• Tidak ada hasil yang ditemukan

DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA. Shah Alam, 19 November 2012 (Isnin) Mesyuarat dimulakan pada jam 10.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA. Shah Alam, 19 November 2012 (Isnin) Mesyuarat dimulakan pada jam 10."

Copied!
64
0
0

Teks penuh

(1)

DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA

MESYUARAT KETIGA

Shah Alam, 19 November 2012 (Isnin)

Mesyuarat dimulakan pada jam 10.00 pagi YANG HADIR

Y.B. Dato’ Teng Chang Khim, DPMS (Sungai Pinang) (Tuan Speaker)

Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim PSM., SPMS., DPMS., DSAP. (Ijok)

(Dato’ Menteri Besar Selangor) Y.B. Puan Teresa Kok Suh Sim (Kinrara) Y.B. Tuan Iskandar Bin Abdul Samad (Cempaka) Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob bin Sapari (Kota Anggerik)

Y.B. Puan Rodziah bt. Ismail (Batu Tiga)

Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Seri Andalas) Y.B. Puan Dr. Halimah bt. Ali (Selat Klang)

Y.B. Tuan Liu Tian Khiew

Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan) Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan)

Y.B. Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi

Y.B. Puan Haniza bt. Mohamed Talha (Taman Medan) (Timbalan Speaker)

(2)

Y.B. Tuan Mohamed Azmin bin Ali (Bukit Antarabangsa) Y.B. Tuan Ng Suee Lim (Sekinchan)

Y.B. Tuan Dr. Shafie bin Abu Bakar (Bangi) Y.B. Tuan Lee Kim Sin (Kajang)

Y.B. Tuan Mat Shuhaimi bin Shafiei (Sri Muda) Y.B. Tuan Lau Weng San (Kampung Tunku)

Y.B. Tuan Dr. Abd. Rani bin Osman (Meru) Y.B. Tuan Haji Saari bin Sungib (Hulu Kelang)

Y.B. Tuan Yap Lum Chin (Balakong)

Y.B. Tuan Muthiah a/l Maria Pillay (Bukit Malawati) Y.B. Tuan Philip Tan Choon Swee (Teluk Datok) Y.B. Tuan Khasim bin Abdul Aziz (Lembah Jaya)

Y.B. Tuan Amirudin bin Shari (Batu Caves) Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin (Damansara Utama)

Y.B. Tuan Manoharan a/l Malayalam Y.B. Puan Lee Ying Ha (Teratai)

Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Subang Jaya Y.B. Puan Gan Pei Nei (Rawang)

Y.B. Dato’ Haji Mohamed Satim bin Diman, DSSA., KMN., ASA., PJK. (Seri Serdang)

(3)

Y.B. Dato’ Haji Raja Ideris bin Raja Ahmad, DSSA., AMS., AMN., PJK Sungai Air Tawar)

Y.B. Dato’ Haji Abd. Rahman bin Palil,

DSSA., KMN., AMS., AMN., PPT., PJK. JBM.,Dr.(Hc) (Sementa) Y.B. Dato’ Haji Mohd. Shamsudin bin Haji Lias,

DPMS., JSM., SSA (Sungai Burong) Y.B. Dato’ Dr. Karim bin Mansor, DPMS., ASA., PJK. (Tanjung Sepat) Y.B. Dato’ Mohamed Idris bin Haji Abu Bakar,

DSSA., AMS., PJK. (Hulu Bernam) Y.B. Dato’ Haji Amiruddin bin Setro,

DPMS.,ASA. (Jeram)

Y.B. Dato’ Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor DPMS., KMN., AMN., ASA. (Paya Jaras) Y.B. Tuan Hasiman bin Sidom, PJK. (Morib)

Y.B. Dato’ Haji Warno bin Dogol DSIS., AMS., SMS., AMN., PJK. (Sabak)

Y.B. Dato’ Marsum bin Paing, DPMS., SSA., ASA. (Dengkil) Y.B. Dato’ Sri Subahan bin Kamal,

SSAP., DIMP.(Taman Templer) Y.B. Tuan Abdul Shukur bin Idrus,

KMN., SIS., ASDK. (Kuang) Y.B. Datuk Haji Johan bin Abdul Aziz,

DMSM., JP., AMS. (Semenyih) Y.B. Datuk Mohd Isa bin Abu Kasim,

DPSM., AMS. (Batang Kali)

(4)

Y.B. Tuan Yap Ee Wah (Sungai Pelek) Y.B. Tuan Wong Koon Mun, JMN., SMS., PJK. (Kuala Kubu Baharu) Y.B. Tuan Haji Sulaiman bin Haji Abdul Razak

SMS., PPN. (Permatang) Y.B. Tuan Ismail bin Sani, SMS., PJK. (Dusun Tua)

Y.B. Tuan Badrul Hisham bin Abdullah (Pelabuhan Kelang) Y.B. Dato’ Dr. Hasan bin Mohamed Ali

DPMS., DIMP., SMS. (Gombak Setia)

(5)

TIDAK HADIR

Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir bin Hashim Y.B. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir bin Toyo, PJK

TURUT HADIR

(Mengikut Fasal LII (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959)

Y.B. Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi DSIS., ASA., PPT.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Y.B. Datin Paduka Zauyah Be binti T. Loth Khan, DPMS., DMSM., DSM., AMN.

Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Y.B. Dato’ Noordin bin Sulaiman, DPMS., SIS.

Pegawai Kewangan Negeri Selangor

(6)

PEGAWAI BERTUGAS

Encik Suliman bin Abd Rahman, PPT Setiausaha Bahagian (Dewan/MMKN)

Puan Noor Asdiana bt. Abd Kadir Ketua Penolong Setiausaha

Puan Mazian bt. Manan Penolong Setiausaha

Encik Zawawi bin Mohd. Arif Penolong Setiausaha

Puan Siti Salbiah bt. Masri Penolong Pegawai Tadbir

Encik Ismail bin Habib Bentara

Encik Ahmad Hafizan bin Yusof Encik Mohamad Redzuan bin Adam

Encik Shahzrin bin Dzahari Encik Izal Izlan bin Misnon Encik Mohd Saiful Nizam bin Hasmawi

Penolong Bentara

Cik Noor Syazwani bt. Abdul Hamid Puan Hajah Noridah bt. Abdullah

Pelapor Perbahasan

(7)

( Tuan Speaker mempengerusikan mesyuarat )

SETIAUSAHA DEWAN : Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Aturan urusan Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-12 pada 19 November 2012 dimulakan dengan bacaan doa.

I. DOA.

II. PROKLAMASI.

SETIAUSAHA DEWAN: OLEH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI AL-MARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, DARJAH KERABAT (SELANGOR), DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.), DARJAH KERABAT (TERENGGANU), DARJAH KERABAT (KELANTAN), DARJAH KERABAT (PERAK), DARJAH KERABAT (PERLIS), DARJAH KERABAT (NEGERI SEMBILAN), DARJAH KERABAT (KEDAH), DARJAH KERABAT (JOHOR), SERI PADUKA MAHKOTA SELANGOR (S.P.M.S.), DATO’ SETIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (S.S.I.S.), SERI PADUKA MAHKOTA JOHOR (S.P.M.J.), DENGAN KURNIA ALLAH, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA.

BAHAWASANYA Fasal (1) Perkara LXX Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959, memperuntukkan bahawa DULI YANG MAHA MULIA SULTAN hendaklah dari semasa ke semasa melalui Proklamasi yang disiarkan dalam Warta memanggil Dewan Negeri :

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI AL-MARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, DARJAH KERABAT (SELANGOR), DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.), DARJAH KERABAT (TERENGGANU), DARJAH KERABAT (KELANTAN), DARJAH KERABAT (PERAK), DARJAH KERABAT (PERLIS), DARJAH KERABAT (NEGERI SEMBILAN), DARJAH KERABAT (KEDAH), DARJAH KERABAT (JOHOR), SERI PADUKA MAHKOTA SELANGOR (S.P.M.S.), DATO’ SETIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (S.S.I.S.), SERI PADUKA MAHKOTA JOHOR (S.P.M.J.), DENGAN KURNIA ALLAH, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DAN DAERAH TAKLUKNYA, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA di bawah Perkara LXX Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959, DENGAN INI MEMANGGIL Dewan Negeri untuk bermesyuarat dan menetapkan 19 November 2012 hingga 23 November 2012 dan 26 November 2012 hingga 30 November 2012 dan pukul 10.00 pagi kecuali hari Jumaat pukul 9.30 pagi, sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Yang Kedua Belas yang akan diadakan di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.

(8)

DIPERBUAT di Istana Alam Shah, Klang pada 01hari bulan Oktober 2012.

[ DUN. Sel. 30287/12 Jld 12

Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,

TUAN SPEAKER: Salam sejahtera dan selamat datang kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli EXCO, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan dan para pemerhati sekalian. Bertemu sekali lagi dalam mesyuarat ketiga dewan yang mulia ini bagi penggal kelima Dewan Negeri Selangor yang ke-12. Sebelum saya meneruskan sesi aturan mesyuarat urusan hari ini, ingin saya maklumkan bahawa pada pagi ini saya telah pun meluluskan permohonan cuti daripada Y.B. Seri Setia yang bercuti kerana menghadiri kursus antarabangsa di Bangkok selama empat hari. Baik, saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk meneruskan aturan mesyuarat.

