• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kemahiran employability dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan, UTHM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kemahiran employability dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan, UTHM"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY DAN PENGHARGAAN KENDIRI DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN, UTHM

NOR ASLASIAH BINTI GHANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

ABSTRAK

Permintaan ke atas graduan yang mempunyai kemahiran employability dan penghargaan kendiri lebih di utamakan bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau hubungan di antara kemahiran employability dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan semester akhir di Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia. Kajian berbentuk deskriptif dijalankan untuk melihat tahap kemahiran employability dan juga penghargaan kendiri pelajar. Selain itu juga, kajian ini adalah untuk melihat perbezaan tahap kemahiran employability antara jantina pelajar dan bidang pengkhususan pelajar. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 293 orang pelajar kejuruteraan semester akhir. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu: a) demografi, b) penghargaan kendiri, dan c) kemahiran employability. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, min, ujian-t, anova sehala, dan kolerasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran pengurusan yang paling tinggi dalam kemahiran employability Manakala, keputusan inferensi menunjukkan bahawa tiada perbezaan tahap employability pelajar berdasarkan jantina dan bidang perkhususan. Selain itu, kajian ini juga mendapati terdapat hubungan diantara kemahiran employability dengan penghargaan kendiri. Justeru, peningkatan penghargaan kendiri pelajar dapat meningkatkan kemahiran employability pelajar dan sekaligus dapat membantu pelajar untuk lebih bersedia dalam memasuki bidang pekerjaan.

(3)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif (Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015). Justeru itu, pembangunan dan pelaburan yang tinggi dalam modal insan terutamanya di peringkat tertiari sering menjadi keutamaan Kerajaan dalam setiap pelan Rancangan Pembangunan Lima Tahun mahupun pelan jangka sederhana dan jangka pendek. Di samping itu, bagi mentranformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa, Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang mengandungi tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasa institusi pengajian tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan mengukuhkan sistem penyampaian KPM.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang lalu (RMKe-9, 2006-2010), sejumlah RM16 billion telah diperuntukkan bagi membiayai program-prgram dan projek berkaitan pembangunan modal insan di peringkat tinggi. Peruntukan yang besar ini adalah untuk membina lebih banyak kemudahan baru seperti dewan kuliah,

(4)

makmal dan asrama serta menaik taraf kemudahan sedia di semua institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara. Usaha ini akan menyediakan lebih banyak peluang pendidikan di peringkat tertiari bagi mencapai sasaran 40 peratus kadar penyertaan peringkat tertiari di kalangan mereka yang berumur 17 hingga 23 tahun pada tahun 2010. Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN, 2010), terdapat lima faktor yang menyebabkan graduan sukar untuk mendapatkan pekerjaan iaitu kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja, ketidaksepadanan antara keperluan industri dengan bidang pengajian graduan, kurang keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik terutamanya dalam Bahasa Inggeris, sikap negatif sesetengah graduan terhadap pekerjaan dan kurangnya kesedaran tentang kewujudan berbagai-bagai peluang pekerjaan.

Faktor-faktor yang disenaraikan adalah sebahagian daripada masalah kemahiran employability yang dihadapi oleh pelajar. Kemahiran employability merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan dalam mencari halatuju dan peluang kerjaya. Menurut Lukman, M. (2009), IPTA yang berkualiti mampu melahirkan graduan yang berkualiti bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dari segi kemahiran-kemahiran lain termasuk kepimpinan, kemahiran komunikasi, nilai murni dan sebagainya. Jabatan Pendidikan Tinggi (KPT, 2006) pula meletakkan piawai bagi semua kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia harus mempunyai reka bentuk yang menerapkan kemahiran employability yang meliputi, iaitu (i) kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, (ii) kemahiran interpersonal dan komunikasi, (iii) kemahiran teknologi maklumat, multimedia dan kemahiran pengurusan matlumat, (iv) kemahiran kepimpinan dan (v) kemahiran keusahawanan.

1.2 Latar Belakang Kajian

K-ekonomi dan globalisasi telah menghasilkan ledakan keperluan modal manusia profesional dan semi-profesional serta buruh yang berpengetahuan dan berkemahiran. Pekerja yang berpengetahuan (K-workers) menjadi pilihan majikan untuk menggerakkan industri mereka seiring dengan pertumbuhan ekonomi.

(5)

Berdasarkan Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2007 yang dijalankan oleh JPPKK (2008), kadar bekerja graduan amat dipengaruhi oleh pola penawaran pekerjaan yang terbit daripada anjakan ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi perindustrian dan seterusnya ekonomi yang didominasikan oleh sektor perkhidmatan. Anjakan ekonomi tersebut telah mempertingkatkan penawaran pekerjaan dalam sektor perkhidmatan yang memerlukan tenaga kerja professional dan separa professional yang bukan sahaja berkemahiran teknikal tetapi juga yang memiliki kemahiran employability, kemahiran isaniah dan ketrampilan diri yang mantap terutamanya dalam bidang kejuruteraan.

Graduan kejuruteraan yang mempunyai tahap kemahiran employability yang tinggi dikatakan mempunyai peluang yang cerah bagi mendapatkan peluang pekerjaan (Rosleh, I., 2009). Penduduk malaysia yang menganggur meningkat daripada 385, 600 ribu orang pada tahun 2012 kepada 425, 000 ribu orang pada tahun 2013 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013). Dalam bilangan ini, seramai 422, 248 graduan telah berdaftar sebagai pencari kerja aktif di Jabatan Tenaga Kerja sepanjang tahun 2013. Seramai 233, 065 ribu orang pencari kerja aktif adalah siswazah dan 189, 183 ribu orang bukan siswazah. Jumlah tersebut menunjukkan graduan yang tidak bekerja masih lagi tinggi. Sedangkan pelbagai bentuk kemahiran employability diri seperti kemahiran asas, kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran teknologi telah diterapkan dalam diri pelajar semasa mereka belajar di universiti.

Ini sejajar dengan pendapat pengkaji McConnell, E.A., (2010) yang menyenaraikan kemahiran yang penting dan perlu ada pada individu yang ingin bekerja ialah mempunyai kebolehan membaca dan menulis, kemahiran teknikal, kemahiran mengurus diri, bekerja dalam satu kumpulan, kemahiran interpersonal, menyelesaikan masalah, berfikir secara kritis dan kemahiran perniagaan bagi yang ingin bekerja sendiri dan membuka perniagaan sendiri. Kemahiran-kemahiran yang disenaraikan tersebut adalah sebahagian daripada elemen-elemen kemahiran employability. Ini menunjukkan kemahiran employability adalah penting dan merupakan salah satu elemen yang dinilai dalam proses mendapatkan pekerjaan. Kelemahan dalam penguasaan kemahiran employability ini mungkin akan merendahkan peluang seseorang itu mendapatkan pekerjaan. Tonette, K. A. (2008) menyatakan kemahiran employability penting dalam membuka ruang kepada pekerjaan dan kenyataan mereka disokong oleh para majikan. Perkara ini

(6)

menggambarkan peningkatan permintaan tenaga kerja bukan sahaja yang memiliki kelayakan akademik dan teknikal malahan juga yang memiliki kemahiran employability (Ahmad Nordin, A. F., 2011).

