• Tidak ada hasil yang ditemukan

Syarat-syarat Penggunaan Kad Prabayar AmBank MasterCard / Visa ( Kad )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Syarat-syarat Penggunaan Kad Prabayar AmBank MasterCard / Visa ( Kad )"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Syarat-syarat Penggunaan Kad Prabayar AmBank

MasterCard / Visa (“Kad”)

Sesiapa yang diberikan Kad (“Ahli Kad”) oleh AmBank (M) Berhad [No. Syarikat. 8515-D] (“Bank” atau “AmBank”) dan mendaftarkan Kad dengan Bank bersetuju bahawa penggunaan Kad adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang tertera di bawah dan dengan menggunakan Kad adalah dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan syarat-syarat tersebut.

1 DEFINISI & TAFSIRAN

1.1 Dalam syarat-syarat

ini:-Pusat Kad AmBank bermakna sebuah tempat di mana Bank mengendalikan operasi harian mereka untuk Kad.

Pusat Panggilan AmBank bermakna sebuah tempat yang Ahli Kad boleh memanggil (di nombor telefon yang telah Bank maklumkan kepada Ahli Kad) untuk bertanya tentang Nilai Simpanan dan sejarah Transaksi Kad.

AmBank Group bermakna AMMB Holdings Berhad [No. Syarikat. 223035-V] dan kumpulan syarikatnya dan termasuk mana-mana atau semua anak syarikatnya.

ATM bermakna sebuah mesin teler automatik yang menghubungkan MasterCard atau VISA di mana Ahli Kad boleh menggunakan Kad dengan PIN untuk memasuki Nilai Simpanannya.

Bank atau AmBank bermakna AmBank (M) Berhad [No. Syarikat 8515-D] sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai pejabat berdaftar di Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.

Laman Web Bank bermakna www.ambank.com.my

Hari Urusniaga bermakna sebarang hari (tidak termasuk Sabtu dan Ahad) di mana bank komersial di Kuala Lumpur dibuka untuk perniagaan.

Kad bermakna Kad Prabayar MasterCard®/VISA yang telah dikeluarkan oleh Bank (dan termasuk kad-kad prabayar MasterCard®/VISA jenama bersama yang dikeluarkan oleh Bank dengan pihak-pihak ketiga yang lain.

Akaun Kad merujuk kepada akaun Kad Prabayar MasterCard®/VISA Ahli Kad di mana semua Transaksi pada Kad dan semua yuran tahunan dan/atau apa-apa yuran lain didebitkan.

Ahli Kad bermakna mana-mana individu yang telah diberikan dan telah mendaftarkan Kad.

Pengeluaran Tunai bermakna Transaksi menggunakan Kad untuk mengeluarkan tunai dari mana-mana ATM (dengan rangkaian CIRRUS/PLUS) atau di cawangan Bank yang harus tertakluk kepada had berikut dan Nilai Simpanan Kad yang sedia ada:

Pengeluaran harian ATM

Minimum RM10.00 Maksimum RM5,000.00

Setiap Tertakluk kepada had pengeluaran ATM bank pengeluaran masing-masing

Pengeluaran harian di kaunter cawangan Bank

Minimum RM200.00 Maksimum RM10,000.00

Barangan Pengguna bermakna barangan yang dibeli untuk tujuan kegunaan peribadi, domestik dan rumah tangga.

Peniaga bermakna mana-mana pertubuhan yang menerima Kad daripada Ahli Kad untuk membayar pembelian Barangan Pengguna dan perkhidmatan oleh Ahli Kad.

CBP bermakna apa-apa cukai yang kena dibayar bagi pembekalan barang, perkhidmatan atau benda-benda lain selaras dengan peruntukan Undang-undang CBP.

Undang-undang CBP bermakna Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, perundangan subsidiari, perintah-perintah berkanun dan peraturan-peraturan yang mentadbir pemakaian CBP, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.

PIN bermakna Nombor Pengenalan Peribadi yang diberikan kepada Ahli Kad untuk digunakan dengan Kad.

Penyata Dalam Talian bermakna penyata yang mengandungi sejarah Transaksi dan boleh dilihat oleh Ahli Kad dari Laman web Bank mengikut Klausa 12.

Yuran Pek Permulaan bermakna yuran sekali Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima (RM25.00) dan tambahan CBP Ringgit Malaysia Satu dan Lima Puluh Sen (RM1.50). Bank boleh menaikkan yuran ini dari masa ke semasa dengan memberi sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari notis terdahulu.

Penyata bermakna penyata yang mengandungi semua Transaksi yang diposkan ke Akaun Kad Ahli Kad.

Nilai Simpanan bermakna baki di dalam Akaun Kad yang sedia ada untuk Transaksi.

Matawang Nilai Simpanan bermakna matawang dalam Ringgit Malaysia.

Penambahan bermakna penambahan nilai kewangan ke Akaun Kad.

Transaksi bermakna semua transaksi yang didebitkan kepada Kad atau dibuat dengan menggunakan Kad termasuk pembelian Barangan Pengguna atau perkhidmatan atau Pengeluaran Tunai, transaksi ATM, terminal teler, pembelian melalui telefon atau kawalan (dalaman atau e-mel) dan pembayaran dikreditkan kepada Kad.

1.2 Syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. 1.3 Perkataan yang membawa maksud satu juga membawa maksud majmuk

dan sebaliknya.

