• Tidak ada hasil yang ditemukan

BEBAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PEMBIMBING DALAM PENYELIAAN PENGAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BEBAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PEMBIMBING DALAM PENYELIAAN PENGAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1427

BEBAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PEMBIMBING DALAM PENYELIAAN PENGAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Shariza Shorkan¹,& Mohd Zolkifli Abd Hamid² SMK Pasir Gudang¹

Universiti Teknologi Malaysia², Johor, Malaysia.

shariza.shorkan@gmail.com¹, mohdzol@utm.my² Abstrak

Guru pembimbing merupakan individu yang bertanggungjawab membimbing, menasihat dan menyelia guru pelatih untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pengajaran. Tugas dan tanggungjawab membimbing guru pelatih dalam menjalankan praktikum latihan mengajar adalah sangat mencabar sama ada dari segi emosi dan fizikal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membincangkan isu beban tugas dan tanggungjawab guru pembimbing dalam penyeliaan pengajaran teknik dan vokasional. Guru pembimbing perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab menyelia pengajaran guru pelatih di samping memikul tugas hakiki di sekolah. Terdapat tiga kategori tugas hakiki dan tanggungjawab guru pembimbing di sekolah iaitu tugas dan tanggungjawab terhadap akademik (kurikulum), bukan akademik (kokurikulum, pengurusan hal ehwal murid) dan organisasi (Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah dan Kementerian Pendidikan Malaysia). Pada masa yang sama, mereka juga bertanggungjawab terhadap pelaksanaan pengurusan program Latihan Pra Perkhidmatan oleh Universiti Awam (UA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Sampel kajian terdiri daripada enam orang responden, iaitu guru pembimbing bidang teknik dan vokasional yang telah berpengalaman menjadi pendidik lebih daripada sepuluh tahun. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kualitatif sepenuhnya iaitu melalui temu bual mendalam dengan menggunakan instrumen temubual separa berstruktur. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru pembimbing lebih bermotivasi di dalam penyeliaan pengajaran sekiranya mereka diberikan pendedahan berkenaan prosedur penyeliaan yang betul dan penghargaan serta pemberian imbuhan. Adalah diharapkan agar satu kajian yang lebih komprehensif yang melibatkan guru pembimbing cemerlang dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam tentang penyeliaan pengajaran guru pelatih.

Kata Kunci: Guru pembimbing, tugas dan tanggungjawab, penyeliaan pengajaran Abstract

Guidance teachers are individuals who are responsible for guiding, advising and supervising student teachers to improve their performance in teaching. The task and responsibility of guiding students in teaching practice is very challenging in terms of emotionally and physically. Hence, this study aims to discuss about guidance teachers burden of duties and responsibilities due to teachers supervision in the technical and vocational teaching. Guidance teachers should carry out their duties and responsibilities to supervise the teaching of student teachers and take on the essential duties of the school. There are three main categories of duties and responsibilities of guidance teachers, namely of the academic (curriculum), non-academic (co-curriculum, student affairs management) and organizations (State Education Department / District Education Office and Ministry of Education). At the same time, they are also responsible for the implementation of Pre-Service Training program managed by the Public University (UA) and the Institute of Teacher Education of Malaysia (IPGM). The sample of this study consists of

(2)

1428

six respondents, the technical and vocational guidance teachers who had experience in educating more than ten years. This study was conducted in a fully qualitative method, through in-depth interviews using semi-structured interview instruments. The results showed that guidance teachers were more motivated in conducting instructional supervision if they were given exposure on proper supervisory procedures, appreciation and remuneration. It is hoped that more comprehensive studies involving excellent guidance teachers will be conducted to get a more in-depth picture of the supervision of teacher training.

Keyword: Guidance teacher, Duty and responsibility, Teaching supervision.

PENGENALAN

Pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia berpandukan kepada salah satu komponen di dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara. Matlamat, tujuan dan objektif Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Malaysia berkait rapat dengan Matlamat Pendidikan Negara iaitu:

i. Membentuk kemahiran, kefahaman dalam bidang pekerjaan bagi setiap pelajar. ii. Memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik dalam diri pelajar.

iii. Menyediakan pekerja mahir dan separa mahir bagi memenuhi keperluan tenaga manusia terlatih.

iv. Membuka peluang kepada pelajar perbaiki kualiti hidup dengan mengembangkan potensi diri.

(Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), 1964).

Salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMK 10) bagi tempoh 2011 hingga 2015 adalah mengarus perdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) yang berkualiti. Dengan itu,kualiti (TVET) perlu ditingkatkan secara keseluruhan untuk menaikkan tahap kemahiran tenaga kerja. TVET bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam bidang teknikal dan vokasional (Jabatan Perdana Menteri, 2010).

