• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TER

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KESAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TER"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

AHMAD ZAIRY BIN ZAINOL ABIDIN

Pengenalan

Pembangunan di Malaysia menekankan pembangunan ekonomi yang diimbangi dengan pembangunan dan keadilan sosial yang boleh dinikmati segenap lapisan masyarakat. Ia merupakan sebuah pembangunan yang dirancang untuk membawa negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Di era globalisasi, ledakan maklumat dan revolusi teknologi telah membantu dalam memesatkan lagi proses pembangunan yang dirancang. Namun begitu, dalam kita menelusuri arus pembangunan yang ada pada masa kini, kita tidak ketinggalan dalam menerima tempias yang datang bersama-sama dengan arus pembangunan yang dirangka. Isu, cabaran dan masalah yang timbul tidak dapat dielak dan meliputi perbagai aspek kehidupan sekiranya ingin dibincangkan. Oleh itu, untuk

memahami akan isu, cabaran dan masalah yang dihadapi ini, tema berkaitan Keselamatan telah dipilih. Berdasarkan kepada tema ini, tajuk yang akan di bincangkan adalah Kesan Pembangunan Teknologi Maklumat terhadap Perkembangan Jenayah Komputer.

(2)

Malah, satu perkara penting juga adalah revolusi pemikiran. Globalisasi telah membawa perubahan kepada pemikiran penduduk dunia dan keadaan ini diperkuatkan lagi dengan kecanggihan teknologi yang dijana oleh proses modenisasi yang menjadikan manusia di seluruh dunia menjadi semakin dekat dan saling terikat antara satu sama lain. Menurut Ishak Shaari (2006) mengatakan bahawa globalisasi sedang membawa perubahan kepada kuasa, peranan dan autoriti di setiap negara.

Namun begitu, implikasi daripada kemajuan dunia teknologi maklumat tidak hanya memberikan kebaikan dan manfaat kepada dunia global, kemunculan jenayah komputer merupakan kesan sampingan yang muncul hasil daripada kewujudan kemajuan yang dirancang ini. Kebergantungan kepada teknologi maklumat dalam era globalisasi membuka ruang baru untuk munculnya jenayah baru iaitu jenayah komputer. Jenayah komputer berupaya untuk memberikan ancaman yang lebih besar dan menyeluruh berbanding jenayah biasa kerana rangkaian yang wujud di dalam dunia siber ini. Pembangunan dunia teknologi maklumat yang dirancang untuk memberikan kemajuan dan kemudahan kepada semua telah disalah gunakan oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan tidak baik

dan merosakkan kesejahteraan yang dibina.

Pembangunan

Pembangunan merupakan istilah yang diguna pakai selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2 dalam usaha untuk membentuk kembali masyarakat dunia selepas kemusnahan Perang Dunia Ke-2. Bermula dengan Marshall P lan iaitu rancangan memulihkan semula Eropah oleh Jeneral Marshall daripada Amerika Syarikat yang mana ia bertujuan untuk membantu memulihkan semula Eropah yang musnah teruk akibat peperangan (Rahimah Abdul Aziz. 2001). Bermula dengan pelan inilah, pembangunan mula digunakan sebagai satu kata kunci untuk merancang pembangunan dengan lebih teliti dan bersistematik. Pembangunan menurut Lorenzo G. Bellù (2011:2) menyatakan bahawa;

(3)

something positive or desirable. When referring to a society or to a socioeconomic system, “development” usually means improvement, either in the general situation of the system, or in some of its constituent elements. Development may occur due to some deliberate

action carried out by single agents or by some authority preordered to achieve

improvement, to favorable circumstances in both. ...

Pembangunan merupakan satu usaha yang dirancang untuk membaiki kualiti dan keselesaan hidup. Ia meliputi sama ada daripada apek pembangunan ekonomi, pembangunan kemanusiaan, pembangunan kelestarian dan pembangunan kawasan, kesemuanya bertujuan untuk mencapai matlamat yang sama. Ia juga menjangkaui aspek ekonomi, politik dan teknologi. Ini kerana melalui pembangunan, kesemua aspek ini akan dapat direncanakan dengan baik dan bermanfaat untuk kesejahteraan manusia itu sendiri.

