• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan Sisa Pepejal BAB 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengurusan Sisa Pepejal BAB 2"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

BAB II

ULASAN KEPUSTAKAAN

2.1 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan pendefinisian konseptual secara menyeluruh khususnya dalam aspek pengurusan sisa pepejal dan penjanaan sisa pepejal. Pendefinisian konseptual ini merangkumi aspek perundangan dan bukan perundangan, bertujuan untuk memperolehi definisi yang menyeluruh. Selain itu, ulasan kepustakaan juga turut dirangkumkan dalam bab ini. Ulasan kepustakaan ini terdiri dari lima aspek iaitu pengoperasian sisa pepejal, pemberi khidmat sisa pepejal, sikap masyarakat, impak dari pengurusan sisa yang lemah dan langkah pengurusan sisa pepejal yang efisien. Selain itu, kesan dalam pengurusan sisa yang lemah turut dibincangkan serta langkah pengurusan sisa yang efisien.

2.2 DEFINISI KONSEPTUAL

(2)

2.2.1 Sisa pepejal domestik

Sisa pepejal domestik merupakan sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesebuah isi rumah yang dikategorikan mengikut bahan yang dibuang iaitu kandungan sisa yang dibuang dan potensi atau risiko yang dihasilkan oleh bahan yang dibuang. Berdasarkan kepada Akta Perlindungan Alam Sekitar 1993 U.S.A (Environment Protection Act 1993) menyatakan sisa pepejal itu sebagai;

…Any discarded, rejected, abandoned, unwanted or surplus matter, whether or not intended for sale or for recycling,

reprocessing, recovery or purification by a separate operation from that which produced the matter;…

(3)

2.2.2 Pengurusan sisa pepejal domestik

Rajah 2.1 Komponen Pengurusan Sisa Pepejal Sumber: PPSPPA 2013

Berdasarkan kepada rajah 2.1, komponen dalam pengurusan sisa pepejal tersebut, menunjukkan komponen sepenuhnya dalam pengurusan sisa pepejal bermula dari isi rumah sehingga ke pelupusan sisa pepejal. Ini bermakna pengurusan sisa pepejal merupakan satu pengurusan yang melibatkan pengurusan sisa bermula dari pengasingan, pengutipan dan akhirnya kepada pelupusan sampah di tapak pelupusan.

Secara konseptualnya, pengurusan sisa pepejal domestik di peringkat perumahan bermula dari penghasilan sisa sehingga ke pengutipan sisa sahaja (Eco Canada 2010). Sepanjang peringkat dalam pengurusan sisa pepejal di peringkat perumahan tersebut, beberapa komponen turut berlaku sehingga membawa kepada pembuangan dan pengutipan sisa tersebut. Perkara ini menunjukkan bahawa pengurusan sisa pepejal di peringkat kawasan perumahan ini akan melibatkan komponen pengasingan, penyimpanan dan pemungutan sahaja. Berdasarkan kepada komponen ini, prospek dalam pengurusan yang dapat dikenalpasti adalah seperti pengoperasian, pemberi perkhidmatan, dan masyarakat. Prospek dalam komponen ini juga yang mempengaruhi keseluruhan aktiviti pengurusan sisa, kerana tanpa adanya sumber penghasilan sisa maka tiadalah sisa yang akan diurus, dikutip dan akhirnya dilupuskan. Pengurusan sisa pepejal yang efisien diperlihatkan dalam hierarki sisa

Pengasingan

Pelupusan Sisa Pengolahan Sisa

Pemprosesan

Pengitaran Semula Pemindahan Pengangkutan

(4)

pepejal yang menekankan kepada pengurangan sisa sebelum sampai ke tapak pelupusan.

Rajah 2.2 Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal Semasa Sumber: PPSPPA 2013

Rajah 2.2 menunjukkan keadaan pengurusan sisa pepejal yang dikenalpasti di Malaysia buat masa sekarang. Hierarki tersebut jelas menunjukkan bahawa dalam pengurusan sisa pepejal yang dijalankan dan pelupusan menjadi pilihan utama dalam pengurusan ini. Manakala pengurangan sisa, guna semula sisa dan kitar semula sisa merupakan langkah yang tidak begitu dilaksanakan dengan secukupnya. Berdasarkan kepada hierarki tersebut, jelas menunjukkan bahawa tahap kesedaran penduduk di Malaysia masih lagi berada di tahap yang rendah khususnya dalam pengurusan yang bersifat hijau seperti kitar semula. Pelupusan sisa menjadi kaedah utama dalam menguruskan sisa yang dihasilkan dan lebih mudah tanpa ada proses atau langkah pengurusan yang kompleks.