Sejajar dengan hasrat tersebut, KPM membangunkan tenaga pengajar TVET yang berprestasi tinggi dan lebih efektif. Kurikulum TVET turut diharmonikan selaras dengan keperluan industri tenaga kerja mahir. Penambahan pengambilan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan. Calon tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi dan perkembangan industri merupakan satu kelebihan baginya untuk diterima masuk ke program pendidikan guru pra perkhidmatan (KPM, 2011).

Akta Pendidikan 1996 pula dengan jelas ingin memartabatkan pendidikan sebagai saluran untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang dinamik. Kemajuan pendidikan banyak berpegang kepada kemajuan sekolah (KPM, 2005). Menurut Hamzah (2008) keberkesanan sekolah bergantung kepada keefisienan guru. Kajian – kajian terdahulu mendapati guru yang berkesan adalah guru yang tinggi tahap komitmen dan keterampilannya (Ismail, 2011).

(3)

1429

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2012) ada dinyatakan bahawa pemilihan bakal guru adalah daripada kalangan pemohon yang mempunyai kelayakan akademik yang terbaik. Kualiti guru merupakan sebahagian daripada penentu bagi kemenjadian pelajar. Kualiti seseorang guru biasanya terhasil dari jangka masa perkhidmatan, inisiatif, kesungguhan dan kecemerlangan dalam menggalas sesuatu tugas yang telah diberikan (KPM, 2012).

Dalam konteks latihan perguruan pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti Awam (UA) bimbingan pengajaran sering dihubungkan dengan penyeliaan pengajaran. Ia bertujuan melancarkan pencapaian objektif dengan mengekalkan kualiti persekitaran yang sesuai dengan kemampuan kumpulan guru pelatih (Furlong & Maynard, 1995; Glickman et .al, 2001; Murray & Harvey, 2001). Penyeliaan pengajaran mempunyai kaitan rapat dengan program praktikum latihan mengajar.

Program praktikum latihan mengajar merupakan salah satu komponen dalam kurikulum pendidikan perguruan pra perkhidmatan merangkumi falsafah, psikologi, sosiologi dan metadologi serta pengetahuan yang mendalam berkenaan subjek yang menjadi tumpuan untuk dipraktikkan penggunaannya (Hamzah, 2008). Program praktikum latihan mengajar bagi guru pra perkhidmatan dalam bidang teknik dan vokasional memberi lebih penekanan terhadap aspek kemahiran (hands on) di bengkel (domain psycho-motor) (Abdul Azizi, 2000). Program praktikum ini melibatkan guru pembimbing, guru pelatih dan pentadbir sekolah.

Pernyataan Masalah

Garis panduan yang menjelaskan senarai tugas dan tanggungjawab guru pembimbing secara terperinci masih belum dapat dijelaskan (BPG, 2010). Oleh sebab yang demikian, tugas dan tanggungjawab guru pembimbing perlu dikaji bagi membuat penambah baikan program praktikum latihan mengajar khususnya dan program pendidikan guru amnya. Tugas dan tanggungjawab guru pembimbing banyak bergantung kepada pengkhususan mata pelajaran atau bidang yang diikuti oleh guru pelatih (Boon, 2003). Sebagai contoh, Saad (2010) menjelaskan bahawa guru pembimbing yang membimbing guru pelatih bidang teknik dan vokasional perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam penyelenggaraan alatan dan pengurusan bengkel berbeza dengan guru pembimbing mata pelajaran yang lain. Dalam program praktikum latihan mengajar, kebanyakkan guru pelatih dibimbing oleh guru pembimbing yang bertanggungjawab sepenuhya, akan tetapi terdapat juga perkara yang sebaliknya di mana guru pembimbing kurang berminat untuk membimbing guru pelatih.

Beberapa kajian lalu menunjukkan kualiti pengajaran dan perkembangan guru pelatih meningkat apabila dibimbing dengan baik oleh guru pembimbing yang bertanggungjawab (Billet, 2003; Fowler & Gorman,2005; Price & Chen, 2003). Apabila seseorang itu dilantik menjadi guru pembimbing oleh pentadbir sekolah, ianya perlu memberi lebih tumpuan kepada tanggungjawabnya sebagai pembimbing kepada guru pelatih dengan penuh komited (BPG 2006).Menurut Baba (2009) guru pembimbing dapat menjalankan tanggungjawabnya membimbing guru pelatih dengan cemerlang jika tidak dibebani dengan pelbagai tugas di sekolah.

Kebanyakkan penyelidik membuat kajian tentang permasalahan yang dihadapi oleh guru pelatih sewaktu praktikum latihan mengajar (Saad, 2010).Walau bagaimana pun, masalah sama

(4)

1430

turut dihadapi oleh guru pembimbing yang mana ia perlu diberi perhatian supaya guru pembimbing dapat membimbing, memberi nasihat dan menyelia guru pelatih dengan lebih bersemangat dan cemerlang (Baharom, 2010).Oleh yang demikian, satu kajian yang bertujuan untuk mengetahui sejauh mana guru pembimbing dapat menjalankan tugas dan tanggungjawabnya membimbing dan menyelia guru pelatih wajar dilakukan. Penyelidik juga akan mengulas permasalahan motivasi guru pembimbing dalam penyeliaan pengajaran.

