• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 2 Pengurusan Risiko

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bab 2 Pengurusan Risiko"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)Book Manuscript Prinsip Pengurusan Risiko dan Insurans (2nd edition) Hendon Redzuan & Rubayah Yakob. Bab 2. PENGURUSAN RISIKO Objektif Pembelajaran Selepas mempelajari bab ini, anda patut boleh: . Menerangkan langkah-langkah dalam proses pengurusan risiko. . Menerangkan semua teknik kawalan risiko dan pembiayaan risiko. . Menerangkan kaedah untuk mengenalpasti risiko. . Membeza dan menerangkan semua kaedah penilaian risiko. . Membincangkan kaedah untuk memilih teknik pengurusan risiko yang sesuai.. R. isiko yang dihadapi oleh organisasi perlu diuruskan bagi mengelak organisasi daripada mengalami kerugian tenat yang bukan saja boleh menjejaskan aset dan perolehan, malahan boleh menyebabkan kebankrapan. Terdapat satu pendekatan sistematik untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh individu atau organisasi bagi meminimumkan kesan kewangan akibat sesuatu kerugian yang berlaku. Kaedah ini dipanggil pengurusan risiko. Pengurusan risiko merupakan satu pendekatan saintifik kepada masalah risiko tulen. Objektifnya adalah untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko tulen yang dihadapi oleh individu dan firma perniagaan. Walaupun istilah.

(2) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 2. pengurusan risiko merupakan fenomena yang baru, namun sebenarnya ia sudah dipraktikkan seawal pemeradaban lagi. Di negara kita, konsep pengurusan risiko masih lagi diperingkat infancy. Kebanyakan organisasi masih tidak begitu memahami konsep ini, walaupun mereka sebenarnya telah melaksanakan pengurusan risiko dalam organisasi mereka. Kebanyakan organisasi beranggapan bahawa pengurusan risiko adalah sama dengan insurans. Pengurusan risiko tidak sepatutnya dikelirukan dengan pengurusan insurans. Pengurusan risiko merangkumi konsep yang lebih meluas dengan melibatkan berbagai-bagai teknik untuk mengendalikan pendedahan kerugian. Insurans adalah salah satu daripada teknik yang boleh dilaksanakan, tetapi bukanlah satu-satunya teknik menguruskan risiko. Walaupun boleh dilakukan oleh individu, pengurusan risiko lazimnya dilaksanakan oleh organisasi, terutamanya sektor pembuatan, pengangkutan dan pembinaan. Biasanya dalam sesebuah organisasi yang besar, pelaksanaan proses ini menjadi tanggungjawab jabatan pengurusan risiko yang diketuai oleh pengurus risiko (risk manager).. Definisi Pengurusan Risiko Pengurusan risiko boleh ditakrifkan sebagai satu proses mengenalpasti pendedahan kerugian yang dihadapi oleh sesebuah organisasi dan memilih teknik yang paling sesuai untuk menguruskan pendedahan tersebut. Program pengurusan risiko adalah pendekatan sistematik untuk menguruskan risiko tulen yang dihadapi oleh organisasi, dengan meramal kerugian luar kawal yang mungkin berlaku dan mereka-bentuk serta melaksanakan prosedur yang sesuai dengan tujuan meminimumkan bilangan kerugian atau kesan kewangan daripada kerugian yang berlaku. Program ini melibatkan proses pengenalpastiani pendedahan kerugian yang dihadapi oleh organisasi dan pemilihan teknik yang paling sesuai untuk mengendalikan pendedahan-pendedahan kerugian yang boleh menjejaskan aset dan perolehan organisasi.. Objektif Pengurusan Risiko Sebelum program pengurusan risiko dilaksanakan, organisasi perlu perlu memutus dan menentukan dengan tepat apakah yang diharapkan oleh organisasi untuk dicapai melalui program pengurusan risiko yang akan dilaksanakannya. Objektif ini akan menjadi garis panduan utama kepada pengurus risiko dan pasukannya dalam melaksanakan tugas mereka..

(3) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 3. Objektif utama rancangan pengurusan risiko bagi kebanyakan organisasi adalah ketahanan (survival), iaitu keupayaan organisasi untuk bertahan daripada kerugian serta memastikan organisasi boleh meneruskan operasi selepas sesuatu kerugian berlaku. Objektif ini merujuk kepada pengelakan terhadap kerugian katastrofi yang boleh menyebabkan organisasi bankrup atau terhalang daripada menjalankan fungsinya. Seterusnya, ketahanan juga bermaksud memelihara keberkesanan operasi demi memastikan organisasi tidak terhalang daripada mencapai matlamatnya oleh risiko tulen atau kerugian yang timbul daripada risiko tersebut. Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi disaman oleh pengguna, organsisasi diharapkan masih boleh meneruskan perniagaan walaupun mungkin terpaksa membayar sejumlah pampasan yang besar kepada pengguna tersebut. Atau katalah sebuah organisasi mengalami kebakaran yang mungkin memusnahkan sebahagian besar premisnya. Melalui proses pengurusan risiko, kesan kebakaran boleh diminimumkan, dengan itu operasi syarikat masih boleh diteruskan . Selain objektif ketahanan yang paling utama, banyak lagi objektif lain program pengurusan risiko yang boleh dipilih oleh sesebuah organisasi. Pada umumnya, objektif pengurusan risiko boleh dikategorikan sebagai objektif sebelum kerugian (pre-loss) dan objektif selepas kerugian (post-loss). Objektifobjektif yang disarankan adalah seperti yang berikut.. Objektif Sebelum Kerugian: (1) Ekonomi Objektif ini bermaksud sesebuah organisasi perlu membuat persediaan untuk menghadapi kerugian berpotensi secara yang paling ekonomik. Persediaan ini melibatkan analisis kos program keselamatan, premium insurans dan kos untuk pelbagai teknik mengendalikan kerugian. Objektif ekonomi juga bertujuan memastikan keberkesanan penggunaan sumber secara yang paling optima. (2) Pengurangan Kebimbangan Pendedahan kerugian boleh menyebabkan kebimbangan kepada pihak pengurusan dan juga pengurus risiko. Misalnya, ancaman tuntutan mahkamah daripada pengguna akibat produk rosak, ataupun kemungkinan berlakunya bencana alam seperti gempa bumi atau taufan yang boleh menyebabkan kemusnahan teruk terhadap premis perniagaan. Program pengurusan risiko diharapkan dapat mengurangkan kebimbangan yang wujud supaya semua pihak dapat melakukan tugas dalam keadaan tenteram dan yakin..

(4) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 4. (3) Memenuhi Obligasi Undang-undang Undang-undang menghendaki sesebuah firma melindungi pekerja daripada kecederaan atau kematian akibat tugas dengan memastikan tempat bekerja adalah selamat dan selesa, peralatan dan material yang digunakan juga adalah selamat dan berfungsi dengan baik, pakaian keselamatan khas disediakan bagi bidang tugas yang berisiko tinggi. Selain itu, firma juga dikehendaki memasang peralatan keselamatan, misalnya alat pencegahan kebakaran, membuang bahan buangan berbahaya seperti toksid secara selamat, dan meletakkan label pada produk secara yang wajar. Kesemua ini adalah antara obligasi undang-undang yang perlu dipenuhi oleh firma sebelum berlakunya kerugian.. Objektif Selepas Kerugian: (1) Ketahanan Seperti yang telah dibincangkan, ketahanan bermaksud selepas berlakunya kerugian, firma boleh menyambung operasinya walaupun mungkin sebahagian sahaja, dalam tempoh masa yang wajar. (2) Penerusan Operasi Bagi sesetengah jenis perniagaan, keupayaan untuk meneruskan operasi selepas berlaku kerugian sangat penting, supaya pelanggan dapat terus menerima perkhidmatan yang diperlukan dan tidak berpindah kepada pesaing. Organisasi seperti syarikat telefon, bank, dan firma-firma lain yang berdaya saing perlu meneruskan operasi selepas berlakunya kerugian bagi menjaga kepentingan pelanggan. (3) Kestabilan Perolehan Perolehan per sher perlu dipelihara bagi menjaga kepentingan pemegang saham. Hal ini boleh dicapai jika organisasi meneruskan operasi selepas kerugian berlaku walaupun mungkin terpaksa menimbulkan belanja tambahan yang besar kerana organisasi mungkin terpaksa beroperasi di lokasi yang lain atau menyewa mesin untuk operasi. (4) Pertumbuhan Berterusan Sesebuah firma boleh tumbuh melalui pengeluaran produk dan pasaran baru, atau melalui pemerolehan (acquisition) atau percantuman (merger). Oleh itu, pengurus risiko perlu mempertimbangkan kesan kerugian atas keupayaan organisasi untuk tumbuh. Untuk terus tumbuh, firma misalnya perlu berupaya mengeluarkan produk baru walaupun menghadapi sesuatu kerugian..

(5) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 5. (5) Tanggungjawab Sosial Objektif ini bertujuan meminimumkan kesan kerugian terhadap orang lain dan juga masyarakat. Kerugian yang tenat yang dialami oleh organisasi boleh memberi kesan buruk kepada pekerja, pembekal, penghutang dan pengguna pada amnya. Oleh itu, perancangan perlu dibuat supaya walaupun kerugian tenat dialami oleh organisasi, namun hubungan awam yang baik dapat dipelihara. Apabila objektif-objektif program pengurusan risiko firma sudah dikenal pasti, mereka patut diakui secara formal dalam polisi pengurusan risiko korporat (corporate risk management policy). Dokumen ini memberikan garis panduan untuk mencapai program pengurusan risiko yang berkesan dan konsisten dengan memberikan maklumat terperinci mengenai matlamat program yang hendak dilaksanakan dan cara pelaksanaannya.. Proses Pengurusan Risiko Proses pengurusan risiko melibatkan lima langkah yang perlu dilaksanakan oleh organisasi dalam menguruskan risiko yang dihadapinya. Langkah-langkah dalam proses pengurangan risiko adalah seperti berikut: 1.. 2.. Mengenal pasti risiko Mengenalpasti sebanyak mungkin pendedahan kerugian dan berpotensi yang dihadapi oleh organisasi. kerugian. Menilai risiko Mengukur dan menganalisa pendedahan kerugian, dan menganggarkan kekerapan serta saiz kerugian berpotensi yang dihadapi oleh organisasi.. 3. Memilih teknik-teknik pengurusan risiko yang sesuai Mempertimbangkan teknik-teknik pengurusan risiko yang boleh dilaksanakan dan memilih gabungan teknik yang paling sesuai untuk menguruskan pendedahan kerugian. 4. Melaksana teknik-teknik yang dipilih Melaksanakan program pengurusan risiko berdasarkan gabungan kaedah yang telah dipertimbangkan dan dipilih. 5.. Memantau dan mengkaji semula program pengurusan risiko Memantau dan menilai hasil pelaksanaan, mengkaji semula program pengurusan risiko yang dilaksanakan..