Pembangunan dalam aspek teknologi pula merupakan salah satu kesan pembangunan yang direncanakan untuk memastikan teknologi berupaya untuk digunakan untuk memudahkan usaha dan kerja kehidupan sejagat. Teknologi yang dikatakan merujuk

kepada Sazali Abdul Wahab (2012) mengatakan bahawa ...technology consist of two primary component: 1) a physical component which comprises of items such as product,

tooling, equipment, blueprint, techniques and processes; and 2) the informational

component which consists of known-how in management, marketing, production, quality

control, reliability, skilled labor and functional area... di mana teknologi merupakan sebuah alat yang digunakan untuk mempermudah kerja seharian manusia.

Pendekatan untuk menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian merubah bagaimana kita melakukan kerja seharian kita. Melalui teknologi, kita berupaya untuk melaksanakan kerja dengan lebih pantas, cepat, efisien dan bersistematik. Matlamat untuk menggunakan teknologi sebagai sebuah alat untuk membantu manusia membolehkan komputer dicipta. Menurut Gary B. et.al (2004), komputer adalah ...an electronic device,

operating under control of instructions stored units own memory, that can accept data,

(4)

future use…. Melalui penciptaan komputer, maka bermulalah satu era baru yang dinamakan era teknologi maklumat.

Pembangunan dalam teknologi maklumat

Dunia teknologi maklumat pula merupakan satu era yang menjadikan globalisasi sebagi suatu impian menjadi nyata. Kemampuan komputer untuk menyimpan data dan mentafsirkannya membolehkan era teknologi maklumat menjadi satu era yang sangat menakjubkan. Keupayaan dalam pertukaran maklumat, mencari maklumat, menyebarkan maklumat menjadi satu perkara yang amat mudah berbanding di era sebelumnya. Keupayaan ini juga secara tidak langsung mengubah kemampuan dalam merancang pembangunan yang dirancang. Keupayaan merancang untuk pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan hasil penggunaan teknologi maklumat sebagai medium pengantaranya. Perkembangan teknologi maklumat terutama keupayaan komputer yang semakin lama-semakin pantas merancakkan lagi usaha tersebut. Ia telah berjaya mengubah keupayaan individu dan masyarakat dalam melaksanakan sesuatu

pekerjaan tersebut. Teknologi maklumat yang sedang berkembang ini berperanan dalam membentuk masyarakat yang baru yang bergantung pada komputer dalam kehidupan seharian mereka.

(5)

Perkembangan teknologi komputer telah membuka jalan dan ruang yang lebih luas dalam pembangunan dunia.

Evolusi daripada satu generasi komputer kepada generasi seterusnya merupakan sebuah perancangan yang berterusan. Ia merupakan kesinambungan usaha yang dijalankan oleh mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kemajuan teknologi komputer ini. Kemunculan peneraju-peneraju dalam dunia komputer merancakkan perkembangan pembinaan komputer seperti Apple, dan Microsoft dan juga berkaitan dengan pembangunan program seperti Windows, SPSS dan sebagainya. Perkembangan ini memberikan impak positif terhadap perkembangan dunia komputer. Kemunculan internet dan laman sesawang melalui World Wide Web (WWW) pada awal 1990an merancakkan lagi perkembangan dunia komputer kepada masyarakat dunia. Melalui akses tanpa sempadan dan melalui dunia maya yang ada, hubungan di antara masyarakat dunia semakin mengecil dan tidak terbatas dengan jarak lokasi masing-masing. Melalui internet satu perkampungan global yang luas terbentuk, satu pendekatan yang sama dalam menceritakan mengenai globalisasi yang turut sedang berlaku pada masa kini.

Pembentukan masyarakat yang peka terhadap teknologi (komputer)

(6)

Keupayaan komputer dalam melakukan dua atau tiga kerja serentak daripada keupayaan yang sedia ada iaitu mengumpul, memproses, menjana, menyimpan, mencapai, dan menyampai menguatkan lagi kebergantungan masyarakat terhadap komputer dalam melaksanakan aktiviti seharian. Melalui keupayaan inilah, komputer menjadi sebuah medium yang sangat penting dalam membantu manusia menyelesaikan dan menguruskan aktiviti seharian mereka. Kemodenan melalui keupayaan komputer ini membentuk masyarakat yang menggunakan dan memberikan manfaat berfaedah terhadap masyarakat umumnya. Di antara manfaat yang memberikan kesan positif terhadap masyarakat adalah:

1. Berkeupayaan dalam membantu masyarakat

i. Meningkatkan keupayaan bagi mereka kurang keupayaan

Melalui penggunaan komputer, mereka yang kurang keupayaan dapat melakukan kerja-kerja yang sebelum ini tidak dapat dilakukan oleh mereka. Seperti contoh, golongan istimewa yang mempunyai kekurangan untuk bergerak kini mampu untuk mendapatkan barangan yang dijual di luar tanpa perlu keluar kerana mereka kini boleh membuat

pembelian secara atas talian dan barangan tersebut dihantar terus ke rumah.

ii. Meningkatkan produktiviti

Produktiviti juga dapat ditingkatkan dengan adanya kemudahan komputer dalam membantu menguruskan kerja yang dilakukan dengan lebih sistematik dan terancang terutama dalam kerja berkumpulan. Jika sebelum ini kerja-kerja yang dilakukan memerlukan koordinasi yang kadang kala melambatkan dan menggagu kelancaran kerja kumpulan, melalui penggunaan komputer, segala perancangan dapat diurus tadbir dengan lebih berkesan dan menyeluruh tanpa mengira batasan masa dan lokasi.

(7)

Komunikasi yang ada melalui kewujudan komputer membantu manusia untuk berhubung dengan lebih mudah dan pantas. Keupayaan untuk berkomunikasi secara langsung di antara dua pihak yang berada di lokasi yang jauh merupakan manfaat yang di kecapi. Perhubungan urus niaga, peribadi malah urusan rasmi juga dapat dipercepatkan dengan penggunaan e-mel, panggilan video dan sebagainya.

iv. Mempercepatkan urus niaga

Urusan perniagaan juga dapat dipercepatkan dengan kemampuan untuk menguruskan segala maklumat yang berkaitan dengan keupayaan menguruskan urusan dalam ‘masa sebenar’. Antara perkara yang boleh mendapatkan manfaat daripada pendekatan ‘masa sebenar’ ini adalah keupayaan untuk mengetahui transaksi perniagaan yang dijalankan secara terus tanpa perlu tunggu perniagaan mereka berakhir untuk membolehkan mereka mengemaskinikan urusan perniagaan mereka pada hari tersebut.

2. Berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah

i. Membantu menyelesaikan masalah dengan lebih cepat

(8)

ii. Berkeupayaan dalam memindahkan maklumat dengan pantas dan selamat

Pemindahan maklumat dan data juga dapat dilakukan dengan pantas dan selamat terutama dengan menggunakan alam maya. Jika sebelum ini, maklumat dipindahkan melalui salinan kertas yang perlu di cetak dan dibawa secara fizikal bersama-sama, pendekatan penggunaan ‘pendrive’ membantu mengurangkan penggunaan kertas dan maklumat yang diperlukan juga mudah dibawa dan mampu untuk dibawa dengan lebih banyak lagi. Pengenalan kepada simpanan data secara maya dalam storan maya juga merupakan satu alternatif yang membolehkan maklumat diakses di mana-mana tanpa perlu dibawa melalui ‘pendrive’ atau salinan kertas lagi.

iii. Menerokai penyelesaian alternatif hasil perkongsian bersama

Penggunaan perisian komputer dalam membantu menyelesaikan masalah kadang kala menemui jalan buntu kerana masalah yang

dihadapi kadang kala tiada disediakan dalam bentuk perisian. Oleh itu, penyelesaian alternatif juga mampu untuk diperoleh dengan keupayaan komputer untuk berhubung dengan sesiapa sahaja di alam maya. Keupayaan ini membolehkan masalah yang dihadapi dikongsi di kumpulan maya atau forum yang berkaitan untuk mendapatkan cadangan penyelesaian alternatif melalui perkongsian tersebut.

(9)

pengertiannya. Mereka lazimnya berhubung dan bergerak bersama-sama dalam kumpulan kecil ini dalam usaha untuk menunjukkan keupayaan mereka dalam melanggar salah laku normal masyarakat (Ferrante.2011). Kesefahaman yang muncul ini membentuk satu struktur sosial yang baru yang menghubungkan mereka sesama sendiri dalam kumpulan mereka. Perhubungan yang terjalin yang melibatkan kemahiran dan kepakaran komputer ini akhirnya akan berubah daripada menjadi sebuah kumpulan yang devian kepada kumpulan jenayah. Jenayah yang berkaitan inilah yang dinamakan sebagai Jenayah Komputer.