Objektif Kajian

Di dalam kajian ini terdapat lima objektif iaitu:

1. Mengenal pastitahap pengetahuan guru pembimbing terhadap tugas dan tanggungjawab menyelia guru pelatih.

2. Mengenal pasti sejauh mana bebanan tugas dan tanggungjawab memberi kesan kepada fokus guru pembimbing dalam melaksanakan penyeliaan.

3. Mengenal pasti adakah dengan melaksanakan tugas dan tanggungjawab membimbing guru pembimbing mempengaruhi kualiti pengajaran guru pelatih.

4. Mengenal pasti penghargaan memberi impak kepada prestasi guru pembimbing menjalankan tanggungjawabnya.

5. Mengenal pasti pemberian imbuhan memberi impak kepada prestasi guru pembimbing melaksanakan tanggungjawabnya

Persoalan Kajian

Berikut adalah persoalan kajian yang menjadi asas permasalahan terhadap kajian yang akan dijalankan:

1. Apakah tahap pengetahuan guru pembimbing terhadap tanggungjawab menyelia guru pelatih?

2. Adakah bebanan tugas dan tanggungjawab memberi kesan kepada fokus guru pembimbing dalam melaksanakan penyeliaan?

3. Adakah dengan melaksanakan tugas dan tanggungjawab membimbing guru pembimbing mempengaruhi kualiti pengajaran guru pelatih?

4. Adakah penghargaan memberi impak kepada prestasi guru pembimbing menjalankan tanggungjawabnya?

5. Dapatkah pemberian imbuhan memberi impak kepada prestasi guru pembimbing melaksanakan tanggungjawabnya?

(5)

1431 Kerangka Konsep

Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep dalam Rajah 1.1 menunjukkan tugas dan tanggungjawab guru pembimbing terhadap guru pelatih yang sedang menjalani praktikum latihan mengajar.Tugas dan tanggungjawab guru pembimbing terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tugasan akademik dan bukan akademik, tugas menyelia guru pelatih dan tugasan terhadap organisasi. Tugasan akademik ialah mengajar, manakala tugasan bukan akademik pula ialah seperti menjadi guru rumah sukan dan persatuan serta mengurus hal ehwal murid. Tugasan menyelia guru pelatih pula terdiri daripada dua komponen utama iaitu mencerap pengajaran dan pembelajaran serta membina profesionalisme keguruan. Tugasan terhadap organisasi pula ialah guru pembimbing bertanggungjawab kepada pengetua, PPD dan JPN serta UA dan IPGM.

BIAS A TEORI DUA FAKTOR

HERTZBERG (1959) a) Faktor pemeliharaan hubungan (Faktor Ekstrinsik) b) Faktor motivasi (Faktor Intrinsik)

TEORI HARAPAN VROOM (1964)

a) Motivasi menjadikan seseorang meletakkan harapan yang tinggi pada hasil pekerjaan. TUGASAN MENYELIA  Fasilitator  Motivator  Jurulatih  Penyelia pengajaran  TUGASAN AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK  Kurikulum  Kokurikulum TUGASAN TERHADAP ORGANISASI  JPNJ  PPD  IPGM/UA

GURU PEMBIMBING

C

B

A

(6)

1432

Terdapat tiga elemen tugas dan tanggungjawab guru pembimbing dalam rajah kerangka konsep tersebut iaitu:

A– Tugasan akademik dan bukan akademik. Ianya bermaksud guru pembimbing

bertanggungjawab melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh pihak pengurusan sekolah seperti pengetua dari semasa ke semasa seperti tugasan guru mata pelajaran dan guru rumah sukan.

B– Tugasan menyelia guru pelatih. Guru pembimbing bertanggungjawab untuk membimbing dan

menyelia guru pelatih di dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut prosedur yang ditetapkan oleh UA dan IPGM.

C– Tugasan terhadap organisasi. Guru pembimbing bertanggungjawab melaporkan kemajuan dan

aktiviti penyeliaan guru pelatih kepada pihak IPGM dan UA untuk tujuan penilaian. Mereka juga perlu melampirkan laporan tersebut untuk simpanan rekod pihak PPD dan JPN (KPM, 2010).

Kajian ini bersandarkan kepada dua teori iaitu Teori Dua Faktor Hertzberg (1959) dan Teori Harapan Vroom (1964). Teori Dua Faktor Hertzberg menggariskan dua amalan. Pertamanya faktor pemeliharaan perhubungan antara guru pelatih dengan guru pembimbing serta pihak organisasi dan yang keduanya adalah faktor motivasi di mana guru pembimbing akan memberi motivasi dalam meningkatkan penguasaan guru pelatih dalam pedagogi pengajaran (Robbins 2001).