Pengurusan sisa pepejal yang terbaik atau lebih efisien adalah pengurusan yang lebih menekankan kepada pengurangan sisa dan mengurangkan pelupusan (Sreenivasan et al. 2012). Melalui jadual 2.1 tersebut, jelas kelihatan bahawa pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula merupakan pengurusan sisa pepejal yang paling disukai, kerana bersifat mencegah dan membaiki sisa tersebut.

Pencegahan dan Pengurangan Sisa Penggunaan Semula Sisa

Kitar Semula Sisa

(5)

Peringkat rawatan pula lebih kepada assimilasi dan memperbaiki sisa yang tidak dapat diselamatkan sepenuhnya. Bahagian ini bertujuan untuk memperbaiki sisa dan merawat sebelum dibuang ke tapak pelupusan atau dilepaskan ke persekitaran.

Jadual 2.1 Hierarki Sisa Pepejal Berdasarkan 3R, Rawatan dan Pelupusan

Matlamat Atribut Output

Pengurangan Pencegahan Paling Disukai

Pengunaan Semula Memperbaiki, Pencegahan Kitar Semula Memperbaiki, Pencegahan Rawatan Assimilasi, Memperbaiki

Pelupusan Assimilasi Paling Tidak Disukai

Sumber: Sreenivasan et al. 2012

Berdasarkan kepada konsep tersebut, pengurusan sisa pepejal bermula dengan penghasilan sisa dan diakhiri dengan pelupusan sisa. proses yang sama dan tidak akan berubah melainkan proses yang berada di antaranya seperti konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) yang menekankan kepada penggunaan dan pengurangan sisa yang

boleh lagi digunakan dan ditukar bentuk serta fungsi bagi mengurangkan jumlah sisa yang terhasil yang dihantar ke bahagian pelupusan. Melalui konsep ini, penekanan terhadap ciri yang sama iaitu pencegahan dan pengurangan sisa memastikan penggunaan tapak pelupusan sisa berkurangan.

2.2.3 Penjanaan sisa

(6)

besi/keluli, kaca/seramik, dan tekstil. Terdapat juga sisa yang boleh dijumpai dalam bentuk bahan kimia atau bahan mudah meletup atau terbakar seperti kerosene, cat, thinner, penyembur serangga dan ubat-ubatan. Melalui pengenalpastian sisa yang

terhasil ini, jelas menunjukkan bahawa penghasilan sisa di peringkat isi rumah adalah pelbagai bentuk dan sifat.

Tidak juga dapat dinafikan bahawa dalam penghasilan sisa yang pelbagai, jumlah penghasilan sisa juga turut dipengaruhi oleh sosioekonomi penduduk (Edema et al. 2012). Sosioekonomi penduduk jelas menunjukkan terdapat perbezaan dalam aspek mampu milik yang akhirnya mempengaruhi dalam penghasilan sisa tersebut. Walaupun sisa makanan merupakan sisa yang seringkali ditemui dalam lapisan golongan masyarakat, sisa seperti plastik dan kertas atau bahan seperti kayu dan logam adalah berbeza mengikut status ekonomi penduduk. Bagi penduduk yang tinggal dalam kawasan bandar, sisa kertas dan plastik merupakan sisa yang biasa dihasilkan dalam sesebuah isi rumah, dan adakalanya jumlah tersebut melebihi jumlah sisa makanan. Berbanding di kawasan luar bandar, sisa seperti kayu dan juga makanan menjadi sisa utama yang dihasilkan oleh penduduk di kawasan luar bandar. Sisa seperti plastik dan kertas menjadi sisa yang tidak begitu dihasilkan kerana akses untuk mendapatkan sumber sedemikian dan juga status ekonomi menyukarkan mereka untuk memperolehinya dalam jumlah yang besar.

Oleh yang demikian, penekanan terhadap jenis sisa dan jumlah penghasilan sisa diambil kira sebagai salah satu aspek yang ingin dikaji dalam pengurusan sisa pepejal di penempatan sementara telipok. Bukan itu sahaja, melalui pengenalpasti jenis sisa dan jumlah sisa yang dihasilkan, langkah mengatasi permasalahan dalam pengurusan sisa dapat dijalankan dengan baik sekali.

2.3 ULASAN KEPUSTAKAAN

(7)

yang ingin dikaji. Hal ini sangat penting bagi melihat kesignifikan kajian yang dilaksanakan dengan keadaan yang pernah berlaku pada masa yang lepas. Melalui sorotan kajian ini juga, aspek permasalahan dalam kategori yang sama juga mempunyai sudut pandangan yang berbeza, sekaligus memberikan pandangan baru dalam aspek yang sedang dikaji. Pengkategorian yang dilakukan ini berdasarkan kepada operasi pengurusan sisa, pemberi khidmat pengurusan, sikap masyarakat, impak pengurusan sisa yang lemah dan langkah mengatasi permasalahan yang dihadapi.