Bagi memastikan graduan ini boleh menempatkan diri mereka ke pasaran kerja, penguasaan kemahiran-kemahiran employability adalah amat terpenting di samping pengetahuan mereka dalam bidang yang diceburi. Dalam konteks kemahiran employability ini juga, para pelajar juga perlu didedahkan dengan strategi mencari kerja, pendidikan mengenai peluang pekerjaan dan lebih maklumat mengenai kerjaya yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran mereka (Reichardt, C., 2008). Selain daripada itu, Stern (2005) berkata kunci kejayaan bagi mendapatkan pekerjaan tidak terhad kepada penguasaan pengetahuan akademik sahaja. Bagi setiap aktiviti yang ingin dilakukan, persediaan yang rapi haruslah ada. Begitu juga dalam proses mencari pekerjaan. Persediaan kebolehsesuaian diri dan penghargaan kendiri ke arah kerjaya adalah perlu dilakukan bagi memastikan kesenangan dalam mencari pekerjaan. Persediaan ini seharusnya bermula semasa di peringkat pengajian lagi.

Di samping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran, individu yang ingin melangkah ke alam pekerjaan juga perlu memantapkan diri dengan unsur-unsur psikologi terutamanya penghargaan kendiri. Bagi pelajar untuk memiliki kemahiran employability yang baik, mereka perlu memiliki semangat dan keyakinan atau disebut juga sebagai penghargaan kendiri yang tinggi serta percaya pada diri akan kebolehan dan keupayaan diri. Selain itu, pelajar juga harus mempunyai personaliti proaktif. Pelajar yang memiliki personaliti ini dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pekerjaan. Ini bermakna, dengan menguasai kemahiran penghargaan kendiri, seseorang individu akan dapat mengadaptasikan diri dengan sebarang perubahan yang berlaku. Pekerja ini bersifat fleksibel, dinamik, dan berketerampilan dalam menjalankan tugas.Tengku Arif. T. M. (2008) berpendapat untuk penempatan diri dan bersaing di pasaran pekerjaan global pada masa kini, para graduan tempatan harus mempunyai elemen-elemen penghargaan kendiri di samping cemerlang dalam bidang akademik. Menurut beliau lagi, elemen-elemen kemahiran ini akan membolehkan seseorang pekerja menyesuaikan diri dengan keperluan pekerjaan dan yakin menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam sebarang bidang pekerjaan.

(7)

Walau bagaimanapun, kajian Mohd Salleh. K. at al. (2008) menunjukkan bahawa penguasaan pelajar terhadap kemahiran employability dan penghargaan kendiri ini masih di tahap sederhana walaupun penerapan telah dilakukan oleh pensyarah. Menurut beliau lagi, apabila penguasaan pelajar dalam kemahiran employability terutama dari aspek penghargaan kendiri berada pada tahap sederhana akan meyebabkan seseorang pelajar susah untuk mengetahui hala tuju dalam mencari pekerjaan. Berdasarkan isu-isu yang timbul berkaitan kemahiran employability dan penghargaan kendiri, satu kajian untuk merungkaikan isu-isu tersebut perlu dijalankan. Kurangnya kemahiran empoyability dalam diri pelajar dan hala tuju kerjaya yang sebenar meyebabkan pelajar masih tidak mampu melihat potensi diri dalam mengurus kerjaya mereka. Dengan adanya pendedahan dan penguasaan dalam kemahiran employability ini, peluang bagi pelajar ini untuk memperoleh pekerjaan selepas belajar adalah lebih terbuka luas.

1.3 Pernyataan Masalah

Statistik kebolehkerjaan graduan UTHM mendapati jumlah graduan yang bekerja adalah sederhana iaitu hanya 750 orang pelajar kejuruteraan sahaja yang mendapat pekerjaan daripada 1336 pelajar kejuruteraan di UTHM yang bergraduan (CARE UTHM, 2013). Pada masa kini kebolehkerjaan graduan bukan sahaja mempunyai kemahiran teknikal tetapi juga memiliki kemahiran employability dan penghargaan kendiri bagi meningkatkan produktiviti syarikat atau sesuatu organisasi dan berdaya saing (Roni, N. S., 2013). Ini menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran employability dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar universiti kurang menunjukkan keberkesanan terutama graduan kejuruteraan. Sedangkan pelbagai bentuk kemahiran employability seperti kemahiran asas, kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir dan kemahiran teknologi telah diterapkan dalam diri pelajar semasa mereka belajar di universiti (Esa, A., 2010). Bagi menangani masalah ini, para graduan harus mempunyai elemen-elemen kemahiran employability dan penghargaan kendiri di samping cemerlang dalam bidang akademik (Tengku Arif, T. A., 2009). Oleh yang

(8)

demikian, kajian ini direkabentuk bagi meninjau tahap kemahiran employability dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan semester akhir di UTHM.

1.4 Objektif Kajian

i. Mengenal pasti tahap kemahiran employability dalam kalangan pelajar kejuruteraan semester akhir.

ii. Mengenal pasti tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan semester akhir

iii. Mengenal pasti perbezaan kemahiran employability pelajar berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan.

iv. Mengenal pasti hubungan penghargaan kendiri terhadap kemahiran employability dalam kalangan pelajar kejuruteraan semester akhir.

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah tahap kemahiran employability dalam kalangan pelajar kejuruteraan semester akhir.

ii. Apakah tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar kejuruteraan tahun akhir?

iii. Apakah perbezaan kemahiran employability pelajar berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan.

iv. Adakah terdapat hubungan penghargaan kendiri dengan kemahiran employability?

1.6 Hipotesis Kajian

Ha : Terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran employability pelajar berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan.

(9)

Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran employability pelajar berdasarkan jantina dan bidang pengkhususan.

1.7 Kerangka konsep Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada dua pemboleh ubah utama. Pemboleh ubah

bersandar dalam kajian ini adalah kemahiran employability. Kajian ini juga melihat

kepada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu penghargaan kendiri. Pemboleh ubah ini dianggap memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kemahiran employability pelajar. Oleh itu, pengkaji membentuk satu kerangka konsep kajian sebagaimana yang terdapat pada Rajah 1.1.

(10)

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai pelbagai kepentingan yang diharapkan dapat memberikan maklumat yang berharga kepada pelajar kejuruteraan dan pihak-pihak berkepentingan dalam menjaga kebajikan pelajar seperti pihak pensyarah, fakulti dan juga pihak universiti khususnya. Bagi pelajar kejuruteraan, mereka dapat mengenal pasti tahap kemahiran employability dalam diri sendiri. Seterusnya, dengan mengetahui penghargaan kendiri yang ada pada diri mereka akan dapat menolong pelajar untuk memperbaiki diri dan mengetahui hala tuju dalam mencari pekerjaan.

Kemahiran Employability (MyGSI) Penghargaan Kendiri Pelajar - Jantina -Bidang Pengkhususan

(11)

Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan matlumat yang berharga kepada pihak bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan para pelajar untuk mengatur strategi agar pencarian kerjaya lebih terarah berasaskan kepada kemahiran yang diterapkan, tingkah laku dan personaliti diri pelajar itu sendiri. Selain itu, kemahiran yang diterapkan berpadanan dengan kehendak majikan. Sokongan dan pemantauan berterusan kepada pelajar diperlukan dalam mencari peluang kerjaya sendiri.