Teori kedua yang dijadikan sandaran Teori Harapan Vroom (1964). Teori ini menggambarkan dengan motivasi,guru pembimbing meletakkan harapan yang tinggi dalam hasil bimbingannya. Ianya dapat ditingkatkan dengan suntikan semangat daripada faktor dalaman (intrinsik) atau pun faktor luaran (ekstrinsik) daripada Teori Dua Faktor Hertzberg. Faktor intrinsik berpunca daripada kesedaran dalaman diri guru pembimbing seperti keprihatinan dan minat yang dapat meningkatkan keupayaan dirinya sendiri. Manakala faktor ekstrinsik pula merupakan perbuatan dan perkataan daripada rakan sejawat dan pentadbir sekolah yang boleh memotivasikan diri guru pembimbing tersebut. Teori ini bersesuaian dengan kualiti seseorang guru pembimbing kerana guru pelatih meletakkan harapan yang tinggi kepadanya untuk memberikan bimbingan pengajaran kepada guru pelatih (Porter, 1993).

SOROTAN KAJIAN

Praktikum latihan mengajar merupakan komponen penting di dalam pendidikan guru. Ianya juga boleh dikenali sebagai internship di mana bakal profesional dalam pelbagai bidang lain seperti kedoktoran, kehakiman, kejuruteraan juga turut melaluinya (Jamaluddin, 2006). Melalui praktikum latihan mengajar, bakal guru dapat mengalami keadaan sebenar alam pekerjaan di dalam bidang pendidikan. Selain daripada itu, bakal guru juga dapat menyesuaikan diri dalam bidang pekerjaan dan membina keyakinan diri. Tujuan utama diadakan praktikum latihan mengajar adalah untuk menjalinkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh di UA atau IPGM dengan situasi pekerjaan sebenar di sekolah dengan bimbingan guru pembimbing.

Manakala menurut Adam (2014) guru pembimbing merupakan individu yang dilantik oleh pentadbir sekolah. Ia bertanggungjawab memberi bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan kepada perkembangan kompetensi guru baru dan juga guru pelatih yang sedang menjalani praktikum latihan mengajar. Sebagai guru pembimbing mereka perlu mahir dalam pengurusan sekolah

(7)

1433

(termasuk pengurusan hal ehwal murid), pengurusan kokurikulum, dan pembangunan profesionalisme.

Guru pembimbing memainkan peranan penting dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran guru – guru pelatih (Beck & Kosnik, 2002; Koerner, Rust, & Baumgartner, 2002; Lane, Lacefield-Parachini,& Isken, 2003). Glenn (2006) membahagikan peranan guru pembimbing kepada dua aspek, iaitu sebagai model dan mentor. Sebagai guru pembimbing, terdapat tiga peranan penting yang perlu dilaksanakan iaitu melindung, mendorong dan mempromosi atau membantu untuk memajukan diri guru pelatih. Guru pembimbing perlu melindungi guru pelatih daripada sesuatu hal negatif atau perkara persekitaran seperti penglibatan dalam perbalahan sesama guru. Guru pembimbing juga perlu mendorong guru pelatih supaya dapat turut serta dalam aktiviti tertentu yang ditetapkan seperti aktiviti bersama pelajar. Guru pembimbing juga boleh membantu guru pelatih memajukan dirinya dalam sesi pengajaran dan penglibatan dalam program - program sekolah.

Justeru, guru pembimbing merupakan guru yang berpengalaman dan mahir dalam hal ehwal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Ianya sangat berguna bagi guru pelatih untuk memperoleh ilmu yang boleh dimanfaatkan. (Hamzah Md Omar, 2008). Pengetahuan dan pengalaman guru pembimbing diperlukan untuk memantau proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih di dalam bilik darjah. Kaedah bimbingan dan pemerhatian guru pembimbing menjadi contoh yang baik dan ianya dinilai secara menyeluruh demi untuk melahirkan profesion keguruan yang sebenar (Stanulus &Russels, 2000).

METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kaedah kalitatif kajian kes melalui pengumpulan data secara temubual mendalam dan pemerhatian, menurut De Vaus (2005) kajian kes adalah suatu penerokaan mendalam yang berupaya menjurus kepada pembinaan konsep kerana kajian ini melalui satu proses pengumpulan dan penganalisisan data secara induktif.

Penyelidik memilih reka bentuk kajian pelbagai kes (multiple case study). Menurut Meriam (2001), kajian pelbagai kes melibatkan pengumpulan dan penganalisaan data daripada beberapa kes. Data dikutip melalui kaedah temu bual separa berstruktur daripada responden kajian. Populasi yang terlibat dalam kajian ini adalah semua guru pembimbing bidang teknik dan vokasional yang pernah menyelia guru pelatih yang menjalani praktikum latihan mengajar.

