1 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAJUK 2.0 MENGGUNAKAN ALGORITMA MELALUI PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. Mengenal pasti algoritma pseudokod, carta alir dan makna simbol dalam carta alir.
2. Menyediakan pseudokod dan carta alir secara urutan dan pilihan tunggal daripada algoritma yang diberi.
3. Membina algoritma penyelesaian masalah bagi situasi yang diberi.
4. Menterjemahkan pseudokod dan carta alir kepada algoritma.
5. Memberi cadangan dan justifikasi tentang aliran urutan dan pilihan pseudokod dan carta alir yang dibincangkan.
6. Mencipta algoritma penyelesaian masalah, pseudokod dan carta alir yang menggabungkan urutan dan pilihan tunggal bagi situasi baharu yang dicadangkan oleh murid.
7. Mencipta carta alir daripada permasalahan yang diberi 8. Menerangkan fungsi-fungsi simbol dalam carta alir
B. Kandungan Pengajaran
2.1 Mengenal algoritma, pseudokod dan carta alir.
2.2 Menerangkan makna simbol (mula dan tamat, proses, pilihan, aliran) dalam carta alir.
2.3 Membuat perkaitan algoritma, pseudokod dan carta alir dalam aktiviti harian.
2.4 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma, pseudokod dan carta alir.
2.4.1 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma.
2.4.2 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod 2.4.3 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir.
2.5 Menulis algoritma berdasarakan situasi secara urutan dan pilihan tunggal.
2.6 Memisahkan pseudokod kompleks kepada pseudokod secara urutan dan pseudokod secara pilihan tunggal.
2.7 Menggabungkan carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal secara logik.
2.8 Menyediakan algoritma, pseudokod dan carta alir dalam menyelesaikan satu masalah yang diberi.
Program Latihan Untuk Guru 2015
2 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
2.1 MENGENAL ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR
Algoritma ialah satu set aturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aturan ini bertertib, jelas dan berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam sains komputer pula, algoritma ialah langkah-langkah dalam proses melaksanakan kod komputer yang mengkaji tahap keberkesanan kod program komputer.
Situasi 1:
Anda ingin meminjam sebuah buku dari perpustakaan. Nyatakan proses yang perlu anda lalui sehingga anda memiliki buku tersebut.
Contoh algoritma bagi situasi 1:
Masuk ke dalam perpustakaan Cari buku yang dikehendaki
Jika buku dijumpai, pergi kaunter untuk pinjam Keluar dari perpustakaan
Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis dalam bahasa pertuturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Set aturan ini menunjukkan langkah demi langkah untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat. Pseudokod juga merupakan penggunaan ayat pertuturan dan beberapa kod asas dalam menunjukkan langkah- langkah dan tugas.
Situasi 2:
Katakan anda hendak menghantar bahan bercetak, nilai bayaran yang dikenakan adalah berdasarkan berat bahan yang hendak dihantar itu. Jika bahan yang dihantar itu beratnya 50 gram, berapakah nilai yang perlu dibayar?
Contoh pseudokod bagi situasi 2:
Mula
Timbang berat bahan bercetak ( input ) Set nilai bayaran dikenakan (proses) Papar nilai bayaran (output)
Tamat
3 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Carta Alir ialah kaedah grafik yang menunjukkan langkah-langkah bagi penyelesaian masalah dan hubung kait antara satu sama lain. Carta alir mengandungi simbol geometrik yang dihubungkan menggunakan anak panah. Setiap simbol mewakili aktiviti bagi langkah yang akan dilaksanakan oleh program. Aktiviti ini akan dilaksanakan mengikut turutan dari atas ke bawah.
