. Tentang peruntukan MARRIS, Kerajaan Persekutuan meminta agar, bagaimana tentang..minta maaf, tentang peruntukan MARRIS ini disalurkan jawapannya ialah terimaan geran jalan raya berdasarkan sistem maklumat rekod-rekod jalan raya Malaysia atau MARRIS bagi tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut :

2008 – RM3,996,292.

2009 – RM315,627,131.

2010 – 22 Oktober 2010 - RM263,23,250

Statistik penggunaan peruntukan tersebut mengikut daerah bagi tujuan menaik taraf jalan dan jambatan telah diperuntukkan kepada Jabatan Kerja Raya seperti berikut :

Petaling Jaya - 2008 RM27 juta

2009 RM62,400,000

2010 RM20 juta

Gombak - 2008 RM900,000

2009 RM2,900,000

2010 RM2,200,000

Klang - 2008 RM26,500,000

2009 RM14,650,000

2010 RM5,500,000

Kuala Langat - 2008 RM4,500,000

2009 RM500,000

2010 RM500,000

Hulu Langat - 2008 RM3,700,000

2009 RM46,500,000

2010 RM16 juta

Sepang - 2008 RM5.9 juta

2010 RM500,000

Kuala Selangor - 2008 RM28,550,000

2009 RM27,750,000

(24)

24

2010 RM11,700,000

Hulu Selangor - 2008 RM1.8 juta

2009 RM500,000

Sabak Bernam - 2008 RM15.7 juta

2009 RM2.260 juta

2010 RM13.3 juta

Jumlahnya, Tuan Speaker, tahun 2008 ialah RM114,550,000 tahun 2009 RM157,960,000 tahun 2010 ialah RM69,200,000. Jumlah jalan raya yang telah didaftarkan ke dalam sistem maklumat rekod-rekod jalan raya Malaysia atau MARRIS adalah sebanyak 13,994.045 km saya ulang balik 13,994.045 km merangkumi jalan raya bandaran, jalan raya negeri, jalan perumahan murah dan lorong-lorong belakang. Peruntukan MARRIS akan dikreditkan ke dalam akaun amanah dan wang dalam akaun ini hendaklah dibelanjakan hanya bagi tujuan seperti berikut:

1. membayar kos penyelenggaraan semua jalan-jalan negeri

2. perbelanjaan-perbelanjaan seperti pembelian jentera, pembayaran gaji serta lain-lain imbuhan kepada pekerja yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti- aktiviti penyelenggaraan jalan dan

3. apa-apa jua perbelanjaan lain yang diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri.

Kumpulan wang ini akan dikendalikan mengikut peraturan di bawah akta acara kewangan 1997.

Meru menambah soalan tentang prosedur bagaimana prosedur pelaksanaan sistem maklumat rekod jalan raya kerajaan atau MARRIS ini. Dia ada 6 ‘step’ yang terlibat, yang pertama YB Meru, sistem MARRIS itu ialah melalui ‘online’. Jadi kita boleh terus pergi kepada sistem

‘online’ dan lepas itu kita punya pusat tanggungjawab, pusat tanggungjawab akan mendaftarkan jalan-jalan baru ataupun jalan-jalan yang dinaiktarafkan untuk diadakan satu rekod. Yang ketiga, kita lepas tu mendapatkan perakuan daripada JKR negeri dan JKR negeri akan menghantar kepada JKR Persekutuan untuk semakan akhir dan peruntukan akan disalurkan kepada Perbendaharaan dan Perbendaharaan akan menyalurkan kepada negeri- negeri. Jadi untuk yang di Klang sebagaimana yang Meru hendak mengetahui jumlah peruntukan MARRIS yang diperuntukkan kepada Majlis Perbandaran Klang bagi tahun 2010 adalah sebanyak RM7.5 juta. Dan untuk makluman Yang Berhormat Meru, peruntukan geran MARRIS hanya disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya serta Pihak Berkuasa Tempatan sahaja.

Ianya tidak disalurkan mengikut kawasan-kawasan Dewan Negeri.

TUAN SPEAKER : Sg. Panjang.