(6) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 6. Setiap langkah dalam proses pengurusan risiko akan dibincangkan dengan mendalam dalam bab ini. Proses pengurusan risiko boleh digambarkan seperti dalam Paparan 2.1 berikut. Paparan 2.1 Langkah-langkah Dalam Proses Pengurusan Risiko. PROSES PENGURUSAN RISIKO Pengenalpastian Risiko Penilaian Risiko Pemilihan teknik yang sesuai untuk menguruskan risiko Pelaksanaan teknik yang dipilih Pemantauan dan kajian semula program pengurusan risiko. Pengenalpastian Risiko Sebelum sebarang langkah diambil untuk menguruskan risiko, risiko itu perlu dikenal pasti terlebih dahulu. Untuk tujuan ini, pengurus risiko perlu benar-benar mengenali organisasinya dan memahami kesemua aspek yang berkaitan dengan operasinya. Dalam proses ini, pengurus risiko perlu cuba mengenal pasti seberapa banyak risiko yang boleh dihadapi oleh organisasinya, sama ada yang melibatkan pendedahan kerugian yang besar mahupun yang kecil. Proses ini sememangnya agak sukar, kerana ia perlu dijalankan secara berterusan dan bukanlah satu perkara mudah untuk mengetahui kesemua risiko yang dihadapi. Sesetengah jenis risiko mungkin dihadapi oleh sebahagian besar organisasi, manakala sesetengah yang lain adalah unik kepada organisasi tertentu kerana setiap organisasi mempunyai ciri-ciri tersendiri dari segi fungsi dan operasi..

(7) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 7. Pendedahan Kerugian Yang Lazim Bagi Kebanyakan Organisasi Antara pendedahan kerugian yang lazim dihadapi oleh kebanyakan organisasi adalah seperti berikut: 1.. Pendedahan Kerugian Harta  Bangunan, loji, struktur  Perabot, peralatan, bekalan  Peralatan pemprosesan data elektronik, software komputer  Akaun boleh terima, kertas berharga, rekod  Kenderaan milik firma. 2.. Pendedahan Kerugian Liabiliti  Liabiliti produk  Pencemaran alam sekitar  Diskriminasi terhadap pekerja, pemecatan salah (wrongful dismissal)  Liabiliti awam  Liabiliti pemilik tanah dan premis  Liabiliti majikan  Liabiliti profesional  Liabiliti salah amalan  Liabiliti pemilik kenderaan. 3.. Pendedahan Kerugian Pendapatan Perniagaan  Kehilangan pendapatan akibat kerugian  Perbelanjaan berterusan selepas kerugian  Perbelanjaan tambahan  Kerugian pendapatan perniagaan kontinjen. 4.. Pendedahan Kerugian Sumber Manusia  Kematian atau hilang upaya pekerja mahir  Persaraan atau pengangguran  Kecederaan industri  Penyakit pekerjaan (occupational disease). 5.. Pendedahan Kerugian Jenayah  Rompakan, kecurian  Sikap tidak amanah pekerja  Penipuan dan penggelapan wang  Pendedahan jenayah internet dan komputer.

(8) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 8. 6.. Pendedahan Kerugian Faedah Pekerja  Kegagalan memenuhi peraturan kerajaan  Pendedahan pelan insurans kumpulan hayat, kesihatan dan persaraan  Kegagalan membayar faedah yang dijanjikan.. 7.. Pendedahan Kerugian Asing  Keganasan  Risiko mata wang asing  Risiko politik. Sumber Maklumat Untuk Mengenalpasti Risiko Langkah pertama dalam pengenalpastian risiko ialah untuk cuba mendapatkan sebanyak maklumat yang boleh mengenai organisasi, matlamat, fungsi dan operasinya. Kefahaman yang mendalam mengenai organisasi serta operasinya, di samping penggunaan sumber maklumat yang sesuai untuk mengenalpasti risiko boleh menjamin pendedahan risiko yang penting tidak terlepas daripada perhatian pengurus risiko. Antara sumber maklumat yang boleh digunakan adalah soal selidik analisa risiko (risk analysis questionnaires), senarai semak pendedahan (exposure checklists) dan penyata kewangan (financial statements). Selain daripada itu, sumber-sumber lain yang boleh membantu pengurus risiko mengecam pendedahan risiko yang dihadapi oleh organisasi adalahcarta aliran (flow charts), pemeriksaan fizikal (physical inspection atau site-inspection), pengalaman kerugian lampau (historical loss data), komunikasi dengan jabatanjabatan lain dan analisa rekod serta dokumen.. (a) Soal Selidik Analisa Risiko Soal selidik analisa risiko memerlukan pengurus risiko untuk menjawab pelbagai soalan yang boleh membantu untuk mengenal pasti pendedahan-pendedahn kerugian yang besar dan kecil. Biasanya soal selidik ini mengemukakan soalansoalan yang mendalam dan bersifat penetrating, yakni jawapan yang diberikan akan memberi penunjuk kepada kehadiran hazad dan keadaan yang boleh menimbulkan risiko. Soal selidik analisa risiko biasanya direka untuk mengenal pasti risiko yang boleh diinsuranskan dan juga yang tidak boleh diinsuranskan. (b) Senarai Semak Pendedahan Senarai semak yang tersedia boleh diperoleh dari konsultan pengurusan risiko dan syarikat insurans. Senarai semak pendedahan biasanya menyenaraikan.

(9) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 9. pelbagai sumber kerugian berpotensi, dari kemusnahan aset fizikal dan tidak ketara (intangible) hinggalah kepada liabiliti undang-undang. Oleh kerana senarai kerugian yang dinyatakan dalam senarai tersebut adalah umum, maka pengurus risiko yang menggunakan senarai ini perlu meneliti setiap kerugian berpotensi yang di senaraikan dan mempertimbangkan sama ada kerugian tersebut relevan dengan organisasinya. Bagi setiap butiran yang disenaraikan, dia perlu menjawab soalan berikut “Adakah sumber kerugian berpotensi ini boleh dihadapi oleh organisasi saya?”. Dengan menjawab soalan ini, proses penyingkiran (elimination) dapat dilakukan terhadap pendedahan yang tidak berkaitan dengan organisasi pengurus risiko tersebut dan akhirnya pengurus risiko akan dapat mengumpul kesemua pendedahan yang relevan kepada organisasinya. (c) Penyata Kewangan Analisa penyata kewangan syarikat banyak boleh membantu dalam proses pengenalpastian risiko. Contoh kunci kira-kira Syarikat Ceria Beauty diberikan di bawah. Senarai aset dalam kunci kira-kira misalnya, boleh memberi ingatan kepada pengurus risiko mengenai aset-aset yang dimiliki oleh syarikat. Jika tidak, ia mungkin boleh terlepas daripada perhatian pengurus risiko. Pengurus risiko boleh menganalisis setiap butiran yang dinyatakan dalam penyata kewangan dan cuba menganalisis risiko berpotensi yang dihadapinya. Sebagai contoh, pengurus risiko boleh mengkaji butiran akaun belum terima. Antara kerugian berpotensi yang boleh dihadapi di bawah butiran ini ialah kegagalan memungut akaun daripada pembeli yang enggan membayar, atau daripada pembeli yang meninggal dunia, atau daripada pembeli yang mengalami kemerosotan kesihatan, atau daripada yang mengalami kemerosotan perniagaan akibat peril yang menimpa seperti kemalangan atau kebakaran premis. Boleh jadi juga berlaku kemusnahan terhadap rekod-rekod akaun belum terima yang mengakibatkan hutang tidak dapat dikutip sepenuhnya daripada penghutangpenghutang..

(10) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 10. Paparan 2.2 Contoh Penyata Kewangan Bagi Pengenalpastian Risiko. Syarikat Ceria Beauty Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2014 Asset semasa Liabiliti semasa Tunai Akaun belum bayar Pelaburan jangka pendek Cukai Akaun belum terima Liabiliti jangka panjang Inventori Bon Aset tetap Modal dan lebihan Tanah Saham modal Kilang & peralatan Rezab Untung tertahan. (d) Carta Aliran Kaedah lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat syarikat adalah melalui carta aliran. Carta aliran operasi dalaman menggambarkan sesebuah firma itu sebagai satu unit pemprosesan. Melalui carta ini, apa-apa kontingensi yang boleh mengganggu kelicinan proses boleh dikenal pasti. Di bawah kaedah ini, carta aliran sesebuah organisasi diteliti dan bagi setiap peringkat aliran, kerugian berpotensi dikenal pasti. Kaedah carta aliran biasanya berguna kepada organisasi perniagaan dalam mengenal pasti sumber risiko dalam proses pengeluaran produk. Soalan berikut boleh ditanya dalam proses mengenal pasti kerugian “Apakah peristiwa atau kejadian yang boleh menganggu kesinambungan aliran proses pengeluaran daripada peringkat bahan mentah sehingga peringkat barang siap?”. Contoh carta aliran ringkas bagi sebuah kilang pemasangan kereta ditunjukkan di bawah ini. Misalnya, apakah langkah keselamatan yang diambil keatas bahagian dan bahan sewaktu pemunggahan dilakukan dalam Peringkat 1? Di manakah cat dan bahan solven disimpan bagi aktiviti Peringkat ke-2? Adakah langkah-langkah yang sewajarnya telah diambil untuk melindungi bahan-bahan ini daripada kebakaran? Adakah lantai dibersihkan dan dipastikan bebas daripada sebarang pelincir? Apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil untuk melindungi pekerja di sepanjang peringkat proses pengeluaran? Adakah apa-apa bahaya yang boleh mengancam penyimpanan produk siap? Pelbagai lagi soalan boleh ditanyakan oleh pengurus risiko. Hanya melalui pemeriksaan rapi terhadap keseluruhan proses pengeluaran dapat memberikan gambaran penuh pendedahan kerugian yang dihadapi..