1.4 Perkataan yang membawa maksud jantina lelaki membawa maksud jantina perempuan dan tanpa jantina.

1.5 Perkataan yang membawa maksud seorang juga membawa maksud perkongsian, firma dan juga syarikat.

1.6 Tajuk syarat-syarat ini akan diabaikan dalam pentafsiran syarat-syarat.

2 PENERIMAAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

2.1 Bank akan menyediakan kemudahan kad kepada Ahli Kad tertakluk kepada syarat-syarat ini setelah Ahli Kad berjaya mendaftarkan Kad.

2.2 Sebaik sahaja Ahli Kad menerima Kad, Ahli Kad

mesti:-(a) menandatangani di bahagian panel tandatangan Kad dengan serta merta; dan

(b) daftarkan kad dengan melengkapkapi borang pendaftaran dengan Bank dan mengemukakan ke mana-mana Cawangan AmBank atau mana-mana Outlet/ Cawangan jenama bersama AmBank atau alamat yang dinyatakan dalam borang pendaftaran Kad.

Sebaik sahaja Kad diaktifkan, Ahli Kad telah bersetuju kepada terma-terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

2.3 Bank boleh menolak untuk mendaftarkan Kad mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberikan alasan.

2.4 Alasan-alasan untuk tidak mendaftar mungkin termasuk prosiding kebankrapan yang belum selesai terhadap Ahli Kad atau Ahli Kad adalah seorang bankrap yang belum dilepaskan.

3 PERSETUJUAN AHLI KAD

3.1 Ahli Kad bersetuju:

(a) bahawa hanya Ahli Kad yang telah berjaya didaftarkan oleh Bank dibenarkan untuk menggunakan Kad;

(b) pada sepanjang masa menyimpan Kad dengan selamat dan terjamin dan mengekalkan kerahsiaan PIN;

(c) untuk memberitahu Bank secara bertulis dengan serta-merta sekiranya terdapat sebarang pertukaran kepada maklumat Ahli Kad yang telah dimaklumkan kepada Bank semasa pemohonan/pendaftaran kad. Ahli Kad juga hendaklah memberikan Bank apa-apa butiran atau maklumat lain yang Bank meminta dari masa ke semasa;

(d) untuk mematuhi segala syarat lain yang dikenakan oleh Bank untuk penggunaan Kad dari masa ke semasa;

(2)

(e) untuk menggunakan Kad ini untuk penggunaan peribadi sahaja untuk membeli Barangan Pengguna dan perkhidmatan dan tidak menggunakan Kad untuk sebarang penggunaan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang (contohnya perbankan, pertaruhan atau perjudian haram dalam talian); (f) tidak menggunakan Kad melebihi enam (6) Transaksi pembelian setiap

hari (atau bilangan lain yang Bank boleh berdasarkan budi bicaranya menentukan) dan memastikan setiap Transaksi pembelian tidak melebihi Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000.00);

(g) untuk memastikan Nilai Simpanan pada setiap masa tidak melebihi RM10,000 (atau jumlah lain yang boleh ditentukan oleh Bank berdasarkan budi bicaranya); dan

(h) untuk memastikan Transaksi yang menggunakan Kad dan wang atau dana yang digunakan untuk Penambahan/isi semula Kad tidak diperolehi sama ada dari sumber yang menyalahi undang-undang atau berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti yang ditafsirkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (“AMLA”).

3A AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013 DAN AMLA

3A.1 Penggunaan Kad adalah tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, AMLA dan semua peraturan dan arahan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia. Bank boleh menyekat Transaksi sekiranya Bank mempunyai dasar yang munasabah untuk mempercayai bahawa Transaksi menyalahi undang-undang Malaysia atau negara lain dan Bank tidak akan menanggung liabiliti kepada Ahli Kad sekiranya Bank berbuat demikian. Ahli Kad melepaskan Bank daripada semua liabiliti dan bersetuju untuk mengecualikan Bank daripada apa-apa kehilangan atau kerugian yang dialami oleh Ahli Kad sebagai akibat daripada Bank menyekat transaksi tersebut.

3A.2 Ahli Kad mengetahui bahawa Bank harus bertindak serta-merta dengan informasi yang terhad sekiranya terdapat kesangsian dalam penipuan, pengubahan wang haram atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.

4 PENAMATAN / PENARIKAN / PENGGANTUNGAN PENGGUNAAN KAD

4.1 Semua Kad adalah kepunyaan Bank dan Bank boleh berdasarkan budi bicara mutlaknya menamatkan dan menarik semula Kad atau menggantung penggunaannya atau sebaliknya menolak sebarang Transaksi yang akan dibuat pada Kad sekiranya Ahli Kad telah melanggar mana-mana syarat-syarat ini.

4.2 Ahli Kad hendaklah melepaskan Bank daripada segala liabiliti dan harus mengecualikan Bank dan tidak memegangnya untuk menanggung rugi segala tuntutan sama ada berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada penamatan, penarikan semula, penggantungan atau keenggangan untuk melaksanakan apa-apa Transaksi kepada Kad termasuk apa-apa tuntutan untuk fitnah atau kerugian lain.

