• Tidak ada hasil yang ditemukan

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of Mathematical Sciences Newsletter. Universiti Sains Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of Mathematical Sciences Newsletter. Universiti Sains Malaysia"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 1 (Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)

VIRTUAL INTERACTION DAY

“Virtual Interaction Day” merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diadakan bertujuan untuk mengalu-alukan para mahasiswa Tahun 1 yang baru sahaja melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia serta menggalakkan kerjasama dan meningkatkan hubungan komunikasi antara ahli Persatuan Sains Matematik. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi suai kenal antara ahli kumpulan dan juga fasilitator yang bertugas dan beberapa jenis permainan yang berasaskan minda kerana para peserta perlu menyelesaikan beberapa misi yang diberikan dalam kumpulan. Selain itu, setiap kumpulan juga diminta untuk menghasilkan sebuah video pendek yang mempunyai elemen nilai murni berdurasi minimum 3 minit.

Video itu perlu disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Program ini berakhir dengan majlis penutup iaitu majlis penyampaian hadiah bagi kumpulan yang berjaya memenangi permainan yang di jalankan.

“Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan

harta ada kekayaan jiwa, dalam kesempitan hidup ada kekuasaan

ilmu”

Pusat Pengajian Sains Matematik Universiti Sains Malaysia

11800 USM Pulau Pinang Tel : 04-6533481 Fax: 04-6570910

https://www.facebook.com/matematikUSM

(Penerbitan 2 kali setahun)

Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of Mathematical Sciences Newsletter Universiti Sains Malaysia

JIL . 7 BIL 01 ( ISSN: 2462-1390) http://www.usm.my JUN 2021

Sesi suai kenal antara ahli kumpulan dan fasilitator Majlis penutup Virtual Interaction Day 2021

(2)

BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 2 (Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)

BENGKEL KEMAHIRAN MEMBUAT VIDEO EDITING

Bengkel kemahiran membuat video dan editing merupakan sebuah bengkel yang dikendalikan oleh Exco Multimedia Persatuan Sains Matematik dan dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa yang lain.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta kepada pelbagai teknik dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan perisian bagi menghasilkan video, menangkap gambar dan menggunakan perisian Photoshop dan Adobe Illustrator dalam menghasilkan poster manakala Premiere Pro untuk penghasilan video yang hebat secara efektif. Selain itu, bengkel ini juga merupakan persediaan ahli jawatankuasa untuk meningkatkan kemahiran dan mendapat pengalaman sebelum program besar tersebut berlangsung. Bengkel ini turut memberi manfaat kepada peserta- peserta yang tidak mempunyai kemahiran dalam teknologi maklumat dan mewujudkan pelajar yang berfikiran terbuka terhadap teknologi.

Prof. Madya Dr. Mohd Tahir Ismail Prof. Dr. Hailiza Kamarulhaili

Prof. Madya Dr. Husna Hassan

Prof. Madya Dr. Ang Miin Huey

Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli

Cik Hartini Ahmad

Cik Nur Atiqah Jamaluddin Sidang Penerbit

Asas kemahiran mencipta video editing Poster bengkel kemahiran mencipta video dan editing

(3)

BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 3 (Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)

PROGRAM ALUMNI TALK

( A look at the past, learn for a brighter future)

Alumni Talk yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik telah berjaya dijalankan secara maya menggunakan platform Facebook Live. Peserta program ini terdiri daripada pelajar pusat pengajian sains matematik iaitu seramai 124 orang termasuk Ahli Jawatankuasa Program Alumni Talk.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk melahirkan mahasiswa dari Pusat Pengajian Sains Matematik yang berkeyakinan tinggi dalam aspek akademik dan sahsiah diri. Bagi mencapai matlamat ini, program ini dirancang dengan mengadakan sesi perkongsian pengalaman kedua- dua Alumni dari Pusat Pengajian Sains Matematik USM. Objektif program ini juga selaras dengan Atribut Keyakinan dalam Elemen Articulate.

Penceramah yang diundang iaitu Syed Ahmad Aidil Adha bin Said Mad Zain merupakan pelajar Siswazah Doktor Falsafah dan Dr Norazrizal Aswad Abdul Rahman iaitu Pensyarah Pusat Pengajian Sains Matematik USM. Program ini telah bermula pada jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam. Segala aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Program diakhiri dengan sesi soal jawab. Pelbagai soalan yang menjadi tanda tanya kepada para pelajar telah dijawab dengan penuh informasi oleh para alumni jemputan. Pelajar yang menyertai program ini dapat mengambil iktibar dan nasihat daripada perkongsian pengalaman oleh alumni.