III. MEMBENTANGKAN KERTAS-KERTAS MESYUARAT

SETIAUSAHA DEWAN: Aturan urusan mesyuarat seterusnya membentangkan kertas-kertas mesyuarat.

i) Kertas Bilangan Mesyuarat Bil. 9 Tahun 2012

- Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan (No.2/2012);

ii) Kertas Mesyuarat Bil. 10 Tahun 2012

- Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2013/2012), Rang Undang- Undang Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan (No.2/2012);

iii) Kertas Mesyuarat Bil.11 Tahun 2012

- Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011;

iv) Kertas Mesyuarat Bil.12 Tahun 2012

- Sijil Ketua Audit Negara dan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011 bagi 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor :-

Majlis Bandaraya Shah Alam;

Majlis Bandaraya Petaling Jaya;

Majlis Perbandaran Klang;

Majlis Perbandaran Ampang Jaya;

Majlis Perbandaran Subang Jaya;

Majlis Perbandaran Selayang;

Majlis Perbandaran Kajang;

Majlis Perbandaran Sepang,

(9)

Majlis Daerah Kuala Selangor;

Majlis Daerah Hulu Selangor;

Majlis Daerah Kuala Langat;

Majlis Daerah Sabak Bernam.

v) Kertas Bil.13 Tahun 2012

- Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011;

vi) Kertas Mesyuarat Bil.14 Tahun 2012

- Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi serta Aktiviti Jabatan / Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Bagi Tahun 2011;

vii) Kertas Mesyuarat Bil.15 Tahun 2012

- Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011 Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor;

viii) Kertas Mesyuarat Bil.16 Tahun 2012

- Penyata Kewangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011;

ix) Kertas Mesyuarat Bil.17 Tahun 2012

- Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011;

x) Kertas Mesyuarat Bil.18 Tahun 2012

- Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011;

xi) Kertas Mesyuarat Bil.19 Tahun 2012

- Anggaran Perbelanjaan Perbekalan Tambahan Kedua 2012 dan Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Perbekalan Tambahan Kedua 2012 bagi Kerajaan Negeri Selangor;

xii) Kertas Bil. 20 Tahun 2012

- Laporan Tahunan Tabung Warisan Negeri Selangor Tahun 2011;

xiii) Kertas Mesyuarat Bil. 21 Tahun 2012

- Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011;

(10)

xiv) Kertas Mesyuarat Bil. 22 Tahun 2012

- Memorandum Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011;

xv) Kertas Mesyuarat Bil. 23 Tahun 2012

- Anggaran Perbelanjaan Negeri Selangor 2013;

xvi) Kertas Mesyuarat Bil. 24 Tahun 2012

- Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketulusan (SELCAT) mengenai perolehan, penggunaan dan pulangan pinjaman RM90.3 juta oleh PAISB (PKPS Agro Industries Sdn. Bhd.) daripada Kementerian Kewangan;

xvii) Kertas Mesyuarat Bil. 25 Tahun 2012

- Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketulusan (SELCAT) mengenai kejadian banjir di Hulu Langat dan Klang Selatan;

xviii) Kertas Mesyuarat Bil. 26 Tahun 2012

- Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketulusan (SELCAT) mengenai Laporan Audit Dalam Tahun 2010 berhubung pengurusan kewangan Yayasan Selangor;

xix) Kertas Mesyuarat Bil. 27 Tahun 2012

- Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketulusan (SELCAT) mengenai permohonan pembangunan tanah padang PKNS di Kelana Jaya dan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ 2);

xx) Kertas Mesyuarat Bil. 28 Tahun 2012

- Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketulusan (SELCAT) mengenai siasatan ke atas urus niaga perlombongan pasir Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB);

xxi) Kertas Mesyuarat Bil. 29 Tahun 2012

- Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPPADAT);

(11)

xxii) Kertas Mesyuarat Bil. 30 Tahun 2012

- Arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada elaun seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 5, Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan 1980 - Enakmen No.8 tahun 1980);

xxiii) Kertas Mesyuarat Bil. 31 Tahun 2012

- Resolusi Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957;

xxiv) Kertas Mesyuarat Bil. 32 Tahun 2012

- Kertas Putih Pelunasan Menyeluruh hutang Talam (Talam Global That Settlement White Paper);

xxv) Kertas Mesyuarat Bil. 33 Tahun 2012

- Kertas Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

IV. PERTANYAAN-PERTANYAAN

SETIAUSAHA DEWAN: Aturan urusan mesyuarat seterusnya pertanyaan- pertanyaan.

TUAN SPEAKER: Yang Berhormat sekalian, sebelum saya memulakan sesi pertanyaan sukacita saya memperingatkan perintah Tuan Speaker Bil.1/2012 yang telah pun mengehadkan masa untuk menjawab selama 3 minit dan apabila lampu kuning menyala bererti tinggal 30 saat dan bagi soalan tambahan dihadkan masa 30 saat. Baik, dipersilakan Bukit Antarabangsa.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI: No. 1.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI

(BUKIT ANTARABANGSA) TAJUK : PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN NEGERI 1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :

(a) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk meneliti teguran yang dibuat oleh Ketua Audit Negara dalam usaha untuk mempertahan dan mempertingkatkan lagi prestasi kewangan Kerajaan Negeri sebagai model pengurusan yang berteraskan tata kelola yang baik dan prinsip value for money?

(12)

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Y.B. Dato’ Speaker, soalan Bukit Antarabangsa adalah mengenai langkah-langkah diambil untuk meneliti teguran yang dibuat oleh Ketua Audit Negara dan usaha untuk mempertahan dan mempertingkatkan prestasi kewangan Kerajaan Negeri.

Saya ingin memaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri memandang serius setiap teguran dan pemerhatian oleh Ketua Audit Negara dan tindakan membetulkan kelemahan-kelemahan yang telah dibangkitkan oleh pihak audit dan mengambil tindakan pencegahan bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang pada masa hadapan.

Sukacita saya nyatakan dalam usaha kita menggunakan model pengurusan yang berteraskan tata kelola yang baik dan prinsip value for money, Ketua Audit Negara telah menyatakan bahawa terdapat peningkatan pelaburan 2011 sebanyak RM1.55 bilion berbanding sebelumnya RM928.61 juta. ini merupakan peningkatan berterusan bagi kelima-lima tahun. Peningkatan hasil negeri bertambah RM62.50 juta dan kumpulan wang disatukan meningkat daripada RM1.9 ribu juta kepada dari RM1.58 ribu juta pada tahun 2010. Pembayaran hutang awam yang sangat baik, projek pembangunan yang sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek yang lulus. Saya merasa tanggungjawab kita ialah untuk menentukan rakyat percaya tentang kebolehan kita dalam menguruskan kewangan Negeri Selangor.

TUAN SPEAKER: Sekinchan.

Y.B. TUAN NG SUEE LIM: Tuan Speaker, soalan nombor 2.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN NG SUEE LIM

(SEKINCHAN)

TAJUK : LOJI PEMPROSESAN BENIH PADI SUNGAI BURONG 2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :

a) Sila nyatakan apakah status terkini loji tersebut dan berapakah kos penyelenggaraan bagi setiap bulan?

b) Sila nyatakan siapakah penyewa utama loji tersebut dan berapakah sewa bulanannya?

c) Sila nyatakan bilakah dan apakah punca sebenar loji tersebut diswastakan?

(13)

Y.B. TUAN DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI: Tuan Speaker, bagi jawapan soalan di atas adalah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan wajar diajukan di Sidang Parlimen.

TUAN SPEAKER: Ya, Sekinchan.

Y.B. TUAN NG SUEE LIM: Tuan Speaker, soalan tambahan. Y.B. EXCO dari Kota Anggerik, sebagai EXCO Pertanian walaupun ini (soalan yang saya ajukan ini) berkaitan dengan loji pemprosesan benih padi adalah luar bidang kuasa tetapi sebagai EXCO kita wajib ambil maklum mengenai perkara ini. Tidak boleh lari kerana ini berkaitan dengan kepentingan rakyat (petani). Jadi, minta penjelasan apa sebenarnya berlaku.

Y.B. TUAN DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI: Tuan Speaker, sebagai penjelasan selaku EXCO saya maklum bahawa ia tidak terlepas daripada tugas Kerajaan Negeri.

Loji pemprosesan benih padi Sungai Burong telah siap dibina pada tahun 1998. Loji tersebut di bina di bawah Program Pembangunan Jabatan Pertanian Persekutuan.

Operasi pengeluaran benih padi sah bermula pada musim 1, 1998. Loji tersebut di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Persekutuan dari tahun 1998 hingga Mac 2010. Loji tersebut diserah kepada Lembaga Kemajuan Petani Muda (MADA) pada Mac 2010 selaras dengan keputusan Mesyuarat Dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertarikh 31 Disember 2007 dan kelulusan daripada Kementerian Kewangan bertarikh 26 Januari 2010.

Ekoran daripada keputusan dasar tersebut, Jabatan Pertanian Persekutuan dikehendaki melepaskan fungsi Program Pengeluaran Benih Padi Sah secara berperingkat mulai tahun 2007. Program Pengeluaran Benih Padi seterusnya diterajui oleh pihak swasta dan Jabatan Pertanian Persekutuan bertindak sebagai agensi pemeraku kualiti benih padi yang sah.

Berhubung soal kedua dan ketiga, ia tidak ada maklumat yang itu.

TUAN SPEAKER: Meru.

Y.B. TUAN DR. HAJI ABD RANI BIN OSMAN: Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 3.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN DR. ABD RANI BIN OSMAN

(MERU)

TAJUK : PENYERAHAN DEWAN DAN BALAIRAYA 3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :

(14)

a) Berapakah jumlah dewan dan balai raya yang ditadbir oleh UMNO atau orang perseorangan yang belum diserahkan ke Pejabat Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang?

b) Apakah tindakan yang dijalankan oleh pihak berkuasa kepada individu atau parti terutama UMNO yang tidak menyerahkan dewan tersebut.