Kesimpulannya, dari segi sumbangan ilmu, kajian ini diharapkan dapat menghasilkan satu solusi yang diperlukan kepada pelajar dalam membentuk kompetensi mengurus kerjaya yang tinggi. Segala penemuan penyelidik dalam kajian ini diharap dapat menjadi satu cadangan yang boleh diberikan kepada pihak-pihak berkenanan dalam membentuk dan membangunkan kemahiran employability dan penghargaan kendiri dalam merancang hala tuju kerjaya.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini adalah kepada pelajar-pelajar semester akhir Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia. Antara pelajar jurusan yang di kenal pasti sebagai responden ialah :

i. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) ii. Kejuruteraan Mekanikal (FKM)

iii. Kejuruteraan Awam (FKAS)

Pemilihan responden ini adalah berdasarkan kepada tahap pengganguran yang sederhana iaitu hanya 750 orang pelajar kejuruteraan sahaja yang mendapat pekerjaan daripada 1336 pelajar kejuruteraan di UTHM (CARE UTHM, 2013). Dapatan kajian akan diperolehi melalui soal selidik yang diberikan kepada responden kajian. Seterusnya, ketepatan kajian adalah bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan responden dalam menjawab soal selidik yang di berikan. Walaubagaimanapun, pengkaji membuat andaian bahawa semua jawapan responden adalah benar, jujur dan ikhlas

(12)

1.10 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran employability dan tahap penghargaan kendiri pelajar tahun akhir kejuruteraan di UTHM yang mana melibatkan pelajar kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dan Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar.

1.11 Definisi Istilah Kajian

Definisi istilah yang digunakan adalah seperti berikut :

i. Kemahiran employability

Dalam konteks kajian ini, kemahiran employability adalah kemahiran yang diperlukan oleh pelajar selain akademik untuk menjadi lebih berjaya dan cemerlang sebagai pengamal di dalam bidang akademik, pekerjaan dan kehidupan (Siti Rahayah et al., 2010). Kemahiran empoyability yang tinggi akan mejadi nilai tambah dalam diri pelajar untuk memperolehi pekerjaan.

iii. Penghargaan Kendiri

Dalam konteks kajian ini, penghargaan kendiri adalah merujuk kepada nilai, kepercayaan, sikap yang pelajar percayai tentang dirinya sendiri dan keupayaan diri yang berorientasikan konsep kerjaya iaitu pelajar dapat menguruskan kerjaya yang diceburi secara berdikari untuk mencari pekerjaan (Fugate et al., 2004). Seseorang pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi merasa bagus terhadap dirinya dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk cemerlang dalam hidup.

(13)

1.12 Rumusan

Secaran ringkasnya, bab ini menghuraikan tentang latar belakang masalah kajian yang merujuk kepada permasalahan-pemasalahan yang wujud dalam konteks kemahiran employability. Berdasarkan kepada penyataan masalah yang dikemukakan, empat persoalan kajian dan dua hipotesis telah dibina bagi menjawab objektif.

(14)

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai ulasan kajian yang digunakan sebagai asas bagi menjalankan kajian ini. Dalam kajian ini, dua pemboleh ubah utama dikaji iaitu pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Pembolehubah bersandar terdiri daripada faktor penghargaan kendiri. Manakala pembolehubah tidak bersandar terdiri daripada kemahiran employability. Bab ini mengulas kajian lepas yang berkaitan kemahiran employability, dan penghargaan kendiri. Bab ini juga mengemukakan teori yang digunakan dalam kajian ini.

2.2 Kemahiran Employability

Kemahiran employability diri dalam menguruskan kerjaya diri menuntut setiap individu untuk berkebolehan berubah dengan pantas mengikut keperluan semasa, fokus terhadap kualiti diri, kreatif dan sentiasa bertanggunjawab terhadap tugasnya. Individu yang pandai menguruskan kerjayanya akan lebih berkeyakinan dalam suasana kerja yang baru (Redekopp et al., 2009). Ini adalah kerana dunia pekerjaan sekarang telah menjadi kompleks terutama sekali kesan perubahan teknologi dan

(15)

ekonomi. Pekerjaan sekarang memerlukan keupayaan, kemahiran dan pengetahuan yang pelbagai. Ini secara tidak langsung memberi implikasi pada individu seperti pelajar lepasan universiti. Individu ini akan berhadapan dengan kurang pengalaman dalam menguasai teknologi terkini dalam pasaran semasa (Mc Dermott, J., 2007). Kajian yang dijalankan oleh Noh, M. N. (2010) menyatakan bahawa penerapan yang dilakukan oleh tenaga pengajar semasa proses pengajaran dan pempelajaran adalah tinggi. Penerapan yang dikaji dalam kajian ini ialah kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan kemahiran bekerja dalam kumpulan. Walaubagaimanapun, menurut Mohd Salleh et al. (2010) pula menyatakan bahawa graduan tempatan kurang menguasai kemahiran employability berbanding pelajar diluar negara. Ini kerana pensyarah tempatan menerapkan kemahiran komunikasi kepada pelajar manakala pihak industri lebih mementingkan sifat bertanggunjawab.

Faktor-faktor luaran yang menghalang penglibatan graduan dalam bidang pekerjaan menuntut mereka perlu membuat persediaan. Kesediaan graduan bukan sahaja melibatkan mental sahaja tetapi melibatkan juga tindakan dan rancangan, bagi mereka yang sudah merancang hala tuju kerjaya sebelum habis belajar tidak terlalu gusar menghadapi dunia mencari pekerjaan. Ini berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai sebarang pengurusan kerjaya yang betul dalam mecari pekerjaan. Persediaan dari segi emosi dan fizikal akan mempengaruhi peralihan kerjaya mereka selepas tamat belajar. Dapatan kajian oleh Hazrul, G. (2012) terhadap 534 sampel yang menggunakan kaedah tinjauan menunjukkan bahawa kemahiran employability masih rendah di kalangan para graduan. Para graduan masih lagi mempunyai jurang antara prestasi diri dengan jangkaan prestasi yang diharapkan oleh majikan. Jurang perbezaan yang paling ketara adalah dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir, kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal. Oleh itu, berdasarkan kepada dapatan kajian lepas, terdapat kekurangan terhadap kemahiran employability dalam diri pelajar. Satu kajian harus dijalankan untuk melihat bagaimana kemahiran employability membolehkan seseorang individu mendapat peluang kerjaya.