Jenayah Komputer

Menurut Gary B. Shelly (2004) jenayah komputer adalah sebarang jenayah yang dilakukan berkaitan dengan komputer. Penggunaan komputer yang digunakan dengan cara yang bersistematik dan dirancang untuk melakukan kesalahan ini adalah di antara kesan pembangunan jenayah komputer yang dipelopori oleh mereka yang menyalahgunakan kebaikan komputer sebagai sebuah alat yang bermanfaat positif. Jenayah komputer yang

dirancang oleh individu, kumpulan atau organisasi merupakan satu hasil daripada kesan pembangunan yang negatif. Mereka telah menggunakan kemudahan komputer untuk mendapatkan keuntungan bagi diri sendiri atau untuk melakukan kerosakan kepada pihak ketiga.

(10)

Jadual 1: Sejarah perkembangan teknologi maklumat dibandingkan dengan perkembangan jenayah komputer/siber berdasarkan era.

Era Teknologi Maklumat Jenayah Komputer/Siber

1960 Kemunculan komputer

UNIVAC 1 (generasi 1),

HONEYWELL (generasi 2)

Kerosakan kepada data yang disimpan secara fizikal yang bersaiz besar. Cth: Di

Kanada, 1969, rusuhan pelajar mencetuskan kebakaran merosakkan sistem komputer universiti.

1970 Kemunculan IBM 360

(generasi 3) menggunakan kitar bersepadu.

Perkembangan kepada kerosakan sistem. Cth: Penipuan semasa proses transaksi yang berubah daripada sistem manual kepada

komputer. 1980 APPLE II diperkenalkan,

memulakan era komputer peribadi.

Perkembangan komputer peribadi mencetuskan pemalsuan software dan penyebaran virus komputer.

1990 Penggunaan HTTP dan WWW di CERN (European

Organization for Nuclear

Research) merupakan pemula dunia Internet.

Perkembangan Internet dan kewujudan dunia siber melalui akses World Wide Web (WWW) merancakkan lagi jenayah komputer dan mulanya perkembangan jenayah siber.

Sumber: OUM. t.th. dan Marco Gercke 2012.

Perkembangan jenayah komputer ini terus berkembang sehingga mencapai definisi baru yang sering juga digunakan untuk menyatakan jenayah komputer iaitu jenayah siber. Jenayah komputer atau jenayah siber ini pula menurut Marco Gercke (2012) dipecahkan

kepada 4 jenis kategori yang mewakili jenis-jenis jenayah komputer masa kini iaitu:

(11)

iii. Pemintasan maklumat secara tidak sah, iv. Gangguan terhadap data,

v. Gangguan terhadap sistem,

2. Jenayah berkaitan komputer secara langsung, i. Penipuan komputer

a. Secara on-line

b. Bayaran pendahuluan ii. Pemalsuan

a. Pencurian identiti

b. Pencurian maklumat peribadi iii. Penyalahgunaan komputer

3. Jenayah berkaitan kandungan komputer i. Pornografi dan gambar erotik ii. Pornografi kanak-kanak

iii. Kecaman terhadap kaum, bangsa dan sokongan terhadap keganasan iv. Kecaman terhadap agama

v. Perjudian haram

vi. Maklumat salah yang disebarkan vii. Spam

viii. Hak cipta, hak intelek dan tanda perniagaan

4. Jenayah berkaitan komputer secara tidak langsung i. Pengganas

ii. Peperangan siber

iii. Penggubalan wang haram siber iv. Memancing data (phishing)

(12)

sebagai kategori besar yang akan mengelirukan pemahaman dalam memahami apakah yang dikatakan sebagai jenayah komputer itu. Pengelasan yang diberikan oleh Marco Gercke membantu menjelaskan dengan mudah apakah jenis-jenis jenayah yang ada dan di manakah jenis-jenis jenayah ini dikategorikan.