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Terima kasih Y.B. dari Meru bertanyakan tentang penyerahan dewan dan balai raya. Berapakah jumlah dewan / balai raya yang ditadbir oleh UMNO dan orang perseorangan yang belum diserahkan kepada Pejabat Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang? Balai raya yang belum diserahkan ialah 2 buah lagi.

Apakah tindakan yang dijalankan oleh pihak berkuasa kepada individu atau parti terutama UMNO yang tidak menyerahkan dewan tersebut? Pejabat Daerah Klang telah mengadakan perbincangan dengan JKKP dan mereka telah bersetuju untuk menyerahkan kembali balai raya tersebut.

Y.B. TUAN DR. SHAFIE BIN ABU BAKAR: Speaker.

TUAN SPEAKER: Ya, Bangi.

Y.B TUAN DR. SHAFIE BIN ABU BAKAR: Terima kasih Tuan Speaker. Pembinaan balai raya atau dewan orang ramai merupakan satu keperluan bagi sesuatu masyarakat untuk bukan saja mesyuarat tetapi kenduri-kenduri kendara. Adakah bentuk bangunan sekarang sesuai dengan keperluan-keperluan semasa masyarakat? Kalau kita lihat umpamanya di Putrajaya diwujudkan seperti kompleks jalanan yang agak sesuai.

Adakah cadangan untuk mengubahsuai bentuk-bentuk binaan balai raya atau dewan orang ramai untuk kesesuaian bagi multipurpose bagi masyarakat setempat? Terima kasih.

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Dato’ Speaker, kajian dibuat telah menunjukkan penempatan-penempatan dan kawasan perumahan baru yang akan dibina kita masukkan program pembinaan balai-balai raya tersebut mengambil kira kegunaan-kegunaan masyarakat. Tetapi, perkara yang sekarang kita dapati ialah balai- balai raya yang sudah terbina dalam keadaan yang tidak sesuai dengan pembangunan yang berlaku di sekitar kawasan-kawasan tersebut.

TUAN SPEAKER: Ya, Sekinchan.

Y.B. TUAN NG SUEE LIM: Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan berkaitan dengan balai raya yang tidak diserahkan. Terdapat juga balai raya yang dibina daripada dana kerajaan tetapi balai raya itu dibina di atas tanah individu. Maka dengan

(15)

itu, sampai hari ini balai raya tersebut tidak diserahkan. Bagaimana tindakan oleh kerajaan negeri? Terima kasih.

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Dato’ Speaker, itu salah satu daripada kelemahan pembinaan yang lepas di mana balai-balai raya itu dibina di atas tanah persendirian.

Mengikut undang-undang, tanah persendirian (pembinaan tersebut) pemiliknya ialah orang persendirian. Kita telah mengadakan beberapa usaha supaya kita dapat mengambil alih tanah bukan bangunan sahaja tetapi tanah untuk diselesaikan pemilikannya. Tapi pengajaran yang terbaik ialah tidak lagi membina pembinaan balai raya ataupun balai penggunaan awam di tanah persendirian.

TUAN SPEAKER: Taman Medan.

Y.B. PUAN HAJAH HANIZA BINTI MOHAMED TALHA: Terima kasih Dato’

Speaker. Soalan nombor 4.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN HANIZA BINTI MOHAMED TALHA

(TAMAN MEDAN)

TAJUK : SIM BANTUAN TADIKA – TUNAS DAN SIKEMBAR 4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :

a) Berapakah peruntukan bantuan yuran tadika Tunas, bilangan penerima skim bantuan tersebut serta kawasan yang mereka tinggal?

b) Berapakah peruntukan bantuan yuran taska SiKembar, bilangan penerima skim bantuan tersebut serta kawasan yang mereka tinggal?

Y.B. PUAN HAJAH RODZIAH BINTI ISMAIL: Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 4 bertanya tentang Skim Tadika Tunas. Untuk pengetahuan, bagi jumlah sejumlah RM1juta 16ribu telah diperuntukkan bagi tahun 2012 bagi Program Si Tunas iaitu satu program untuk pembiayaan kepada anak-anak yang masuk tadika sebanyak RM50 sebulan dan pecahan kepada kawasan-kawasan yang telah menerima ataupun telah mendapat manfaatnya terlalu panjang Tuan Speaker. Jadi, saya hanya mengumumkan daerah.

i) Daerah Sabak Bernam – 326 orang;

ii) Daerah Hulu Selangor – 22 orang;

iii) Daerah Kuala Selangor – 162 orang;

iv) Daerah Gombak – 108 orang;

v) Daerah Hulu Langat – 92 orang;

vi) Daerah Petaling – 138 orang;

vii) Daerah Klang – 415 orang;

(16)

viii) Daerah Kuala Langat – 155 orang; dan ix) Daerah Sepang – 41 orang.

Yang mana jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 1,455 orang.

Bagi Skim SiKembar pula iaitu skim di mana anak-anak taska akan mendapat RM100 setiap bulan sebanyak peruntukan RM1,000,200 telah disalurkan bagi tahun 2012. Dan jumlah keseluruhan penerima adalah sebanyak 142 setakat Oktober 2012. Itu adalah jawapan saya. Terima kasih.

Y.B. PUAN HAJAH HANIZA BINTI MOHAMED TALHA: Soalan tambahan.

Y.B. TUAN LEE KIM SIN: Soalan tambahan.

TUAN SPEAKER: Ya, Taman Medan.

Y.B. PUAN HAJAH HANIZA BINTI MOHAMED TALHA: Adakah peruntukan yang telah diberi itu telah habis digunakan? Yang keduanya adakah peruntukan ini akan ditambah untuk diperluaskan skim kepada warga Selangor? Terima kasih.

Y.B. PUAN HAJAH RODZIAH BINTI ISMAIL: Peruntukan ini adalah yang sebagaimana yang saya telah terangkan tadi ianya belum habis digunakan bagi tahun ini, tetapi peruntukan ini telah dimasukkan ke dalam bajet tahunan sebanyak (tiap-tiap tahun sebanyak maksimum RM2 juta) pada Program SiKembar.

Y.B. TUAN LEE KIM SIN: Speaker.

TUAN SPEAKER: Kajang.

Y.B. TUAN LEE KIM SIN: Terima kasih Tuan Speaker. Kajang ingin bertanya berkaitan keberkesanan Skim Tunas ini kerana kita dapati ia hanya tertumpu pada luar bandar. Di mana di bandar kemiskinan bandar memang agak tidak terjaga. Terima kasih.

Y.B. PUAN HAJAH RODZIAH BINTI ISMAIL: Bagi Skim Si Tunas sebenarnya kita tidak mengehadkan hanya di luar bandar, ianya menyeluruh kepada semua bandar yang sebagaimana telah saya terangkan. Semua kawasan ataupun daerah telah mendapat manfaatnya ya. Jadi, saya rasa sebab program ini baru dimulakan pada Julai 2012, jadi ianya masih lagi mendapat (perlu lagi) publisiti yang tinggi untuk memastikan program ini dapat manfaatnya meluas kepada seluruh rakyat Negeri Selangor.

TUAN SPEAKER: Seri Serdang.

(17)

Y.B. DATO’ DR. HAJI MOHAMAD SATIM BIN DIMAN: Tuan Speaker, soalan yang kelima.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATO’ HAJI MOHAMAD SATIM BIN DIMAN

(SERI SERDANG) TAJUK : BAS MEWAH KEMPEN PRU

5. Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mendakwa menyediakan bas untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-13 secara sewa beli.

Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :

a) Adakah pembelian ini melibatkan kewangan negeri?

b) Berapakah kos sebenar pembelian dan penyelenggaraan bas tersebut?

c) Adakah proses audit dilakukan untuk memastikan transaksi ini betul, telus dan bertanggungjawab?

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Dato’ Speaker, Seri Serdang menyoal tentang bas mewah kempen pilihan raya. Adakah pembelian ini melibatkan kewangan negeri? Tak ada. Ini pembelian persendirian.

Berapa kos sebenar pembelian dan penyelenggaraan bas tersebut? Kosnya ialah sebanyak RM650,000 yang dibayar secara ansuran bulanan sebanyak RM10,833 sebulan.

Adakah proses audit dilakukan untuk memastikan transaksi ini telus dan bertanggungjawab? Pembelian persendirian dan saya telah menggalakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah untuk membuat kajian dan diberikan dokumen- dokumen supaya mereka dapat melihat bagaimana tata kelola yang baik dari segi pengurusan kewangan negeri dan pengurusan kewangan persendirian.

Y.B. DATO’ DR. HAJI MOHAMAD SATIM BIN DIMAN: Soalan tambahan Dato’

Speaker.

TUAN SPEAKER: Ya.

Y.B. DATO’ DR. HAJI MOHAMAD SATIM BIN DIMAN: Bas ini didaftarkan atas nama siapa?

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim dan lesennya pun dibagi oleh JPJ.

(18)

TUAN SPEAKER: Taman Templer.

Y.B. DATO’ SRI SUBAHAN BIN KAMAL: Tuan Speaker, soalan nombor 6.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATO’ SRI SUBAHAN BIN KAMAL

(TAMAN TEMPLER) TAJUK : PRESTASI PELABURAN

6. Kerajaan Negeri mendakwa pelaburan yang diterima negeri adalah yang tertinggi di Malaysia.

Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :

a) Berapakah nilai pelaburan yang dijangka untuk 2012 berbanding 2011 dan sektor-sektornya?

b) Apakah masalah bekalan air Selangor bakal menjejaskan pelaburan ke Selangor?

c) Apakah jaminan kerajaan bahawa Selangor tetap menjadi destinasi pelaburan utama berbanding wilayah koridor pembangunan negeri-negeri lain?

Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM: Y.B. Taman Templer tanya tentang nilai pelaburan yang dijangka untuk tahun 2012 berbanding dengan tahun 2011 dan sektor- sektornya. Jawapannya ialah Kerajaan Negeri melalui SSIC mensasarkan jumlah pelaburan sebanyak RM9-10 bilion bagi tahun 2012 berbanding sebanyak RM8 bilion yang diterima bagi tahun 2011.

Secara purata bagi tempoh tahun 2007 sehingga 2011, Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM3.766 bilion bagi tempoh tiga bulan terakhir iaitu Oktober sehingga Disember. Sebagai makluman, bagi tempoh dari Januari hingga Ogos tahun ini, Negeri Selangor telah menerima pelaburan sebanyak RM6.9 bilion yang mana kita menduduki nombor satu dari segi pelaburan, dari segi perindustrian berbanding seluruh Malaysia.

Y.B. Taman Templer juga tanya tentang masalah bekalan air yang dikatakan menjejaskan pelaburan ke Selangor. Kerajaan Negeri telah pun menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air di UPEN sebagai langkah untuk memantau masalah bekalan air yang dihadapi oleh pihak pelabur dan pengguna. Kerajaan Negeri Selangor juga tengah mengkaji beberapa teknologi baru termasuk teknologi membrane untuk mengatasi masalah bekalan air dan kami percaya masalah ini akan dapat diatasi

(19)

secara berperingkat khususnya selepas pilihan raya (selepas Pakatan Rakyat menang Selangor lagi).

Y.B. Taman Templer juga tanya tentang jaminan kerajaan Selangor bahawa Selangor tetap menjadi destinasi pelaburan utama berbanding dengan Wilayah Koridor Pembangunan di negeri-negeri lain. Jawapannya ialah Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa pendekatan yang memastikan Negeri Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia. Di sini kerana langkah-langkah yang diambil itu agaknya panjang, jadi demi tidak melepasi masa yang ditetapkan jadi saya tidak akan membaca ini tapi saya hanya ingin memberitahu Taman Templer bahawa setakat ini dan dijangka pada akhir tahun ini Negeri Selangor akan menjadi nombor satu dari segi pelaburan perindustrian di seluruh Malaysia. Sekian Terima kasih.

Y.B. DATO’ SUBAHAN BIN KAMAL: Soalan Tambahan:

TUAN SPEAKER: Sila.

Y.B. DATO’ SUBAHAN BIN KAMAL: Saya ingin bertanya kepada Y.B. apa ni Kinrara, EXCO boleh tak Y.B. berikan secara terperinci siapakah pelabur yang terbesar setakat ini pada tahun ini dan juga dari negara masa asalnya?. Terima kasih.

Y.B PUAN TERASA KOK SUH SIM: Mengikut statistik yang dibekalkan oleh MIDA, kalau kita lihat dari segi pelaburan asing, yang Switzerland merupakan pelabur asing yang melabur yang paling banyak iaitu RM 257 juta diikuti dengan Singapura, diikuti dengan Thailand, Germany, Japan, China, United Kingdom, India, Australia, Indonesia dan sebagainya. Ini adalah dari segi pelaburan asing tetapi kalau kita lihat pelaburan dari segi domestik, atau pun dalam negeri juga pelaburan asing kita mendapati satu keadaan yang istimewa bagi Negeri Selangor ialah bagi tahun ini setakat Ogos yang pelaburan tempatan melebihi pelaburan asing yang kita lihat yang jumlah pelaburan dari segi perindustrian bagi Selangor sehingga Ogos ialah RM6.9 bilion tetapi yang pelaburan asing ialah RM1.66 bilion dan pelaburan dalam negeri atau domestik ialah RM5.237 bilion. Ini menunjukkan yang pelabur tempatan mereka agak puas hati tentang suasana pelaburan dan juga dari segi cara Kerajaan Negeri membantu mereka dari segi pelaburan dan mereka tetap menambahkan lagi pelaburan mereka di Negeri Selangor. Itu sebabnya yang kita mencapai pelaburan yang paling tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain kerana adalah sumbangan daripada pelabur tempatan.

Sekian. Terima kasih.

TUAN SPEAKER: Ya Sekinchan.

Y.B. TUAN NG SUEE LIM: Terima kasih Tuan Speaker, Y.B. EXCO yang bertanggungjawab tentang pelaburan ini saya ucapkan tahniah kerana telah berusaha keras untuk menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Selangor dan mencapai nombor

(20)

satu dan saya nak tahu bagaimana oleh kerana kita dah dapat nombor satu, bagaimana unjuran dan matlamat yang dibuat oleh Y.B. untuk tahun hadapan, adakah unjuran itu ditetapkan matlamatnya. Terima kasih.

Y.B PUAN TERASA KOK SUH SIM: Terima kasih Sekinchan, memang kita akan sebenarnya kalau kita lihat berapa tahun yang lepas Selangor selalu nombor dualah dalam kedudukan nombor dua tetapi sekarang kita lihat kerana yang sumbangan daripada pelabur tempatan kita dah cukup mencapai nombor satu dan kita ini akan diteruskan sehingga awal tahun depan dan kalau kita lihat iklim ekonomi dan iklim pelaburan seluruh dunia kita mendapati yang ekonomi di negara-negara barat ini memang tidak begitu baik berbanding dengan di Asia Timur termasuk China, Korea, Jepun dan sebagainya. Jadi bagi kami, kami akan terus menarik SSIC akan terus menarik lebih pelaburan khususnya daripada Asia Timur, dari Jepun, Korea, China dan sebagainya untuk sebagai usaha kita untuk menarik pelaburan asing untuk masuk ke Selangor dan kalau kita lihat yang trend Selangor ini memang sumbangan daripada pelabur tempatan ini adalah agak penting bagi kita untuk mencapai statistik atau jumlah pelaburan perindustrian di Negeri Selangor. Jadi kita juga terus membantu dan juga lebih mesra dengan pelabur tempatan supaya mereka terus menambah lagi pelaburan mereka di dalam negeri kita. Selain itu kita lihat yang pelaburan dari segi perkhidmatan ataupun “Services Industries” adalah sangat penting bagi Selangor macam pelaburan dari segi pendidikan, perubatan, pelancongan, perumahan dan juga masuk melabur di Selangor supaya kita akan menjadikan Selangor sebagai destinasi pelaburan yang paling istimewa di seluruh Malaysia.

TUAN SPAKER: Sg. Pelek:

Y.B. TUAN YAP EE WAH: Tuan Speaker, Soalan No. 7

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN YAP EE WAH

(SUNGAI PELEK)

TAJUK : HAK MILIK INDIVIDU DI TAMAN MURNI SEPANG 7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri besar:

a) Berapa banyak hak milik individu telah diberikan kepada pemilik?

b) Berapakah pemilik yang telah menjelaskan premium tanah tetapi masih belum menerima hak milik individu?

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Yang Berhormat Sungai Pelek, menanyakan tentang perkembangan hak milik individu Taman Murni Sepang. Kesemua 314

(21)

permohonan pemberimilikan tanah Di Taman Murni Sepang telah diluluskan pemberimilikan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Setiap permohonan dikenakan bayaran premium dan lain-lain bayaran sebanyak RM616.00. Sehingga kini sebanyak 116 telah diberikan kepada pemilik. 116 pemilik telah menjelaskan premium tetapi masih dalam tindakan pendaftaran hak milik individu di Pejabat Pendaftaran. Seramai 283 telah menjelaskan bayaran premium dan lain-lain bayaran. Bakinya 31 pemohon belum menjelaskan sepenuhnya bayaran dan berjumlah 216 setiap orang. Terima kasih.

TUAN SPEAKER: Ya.

Y.B. TUAN LAU WENG SAN: Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap premis-premis yang masih belum menjelaskan premium apa yang disebut oleh Y.A.B tadi. 31 premis masih belum menjelaskan premium itu?

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri sangat berminat jika mereka tak nak tanah ini, Kerajaan Negeri boleh mengambilnya. Jadi kedua Kerajaan Negeri akan berjumpa dengan mereka untuk bertanya, mengapa mereka tidak membayar premium tersebut. Kalau ada atas alasan kemiskinan, dan Kerajaan negeri akan berusaha untuk menolong mereka menyelesaikan bayaran tersebut.

TUAN SPEAKER: Kampung Tunku.

Y.B. TUAN LAU WENG SAN: Terima kasih Tuan Speaker, Soalan saya yang ke 8.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN LAU WENG SAN

(KAMPUNG TUNKU)

TAJUK : PEMBERIAN AIR PERCUMA KEPADA RUMAH PANGSA KOS RENDAH MELALUI SISTEM KUPON

8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:

a) Berapa banyak unit rumah kos rendah yang telah menerima bekalan air 20 meter padu pertama yang percuma sehingga hari ini. Sila beri data mengikut pecahan PBT.

b) Berapa banyak lagi yang belum menikmati manfaat program ini dan apakah sebab-sebabnya?

c) Adakah program yang sama akan diperluaskan kepada rumah-rumah pangsa kos sederhana?

(22)

Y.B. TUAN ISKANDAR BIN A. SAMAD: Terima kasih Tuan Speaker, saya akan menjawab soalan ini bersama dengan soalan No. 73 Sungai Pelek, 169 Balakong, 118 Teluk Datok , 191 Morib, 221 Gombak Setia, 137 Sungai Pelek dan 201 Lembah Jaya.