Selain itu, Baruch, Y. (2006) berpendapat bahawa faktor lain seperti minat, kebolehan, keupayaan dan kemampuan merupakan pendorong kepada individu dalam membuat pemilihan sesuatu perkara. Keadaan ini menyebabkan ianya sering berubah-ubah atau tidak tetap kerana kadang kala dipengaruhi oleh faktor luaran seperti keadaan atau permintaan persekitaran. Ini bertepatan dengan kajian oleh

(16)

Hamzah, M. Y. (2002) pula menyatakan bahawa faktor diri seperti bidang pengkhususan yang di pilih adalah peramal kepada kompetensi pelajar untuk menguruskan kerjaya mereka. Demikian juga dengan kajian yang dijalankan berkaitan dengan kerjaya sama ada seorang individu bekerja atau tidak berkompetensi mengurus kerjaya sendiri sebagaimana kajian oleh Sturges, J. (2008) mendapati bahawa menguruskan kerjaya adalah berbeza antara mereka yang bekerja dengan yang tidak bekerja semula. Dalam mengurus pilihan kerjaya yang akan diceburi pula, sokongan sosial daripada keluarga, rakan-rakan, institusi, organisasi dan persekitaran komuniti adalah penting (Ibarra, H., 2005). Melalui sokongan sosial adalah merupakan satu rangkaian sosial yang dapat memberikan satu elemen interpersonal ke arah kebolehperkerjaan, informasi dan pengaruh yang kuat dalam pembangunan kerjaya (Adler, K., 2010). Dalam konteks pekerjaan, informasi dan pengaruh yang diperolehi daripada rangkaian kenalan dapat membekalkan seseorang individu peluang kerjaya seterusnya memudahkan individu tersebut menguruskan kerjayanya (Fugate et al., 2004).

Di peringkat universiti sedang rancak membangunkan program-program yang membangunkan kemahiran. Oleh kerana kemahiran employability merupakan kemahiran yang diperoleh seiring dengan masa, universiti dilihat sebagai tempat paling ideal untuk menyediakan bakal graduan dengan kemahiran-kemahiran ini. Pelajar bukan sahaja perlu diperkenalkan dengan konsep penguasaan kemahiran employability, malah ia juga mengenai menyediakan pelajar dengan persekitaran pembelajaran kondusif yang akan membantu mereka membesar menjadi rakyat yang baik (Wincy, J. I., 2010). Kemahiran employability bukan sahaja membantu meningkatkan tambah nilai graduan, malah boleh membantu dalam pencapaian akademik mereka (Ariffin, S. R. et al., 2010). Kesedaran siswazah untuk menyedari akan hal ini akan memudahkan penerapan nilai employability dalam diri mereka. Menurut Barnett, J. E. (2008) menyatakan bahawa menyedari bagaimana kita berfikir, merasa dan bertindak adalah cara untuk membantu memahami bagaimana kita nerinteraksi dengan masa depan yang tidak menentu. Kamal, H. (2009) menyatakan bahawa graduan perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran serta membangunkan personaliti yang baik dalam usaha untuk kecemerlangan diri.

Dari segi penilaian kemahiran employability pula, timbul persoalan bahawa terdapat kesukaran dalam menilai kemahiran employability dalam kalangan pelajar

(17)

universiti. Di Malaysia usaha sedang giat dijalankan untuk membangunkan satu penilaian tahap kemahiran employability pelajar-pelajar universiti. Instrumen penilaian yang terkini dan digunakan dalam kajian ini adalah Malaysian Generic Skills Inventory MyGSI (Ariffin, S. R. et al., 2010). Menyedari kepentingan kemahiran employability, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006) telah menggariskan tujuh kemahiran employability yang perlu dimiliki oleh para graduan iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja berpasukan, kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan matlumat, kemahiran keusahawanan, kemahiran moral dan etika professional dan kemahiran kepimpinan.

Di peringkat Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), penerapan kemahiran employability dapat dilihat apabila setiap program yang dijalankan perlu patuh syarat Kemahiran Insaniah yang ditetapkan oleh pihak universiti. Pihak UTHM turut menggunakan garis panduan yang disediakan oleh Kememterian Pengajian Tinggi Malaysia. Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Universiti iaitu :

Pendidikan di Universiti ini adalah usaha berterusan untuk menerajui program akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan negara yang mampan (UTHM, 2008).

Sebagai pengeluar graduan teknikal di Malaysia, UTHM pastinya menitikberatkan kualiti graduan mereka. Ini kerana masalah penganguran turut dipengaruhi oleh kelayakan akademik dan kelayakan bukan teknikal. Ahmad, M. S. et al. (2009) meyatakan bahawa lulusan banyak bergantung kepada kelayakan akademik untuk mendapatkan pekerjaan. Justeru berdasarkan tinjauan literatur yang telah dijalankan kepentingan menerapkan kemahiran employability memang tidak dapat disangkalkan lagi, walau bagaimanapun Badcock et al. (2010) menyatakan bahawa kepentingan menilaikan pengetahuan disiplin yang khusus dan kemahiran profesional tetap tidak dapat dilupakan. Dalam konteks penilaian kemahiran employability pelajar universiti, beberapa pihak yang telah membangunkan instrumen penilaian kemahiran employability untuk kajian mereka dan pengkaji masa hadapan. Justeru itu, kajian ini akan menggunakan MyGSI iaitu instrumen yang telah dibangunkan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Kebangsaan Malaysia.Terdapat tiga belas konstruk kemahiran employability dalam MyGSI iaitu :

(18)

Jadual 2.1 Konstruk Kemahiran Employabulity Dalam MyGSI Bil Konstruk Kemahiran Employability

1 Tanggungjawab Sosial

2 Menghargai Alam Sekitar

3 Etika, Moral dan Profesionalisma

4 Kerohanian

5 Komunikasi

6 Kepimpinan

7 Kerja Berpasukan

8 Berfikir Kritikal dan Menyelesaikan Masalah 9 Teknologi Matlumat dan Komunikasi

10 Pembelajaran Sepanjang Hayat

11 Globalisasi

12 Keusahawanan

13 Pengurusan

(Sumber dari Ariffin, S. R. et al., 2010)

2.3 Kemahiran Employability Dalam MyGSI

Dalam kajian ini, tiga belas konstruk kemahiran employability yang di kaji dalam MyGSI. Kemahiran tersebut ialah tanggungjawab sosial, menghargai alam sekitar, etika, moral dan profesionalisma, kerohanian, komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, berfikir kritikal dan menyelesaikan masalah, teknologi matlumat dan komunikasi, pembelajaran sepanjang hayat, globalisasi, keusahawanan dan pengurusan.

2.3.1 Kemahiran Tanggungjawab Sosial

Tanggunjawab sosial ialah komitmen sesebuah perniagaan untuk menyumbang kearah kemampanan pembangunan ekonomi, mensasarkan penambahbaikan gaya

(19)

hidup sementara mengekalkan badan korporat tersebut (Malim, S. et al., 2011). Tanggungjawab sosial ini dilihat dikuasai oleh para mahasiswa teknikal khususnya sebagai potensi tenaga kerja di syarikat-syarikat. Malim, S. et al, (2011) telah menyenaraikan kepentingan tanggunjawab sosial ialah :

i. Memberi kesan limpahan kepada masyarakat dan Negara.

ii. Berlaku secara menang-menang di mana syarikat atau organisasi turut memperolehi faedah.

Pelajar teknikal perlu menguasai kemahiran ini sebagai nilai tambah bagi mendapatkan pekerjaan. Ini kerana tanggunjawab sosial ini dapat membawa pekerja dan syarikat itu sendiri ke satu tahap yang lebih baik di mata masyarakat. Secara keseluruhan konstruk ini dilihat penting untuk dikaji sebagai salah satu konstruk dalam kajian yang melibatkan pihak mahasiswa teknikal UTHM.