4.3 Tambahan kepada hak-hak Bank dalam Klausa 4.1 di atas, Bank boleh menamatkan Kad jika sama ada:

a) Ahli Kad gagal membayar sebarang jumlah terhutang kepada Bank; atau b) Ahli Kad diisytiharkan bankrap atau tidak dapat membayar hutang,

meninggal dunia atau sakit jiwa; atau

c) sebarang harta Ahli Kad adalah tertakluk kepada levi pelaksanaan, saman tahanan atau halangan undang-undang lain; atau

d) selepas pemeriksaan kredit, Bank memutuskan bahawa kedudukan Bank adalah berisiko (walaupun Akaun Ahli Kad masih berkuatkuasa); atau e) Ahli Kad menggunakan Kad melebihi Nilai Simpanan; atau f) Ahli Kad telah gagal mematuhi mana-mana syarat ini; atau g) Ahli Kad tidak dapat dicari oleh Bank; atau

h) Ahli Kad membuat atau cuba melakukan pengaturan penyelesaian dengan pemiutang; atau

i) sekiranya Bank berpendapat bahawa Kad telah digunakan untuk sebarang tujuan perniagaan (iaitu digunakan oleh Ahli Kad untuk mendapat apa-apa keuntungan. Sebarang keputusan Bank berkaitan dengan perkara ini adalah muktamad dan tidak boleh dicabar). Apabila Kad ditamatkan dan/atau ditarik semula, Ahli Kad hendaklah menyelesaikan kepada Bank semua jumlah tertunggak yang terhutang di bawah Akaun Kad dengan serta-merta.

4.4 Ahli Kad boleh membatalkan Kad dengan mengembalikan Kad yang telah dipotong dua kepada Bank. Bank boleh membatalkan Kad pada bila-bila masa berdasarkan budi bicaranya dengan memberikan notis terdahulu dan tanpa memberikan Ahli Kad apa-apa sebab. Setelah pembatalan Kad oleh Bank, obligasi Ahli Kad untuk membayar Bank semua wang yang terhutang kekal. 4.5 Apabila Kad

dibatalkan:-(a) semua wang yang dihutang di bawah Akaun Kad akan perlu dibayar dengan serta merta dan Ahli Kad harus atas permintaan Bank membayar wang tersebut sepenuhnya, sekiranya gagal Bank boleh mengambil apa-apa tindakan yang dianggap perlu untuk menuntut yang sama; dan

(b) sekiranya terdapat sebarang baki kredit dalam Akaun Kad, Ahli Kad boleh menebus kembali Nilai Simpanan mengikut cara yang ditetapkan di bawah Klausa 16A.

5 LIABILITI AHLI KAD / KAD HILANG ATAU DICURI

5.1 Ahli Kad mesti mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian Kad. Sekiranya Kad hilang atau dicuri atau orang yang tidak diberi kuasa mengetahui PIN, Ahli Kad harus apabila mengetahuinya memaklumkan kepada Pusat Kad AmBank dengan serta-merta melalui telefon (dengan pengesahan bertulis dalam jangkamasa yang munasabah selepas itu), supaya kerugian kepada Ahli Kad dapat dikurangkan. Ahli Kad mesti membuat laporan polis untuk Kad hilang/dicuri/pendedahan PIN kepada sesiapa yang tidak diberi kuasa dan memberikan sesalinan laporan polis tersebut kepada Pusat Kad AmBank. Bank akan mentaksahkan Kad setelah Bank menerima pemberitahuan daripada Ahli Kad.

5.2 Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab terhadap semua Transaksi yang dilakukan akibat daripada penggunaan Kad yang tidak diberi kuasa sehingga Kad dilaporkan hilang/dicuri. Bank tidak akan dalam apa-apa keadaan bertanggungjawab kepada Ahli Kad atau membayar balik atau memulangkan kepada Ahli Kad apa-apa wang yang hilang dari Kad disebabkan Ahli Kad menghilangkan Kad dia atau disebabkan kecurian Kad.

5.3 Sekiranya Kad dilaporkan hilang dan seterusnya ditemui, Ahli Kad harus memulangkan Kad dengan serta-merta dengan Kad dipotong dua kepada Bank. Bank tidak akan mengeluarkan Kad gantian berikutan dengan kehilangan atau kecurian Kad atau pendedahan PIN kepada sesiapa yang tidak diberi kuasa.

6 PENOLAKAN LIABILITI OLEH BANK

6.1 Bank tidak akan bertanggungjawab jika mana-mana Peniaga enggan menerima Kad atau jika terdapat sebarang kecacatan atau kekurangan dalam Barangan Pengguna atau perkhidmatan yang disediakan oleh Peniaga. Ahli Kad mesti menyelesaikan semua aduan dan pertikaian dengan Peniaga secara terus. Ahli Kad berjanji dan mengesahkan untuk tidak melibatkan Bank dalam apa-apa prosiding undang-undang terhadap Peniaga. Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Ahli Kad dalam membuat bayaran kepada Peniaga walaupun Ahli Kad mempunyai tuntutan dan/atau pertikaian terhadap Peniaga. Sekiranya Ahli Kad mempertikaikan apa-apa Transaksi, Transaksi yang dipertikaikan hanya boleh dibayar balik setelah Bank menyiasatkan kes itu dengan sepenuhnya dan memutuskan bahawa Ahli Kad tidak perlu bertanggungjawab untuk Transaksi yang dipertikaikan. Apa-apa wang yang akan dibayar balik akan dikreditkan ke Akaun Kad. 6.2 Ahli Kad harus membebaskan Bank dari semua liabiliti sekiranya Kad tidak

(3)

6.3 Bank menolak semua liabiliti dan Ahli Kad membebaskan Bank daripada semua liabiliti di mana Bank gagal mematuhi mana-mana syarat ini walaupun kegagalan tersebut disebabkan oleh atau dalam kawalan Bank.

