• Tidak ada hasil yang ditemukan

GERAKAN REFORMASI ALIRAN PEMIKIRAN KAUM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "GERAKAN REFORMASI ALIRAN PEMIKIRAN KAUM"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan dari tangan British, terdapat banyak

gerakan dan perjuangan kemerdekaan untuk memperjuangkan tanah air bebas dari

cengkaman penjajahan. Maka, timbul atau muncul pelbagai dakyah pemikiran untuk

mempengaruhi masyrakat yang hidup pada waktu itu kearah pembebasan,kemerdekaan,

kemodenan, pembaharuan,membangunkan sosial masyarakat dan menjana peningkatan

ekonomi.

Topik yang ingin diketengahkan di sini ialah mengenai Kaum Tua dan Kaum

Muda. Dua aliran ini wujud pada waktu itu yang membawa wadah masing-masing.

Kaum Tua dikenali sebagai aliran tradionalisma manakala Kaum Muda pula dikenali

sebagai aliran radikal,reformisme atau pembaharuan.

Kedua-dua aliran ini, masing-masing bercanggah tentang pembawaan yang

dibawa oleh mereka masing-masing kerana Kaum Tua lebih selesa dengan apa yang ada

pada waktu itu manakala pula Kaum Muda pula cuba untuk membawa perubahan dan

pembaharuan.

Disebabkan kedua-dua aliran dan pendapat yang bercanggah ini, timbul pelbagai

banyak isu-isu yang kebanyakannya adalah isu hangat yang diperbincangkan dan

diperdebatkan.

Seterusnya, topik-topik ini akan diperbincangkan dan diperbahaskan dalam kajian

(2)

1

Definisi

Definisi kebangkitan / reformasi

Dari segi bahasa, pengertian kebangkitan adalah kebangunan, kesedaran atau kegiatan

yang membawa kepada kemajuan1. Reformasi pula bermaksud, perubahan atau

pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang lebih baik, perubahan dalam sistem

sosial, politik, dan kebudayaan sesebuah masyarakat2. Secara keseluruhannya orang

melayu mula sedar akan kelemahan diri untuk membangun demi nasib bangsa melayu

dan mengislahkan diri mereka bersesuaian dengan ajaran islam.

Definisi kaum tua

Secara amnya, kaum tua dapat didefinisikan sebagai golongan atau aliran tradisionalis

iaitu golongan yang ikut sunnah nabi dalam semua keadaan dan tingkah laku dalam

kehidupan seharian3. Mereka juga, terdiri daripada pemimpin agama dan ulama yang

menyokong dan mengikut pemerintah raja melayu dan adat istiadat melayu yang mana

semua tindakan raja-raja tidak dikritik malah didokong oleh mereka. Mereka juga,

mendapat kedudukan dan jawatan dari raja-raja dan bekerjasam dengan

pegawai-pegawai raja dalam mentadbir institut agama seperti madrasah, pondok, mahkamah

syariah dan sebagainya4.

Definisi kaum muda

Secara amnya, kaum muda adalah golongan yang terdiri daripada pemimpin agama dan

ulama yang mana, mereka mengkritik dan menegur tindakan raja-raja melayu dan

pemimpinnya serta adat istiadat melayu dengan menggunakan ajaran islam. mereka juga

1 Kamus Dewan. (2007). (4th ed.). (hlmn.122). Kuala Lumpur, Malaysia:Dewan Bahasa dan Pustaka. 2

Ibid, hlmn.1302.

3 Abd Rahman Abdullah.(1981). Sejarah dan Pemikiran Islam:Islam di Malaysia. hlmn.281-282.

Damansara Utama,Selangor: Pena sdn.bhd.

4 Hashim Ismail. (2005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In Hamzah Hamdani(Ed.),

(3)

2

tidak bergantung pada kesultanan melayu untuk memegang sesuatu jawatan5. Golongan

ini dikenali juga sebagai modernis yang anti-tradisi dan mereka mengagumi

ketamadunan barat iaitu mereka mengaitkan islam dengan ketamdunan barat6.

Latar belakang penubuhan kaum tua dan kaum muda

Latar belakang ringkas penubuhan kaum tua

Bermula pada abad ke-19 pada waktu itu umat islam Malaysia terpengaruh dengan

pemikiran dan ajaran islam dari Indonesia. Pada abad ke-20, aliran ini dikenali

tradisional iaitu kaum tua dan pada waktu itu ilmu berkembang pesat di Pattani serta di

Jawa, Banjar, Palembang, dan Riau. Setelah ramai anak-anak melayu yang merantau

untuk belajar ke timur tengah mereka juga telah membawa aliran dari timur tengah ke

tanah melayu dengan kepulangan mereka sebagai seorang mahasiswa. Institusi-institusi

banyak ditubuhkan oleh para ulama pada waktu itu yang produktif, yang mana

pendidikan islam berkembang ke wilayah pantai timur hingga utara semenanjung tanah

melayu iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang. Dengan giat ilmu

diperkembangkan maka, ramai tokoh-tokoh ulama muncul bergiat di pondok-pondok

dan melalui karya-karya mereka.