2.3.2 Kemahiran Menghargai Alam Sekitar

Memasuki abad ke-21, perubahan permintaan dalam pekerjaan turut dipengaruhi oleh perubahan alam dan persekitaran. Justeru kesedaran untuk menghargai alam sekitar adalah penting diterapkan ke dalam diri pelajar. Pekerja di bidang teknikal khususnya perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang berkaitan alam sekitar bagi mengekalkan keseimbangan dan memastikan kelangsungan pembangunan (Selvan, J., 2011). Ini dilihat penting diamalkan terutama terhadap masyarakat yang terlibat dengan alam sekitar terutamanya tenaga kerja teknikal. Di dalam MyGSI kemahiran ini ditafsirkan sebagai menyokong aktiviti alam sekitar (Ariffin, S. R. et al., 2010). Alam sekitar merupakan faktor penting kelangsungan hidup manusia. Justeru tahap kemahiran menghargai alam sekitar perlulah tinggi terutama sekali bagi pihak yang terlibat secara langsung dengan alam sekitar seperti bidang teknikal.

(20)

2.3.3 Kemahiran Etika, Moral Dan Profesionalisme

Kemahiran ini merangkumi kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan professional, kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah berkaitan etika dan kebolehan mengamalkan sikap beretika, disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat. Kemahiran ini juga sering dikaitkan dengan kemahiran lain seperti kepimpinan (Fadli, S., 2011). Dalm MyGSI, kemahiran ini ditafsir sebagai tingkahlaku professional serta integriti dan amanah (Ariffin, S. R. et al., 2010).

2.3.4 Kemahiran Kerohanian

Di Malaysia, rukun Negara yang pertama ialah kepercayaan kepada tuhan dan agama. Justeru aspek kerohanian dalam konteks kajian ini tidak diabaikan. Menurut Hamid, L. (2012) menggariskan empat elemen penting yang terlibat apabila membincangkan tentang kejayaan kerohanian dari sudut pendidikan iaitu sains, guru, pelajar dan alam sekitar. Kemahiran kerohanian banyak bermula di tempat belajar seseorang. Menurut beliau lagi, universiti dilihat sebagai tempat terbaik untuk mengadaptasikan kerohanian. Di dalam MyGSI kerohanian ditafsirkan sebagai mampu mengikut aktiviti kerohanian, kebolehan bersikap tulus dalam apa jua keadaan dan memberi maklum balas terhadap program kerohanian (Ariffin, S. R. et al., 2010).

2.3.5 Kemahiran Komunikasi

Komunikasi merupakan proses interaksi yang dialami setiap manusia. Proses komunikasi pada asasnya melibatkan empat elemen iaitu penyampaian, penerimaan, medium penghantaran dan maklum balas (Jamal, Z. et al.,2011). Kemahiran komunikasi ini penting kepada semua pihak terutamanya pelajar universiti yang

(21)

bakal keluar mencari pekerjaan kelak. Di dalam MyGSI komunikasi ditafsirkan sebagai kebolehan berunding, membuat rumusan dan merancang dan mengurus (Ariffin, S. R. et al, 2010).

2.3.6 Kemahiran Kepimpinan

MyGSI mentafsirkan kepimpinan sebagai kebolehan mengagihkan tugas dengan baik, kebolehan memimpin, merunding, keupayaan menyelesaikan masalah dan menghormati prinsip orang lain (Ariffin, S. R et al., 2010).

2.3.7 Kemahiran Kerja Berpasukan

Diperingkat pengajian tinggi, UTHM (2011) menggariskan kemahiran kerja berpasukan sebagai kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama, kebolehan membina hubungan yang baik dan bekerja secara efektif. Di dalam MyGSI, indikator pengukuran kerja berpasukan ditafsirkan sebagai kepelbagaian ahli kumpulan, keputusan kumpulan, membantu secara proaktif dan mengenal pasti masalah (Ariffin, S. R. et al., 2010).

2.3.8 Kemahiran Berfikiran Kritikal dan Menyelesaikan Masalah

Menurut Ariffin, S. R. et al (2010) dalam MyGSI indikator pengukuran berfikiran kritikal dan meyelesaikan masalah ialah kebolehan mereflesi keputusan secara objektif. Kemahiran ini penting kerana seseorang yang mempunyai pemikiran kritikal ini dikatakan pandai mengemukakan kritikan dan membuat penilaian.

(22)

2.3.9 Kemahiran Teknologi Matlumat dan Komunikasi (ICT)

Perubahan besar dapat dilihat dalam dekad ini dimana kebanyakkan persekitaran kerja mula digantikan dengan teknologi secara berperingkat atau keseluruhan. Penyediaan tenaga kerja teknikal yang berkemahiran, berpendidikan tinggi dan berpengetahuan dan boleh menggunkan ICT telah diberi perhatian serius memandangkan Malaysia sedang membangun setanding negara maju (Mohd Safarin et al., 2012). Dalam MyGSI kemahiran ini ditafsirkan sebagai mengurus fail elektronik, penyelidikan elektronik dan sumber berkualiti secara kendiri (Ariffin, S. R. et al., 2010). Keperluan untuk menguasai kemahiran ini adalah penting terutamanya kepada pekerjaan yang membabitkan proses sistematik yang melibatkan bantuan komputer.

2.3.10 Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi pembelajaran sepanjang hayat sebagai elemen dalam falsafahnya. Kepentingan pembelajaran sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu seharusnya didukung oleh setiap rakyat. Di dalam MyGSI pembelajaran sepanjang hayat menilai elemen membina struktur koheren berfokus, menggabungkan maklumat dan membina struktur ayatb bahasa inggeris (Ariffin, S. R. et al., 2010). Pembelajaran sepanjang hayat penting kerana pembelajaran itu sendiri merupakan proses yang berkesinambungan kepada pengetahuan yang diperolehi.

2.3.11 Kemahiran Globalisasi

MyGSI telah mentafsir kemahiran globalisasi ialah adaptasi persekitaran global, jangkaan masa depan dan kreatif dalam pemilihan (Ariffin, S. R. et al., 2010). Keupayaan mahasiswa terutamanya dalam bidang teknikal melengkapkan diri

(23)

dengan kemahiran ini dilihat kritikal untuk membolehkan mereka bersaing bukan sahaja dalam pasaran pekerjaan malah di peringkat global.

2.3.12 Kemahiran Keusahawanan

Keusahawanan kini turut diberi perhatian dalam pembangunan profil generik untuk pelajar universiti. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006) menggariskan kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang, inovasi, kreativiti dan kesedaran tentang risiko dalam aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan dan pekerjaan. Kajian yang dijalankan oleh Mohd Yusof et al., (2013) menunjukkan kemahiran keusahawanan di lihat sebagai kemahiran yang paling kurang dimiliki oelh pelajar. Di dalam MyGSI ini konstruk keusahawanan diukur melalui cadangan berasaskan fakta dan hujah, berdikari dan pengurusan sistematik (Ariffin, S. R. et al., 2010).

2.3.13 Kemahiran Pengurusan

Menerusi MyGSI ini konstruk kemahiran pengurusan ditaksirkan kepada pelaksanaan berasakan objektif dan mengkordinasikan tugasan (Ariffin, S. R. et al., 2010). Seseorang pelajar perlulah menyiapkan diri dengan kemahiran pengurusan untuk berhadapan dengan organisasi kerajaan kelak.