2.4 OPERASI PENGURUSAN SISA

Dalam aspek pengurusan sisa pepejal khususnya dalam pengoperasian pengurusan sisa ini, terdapat beberapa permasalahan yang dapat dilihat mempengaruhi kecekapan pengoperasi pengurusan sisa tersebut. Permasalahan tersebut adalah kekerapan pengutipan, prosedur pengurusan sisa dan tenaga kerja. Ketiga-tiga permasalahan ini dapat menunjukkan sama ada operasi yang dilaksanakan itu cekap atau sebaliknya.

2.4.1 Kekerapan pengutipan

(8)

Pengurusan yang sistematik dapat dilihat dalam kekerapan pengutipan dan kawasan yang dikutip secara konsisten. Pengutipan yang dilaksanakan melibatkan kawasan perumahan itu sekurang-kurangnya dua sehingga tiga kali seminggu. Namun begitu, dalam kajian yang pernah dilaksanakan oleh Nyakaana (2000), pengutipan sisa pepejal juga turut dipengaruhi oleh sosioekonomi masyarakat. Hal ini bermaksud bahawa, kawasan perumahan golongan berpendapatan tinggi mempunyai kekerapan pengutipan yang tinggi dan konsisten berbanding kawasan luar bandar (Chikobvu & Makarati 2011). Perkara ini mungkin disebabkan oleh faktor yang lain seperti kos atau kerjasama dalam sesetengah hal yang melibatkan pengoperasian pengurusan sisa pepejal tersebut.

2.4.2 Prosedur pengurusan sisa

Prosedur pengurusan sisa pula menekankan kepada aspek prosedur pengendalian sisa yang melibatkan penghantaran dan pembersihan kawasan pembuangan sisa tersebut serta prosedur dalam pengutipan yang dilaksanakan. Apabila jumlah sisa yang dijana semakin meningkat, proses pelupusan yang menggunakan kawasan yang terbuka akan meningkat dan menyebabkan tapak pelupusan sedemikian tidak terurus (Mbeng et al. 2012). Perkara ini menunjukkan sistem pengurusan sisa pepejal yang dilaksanakan akan menyebabkan sisa pepejal tidak akan dapat diuruskan dengan sebaiknya (Alexander et al. 2012) yang menjadi salah satu petunjuk dalam ketidakcekapan pengurusan sisa pepejal (Nyakaana 2000). Dalam aspek pembersihan, prosedur yang cekap adalah prosedur yang membersihkan kawasan rumah sampah apabila kutipan telah selesai dilaksanakan. Permasalahan wujud apabila kawasan sekitar rumah sampah serta kemudahan yang disediakan seperti tong sampah tidak dijaga dengan sebersihnya yang akan membawa kepada permasalahan seperti masalah bau dan serangga (Issam et al. 2010). Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab haruslah membersihkan rumah sampah serta tong sampah tersebut bagi memastikan permasalahan dapat dikurangkan atau dapat dielakkan pada masa akan datang.

(9)

apabila peralatan yang digunakan adalah peralatan yang berfungsi dengan baik dan mampu membuat kutipan bersih pada waktu tersebut. Namun begitu, sekiranya peralatan yang digunakan adalah jenis manual atau penggunaan tangan seperti penyodok atau menggunakan tangan sendiri dalam membuat kutipan, ia tidak akan dapat membuat pengutipan yang sepenuhnya dan efisien (Yeny & Yulinah 2012). Penggunaan penyodok mampu membuatkan plastik sampah atau sisa yang dikutip tidak dapat dikutip sepenuhnya dan adakalanya menyebabkan sisa pepejal tersebut semakin berselerak atau bertabur. Kaedah sedemikian juga hanya mampu mengutip 70 peratus sisa yang diuruskan, selebihnya akan berlonggok dalam kawasan tersebut.

Selain dari itu juga, kenderaan yang digunakan dalam pengutipan mempengaruhi kecekapan prosedur pengurusan sisa. Kenderaan yang digunakan haruslah dalam keadaan yang baik dan berfungsi dengan sebaiknya. Bukan itu sahaja, tempat penyimpanan dalam kenderaan pengutip sampah juga perlu dalam keadaan yang baik dan sesuai. Kenderaan yang lusuh dan lama serta rosak menyebabkan pengutipan sampah tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya (Yeny & Yulinah 2012). Malah, kenderaan yang tidak mempunyai penutup bagi menutup sisa pepejal, seperti lori kecil yang bukan dibina sebagai lori sampah akan menyebabkan sisa pepejal yang dikutip mudah dibawa oleh angin dan jatuh ke atas jalan (Mbeng et al. 2012). Berdasarkan kepada perkara ini, keadaan kenderaan serta keadaan struktur kenderaan yang digunakan haruslah bersesuaian dengan fungsi yang terlibat.