Untuk menjawab soalannya adalah sekarang ini untuk yang mendapat kupon air sebanyak 77,378 unit rumah kos rendah yang telah mendapat kupon air dan dari segi pecahannya adalah pada Majlis Bandaraya Shah Alam 33 kawasan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya 20 kawasan, Majlis Perbandaran Subang Jaya 22 kawasan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya 49 kawasan, Malis Perbandaran Klang 51 kawasan, Majlis Perbandaran Selayang 18 kawasan, Majlis Perbandaran Kajang 18 kawasan, Majlis Perbandaran Sepang 1 kawasan, Majlis Daerah Hulu Selangor 1 kawasan dan juga Majlis Daerah Kuala Langat 3 kawasan dan untuk makluman Y.B - Y.B. sekalian, bahawa selain dari kupon air, yang telah memberi air kepada 77, 378 unit pangsapuri kos rendah terdapat juga mereka yang telah mendapat air melalui “program lapor dan dapat” iaitu 57,947 unit melalui migrasi daripada meter pukal kepada meter individu sebanyak 25,028.24 unit dan kalau ditambah dengan meter pukal sedia ada sebanyak 3,621 unit bermakna jumlah penduduk rumah kos rendah yang telah mendapat air percuma adalah sebanyak 163,970 unit iaitu lebih daripada 92%. Baki yang tidak mendapat air percuma adalah sebanyak 3,500 unit iaitu merangkumi 14 kawasan.

Penambah baikkan apa yang cuba dilakukan atau tengah dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk mempercepatkan proses migrasi ini adalah dengan kita mengadakan perbincangan dengan pihak SYABAS telah ditubuhkan satu “task force”

iaitu PERMAI iaitu penyelesaian migrasi meter air individu di mana pihak Kerajaan Negeri bersama dengan SYABAS berusaha memastikan bahawa migrasi dapat dilakukan dengan secepat mungkin selain daripada itu sekiranya terdapat pertelingkahan telah diwujudkan satu jawatankuasa prihatin untuk semua pihak terutamanya SYABAS untuk penduduk untuk berbincang supaya migrasi dapat dilakukan dengan secepat mungkin. Selain daripada itu kepada soalan sama ada perkara ini akan dilebarkan kepada rumah-rumah kos sederhana rendah ataupun kos sederhana, bukan kos rendah apa yang telah dilakukan adalah Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melebarkan program lapor dan dapat ini kepada rumah-rumah kos sederhana dengan syarat bahawa mereka melakukan migrasi dalam masa 3 bulan daripada program lapor dan ini dilaksanakan.

Y.B.-Y.B. sekalian, berkenaan tuntutan mahkamah daripada penduduk-penduduk Kerajaan Negeri menyerahkan ianya kepada pihak Mahkamah untuk menentukan tetapi Kerajaan negeri berhak untuk melihat adakah tuntutan itu sahih ataupun tuntutan itu wajar atau tidak pada pandangan Kerajaan Negeri segala-gala telah dilakukan untuk memastikan penduduk rumah kos sederhana rendah dan kos rendah mendapat air percuma. Terima kasih.

TUAN SPEAKER: Rawang.

(23)

Y.B. PUAN GAN PEI NEI: Tuan Speaker Soalan No. 9

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B PUAN GAN PEI NEI

(RAWANG) TAJUK : KADAR JENAYAH DI NEGERI SELANGOR 9. Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar

a) Senaraikan indeks jenayah (mengikut kategori) mengikut setiap daerah di Selangor bagi tahun 2007 – 2012.

b) Apakah mekanisme yang diadakan di antara Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Negeri Selangor bagi memantau dan mengurangkan kadar jenayah di Selangor?

c) Apakah perancangan dan strategi Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan keselamatan penduduk Selangor adalah terjaga memandangkan banyak aduan diterima daripada penduduk yang menyatakan mereka rasa tidak selamat?

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Yang Berhormat Rawang. Tuan Speaker, bertanya tentang kadar jenayah di negeri ini di Selangor. Ia memerlukan statistik indeks jenayah mengikut setiap daerah di Selangor bagi tahun 2007 dan 2011.

Sukacita dimaklumkan bahawa kita telah menerima indeks jenayah daerah yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negeri atau pun Ketua Polis Selangor dan saya akan hantar untuk pengetahuan Yang Berhormat Rawang. Dan apakah mekanisme yang diadakan di antara Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Negeri Selangor bagi memantau dan mengurangkan kadar jenayah di negeri Selangor. Saya rasa perhubungannya masih lembap dan walau bagaimana pun tanggung jawab Kerajaan Negeri untuk menentukan bahawa keadaan jenayah di Negeri Selangor dapat di kurangkan dan diperbaiki pemantauannya dan Kerajaan Negeri berpendapat kita mesti menggunakan keupayaan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengadakan juga usaha untuk dipanggil pasukan polis yang terhad untuk bersama-sama memberikan usaha menunjukkan bahawa kawasan-kawasan yang dironda itu sentiasa mendapat rondaan.

Walau bagaimana pun Kerajaan Negeri di pihak polis di antara lain telah membuat beberapa inisiatif. Antaranya secara ringkas operasi policing, rondaan berkereta, komuniti policing, sektor score card, Selangor face book, my distress rakan cop kesemua ini telah digunakan tapi saya rasa penglibatan rakyat dan penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan perlu di peringkatkan untuk mengatasi masalah kadar jenayah yang sentiasa meningkat.

(24)

Y.B. PUAN GAN PEI NEI: Soalan tambahan Tuan Speaker.

TUAN SPEAKER: Rawang.

Y.B. PUAN GAN PEI NEI: Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan khas kepada pihak PBT yang telah mempunyai Jawatan Kuasa Keselamatan Bandar Selamat sebenarnya yang mana geran ini boleh digunakan oleh pihak-pihak NGO atau pun Persatuan Penduduk yang juga berusaha untuk menjaga keselamatan, keadaan keselamatan di komuniti mereka sendiri.

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Dato’ Speaker perkara ini telah mula kita bincangkan tetapi kita juga tidak hendak mengambil tugas pihak polis dalam usaha untuk memantau dan menyelia keadaan yang terbaik untuk mengelakkan berlakunya jenayah. Saya rasa perkara ini adalah dalam perhatian kita peruntukan-peruntukan kewangan akan kita salurkan kepada PBT untuk menyediakan ancillary polis dan juga menyediakan dana untuk usaha sama persatuan-persatuan perumahan untuk membuat apa yang dipanggil komuniti policing.

TUAN SPEAKER : Hulu Klang.

Y.B. TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB : Tuan Speaker Soalan No. 10 PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB (HULU KELANG)

TAJUK: RM 2 JUTA UNTUK PENULISAN DAN KARYA SASTERA 10. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:

a) Apakah dasar kerajaan negeri dalam memperkasakan penghasil karya sastera di negeri Selangor?

b) Siapakah individu/persatuan yang telah menerima bantuan ini dan berapakah jumlahnya bagi setiap penerima?

c) Sekiranya peruntukan RM2 juta ini masih belum diagihkan, apakah perancangan selanjutnya?

Y.B. TUAN DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI: Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat telah menyediakan peruntukan sejumlah RM3 juta bukannya RM2 juta sebagaimana yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat ADUN Hulu Kelang. Melalui Geran Selangorku memberi peluang kepada

(25)

pencipta dan penggiat seni budaya di dalam berbagai bidang untuk membangunkan dan mengembangkan bakat seni mereka. Pada September 2012 yang lalu Kerajaan Negeri Selangor telah melantik Yang Berbahagia Dato’ A. Samad Said sebagai Sasterawan Tamu Negeri Selangor bagi mengiktiraf hasil karya seni beliau sepanjang penglibatannya dalam bidang sastera. Melalui pengiktirafan ini Kerajaan Negeri Selangor merangka satu garis panduan dan skim kepada beliau untuk membantu Kerajaan Negeri melahirkan serta memperkasakan hasil karya seni sastera daripada kalangan pelajar-pelajar IPT, pencipta sastera dan karyawan-karyawan muda yang mempunyai bakat dalam bidang sastera. Dengan pelantikan ini Kerajaan Negeri dapat memanfaatkan kepakaran beliau dalam merangka dasar dalam memperkasakan hasil karya sastera di Negeri Selangor. Dengan dasar yang jelas ini dapat menghasilkan seni karya sastera yang bebas melalui aktiviti-aktiviti seni dalam memupuk kecintaan terhadap sastera. Sebagai badan yang bertanggungjawab dalam Geran Selangorku, Menteri Besar Incorporation (MBI) akan mengenal pasti dan mempertimbangkan setiap badan bukan kerajaan ataupun NGO yang layak menerima bantuan peruntukan ini berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan serta kesan jangka panjang terhadap seni budaya yang dilaksanakan. Sehingga November 2012 sejumlah RM1091,930.00 telah disalurkan kepada enam buah persatuan NGO termasuk NGO dalam bidang sastera bagi membantu mereka melaksanakan program-program pengukuhan seni warisan kebudayaan di samping membantu mereka untuk terus membangunkan aktiviti-aktiviti kebudayaan di Negeri Selangor ini. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan juga telah membuat perancangan dan membangunkan dan menaikkan taraf beberapa lokasi di daerah untuk diangkat sebagai Laman Budaya Daerah. Laman Budaya Daerah ini adalah untuk memberi ruang kepada penggiat seni mengadakan persembahan seterusnya ianya dapat memberikan pendedahan asas kepada masyarakat mengenai seni budaya dalam menyemarakkan warisan seni budaya di Negeri Selangor. Cadangan dan perancangan ini akan dikemukakan kepada MBI sebagai badan yang bertanggungjawab untuk diperhalusi dan di kaji mengikut kesesuaiannya. Terima kasih.

Y.B. TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB: Soalan tambahan.

TUAN SPEAKER: Sila.