(11) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 11. (e) Pemeriksaan Fizikal Pemeriksaan fizikal keatas premis dan operasi organisasi dapat mengenalpasti pelbagai pendedahan kerugian. Maklumat kerugian berpotensi yang penting boleh diperolehi melalui pemeriksaan tapak atau pemeriksaan bahagianbahagian di dalam ppremis perniagaan. Pengurus risiko boleh meneliti situasi di tempat-tempat berkenaan. Perbincangan dengan penyelia di sesuatu bahagian boleh membantu mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai operasi bahagian tersebut dan seterusnya mengenal pasti kerugian berpotensi yang di hadapinya. Paparan 2.3 Contoh Carta Aliran Proses Pengeluaran Sebuah Syarikat Pemasangan Kereta. Peringkat 1 Bahan dan bahagian dihantar ke kilang memproses. Peringkat 2. Peringkat 3. Mengecat, memproses dan mengering. Pemasangan bahagian di main assembly floor. Peringkat 5 Penyimpanan produk siap di gudang.. Peringkat 4 Ujian produk siap. (f) Data Kerugian lampau Pengalaman kerugian yang pernah dialami oleh sesebuah organisasi amat berguna untuk membantu pengurus risiko mengenalpasti kerugian berpotensi yang dihadapi oleh organisasinya. Jika organisasi pernah mengalami sesuatu kerugian, misalnya kebakaran, maka adalah jelas bahagian tanpa program pengurusan risiko yang efektif, kerugian yang sama mungkin boleh berlaku lagi dimasa depan. Pengalaman kerugian lampau organisasi lain yang operasinya serupa juga boleh membantu untuk mengenalpasti kerugian berpotensi yang mungkin berlaku..

(12) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 12. Data kerugian lampau juga boleh membantu pengurus risiko menentukan skop dan tahap kerugian yang mungkin dialami oleh sesebuah organisasinya. Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi pernah mengalami kebakaran, kerugian yang jelas adalah kerosakan kepada bangunan dan harta dalam bangunan tersebut. Tetapi terdapat juga kerosakan lain yang perlu diambil kira, misalnya kerosakan akibat air dan asap, kerosakan hartabenda atau kecederaan kepada pekerja atau pelanggan, kehilangan perniagaan atau kehilangan pelanggan sewaktu pembaikan dijalankan kepada premis perniagaan dan kehilangan kekal pelanggan kepada pesaing. Data kerugian lampau boleh membantu pengurus risiko mengenalpasti berbagai kerugian langsung atau tidak langsung akibat daripada sesuatu peril yang berlaku. (g) Interaksi Dengan Jabatan Lain Komunikasi antara jabatan boleh memberi kesedaran kepada semua pihak yang terlibat mengenai kehadiran risiko. Dan keduanya, ia dapat membantu pengurus risiko mengetahui perkara yang sedang berlaku di organisasinya. Penyelia dan pekerja di setiap jabatan lebih mahir mengenai risiko yang dihadapi di jabatan masing-masing, oleh itu input daripada mereka sangat penting bagi membantu proses pengenalpstian risiko. Selain membantu mengenalpasti risiko, penyelia setiap jabatan juga boleh memberitahu pengurus risiko jika terdapat sebarang perubahan dalam aktiviti, proses, harta, produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan jabatannya. Maklumat ini boleh membantu pengurus risiko mengenal pasti risiko baru yang mungkin timbul daripada perubahan yang berlaku.. (h) Analisa Rekod dan Dokumen Sejarah organisasi dan operasi semasanya dikandung di dalam berbagai-bagai rekod. Rekod-rekod ini merupakan asas sumber maklumat yang diperlukan untuk analisa risiko dan pengenalpastian pendedahan. Dokumen utama yang dianalisis biasanya adalah penyata kewangan yang terdiri daripada penyata pendapatan dan kunci kira-kira seperti yang telah dibincangkan diatas. Dokumen dan rekod lain yang boleh digunakan adalah pajakan, jadual aset, rekod inventori, laporan penilaian dan persetujuan jual-beli. Kesemua dokumen ini mengandungi banyak maklumat mengenai sejarah organisasi, operasi, kedudukan kewangan , risiko dan kerugian berpotensi yang dihadapi..

(13) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 13. Penilaian Risiko Selepas risiko dikenalpasti, langkah seterusnya melibatkan proses untuk menilai atau mengukur risiko yang dihadapi oleh organisasi. Adalah penting untuk mengukur serta menilai pendedahan kerugian supaya ianya boleh diuruskan dengan baik. Dua aspek risiko dan pendedahan kerugian perlu diteliti, iaitu kekerapan kerugian (loss frequency) dan ketenatan kerugian (loss severity). (1). Kekerapan kerugian merujuk kepada bilangan kerugian yang mungkin berlaku dalam tempoh masa tertentu, atau kebarangkalian berlakunya sesuatu kerugian dalam tempoh masa tersebut.. (2). Ketenatan kerugian merujuk kepada saiz kerugian yang mungkin berlaku dalam tempoh tertentu.. Proses penilaian risiko melibatkan anggaran kekerapan dan ketenatan kerugian yang mungkin berlaku.. Ukuran Ketenatan Kerugian Walaupun pengurus risiko perlu menimbangkan kedua-dua kekerapan dan ketenatan kerugian, namun ketenatan kerugian patut diberikan lebih perhatian kerana satu kerugian katastrofi yang berlaku mungkin boleh memusnahkan terus sesebuah firma perniagaan. Oleh itu, bagi setiap kerugian berpotensi, pengurus risiko perlu menganggarkan dua ukuran ketenatan, iaitu kerugian maksimum munasabah (maximum possible loss) dan kerugian maksimum mungkin (probable maximum loss). (a) Kerugian maksimum munasabah adalah kerugian paling besar yang boleh berlaku kepada organisasi di sepanjang kewujudannya, di bawah kombinasi keadaan yang paling teruk. (b) Kerugian maksimum mungkin merujuk kepada kerugian paling besar yang mungkin dihadapi oleh organisasi, di bawah keadaan biasa. Sebagai contoh, katalah sebuah bangunan 10 tingkat bernilai RM10 juta. Kebarangkalian untuk bangunan tersebut musnah sepenuhnya akibat kebakaran boleh dikatakan hampir sifar. Hal ini kerana bangunan tersebut dilengkapi dengan alat pencegahan kebakaran seperti penggera kebakaran, pengesan asap dan sistem perenjis air. Sistem pencegahan kebakaran disambungkan ke balai bomba berdekatan, jadi sebarang aktiviti kepada alat pencegahan akan dikesan oleh pihak bomba yang akan memberikan respons dengan segera. Katalah berlaku.

(14) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 14. kegagalan tenaga (power failure) yang menyebabkan semua alat pencegahan tidak berfungsi. Sistem sokongan (back up system) yang sepatutnya membantu alat pencegahan berfungsi sewaktu ketiadaan tenaga mengalami masalah teknikal yang menjadikannya tidak berfungsi. Katalah kebakaran berlaku akibat litar pintar sewaktu tenaga mengalami masalah. Bomba mungkin dapat dihubungi melalui telefon oleh orangramai, tetapi pada masa yang sama berlaku gangguan bekalan air yang teruk di seluruh kawasan berhampiran yang menyebabkan bomba tidak dapat memadamkan api dengan air. Di bawah kombinasi keadaan paling teruk seperti yang digambarkan, kemungkinan bangunan tadi untuk musnah sepenuhnya akibat kebakaran bukan lagi hampir sifar. Oleh itu, bagi contoh ini, kerugian maksimum munasabah bagi kerosakan fizikal bangunan adalah RM10 juta. Namun, dalam keadaan biasa, alat pencegahan kebakaran masih berfungsi di bawah sistem sokongan jika berlaku kegagalan tenaga. Pasukan bomba juga berupaya untuk membantu mengawal kebakaran. Oleh itu, pengurus risiko menganggarkan jika berlaku kebakaran, kemungkinan besar hanya 40 peratus daripada bangunan itu akan musnah. Jadi, kerugian maksimum mungkin keatas bangunan tersebut akibat peril kebakaran adalah RM4 juta.. Unit Kerugian Satu lagi ukuran ketenatan kerugian dipanggil unit kerugian (loss unit). Unit kerugian merujuk kepada jumlah semua kerugian kewangan yang boleh ditimbulkan oleh sesuatu kejadian tertentu. Jumlah ini termasuk kerugian langsung harta, kerugian turutan, kehilangan pendapatan, kerugian diri dan kerugian liabiliti akibat berlakunya sesuatu kejadian, contohnya kebakaran atau bencana alam. Untuk menentukan nilai unit kerugian, kerugian maksimum munasabah bagi setiap pendedahan perlu dikira terlebih dahulu. Dan kemudian, kerugian maksimum munasabah bagi semua pendedahan dijumlahkan untuk memperoleh nilai unit kerugian. Organisasi mungkin boleh menanggung kerugian maksimum munasabah daripada mana-mana satu pendedahan, tetapi tiada jaminan kerugian akan hanya berlaku secara individu. Unit kerugian adalah cara untuk memberi peringatan kepada pihak pengurusan mengenai potensi kerugian katastrofi yang boleh dihadapi oleh organisasinya di bawah keadaan yang paling teruk, iaitu jika beberapa kerugian yang tenat berlaku serentak.. Penilaian Risiko Menggunakan Penarafan Setelah pengurus risiko menganggarkan kekerapan dan ketenatan kerugian bagi setiap jenis pendedahan kerugian, pendedahan-pendedahan ini boleh dibariskan berdasarkan kepentingan relatifnya. Sebagai contoh, pendedahan kerugian yang boleh menyebabkan firma menjadi bankrap adalah jauh lebih penting untuk.