2.4.3 Tenaga kerja

(10)

Kekurangan tenaga kerja dalam pengendalian sisa ini juga memberikan impak yang agak mendalam dalam aspek pengurusan (Seow 2004). Kekurangan tenaga kerja akan menyebabkan perjalanan dan perlaksanaan pengurusan sisa menjadi lambat dan kecekapan dalam pengurusan tidak akan dapat dicapai sepenuhnya. Hal ini sekaligus menyebabkan perkhidmatan yang terlibat tidak dapat digunakan dan diberikan dengan sepenuhnya. Kekurangan tenaga kerja akan menyukarkan kekerapan pengutipan dan kecekapan pengutipan sisa pepejal, malah perkara ini juga akan membawa kepada pengutipan sisa pepejal yang tidak konsisten.

Bukan itu sahaja, status pekerja dalam pengurusan sisa pepejal, khususnya mereka yang bekerja dalam bahagian operasi iaitu bahagian pengutipan juga mempunyai kesan yang agak besar dalam pengutipan. Selain dari pekerja yang tidak berpengalaman, pengurusan sisa menjadi kurang efektif apabila tenaga kerja yang digunakan sentiasa berubah dan tidak tetap (Issam et al. 2010). Penglibatan saudara atau kenalan sebagai ganti sekiranya pekerja tidak dapat menghadirkan diri menunjukkan bahawa pengurusan yang diberikan adalah tidak cekap kerana pekerja yang terlibat tidak mempunyai atau tidak diketahui akan status pekerjaannya. Perubahan tenaga kerja walau hanya sementara memberikan kesan yang tidak baik dalam pengurusan tersebut kerana menunjukkan tahap perkhidmatan yang tidak konsisten.

2.5 PEMBERI KHIDMAT PENGURUSAN

(11)

jugalah yang akan menanggung kos pengurusan, kos upah, kos kenderaan, kos penyelenggaraan, kos kontigensi dan lain-lain lagi.

2.5.1 Pihak pengurusan

Pihak pengurusan merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan sisa pepejal ini boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu kerajaan dan swasta. Sebagaimana pengurusan sisa ini di bawah kuasa kerajaan tempatan, pemberian konsesi kepada pihak swasta juga merupakan satu langkah yang baik dalam memastikan pengurusan sisa pepejal berada dalam tahap yang terbaik (KPKT 2011). Penswastaan yang dilaksanakan ini diharap menjadi pemacu transformasi ke arah pengurusan sisa yang cemerlang. Suka untuk dimaklumkan bahawa, dalam penswastaan yang dilaksanakan oleh kerajaan tempatan itu sendiri, kesan baik dan buruk merupakan kesan yang tidak dapat dielakkan. Kesan yang baik seperti pertambahan pihak yang menguruskan sisa pepejal ini menjadikan lebih banyak kawasan yang terlibat dalam satu pengurusan yang sama. Perkara ini akan dapat mengurangkan permasalahan dalam liputan pengutipan sisa dan akan dapat mewujudkan kepelbagaian kaedah dalam pengurusan sisa pepejal.

(12)

liputan pungutan yang kurang mencukupi menyebabkan pihak pengurusan mempunyai pengurusan sisa yang lemah.

Bukan itu sahaja, status ekonomi dalam sesetengah kawasan kajian juga memainkan peranan yang agak penting seperti kawasan berprofil tinggi dan kawasan pinggir bandar (Mbeng et al. 2012). Disebabkan perbezaan tersebut, pemberian perkhidmatan dalam pengurusan sisa pepejal dilihat tidak seimbang. Pemberian perkhidmatan yang tidak sekata membawa kepada permasalahan yang lain seperti pengutipan sisa yang tidak konsisten dan juga masalah longgokan sisa pepejal. Walaupun duit diperlukan dalam operasi (Nyakaana 2000), namun pemberian khidmat juga perlu sekata dan konsisten. Perletakan kemudahan yang jauh dari penduduk setempat menyebabkan mereka malas untuk membuang ke kawasan yang disediakan yang akhirnya mendorong mereka untuk membakar atau membuang sisa pepejal di kawasan bahu jalan dan juga ke dalam sistem saliran (Mbeng et al. 2012).