Responden yang dipilih merupakan guru – guru pendidikan teknik dan vokasional yang pernah menjadi guru pembimbing kepada guru – guru pelatih yang telah menjalani praktikum latihan mengajar di mana masing – masing mempunyai pengalaman mengajar sekurang – kurangnya sepuluh tahun. Populasi kajian adalah 94 orang guru pendidikan teknik dan vokasional yang berpengalaman mengajar lebih daripada sepuluh tahun namun sampel kajian hanya 15 orang yang telah dikenal pasti berpengalaman membimbing guru pelatih lebih daripada tiga orang. Lebih ramai guru pelatih yang dibimbing adalah lebih baik untuk mendapatkan data yang pelbagai (Cresswell & Plano Clark, 2011, Noraini, 2013). Sejajar dengan pandangan Hadi (1986) yang menyatakan responden - reponden ini dipilih kerana mereka berpengalaman dan mahir dalam pengajaran dan pembelajaran bidang teknik dan vokasional. Ini adalah kerana mereka pernah terlibat secara langsung sebagai guru pembimbing. Oleh yang demikian, mereka dapat

(8)

1434

membantu penyelidik dengan memberi maklum balas yang jujur dan bertepatan dengan persoalan kajian yang dijalankan.

Setelah dikenal pasti jumlah sampel untuk kajian ini adalah seramai enam orang guru pembimbing bidang teknik dan vokasional yang telah berkhidmat sebagai pendidik selama sepuluh tahun dan ke atas serta berpengalaman membimbing guru pelatih lebih daripada tiga orang. Kajian ini tertumpu di sekolah – sekolah menengah kebangsaan harian daerah Pasir Gudang. Pemilihan ini dibuat atas faktor lebih ramai guru pembimbing bidang teknik dan vokasional yang berpengalaman mengajar dalam bidang berkaitan (JPN Johor 2016).

Analisis Data

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan analisis tematik bagi proses

Menganalisis data. Menurut Krippendorf (2004) analisis tematik adalah satu kaedah yang merangkumi proses mengenalpasti, menganalisis dan menetapkan tema dalam data. Ianya bertujuan untuk menerangkan susunan data secara telus dan sistematik. Oleh yang penyelidik menggunakan susunan enam peringkat dalam analisis tematik yang telah dipelopori oleh Braun dan Clarke (2006).

Peringkat pertama:

Membiasakan diri dengan data

Penyelidik mendengar dengan teliti rakaman temu bual dalam bentuk audio dan menukar data kepada bentuk teks

Peringkat kedua

Membina dan mentafsir kod

Penyelidik membina kod dan menyenaraikan idea - idea yang telah dijana hasil daripada audio yang telah diubah kepada bentuk teks pada peringkat pertama. Seterusnya, penyelidik akan menghasilkan kod – kod permulaan dan kemudian menganalisis kod terlebih dahulu dan memikirkan cara untuk menggabungkan kod – kod yang berbeza ke dalam satu tema

Peringkat ketiga Mencari tema

Penyelidik merangka tema setelah mengenal pasti ke semua kod data. Kesemua kod berkenaan diekstrak dalam tema – tema yang telah di kenal pasti.

Peringkat keempat Mengkaji tema

Penyelidik mengkaji tema setelah dapat mengatur atau merangka satu set tema. Kemudian ianya diperhalusi satu persatu. Oleh yang demikian, dalam proses ini pembentukan tema dilakukan. Penyelidik mengembangkan satu tema kepada dua tema yang berbeza.

Peringkat kelima

Menentu dan menamakan tema

Penyelidik meneliti dan memperhalusi setiap tema yang telah dibentuk dalam peringkat keempat. Seterusnya penyelidik menentukan dan menamakan tema tersebut.

Peringkat keenam Menulis laporan

Penyelidik menyediakan satu data yang ringkas dan padat seterusnya penyelidik menulis penerangan yang lengkap berkenaan dengan kesemua tema yang telah didapati.

(9)

1435 DAPATAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini bersependapat bahawa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai guru pembimbing teknik dan vokasional (GPTV) terhadap guru pelatih adalah merangkumi daripada sesi perkenalan dengan guru pelatih, membimbing dalam pengajaran, berbincang, memantau sehinggalah mencerap dan mengisi borang serta menyediakan laporan. Mengikut hasil temu bual bersama GPTV,didapati bahawa mereka sangat berdedikasi di dalam tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.Walau pun majority GPTV tidak mendapat pendedahan awal daripada UA dan IPGM berkenaan prosedur penyeliaan guru pelatih praktikum latihan mengajar, mereka tetap dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai guru pembimbing dengan baik. Perkara ini dibuktikan dengan temu bual penyelidik bersama GPTV di mana mereka fokus di dalam pengajaran guru pelatih dan banyak membantu untuk memantapkan kaedah pengajaran guru pelatih dari semasa ke semasa.