(15) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 15. ditangani di dalam program pengurusan risiko berbanding dengan pendedahan dengan kerugian berpotensi yang rendah. Satu kaedah penilaian yang biasa digunakan adalah penarafan risiko berdasarkan tahap kegentingannya (ranking of risk based on criticality). Sesetengah risiko bersifat kritikal dan perlu diuruskan secepat mungkin sebelum menjadi terlalu merugikan. Aspek penting yang patut dipertimbangkan dalam membentuk kriteria penarafan ialah ketenatan kerugian berpotensi dan kekerapan atau kebarangkalian kerugian berpotensi. Dua penarafan keutamaan (priority ranking) boleh dibentuk, satu berasaskan kepada ketenatan dan satu lagi berasaskan kekerapan kerugian atau kebarangkalian berlakunya kerugian. (a) Penarafan Keutamaan Berdasarkan Ketenatan Di bawah penarafan keutamaan, kriteria utama yang digunakan memberi tumpuan kepada kesan kewangan yang ditimbulkan oleh risiko. Oleh itu, penarafan ini biasanya dibentuk berdasarkan ketenatan kerugian berpotensi. Memandangkan julat saiz kerugian yang boleh berlaku amat besar, maka sangatlah wajar risiko dan pendedahan ditarafkan berdasarkan kegentingannya. Sesetengah risiko mungkin mengakibatkan ketenatan kerugian yang tinggi yang boleh menjejaskan syarikat, oleh itu ia memerlukan perhatian segera berbanding dengan risiko yang lain. Kategori penarafan keutamaan berdasarkan ketenatan yang biasa digunakan dalam industri insurans digambarkan seperti di bawah ini. (i) Risiko kritikal (critical risks) - semua pendedahan terhadap kerugian yang magnitudnya boleh menyebabkan kebankrapan. (ii) Risiko penting (important risks) – semua pendedahan dengan kerugian berpotensi yang mungkin tidak menyebabkan kebankrapan, tetapi menyebabkan firma perlu mendapatkan sumber dana daripada luar, misalnya melalui pinjaman, untuk meneruskan operasi. (iii) Risiko tidak penting (unimportant risks) – semua pendedahan yang kerugiannya boleh dibiayai oleh aset atau pendapatan semasa tanpa menimbulkan beban kewangan yang keterlaluan. Pengagihan pendedahan kerugian ke dalam salah satu kategori penarafan di atas memerlukan pengurus risiko menganggarkan amaun kerugian berpotensi yang boleh ditimbulkan oleh pendedahan tersebut..

(16) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 16. Sebagai contoh, risiko tuntutan liabiliti yang dihadapi oleh sesebuah firma merupakan risiko kritikal. Hal ini sedemikian kerana risiko ini boleh membawa kepada kerugian yang tidak terhad amaunnya. Risiko kebakaran misalnya adalah risiko penting. Kebakaran boleh membawa kepada gangguan operasi yang boleh menyebabkan kehilangan pendapatan kepada firma. Risiko bahan mentah rosak sebelum diproses merupakan contoh risiko tidak penting. (b) Penarafan Keutamaan Berdasarkan Kekerapan Walaupun ketenatan kerugian merupakan faktor utama dalam penilaian risiko, faktor kekerapan atau kebarangkalian kerugian perlu juga diberi perhatian, terutamanya untuk membezakan kalangan pendedahan yang mempunyai ketenatan berpotensi yang hampir serupa. Jika perkara-perkara lain ditetapkan, pendedahan yang bercirikan kekerapan yang tinggi wajar diberi lebih perhatian berbanding pendedahan dengan kekerapan yang rendah. Kriteria pengkelasan penarafan berdasarkan kekerapan yang sering digunakan adalah seperti berikut: (i) Hampir kosong (almost nil) – pada pendapat pengurus risiko, kejadian / peril / kerugian mungkin tidak akan berlaku. (ii) Sedikit (slight) – kejadian mungkin boleh berlaku, namun ia belum pernah berlaku dan dijangka tidak berlaku pada masa depan. (iii) Sederhana (moderate) – kejadian pernah berlaku sekali sekala pada masa lepas, dan dijangka akan berlaku dimasa depan. (iv) Pasti (definite) – kejadian memang sering berlaku dimasa lepas dan dijangka akan berlaku lagi pada masa depan.. Sebagai contoh, risiko kemusnahan bangunan dan premis akibat ribut salji mempunyai kebarangkalian hampir kosong untuk berlaku di negara kita. Risiko gempa bumi berlaku di negara kita mempunyai kebarangkalian sedikit. Risiko tuntutan liabiliti pengguna bagi sebuah organisasi mungkin dalam kategori sederhana dan risiko kerosakan fizikal kepada kereta dan lori milik organisasi adalah dalam kategori pasti. Selain kaedah penarafan, risiko boleh juga diukur menggunakan taburan kebarangkalian statistik dan analisis kuantitatif. Sebenarnya kaedah ini adalah.

(17) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 17. kaedah yang lebih tepat untuk mengukur kekerapan dan ketenatan pendedahan kerugian. Bagi pembaca yang berminat, topik ini dibincangkan secara ringkas di dalam Appendiks 2.1 diakhir bab ini. Pengurus risiko perlu menganggarkan kekerapan dan ketenatan kerugian bagi melihat kepentingan relatifnya seperti yang telah dibincangkan di atas. Dan lagi, kekerapan dan ketenatan setiap pendedahan kerugian perlu dianggarkan supaya pengurus risiko boleh memilih teknik-teknik pengurusan risiko yang paling sesuai untuk menangani setiap pendedahan kerugian. Teknik-teknik ini akan dibincangkan di bawah ini.. Teknik Pengurusan Risiko Proses pengurusan risiko menangani risiko dengan mereka-bentuk dan melaksanakan prosedur yang meminimumkan kerugian atau kesan kewangan akibat pendedahan kerugian yang timbul. Prosedur ini dipanggil teknik atau kaedah pengurusan risiko. Teknik-teknik untuk menangani risiko boleh dikelaskan kepada dua pendekatan, iaitu pendekatan kawalan risiko (risk control) dan pembiayaan risiko (risk financing). (1) Kawalan risiko merujuk kepada teknik-teknik yang mengurangkan kekerapan dan ketenatan kerugian. (2) Pembiayaanr risiko merujuk kepada teknik-teknik yang menyediakan peruntukan bagi menampung kerugian.. Kawalan Risiko Seperti yang dinyatakan di atas, kawalan risiko menggambarkan teknik atau kaedah yang digunakan oleh organisasi untuk mengurangkan kekerapan atau ketenatan kerugian. Kawalan risiko memberi fokus kepada meminimumkan risiko kerugian yang dihadapi oleh organisasi. Teknik kawalan risiko yang utama terdiri daripada (a) (b) (c). Pengelakan risiko Pencegahan kerugian Pengurangan kerugian. Kesemua teknik kawalan risiko akan dibincangkan satu persatu di bawah ini..

(18) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 18. (a) Pengelakan Risiko Pengelakan (avoidance) bermaksud firma tidak akan terlibat dengan pendedahan kerugian tertentu, dan andainya sudah terlibat, pendedahan kerugian tersebut akan ditinggalkan. Secara teknikalnya, pengelakan berlaku bila keputusan dibuat untuk menghalang risiko daripada wujud langsung. Risiko perlu dielakkan andainya organisasi enggan menerimanya. Sesebuah organisasi boleh mengelak daripada terlibat dengan sesuatu risiko dengan cara tidak terlibat langsung dengan aktivitiaktiviti yang berisiko, atau memberhentikan (abandon) aktiviti berisiko yang sedang dilaksanakan. Contoh pengelakan risiko oleh firma perniagaan adalah keputusan untuk tidak mengeluarkan sesuatu produk tertentu yang mungkin memberikan kesan berbahaya kepada pengguna. Jika produk tersebut telah dikeluarkan, pengeluarannya dihentikan. Keputusan ini diambil kerana wujudnya risiko liabiliti tuntutan pengguna andainya pengguna mendapat kecederaan daripada penggunaan produk tersebut. Satu lagi contoh, katalah Bank Amanah sedang dalam perundingan untuk bergabung dengan Bank Tawakal yang sedang mengalami masalah kewangan yang tenat. Amanah boleh mengelakkan diri daripada terlibat dengan risiko masalah kewangan Tawakal dengan cara membatalkan rancangan penggabungan. Pengelakan risiko patut digunakan andainya kerugian yang mungkin berlaku berpotensi menuju kearah katastrofi, dan juga risiko yang wujud tidak boleh dikurangkan atau dipindahkan. Biasanya keadaan ini wujud bagi risiko yang mempunyai kekerapan dan ketenatan kerugian yang tinggi. Sebagai contoh, tuntutan liabiliti daripada pengguna yang mengalami kecederaan akibat penggunaan sesuatu produk boleh jadi banyak bilangannya dan besar amaun setiap satunya. Walau bagaimana pun, teknik ini biasanya digunakan sebagai langkah terakhir, hanya apabila tiada alternatif lain yang sesuai digunakan. Untuk memajukan diri dan perniagaan, risiko perlu diambil. Jika pengelakan digunakan secara ekstensif, ada kemungkinan sesebuah firma akan gagal mencapai objektifnya. Sebagai contoh, sebuah syarikat pengeluar yang dinamik dan inovatif perlu bersedia mengeluarkan produk baru. Mereka tidak sepatutnya sentiasa mengelak daripada risiko produk liabiliti kerana jika itu berlaku, syarikat akan kehilangan daya saing.. (b) Pencegahan Kerugian Pencegahan kerugian (loss prevention) merujuk kepada langkah-langkah yang boleh mengurangkan kekerapan berlakunya sesuatu kerugian. Program pencegahan kerugian menumpukan kepada usaha untuk mencegah kerugian daripada berlaku. Program ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang boleh.