Selain itu, pengurusan sisa pepejal yang tidak cekap juga melibatkan konflik pertindihan kuasa dalam pengurusan hal tersebut (Ukpong & Udofia 2011). Konflik yang berlaku ini disebabkan oleh persempadanan pengurusan yang tidak jelas dan menyebabkan tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam hal yang berlaku. Disebabkan oleh konflik ini jugalah, sisa tidak dapat diuruskan dengan sebaiknya kerana pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini tidak diketahuiakan status pengurusan sisa pepejal.

2.5.2 Peralatan yang digunakan

(13)

Perkara ini juga disokong dalam kajian yang dijalankan oleh Ukpong dan Udofia (2011), menyatakan bahawa pengurusan sisa yang kurang efektif juga disebabkan oleh kekurangan kenderaan dalam pengutipan dan pelupusan sisa. Pengurusan sisa yang tidak efisien juga disebabkan oleh penyelenggaran kenderaan sampah yang jarang dilaksanakan dan menjadi salah satu faktor dalam menyebabkan kenderaan pengangkut sampah tidak dapat berfungsi dengan baik (Seow 2004).

Sepertimana di negara-negara asia yang lain, penggunaan kenderaan lama atau kenderaan pengutipan sampah yang lama memberikan kesan yang negatif kepada pengurusan sisa (Yeny & Yulinah 2012). Permasalahan dalam kecekapan pengurusan dipengaruhi oleh kenderaan yang digunakan, dan kenderaan yang lama dan lusuh memberikan permasalahan dalam pengutipan sisa kerana tidak dapat menampung kapasiti sisa serta operasi pengurusan menjadi lambat (Issam et al. 2010). Selain dari kenderaan untuk mengutip sampah, peralatan penstoran iaitu tong sampah juga merupakan indikator penting dalam pengurusan sisa yang efisien. Tanpa adanya penstoran yang baik, permasalahan yang serius akan berlaku (Nyakaana 2000). Hal ini kerana, sebelum pengutipan dilakukan, sisa pepejal perlu disimpan dalam keadaan yang baik dan tidak merata-rata bagi mengelakkan permasalahan dalam kemudaratan kesihatan penduduk sekitar dan pencemaran bau dari berlaku. Perkara ini hanya berlaku sekiranya penggunaan penyimpanan itu tidak mencapai standard yang diinginkan iaitu tertutup dan tidak bocor (Ukpong & Udofia 2011).

2.5.3 Kos yang terlibat

(14)

berkesan seperti dalam kajian yang dijalankan oleh Issam et al. (2010). Kos pengurusan tidak dapat diperolehi dengan sebaiknya kerana ada yang tidak membayar dan juga tiada rekod yang menyimpan pengguna yang telah membayar, menyebabkan kecelaruan dan ketidakpercayaan kepada pemberi khidmat. Perkara ini menyebabkan aliran tunai atau aliran kos pengurusan tidak berjalan dengan lancar menyebabkan pemberian perkhidmatan dalam pengurusan sisa tergendala atau tertangguh (Chikobvu & Makarati 2011).

Aliran kos atau tunai yang tidak berjalan dengan lancar menyebabkan kos pengurusan tidak dapat ditanggung oleh pihak pengurusan, menyebabkan perkhidmatan tidak berjalan dengan baik. Pihak pengurusan terpaksa menanggung kerugian dalam perkara ini menyebabkan pengutipan sisa pepejal mempunyai kekerapan yang jarang atau menangguh jadual pengutipan sisa (Alexander et al. 2012). Apabla penangguhan berlaku, maka pengutipan tidak dapat dijalankan secara konsisten atau mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan sisa terkumpul dan permasalahan yang lebih serius berlaku. Pembayaran yang tidak konsisten selalunya di kawasan yang sangat jarang sekali pengutipan sisa dilakukan (Nyakaana 2000). Melalui kos ini jugalah pihak pengurusan yang terlibat mampu untuk membuat keputusan berkaitan dengan kewangan dan pengurusan sisa dengan lebih efektif kerana adanya sumber yang membolehkan operasi sisa diteruskan seperti biasa (Alam & Kafeel 2013). Perkara ini juga disokong dalam kajian yang dijalankan oleh Seow (2004), iaitu sumber kewangan merupakan salah satu kekangan yang dihadapi dalam pengurusan sisa kerana boleh dikatakan menjadi dorongan dan inisiatif dalam mencapai pengurusan yang lebih baik.

2.6 SIKAP MASYARAKAT

(15)

keselesaan hidup tercapai. Sikap masyarakat perlu dinilai dan dikenalpasti sama ada masyarakat ini sanggup untuk membayar atau tidak terhadap perkhidmatan yang diberikan dan juga keterbukaan atau penerimaan dalam pengadaptasian pengurusan sisa yang dilaksanakan. Perkara ini penting bagi membolehkan pengoperasian dan pengurusan sisa mencapai tahap yang optimum melalui respon yang diberikan oleh masyarakat. Dalam erti kata lain, respon yang diberikan membolehkan operasi pengurusan beradaptasi dan juga mempunyai kaedah pengurusan alternatif sekiranya pengurusan yang dijalankan pada waktu semasa tidak disukai oleh penduduk setempat.