PROGRAM TEAM BUILDING

Program ‘Team Building MATHSOC FAM 20/21’ ini merupakan program yang diadakan setiap sidang khusus untuk Pembantu Exco dan Exco baharu Persatuan Sains Matematik USM bagi siding tersebut. Objektif program ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan antara ahli dalam organisai, mengenalpasti kebolehan para peserta untuk bekerjasama dalam kumpulan masing- masing dan melaksanakan misi pasukan dengan jayanya. Program yang berlangsung dalam masa sehari ini juga bertujuan untuk memastikan mereka saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat tanpa mengira bangsa dan agama, malah menggalakkan setiap ahli dalam pasukan tersebut untuk menonjolkan sifat bertangungjawab di samping melakukan aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan bagi mengeratkan hubungan dalam ahli pimpinan persatuan.

Poster Alumni Talk

Institut Teknologi Bandung

Sesi bergambar diakhir program

Sesi pertama pertandingan pantun teka teki antara kumpulan

(4)

BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 4

PROGRAM BELAJAR BAHASA ISYARAT

Program belajar bahasa isyarat telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik secara maya menggunakan platform Google Meet. Pembelajaran bahasa isyarat ini telah disampaikan oleh penceramah dari sukarelawan persatuan orang pekak Negeri Sembilan (NESDA) selama dua jam setengah.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memperluaskan ilmu pengetahuan dan berkongsi maklumat tentang kemahiran dalam penggunaan bahasa isyarat. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberikan ilmu tambahan dalam berkomunikasi kerana ramai dikalangan masyarakat kini tidak mengetahui dan memahami bahasa isyarat. Program ini serba sedikit dapat memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menghormati orang yang berkelainan upaya dengan cara mempelajari bahasa isyarat yang mereka gunakan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah belajar perkara asas bahasa isyarat seperti isyarat tangan bagi setiap Alphabet. Peserta juga diminta untuk memperkenalkan diri mereka dalam Bahasa Isyarat apabila mereka sudah selesai mempelajari asas bahasa isyarat iaitu abjad, nombor dan juga sedikit perkataan harian yang biasa digunakan

Poster Program Bahasa Isyarat

Institut Teknologi Bandung

Penceramah sedang mengajar simbol Bahasa Isyarat mengikut turutan Alphabet

Penceramah sedang mengajar simbol Bahasa Isyarat mengikut turutan Alphabet

Penceramah sedang mengajar simbol Bahasa Isyarat mengikut turutan Alphabet

Penceramah menerangkan keperluan mempelajari Bahasa Isyarat

(5)

BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 5 (Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)

(Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)

WEEKLY SPORT (LET’S JOGGING)

“Weekly Sport” adalah sebuah program berbentuk aktiviti sukan santai iaitu Let’s Jogging anjuran Persatuan Sains Matematik USM. Aktiviti ini diharapkan mampu untuk meningkatkan minat dan sokongan terhadap Persatuan Sains Matematik disamping untuk meningkatkan tahap kecergasan badan dan kecerdasan minda mahasiswa. Selain itu, kecemerlangan pelajar dalam akademik perlu diseimbangkan dengan aktiviti sukan dalam usaha mendedahkan pelajar dengan gaya hidup sihat serta menyahut seruan USM Fit bagi melahirkan mahasiswa yang turut berdaya saing dalam bidang sukan.

Sesi bergambar bersama penceramah di akhir program Penceramah menunjukkan video dan mengikut sarikata

lagu menggunakan Bahasa Isyarat

Sesi perkenalan diantara peserta dan penceramah menggunakan Bahasa Isyarat

(6)

BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 6 (Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)

WEEKLY MATH CHALLENGE

Weekly Math Challenge adalah program di mana pelajar dapat mencabar diri mereka dengan masalah matematik yang menarik. Tujuan program ini adalah untuk mengembangkan dan meningkatkan minat pelajar terhadap matematik. Ia juga dibina untuk memecahkan stigma bahawa matematik merupakan subjek yang membosankan dengan memvisualisasikan masalah matematik tersebut dan memandang masalah itu dari perspektif yang berbeza. Dengan cara ini pelajar dapat mengembangkan kreativiti mereka dalam bidang matematik. Prosedur program ini adalah dengan membuat jadual dan tetapkan anggota untuk tugasan setiap minggu. Seterusnya, mereka mesti mencari dan membuat poster mengenai cabaran matematik mereka itu berserta jawapannya. Poster yang dibuat mestilah disemak oleh ahli kumpulan dan akan disiarkan pada hari Isnin setiap minggu. Oleh itu, pada hari Ahad, poster mesti selesai disemak oleh ahli. Seterusnya, poster dihantar kepada ahli yang bertanggungjawab untuk menghantar poster ke Instagram