2.4 Penghargaan Kendiri

Penghargaan kendiri dalam kemahiran employability ialah ''siapakah saya'' termasuk matlamat, harapan, sifat keperibadian, nilai, kepercayaan , dan norma dimana seseorang individu dapat menguruskan kerjaya yang diceburi secara berdikari ketika menghadapi peluang kerjaya (Fugate at elc, 2004). Penghargaan

(24)

kendiri menunjukkan kecekapan knowing why ynag merangkumi sifat seperti motivasi kendiri, keperibadian individu dan nilai-nilai (Defillippi, R. J., 1994). Seseorang individu haruslah melihat kelemahan diri sendiri apabila individu tersebut mendapati dirinya tidak dapat mengenal pasti hala tuju dalam mencari pekerjaan (McGreevy, F. J., 2003). Hall, A. et al. (1997) mencadangkan bahawa dalam persekitaran kerjaya yang mencabar sekarang, penghargaan kendiri perlu diasingkan dari sesuatu tugas tertentu atau organisasi sebaliknya mewakilli nilai-nilai peribadi seseorang individu, motivasi dan minat-minat kerjaya yang lebih luas.

Secara keseluruhannya, penghargaan kendiri merujuk kepada sejauhmana individu merasakan dirinya baik dan buruk atau sejauhmana mereka merasakan diri mereka mempunyai nilai (Richmond, K. A., 1987). Penilaian individu terhadap dirinya menurut DeVito, D. (2000) akan memberi reflek kepada nilai yang diletakkan kepada diri seseorang tersebut. Oleh itu, meningkatkan penghargaan kendiri bermakna akan membantu seseorang berfungsi secara lebih efektif khususnya dalam hubungan interpersonal kerana individu yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi akan membantu seseorang berfungsi dengan lebih berkesan dalam persekitaran organisasi, hubungan interpersonal dan juga kerjaya.

Che Noh, C. H. (2011) menyatakan bahawa individu yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi merasa bagus terhadap dirinya, merasa mempunyai peluang yang cemerlang, dan berupaya untuk hidup dengan rasa dihormati, jujur, bertenaga, kasih sayang dan realiti. Sebaliknya pula bagi seseorang yang rendah penghargaan kendiri akan merasakan dirinya tidak bernilai, merasa terancam, dan tidak berupaya untuk melihat ke dalam diri sendiri. Secara lebih mudah, seseorang yang menyayangi dan menilai diri mereka berupaya untuk menyayangi dan menilai orang lain dan bertindak secara realiti. Sementara itu menurut Beebe dan Redmond (2002), penghargaan kendiri merupakan pelapis kepada interaksi dengan individu lain di mana ia mempengaruhi keupayaan untuk sensitif kepada orang lain, dan gaya komunikasi. Justeru itu, sebagai seorang pelajar, mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi amatlah penting khususnya dalam mencari peluang kerjaya.

Dapatan kajian oleh Anakwe, K. L. (2010) terhadap 446 pelajar di Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kaedah tinjauan menunjukkan bahawa nilai-nilai berkaitan kerjaya mereka, keperluan dan motivasi (membantu pembentukan penghargaan kendiri) memudahkan matlamat di capai dan membuat keputusan. Dalam masalah kerjaya seperti penggangguran, keupayaan untuk mempunyai

(25)

penghargaan kendiri seseorang individu sebagai satu panduan dalam menetapkan matlamat dan membuat keputusan adalah penting bagi mengenal pasti peluang-peluang kerjaya. Oleh itu, berdasarkan kepada dapatan kajian lepas, terdapat hubungan yang signifikan penghargaan kendiri terhadap kemahiran employability. Satu kajian harus dijalankan untuk melihat bagaimana penghargaan kendiri membolehkan seseorang individu mendapat peluang kerjaya. Dalam konteks penilaian penghargaan kendiri, kajian ini menggunkana instrumen yang telah dibangunkan Rosenberg self-esteem scale (RSES) yang dihasilkan oleh Rosenberg (1990) dan diubahsuai mengikut objektif kajian. Instrumen ini terdiri daripada 10 item bagi mengukur penghargaan kendiri yang ada dala diri pelajar kejuruteraan di UTHM.

2.5 Jantina dalam Penguasaan Kemahiran Employability

Isu yang berkaitan dengan perbezaan jantina dalam penguasaan kemahiran employability ini telah banyak dikaji. Kajian yang dilakukan oleh Maniam & Liong (2009) mendapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan mempunyai persepsi yang berbeza secara signifikan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki mempunyai beberapa kemahiran yang khusus berbanding pelajar perempuan. Kemahiran yang telah dikenalpasti termasuklah kemahiran kepimpinan, pemikiran strategik, kemahiran kewangan, pemahaman global dan kemahiran untuk bertindak secara kreatif apabila berlaku sebarang masalah.

Kajian yang dilakukan oleh Sikor, A. at el. (2010), mendapati terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran employability. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih berketrampilan berbanding pelajar perempuan. Maka tidak dinafikan bahawa faktor ini akan menyebabkan kea rah lambakan graduan apabila mereka tamat pengajian kelak. Menurut Mat Rasyid. A. (2011) juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan terhadap penguasaan kemahiran employability antara pelajar lelaki dan perempuan ini. Dalam kajian beliau, daripada lima elemen yang dikaji, mendapati pelajar lelaki lebih menguasai kesemua elemen tersebut berbanding pelajar perempuan.

(26)

Selain itu, dapatan kajian yang diperolehi oleh Wickramasinghe & Perera (2010) pula mendapati pelajar perempuan lebih menguasai kemahiran employability berbanding pelajar lelaki. Dapatan kajian ini berbeza dari dapatan kajian pengkaji lain. Terdapat juga kajian lain yang menyatakan bahawa tiada perbezaan yang wujud terhadap tahap penguasaan kemahiran employability antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kemahiran employability ini boleh dan mampu dikuasai tidak mengambil kira faktor jantina asalkan mereka berkeyakinan dan bersungguh-sungguh.

2.6 Bidang Pengkhususan dalam Penguasaan Kemahiran Employability

Bidang khusus merupakan gambaran awal seseorang untuk melihat hala tuju kerjaya. Wujud pelbagai masalah untuk menyesuaikan kerja yang mana ianya boleh dikaji dan dilihat melalui penilaian beberapa perkara. Terdapat lima faktor yang mempengaruhi seseorang menceburi alam pekerjaan (Hamzah, M. Y., 2002). Faktor-faktor itu dalah terdiri daripada keupayaan, minat dan sifat peribadi, mengenal pasti bidang pekerjaan yang ada dan syarat-syarat yang dikehendaki, mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam sesuatu pekerjaan dan penyusunan dan rancangan kerjaya untuk diceburi. Oleh itu, pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar adalah merupakan satu pembelajaran sepanjang hayat. Melalui pembelajaran sepanjang hayat ini seorang individu dapat memperolehi kemahiran, informasi yang diperlukan untuk pekerjaan yang diceburi, bagaimana mengimbangi antara kerjaya dan kehidupan, bagaimana untuk membangunkan kerjaya secara efektif dan menguruskan kerjaya sendiri berdasarkan kepada latihan yang diberikan (Kennedy, M. L., 2008). Hall (2002) juga menyatakan bahawa melalui pembelajaran yang berterusan yang diperolehi boleh membawa perubahan kepada diri dan kemahiran seseorang.