2.6.1 Kesanggupan membayar

Aspek kesanggupan membayar pula melibatkan masyarakat yang sanggup membayar bagi mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dalam hal yang berkaitan pengurusan sisa pepejal. Kajian yang berkaitan dalam kesanggupan untuk membayar khususnya terhadap pengurusan sisa pepejal jarang dibuat dalam satu kajian yang khusus tetapi ada dilaksanakan sebagai salah satu komponen kecil dalam sesuatu kajian yang berkaitan. Dalam kajian yang dijalankan, penduduk setempat sanggup membayar perkhidmatan pengurusan sisa sekiranya mempunyai kaedah pengurusan yang baik berbanding yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Persetujuan dalam membayar caj lebih diberikan berada pada tahap yang memberansangkan sekiranya perkhidmatan yang diberikan adalah pada tahap yang terbaik (Hasnah Ali et al. 2012). Hal ini kerana, penduduk di kawasan tersebut menyedari akan kebaikan dalam memperolehi pengurusan yang baik serta keselesaan hidup yang bebas dari permasalahan sampah (Edema et al. 2012).

(16)

penduduk kerana hal ini boleh dianggap masih dalam kemampuan masyarakat tersebut.

2.6.2 Penerimaan dan adaptasi pengurusan sisa

Aspek penerimaan terhadap adaptasi pengurusan sisa ini merujuk kepada penerimaan responden atau penduduk terhadap aplikasi pengurusan sisa semasa dan juga perkara yang berkaitan yang membolehkan mereka terlibat sama dalam pengurusan ini. Penerimaan ini juga menilai tindakan yang diberikan oleh mereka yang terlibat di peringkat isi rumah dan juga peringkat perumahan. Terdapat dua sifat yang bertentangan dalam perkara ini, iaitu golongan yang mengasingkan sisa kepada lima bahagian iaitu kertas, plastik, kaca, logam dan sisa organik boleh kompos serta masyarakat yang tidak mengasingkan sampah (Issam et al. 2010). Hal ini menunjukkan bahawa terdapat juga segelintir masyarakat yang memahami kepentingan pengasingan ini dibuat, manakala yang tidak mengasingkan sisa tersebut berpendapat bahawa mereka tidak suka mengurus sisa. Terdapat juga yang takut terhadap kesan seperti mendapat penyakit dan ada yang menyatakan bahawa mereka tiada masa untuk berbuat sedemikian. Perkara ini menunjukkan perbezaan yang sangat ketara di peringkat rumah.

(17)

Terdapat juga pengadaptasian masyarakat yang agak konvensional dalam pengurusan sisa pepejal ini (Alexander et al. 2012). Pengurusan yang sangat lemah di kawasan perumahan khususnya di kawasan perumahan golongan yang berpendapatan rendah menunjukkan kecenderungan dalam pembakaran sampah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat di kawasan tersebut lebih menggemari kaedah pembakaran sampah. Berbeza pula dengan kajian yang dijalankan di Harare, Zimbabwe, masyarakat di kawasan tersebut mendapat gelaran ”Thrown-away Society” yang bermaksud masyarakat yang suka membuang sampah (Chikobvu & Makarati 2011). Masyarakat di kawasan ini gemar membuang sampah ke dalam sistem saliran walaupun sedar akan perkara tersebut, mereka beranggapan bahawa sampah yang dibuang itu akan dibawa pergi dari kawasan tempat tinggal mereka. Namun begitu, sampah yang dibuang itu berlonggok dan menyebabkan sistem saliran tersumbat dan akhirnya menyebabkan air bertakung dan membawa kepada permasalahan yang lain seperti banjir kilat.

2.7 IMPAK DARI PENGURUSAN SISA YANG LEMAH

(18)

2.7.1 Impak terhadap alam sekitar

Impak terhadap alam sekitar ini berlaku kerana pengurusan dalam pengendalian sisa khususnya dalam pengutipan dan penstoran berada di tahap yang lemah yang mana akhirnya menyebabkan alam sekitar terjejas akibat kelemahan tersebut. Kelemahan yang dimaksudkan ini dapat dilihat khususnya dalam aspek lokasi pembuangan sampah tersebut. Kajian yang dijalankan oleh Nyakaana (2000) menunjukkan bahawa pembuangan sampah di kawasan yang berdekatan dengan aliran sungai, kawasan lembah dan juga kawasan paya memberikan kesan yang buruk kepada kawasan sekitar tersebut. Perkara ini berlaku kerana terdapatnya cecair yang mengalir keluar dari sisa tersebut dan mencemarkan kawasan sekitarnya (Alexander et al. 2012).