(19) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 19. mengurangkan kebarangkalian atau kekerapan berlakunya kerugian. Pencegahan kerugian bertujuan mengurangkan bilangan atau kekerapan kerugian yang berlaku. Sebagai contoh, untuk mencegah kebakaran di sebuah premis perniagaan, pemiliknya boleh memasang beberapa alat pencegah kebakaran seperti alat pengesan asap dan dinding kalis api. Untuk mencegah pekerja daripada mendapat kemalangan di tempat kerja, pihak pengurusan boleh memastikan tempat bekerja adalah selamat, pencahayaan yang cukup, lantai yang tidak licin, mesin-mesin yang berfungsi dengan sempurna, tanda-tanda amaran di tempat-tempat tertentu yang memerlukan pekerja lebih berhati-hati, bahan-bahan kimia dan radiasi yang disimpan dengan cermat dan lain-lain lagi. Kaedah yang boleh mengurangkan kemalangan kenderaan antaranya adalah latihan untuk pemandu, toleransi sifar terhadap penggunaan alkohol dan dadah semasa memandu, penguatkuasaan undang-undang keselamatan jalanraya yang ketat. Kaedah pencegahan patut dilaksanakan selagi kos pelaksanaan lebih rendah daripada faedah yang akan diperoleh. Keadaan ini sesuai bagi kerugian berpotensi dengan kekerapan tinggi dan ketenatan rendah, contohnya kemalangan pekerja di tapak pembinaan.. (c) Pengurangan Kerugian Pengurangan kerugian (loss reduction) merujuk kepada langkah-langkah untuk mengurangkan ketenatan kerugian selepas ia berlaku. Kadangkala, walaupun aktiviti pencegahan telah dilakukan, kerugian masih juga berlaku. Oleh itu, program kawalan kerugian boleh dilaksanakan dengan tujuan meminimumkan ketenatan dan kesan kewangan daripada kerugian yang benar-benar berlaku. Ia melibatkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengurangkan ketenatan kerugian berpotensi. Sebagai contoh, bagi mengurangkan kesan kebakaran, syarikat boleh memasang beberapa peralatan seperti perenjis air automatik, alat pemadam api dan penggera kebakaran pada premisnya. Untuk mengurangkan kesan kemalangan jalanraya, pemandu kereta perlu memasang tali pinggang keledar, manakala pemandu motosikal menggunakan topi keledar. Di tempat kerja, contohnya di kilang pengeluaran atau tapak pembinaan, pekerja perlulah mengenakan pakaian yang sesuai, misalnya memakai topi keselamatan, sarung tangan, kasut boot dan lain-lain. Sesetengah aktiviti pencegahan kerugian juga merupakan aktiviti pengurangan kerugian. Katalah berlaku kemalangan ke atas seorang pemandu yang memakai tali pinggang keledar. Jika kemalangan itu melibatkan hentakan yang tidak begitu kuat, penggunaan tali keledar mungkin boleh mencegah pemandu daripada mendapat kecederaan. Jika hentakan yang berlaku adalah.

(20) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 20. kuat, pemandu mungkin akan cedera, tetapi tali keledar itu boleh menghalang daripada kecederaan yang lebih serius. Di samping kaedah pengurangan kerugian, terdapat beberapa kaedah lain yang boleh digunakan untuk mengawal ketenatan kerugian yang berlaku. Mereka terdiri daripada kaedah pengasingan (segregation) dan penyelamatan (salvage). Pengasingan Pengasingan atau penyebaran aset boleh menghadkan ketenatan berpotensi kerugian yang berlaku. Sebagai contoh, sebuah firma menyimpan barangan siapnya sebelum diekspot di dalam tiga buah gudang yang terletak di lokasi yang berbeza. Jika salah sebuah gudang terbakar, kerosakan terhad pada barangan yang diletakkan di gudang yang tersebut sahaja. Andainya firma ini menyimpan kesemua barang siapnya di dalam satu gudang sahaja, maka ketenatan kerugian yang dialami pastinya akan lebih besar kalau berlaku kebakaran di gudang yang tersebut. Penyelamatan Operasi penyelamatan selepas berlakunya kerugian boleh mengurangkan kos kerugian. Sebagai contoh, jika berlaku kebakaran sesebuah rumah, mungkin ada antara perabut atau perkakas yang terselamat. Maka barang yang tidak musnah harus dipindahkan ke tempat lain yang selamat untuk mengelakkan barangan itu daripada rosak akibat pendedahan kepada cuaca atau akibat peril tertentu seperti kecurian.. Pembiayaan Risiko Pembiayaan risiko merupakan teknik-teknik yang menyediakan peruntukan bagi pembayaran kerugian selepas ia berlaku. Teknik-teknik ini memberi fokus kepada persediaan yang dibuat bagi memastikan adanya dana yang mencukupi untuk menampung kerugian yang benar-benar berlaku. Pembiayaan risiko menumpukan kepada penyediaan dan penggunaan dana untuk menghadapi kerugian yang ditimbulkan oleh risiko yang masih wujud selepas teknik kawalan risiko dijalankan. Teknik pembiayaan risiko yang utama adalah: (a) Bendungan (b) Pindahan bukan-insurans (c) Pindahan insurans Kaedah-kaedah pembiayaan risiko akan dibincangkan satu persatu seperti berikut..

(21) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 21. (a) Bendungan Risiko Bendungan (retention) bermaksud organisasi akan menanggung atau membendung sebahagian atau keseluruhan daripada kerugian yang berlaku daripada sesuatu pendedahan kerugian. Di bawah kaedah ini, risiko akan ditanggung sendiri oleh organisasi. Risiko kerugian tidak dielak, tidak dicegah, juga tidak dikurangkan. Jika berlaku kerugian, kos kerugian akan dibiayai menggunakan dana yang ada. Kaedah ini sebenarnya merupakan kaedah utama menguruskan risiko bagi kebanyakan organisasi perniagaan. Organisasi perniagaan menghadapi risiko yang tidak terhad bilangannya. Dalam kebanyakan kes, tiada apa yang dilakukan untuk menguruskan risiko tersebut. Ini bermaksud risiko tersebut dibendung oleh organisasi. Namun sebenarnya kaedah bendungan hanya sesuai untuk kerugian berpotensi dengan kekerapan dan ketenatan yang rendah. Kaedah bendungan boleh berbentuk aktif atau pasif. Bendungan aktif bermaksud bendungan yang dirancang, iaitu pengurus risiko telah mempertimbangkan kaedah-kaedah pengurusan risiko yang ada dan memutuskan untuk membendung sesuatu risiko tertentu. Bendungan aktif bermaksud kaedah ini dilakukan secara disedari (conscious) dan sengaja. Manamana risiko yang dengan sengaja tidak dielak, tidak dicegah atau tidak dipindah maka ianya akan dibendung. Misalnya kerugian kecil akibat pencopetan (shoplifting) yang biasa berlaku di gedung membeli belah selalunya ditanggung sendiri oleh pihak pengurusan gedung terbabit. Bendungan pasif pula adalah bendungan yang tidak dirancang. Ia boleh terjadi jika organisasi tidak menyedari bahawa ia terdedah kepada sesuatu risiko, atau anggaran kekerapan atau magnitud kerugian lebih kecil daripada yang sepatutnya. Sebagai contoh, sebelum kejadian tsunami di Pulau Pinang pada Disember 2004, organisasi di sekitar tempat kejadian mungkin tidak menyangka bahawa mereka terdedah kepada peril tsunami. Bendungan ini berlaku tanpa disedari atau tanpa sengaja. Ia biasanya melibatkan risiko yang tidak dikenalpasti. Kerugian yang dibendung tanpa dirancang boleh dibiayai menggunakan dana yang ada. Satu lagi pengkelasan bendungan adalah antara bendungan bertabung (funded retention) dengan bendungan tidak bertabung (unfunded retention). Dalam program bendungan bertabung, firma memperuntukkan aset untuk menampung kerugian yang dibendung jika ia berlaku. Aset ini biasanya dipegang dalam instrumen yang mudah dicairkan. Sesengah firma pula mempunyai program bendungan yang disertakan dengan peruntukan belanjawan untuk membiayai kerugian yang dibendung. Selain itu, sesetengah firma yang besar menggunakan pelan insurans-sendiri dan syarikat insurans kaptif untuk membiayai dan menguruskan risiko yang dibendung..

(22) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 22. Insurans-Sendiri Insurans sendiri (self-insurance) adalah satu program yang boleh dilaksanakan oleh organisasi untuk membiayai kerugian yang dibendung. Ia melibatkan perancangan kewangan untuk menampung kerugian berpotensi yang biasanya tidak dapat dipastikan saiz dan kekerapannya. Di bawah program ini, organisasi melakukan fungsi-fungsi tertentu syarikat insurans terhadap kerugian yang dibendung itu. Antaranya ialah membuat ramalan saiz dan kekerapan kerugian yang mungkin, menyediakan dana bagi membiayai kerugian yang berlaku dan mengendalikan tuntutan yang berkaitan dengan kerugian yang dibendung itu. Melalui program ini, pindahan risiko dan agihan kos kerugian berlaku di dalam organisasi sendiri. Elemen yang perlu ada pada organisasi yang hendak menjalankan program ini adalah: .  . Kewujudan sekumpulan pendedahan yang cukup besar yang terdedah kepada risiko kerugian yang hendak dibendung. Ini bagi membolehkan ramalan yang baik terhadap kerugian dapat dibuat. Rekod-rekod kerugian lepas juga perlu ada bagi membantu anggaran kerugian dibuat. Organisasi mestilah mempunyai keupayaan untuk menyediakan dana bagi menampung kerugian terjangka. Organisasi perlu bersedia melaksanakan keperluan rancangan insuranssendiri, antaranya ialah pelaburan dana, penyimpanan rekod, pengurusan tuntutan, aktiviti pencegahan kerugian dan analisa pendedahan kerugian.. Sebagai contoh, sebuah hospital swasta boleh membentuk program insurans-sendiri bagi membendung risiko liabiliti profesional, iaitu apabila pesakit menyaman hospital atas alasan kecuaian yang dilakukan oleh pakar perubatan atau sebab-sebab lain. Syarikat Insurans Kaptif Selain pelan insurans sendiri seperti yang diterangkan di atas, terdapat satu lagi kaedah insurans sendiri yang melibatkan penubuhan sebuah anak syarikat yang dipanggil syarikat insurans kaptif (captive insurer). Syarikat kaptif ditubuhkan dan dimiliki oleh sebuah syarikat induk. Tujuan syarikat kaptif ditubuhkan adalah untuk mengeluarkan perlindungan insurans kepada syarikat induknya. Risiko syarikat induk yang dipindahkan kepada kaptif tersebut boleh ditanggung sepenuhnya oleh kaptif, atau boleh di reinsuranskan sebahagiannya di dalam pasaran reinsurans. Syarikat kaptif sangat popular di negara-negara seperti Amerika dan England, yang tujuan utama penubuhannya ialah untuk memberikan perlindungan bagi sesetengah jenis insurans yang sukar diperoleh, misalnya insurans liabiliti. Selain berupaya menginsuranskan risiko.