Antara soalan-soalan yang dikongsi menerusi Instagram usm.mathsoc

:

(7)

BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 7

(8)

BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 8 (Disediakan oleh: SITI ZULAIKHA BINTI JAMALUDIN)

SPSS 1 DAY CRASH COURSE: BENCHMARK AND REAL LIFE DATA ANAYSIS

SPSS 1-Day Crash Course: Benchmark and Real Life Data Analysis merupakan aktiviti penjanaan kewangan anjuran Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) dan diadakan secara di atas talian. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Cik Siti Zulaikha yang merupakan Pegawai Penyelidik di PPSM dengan bantuan daripada Dr Mohd Shareduwan dan En Syed Muhammad Hussain. Aktiviti ini telah menyasarkan peserta dari pelbagai bidang penyelidikan dengan tujuan untuk mendedahkan secara asas kepada peserta cara menggunakan perisian SPSS dalam menganalisa kajian mereka.

Sejumlah 57 orang peserta telah menyertai program bersiri ini.

Penyertaan peserta adalah terdiri daripada pelbagai pusat tanggungjawab di Universiti Sains Malaysia seperti Pusat Pengajian Jarak Jauh, Pusat Kajian Kelestarian Global, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dan Institut Perubatan & Pergigian Termaju. Selain itu, program bersiri ini turut mendapat penyertaan daripada institut dan organisasi luar seperti Institut Kesihatan Umum, Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sultan Ismail, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Mod Engr Consultant.

Poster Program

Peserta Program SPSS 1- Day Crash Course

(9)

BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 9 (Disediakan oleh: DR. NUR NADIAH ABD HAMID)

(Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK

AKTIVITI MATHDOCTORS (JANUARI – JUN 2021)

Bersempena dengan Hari Matematik Sedunia, MathDoctors telah bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya (PPDBD), Pulau Pinang untuk menganjurkan satu webinar bertajuk “Sejarah dan Kepentingan Matematik”. Webinar ini dikendalikan oleh penceramah jemputan, Encik Mohd Suhaimi bin Ramly yang merupakan pengasas dan pengarah bagi dua syarikat teknologi pendidikan iaitu ArdentEdu (2007) dan Pandai Education (2019). Webinar ini diadakan pada tanggal 17 Mac 2021 dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari melalui platform Webex dan Facebook Live. Webinar ini terbuka kepada semua pelajar dan guru sekolah menengah dan mencatatkan seramai lebih kurang 80 orang penonton. Satu kuiz telah diberikan kepada pelajar-pelajar dan 10 orang telah dipilih sebagai pemenang yang masing-masing menerima hadiah berbentuk wang tunai berjumlah RM50.00. Rakaman webinar ini boleh didapati di https://fb.watch/6SshZXOfxa/.

Bermula Disember 2020, pasukan MathDoctors telah menerima geran dari Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) dengan tajuk “Pengukuhan Pengetahuan Matematik Bagi Pelajar SPM Daerah Barat Daya, Pulau Pinang” berjumlah RM16,000.

Projek ini juga adalah usaha sama dengan PPDBD untuk mengenalpasti 60 orang pelajar Tingkatan 4 yang berpotensi dalam kalangan B40 dan mengukuhkan pengetahuan mereka dalam subjek Matematik Tambahan. Pada mulanya, perancangan dibuat untuk mengadakan kelas-kelas berkala. Namun, ianya tidak dapat direalisasikan kerana kekangan daripada Perintah Kawalan Pergerakan. Setakat ini, video-video pendek bagi Bab 1 dan Bab 2 Matematik Tambahan Tingkatan 4 telah berjaya disiapkan, modul atas talian bagi Bab 1 sedang dibangunkan, dan pelajar-pelajar yang terlibat telah dihubungi untuk mengisi borang soal-selidik.