7 TERMA-TERMA PEMBAYARAN

7.1 Masa adalah penting berhubung dengan tanggungjawab pembayaran Ahli Kad. 7.2 Walau apa pun yang dinyatakan dalam syarat-syarat ini, Ahli Kad harus

dengan serta-merta membayar sepenuhnya semua amaun yang terhutang kepada Bank dalam salah satu perkara berikut:

(a) Sekiranya Kad atau penggunaannya ditarik balik; atau (b) Penamatan penggunaan Kad atas sebarang sebab.

Ahli Kad tidak mempunyai hak untuk menahan pembayaran sebarang wang terhutang kepada Bank dalam apa-apa keadaan sekalipun.

8 PENGELUARAN WANG TUNAI

8.1 Sekiranya terdapat wang yang mencukupi di dalam Akaun Kad, Ahli Kad boleh mendapatkan tunai daripada mana-mana pemegang lesen MasterCard® International Incorporated/VISA melalui penggunaan Kad di lokasi tertentu dan/atau ATM di dalam atau di luar Malaysia.

8.2 Pengeluaran wang tunai oleh Ahli Kad akan didebitkan ke dalam Akaun Kad.

9 CAJ & MATAWANG ASING

9.1 Semua Transaksi Kad akan dimasukkan ke dalam Matawang Nilai Simpanan. 9.2 Sebarang Transaksi yang dibuat dalam mata wang lain atau dibuat di luar

Malaysia akan ditukar kepada Matawang Nilai Simpanan mengikut kadar pertukaran yang ditentukan oleh MasterCard atau VISA dan tambahan penukaran 1% tukaran mata wang asing (dahulunya dikenali sebagai kos pentadbiran) oleh Bank ke atas jumlah yang ditukar dan Yuran Urusniaga Runcit sebanyak RM1 dan tambahan CBP RM0.06 bagi setiap Transaksi , mengikut mana yang berkenaan, pada tarikh Transaksi diposkan ke dalam Akaun Kad. Kadar tukaran mungkin berbeza daripada kadar harian mengikut turun naik pasaran.

10 KREDIT DARIPADA PENIAGA

10.1 Bank boleh kreditkan pembayaran balik daripada Peniaga kepada Ahli Kad sebagai Nilai Simpanan ke dalam Kad sekiranya Bank menerima kredit daripada Peniaga atau bank Peniaga yang boleh diterima oleh Bank. 10.2 Sekiranya ada, atas permintaan Ahli Kad, Bank akan memberikan salinan slip

kredit kepada Ahli Kad atas kos Ahli Kad.

10A PENAMBAHAN / NILAI SIMPANAN MAKSIMA / BAKI DEBIT

10A.1 Ahli Kad boleh menambah dan membayar wang ke dalam Akaun Kad seperti berikut atau dalam cara-cara lain yang mana Bank

benarkan:-(a) mendepositkan tunai atau cek di mana-mana cawangan Bank melalui kaunter atau menggunakan mesin deposit tunai / cek Bank; (b) pemindahan dana dari mana-mana akaun lain Ahli Kad dengan Bank

dalam apa-apa cara yang dibenarkan oleh Bank;

(c) pemindahan wang antara bank (GIRO) dari akaun lain Ahli Kad dengan bank lain; atau

(d) membuat bayaran di cawangan-cawangan AmG Insurance Berhad atau mana-mana cawangan “epay” memiliki logo “NexG Recharge” yang mengambil bahagian.

10A.2 Penambahan oleh Ahli Kad adalah tidak efektif sehingga nilai sebenar Penambahan tersebut telah diterima oleh Bank. Penambahan melalui cek bukan tempatan hendaklah termasuk komisyen bank yang berkenaan, kalau tidak, Bank boleh mendebitkan Akaun Kad Ahli Kad untuk komisyen tersebut. 10A.3 Nilai Simpanan maksimum di mana Ahli Kad boleh kreditkan ke dalam

Kad adalah RM10,000.00 atau apa-apa amaun lain yang Bank benarkan. Sekiranya disebabkan oleh apa-apa kesilapan, sistem Bank membenarkan

Nilai Simpanan Ahli Kad melebihi had yang dibenarkan, Bank akan memaklumkan kepada Ahli Kad dan meminta Ahli Kad untuk menggunakan dengan sepenuhnya jumlah melebihi had tersebut atau menebus jumlah melebihi had tersebut mengikut cara di bawah Klausa 16A dalam tempoh 14 hari dari tarikh notifikasi Bank.

10A.4 Sekiranya terdapat apa-apa kesilapan dalam baki debit Kad, Ahli Kad hendaklah membayar balik amaun ini kepada Bank dalam tempoh 14 hari dari permintaan Bank untuk pembayaran balik. Pembayaran balik tersebut boleh dibuat oleh Ahli Kad melalui Penambahan. Apa-apa jumlah untuk Penambahan yang melebihi baki debit akan diambil kira sebagai Nilai Simpanan.