(23) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 23. syarikat induknya, perbelanjaan pentadbiran syarikat kaptif mendapat pengecualian cukai. Dan lagi, pembelian insurans daripada syarikat insurans melibatkan kos melepas (opportunity cost) kerana premium perlu dibayar terlebih dahulu. Melalui pembentukan kaptif, syarikat induk boleh menggunakan dana secara lebih produktif sehinggalah kerugian timbul.. (b) Pindahan Bukan Insurans Pindahan risiko bukan insurans melibatkan proses pemindahan risiko kepada pihak lain, sama ada syarikat insurans atau bukan syarikat insurans. Berbeza dengan pindahan insurans, risiko tidak dikurangkan melalui proses pindahan itu. Satu contoh pindahan risiko bukan insurans adalah proses lindung nilai (hedging), yakni individu mengelak daripada risiko perubahan harga dalam sesuatu aset dengan membeli atau menjual satu aset lain yang harganya berubah dalam arah yang mengimbangkannya. Lindung nilai adalah satu teknik untuk memindahkan risiko turun naik harga yang tidak menyenangkan kepada spekulator dengan membeli dan menjual kontrak depan di bursa teratur, misalnya di Bursa Derivatif Malaysia. Sebagai contoh, pasaran depan telah dibentuk untuk membolehkan peladang melindungi diri mereka daripada perubahan harga tanaman dari waktu menanam hingga waktu menuai. Seseorang peladang boleh menjual kontrak depan, yang sebenarnya merupakan janji untuk menghantar pesanan pada harga tetap di masa depan. Jika nilai tanaman peladang merosot, nilai kontrak depan akan meningkat untuk mengimbangi kerugian yang dialami. Pindahan risiko boleh juga berbentuk aturan berkontrak, contohnya holdharmless agreement. Di bawah persetujuan ini, seorang individu secara sukarela bersetuju untuk menanggung kemungkinan kerugian seorang yang lain. Sebagai contoh, seorang penyewa bersetuju untuk bertanggungjawab atas kerosakan yang dialami oleh premis yang disewanya seperti yang dinyatakan di bawah terma pajakan (lease). Contoh lain, katalah Syarikat Biskut Tweety meminta Syarikat Jalan Tom&Jerry membina jalan raya menghubungkan premisnya dengan jalan besar. Tom&Jerry bersedia untuk melaksanakan pembinaan hanya jika Tweety bersetuju untuk menanggung liabiliti jika Tom&Jerry disaman oleh pihak lain akibat pembinaan jalan tersebut. Dalam kes ini, risiko liabiliti yang sepatutnya ditanggung oleh Tom&Jerry dipindahkan kepada Tweety. Risiko boleh juga dipindahkan kepada syarikat insurans, tetapi pindahan ini dipanggil pindahan bukan insurans jika ia tidak memenuhi ciri insurans, iaitu risiko tidak dikurangkan. Seperti yang akan kita lihat dalam bab seterusnya, salah satu ciri insurans adalah pengurangan risiko yang boleh dicapai melalui pengunaan Hukum Bilangan Besar. Namun hukum ini hanya boleh diaplikasikan jika terdapat bilangan pendedahan yang besar. Misalnya, seorang pembeli gaun Puteri Diana mungkin mahu menginsuranskan koleksinya. Ia boleh membeli perlindungan insurans dari.

(24) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 24. syarikat insurans. Walau pun insurer boleh menawarkan perlindungan, tetapi oleh kerana bilangan pendedahan adalah kecil, hukum bilangan besar tidak dapat digunakan, dan dengan itu risiko tidak dikurangkan. Contoh lain ialah model terkemuka seperti Claudia Schiffer yang menginsuranskan anggota badannya dan pemain bolasepak Wayne Rooney yang menginsuranskan kakinya. Sekali lagi, walaupun perlindungan insurans diberikan oleh syarikat insurans, tetapi risiko tidak dikurangkan. Oleh itu, pindahan risiko ini dikatakan pindahan bukan insurans.. (c) Pindahan Insurans Pembelian insurans merupakan teknik pengurusan risiko yang paling utama dan dilaksanakan dengan meluas oleh organisasi perniagaan. Sistem insurans melibatkan pemindahan risiko dan kesan kewangan akibat kerugian yang dihadapi oleh organisasi atau individu kepada syarikat insurans. Kontrak insurans dibentuk di antara syarikat insurans, dikenali juga sebagai insurer, dengan pembeli insurans, atau insured. Di bawah kontrak insurans, insurer memberi jaminan untuk membayar ganti rugi bagi kerugian yang dilindungi, sebagai balasan kepada bayaran premium yang dibuat oleh insured.. Intipati insurans adalah perkongsian kerugian (loss sharing) dan pengurangan risiko (risk reduction). Perkongsian kerugian Sistem insurans membolehkan syarikat insurans meramalkan kerugian yang berpotensi dialaminya. Berdasarkan kerugian yang dijangka, kos untuk menampung kerugian diagih-agihkan di kalangan ahli-ahli sesuatu kumpulan insurans secara adil dan saksama melalui kutipan premium. Oleh itu, ahli-ahli kumpulan yang besar bilangannya sama-sama berkongsi kerugian dengan menyumbang untuk membentuk dana bagi membayar ganti rugi kepada beberapa ahli kumpulan yang ditimpa bencana yang diinsuranskan. Pengurangan risiko Bilangan pendedahan yang besar yang terdedah kepada risiko tertentu dikumpulkan. Kerugian terjangka kemudiannya dianggarkan. Berdasarkan hukum bilangan besar, semakin besar bilangan pendedahan yang diperhatikan, semakin hampir jumlah kerugian sebenar kepada jumlah kerugian terjangka. Oleh itu, semakin besar pendedahan, anggaran kerugian sebenar semakin tepat. Jika anggaran kerugian semakin tepat, maka ketidakpastian terhadap kerugian semakin berkurangan. Hal ini sedemikian kerana insurer dapat menjangkakan jumlah kerugian yang akan berlaku, dan dengan itu dapat menyediakan dana yang.

(25) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 25. mencukupi untuk membiayai kerugian tersebut. Apabila ketidakpastian berkurangan, maka risiko juga berkurangan. (Ingat bahawa risiko merujuk kepada ketidakpastian terhadap kerugian.) Hukum bilangan besar akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bab akan datang.. Ringkasan Teknik Pengurusan Risiko Kesemua teknik pengurusan risiko yang telah dibincangkan di atas boleh digambarkan seperti dalam Paparan 2.4 berikut. Paparan 2.4 Teknik Pengurusan Risiko. TEKNIK PENGURUSAN RISIKO. Kawalan Risiko. Pembiayaan Risiko. Pengelakan. Bendungan. Pencegahan Kerugian. Pindahan Bukan Insurans. Pengurangan Kerugian. Insurance.

(26) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 26. Pemilihan Teknik Pengurusan Risiko Selepas risiko dikenalpasti dan dinilai, langkah seterusnya adalah mempertimbangkan semua alternatif yang boleh digunakan untuk menangani risiko yang wujud dan seterusnya memilih kaedah yang paling sesuai untuk dilaksanakan. Pemilihan kaedah melibatkan pembuatan keputusan mengenai teknik mana yang akan digunakan bagi menguruskan sesuatu risiko. Bagi sesetengah organisasi, polisi pengurusan risiko korporatnya memberikan garis panduan mengenai kriteria yang boleh digunakan dalam memilih teknik yang paling sesuai. Dalam memutuskan mengenai teknik yang patut digunakan terhadap risiko tertentu, pengurus risiko patut mempertimbangkan saiz kerugian berpotensi, kebarangkalian ia berlaku, objektif dan visi organisasi, jumlah dana yang diperuntukan bagi program pengurusan risiko, dan yang terpenting ialah kebijaksanaan dan pertimbangan pengurus risiko itu sendiri. Faedah yang boleh diperolehi dan kos yang ditimbulkan oleh setiap teknik yang dipertimbangkan perlu dianggarkan. Dan kemudian, berdasarkan maklumat terbaik yang diperoleh dan berpandukan polisi pengurusan risiko korporat syarikat, keputusan boleh dibuat mengenai teknik yang patut dipilih untuk dilaksanakan bagi setiap risiko. Lazimnya, gabungan beberapa teknik dijalankan serentak bagi sesuatu risiko. Dua contoh berikut menunjukkan gabungan beberapa teknik pengurusan risiko yang dipilih bagi menangani risiko kebakaran dan risiko kemalangan pekerja yang dihadapi oleh sebuah organisasi. Contoh 1: Risiko kebakaran premis perniagaan  Pasangkan alat pengesan asap (pencegahan kerugian)  Pasang alat perenjis automatik (pengurangan kerugian)  Beli insurans kebakaran berjumlah RM500,000 dengan had bendungan RM10,000 (insurans dan bendungan).. Contoh 2:   . Risiko kemalangan pekerja di tapak pembinaan bangunan. Pastikan tapak pembinaan adalah selamat serta mematuhi Occupational Safety & Health Act. Pastikan pekerja memakai pakaian keselamatan sewaktu bekerja. (pencegahan dan pengurangan kerugian) Beli insurans pampasan pekerja yang melindungi pekerja yang cedera atau meninggal sewaktu bekerja (insurans) Sediakan dana yang akan membayar pampasan kepada keluarga pekerja yang meninggal sewaktu diluar tugas (insurans sendiri atau bendungan).