Y.B. TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB: Dalam sebuah majlis yang menghimpunkan penulis dan karyawan sastera, Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan peruntukan RM2 juta di Shah Alam. Soalan saya adakah peruntukkan ini telah dinaikkan kepada RM3 juta dalam Geran Selangorku.

(26)

Y.B. TUAN DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI: Pelan ini yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri ia di dalam Geran Selangorku ialah RM3 juta dan saya kita juga mengenal pasti bahawa hasil karya-hasil karya penulisan kepada mereka-mereka yang berminat dalam menghasilkan karya penulisan ini juga dapat diberi perimbangan apabila mereka mengajukan permohonan-permohonan melalui Geran Selangorku yang mana di mana saya maklumkan tadi, permohonan-permohonan ini dan perancangan itu akan disalurkan kepada MBI melalui peruntukan Geran Selangorku untuk kita kaji dan kita luluskan. Terima kasih.

TUAN SPEAKER: Bangi.

Y.B. TUAN DR. SHAFIE BIN ABU BAKAR: Terima kasih Tuan Speaker. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk mengadakan hadiah sastera Selangor dengan menilai karya-karya yang dihasilkan oleh penulis-penulis Selangor ataupun mengadakan pertandingan-pertandingan penulisan dan ada cadangan untuk meraikan dua orang Sasterawan Negara dari Negeri Selangor tapi setakat ini belum terlaksana.

Bilakah jangkaan keraian ini diadakan. Terima kasih.

Y.B. TUAN DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI: Terima kasih Bangi. Berkaitan dengan keraian untuk meraikan dua orang sasterawan negara yang kebetulan berasal dari Selangor dan dua tahun berturut-turut. Kerajaan Negeri telah meluluskan satu kertas kerja Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor cuma pada masa ini kita masih lagi menunggu daripada istana kerana kita mengharapkan DYMM Sultan Selangor akan bersama-sama untuk merasmikan keraian tersebut dan memberikan pengiktirafan kepada sasterawan-sasterawan tersebut.

TUAN SPEAKER: Kajang.

Y.B. TUAN LEE KIM SIN: Terima kasih. Kajang ingin bertanya berkaitan dengan ahli panel. Adakah satu panel penilaian untuk sastera untuk pembelian hadiah sastera dan juga siapakah mereka dalam ahli panel ini dan juga adakah ia terhad kepada sesuatu bahan atau bahasa atau pun ia terbuka kepada pelbagai bahasa. Terima kasih.

Y.B. TUAN DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI: Terima kasih daripada Kajang sebab itu saya katakan tadi berkaitan dengan program-program untuk kita memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan yang berminat dalam karya sastera seni ini kerana saya telah maklumkan kita telah melantik Y.Bhg Dato’ A. Samad Said sebagai Sasterawan Tamu dan kita akan merangka apakah program-program yang kita boleh lakukan sebagai satu dasar kepada Negeri Selangor itu supaya akhirnya kita dapat memberikan pengiktirafan-pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni ini. Setakat ini kita masih

(27)

belum lagi mempunyai satu dasar atau blue print yang tertentu untuk tujuan memartabatkan karya-karya sasterawan itu sendiri. Insya-Allah saya kira melalui Geran SelangorKu ini adalah program geran yang berterusan kalau 3 juta di peruntukkan insya-Allah pada tahun hadapan juga kita akan meneruskan program-program dan merangka supaya dan akhirnya kita dapat memberi pengiktirafan kepada sasterawan- sasterawan kita atau penggiat-penggiat karya atau sastera di negeri Selangor itu sendiri. Terima kasih.

TUAN SPEAKER: Subang Jaya.

Y.B. PUAN HANNAH YEOH TSEOW SUAN : Tuan Speaker Soalan No. 11.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN HANNAH YEOH TSEOW SUAN

(SUBANG JAYA) TAJUK: LAWATAN SAMBIL BELAJAR

11. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:

a) Berapakah lawatan sambil belajar ke luar Negara yang telah diadakan mengikut PBT sejak tahun 2008?

b) Berapakah kos yang telah dibelanjakan mengikut anggota? Berikan butir- butir.

c) Apakah manfaat yang telah di perolehi oleh PBT sejak lawatan tersebut.

Y.B. TUAN RONNIE LIU TIAN KHIEW: Tuan Speaker. Soalan Subang Jaya adalah berkaitan dengan lawatan sambil belajar. Subang Jaya ingin nak tahu berapakah belanja lawatan sambil belajar ke luar Negara yang telah diadakan mengikut PBT sejak tahun 2008. Tuan Speaker, sejak tahun 2008 bilangan lawatan sambil belajar ke luar Negara yang telah diadakan mengikut PBT adalah seperti berikut:

MBSA 2008 2 kali, 2011 7kali, 2012 12 kali. Bagi MBPJ 2008 5 kali, 2009 5 kali 2010 6 kali, 2011 8 kali dan 2012 18 kali. MPK iaitu Klang. 2008 4 kali dan MPAJ 2010 satu kali, 2012 2 kali. Bagi MPSJ 2 kali dalam tahun 2008, 2009 3 kali, 2010 3 kali, 2011 8 kali dan 2012 8 kali. Untuk MPS 2011 satu kali dan 2012 dua kali. Bagi MPKj hanya di 2011 satu kali. Untuk MP Sepang dua kali pada tahun 2008, 3 kali 2010, dan satu kali 2011. Bagi MDKS iaitu Kuala Selangor, dua kali dalam tahun 2008, 2010 3 kali 2012 2 kali. Di PBT yang lain tiada lawatan sambil belajar. Perincian lawatan mengenai maklumat lawatan sambil belajar ke luar Negara dapat dirujuk ke lampiran A kerana lampiran A ini sangat- sangat panjang ini akan diedarkan kepada Yang

(28)

Berhormat. Maklumat yang disertakan adalah terdiri daripada lawatan yang dianjurkan oleh PBT sendiri serta lawatan yang disertai oleh PBT yang di anjurkan oleh pihak lain.

Jumlah kos, Subang Jaya ingin nak tahu jumlah kos yang telah dibelanjakan mengikut tahun oleh PBT dan jawapannya adalah seperti berikut:

Untuk MBSA pada tahun 2008 ialah 23,245.00 sahaja. Tahun 2011 hanya RM85,196.00 untuk tahun ini 2012 RM171,099.00. Untuk MBPJ 2008 membelanjakan RM51,720.00. 2009 hanya RM72,601. Bagi 2010 RM99,898.00 untuk 2001 RM90,902 dan bagi tahun ini RM572,662.00. Jadi nampaknya belanja yang dibelanjakan oleh PBT yang masing-masing nampaknya munasabah. Dan lawatan sambil belajar yang dianjurkan atau disertai oleh PBT telah memberikan banyak manfaat dalam menambah baik serta meningkatkan sistem penyampaian dan juga prestasi PBT demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Jadi penyertaan sesuatu persidangan atau seminar di peringkat antara bangsa oleh PBT merupakan satu platform untuk mendedahkan pendedahan kepada pendekatan-pendekatan yang baru oleh pakar- pakar luar Negara dan perkongsian ilmu seperti ini telah membuka pengetahuan dan pengalaman baru oleh para perwakilan PBT untuk mempelajari ilmu-ilmu yang baru untuk dijadikan rujukan di PBT masing-masing.

Tuan Speaker, inisiatif seperti ini telah menyuntik semangat dan idea-idea baru kepada para perwakilan PBT untuk mengoptimumkan sumber-sumber yang ada bagi mengujudkan persekitaran yang kondusif dalam memastikan pembangunan mampan di kecapi. Di samping itu juga lawatan sambil belajar ini telah mengujudkan perkongsian maklumat dan teknologi dalam usaha mendukung aspirasi kerajaan Negeri hasil lawatan dari lawatan ini telah digunakan untuk membantu dalam merangka proses penambahbaikan sistem penyampaian yang bertepatan dan teknikal untuk diguna pakai di PBT di seluruh Selangor. Dan Tuan Speaker, lawatan-lawatan ke luar negeri akan membawa kesan yang baik dalam jangka masa yang pendek dan jangka masa yang panjang. Satu-satunya ialah perhubungan di antara Bandar kita dengan Bandar lain di luar negeri. Setakat ini Kelang telah menjadi Bandar persahabatan dengan Bandaraya Xianmen, Lee Hu dan lain-lain. Tak lama lagi PJ akan ada menjadi Bandar persahabatan dengan Bandaraya Guangzhou. Tak lama lagi. Jadi hari ini...

TUAN SPEAKER: Yang Berhormat sudah lebih banyak masa ni, ya..keluar daripada soalan dah,

Y.B.. TUAN RONNIE LIU TIAN KHIEW: Ok, akhir rombongan dari Xianmen melawat dewan pada hari ini. Terima kasih.

TUAN SPEAKER: Ya, Sementa.

Y.B. DATO’ HAJI ABD. RAHMAN BIN HAJI PALIL: Tuan Speaker, soalan ke 12.

(29)

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATO’ HJ ABD. RAHMAN BIN HJ PALIL

(SEMENTA) TAJUK : AJARAN SESAT

Bertanya kepada Y.A.B.. Dato’ Menteri Besar:-

a) Berapakah jumlah ajaran sesat yang telah diambil tindakan sekarang?

b) Apakah bentuk pemantauan yang dilakukan untuk mengelakkan merebaknya ajaran sesat berleluasa? Dan nyatakan bagaimana pemantauan yang dilakukan untuk membendung fahaman Syiah di Selangor berleluasa?

c) Berapakah jumlah kes jenayah Syiah di Negeri Selangor mengikut Daerah untuk tahun 2011/2012?