Kesan modenisasi dan jenayah komputer

Melihat kepada perkembangan jenayah komputer ini, sebenarnya kita dapat melihat bahawa jenayah-jenayah ini merupakan jenayah fizikal yang memang telah wujud sebelum kemunculan era teknologi maklumat. Perlakuan jenayah ini dimodenkan oleh pelaku seiring dengan perubahan teknologi maklumat masa kini. Perubahan ini merupakan kesan langsung negatif pembangunan teknologi maklumat yang wujud kesan daripada perancangan pembangunan teknologi maklumat yang muncul. Pemodenan ini yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah ini selari dengan kepesatan dunia teknologi maklumat. Pengelasan kategori-kategori jenayah ini juga membantu membezakan di antara jenayah fizikal yang sedia ada dengan jenayah komputer kerana walaupun bentuk

kerosakan jenayah tersebut hampir sama, namun cara pelaksanaan jenayah tersebut berbeza dan memerlukan pendekatan yang berbeza dalam menanganinya.

(13)

Kesan modenisasi terhadap jenayah komputer dapat diterangkan dengan lebih jelas dengan melihat bagaimana ia digambarkan melalui peristiwa yang berkaitan. Berikut adalah di antara beberapa peristiwa, implikasinya dan contoh peristiwa yang boleh dikaitkan di antara kategori jenayah komputer dengan teori modenisasi - Ideal Typical Index.

Jadual 2: Jenayah terhadap maklumat sulit, integriti dan kredibiliti data

Tradisional Moden

Peristiwa • Mendapatkan data atau

maklumat sulit melalui salinan cetakan yang diperoleh daripada individu yang tidak berintegriti. • Menghantar perisik untuk

mendapatkan maklumat sulit dan memindahkan maklumat tersebut dengan apa sahaja cara yang bersesuaian untuk sampai kepada pihak satu lagi.

• Mendapatkan data secara atas talian atau alam maya kerana kini hamper kesemua maklumat sulit berada di dalam keadaan “soft copy” yang boleh diakses melalui komputer.

• Tidak memerlukan

individu-individu untuk menyusup masuk ke pihak lawan, hanya memerlukan komputer dan akses Internet terhadap maklumat yang diingini.

Impikasinya • Maklumat sulit yang di peroleh agak sukar untuk dipindahkan kerana perlu dipindahkan secara fizikal.

• Maklumat sulit mudah diperoleh dan dipindahkan malah boleh dibuat salinan pendua serentak.

Contoh • Keputusan terhadap sesuatu keputusan mesyuarat rasmi akan tersebar dan dimiliki oleh pihak ketiga selepas

(14)

satu tempoh masa kerana maklumat tersebut perlu di

dihebahkan oleh pihak yang berkaitan dengan penuh rahsia.

semasa keputusan tersebut diputuskan. Isu dokumen

1MDB yang diperoleh oleh akbar Wall Street Journal .

Jadual 2 merupakan contoh bagaimana maklumat atau data sulit kini amat mudah untuk dibawa keluar tanpa saringan atau kawalan yang sepatutnya akibat kemajuan teknologi

yang disalah guna untuk mereka yang berkepentingan.

Jadual 3: Jenayah berkaitan komputer secara langsung

Tradisional Moden

Peristiwa • Penipuan dilakukan secara fizikal dan bersemuka. Penipuan tersebut melibatkan tunai yang dipindahkan secara fizikal. • Maklumat peribadi individu

dipalsukan dengan adanya maklumat asal yang dicuri secara fizikal atau diperoleh

daripada pihak ketiga yang mencurinya.

• Penipuan dilakukan secara atas talian sahaja tanpa perlu bersemuka dengan pembeli.

• Maklumat individu dicuri secara atas talian dan dipalsukan untuk kegunaan penjenayah dalam sekelip mata.

Impikasinya • Jenayah sebegini lazimnya

agak sukar dilakukan kerana memerlukan penipu

bersemuka dengan mangsa untuk menipu atau mendapatkan maklumat peribadi mangsa.

• Jenayah ini lebih mudah dan licik kerana dilakukan secara atas talian dan tidak

(15)

maklumat tersebut tersedia di atas talian.

Contoh • Penipuan sistem piramid di satu-satu kawasan tumpuan. Skim Cepat Kaya Pak Man

Telo di Utara Semenanjung Malaysia.

• Penipuan sistem piramid (Ponzi) melangkaui meliputi seluruh negeri di

Malaysia. Skim Pelaburan Emas Online.

Penipuan menggunakan komputer sebagai alat untuk menipu berkembang dengan mengaplikasikan jenayah fizikal kepada jenayah komputer yang memberikan impak lebih

meluas berbanding jenayah fizikal seperti di Jadual 3.