(27) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 27. Pada umumnya, pengurus risiko boleh menjadikan Matriks Pengurusan Risiko seperti dalam Paparan 2.5 sebagai panduan asas bagi memilih teknik yang sesuai. Walau bagaimanapun, pertimbangan yang saksama serta pengalaman pengurus risiko memainkan peranan penting dalam proses pemilihan teknik pengurusan risiko.. Paparan 2.5 Matriks Pengurusan Risiko. Kekerapan Kerugian. Ketenatan Kerugian. Teknik Pengurusan Risiko Yang Sesuai. Rendah. Rendah. Bendungan. Tinggi. Rendah. Pencegahan Kerugian dan Bendungan. Rendah. Tinggi. Insurans. Tinggi. Tinggi. Pengelakan. Di samping kepakaran dan pertimbangan pengurus risiko dalam memilih teknik yang sesuai, terdapat kaedah matematik yang boleh digunakan untuk membantu pengurus risiko membuat keputusan. Namun kaedah matematik ini agak teknikal dan di luar skop buku ini.. Pelaksanaan Teknik Yang Dipilih Selepas pemilihan dibuat, pengurus risiko perlu menghebahkan maklumat berkaitan kaedah yang dipilih dan cara pelaksanaannya kepada pihak yang terbabit supaya tindakan lanjutan dapat diambil. Jika keputusan dibuat untuk membendung risiko tertentu, maka prosedur pentadbiran yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi penyediaan dana untuk membiayai kerugian yang berlaku. Jika kaedah pencegahan dipilih misalnya, maka program pencegahan kerugian yang sesuai perlu dibentuk dan dilaksanakan. Keputusan untuk memindahkan risiko kepada syarikat insurans perlu diikuti dengan pemilihan polisi yang sesuai dan pemilihan syarikat insurans yang efisien dan reliable..

(28) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 28. Penilaian Dan Kajian Semula Program Pengurusan Risiko Langkah ini sangat penting untuk memastikan keberkesanan program yang dilaksanakan. Ini adalah kerana risiko yang dihadapi oleh organisasi boleh berubah. Teknik yang sesuai digunakan tahun lalu mungkin tidak lagi sesuai untuk tahun ini kerana risiko yang berubah. Dan lagi, kesilapan didalam memilih teknik juga boleh berlaku. Sesuatu kaedah yang telah dipilih untuk menguruskan sesuatu risiko mungkin bukan merupakan kaedah yang terbaik untuk digunakan. Penilaian dan kajian semula membolehkan pengurus risiko mengkaji keputusan dan mengesan sebarang kesilapan yang telah dibuat. Kajian semula program boleh dilakukan oleh pengurus risiko dengan mengulangi setiap langkah dalam proses pengurusan risiko untuk menentukan sama ada keputusan lepas masih lagi sesuai dengan keadaan semasa dan adakah keputusan telah dilaksanakan dengan sebaiknya. Untuk itu, pengurus risiko perlu mengkaji semula objektif program, mengulangi proses pengenalpastian, menilai semula risiko yang telah dikenal pasti, dan mengesahkan kesesuaian teknik yang telah dipilih. Akhir sekali, pelaksanaan teknik yang dipilih perlu dipantau untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan program pengurusan risiko yang dilaksanakan.. Evolusi Proses Pengurusan Risiko Secara tradisinya, program pengurusan risiko yang dijalankan oleh organisasi adalah terhad kepada menangani risiko tulen seperti risiko harta, risiko liabiliti dan risiko pekerja. Namun demikian, sejak kebelakangan ini, banyak organisasi perniagaan mula meluaskan skop pengurusan risiko dengan mengambilkira risiko kewangan spekulatif disamping risiko tulen. Pengurusan risiko kewangan (financial risk management) merujuk kepada pengenalpastian, analisis dan kaedah untuk menangani risiko kewangan spekulatif. Risiko-risiko ini antaranya termasuk risiko kadar faedah, risiko harga komoditi dan risiko kadar pertukaran mata wang. Didorong oleh kejayaan pengurusan risiko kewangan, banyak organisasi telah mengembangkan program pengurusan risiko mereka untuk merangkumi lebih banyak risiko yang dihadapi oleh organisasi. Evolusi kepada proses pengurusan risiko menyebabkan organisasi mula mempertimbangkan bukan saja risiko tulen, malahan semua risiko yang dihadapi oleh organisasi untuk diuruskan dalam satu program pengurusan risiko. Program pengurusan risiko yang menguruskan semua risiko yang dihadapi oleh organisasi dipanggil pengurusan risiko enterprais (enterprise risk management) atau ERM. Pengurusan risiko enterprais adalah program pengurusan risiko yang komprehensif yang menangani risiko tulen, risiko spekulatif, risiko strategik, risiko operasi, risiko kewangan dan lain-lain risiko yang.

(29) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 29. dihadapi oleh organisasi. Dengan menggabungkan semua risiko utama dalam satu program pengurusan risiko bersepadu, firma perniagaan boleh mengimbangi risiko terhadap satu sama lain. Hasilnya, risiko keseluruhan yang dihadapi oleh firma boleh dikurangkan. Program pengurusan risiko enterprais juga dikenali sebagai pengurusan risiko korporat (corporate risk management) atau pengurusan risiko bersepadu (integrated risk management).. Rujukan 1.. Black, K. & Skipper, H.D. 2000. Life and Health Insurance. 13th edition. Prentice-Hall, New Jersey, USA.. 2.. Dorfman, M. S. & Cather, D. A. 2013. Introduction to Risk Management & Insurance. 10th edition. Pearson Education Limited. New Jersey, USA.. 3.. Hendon Redzuan, Rubayah Yakob & Mohamad Abdul Hamid. 2006. Prinsip Pengurusan Risiko dan Insurans. Pearson Prentice-Hall. Kuala Lumpur.. 4.. Redja, G. E. & McNamara, M. J. 2014. Principles of Risk Management & Insurance. 12th edition. Pearson Education Limited. Global Edition.. 5.. Vaughan, E.J & Vaughan, T. 2003. Fundamentals of Risk and Insurance. 9th edition. John Wiley & Sons, Inc, USA.. 6.. Zuriah Abdul Rahman & Hendon Redzuan. 2009. Takaful: The 21st Century Insurance Innovation. McGraw-Hill. Kuala Lumpur..

(30) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 30. Appendiks 2.1 Penilaian Risiko: Kaedah Taburan Kebarangkalian Statistik Di bawah kaedah ini, pengurus risiko akan cuba menganggar taburan kekerapan dan kebarangkalian. Taburan kekerapan merujuk kepada bilangan kerugian setahun daripada pendedahan tertentu, manakala taburan ketenatan merujuk kepada taburan nilai ringgit yang hilang apabila kerugian berlaku. Selalunya, matlamat pengurus risiko adalah untuk menggabungkan kedua-dua taburan ini untuk mendapat taburan jumlah kerugian tahunan. Taburan jumlah kerugian bergantung kepada bilangan kerugian dan ketenatan setiap kerugian yang berlaku. Pengetahuan mengenai ketiga-tiga taburan ini berguna dalam membantu pengurus risiko membuat pemilihan teknik pengurusan risiko yang sesuai. Seperti yang akan kita lihat, pembentukan taburan kerugian bukanlah satu perkara mudah. Banyak andaian yang perlu dibuat di sepanjang proses pemerolehan. Oleh yang demikian, hasil yang diperoleh perlu diinterpretasi dengan berhati-hati. Model Kebarangkalian Untuk Pengurusan Risiko Pengurus risiko selalunya berminat kepada tiga pemboleh ubah rawak (random variables) yang menggambarkan sifat risiko yang dihadapi oleh sesebuah organisasi. Pemboleh ubah rawak ini adalah bilangan kerugian, nilai ringgit manamana satu kerugian, dan jumlah nilai ringgit bagi semua kerugian. Dalam buku ini kita akan gunakan pemboleh ubah rawak N, L dan T seperti berikut: (a) N mewakili bilangan kerugian yang akan berlaku dalam tempoh masa tertentu, biasanya satu tahun. (b) L mewakili nilai ringgit bagi mana-mana satu kerugian yang berlaku (c) T mewakili jumlah nilai ringgit bagi semua kerugian yang berlaku dalam tempoh tertentu, biasanya satu tahun. Pemboleh ubah N berkait dengan kekerapan kerugian, manakala L berkaitan dengan ketenatan kerugian. Jika L1 mewakili ketenatan bagi kerugian pertama yang berlaku dalam tahun tertentu, L2 mewakili ketenatan bagi kerugian kedua yang berlaku dalam tahun tersebut dan seterusnya, maka T = L1 + L2 + L3 + … + LN.