11 YURAN PERKHIDMATAN, KOS & CAJ

11.1 Dalam pertimbangan perkhidmatan yang diberikan, Ahli Kad akan membayar

Bank:-(a) Yuran Transaksi Pembelian sebanyak Ringgit Malaysia Satu (RM1.00) dan tambahan CBP Ringgit Malaysia Enam Sen (RM0.06) untuk setiap Transaksi yang merupakan pembelian runcit dengan mana-mana Peniaga di luar Malaysia melalui penggunaan Kad;

(b) Caj perkhidmatan 2% daripada jumlah pengeluaran dan tambahan CBP 6% atau Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10.00) dan tambahan CBP Ringgit Malaysia Enam Puluh Sen (RM0.60), yang mana lebih tinggi, untuk setiap Pengeluaran Tunai dari ATM bukan AmBank;

(c) Tambahan penukaran sebanyak 1% daripada Matawang Nilai Simpanan yang dikenakan (apabila ditukarkan) untuk Transaksi di dalam mata wang asing;

(d) Yuran Penambahan Ringgit Malaysia Dua (RM2.00) dan tambahan CBP Ringgit Malaysia Dua Belas Sen (RM0.12) atau apa-apa jumlah lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari masa ke semasa bagi setiap Penambahan yang dibuat oleh Ahli Kad di kaunter di mana-mana cawangan Bank;

(e) Yuran perkhidmatan akaun sebanyak Ringgit Malaysia Tiga (RM3.00) dan tambahan CBP Ringgit Malaysia Lapan Belas Sen (RM0.18) setiap bulan untuk penggunaan Kad, di mana yuran ini dikenakan apabila pendaftaran;

(f) Yuran perkhidmatan sebanyak Ringgit Malaysia Lima (RM5.00) dan tambahan CBP Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sen (RM0.30) bagi satu dan setiap salinan Penyata yang diminta oleh Ahli Kad;

(g) Yuran perkhidmatan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh (RM20.00) dan tambahan CBP Ringgit Malaysia Satu dan Dua Puluh Sen (RM1.20) bagi satu dan setiap salinan draf jualan yang diminta oleh Ahli Kad jika Bank mempunyai draf jualan tersebut;

(h) Yuran pengembalian kredit sebanyak Ringgit Malaysia Dua (RM2) dan tambahan CBP Ringgit Malaysia Dua Belas Sen (RM0.12) akan dikenakan untuk setiap pengembalian nilai yang tidak digunakan. (i) Segala kos dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman Bank atas dasar

peguamcara dan anak guaman) yang ditanggung oleh Bank untuk menjaga dan/atau melaksanakan apa-apa hak Bank.

11.2 Semua yuran, kos dan perbelanjaan dan/atau caj terhutang oleh Ahli Kad akan ditunjukkan di dalam Penyata dan didebitkan dari Nilai Simpanan. Semua yuran, kos atau caj yang dicajkan kepada dan dibayar oleh Ahli Kad tidak akan dibayar balik di dalam apa jua keadaan.

11.3 Yuran dan caj mungkin ditukar oleh Pihak Bank pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa di atas budi bicara mutlak Bank dan perubahan ini akan diposkan ke Laman web Bank. Pihak Bank akan memberi Ahli Kad sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari notis terdahulu sebelum tarikh perubahan tersebut berkuatkuasa. Ahli Kad perlu mengambil perhatian terhadap yuran atau caj terkini yang dikenakan oleh Pihak Bank di Laman web Bank. 11.4 Termasuk CBP:

Melainkan diperuntukkan sebaliknya di dalam Perjanjian ini, pihak-pihak bersetuju bahawa Yuran dan apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Perjanjian ini adalah termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (“CBP”) sebagaimana yang terpakai di bawah peruntukan Undang-undang CBP.

(4)

12 PENYEMAKAN KANDUNGAN PENYATA

12.1 Ahli Kad boleh menyemak Penyata Dalam Taliannya yang mengandungi informasi berkenaan Nilai Simpanan atau sejarah Transaksi dari Laman web Bank dengan memasuki akaun “AmOnline” dengan nama pengguna dan kata laluan Ahli Kad. Secara alternatif, Ahli Kad boleh menyemak sejarah Transaksi melalui telefon dengan memanggil Pusat Panggilan AmBank, +603 2178 8888.

12.2 Penyata Dalam Talian akan mengandungi sejarah Transaksi, yuran dan caj yang dilaksanakan 48 jam sebelumnya dan menyimpan rekod sejarah Transaksi, yuran dan caj yang dilaksanakan 90 hari sebelumnya, tetapi tidak akan mengandungi Transaksi yang belum diproses oleh Bank.

12.3 Ahli Kad harus menyemak rekod Transaksi dari laman web Bank sekurang-kurangnya sekali sebulan.

12.4 Ahli Kad mesti dalam tempoh 14 hari memberitahu Bank sekiranya terdapat apa-apa kesilapan dari tarikh Transaksi diposkan ke Penyata Dalam Talian, kalau tidak, kandungan di dalam Penyata akan dianggap sebagai betul,muktamad dan terikat terhadap Ahli Kad dan Ahli Kad selepas itu tidak bolehmembuat apa-apa tuntutan bahawa Penyata tersebut mengandungi kesilapan atau ketidaktepatan.

12.5 Ahli Kad di bawah umur 18 tahun adalah tidak dibenarkan untuk memasuki Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian Bank dan hanya dibenarkan menyemak:-(a) Nilai Simpanan pada mana-mana ATM Bank atau melalui telefon ke

Pusat Panggilan AmBank; atau

(b) sejarah Transaksi melalui telefon ke Pusat Panggilan AmBank.