Y.A.B.. DATO’ MENTERI BESAR: Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Sementa memberikan soalan mengenai ajaran sesat bertanya kepada Y.A.B.. Dato’

Menteri Besar mengenai berapa jumlah ajaran sesat yang telah diambil tindakan sekarang.

Sepanjang 2011 sehingga kini tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut:

1. Tindakan bagi kes melanggar fatwa, di bawah seksyen 12(C) Enakmen Kanun Jenayah syariah Negeri Selangor No. 9 Tahun 1995 sebanyak 11 kes. Tindakan bagi kes doktrin palsu atau dakwaan palsu adalah sebanyak 18 kes.

2. Adakah? bentuk pemantauan dilakukan untuk mengelakkan merebaknya ajaran sesat berleluasa? Dan nyatakan bagaimana pemantauan yang dilakukan untuk membendung fahaman Syiah di Selangor berleluasa?

1. Satu jawatankuasa khas menangani ajaran sesat telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JAIS bagi mengambil tindakan terhadap dua (2) kumpulan ajaran sesat yang besar iaitu Al Arqam dan Syiah, Ahli Jawatankuasa ini terdiri daripada ketua- ketua unit penguatkuasaan agama daerah yang akan memantau bentuk pengajaran, pengamalan atau penyebaran serta menerbitkan dalam apa-apa bentuk versi atau verviasi ataupun apa-apa pun bahan publisiti bagi tujuan penyebaran ajaran ataupun fahaman Syiah dan Al-Arqam, selain daripada dua (2) ajaran ini Jawatankuasa juga memantau bagi kesalahan menyebarkan

(30)

doktren-doktren dakwaan palsu oleh kumpulan ajaran sesat yang belum difatwakan oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

3. Berapakah jumlah kes jenayah Syiah di Negeri Selangor mengikut Daerah untuk tahun 2011/2012?

Jumlah kes jenayah Syiah satu daerah sahaja iaitu Gombak, sebanyak dua (2) kes di bawah Seksyen 12 (C) Enakmen Jenayah syariah Negeri Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kes melanggar Fatwa.

TUAN SPEAKER : Ya, Tanjong Sepat.

Y.B.. DATO’ DR. ABD. KARIM BIN MANSOR : Soalan tambahan, di Kuala Langat, di spesifiknya di Kampung Indah terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bukan daripada Arqam ataupun Syiah yang mana sekarang masih aktif dan secara fizikalnya mereka membina bangunan-bangunan yang baru dan makin membesar, Apakah tindakan Kerajaan Negeri yang akan diambil untuk memantau ajaran sesat ini, terima kasih.

Y.A.B.. DATO’ MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tanjong Sepat, menanyakan tentang usaha yang dilakukan untuk membendung ajaran-ajaran sesat.

Pertama, ada dua (2) Ketua yang kita tugaskan untuk memantau, satu adalah Pegawai Agama Daerah, kedua ialah kita juga telah meminta usaha sama apa yang kita panggil sebagai Orang Besar Daerah (OBD) untuk memantaunya dan saya tidak hendak menyebut sama ada perkara akan dilakukan sebab untuk menyelesaikan masalah ini ia tidak boleh di adakan satu perbincangan besaran, jadi maknanya dia akan tidak dapat menyelesaikan masalah ini tetapi dari segi pemantauan ada dibuat ada kalanya kita juga meletakkan orang-orang yang kita minta supaya bersama-sama dalam kumpulan tersebut untuk memantau sejauh mana pergerakan mereka.

TUAN SPEAKER: Ya, Gombak Setia.

Y.B. DATO’ DR. HASAN BIN MOHAMED ALI: Soalan tambahan Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat tentang ajaran sesat ini saya dapati, agaknya kita dalam banyak hal ada kelewatan sedikit mengambil tindakan-tindakan yang wajar seperti amalan sesat Juru Zon misalnya yang Pak Su di Hulu Langat itu, sehingga telah digambarkan mereka telah berpindah tetapi ahli-ahlinya berkeliaran di sana dan ditakuti ajaran itu tersebar di kalangan rakyat oleh ahli-ahlinya.

Yang Kedua, baru-baru ini telah timbul satu ajaran lagi satu pendapat yang dikatakan itu berupakan murtad, dan boleh menyelewengkan akidah dan diminta yang mengeluarkan pendapat itu bertaubat, iaitu pendapat yang mengatakan bahawa “LA

(31)

IKROHA FIDDIN” - kebebasan untuk memilih agama itu bukan sahaja terpakai kepada orang Islam tetapi juga terpakai kepada orang bukan Islam] Apakah? Tindakan yang diambil untuk kita tidak terpesong akidah daripada saranan yang sedemikian, terima kasih.

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Dato’ Speaker, Yang Berhormat Gombak ingin memberikan pandangan bagaimana JAIS dapat menyelesaikan perkara-perkara ini.

Perkara pertama yang dibangkitkan tentang kumpulan-kumpulan di Hulu Langat tersebut, kumpulan itu sudah berada di kawasan itu lebih daripada 1 dekat, jadi maknanya kumpulan itu sudah saya tak tahu masa bilakah? hanya kita tahu bahawa kumpulan itu melakukan perkara yang tidak selari dengan apa yang sepatutnya berlaku, hanya apabila tanah runtuh sahaja baru kita dalam keadaan tersebut, jadi banyak lagi perkara, pelajaran yang kita perlu pelajari daripada perkara tersebut, saya memandang perkara ini seperti soalan yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak, saya memandang perkara ini kita kena lakukan dengan cara yang lebih bijaksana, saya rasa kita perlu bukan sahaja menentukan semua umat Islam ini melakukan tugas-tugasnya tetapi kita menambah nilai menarik rakyat Islam kita ini bersama-sama memahaminya, jadi bukan kita adakan satu pertandingan pendapat, pertandingan pendapat itu boleh kita lakukan tetapi akhirnya apakah? tujuannya, tujuannya ialah supaya ummah ini dapat disatukan dalam usaha meneruskan usaha mengembangkan syariat Islam. Saya rasa perkara ini kita perlu melihat modus operandi kita dengan lebih terbaik sebab 20 tahun kita sudah lakukan perkara ini, saya adakan beberapa perbincangan dengan Pegawai JAIS dan juga beberapa orang kenalan saya di JAKIM, kita modus operandi kita ni is Chalengging maknanya challence, mengapa kita tidak adakan satu operasi yang lebih yang dikatakan more dia dipanggil working together itu yang saya sendiri ingin menyatakan, saya sendiri pun bukanlah pakar dalam usaha ini, tetapi saya berminat untuk melihat bagaimana cara terbaharu yang boleh kita masukkan supaya umat Islam kita ini boleh merasakan dia menjadi kumpulan besar umat Islam jadi itu yang saya rasakan saya tahu Yang Berhormat Gombak bekerja kuat untuk perkara ini.

TUAN SPEAKER: Gombak Setia..

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR: Gombak Setia, ok. Terima kasih. [ ketawa……..]

tapi jawapan yang saya dapati sekarang keadaan dunia Islam sendiri telah cara yang kita lakukan ini tidak merangkumkan kita menjadi satu kesatuan yang lebih mantap.

TUAN SPEAKER: Sungai Air Tawar.

Y.B. DATO’ HAJI RAJA IDERIS BIN RAJA AHMAD : Tuan Speaker, soalan no. 13.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B.. DATO’ HAJI RAJA IDERIS BIN RAJA AHMAD

(32)

(SUNGAI AIR TAWAR) TAJUK: PAMPASAN PENYAKIT POKOK PISANG

13. Kerajaan Negeri ada berjanji untuk memberikan pampasan kepada petani yang terjejas akibat serangan virus penyakit `moko’ yang menyebabkan kematian besar-besaran pokok tanaman pisang khasnya di kawasan DUN Sungai Air Tawar.

Bertanya kepada Y.A.B.. Dato’ Menteri Besar:-

a) Apakah status pemberian pampasan tersebut?

b) Berapakah pampasan untuk setiap petani dan jumlah keseluruhannya?

c) Apakah inisiatif lain kerajaan negeri untuk membantu mereka yang terjejas?

Y.B. TUAN DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI: Tuan Speaker, terima kasih kepada soalan Sungai Air Tawar yang berkaitan dengan pampasan penyakit pokok pisang di kawasan Sabak Bernam dan kawasan lain, Moko disease. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 1.6 juta bagi membantu penanam-penanam pisang di Negeri Selangor yang mengalami kerugian akibat serangan Penyakit Moko. Bantuan bukan dalam bentuk pampasan, tetapi kawasan-kawasan yang terjejas dibekalkan dengan racun untuk tujuan kawalan dan pemusnahan pokok-pokok pisang yang telah diserang. Kini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dalam usaha mengagihkan input-input tersebut kepada petani-petani yang terlibat. Seterusnya bantuan pembekalan input bagi kawalan dan pembendungan penyakit melibatkan peruntukan sebanyak RM360,000.00 merangkumi bilangan peserta-peserta di seluruh Negeri Selangor.

Soalan ketiga (3) Kerajaan negeri menawarkan bantuan peruntukkan kepada penanam- penanam pisang yang terjejas untuk memulakan projek tanaman yang baru, selain dari tanaman pisang. Ini berikutan kawasan-kawasan yang telah diserang, perlu direhatkan dari menanam tanaman pisang sekurang-kurangnya dua tahun, bagi mengelakkan serangan merebak semula. Sebanyak RM800,000.00 peruntukkan untuk menanam pisang untuk idea lain telah disediakan dan bagi mengelakkan mereka hilang punca pendapatan.

Y.B. TUAN SPEAKER : Ya, sila Sungai Air Tawar.