Dalam isu bebanan tugas dan tanggungjawab pula kesemua GPTV berpendapat bahawa mereka tidak merasa terbeban dengan melaksanakan tugas dan tanggungjawab membimbing guru pelatih dan menjalankan tugas hakiki sebagai pendidik yang berlaku dalam masa serentak. Malahan mereka menegaskan bahawa guru pelatih ini banyak membantu dalam menjalankan tugas seharian seperti mengambil alih mengajar mata pelajaran tertentu. GPTV juga memainkan peranan penting di dalam membina keyakinan diri guru pelatih terutamanya dari sudut pengajaran dan kawalan pelajar serta menyesuaikan diri dengan prasarana sekolah. Komunikasi antara GPTV dan guru pelatih turut membantu di dalam perkembangan positif yang terhasil dalam kalangan guru pelatih latihan mengajar.

Berikut merupakan dapatan kajian yang dibincangkan merangkumi beberapa isu utama yang dipaparkan dalam hasil penyelidikan di mana perbincangan disertakan dengan hujah – hujah berkenaan pandangan guru pembimbing bidang teknik dan vokasional.

i) Pandangan mengenai pengetahuan guru pembimbing terhadap tugas dan tanggungjawab menyelia guru pelatih teknik dan vokasional

Bagi dapatan pertama dalam kajian ini, sebahagian besar guru pembimbing bersetuju bahawa walaupun mereka tidak dibekalkan dengan ilmu penyeliaan daripada Universiti Awam (UA) dan Institut Pendidikan Perguruan Malaysia (IPGM) mereka tetap dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai guru pembimbing kepada guru pelatih praktikum latihan mengajar.

ii) Bebanan tugas dan tanggungjawab sebagai guru akademik memberi kesan kepada guru pembimbing dalam melaksanakan penyeliaan

Bagi menjawab persoalan kajian ini, majoriti guru pembimbing menyatakan bahawa mereka tidak langsung merasa terbeban dengan tugas dan tanggungjawab membimbing guru pelatih kerana mereka berkongsi jadual waktu kelas dengan guru pelatih. Di samping itu mereka bijak mengagihkan masa dengan membawa guru pelatih untuk turut serta melibatkan diri dalam aktiviti sekolah sama ada melalui program terancang mahu pun majlis ad-hoc di sekolah.

(10)

1436

iii) Kualiti pengajaran guru pelatih bidang teknik dan vokasional dapat dipengaruhi dengan bimbingan daripada guru pembimbing

Selepas mendapat bimbingan daripada guru pembimbing, kemahiran guru pelatih mengajar dalam bidang teknik dan vokasional ternyata meningkat. Di samping itu, guru pelatih juga menjadi lebih yakin dalam pengajaran mereka, dapat mengawal kelas dengan baik dan menjadi lebih pro aktif dalam pergaulan dengan rakan setugas..

Kenyataan yang diperoleh membuktikan bahawa guru pembimbing berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab membimbing guru pelatih dengan baik sehingga mereka berjaya meningkatkan dan menguasai pengajaran di dalam bilik darjah dan pada masa yang sama dapat mengawal kelas dengan baik.

iv) Penghargaan memberi impak kepada prestasi guru pembimbing menjalankan tanggungjawabnya

Sebahagian besar guru pembimbing yang di temu bual bersetuju bahawa pemberian sijil daripada pihak UA dan IPGM merupakan penghargaan kepada mereka kerana bekerjasama membantu dan membimbing guru pelatih praktikum latihan mengajar dalam tempoh masa yang tertentu.Namun begitu mereka tidak bersetuju jika dianggap kurang bermotivasi untuk dilantik sebagai guru pembimbing pada masa hadapan. Pernyataan ini dapat dilihat dalam pernyataan responden yang telah di temu bual yang mengakui lebih gemar jika diberikan sijil berbanding kewangan kerana jumlah sijil diambil kira di dalam penilaian prestasi mereka.

v) Pemberian imbuhan menjadi pemangkin semangat kepada guru pembimbing dalam melaksanakan penyeliaan

Majoriti guru pembimbing bersetuju bahawa pemberian imbuhan adalah salah satu cara suntikan semangat dan motivasi kepada guru pembimbing untuk meningkatkan prestasi bagi terus membimbing dan menyelia guru pelatih pada masa hadapan.Ini dapat dilihat dalam pernyataan responden yang telah di temu bual memberitahu bahawa pemberian imbuhan dapat menyuntik semangat untuknya membimbing guru pelatih lagi di masa hadapan.

Cadangan Kajian Lanjutan

Bagi memantapkan lagi kajian tentang motivasi guru pembimbing di dalam penyeliaan pengajaran ini, terdapat beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh penyelidik – penyelidik pada masa hadapan. Berikut dinyatakan beberapa cadangan bagi kajian lanjutan: I. Kajian berkaitan motivasi guru pembimbing boleh dikembangkan lagi iaitu pemilihan responden kajian boleh dipilih dalam kalangan pentadbir sekolah dan pihak UA serta IPGM. II. Kajian yang sama boleh diulang kembali dengan lebih praktikal melalui pemilihan sampel kajian pada skala yang lebih tinggi iaitu melibatkan Kolej Vokasional (KV) di seluruh negeri Johor.