Selain itu, pembakaran terbuka juga merupakan kesan dari pengurusan sisa yang lemah dan memberikan kesan yang semestinya membawa kepada pencemaran udara. Sisa yang dibakar akan memberikan kesan toksik yang akhirnya menyebabkan kawasan hijau di kawasan sekelilingnya mati dan layu, sekiranya terdapat sisa yang dibakar adalah bersifat toksik. Berdasarkan kepada kesan yang berlaku, pengurusan sisa yang lemah ini telah menyebabkan kawasan alam sekitar menerima kesan yang buruk hasil dari pengurusan sisa yang lemah. Tindakan yang lebih aggresif diperlukan dalam menangani permasalahan yang berlaku ini. Selain dari kesan kepada alam sekitar, manusia juga turut menerima pelbagai kesan hasil dari pengurusan sisa yang lemah ini.

2.7.2 Impak terhadap manusia

(19)

tidak dikutip dan berlonggok menyebabkan kawasan tersebut menjadi tempat pembiakan serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk aedes, tikus dan lipas dan akan menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan kerana pengurusan dalam pembersihan yang sangat lemah di kawasan tersebut (Mbeng et al. 2012).

Bukan itu sahaja, bagi kawasan perumahan yang berdekatan dengan kawasan pembuangan atau tapak pelupusan, kesan yang paling ketara dan selalu diterima oleh penduduk adalah pencemaran bau. Dalam kajian yang dijalankan oleh Zaini Sakawi et al. (2011), penduduk berpendapat bahawa pencemaran bau tersebut menyebabkan kesan yang buruk kepada kesihatan penduduk. Keadaan ini memberikan kesan yang agak negatif khususnya yang melibatkan sakit kepala ataupun pening. Pencemaran bau ini juga bukan sahaja menyebabkan kesihatan merosot, tetapi aktiviti harian juga terhad disebabkan ketidakselesaan bau yang terhasil dari perkara ini. Sama seperti dalam kajian yang dijalankan oleh Van Harreveld (2003), pencemaran bau ini berlaku kerana pengurusan yang sangat lemah dalam menangani permasalahan bau ini, khususnya perkara yang berkaitan dengan sisa pepejal. Disebabkan pengurusan yang lemah ini, menyebabkan gangguan kepada keselesaan penduduk di kawasan sekitarnya. Perkara ini terjadi kerana sisa yang diuruskan tersebut tidak dirawat dan dibersihkan dengan sebaiknya serta tidak dilupuskan dengan sepenuhnya. Disebabkan oleh itu, pencemaran bau tetap berlaku dan akan mengambil tempoh yang agak lama untuk menangani permasalahan tersebut (Issam et al. 2010).

2.8 LANGKAH PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG EFISIEN

(20)

khususnya dalam aspek peraturan, akta dan piawaian perundangan yang tertentu yang melibatkan pengurusan sisa pepejal.

2.8.1 Langkah bukan perundangan

Langkah bukan perundangan melibatkan kesedaran awam, pembiayaan, kepakaran, peralatan dan kemudahan (Issam et al. 2010). Langkah tersebut merupakan langkah yang agak signifikan dengan mengambil kira kawasan yang dikaji melibatkan kawasan yang pelbagai dari kawasan perumahan sehinggalah ke kawasan kem pelarian. Disebabkan keadaan persekitaran yang sedemikian, maka langkah yang dikenalpasti adalah bersifat praktikal yang memerlukan langkah yang segera serta bersifat teknikaliti. Terdapat juga langkah yang melibatkan kesedaran (kempen), pendidikan, pembiayaan yang secukupnya dan penyediaan kemudahan yang baik (Alexander et al. 2012; Mbeng et al. 2012).

Selain dari itu, terdapat juga langkah yang dikatakan menguntungkan pihak isi rumah, iaitu melalui penjualan sisa sebagai bahan terpakai atau sebagai fungsi lain (Junaidah Ahmad Kalana 2010). Penjualan fungsi lain melibatkan penjualan komponen-komponen tertentu seperti barangan elektronik sama ada melibatkan skrin, papan kekunci atau komponen yang masih berfungsi. Ini menunjukkan kaedah langkah yang agak menggalakkan kerana penukaran sampah kepada wang atau barangan bernilai merupakan langkah yang baik dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Terdapat juga kaedah yang tertentu dalam mengurangkan sisa yang boleh diguna semula dan diubahsuai akan fungsinya kepada benda yang boleh digunakan secara harian. Sebagai contohnya tayar lama dijadikan sebagai selipar, tin aluminium pula menjadi tempat pemegang lilin dan kertas lama atau surat khabar lama dijadikan sebagai sampul surat (Chikobvu & Makarati 2011; Nyakaana 2000).