13 KEKUKUHAN BUKTI

13.1 Ahli Kad bersetuju untuk menerima sebagai muktamad dan konklusif untuk apa-apa tujuan

lain:-(a) Penyata yang dikeluarkan oleh Bank, sebagai bukti kukuh hutang Ahli Kad kepada Bank; dan

(b) Sijil daripada mana-mana pengurus Bank sebagai bukti kukuh sama ada notis untuk sebarang perkara yang timbul dari sini telah diberikan kepada Ahli Kad.

14 PERUBAHAN ATAU TAMBAHAN KEPADA TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

14.1 Bank berhak menukar (dengan menambah kepada atau memadam dari) syarat-syarat ini pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa secara notis bertulis kepada Ahli Kad. Notis boleh diberikan melalui pengiklanan di mana-mana media dan/atau penerbitan di laman web Bank. Pertukaran seumpamanya akan berkuatkuasa pada tarikh yang ditentukan oleh Bank. Ahli Kad perlu menyemak Laman web Bank untuk terma-terma dan syarat-syarat terkini dari masa ke semasa. Bank akan memberi Ahli Kad sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari notis terdahulu sebelum tarikh pertukaran tersebut berkuatkuasa.

14.2 Sekiranya Ahli Kad tidak bersetuju dengan sebarang pertukaran kepada syarat-syarat ini seperti yang dimaklumkan, Ahli Kad harus membatalkan penggunaan Kad dengan memberi notis bertulis kepada Bank bersama dengan Kad yang telah dipotong dua.

14.3 Sekiranya Ahli Kad menggunakan Kad selepas tarikh berkuatkuasa sebarang pertukaran kepada syarat-syaratini, Ahli Kad dianggap telah menerima dan bersetuju untuk diikat oleh pertukaran tersebut.

15 NOTIS

15.1 Sebarang komunikasi kepada Ahli Kad adalah dianggap diterima oleh Ahli Kad sekiranya ditinggalkan atau dihantar melalui pos kepada alamat terakhir yang diketahui atau dihantar melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (“SMS”) kepada nombor telefon bimbit Ahli Kad di dalam rekod atau mel elektronik kepada alamat e-mel Ahli Kad dalam rekod atau diiklankan di sebarang media termasuk Internet seperti yang diputuskan oleh Bank di dalam budi bicara mutlaknya.

15.2 Penghantaran sebarang notis atau proses guaman dianggap telah dibuat pada tarikh penghantaran sekiranya ia dihantar dengan tangan atau sekiranya dihantar melalui pos, pada Hari Urusniaga kedua selepas diposkan

kepada Ahli Kad di alamat terakhirnya atau pada masa penghantaran sekiranya menghantar melalui SMS atau mel elektronik atau pada tarikh pengiklanan oleh Bank sekiranya mengiklan.

16 PERSETUJUAN UNTUK PENDEDAHAN MAKLUMAT

16.1 Bank boleh mendedahkan sebarang maklumat atau kelakuan berkaitan dengan Ahli Kad atau Akaun Kad Ahli atau apa-apa akaun lain yang dipegang dengan Bank, butir-butir Ahli Kad dan urusan-urusan Ahli Kad (kewangan atau selainnya) walau apa cara sekalipun Bank dapatkan (“secara kolektif dikenali sebagai “Informasi Ahli Kad”)

kepada:-(a) Pusat Unit Kredit yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau kepada apa-apa kredit biro atau agensi yang diluluskan oleh Persatuan Bank di Malaysia;

(b) Mana-mana Peniaga, Institusi Kewangan yang mengambil bahagian, MasterCard/VISA dan mana-mana ahli institusi MasterCard/VISA yang menerima Kad, mana-mana ahli Persatuan Perkhidmatan Antarabangsa VISA dan/atau Perbadanan Antarabangsa MasterCard; dan/atau (c) AmBank Group, agen atau keahlian bersekutunya

(i) untuk membolehkan Bank menjalankan fungsinya; dan/atau (ii) untuk mencegah jenayah dan untuk audit, pemungutan hutang

dan proses servis; dan/atau

(iii) untuk menyiasat, melaporkan dan mencegah pengubahan wang haram, kewangan pengganas dan aktiviti jenayah am; dan/atau (iv) untuk apa-apa dan semua tujuan lain yang diperlukan oleh

undang-undang.

16A. PENEBUSAN NILAI SIMPANAN

16A.1 Ahli Kad boleh menebus dan/atau Bank boleh meminta Ahli Kad untuk menebus Nilai

Simpanan:-(a) di mana Nilai Simpanan melebihi limit yang dibenarkan (pada masa ini RM10,000.00) dan Ahli Kad tidak menggunakan amaun yang melebihi had dalam tempoh 2 minggu dari tarikh berlakunya amaun melebihi had; dan

(b) sekiranya Ahli Kad membatalkan Kad kerana Kad telah hilang atau dicuri. 16A.2 Penebusan boleh mengambil

tempat:-(a) dengan Bank mengeluarkan perintah juruwang kepada Ahli Kad untuk jumlah yang ditebus (tetapi Ahli Kad mesti membayar caj bank untuk perintah juruwang); atau

(b) dengan pemindahan dana ke Kad lain yang sempurna didaftarkan dengan Bank atau ke akaun simpanan/semasa Ahli Kad dengan Bank. Bank akan melakukan penebusan tersebut dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permintaan Ahli Kad.