Contoh:
Rajah 2.1.1 Carta Alir Proses Penyelenggaraan Mengisi Borang Aduan
Kerosakan
Baik Pulih Oleh Pihak Luar Serah Borang Aduan Kepada
Ketua Jabatan
Kenal pasti Kerosakan Selenggaraan
Rekodkan Kerja-Kerja Penyelenggaraan
Mula
Tamat
Panggil Kontraktor
YA
TIDAK
Program Latihan Untuk Guru 2015
4 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
2.2 MENERANGKAN MAKNA SIMBOL (MULA DAN TAMAT, PROSES, PILIHAN, ALIRAN) DALAM CARTA ALIR
Simbol Makna / Fungsi Penerangan
MULA / TAMAT Mula dan tamat sesuatu aktiviti
PROSES Aktiviti atau proses
PILIHAN Menguji sama ada benar atau salah
ALIRAN Aliran aktiviti
PENYAMBUNG Menggabungkan aliran yang berlainan
INPUT / OUTPUT Operasi input
Operasi output
Jadual 2.2.1: Makna Simbol dalam Carta Alir
5 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
2.3 MEMBUAT PERKAITAN ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR DALAM AKTIVITI HARIAN
Situasi: Membancuh kopi Contoh Algoritma
Masak air
Masukkan kopi ke dalam cawan Masukkan gula
Masukkan air panas ke dalam cawan
Contoh Pseudokod Mula
Masak air
Masukkan kopi ke dalam cawan Masukkan gula
Masukkan air panas ke dalam cawan Tamat
Program Latihan Untuk Guru 2015
6 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Contoh Carta Alir
Proses Membancuh Kopi
Rajah 2.3.1: Carta Alir proses membancuh kopi Mula
Masak Air
Masukkan kopi ke dalam cawan
Masukkan gula
Tuangkan air panas ke dalam cawan
Tamat
Masukkan kopi ke dalam
cawan Mula
Masak Air
Tamat Masukkan
gula
Tuangkan air panas ke dalam
cawan
Kacau air
7 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
2.4 MEMBEZAKAN ALIRAN SECARA URUTAN DAN PILIHAN TUNGGAL BAGI ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR
2.4.1 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma.
a) algoritma aliran secara urutan b) algoritma pilihan tunggal
a) Algoritma aliran secara urutan b) Algoritma aliran pilihan tunggal
Masak air
Masukkan kopi ke dalam cawan Masukkan gula
Tuangkan air panas ke dalam cawan
Masak air
Masukkan kopi ke dalam cawan Masukkan gula
Jika perlu krim Tambah krim
Tuangkan air ke dalam cawan
Jadual 2.4.1.1 Perbezaan antara aliran secara urutan dengan pilihan tunggal bagi algoritma
2.4.2 Membezakan aliran urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod.
a) Pseudokod aliran secara urutan b) Pseudokod pilihan tunggal
a) Pseudokod aliran secara urutan b) Pseudokod pilihan tunggal
Mula Masak air
Masukkan kopi ke dalam cawan Masukkan gula
Tuangkan air panas ke dalam cawan Tamat
Mula Masak air
Masukkan kopi ke dalam cawan Masukkan gula
Jika perlu krim Tambah krim
Masukkan air panas ke dalam cawan Tamat
Jadual 2.4.2.1 Perbezaan antara aliran secara urutan dengan pilihan tunggal bagi pseudokod
Program Latihan Untuk Guru 2015
8 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
2.4.3 Membezakan aliran urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir a) Aliran secara urutan (carta alir)
Pilihan tunggal (carta alir)
a) Carta alir secara urutan b) Carta alir pilihan Tunggal
Jadual 2.4.3.1 Perbezaan antara aliran secara urutan dengan pilihan tunggal bagi carta alir Mula
Masak Air
Perlu Krim?
Tuangkan air panas ke dalam cawan
Tidak
Ya Masukkan
kopi ke dalam cawan
Masukkan gula
Masukkan krim
Tamat Kacau air Masukkan
kopi ke dalam cawan
Masukkan gula Mula
Masak Air
Tamat Kacau air Tuangkan air panas ke dalam
cawan
9 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
2.5 MENULIS ALGORITMA BERDASARKAN SITUASI SECARA URUTAN DAN PILIHAN TUNGGAL
Algoritma secara urutan ialah set arahan yang mengandungi langkah demi langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah, manakala algoritma pilihan tunggal ialah set arahan yang mengandungi kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai satu pilihan.
Situasi 1:
a) Azmi hendak menghadiri temu duga di sebuah bangunan di tingkat 11.
b) Azmi hendak menghadiri temu duga di sebuah bangunan di tingkat 11. Jika lif rosak Azmi perlu naik tangga.
Arahan :
Sila bina algoritma berdasarkan situasi di atas.
Jadual 2.5.1: Contoh algoritma secara urutan dan pilihan tunggal.