Jadual 4: Jenayah berkaitan kandungan komputer

Tradisional Moden

Peristiwa • Kecaman terhadap kaum atau agama lazimnya terjadi di kalangan satu komuniti dan bersifat setempat atau dalam negara sahaja.

• Maklumat salah juga lazimnya disebarkan secara

setempat yang bertujuan untuk memburukkan pihak satu lagi dalam satu kelompok masyarakat atau dalam negara sahaja.

• Kecaman terhadap kaum dan agama tersebar secara meluas secara atas talian yang memberikan kesan secara sejagat.

• Maklumat salah juga mudah tersebar di kalangan

masyarakat dunia tanpa ada sekatan dan tapisan.

Impikasinya • Kecaman dan kebencian yang wujud lazimnya bersifat lokal.

(16)

sebagai medium penyebaran.

Contoh • Hasutan dan tohmahan berkaitan individu atau parti politik hanya dilakukan

melalui akbar terbitan sendiri dan diedarkan

kepada ahli-ahli yang berkaitan sahaja.

• Hasutan dan tohmahan tidak lagi terbatas kepada ahli-ahli berkaitan tetapi

menjangkau seluruh masyarakat negara dan juga

dunia menggunakan medium internet sebagai platformnya. Skandal 1MDB yang tersebar tidak hanya di Malaysia malah seluruh dunia.

Kandungan komputer juga merupakan salah satu jenayah komputer yang paling banyak pecahan jenisnya kerana kandungan komputer adalah tidak terhad dan pecahan-pecahan jenayah komputer kategori ini adalah sangat meluas. Jadual 4 merupakan salah satu jenis jenayah komputer yang berkaitan yang dibincangkan.

Jadual 5: Jenayah berkaitan komputer secara tidak langsung

Tradisional Moden

Peristiwa • Peperangan berlaku

melibatkan serangan secara fizikal di antara

negara-negara yang bergolak untuk mendapatkan kuasa, dan

kewangan selain

melumpuhkan kekuatan negara yang berperang.

• Peperangan yang berlaku adalah di antara negara-negara berkepentingan yang

menyerang secara maya terhadap kewangan, ekonomi dan keamanan

negara dengan

(17)

Impikasinya • Menyebabkan kerosakan

yang nyata dan fizikal terhadap negara-negara yang terlibat.

• Berupaya untuk

menjatuhkan negara hanya dengan menyerang sektor kewangan dan ketenteraan melalui atas talian.

Contoh • Peperangan yang berlaku memerlukan anggota tentera yang dikumpulkan secara fizikal dan

berhadapan untuk

memastikan anggota tersebut benar-benar serius

dalam menyertai

perjuangan mereka.

• Pencarian anggota tentera untuk bersama-sama berjuang dalam ideologi dilakukan menggunakan platform internet melalui Facebook atau Blog yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Mereka yang merasakan perjuangan itu sebagai benar akan terus sahaja berjuang tanpa memikirkannya lagi. Seperti pencarian anggota

untuk IS yang

menggunakan intenet sebagai medium untuk menyebarkan fahaman

mereka.

(18)

Kesimpulan

Pembangunan yang ingin di kecapi lazimnya memerlukan kemodenan. Di antara bentuk kemodenan adalah melalui perkembangan teknologi maklumat. Perkembangan teknologi maklumat merupakan sebuah medium yang membantu dalam proses modenisasi. Teknologi maklumat adalah pemangkin dalam mencapai kemajuan di era komputer dan globalisasi . Namun begitu kesan pembangunan teknologi maklumat boleh menjadi sesuatu kesan yang negatif. Ini kerana akses kepada teknologi maklumat yang mudah dan pantas melalui akses Internet, kemunculan jenayah komputer mengubah senario positif yang dibina. Jenayah komputer memberikan implikasi dan kesan buruk yang lebih berbahaya berbanding sebelum era komputer kepada sesebuah masyarakat dan negara.