Sekitar Webinar “ Sejarah dan kepentingan Matematik”

(10)

BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 10 (Disediakan oleh: DR. NUZLINDA ABD RAHMAN)

CERAMAH INDUSTRI KURSUS MSG 265

Proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini amat menekankan pendekatan secara teori dan praktikal, terutamanya agar ia relevan dengan kehendak industri. Ini adalah sejajar dengan matlamat universiti untuk menyediakan para graduan dengan kemahiran yang bersesuaian mengikut acuan dan keperluan industri serta majikan masa kini. Oleh yang demikian, kursus MSG265 – Reka Bentuk dan Analisis Ujikaji yang ditawarkan pada semester II, sidang akademik 2020/2021 telah menjemput En. Tan Soon Keong sebagai pensyarah jemputan pada sesi kuliah yang diadakan pada 4 Jun 2021. Beliau merupakan Pengarah Kanan Teknologi di Infineon Technologies, Kulim. Beliau mempunyai pengalaman luas iaitu melebihi 20 tahun dalam sektor industri dan pembuatan. Ceramah industri ini telah diadakan secara dalam talian melalui platform MS Teams.

Ceramah industri yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang mengikuti kursus ini tentang aplikasi reka bentuk dan analisis ujikaji. Dalam kursus ini, pelajar telah didedahkan dengan konsep asas penggunaan pemodelan statistik bagi reka bentuk faktoran, tersarang dan belahan plot. Oleh yang demikian, aplikasi pemodelan statistik ini dapat dikaitkan dengan penggunaannya dalam dunia sebenar iaitu sektor perindustrian. Peluang keemasan ini juga diambil untuk beliau berkongsi pengalaman serta ilmu sepanjang beliau berada dalam sektor industri. Pelajar juga telah menggunakan kesempatan ini untuk bertanya pelbagai soalan tentang peluang kerjaya, latihan industri, dan keperluan kemahiran insaniah selain aspek akademik yang diperlukan oleh majikan masa kini semasa sesi soal jawab yang diadakan pada penghujung sesi ceramah ini.

Pusat pengajian amat berbesar hati dan berbangga dengan keterlibatan pihak industri dalam bekerjasama untuk berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman. Perkongsian sebegini diharapkan dapat memberi pendedahan dan membuka minda pelajar tentang cabaran dan realiti kehendak industri pada masa kini. Diharapkan kolaborasi sebegini diteruskan agar dapat menyediakan pelajar yang berkualiti dan bersedia mengharungi dunia pekerjaan pada masa akan datang.

Biodata En Tan Soon Keong

Latar belakang Infineon

Rangkaian cawangan Infineon

(11)

BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 11

SEMINAR INDUSTRI / CERAMAH ALUMNI KURSUS MAKMAL PEMODELAN II ( MSG 382)

Sejajar dengan matlamat universiti untuk menghasilkan generasi berkemahiran, relevan dan HEBAT, pusat pengajian telah menjemput Encik Mohamad Aizuddin bin Mohamad Yusop dari SMEC Malaysia untuk menyampaikan seminar industri melalui platform Webex kepada para pelajar kursus Makmal Pemodelan II (MSG382) pada 21 Jun 2021 yang lalu. Dalam kursus MSG382 semester ini, pelajar telah didedahkan dengan konsep asas pembinaan model dua dan tiga dimensi serta pembuatan animasi menggunakan dua perisian Autodesk iaitu 3ds Max dan juga AutoCAD.

Encik Mohamad Aizuddin yang juga merupakan alumni program Pemodelan Komputer PPSM (program ini kini digabungkan di bawah program Pemodelan Matematik), telah menceburkan diri dalam bidang Building Information Modeling selama 14 tahun dan membina kerjaya beliau di pelbagai syarikat tempatan dan multinasional. Beliau berbesar hati berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau dengan para pelajar. Beliau juga menunjukkan beberapa perisian yang digunakan dalam industri seperti AutoCAD, Naviswork, Revit dan Civil3D untuk mereka bentuk bangunan, mengurus aliran trafik dan merancang binaan lain. Pelajar Tahun 4 program Pemodelan Matematik turut dijemput menghadiri seminar ini. Para pelajar menunjukkan respon yang baik dengan bertanyakan peluang kerjaya dan juga latihan industri dalam bidang ini. Encik Mohamad Aizuddin juga menasihati pelajar agar menitik beratkan aspek sahsiah di alam pekerjaan, serta tidak lokek membantu masyarakat dengan ilmu dan kemahiran yang diperoleh.

Pusat pengajian melahirkan rasa bangga kerana alumni kita sudi menyumbang kembali kepada pusat pengajian dalam bentuk perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman kepada pelajar. Para alumni yang berminat untuk memberi sumbangan sebegini amatlah dialu-alukan. Diharapkan agar semangat dan kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan. Pusat pengajian juga berharap agar kolaborasi dengan pihak industri dan komuniti dapat ditingkatkan supaya pelajar dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya sebelum bergraduan dan pulang berbakti ke pangkuan masyarakat.