Y.B. DATO’ HAJI RAJA IDERIS BIN RAJA AHMAD: Tuan Speaker, soalan tambahan. Apakah? Y.B. sedar janji untuk membekalkan bantuan ini dah diumumkan sejak beberapa bulan yang lepas, lima (5), enam (6) bulan macam tulah, tapi sampai

(33)

sekarang pun masih dalam usaha lagi, kesian kepada petani-petani, jangan sampai dah habis tempoh pun nanti bantuan tak sampai-sampai juga lagi, dari jawapan yang Y.B.

sebut tadi saya dengar dan saya beranggapan peruntukkan yang disebut tadi, macam kosong lagilah..

Y.B. TUAN SPEAKER: Untuk makluman, proses tender telah pun dilaksanakan, kerja-kerja telah pun dimulakan jadi saya rasa Sungai Tawar kena menyemak, cuma untuk gantian aktiviti ada petani yang belum mengemukakan cadangan program pertanian yang baru yang mereka kehendaki. Ya Bangi....

Y.B. TUAN DR. SHAFIE BIN ABU BAKAR: Ya, Bangi ingin mengetahui istilah

`Moko” ini istilah jawa atau saintifik kemudian apakah? kriteria penyakit Moko ini dan apa cara jalan mengatasinya dan apakah? Sekarang sudah dapat diatasi atau masih merebak.

Y.B. DATO’ HAJI RAJA IDERIS BIN RAJA AHMAD : Penyakit Moko ini adalah saintifik tidak ada kena mengena dengan jawa atau apa-apa suka pun, setakat ini kajian-kajian mendapati bahawa Moko disease tidak dapat untuk diatasi kerana kawasan yang berair serangan di peringkat akar, jadi cara yang terbaik ialah kena musnahkan pokok pisang tersebut dan rehatkan, serangan yang banyak ialah untuk pokok pisang nipah, sebab pisang nipah ini usianya sudah melewati 5 tahun ke 10 tahun, sebaiknya dalam pertanian ini adalah istilah crop protection supaya musuh- musuh untuk pertanian untuk sejenis crop yang lain berbeza dengan crop yang lain, kalau berlaku penggiliran tanaman musuh-musuh tanaman dapat dikawal, dan untuk pisang tanduk ataupun pisang berangan tiada serangan Moko disease tetapi banyak serangan adalah pisang nipah dan sebahagian besarnya adalah kawasan Sabak Bernam.

Y.B. TUAN SPEAKER: Kuala Kubu Baharu.

Y.B. TUAN WONG KHOON MUN: Tuan Speaker, soalan 14

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN WONG KOON MUN

(KUALA KUBU BAHARU) TAJUK: PARAS AIR EMPANGAN

14. Paras air Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Baharu menurun ketara sehingga menimbul kebimbangan rakyat

Bertanya kepada Y.A.B.. Dato’ Menteri Besar:-

(34)

a) Apakah paras empangan air tersebut sekarang dan paras normalnya termasuk empangan-empangan air lain?

b) Apakah penjelasan kerajaan terhadap penurunan paras empangan ini?

c) Apakah langkah kerajaan negeri untuk memastikan simpanan air mentah negeri sentiasa mencukupi?

Y.B. TUAN DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM: Tuan Speaker.

Empangan Sungai Selangor adalah sebuah empangan kawalan, regulating dam yang mampu menampungkan kapasiti air sebanyak 230 juta meter padu dengan ketinggian air maksima 220 meter. Jumlah kapasiti kritikal Empangan Sungai Selangor adalah pada tahap 30% iaitu sebanyak 95 juta meter padu pada ketinggian air 184.63 meter.

Empangan ini membekalkan air untuk dirawat di 3 loji pembersihan air loji utama iaitu LPA Sungai Selangor Fasa 1, LPA Sungai Selangor Fasa 2 SSP2, LPA Bukit Badong SSP3, LPA Rasa dan LPA Rantau Panjang juga menerima bekalan air untuk dirawat dari empangan ini. Empangan Sungai Selangor menyumbangkan 60% bekalan air ke sekitar Lembah Klang. Sehingga 9 November 2012, kapasiti Empangan Sungai Selangor telah meningkat kepada taraf 63.78 % iaitu sebanyak 146.70 juta meter padu dengan ketinggian paras air pada 205.37 meter. Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti 11 Oktober 2012 di tahap 52.02 % iaitu sebanyak 119.65 juta meter padu pada ketinggian air 199.3 meter. Penyusutan pada ketika itu adalah keadaan operasi dan paras biasa empangan pada musim kering. Monsun Barat Daya, iaitu pada bulan Mei sehingga September di mana jumlah pelepasan air di empangan adalah tertinggi daripada biasa untuk memenuhi permintaan LPA. Kawasan tadahan empangan akan mula menerima tadah hujan yang tinggi bermula dari bulan November sehingga Mac di mana perubahan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut akan berlaku. Kapasiti empangan akan kembali penuh 100% pada bulan April 2013.

Paras air bagi 7 empangan Negeri Selangor sehingga 9 November 2012 ialah seperti berikut :-

Empangan Sungai Selangor - 200 pada paras pada 9 November ya semua ini ialah 205.37 meter, maksimumnya 220 meter.

Empangan Sungai Tinggi 56.56 meter paras maksima dia 59.50 meter.

Empangan Sungai Langat 221.09 meter, maksimumnya 220 meter.

Empangan Klang Gate 95.61 meter, paras maksimumnya ialah 95.22 meter.

Empangan Tasik Subang 38.70 meter, paras maksimumnya 38.56 meter.

Empangan Batu 104.18 meter, maksimumnya ialah 102.70 meter.

(35)

Empangan Semenyih 111.07 meter, maksima dia ialah 111 meter.

Penurunan paras air empangan bagi tahun 2012 adalah pada taraf normal di mana pelepasan air untuk keperluan LPA adalah tinggi. Berdasarkan rekod LUAS, paras air terendah pada tahun 2012 bagi Empangan Sungai Selangor adalah pada 10 Oktober di mana paras air yang dicatatkan adalah pada paras 199.30 meter. Manakala pada paras air yang paling rendah direkodkan adalah pada 29 September 2005 pada paras 190.29 meter. Walau bagaimanapun paras air empangan terendah yang direkodkan tersebut masih lagi di atas paras kritikal iaitu 184.63 meter dengan simpanan air sebanyak 30%. Melalui pasukan petugas sumber air alternatif Negeri Selangor, LUAS telah mengenal pasti sebanyak 20 kolam tadahan sama ada kolam takungan banjir ataupun kolam bekas lombong yang berpotensi untuk dijadikan sumber air tambahan di Daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Langat. Kolam-kolam berkenaan adalah merupakan rizab simpanan air mentah yang boleh dibangunkan sebagai air sumber penambahan tertakluk kepada kualiti airnya. Jumlah anggaran kapasiti kolam- kolam tersebut ialah 325 juta meter padu. LUAS juga sedang menjalankan kajian kolam bekas logam sebagai kolam takungan aliran air banjir di Lembah Sungai Selangor yang akan bertindak secara di fungsi di mana ianya bertindak sebagai kawalan banjir dan juga kolam penstrukturan air ketika berlaku aliran banjir flood flow.

Kolam penstrukturan air ini juga akan digunakan jika berlaku aliran rendah low flow.

LUAS juga telah mengenal pasti beberapa lokasi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber air tambahan seperti kolam projek tambahan banjir Sungai Rasau di Lembah Klang dan juga kolam bekas lombong MC 8 dan MC 9 di Lembangan Langat.

Walau bagaimanapun kajian kemungkinannya yang terperinci akan dilaksanakan bagi memastikan kebolehdapatan sumber air berkenaan.

Y.B. TUAN SPEAKER: Teluk Datok.

Y.B. TUAN PHILLIP TAN CHOON SWEE: Tuan Speaker, soalan 16.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN PHILLIP TAN CHOON SWEE

(TELUK DATOK) TAJUK: DEMAM DENGGI

16. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-

a) Sila senaraikan kes demam denggi yang telah dilaporkan dan kes yang membawa maut bagi tahun 2012 untuk seluruh Negeri Selangor mengikut DUN.

Y.B. TUAN DR. XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM: Tuan Speaker.

Kejadian demam denggi di Selangor 2012 sehingga 3.11.2012 ialah berikut:-

Referensi

Dokumen terkait

Tetapi di dalam al-Quran (hadis) “bertanyalah kepada orang yang ahli ilmu itu kalau kamu tidak tahu” dan kenyataan Ketua Audit Negara Laporan daripada Ketua Audit Negara

YAB DATO’ MENTERI BESAR: Tuan Speaker, Yang Berhormat Sri Muda mempersoalkan tentang kelambatan proses tukar syarat guna tanah. Apa yang dilakukan oleh pihak

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam yang telah

SEDIC telah menyalurkan sejumlah RM10 juta bagi program pembangunan sosioekonomi masyarakat India terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) pada akhir tahun

Y.B. PUAN HANIZA BINTI MOHAMED TALHA : Terima kasih Tuan Speaker dan juga Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang ingin tahu berapa projek perumahan Rumah Selangorku yang

Tuan Yang di-Pertua, pada hari yang sama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merasmikan pembukaan airport iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, saya di dalam Dewan

Ini benar kerana, jika kita meneliti sejarah kegemilangan tamadun Islam yang terdahulu, kita dapati bahawa asas kepada kejayaan umat Islam yang terdahulu adalah beristiqamah

Ke arah ini dan juga mengambil kira realiti keadaan ekonomi yang sentiasa berubah, Kerajaan Beta akan terus memberi perhatian dalam memperkukuhkan ekonomi dengan