YB DATO’ SERI MOHAMAD KHIR BIN TOYO : Tuan Speaker, Soalan 27.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB DATO’ SERI MOHAMAD KHIR B. TOYO

(SUNGAI PANJANG) TAJUK : PEMBANGUNAN SUNGAI KELANG

27. Difahamkan keseluruhan pembangunan Sungai Kelang menelan belanja RM 6 bilion.

(25)

25 Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar :

a) Apakah nama syarikat-syarikat yang terlibat?

b) Dari manakah syarikat terbabit mendapat sumber kewangan bagi membuat kajian awal?

c) Bagaimanakah syarikat terbabit akan meneruskan projek ini tanpa peruntukan kerajaan negeri?

YAB DATO’ MENTERI BESAR : Terima kasih Yang Berhormat dari Sg. Panjang.

Mengemukakan soalan mengenai status pembangunan Sungai Klang. Status pembangunan Sungai Klang pada awalnya kita sudah mengundang mereka untuk memberi, menghantar cadangan ‘Business Proposal’ dan kita ada menerima daripada 12 mereka yang mengemukakan dan kita sudah mengumumkan yang kita memilih 3 syarikat iaitu DSS Makro Sdn. Bhd., TJA Engineering Sdn. Bhd., dan Konsortium Weset Water I Bhd. untuk kita bincang tentang penempatan pembangunan di Sungai Klang. Bagaimanapun perkara ini terpaksa kita lihat semula kerana kita dalam perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan kita dapati, untuk pengetahuan Dewan, Sungai Klang itu satu pertiga awalnya adalah dalam kawasan negeri Selangor, dan satu pertiga lagi dalam kawasan Bandar Raya Kuala Lumpur. Selepas itu dari Petaling ke Klang adalah dalam kawasan kerajaan negeri. Jadi Kerajaan Persekutuan,

‘Greater Kuala Lumpur Klang Valley’ ini, menerima bahawa pembangunan Sungai Klang ini adalah sebahagian daripada seluruh ‘Greater KL’ dan ‘Klang Valley’. Mereka meminta untuk kita mencantumkan program untuk Sungai Klang ini dengan program untuk pembangunan Sungai Klang dalam Bandar raya Kuala Lumpur. Kita menerima cadangan tersebut sebab kita fikir, kalau pembangunan kita buat di hulu sungai lepas itu tidak mengambil kira pembangunan yang dibuat di Kuala Lumpur dan pembangunan Kuala Lumpur tidak mengambil kira pembangunan sungai kita daripada Shah Alam ataupun Petaling ke laut, maknanya kita tidak membuat satu pembangunan yang menyeluruh. Oleh sebab itu kita memberikan maklumat apa yang kita lakukan dan kita sedia menerima maklumat yang dari Kuala Lumpur. Maknanya, rancangan pembangunan Sungai Klang di Kuala Lumpur, kita cantumkan dan kita berharap perkara ini diselesaikan sebelum hujung tahun ini supaya program kita, kita dapat laksanakan.

Sumber kewangan yang kita bincangkan ini adalah melalui private funding initiative seperti yang dibuat dalam rancangan pembangunan greater Kuala Lumpur dan Klang Valley dan kita masih berbincang tentang perkara tersebut. Tetapi saya dapati ada juga cadangan mereka yang kita sama ada nak terima atau tidak, dia boleh gunakan satu daripada cadangannya iaitu menggunakan Sungai Klang itu, dengan reserve Sungai Klang itu sebagai satu tempat untuk menyediakan transport system dari Klang ke Hulu Klang. Maknya, mereka hendak gunakan tempat itu untuk menjadikan rail transport. Saya belum lihat, Kerajaan Negeri hendak melihat cadangan itu secara terbuka dahulu, sama ada hendak setuju atau tidak tetapi mereka hendak menambah beberapa cadangan lagi untuk menggunakan Sungai Klang itu sebagai tempat untuk menyelesaikan masalah pengangkutan di negeri Selangor. Oleh itu, buat masa ini Kerajaan Negeri belum bersetuju ataupun belum membuat keputusan tentang pemikiran yang dibuat oleh perancang-perancang daripada pihak Persekutuan. Bagaimanapun, saya cadangkan kita mesti melihat cadangan-cadangan mereka secara terbuka supaya kita dapat menghasilkan pembangunan Sungai Klang secara menyeluruh.