Kebangkitan kaum tua bermula semenjak kedatangan British ke Tanah Melayu

kerana sebelum dijajah, masyarakat mengamalkan sistem feudal iaitu satu sistem taat

setia rakyat terhadap pemerintah yakni sultan atau pemerintah. Semua hak milik mereka

hanyalah untuk pemerintah. Dengan kedatangan British, mereka telah mengubah sistem

tersebut dan memperkenalkan undang-undang baru yang mana harta benda milik

individu dan yang paling ketara sekali pemerintah juga di bawah undang-undang seperti

5 Ibid 6

(4)

3

rakyat juga, sistem ini banyak memberi manfaat kepada rakyat namun begitu, secara

tidak langsung telah menindas rakyat kerana tidak memberi kebebasan kepada mereka.

Disebabkan perkara ini, muncullah semangat kebangsaan yang mendalam di kalangan

rakyat dan politik mula berkembang dengan perasaan nasionalisme rakyat dan mereka

mula membuka sekolah-sekolah pondok dan menyebarkan risalah-risalah, pada ketika

itu muncullah kaum muda yang menolak pandangan kaum tua yang terdiri dalam

kalangan ulama-ulama terdahulu. Raden Soenarno ada menulis dalam tulisannya

mengenai kaum tua iaitu condemned the young medernist group, the Kaum Muda as

“worse then idolators and Christians” on political issues the former were nationalis looking backward‟7

bahawa kaum tua juga merupakan nasionalis yang memandang ke

belakang dan tentangan kaum tua terhadap kaum muda bukan hanya kaum muda lebih

radikal dan lebih kedepan tapi ada sebab lain yang memberi kepentingan kepada kaum

tua kerana sebelum dijajah, ulama kaum tua mempunyai jawatan dan memainkan

peranan yang penting terhadap pemerintah. Kemunculan Kaum Muda menyebabkan

mereka terpinggir. Ini ketara dari perselisihan yang berlaku diantara kedua-dua

kumpulan ini. Yang diperlihatkan oleh akhbar Saudara dan Lidah Benar. Akhbar

Saudara menerbitkan kritikan-kritikan yang dikeluarkan oleh Kaum Muda terhadap

Kaum Tua. Akhbar ini secara tidak langsung telah terlibat dalam satu perang besar

dengan akhbar Lidah Benar yang diterbitkan di Kelang oleh Raja Bon , iaitu seorang

ahli aristokrat yang terlibat dalam satu jawatankuasa agama di Selangor. Persengketaan

antara akhbar ini telah membawa kepada perkembangan dalam perubahan masyarakat.

Dari isu ini, pergerakan politik mula bergerak berterusan melalui ekonomi dan sosial

pula.

7 Raden Soenarno. (1896-1941). Raden Soenarno: Malay Nationalism. Jurnal of Southeast Asia History,

(5)

4 Latar belakang penubuhan kaum muda

Dari sudut sejarah, kaum muda bermula pada ke-17 dan 18 masihi merujuk kepada

peranan Muhammad bin Abd Wahhad. Tetapi sebenarnya aliran reformasi ini sudah pun

bermula jauh sebelum itu iaitu ketika kemunculan Ibnu Taimiyyah yang disifatkan oleh

Profesor Ismail al-Faruqi sebagai "the first and greatest Muslim reformer". Gelombang

reformasi ini pernah muncul di Mesir oleh tokoh al-Afghani(1839-1897) telah

mencetuskan satu bentuk pemikiran baru dalam islam dan telah mendidik pelajar-pelajar

al-Azhar dalam pembaharuan berfikir untuk membangkitkan islam dan beliau juga

terkenal melalui penerbitan akhbar Al-‘Urwah Wuthqa’.

Pemikiran kaum muda lebih ke hadapan dan progresif untuk perkembangan di

Tanah Melayu, antara cara mereka adalah dengan mengagaskan suatu kebangkitan yang

berlandaskan ketamadunan melalui gerakan pemikiran mereka yang mana mereka

merasakan orang melayu sudah ketinggalan dari segi teknologi, sains dan sebagainya

daripada barat. Selain itu, gerakan kaum muda ingin kembali ke jati diri islami itu

sendiri dan membentuk masyarakat yang mempunyai ketamadunan keagamaan untuk

menghayati islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka. Di samping itu,

mengekalkan jati diri islam dalam setiap diri orang melayu dalam menghadapi masalah

globalisasi terutama masalah dan pengaruh yang dibawa barat masuk ke Tanah Melayu

untuk mempengaruhi masyarakat8.