(11)

1437

III. Kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan adalah dicadangkan untuk melibatkan pelajar yang berada di dalam bilik darjah semasa proses pencerapan dilakukan sebagai responden kajian kerana ianya akan memantapkan lagi dapatan kajian tersebut.

IV. Penyelidik di masa hadapan dicadangkan untuk melakukan kajian mengenai integrasi di antara guru pembimbing dengan pensyarah pembimbing dalamprogram praktikum latihan mengajar.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian yang telah dilaksanakan ini memenuhi kehendak lima objektif iaitu mengenal pasti pengetahuan guru pembimbing terhadap tugas dan tanggungjawab menyelia guru pelatih, bebanan tugas dan tanggungjawab sebagai guru akademik memberi kesan kepada guru pembimbing menjalankan penyeliaan, sejauh manakualiti pengajaran guru pelatih dapat dipengaruhi oleh bimbingan daripada guru pembimbing, penghargaan memberi impak kepada prestasi guru pembimbing menjalankan penyeliaandan pemberian imbuhan menjadi pemangkin semangat kepada guru pembimbing dalam melaksanakan penyeliaan.

Secara teori dan praktikal, motivasi kepada guru pembimbing dalam penyeliaan pengajaran teknik dan vokasional merupakan suatu perkara yang dapat membantu ke arah menambah baik amalan bimbingan, pencerapan dan penilaian guru pelatih dalam praktikum latihan mengajar. Melalui galakan dan ganjaran kepada guru pembimbing proses bimbingan menjadi lebih terancang kerana mereka lebih bermotivasi dan bersemangat untuk melaksanakan tugasan tersebut. Kolaborasi yang baik dan profesional di antara guru pembimbing, pihak pentadbiran sekolah, UA dan IPGM dapat menggalakkan terhasilnya pelan tindakan bersama dalam usaha menambah baik amalan pengajaran dan peningkatan pengetahuan dalam penyeliaan

Rujukan

Adam Senin. (2014). Pembangunan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

American Psychological Association. (2001). Publication manual of the American Psychological Association (edisi kelima.). Washington, DC: Author.

Arsaythamby, V., Macdalena, M. dan A Komuji. (2013). “Kesan Penyeliaan Klinikal Terhadap Prestasi.” Journal of Educational Leadership, 5 (3), 227-247.

Azizi Yahaya. Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Azlan, Noor, Abu Hassan, Meor, dan Lim Wee Mei (1997).“Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih UTM.” Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

(12)

1438

Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (2011). Kertas makluman pelaksanaan dasar 60:40. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar Pendidikan dan Bahagian Pembangunan Guru (2010). Kajian keupayaan guru – guru sekolah menengah menjalankan kajian tindakan di sekolah – sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Biddix, J.P. (2015). “Student Teachers’ Professional Identity.” Teaching and Teacher Education. 26(8): 1563–70.

Billet, L. (2011). “Vocational Educators’ Qualifications: A Pedagogical Poor Relation?” International Journal of Training Research 9(3): 204–17.

Cohen, L., Manion, L., dan Morison, K. (2000). Research methods in education (edisi kelima). London: Routledge Falmer.

Cresswell, J.W. (2005). Educational research planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (edisi kedua). Upper Saddle River, NJ:Pearson.

Dason, Azila, Rohana Hamzah, dan Amirmuddin Udin. (2010). Hala Tuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke Arah Memartabatkan Falsafah Pendidikan Negara. Seminar Edu Press, 1-13. .

Glaser, B., dan Strauss, A. (1967). The discovery of grounded theory: Strategies for qualitative research. Chicago, IL: Aldine.

Glickman, C. D. (1986).“Developing Teacher Thought. Journal of Staff Development, 7(1): 6-21. Harun Hassan. (2006). “Minat, Motivasi Dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih.” Jurnal

Pendidikan 31: 83–96.

Idris, Nur Hafizoh, dan Rohana Hamzah. (2013). “Nilai Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM).” Jurnal Teknologi (Sciences and Engineering) 60: 31–37.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang. (2016). Data Guru Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru (2011) Malaysia Education Blueprint 2011 (Higher Education), Ministry of Education Malaysia.

Krippendorff, K. (2004) Content Analysis: an introduction to its methodology. (edisi kedua). California and London: SAGE.

.

Le Compte, M. D., dan Goetz, J. P. (1982). “Problems of reliability and validity in ethnographic research. ”Review of Educational Research, 52 (1), pp. 31-60.