Antara kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan mencari hala tuju kerjaya, iaitu kajian yang dijalankan oleh Uzoamaka, P. A. (2008) kepada 446 graduan yang di Amerika Syarikat yang mana mengkaji pemilihan bidang pengkhususan dengan mencari hala tuju kerjaya. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa pemilihan bidang pengkhususan mempunyai hubungan dan regrasi yang kuat

(27)

RUJUKAN

Abdullah Mat Rashid. (2011). Pendidikan dan latihan vokasional sebagai enjin menjana perkembangan ekonomi. Jurnal Pendidikan Teknikal dan Vokasional, 1, 1-5.

Adler & Kwon. (2010). Social capital : Pospect of new concept. Academy of Management Review, 27(1), 1-6.

Ahmad Farid Ahmad Nordin. (2011). Cabaran dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional bagi menyokong kerjaya belia dalam membuat keputusan. Prosiding seminar kebangsaan pendidikan teknik dan vokasional kali ke-4. Ahmad Esa (2010). Tahap penguasaan generik dalam dalam kalangan pelajar tahun

akhir diploma kejuruteraan Elektrik serta pendidikn, PenerbitUTHM.

Ahmad Muhaimin, M., Jamalluddin, H., & Baharuddin, A. (2008). Kelemahan penguasaan kemahiran di kalangan pelajar: pedagogi dan teknologi sebagai pendekatan penyelesaian. Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008. Skudai: Penerbit UTM.

Ahmad Rizal Madar. (2008). Kamahiran Employability Bagi Memenuhi Keperluan Industri. Jurnal Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Bridgstock, R. (2009). The graduate attiributes we‟ve overlooked: Enhancing graduate employability through career management skills. Journal of Higher Education Research & Development, 28, 31-44.

Barlett, J.E. (2008). Organizational research: Determine appropriate sample saiz in survey research. Information Techonology, Learning and Performance Journal, 19(1),43-50.

Baruch, Y. (2006). Career development in organization and beyond : Balancing traditional and contemporary viewpoint. Humans Resourse Management Review, 16 (2), 125-138.

(28)

Badcock et al.. (2010). The graduate attributes we‟re overlooked: Career transition. In S. Brown & R.W. Lent.

Chiaburu, D. (2006). Beyond being proactive: What (else) matters for self-management behaviors? Career Development International, 11(7), 619-632. Che Hasniza Che Noh (2011). Hubungan empati dan penghargaan kendiri ibubapa

dengan gaya keibubapaan. Jurnal Kemanusiaan.

Cochran, W. (1977). Sampling techniques. New York: John Wiley & Sons.

Cohen, W. (2009). The transition from organizational employement to portpolio working: perception of „boundary lessness‟. Work, Employmenr and society. Dawis, R.V. (2005). The Minnesota theory of work adjustment. In S.D. Brown, &

R.W. Lent (Eds.), Carrer Development and counseling.

DeFillipi, R.J., & Arthur, M.B. (1994). The boundaryless career: A competency based perspective. Jurnal of Organizational Behavior. 15, 307-324.

DeHart, T., Murray, S. L., Pelham, B. W., dan Rose, P. 2003. The regulation of dependency in parent-child relationships. Journal of Experimental Social Psychology 39(1): 59-68.

Fugate, M., Kinicki, A.J., & Asforth, B.E. (2004). Employability: A psycho-social construct, its dimensions and application. Jurnal of Vocational Behavior. 65, 14-38.

Hanim Bin Kamal, Muhammad Haron and Ahmad, Khairul Anuar. (2009). Kemahiran

keusahawanan: satu kajian analisis kandungan buku-buku teks. dalam: Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18- 19 Ogos, 2008, Hotel Mahkota, Melaka. (Unpublished). (http://eprints.uthm.edu.my/129/1/muhammad_haron_husaini.pdf.

Heinz, W. R. (2002). Transition discontinuities and yhe biographical shaping of early works. Journal of Vocational Behavior.

Ibarra, H. (2005). What‟s your story? Harvard business Review, 83(1), 64-71.

Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, Zainal Ariffin Ahmad & Yusrrie Zainuddin. (2008). Competency based career development and performance management practice and service quality in malaysia public organization. International Review of Bisness Research Paper. 4(4), 174-189.

(29)

Ingrid Patgieter. (2011). The relationship between self-esteem and employability attributes of postgraduate business management students. Deparment Of Human Resource Management Journal.

Irwan Rosleh. (2009). Kesan globalisasi dalam pendidikan dan latihan teknik dan vokasional, 3,23-34.

Lnage, F. & Topel, R. (2006). The Social Value of Education and Human Capital In The Handbook of Econimic of Education, Vol 1, eds.

Johannes, G., Beatrice, I., & Tonette, S. (2008). Toward the employability–link model: Current employment transition to future employment perspectives. Human Resource Development Review, 165-183. JPPKK. (2008). Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduat Politeknik 2007. Selangor: Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.

Kennedy, M. L. (2008). Course expectation and career management skills.

Kahirol Mohd. Salleh, Wan Nur Hidayah Ibrahim, Nor Lisa Sulaiman,Badaruddin Ibrahim & Mohamad Zaid Mustafa. (2008). Kemahiran Employability Dalam Kalangan Mahasiswa Dan Pensyarah: Perbandingan Dengan Industri.

Khairul Faizah (2007), ”Tahap Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).” UTHM: Tesis Sarjana.

Mc.Dermott. J. (2007). Old Soldier never die: they adapt their military skills and become successful civilians.

McConnell, E.A. (2010). Employability during unemployment: Adaptibility, cereer identity and human and social capital.

McMillan, J.H., & Schumacer, S. (2010). Research in Education: Evidence-based inquiry. New Jersey.

McCroskey, J. C., and Richmond, V. P. (1987). Willingness to communicate. Dlm. J. C.

McCroskey & J. A. Daly (pnyt.). Personality and interpersonal communication. Newbury Park: Sage Publications.

Mihail, D.M. (2008). Proactivity and work experience as predictor of career enhancing strategies. Human Development International.

Mohd Salleh Abu, Meor Ibrahim Kamaruddin, Zainudin Abu bakar, Mohd Ali Ibrahim,

Mohd Nor Bin Noh & Abd. Shukur Bin Ali. (2010). Kepentingan Penguasaan Kemahiran Generik dalam Kalangan pelajar tahun akhir 4 SPH (Perdana)

(30)

Fakulti Pendidikan, UTM Sebagai Persediaan Bakal Guru Di Sekolah. Projek Sarjana Muda ITM.

Megat Aman Zahiri Megat Zakaria dan Muhammad Abu Hadi Bunyamin. (2010). Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan UTM. Kertas Institusi. Fakulti Pendidikan, UTM.

Mohd Safarin Nordin dan Kamaruddin Mohd Tahir. “ Kemahiran Generik – Kepentingan dalam memenuhi keperluan majikan masa kini.” Universiti Teknologi Malaysia Kertas kerja.