(31) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 31. Dua model yang berguna untuk menggambarkan ciri kekerapan kerugian adalah taburan binomial dan taburan Poisson. Kedua-duanya akan dibincangkan di bawah nanti. Untuk menggunakan model-model ini, beberapa paremeter akan dianggarkan menggunakan data lepas. Model yang disarankan untuk menggambarkan sifat ketenatan kerugian adalah taburan normal, lognormal, exponential dan Pareto. Oleh kerana kekompleksan model-model ini, hanya taburan normal akan dibincangkan secara ringkas dalam bab ini. Model Binomial Taburan Binomial pada amnya digunakan sebagai model untuk menggambarkan jumlah bilangan kerugian yang mungkin berlaku daripada sejumlah pendedahan terhadap kerugian, dengan kebarangkalian P mana-mana satu pendedahan akan mengalami kerugian dalam tempoh masa satu tahun. Model ini boleh digunakan bila kita mempunyai bilangan pendedahan tertentu yang diwakili oleh n. Model ini mengandaikan bahawa setiap pendedahan boleh mengalami 1 kerugian sahaja atau 0 kerugian dalam sesuatu tahun. Dan lagi, setiap pendedahan mempunyai kebarangkalian P yang sama untuk menjana kerugian. Setiap pendedahan dianggapkan tidak bersandar (independent) antara satu sama lain. Di bawah andaian yang dinyatakan, fungsi taburan kebarangkalian binomial bagi jumlah bilangan kerugian yang mungkin di alami di berikan oleh formula berikut: P(N=x) = .. n  px (1-p)n-x x (n-x). x = 0,1,2,3,...,n. dimana, N x n p. = = = =. Pemboleh ubah rawak yang mewakili bilangan kerugian Bilangan kerugian yang mungkin berlaku dalam sesuatu tahun Bilangan pendedahan kerugian Kebarangkalian kerugian yang dijanakan oleh setiap pendedahan.. Nilai terjangka bilangan kerugian diwakili oleh E[N] = np dan variasi bilangan kerugian diwakili oleh Var [N] = np (1-p ). Bagi menggunakan model Binomial, parameter p perlu dianggarkan, biasanya dengan cara melihat pengalaman lepas yang dialami oleh pendedahan-pendedahan yang sedang dinilai dan pendedahan lain yang homogeneous. Sebagai contoh, katalah terdapat 100 buah rumah yang diinsuranskan di bawah insurans kebakaran oleh Insurer ABC. Anggapkan setiap rumah mempunyai kebarangkalian p yang sama untuk terbakar sekali dalam tahun yang akan datang, dan kebarangkalian 1-p untuk tidak terbakar. Katalah berdasarkan.

(32) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 32. rekod kebakaran lepas, dianggarkan nilai p = 0.0001. Oleh kerana terdapat 100 buah rumah, maka n = 100. Sekarang kita boleh membuat pengiraan berikut: Kebarangkalian tiada kerugian berlaku dalam tempoh yang ditetapkan: P(N=0) = .. 100  (0.0001)0 (0.9999)100 = 0.990049 0 100. Kebarangkalian jumlah bilangan kerugian adalah 1: P(N=1) = .. 100 1 99.  (0.0001)1 (0.9999)99 = 0.009901. Kebarangkalian jumlah bilangan kerugian adalah 2: P(N=2) = .. 100 2 98.  (0.0001)2 (0.9999)98 = 0.000049. Nilai terjangka bagi bilangan rumah yang akan terbakar adalah np = 100(0.0001) = 0.01 dan variasi di bawah model ini adalah np(1-p) = 100(0.0001)(0.9999) = 0.009999.. Model Poisson Taburan kebarangkalian Poisson digunakan untuk menganggarkann kebarangkalian sesebuah organisasi akan mengalami bilangan kerugian tertentu dalam tempoh masa satu tahun. Model ini boleh diaplikasikan jika kita mengambil kira bahawa setiap detik masa yang berlalu merupakan pendedahan kepada kerugian. Ini bermakna, di bawah model ini, kerugian boleh berlaku pada setiap ketika atau detik masa. Oleh itu, organisasi menghadapi pendedahan kerugian yang tidak terhad bilangannya dalam sesuatu tahun. Di bawah model Poisson, tempoh masa antara kerugian dikatakan mempunyai sifat “memoryless”. Ini bermaksud, jumlah masa yang akan berlalu sebelum kerugian akan datang berlaku tidak bergantung kepada jumlah masa yang telah berlalu selepas kerugian yang lepas berlaku. Jika kita menganggapkan setiap detik masa yang berlalu mempunyai kebarangkalian yang sama untuk menjana kerugian, dan setiap detik tidak bersandar antara satu dengan lain, maka taburan kebarangkalian Poisson bagi bilangan kerugian yang boleh berlaku dalam tempoh masa tertentu dinyatakan oleh formula berikut:.

(33) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO P(N=x) =. e- x x!. 33. x = 0,1,2,..... di mana, N = Pemboleh ubah rawak yang mewakili bilangan kerugian  = Purata kerugian yang dialami dalam sesuatu tahun (dianggarkan daripada pengalaman kerugian lepas) Nilai terjangka diwakili oleh E[N] =  dan sisihan piawai diwakili oleh SD[N] = . Sebagai contoh, katalah untuk tempoh lima tahun yang lepas, sebuah syarikat pengeluaran telah mengalami 1 kerugian liabiliti pengguna pada tahun pertama, 2 kerugian pada tahun ke-2, 0 kerugian dalam tahun ke-3, 1 kerugian dalam tahun ke-4 dan 0 kerugian dalam tahun ke-5. Mula-mula kita perlu menganggarkan nilai terjangka bilangan kerugian yang diwakili oleh E[N] = . Berdasarkan data diatas, = (1+2+0+1+0)/5 = 0.8. Sekarang kita boleh membuat pengiraan berikut: Kebarangkalian tiada kerugian berlaku dalam tempoh yang ditentukan: P(N=0) = e-0.8 0.80 0!. =. 0.4493. Kebarangkalian bilangan kerugian yang berlaku adalah 1: P(N=1) = e-0.8 0.81 1!. = 0.0359. Kebarangkalian bilangan kerugian adalah 2: P(N=2) = e-0.8 0.82 = 0.0014. 2! Anda boleh cuba mengira sendiri kebarangkalian bagi bilangan kerugian seterusnya.. Model Normal Taburan kebarangkalian Normal boleh digunakan untuk menganggarkan ketenatan kerugian. Ia boleh digunakan untuk menganggar kebarangkalian nilai ringgit kerugian dalam sesuatu tahun akan menyamai atau melebihi amaun.

(34) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 34. tertentu. Nilai ringgit kerugian merujuk kepada saiz kewangan kerugian yang berlaku. Katalah pemboleh ubah rawak L mewakili nilai ringgit (saiz) kerugian dan ia merupakan pemboleh ubah yang tidak bersandar (independent). Jika L mempunyai taburan normal dengan min  dan varians 2, maka kebarangkalian L menyamai atau melebihi sesuatu nilai boleh dianggarkan menggunakan fungsi densiti kebarangkalian bagi taburan normal. (Sila rujuk buku statistik bagi fungsi ini). Anggaran kebarangkalian menggunakan fungsi ini memang rumit, kerana ia akan melibatkan proses pengamiran (integration). Namun demikian, pakar statistik telah menyediakan cara yang lebih mudah untuk menggunakan taburan normal, iaitu melalui taburan normal piawai (standard normal). Pemboleh ubah normal piawai mempunyai min 0 dan varians 1. Andainya kita hendak mengira Kebarangkalian (L > nilai tertentu), maka kita boleh merujuk kepada Jadual Taburan Normal Piawai. Jadual ini boleh didapati daripada buku-buku statistiks. Untuk menggunakan jadual ini, kita perlu menukar pemboleh ubah normal kepada pemboleh ubah normal piawai. Katalah X adalah pemboleh ubah normal dengan min  dan sisihan piawai . Dan katalah Z adalah pemboleh ubah normal piawai dengan min 0 dan sisihan piawai 1. Maka, z =. x- . Sebagai contoh, andaikan Syarikat Herba Raya mempunyai pengalaman kerugian berkaitan kecederaan industri yang bertaburan normal, dengan min RM30,000 dan sisihan piawai RM15,000. Sila jawab soalan berikut: (1) Katalah kerugian akibat kemalangan industri sebanyak RM70,000 atau lebih setahun dianggapkan sebagai kerugian kewangan yang tenat. Apakah kebarangkalian syarikat ini akan mengalami kerugian tenat dalam sesuatu tahun? Penyelesaian: Katalah X mewakili saiz kerugian bertaburan normal dan Z mewakili saiz kerugian bertaburan normal piawai. Maka, X Z. = =. 70,000 70,000 - 30,000 = 2.67 15,000. Kebarangkalian (X > 70,000) = Kebarangkalian (Z > 2.67) = 0 .0038..

(35) BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO. 35. Nilai kebarangkalian di atas diperoleh daripada jadual taburan normal piawai.. (2) Apakah kebarangkalian saiz kerugian yang akan dialami dalam tahun ini berada dalam lingkungan 1 sisihan piawai? Penyelesaian: Kebarangkalian (X berada diantara     Kebarangkalian  X   Kebarangkalian (-1<Z<1) = 0.  Iaitu kebarangkalian kerugian sebenar akan berada diantara RM15,000 dan RM45,000 adalah 0.6827. (3) Apakah kebarangkalian saiz kerugian akan berada dalam lingkungan 2 sisihan piawai (iaitu saiz kerugian akan berada kurang daripada RM60,000). Penyelesaian: Kebarangkalian (X berada di antara   2 = Kebarangkalian (-2<Z<2) = 0 .9545..

(36)

Referensi

Dokumen terkait

Telah dilakukan penentuan kandungan radionuklida alam dalam sampel udara ambien ukuran TSP di PL TV Pacitan, Jawa Timur.. Sampling dilakukan dengan menggunakan peralatan High Volume

Tindak balas II -Tindakbalas redoks [persamaan kimia bagi penyesaran logam yang sesuai] [Tunjuk nombor pengoksidaan bagi setiap unsur] - terdapat perubahan nombor pengoksidaan. 1 1

(ex aquo et bono).. Salinan putusan ini tidak bisa dipergunakan sebagai rujukan resmi atau alat bukti. Untuk informasi lebih lanjut, hubungi Sekretaris Persidangan DKPP RI, Jl..

Tabel diatas, menunjukkan bahwa dari 17 perawat shift siang, ada 12 orang perawat sebelum shift pagi memiliki tekanan darah sistolik normal, serta 12 perawat

Gambar 1.11 merupakan tampilan pada saat pemain telah menemukan buah yang pemain cari, dan pemain harus mendekati objek buah untuk mendapatkan buah, sebelum pemain

Ada beberapa sikap toleransi yang ditunjukan dalam film 99 Cahaya Di langit Eropa yang pertama yaitu mengakui hak setiap orang dengan ditunjukan kepada Maarja

Hasil pencocokan template item jawaban dengan citra dapat menghasilkan lebih dari satu hasil jika lembar jawab diisi lebih satu bulatan yang dihitamkan, atau

Melalui pernyataan visi dan misi BPS tersebut, BPS memiliki aspirasi untuk mencapai sejumlah tujuan strategis, yaitu: (1) peningkatan kualitas data statistik; (2) peningkatan