Bil Pepatah Makna
1 Jauh di mata dekat di hati Walaupun berjauhan, namun di dalam hati terasa begitu dekat iaitu sentiasa diingati
2 Jauhari juga yang mengenal manikam Hanya orang yang bijak yang mengetahui tentang keelokan sesuatu atau ilmu
3 Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan. (Sasbadi)
4 Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa
Percakapan yang kasar akhirnya akan membahayakan diri sendiri (DBP)
5 Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Walau sepandai manapun seseorang itu dalam pekerjaannya, ada kalanya dia akan membuat kesilapan atau kesalahan
6 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam Jika nasib baik akan mendapat kejayaan, jika nasib malang akan mendapat kerugian
7 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian
Bersusah payah dahulu supaya senang kemudian
8 Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan
Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik
Bil Pepatah Makna
9 Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Keuntungan yang diharap tidak didapati dan yang telah ada lesap pula
10 Yang merah itu saga, yang kurik itu kundi Yang paling penting dalam diri seseorang adalah hatinya bukan keelokan wajahnya
Rujukan:
1. Peribahasa Sekolah Menengah – Asiah Abdul Rahman (DBP)
2. Kamus Peribahasa Bergambar.– Asraf, Rosnita Abdullah, Surinah Adam (Sasbadi)