Mohamad Sattar Bin Ahmad et al.. (2009). Bimbingan dan KERJAYA. Konsep dan amalan kerjaya.

Mohd Sattar, R., Md Yusof, I., Napisah, I., Rashid, R., & Roseamnah, A. R. (2009). Aspek kemahiran employability yang dikehendaki majikan industri pembuatan masa kini. Jurnal Pendidikan Malaysia , 67-69.

Mohd Yahya Hamzah & Roseliza Ahmad. (2002). Melangkah ke dunia pekerjaan. Kuala Lumpur. Utusan Production & Distribution Sdn. Bhd, 12-13.

Mohd. Yahya Nordin. (2003). Isu Dan Cabaran Dalam Penyediaan Tenaga Kerja Dalam Era Perubahan Teknologi Dan Globalisasi. Kertas Utama Dalam Persidangan Kebangsaan. Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional. Maniam, U.M. dan Liong C.Y. (2009). Persepsi pelajar terhadap atribut pekerjaan

dan implikasinya ke atas universiti.

Morreale, S. P., Spitzberg, B. H., and Barge, J. K. (2001). Human communication: Motivation, knowledge, skills. United States: Wadsworth Thomson Learning. Nadia Farhana Salleh. (2009). Hala tuju pendidikan teknik dan vokasioanal ke arah

pekerjaan. Prosiding Seminar Kebangsaan pendidikan teknik dan vokasional kali ke-3.

National Association of Manufacturers (NAM), Andersen & Center for Workforce Success (2001). The Skills Gap, 2001. National Association of Manufacturers. Noor Syazwani Roni (2013) Penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan

pembelajaran Kesusasteraan Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Normah Zakaria, Abdullah Mat Rashid & Ruselan Baki. (2010). Persediaan bakal pesara tentera dalam menghadapi peralihan kerjaya selepas bersara. Jurnal Pendidikan Teknik dan Vokasional, 1,29 – 43.

(31)

Bagley D.(1999). “ Graduates perception of transferable personal skills and future career preparation. Emerald Group, 41(10), 184-193.

Rahmah Ismail. (1995). Modal manusia dan perolehan buruh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Redekopp, D., Hache, L. & Jarvis, P. (2009). Blueprint for life/work design. National Life/Work Centre, Canada Career Information Partnership & Human Resources Development Canada.

Reichardt, C. (2008). Unseen barriers keep person with disabilities from seeking, acquiring and maintaining meaningful employment. Tesis sarjana tida diterbitkan, State University of New York.

Rohana Abdul Karim. (2010). Minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya, kemahiran employability dan pilihan kerjaya pelajar vokasional pertanian di Semenanjung Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

Ros Hasni Abd Ghani. (2006). Effectiveness of military knowledge and skill after retirement. Universiti Malaya, Malaysia.

Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori & Praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Siti Rahayah Ariffin, and Jamil Ahmad, and Nur' Ashiqin Najmuddin. (2010) Pembangunan instrumen kemahiran generik pelajar berasaskan penilaian pensyarah dengan menggunakan model pengukuran rasch pelbagai faset. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2). pp. 43-50. ISSN 0126-6020 / 2180-0782.

Siti Rahayah Ariffin, and Rodiah idris, and Noriah Mohd Ishak. (2010). Differential item functioning in Malaysian Generic Skills Instrument (MyGSI). Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (1). pp. 1-10. ISSN 0126-6020 / 2180-0782.

Siti Rahayah, A., Jamil, A., & Nur 'Ashiqin, N. (2010). Pembangunan instrumen kemahiran generik pelajar berasaskan penilaian pensyarah dengan menggunakan model pengukuran rasch pelbagai facet. Jurnal pendidikan Malaysia, 35(2) , 43-50.

Seo, Andy K.H. (2003). Smart – “Partnership Between Vocational And Technical Tranning Institution In Creating Skill Workes”, Persidangan Kebangsaan Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional 2003.

Suraiya Bin Malim dan Ahmad Raflis. (2011). Paradigma baru dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial syarikat milik kerajaan.Akademik 81(3) 2011: 75-81.

(32)

Stern.H.L. (2005). Career devepment and counseling (pp. 506-521). Hoboken, NJ:Wiley.

Sturges, J. (2008). The evalution of the boundryless career concept: Exa.

Sikor, A., Mohd Ariff, S.Z.., Zainal Abidin. (2010). Komunikasi interpersonal dalam pengajaran dalam pengajaran dalam kalangan guru-guru Sekolah Menengah Teknik di negeri Melaka.

Azlan Soleh, Mohd Rizan Abdul, Ishak Hasan, Mohd Yusof Husain. (2013). Kemahiran employability pelajar kejuruteraan dari perspektif pensyarah. Tengku Mahaleel Tengku Ariff, (2008). Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan

Pekerjaan Pada Masa Kini. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam.

Uzoamaka, P. A., Hall, J.C., & Schor, S.M. (2008). Knoeledge-related skills and effective career management. International Journal of Manpower, 21(7), 556-557.

Yahya Buntat (2004). Integrasi Kemahiran “Employability” Dalam Program Pendidikan Vokasional Pertanian Dan Industri Di Malaysia.” UTM Skudai. Tesis Phd.

Wincy, J.I. (2010). A practical guide to competencies: How to enhance individual and organization performance. London.

Wickramasinghe & Perera. (2010). Graduates, university lecterer and employers perception towards employability skill.

Zanaton Jamal et al. (2011). Comunication skills among university students. Social and behavioral sciences 59 (2012) 71-76.

Van der Heijde, C.M. (2010). A compence-based and multi-dimensional operationalization and measurement of employability. Human Resourse Management, 45, 449-476.

Referensi

Dokumen terkait

KPU Kota Semarang pada strateginya, melihat berdasarkan jangka panjang pada pembelajaran melalui Pemilihan Walikota dan Wakil Walikota sebelumnya yaitu pada tahun

reduksinya moral terhadap implementasi nilai karakter bangsa di sekolah, antara lain: memperkuat penerapan agama di sekolah dan di masyarakat, memperkuat pelaksanaan

Karya Tulis Ilmiah yang berjudul “Gambaran Pengetahuan, Sikap dan Tindakan Ibu Hamil Terhadap Pentingnya Mengkonsumsi Tablet Zat Besi Selama Kehamilannya di

Validasi hasil prediksi Jaringan Saraf Tiruan dilakukan untuk melihat apakah hasil dari analisis elemen hingga yang merupakan dasar dari prediksi Jaringan Saraf

Fenomena tersebut akan memunculkan berbagai persepsi antara harapan dan kenyataan yang hendak dicapai (perasaan puas dan kesesuaian). Bahkan akan berdampak keluar

demikian dapat disimpulkan bahwa pemanfaatan teknologi, dukungan terhadap kontribusi karyawan, dan pemberdayaan karyawan dapat semakin meningkatkan keinovasian dalam

Hasil analisis prospektif sistem pengelolaan berkelanjutan hutan rakyat di Kabupaten Bogor menunjukkan bahwa, atribut-atribut yang bisa dijadikan sebagai

Cinta melakukan pengorbanan dengan mengejar Rangga ke bandara ( scene film AADC ) dan mengejar Rangga ke New York ( sceen film AADC 2 ). Hal yang didapatkan Cinta