Algoritma
a) Secara urutan b) Secara pilihan tunggal
Sila berada di hadapan pintu lif Tekan butang naik
Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka Tekan butang nombor 11
Tunggu sehingga sampai ke tingkat 11 Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka Berjalan ke tempat temu duga
Sila berada di hadapan pintu lif Tekan butang naik
Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka Jika lif rosak, gunakan tangga ke tingkat 11 Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka Tekan butang nombor 11
Tunggu sehingga sampai ke tingkat 11 Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka Berjalan ke tempat temu duga
Program Latihan Untuk Guru 2015
10 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Situasi 2
Agar-agar santan merupakan pencuci mulut yang sangat popular. Bagaimanakah anda menyediakannya?
Arahan :
Sila bina algoritma secara urutan dan pilihan tunggal berdasarkan situasi di atas.
Jadual 2.5.2: Contoh algoritma secara urutan dan pilihan tunggal.
Algoritma
Algoritma secara urutan Algoritma secara pilihan tunggal Basuh agar-agar dan masukkan
ke dalam periuk berisi air.
Panaskan air sehingga mendidih supaya agar-agar larut.
Masukkan gula, perisa pandan dan garam.
Kacau sehingga sebati.
Pukul telur bersama santan.
Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar tadi.
Kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk berisi air.
Panaskan air sehingga mendidih supaya agar-agar larut.
Masukkan gula, perisa pandan dan garam Jika perisa pandan habis, gunakan perisa strawberi.
Kacau sehingga sebati.
Pukul telur bersama santan.
Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar tadi.
Kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
11 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Latihan 1
Raja Amri tinggal di Sabak Bernam. Dia hendak bercuti ke Kuala Lumpur. Perjalanannya melalui pekan Tanjung Karang, Kuala Selangor, Kapar, Sungai Buloh dan Petaling Jaya.
Raja Amri juga boleh menggunakan lebuh raya terus ke Kuala Lumpur selepas pekan Kuala Selangor. Bina algoritma perjalanan Raja Amri dari Sabak Bernam ke Kuala Lumpur.
Latihan 2
Bina algoritma berdasarkan carta alir di bawah ini.
Rajah 2.5.1: Carta Alir .
Masukkan markah
Tentukan gred markah
Papar markah dan gred
Mula
Tamat
Program Latihan Untuk Guru 2015
12 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
2.6 MEMISAHKAN PSEUDOKOD KOMPLEKS KEPADA PSEUDOKOD SECARA URUTAN DAN PSEUDOKOD SECARA PILIHAN TUNGGAL
Pseudokod kompleks ialah satu pseudokod panjang yang mengandungi gabungan pseudokod secara urutan dan pseudokod secara pilihan tunggal. Pseudokod kompleks boleh dipisahkan kepada beberapa pseudokod yang lebih ringkas. Pseudokod secara urutan ialah set arahan penyelesaian masalah langkah demi langkah untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat, manakala pseudokod secara pilihan tunggal pula ialah set arahan penyelesaian masalah yang mempunyai satu pilihan.
Contoh:
Azmi akan menghadiri temu duga di tingkat 11 sebuah bangunan. Azmi menggunakan lif dan jika lif rosak dia perlu menggunakan tangga. Semasa keluar dari lif di tingkat 11, Azmi menyedari bahawa kad pengenalannya tertinggal di dalam kereta. Dia terpaksa turun untuk mendapatkan kad pengenalannya. Semasa Azmi ingin naik semula ke tingkat 11 didapati lif rosak.
Pseudokod kompleks Mula
Berjalan ke pintu lif Tekan butang naik Jika lif rosak
Guna tangga
Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka Tekan butang nombor 11
Tunggu sehingga sampai di tingkat 11 Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka
Masuk ke dalam lif semula untuk mengambil kad pengenalan Tekan butang turun untuk ke tingkat bawah
Jika lif rosak Guna tangga Berjalan ke kereta Ambil kad pengenalan Berjalan ke pintu lif Tekan butang naik
Naik tangga ke tingkat 11 kerana lif rosak Berjalan ke tempat temu duga
Tamat
13 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir Jadual 2.6.1: Contoh pseudokod secara urutan dan pilihan tunggal.