16B. FORCE MAJEURE & PERKARA-PERKARA DI LUAR KAWALAN BANK

Bank tidak akan menanggung liabiliti terhadap Ahli Kad sekiranya ia gagal untuk menjalankan obligasinya disebabkan oleh sebab-sebab di luar kawalan Bank (seperti perkara-perkara yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada bencana alam, peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak diisytiharkan), mogok, rusuhan, kekacauan awam, tindakan pengganas, kekacauan buruh, sekat masuk kerja, kebakaran, kemalangan atau apa-apa perkara dalam force majeure, kerosakan mesin, kegagalan apa-apa alat elektronik, sistem proses data, pengaliran atau talian telekomunikasi, kegagalan elektrik.

17 PRIVASI

17.1 Ahli Kad mengesahkan bahawa dia telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan Bank (yang terdapat di www.ambankgroup.com) dan klausa di sini, yang mungkin berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadinya. Bagi mengelak keraguan, Ahli Kad bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut adalah dianggap telah digabungkan dengan merujuk kepada Perjanjian ini.

(5)

17.2 Sekiranya Ahli Kad memberikan maklumat peribadi dan/atau kewangan kepada pihak ketiga, termasuk maklumat berkaitan dengan keluarga terdekat dan tanggungan mereka untuk tujuan pendaftaran atau penggunaan Kad dengan Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan Bank, Ahli Kad adalah:

a. mengesahkan bahawa dia telah memperolehi kebenaran atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat kepada Bank dan untuk kegunaan Bank selaras dengan syarat-syarat ini;

b. bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat;

c. bersetuju untuk mengemaskini secara bertulis sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan

d. bersetuju terhadap hak Bank untuk menamatkan Kad sekiranya kebenaran tersebut ditarik balik oleh mana-mana pihak ketiga tersebut.

17.3 Bila mana Ahli Kad mengarahkan Bank untuk melaksanakan apa-apa jenis transaksi merentas sempadan (termasuk membuat atau menerima bayaran) butiran mengenai transaksi merentas sempadan (termasuk maklumat berkaitan dengan sesiapa yang terlibat di dalam transaksi tersebut) mungkin akan diterima atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh ejen luar negara Bank, pengawal selia asing dan/atau pihak berkuasa berkaitan dengan tugasan sah mereka (contohnya, pencegahan jenayah). Dalam memberikan arahan kepada Bank dan/atau ejen kami untuk memasuki transaksi merentas sempadan bagi pihak Ahli Kad, Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa pendedahan tersebut di atas adalah oleh pihak Ahli Kad dan pihak-pihak lain yang terlibat di dalam transaksi merentas sempadan tersebut.

17.4 Sebagai tambahan, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang, (termasuklah peraturan, garis panduan dan/atau obligasi) terpakai bagi Bank (sama ada di dalam atau luar Malaysia), Ahli Kad bersetuju bahawa syarikat lain di dalam Kumpulan Bank, peniaga dan rakan perniagaan strategik mereka boleh menghubungi Ahli Kad mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang mana Bank dan Kumpulan Bank percaya mungkin memberi kepentingan atau faedah kepada Ahli Kad. 17.5 Bank dan Kumpulan Bank boleh berkomunikasi dengan Ahli Kad melalui

pelbagai saluran, termasuklah telefon, emel, pesanan elektronik/ bergerak, faksimili atau pos, menggunakan maklumat hubungan yang telah diberikan oleh Ahli Kad.

17.6 Ahli Kad boleh memberitahu Bank pada bila-bila masa sekiranya Ahli Kad memilih untuk tidak menerima sebarang komunikasi berhubung dengan pemasaran dari Bank, Kumpulan Bank dan/atau peniaga dan rakan niaga strategik mereka, dengan menghubungi Bank di pelbagai saluran berikut: Pegawai Khidmat Ahli Kad

Telefon : +603 2178 8888 (24 jam) E-mel : customercare@ambankgroup.com

Pos : Privacy, AmBank Contact Centre, P.O. Box No. 12617, 50784 Kuala Lumpur 17.7 Arahan bertulis yang terkini daripada Ahli Kad akan terpakai. Ahli Kad

mengakui bahawa sesetengah komunikasi seperti Penyata kepada Ahli Kad dan laman sesawang Kumpulan Bank mungkin mengandungi maklumat biasa mengenai produk dan perkhidmatan lain Bank dan Kumpulan Bank yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan bahagian penghantaran/ operasi Kad dan/atau tanpa sebarang kos tambahan kepada Ahli Kad. 17.8 Walaupun Ahli Kad telah memberikan maklumat kepada Bank, Ahli Kad

mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan dahulu. Dalam keadaan sedemikian, Bank berhak untuk menamatkan Kad. 17.9 Bank berhak untuk meminda Klausa ini dari semasa ke semasa dengan

sekurang-kurangnya 21 hari dengan notis sebelum atas budi bicara mutlak Bank dengan memberikan notis kepada Ahli Kad.

17.10 Seksyen ini adalah tanpa prejudis kepada Klausa 16 di dalam syarat-syarat ini berkenaan dengan Pendedahan Maklumat.

18 LAIN-LAIN

18.1 Sekiranya mana-mana syarat ini didapati menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, syarat tersebut hendaklah dianggap dipadam dan syarat-syarat lain tetap berkuatkuasa dan berkesan dan tidak akan terjejas oleh syarat yang dipadamkan. Klausa yang dipadamkan hendaklah digantikan dengan syarat (yang akan ditentukan oleh Bank) yang membawa erti sama dengan syarat yang dipadamkan tersebut yang mematuhi undang-undang, sah dan boleh dikuatkuasakan untuk memberi kesan kepada kehendak Bank.