(Disediakan oleh: DR YAZARIAH MOHD YATIM , DR AHMAD LUTFI AMRI RAMLI )

(12)

BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 12 Disediakan oleh:

DR. MAJID KHAN MAJAHAR ALI DR. SITI AMIRAH ABDUL RAHMAN,

DR. SITI NOOR SAIFURINA NANA KHUIRAZAN.

SEMINAR PAKAR INDUSTRI

Sejajar dengan matlamat universiti untuk menyediakan para graduan dengan kemahiran yang bersesuaian dengan industri, Kumpulan Penyelidikan Operasi dan Stastistik Gunaan, Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjemput Dr. Mohd Azizi Chik (Deputy Director Integrated Engineering Module : Workshop, Sub Fab Operation and Special Projects), SilTerra Malaysia Sdn. Bhd. untuk menyampaikan seminar industri melalui platform Webex kepada para pelajar pusat pengajian khususnya kursus Kawalan Inventori (MSG355) pada 11 Jun 2021 yang lalu. Dalam kursus MSG355 semester ini, pelajar telah didedahkan dengan konsep-konsep asas inventori, sistem-sistem dan model-model yang ada. Model-model inventori dibahagikan kepada dua bahagian: berketentuan dan berkebarangkalian serta menggunakan tiga perisian iaitu Excel, R, dan juga Arena.

Dr. Azizi yang juga merupakan Ahli ICAP PPSM telah banyak membantu membangunkan kursus dan memperkenalkan kemahiran yang perlu disediakan supaya para pelajar dapat barsaing dan releven dengan cara industri. Beliau berbesar hati berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau dengan para pelajar mengenai sistem kawalan inventori, penjadualan dan produktiviti dalam industri. Beliau juga turut menerangkan masalah produktiviti produk disebabkan masalah penjadualan khususnya ketika pandemic Covid19. Beliau turut menerangkan peluang khususnya bagi pelajar-pelajar kita dalam kawalan inventori produk, sistem penjadualan yang efisien dan merekabentuk sistem pengurusan yang cekap. Beliau turut membuka peluang pekerjaan dan latihan industri di Sillterra. Kesemua pelajar turut dijemput menghadiri seminar ini. Para pelajar menunjukkan respon yang baik dengan bertanyakan peluang kerjaya dan juga latihan industri dalam bidang ini. Dr. Azizi juga menasihati pelajar agar menitik beratkan aspek

sahsiah di alam pekerjaan, serta tidak lokek membantu masyarakat dengan ilmu dan kemahiran yang diperoleh.

Pusat pengajian melahirkan rasa bangga kerana Ahli ICAP kita sudi menyumbang kembali kepada pusat pengajian dalam bentuk perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman kepada pelajar.

Diharapkan agar semangat dan kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan. Pusat pengajian juga berharap agar kolaborasi dengan pihak industri dan komuniti dapat ditingkatkan supaya pelajar dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya sebelum bergraduan dan pulang berbakti ke pangkuan masyarakat.

Poster panggilan seminar

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukkan bahwa terdapat beberapa bentuk pergeseran dalam pernikahan adat Batak Samosir di Kuantan Singingi yaitu : Mebat atau Paulak Une atau merupakan

perkenalannya dengan kehidupan dan pemikiran Eropa yang membentuk serta membawa dirinya memahami kondisi nyata bangsanya yang sangat menderita akibat dari

Berdasarkan dari uraian latar belakang, tinjauan pustaka dengan teori-teori yang telah dijelaskan pada bab terdahulu terhadap penelitian ini, maka model penelitian

kebanyakan pendidikan, dan peringkat tertinggi dalam masyarakat alasan secara moral dalam post-tahap moral konvensional tetapi bertindak dengan moralitas terendah dalam

1 Medan, Sumatera Utara 20154, Indonesia [email protected] Abstrak Catatan adalah risalah dari hasil sebuah tulisan dengan proses mencatat atau menulis ide, daftar, notulen

Untuk menguji hipotesis pertama diduga tingkat penerimaan usaha budidaya rumput laut (Eucheuma cottonii) lebih besar dari biaya yang dikeluarkan di Desa Karimun Jawa Kecamatan

Dari pasal 280 KUHPerdata dapat disimpulkan bahwa pada dasarnya pengakuan sukarela merupakan suatu tindakan yang didasarkan atas kehendak bapak dan atau ibu anak

Kegiatan PPL merupakan serangkaian kegiatan yang terdiri dari observasi kelas, serta proses pengidentifikasian lingkungan belajar dan karakteristik peserta didik,