Pseudokod
Pseudokod secara urutan Pseudokod pilihan tunggal
a) Pseudokod (naik lif) Mula
Berjalan ke pintu lif Tekan butang naik
Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka Tekan butang nombor 11
Tunggu sehingga sampai di tingkat 11 Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka Berjalan ke tempat temu duga Tamat
b) Pseudokod (turun lif) Mula
Masuk ke dalam lif semula untuk mengambil kad pengenalan
Tekan butang turun untuk ke tingkat bawah
Berjalan ke kereta Ambil kad pengenalan Tamat
c) Pseudokod (naik tangga) Mula
Tekan butang naik
Naik tangga ke tingkat 11 kerana lif rosak Berjalan ke tempat temu duga
Tamat
Mula
Jika lif rosak Guna tangga Tamat
Program Latihan Untuk Guru 2015
14 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Aktiviti 1
Anda ialah seorang penyelaras TMK sekolah. Anda diberi tugas untuk membina satu atur cara bagi menentukan lulus atau gagal markah peperiksaan bersama gred markah A, B, C, D dan E. Lengkapkan pseudokod di bawah ini
Mula
Masukkan markah ...
...
...
Tamat
Aktiviti 2
Tuliskan pseudokod bagi carta alir di bawah.
Mula
Perlu krim?
Tidak
Ya
Masukkan air panas dan kacau
Tamat
Masukkan kopi
Masukkan gula
15 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Aktiviti 3
Tuliskan pseudokod bagi situasi di bawah.
Situasi: Sofia hendak menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada sahabatnya.
2.7 MENGGABUNGKAN CARTA ALIR URUTAN DAN CARTA ALIR PILIHAN TUNGGAL SECARA LOGIK
Contoh 1: Aturcara Untuk Menentukan BMI CARTA ALIR URUTAN
Rajah 2.7.1: Contoh carta alir secara urutan
Baca nilai berat
Baca nilai tinggi
Kira BMI
BMI=berat/(tinggi*tinggi)
Cetak BMI Mula
Tamat
Program Latihan Untuk Guru 2015
16 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
CARTA ALIR YANG MENGANDUNGI PILIHAN TUNGGAL
Rajah 2.7.2: Contoh carta alir pilihan tunggal BMI menepati?
Masukkan nilai BMI Mula
Tamat
Tidak
Ya
Papar: Anda perlu jaga pemakanan
Papar:
Teruskan beriadah
17 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
2.8 MENYEDIAKAN ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR DALAM MENYELESAIKAN SATU MASALAH YANG DIBERIKAN
Cadangan aktiviti:
Arahan: Ahmad suka makan dadih manis. Tuliskan algoritma, pseudokod dan carta alir yang sesuai bagi penyediaan dadih manis tersebut.
RESEPI 300ml air
2 gram agar-agar 100 gram gula putih 700ml susu cair Perisa strawberi
Jawapan:
A. ALGORITMA
Sediakan sebuah periuk Masukkan air dan didihkan Masukkan agar-agar dan gula Masukkan susu cair
Titiskan perisa strawberi Setelah susu mula mendidih Padamkan api
Sejukkan dadih selama 15 minit Masukkan ke dalam bekas Sejukkan di dalam peti sejuk Hidangkan dadih
Program Latihan Untuk Guru 2015
18 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
B. PSEUDOKOD Mula
Masukkan air ke dalam periuk Panaskan air
Masukkan agar-agar dan gula Kacau sehingga larut
Masukkan susu cair Titiskan perisa strawberi
Padamkan api apabila campuran mendidih Sejukkan selama 15 minit
Tuang ke dalam bekas Sejukkan di dalam peti sejuk Hidangkan dadih
Tamat
19 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
C. CARTA ALIR URUTAN
Aktiviti bina carta alir urutan berpandukan pseudokod di atas.
Rajah 2.8.1: Carta alir secara urutan
Mula
u
Masukkan air
Didihkan air
Masukkan agar-agar dan
gula
Masukkan susu cair
Kacau
Campuran mendidih, padamkan api
Biarkan sejuk Titiskan perisa
Tamat
Tuang ke dalam bekas
Sejukkan di dalam peti sejuk
Hidangkan dadih
Program Latihan Untuk Guru 2015
20 2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Aktiviti 1:
Tugasan : Menyediakan minuman teh.
Arahan : Anda diminta untuk membina algoritma, pseudokod dan carta alir yang bersesuaian.