(13)

1439

Mahizer Hamzah. (2008.) M-Pembelajaran : Era Baru Dalam Pembelajaran Mahizer.” Seminar Technical Vocational Education: 150–56. 25 – 26 Jun 2008. Universiti Tun Hussien Onn, Batu Pahat, Johor.

Maynard, Trisha, dan Furlong, J. (1995). “Learning to Teach and Models of Mentoring.” In Issues in Mentoring. Chicago: University of Chicago Press: 139-142.

.

McMillan, J. H.,dan Schumarcher, S. (2006). Research in education: A conceptual introduction (edisi kelima.). Glenview, IL: Scott, Foresman.

Merriam, S.B., dan Caffarella, R.S. (1991). Learning in Adulthood: A Comprehensive Guide. San Francisco: Jossey-Bass.

Miles, M. B., dan A. M. Huberman (1994). Qualitative data analysis: An expand source book (edisi kedua.) Thousand Oaks, CA: Sage.

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan (edisi kedua). Shah Alam: McGraw-Hill Education.

Othman Lebar. (2007). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Patton, M. Q. (1990). Qualitative evaluation and research methods (edisi kedua). Newbury Park, CA:Sage.

Sergiovanni, T. J. dan Starratt, R. J. (2002). Supervision: A redefinition (edisi ketujuh). Boston: McGraw-Hill. MA.

Sidek, Baba 2009. “The Integrated Approach in Malaysian Education: The International Islamic University Malaysia as a Model.” Jurnal Pendidikan Islam 13(2): 87–99.

Silverman, D. (2000) Doing qualitative research: A practical handbook. London: Sage.

Siti Fatimah dan Saedah Siraj (2011). Motivasi Dalam Pendidikan.Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.

Siti Uzairiah Mohd Tobi. (2016). Qualitative Research, Interview Analysis & NVIVO 11 (edisi pertama). Kuala Lumpur: ARAS Publisher..

Smith, E. dan Lauri, G. (2011). “Vocational Educators’ Qualifications: A Pedagogical Poor Relation?” International Journal of Training Research 9(3): 204–17.

Supovitz dan Poglinco. (2001). “Testing for Language Teachers.”. Australian Review of Applied Linguistics, 27(2), 120–22.

(14)

1440

Woods, F., dan Thomson, S. (1993). Assumption about Staff Development Based on Research and Best Practises: Journal of Staff Development, 14(4):52-57.

Yahya, Omar, Mohd Johan dan Jamaludin Ahmad. (2006). Guidance, Practice, Lecturer Teaching, Teacher Mentor, and Mentoring Program Practicum.Jurnal Pendidikan, 26, 33-40.

Yin, R. K. (1993).,dan Yin, R. K. (1994). Application of Case Study Research (Bil. 34). Case Study Research: Design and Methods (edisi kedua). Thousand Oaks, CA: SAGE Publications, Inc.

Yusoff, Mohd dan Nurahimah (2010). “Hubungan Kualiti Bilik Darjah Dengan Efikasi Guru” Jurnal Pendidikan 25: 53–71.

Zepeda, S. J. dan Ponticell, J. A. (1998).” At cross-purposes: What do teachers need, want, and get from supervision? “Journal of Curriculum and Supervision, 14(1), 68–87.

Referensi

Dokumen terkait

Untuk memperkuat pendapatnya, Goldziher memaparkan contoh dari surah al-Fatihah, ia menjelaskan bahwa Abdullah bin Mas ’ ud mengganti lafadz pertama pada ayat “ Ihdina

Pada perkembangan selanjutnya banyak bermunculan s}ah}i@fah- s}ah}i@fah yang memuat hadis Nabi di abad ketiga Hijriyah. Sedangkan kumpulan s}ah}i@fah tersebut merupakan

Senada dengan al-Maraghi, Rasyid Ridha dalam al-Manar menuturkan: "Sesungguhnya hukum dapat berubah sesuai dengan perubahan waktu, tempat, dan situsi. Bila

Permasalahan yang sering timbul adalah pokok masih tetap utuh pasa saat jatuh tempo, maksudnya banyak sekali nasabah pada saat membayar kewajibannya kepada pihak bank

Telah dilakukan penelitian “Bioaktivitas Senyawa Asam Heksadekanoat dan β- sitosterol Hasil Isolasi Aglaophenia cupressina Lamoureoux Sebagai Bahan Antijamur Terhadap

Satu-satunya pembatasan transaksi saham di bawah MERCOSUR adalah sebagai berikut: Investor harus berdomisili atau berkantor pusat di negara dimana investasi berasal;

Nurqamar(2014) Konflik peran berpengaruh pada stres kerja sedangkan ambiguitas peran berpengaruh negatif terhadap stres kerja. Berdasarkan perbedaan-perbedaan hasi

Melalui Proyek Akhir ini, Aplikasi Pengelolaan Perizinan dan Perhitungan Pajak Reklame Berbasis Web (studi kasus : Dinas Pelayanan Pajak Kota Bandung) yang dikembangkan