YB TUAN SPEAKER : Kuala Kubu Bharu

(26)

26

YB TUAN WONG KOON MUN : Tuan Speaker soalan 28.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB TUAN WONG KOON MUN

( KUALA KUBU BHARU ) TAJUK : RASUAH PASIR

28. Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas menangani masalah rasuah pasir.

Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar :

a) Bagaimanakah prestasi pasukan khas tersebut?

b) Nyatakan statistik aduan dan tangkapan berhubung masalah rasuah pasir mengikut daerah?

c) Apakah pendekatan yang akan diguna untuk membanteras kegiatan kecurian dengan berkesan?

YB TUAN IR MUTHIAH A/L MARIA PILLAY : Tuan Speaker bagi menjawab Yang Berhormat Kuala Kubu Bharu Kerajaan Negeri di bawah Kumpulan Semesta yang kita rasa telus bersedia untuk membawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah SPRM sama-sama dalam operasi untuk mencegah rasuah. Setakat ini tiada kes-kes rasuah berlaku dalam Kumpulan Semesta.

Soalan ke-2, nyatakan tangkapan berhubung masalah rasuah pasir? Juga tiada statistik berkaitan rasuah pasir Cuma di sini ingin saya maklumkan bahawa statistik tangkapan- tangkapan yang dibuat oleh pihak berkuasa negeri. Tangkapan tersebut telah dilakukan sekitar bulan Januari hingga Oktober 2010 di beberapa lokasi hot spot yang dikenal pasti menjadi tumpuan penyangak pasir. Hot spot tersebut menjadi tumpuan penyangak pencuri pasir kerana kualiti pasir, permintaan pasir yang tinggi di pasaran pada masa kini. Pecahan tangkapan mengikut daerah adalah seperti berikut :-

1) Pejabat Tanah Sepang - 28 2) Pejabat Tanah Hulu Langat - 24 3) Pejabat Tanah Kuala Langat - 20 4) Pejabat Tanah Hulu Selangor - 10 5) Pejabat Tanah Gombak - 10 6) Pejabat Tanah Kuala Selangor - 2 7) Pejabat Tanah dan Galian Selangor - 2

Jumlah : 96

Maklumat yang direkodkan bagi barang rampasan atau sitaan oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor sehingga 26 Oktober 2010 adalah seperti berikut:

1) Pejabat Tanah Kuala Langat : Eskavator- 7, Lori – 4 2) Pejabat Tanah Gombak : Eskavator -3. Lori – 1

(27)

27

3) Pejabat Tanah Sepang : Eskavator – 2, Lori – 30 4) Pejabat Tanah Hulu Langat : Eskavator – 2, Lori – 14 5) Pejabat Tanah Hulu Selangor : Eskavator – 1, Lori – 4 6) Pejabat Tanah Galian Selangor : Lori – 3

7) Pejabat Tanah Kuala Selangor : Lori – 1 Jumlah : Eskavator : 15, Lori – 57, Lori Hantu – 1

Bagi soalan ke-3 apakah pendekatan yang digunakan bagi membanteras kegiatan kecurian pasir yang berkesan?

Langkah-langkah tersebut adalah :-

1) Mengadakan operasi statik di lokasi yang disyaki berlakunya kecurian pasir.

2) Mengeluarkan notis 7A bagi pemilik tanah memulihkan tanah mengikut syarat nyata tanah yang dikenakan. Sekiranya gagal dipulihkan notis 7B dikeluarkan untuk mendapatkan penjelasan kegagalan pemilik tanah mengambil tindakan pemulihan dan jika penjelasan yang diberikan tidak dapat diterima notis 8A akan dikeluarkan dan tanah mereka akan dirampas.