18.2 Bank berhak untuk menyerahkan sebarang wang yang dihutang oleh Ahli Kad kepada mana-mana orang berdasarkan terma-terma yang dianggap sesuai oleh Bank.

18.3 Ahli Kad bersetuju untuk akur kepada bidang kuasa Mahkamah Kuala Lumpur atau Shah Alam atau mahkamah lainyang ditentukan oleh Bank. 18.4 Kegagalan atau kelewatan oleh Bank untuk menggunakan hak, kuasa dan

hak istimewa tidak akan menjejaskan liabiliti Ahli Kad kepada Bank atau satu atau sebahagian penggunaan hak, kuasa atau hak istimewa menghalang Bank daripada menggunakan hak, kuasa atau hak istimewanya yang terkandung dalam syarat-syarat ini dengan selanjutnya.

18.5 Tanggungjawab Ahli Kad akan juga dipertanggungjawabkan kepada wakil guaman dan waris Ahli Kad.

18.6 Sekiranya terdapat sebarang ketidakpastian yang timbul daripada syarat-syarat ini, ketidakpastian tersebut akan diselesaikan oleh Bank. Keputusan Bank untuk maksud sebarang peruntukan dan jika berkaitan, pilihan peruntukan yang sesuai oleh Bank yang akan diaplikasikan kepada sesuatu situasi adalah muktamad dan Ahli Kad akan terikat kepadanya.

18.7 Semua Ahli Kad berumur 18-70 tahun berhak mendapat Perlindungan Kemalangan Maut RM10,000 PERCUMA yang diberikan oleh AmG Insurance Berhad (No. Syarikat: 803512-W). Perlindungan maksima untuk setiap individu adalah RM10,000 tidak mengira nombor Kad yang didaftar oleh individu. Perlindungan percuma meliputi kematian disebabkan kemalangan. Perlindungan percuma hanya untuk 12 bulan dari tarikh Kad didaftarkan atau sehingga Kad dibatalkan, yang mana lebih awal. Untuk maklumat lanjut kontrak perlindungan dan polisi, sila mengunjungi www.ambank.com.my 18.8 Walaupun terdapat apa-apa di dalam syarat-syarat ini, hak dan kelayakan

di bawah Perjanjian ini dan obligasi Ahli Kad akan berterusan berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya walaupun Kad telah dibatalkan, ditarik balik atau digantung oleh Bank.

18.9 Bank boleh, pada bila-bila masa:

(a) menggabungkan mana-mana atau semua akaun Ahli Kad dengan Bank (termasuk Akaun Kad tidak kira di mana akaun-akaun tersebut terletak dan sama ada akaun-akaun tersebut dalam Ringgit Malaysia atau apa-apa mata wang lain); dan/atau

(b) menolak atau memindahkan apa-apa wang dalam kredit dalam mana-mana akaun untuk membayar semua wang yang dihutang (tidak kira di mana wang ini terletak dan sama ada dalam Ringgit Malaysia atau dalam apa-apa mata wang lain) dan penolakan boleh dilakukan walaupun kredit dan debit adalah dalam mata wang yang berlainan.

Bank boleh melaksanakan penggabungan, penyatuan, penolakan atau pemindahan dengan pertukaran yang perlu pada kadar pertukaran lazim Bank yang ditentukan oleh Bank mengikut budi bicara tunggalnya. Bank boleh, pada bila-bila masa membekukan akaun semasa dan deposit Ahli Kad dengan Bank sebelum memberi notis kepada Ahli Kad mengenai kehendak Bank untuk menggunakan haknya untuk menolak atau memindah. 18.10 Versi Bahasa Melayu syarat-syarat ini adalah disediakan kepada Ahli Kad di

Laman web Bank.

Untuk sebarang bantuan, Ahli Kad boleh menghubungi pihak Bank melalui Pusat Panggilan kami di +603 2178 8888.

Referensi

Dokumen terkait

Kesimpulan yang dapat diambil dari hasil analisis dekomposisi varian adalah pasar acuan untuk harga bawang merah di Indonesia adalah pasar di Jawa Tengah.. Dengan kata lain,

1) Penerapan adalah mengaplikasikan sesuatu yang dimiliki seseorang. 8 Secara operasional penerapan yang dimaksudkan adalah pengaplikasian teori dan praktek yang

1. Shirkah al-ina> n atau shirkah al-amwa> l yaitu dua orang menggabungkan hartanya untuk diperdagangkan, sedangkan keuntungan dibagi berdua. Pada syarikat ini modal

Sebelum disajikan hasil tabulasi dan analisis data penelitian tentang kontribusi pajak daerah rumah Kos terhadap pendapatan asli daerah Kota Kendari, terlebih dahulu

Perlakuan akuntansi yang dibahas pada penelitian ini terdiri atas pengakuan piutang, pencatatan piutang, penilaian piutang pemanfaatan piutang, dan penyajian pada

Terdapat perbedaan pengaruh hasil peningkatan kesegaran jasmani dengan senam aerobik low impact dan senam aerobik mix impact terhadap tingkat kesegaran jasmani

Setelah dilakukan pengujian terhadap perhitungan nilai korelasi pada R, maka dilakukan pengujian data pada aplikasi perhitungan korelasi yang telah dibuat pada Mapreduce

Berusia serendah-rendahnya 18 (delapan belas) tahun dan setinggi-tingginya 35 (tiga puluh lima) tahun pada tanggal 1 Januari 2009 dan atau yang memenuhi ketentuan Peraturan