(21)

dilaksanakan dalam negera-negera asia. Melihat kepada potensi penukaran sisa tersebut dengan kadar penghasilan sisa serta keadaan kawasan pedalaman dan luar bandar yang masih tidak mendapat bekalan elektrik, waste-to-energy merupakan langkah yang terbaik. Bagi melaksanakan kaedah sedemikian, pembinaan insinerator sangat diperlukan kerana melalui pembakaran sisa pepejal, barulah tenaga dapat dihasilkan. Berdasarkan kepada Garis Panduan Perancangan Tapak Insinerator yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, insinerator yang berskala kecil merupakan kaedah yang terbaik. Pembinaan insinerator ini tertakluk di bawah seksyen 34A, perkara 18 (a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang menyatakan bahawa insinerator memberikan kesan yang agak buruk kepada alam sekitar sekiranya tidak diselia dengan baik dan merupakan langkah alternatif dan ingin dielakkan dengan melihat kepada skala pencemaran udara yang boleh dihasilkan.

(22)

Hal ini juga menunjukkan bahawa penghasilan tenaga elektrik bagi setiap tan adalah sebanyak 500 hingga 600 kWh. Sisa yang dihasilkan mampu digunakan sebagai salah satu kaedah penghasilan tenaga elektrik dan mampu membekalkannya dengan jumlah yang secukupnya. Penghasilan insinerator berskala kecil ini juga merupakan idea yang bernas khususnya dalam mengurangkan sisa dan juga membekalkan elektrik pada masa yang sama.

2.8.2 Langkah perundangan

Penekanan bahawa langkah tersebut haruslah melibatkan penilaian semula undang-undang yang ditekankan bagi melihat keberkesanan tersebut (Alexander et al. 2012). Pematuhan undang-undang juga haruslah diikuti dengan perlaksanaan penguatkuasaan undang-undang yang tegas. Perkara ini dilihat sebagai salah satu elemen yang penting dalam memastikan pengurusan dalam sisa pepejal dilaksanakan dengan efisien. Menurut Seow (2004) langkah yang terbaik dalam pengurusan sisa pepejal dalam aspek perundangan adalah melalui penilaian semula undang-undang dan peraturan serta penswastaan dalam pengurusan tersebut. Ini akan memastikan organisasi yang terlibat dapat disusun dan dikategorikan berdasarkan kepada kuasa dan skop tugas yang diberikan. Selain itu, pengenalpastian dalam penambahbaikan pengurusan sisa tersebut, pengawalseliaan dan perlaksanaan bagi kerangka undang-undang yang ada haruslah dilaksanakan dan diperkuatkuasakan dengan tegas (Ukpong & Udofia 2011). Perkara ini adalah penting dalam memastikan penduduk dan pihak yang terlibat mengetahui akan garis panduan dan juga penalti yang akan dikenakan sekiranya tidak mematuhi peraturan yang sedia ada.

2.9 JURANG PENYELIDIKAN

(23)

pengutipan sahaja (Yeny & Yulinah 2012). Berbanding dalam kajian ini, skop dari penghasilan sehinggalah ke pengutipan di ambil kira dan diperlihatkan lagi perbezaan pengurusan dan pengendalian sisa pepejal di peringkat isi rumah dan kawasan perumahan. Perkara seperti penghasilan, penstoran, pembuangan dan prosedur pengutipan diperincikan lagi dalam kajian ini berbanding kajian-kajian yang lepas

Selain itu, kajian ini juga menumpukan kepada peraturan yang telah ditetapkan sebagai panduan pihak swasta dalam mengikuti perlaksanaan tersebut. Kajian yang telah disorot tiada yang menyentuh tentang keberkesanan panduan dan pematuhan peraturan atau garis panduan dalam pengurusan sisa (Seow 2004). Dalam kajian ini, peraturan tersebut ditekankan dengan melihat kepada panduan yang ditetapkan oleh JKKK dan juga DBKK. Hal ini jelas menunjukkan kajian ini mempunyai sudut pandangan yang berbeza dengan kajian lepas yang pernah dilaksanakan. Dalam aspek cadangan ini, kajian lepas dan semasa tidak mempunyai perbezaan yang sangat ketara khususnya dalam perkara yang melibatkan perundangan dan bukan perundangan secara umum.

2.10 KESIMPULAN

Referensi

Dokumen terkait