3) Menubuhkan jawatankuasa teknikal pemantauan dan penyelarasan permit bahan batuan bagi mempercepatkan penyelesaian masalah-masalah berkaitan dengan pasir dan pertimbangkan unit penguatkuasaan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan diketuai oleh Pengarah Tanah dan Galian, Pentadbir Tanah, Jabatan-jabatan Teknikal dan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

4) Mengadakan rondaan atau pemantauan secara berkala di kawasan yang disyaki berlakunya aktiviti mengorek pasir secara tidak sah dan petugas-petugas khas pemantauan permit pasir yang berfungsi memantau dari aspek teknikal terhadap keakuran pemegang permit ataupun kontraktor dalam menjaga aktiviti pengeluaran pasir dalam syarat-syarat yang dikehendaki jabatan teknikal yang berkenaan di pejabat tanah.

Terima kasih.

YB TUAN SPEAKER : Bukit Antarabangsa

YB TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 29.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA YB TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI

(BUKIT ANTARABANGSA)

TAJUK : PENYERAPAN INSTITUT KEMAHIRAN YAYASAN SELANGOR (IKYS) DALAM KOLEJ INPENS

29. Bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar :

(28)

28

a) Sila nyatakan rasional Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) diserapkan ke dalam Kolej INPENS. Berapakah jumlah penuntut yang terlibat dan apakah jaminan kebajikan para penuntut IKYS akan dipelihara.

YB PUAN DR. HALIMAH BT ALI : Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Bukit Antarabangsa. Rasional IKYS diserapkan ke dalam INPENS adalah kerana program kedua-dua institusi kemahiran ini menawarkan program kemahiran yang sama,.

Kelengkapan peralatan dan bahan pembelajaran lengkap dan struktur premis yang lebih strategik dan praktikal sebagai pusat pengajian di INSPENS berbanding dengan IKYS di Bagan Terap Sabak Bernam dan jumlah penuntut yang terlibat ialah :-

IKYS – Premis boleh menampung bilangan pelajar untuk 1 sesi pengambilan adalah seramai maksimum 75 orang pelajar sahaja.

INPENS – Premis boleh menampung bilangan pelajar untuk 1 sesi pengambilan seramai 500 orang pelajar.

Jumlah semasa pelajar IKYS ke INPENS Bagi Sesi Julai 2010 :- 1) Untuk Kursus Penyaman Udara adalah seramai 6 orang dan ; 2) Pendawai Elektrik (PW2) – 39 orang.

Maknanya 45 orang penuntut diIKYS yang terlibat dalam pemindahan ke INPENS. Jaminan kebajikan para penuntut IKYS akan dipelihara :

1) Penginapan 2) Aktiviti Pelajar

3) Pinjaman Pendahuluan 4) Peluang Pekerjaan

Program kemahiran yang sama, IKYS memiliki 2 jenis kursus iaitu Kursus Penyaman Udara, Kursus Pendawai Elektrik. Di INPENS, INPENS mempunyai 10 jenis kursus :-

1) Kursus Penyaman Udara

2) Kursus Elektrik (yang ini yang sama dengan IKYS) 3) Kursus Mekanik Kenderaan Motor

4) Kursus Mekanik Motosikal 5) Kurus Elektronik Industri 6) Kursus Dandanan Rambut 7) Kursus Jurukecantikan

8) Kursus Pembuat Pakaian Wanita 9) Kursus Pelukis Pelan

10) Kursus Penyelenggaraan Sistem Komputer

Yang ke-2, yang saya sebutkan tadi pada kelengkapan peralatan dan bahan pembelajaran.

IKYS menyewa peralatan untuk kursus Penyaman Udara dari kontraktor lain. INPENS, bahan pembelajaran bagi semua kursus adalah lengkap dan tidak terikat dengan pihak kontraktor lain, maknanya dah ada dalam INPENS. Bagi premis pula, lokasi premis IKYS terletak di kawasan pendalaman dan struktur premis banyak yang tidak digunakan kerana ketidaksesuaian sebagai pusat pengajian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga sebenarnya premis yang diguna oleh IKYS ini adalah satu warisan gajah putih oleh kerajaan yang terdahulu bukan dibina untuk

Referensi

Dokumen terkait

Pada masa yang sama juga, Air Selangor akan memperuntukkan sejumlah RM30 bilion untuk tempoh 30 tahun bermula pada tahun 2019 sehingga tahun 2048 sebagai

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Abd Rahim bin Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas penyertaan dan juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat

Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat akan tanya kepada Yang Berhormat Menteri nanti, di dalam prinsip