Jenayah komputer merubah bagaimana kita jenayah yang dilakukan secara tradisional kepada sesuatu yang sangat moden. Ia membolehkan perhubungan dengan mana-mana pihak di dalam dunia nyata pada bila-bila masa. Keupayaan ini memberikan lebih peluang dan ruang yang membolehkan jenayah komputer ini berjaya. Dunia maya

membolehkan seseorang itu berada dalam dunia tanpa sempadan negara dan undang-undang. Kewujudan jenayah komputer ini juga saling berkaitan dengan teori Juggernaut yang diperkenalkan oleh Antony Gidden. Teori Juggernaut mengatakan bahawa kemodenan adalah satu bentuk kuasa yang bergerak ke hadapan tanpa ada halangan yang tidak mampu untuk menghalangnya daripada terus bergerak. Ia hanya boleh dikawal oleh manusia namun kawalan itu juga terbatas berdasarkan kepada kekuatan dan kemampuan manusia yang mengawalnya (Ritzer. 2003). Komputer merupakan satu modeniti yang bergerak merentasi kesemua aspek kehidupan. Ia berupaya sesuatu yang tidak dapat dikawal dan ia berupaya memberikan manfaat kebaikan dan juga keburukan terhadap manusia. Jenayah komputer merupakan keburukan yang muncul kesan daripadanya selain daripada kebaikan dan manfaat yang telah diberikan oleh teknologi komputer dan kita tidak mampu untuk menghalangnya secara total.

(19)
(20)

Rujukan

Ferrante, Joan. 2011. Deviant: Differential Association. Seeing Sociology: An Introduction. hlm 201-203.Canada. Wadsworth Cengage Learning.

Gary B. Shelly, Thomas J. Cashman dan Misty E. Vermaat. 2004. Discovering Computers 2005: A Gateway to Information. Massachusetts. Thomson Course Technology.

George Ritzer. 2003. Analyzing Modernity: The Juggernaut of Modernity and the Risk Society. Contemporary Sociological Theory and its Classical Roots: The Basics hlm. 135-138. New York. The McGraw-Hill Company.

Ishak Shaari. 2000. Krisis kewangan dan ekonomi Malaysia 1997-98 di Malaysia. Dlm. Noranini Othman & Summit K. Mandal (pnyt). Malaysia menangani globalisasi:

Peserta atau Mangsa? hlm. 17-22. Bangi. Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Lorenzo G. Bellù. 2011. Development and Development Paradigms. A (Reasoned) Review of Prevailing Visions. EASYPol.

http://www.fao.org/docs/up/easypol/882/defining_development_paradigms_102en .pdf. [24 Disember 2015]

Marco Gercke. 2012. Understanding cybercrime: Phenomena, challenges and legal response. http://www.itu.int/ITU-D/cyb/cybersecurity/projects/crimeguide.html. [12 Disember 2015]

OUM. t.th. Topik 1 – Pengenalan kepada Era Maklumat http://lms.oum.edu.my/e-content/CBCT2203/content/14132209Topik1PengenalankepadaEraMaklumat.pdf. [12 Disember 2015]

Rahimah Abdul Aziz. 2001. Pengantar Sosiologi Pembangunan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sazali Abdul Wahab, Raduan Che Rose dan Suzana Idayu Wati Osman. 2012. Defining the concept of technology and technology transfer: A literature analysis. International

Referensi

Dokumen terkait

Sebenarnya, melalui pelaporan adanya kasus kekerasan di sekolah, guru juga disadarkan bahwa ada yang salah dengan cara kita mendidik selama ini, bisa jadi

Adapun yang menjadi tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui ada tidakny pengaruh penggunaan media pembelajaran visual, penggunaan media pembelajaran audio,

Tahap implementasi terbagi menjadi dua, yaitu tahap implementasi desain yang meliputi desain karakter, sketsa latar, tipografi, perekaman suara, pembuatan musik,

SUMBER INFORMASI SERTA PELIMPAHAN HAK CIPTA* Dengan ini saya menyatakan bahwa skripsi berjudul Laju Potensial dan Kelimpahan Bakteri Nitrifikasi Denitrifikasi dan

Perbedaan kelembaban tanah dan suhu tanah pada semua perlakuan diduga karena mulsa alang-alang, rumput gajah dan kaliandra memiliki tingkat kerapatan yang tinggi

Unsur keterampilan khusus harus menunjukkan kemampuan kerja di bidang yang terkait program studi, metode atau cara yang digunakan dalam kerja tersebut, dan tingkat mutu yang

Tujuan penelitian ini untuk mengetahui internalisasi moral yang terdapat dalam cerpen Kuda Terbang Pelepah Pisang Karya Sri Widiyastuti. Objek penelitian ini adalah internalisasi

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola sekali lagi kedua (kecuali dengan tangannya) sebelum ianya menyentuh pemain lain: • sepakan percuma