Mereka juga mengambil contoh dan pengajaran tokoh dunia luar seperti

al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, dan Rasyid Redha. Dari konteks di Tanah Melayu

gerakan kaum muda bermula di selatan iaitu di Singapura seterusnya merebak ke Pantai

8Hashim Ismail. (2005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In Hamzah Hamdani(Ed.),

(6)

5

Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang berjaya diserapi oleh

idea-idea Kaum Muda. Di antara tokoh-tokoh yang boleh disifatkan sebagai kaum muda

ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, Syed

Syeikh al-Hadi , Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd Taha. Mereka ini

bergabung untuk menerbitkan majalah Imam (1906-1908) iaitu mirip majalah

Manar dari sudut semangat dan prinsipnya. Selain dari mereka, Dr. Burhanuddin

al-Hilmi, Haji Abbas Taha dan Za'ba sendiri merupakan tokoh-tokoh pemikir yang

mempunyai serapan pemikiran kaum Muda.

Walaubagaimana pun, perjuangan mereka tetap diteruskan dan antara hasilnya

ialah tertubuhnya Maahad Ihya as-Syarif di Gunung Semanggol pada tahun 19349 oleh

Haji Abdul Rahman bin Mahmud yang merupakan mahasiswa lepasan asia barat.

Penubuhan maahad ini bertitik-tolak dari perubahan pendidikan yang diperjuangkan

oleh golongan kaum muda. Maahad ini menjadi paksi kepada gerakan mahasiswa

khususnya dari asia barat dalam perjuangan menentang penjajah dan menuntut

kemerdekaan seperti AWAS, Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu

Malaya (PKMM) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Antara lain yang menarik ialah

penubuhan Hizbul Muslimin pada tahun 1948 yang sangat memberikan ancaman dan

kesan terhadap penjajah ketika itu dan mereka disifatkan oleh Dato Onn Jaafar sebagai

bahaya dari gunung. Perjuangan pertubuhan ini secara dasarnya untuk memerdekakan

Tanah Melayu dari genggaman penjajah dan menubuhkan sebuah negara Islam yang

merdeka. Pertubuhan ini hanya bertahan selama lebih kurang setengah tahun sahaja

selepas itu diharamkan oleh kerajaan pada ketika itu

9 Abd Rahman Abdullah.(1981). Sejarah dan Pemikiran Islam:Islam di Malaysia. hlmn.216. Damansara

(7)

6

Adapun pertentangan peringkat nasional berlaku dengan kemunculan majalah

al-Imam yang dipelopori oleh Syeikh Tahir Jalaluddin dan rakan-rakannya.

Bagaimanapun penulis membuat kesimpulan bahawa aliran pengajian tafsir yang

mengikut Kaum Muda atau manhaj salaf boleh dikatakan berkembang aktif semenjak

kepulangan Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada tahun 1960-an dari Mesir yang

mengembangkan insituti pengajian tafsir di masjid-masjid. Pengajaran beliau pada

peringkat awal banyak mencetuskan kontroversi khususnya apabila menyentuh masalah

fiqah dan aqidah. Oleh yang demikian, beliau dilihat membawa pendekatan yang lebih

lembut walaupun sebenarnya beliau ingin mengekalkan fahaman Kaum Muda. Juga

perlu disebutkan peranan seorang tokoh angkatan baru yang cukup gigih di dalam

memperjuangkan idealisme Kaum Muda iaitu Abdullah al-Qari bin Haji Mohd Salleh10,

seorang ulama yang bukan sahaja memiliki perpustakaan peribadi yang paling besar di

negeri Kelantan, bahkan beliau telah mengarang dan menterjemah lebih daripada 100

buah kitab yang berunsur reformisme.

Akhir sekali, perjuangan gerakan kaum muda adalah lebih kepada pembangunan

umat islam di Tanah Melayu dan ingin mereka pandang ke depan dan tidak bercanggah

dari ajaran al-quran dan as-sunnah.

10

(8)

7

Medan Penyebaran

Kaum Tua

Golongan Kaum Tua tidak banyak dalam menyebarkan penyebaran sepertimana yang

dilakukan oleh Kaum Muda yang begitu drastik dan bersungguh-sungguh sekali.

Mereka lebih kepada bertaqlid terhadap apa yang dipegang tanpa melakukan sesuatu

arus perubahan iaitu pembekuan fikiran.

Walaupun medan penyebarannya tidak beberapa meluas, tetapi ada juga penyiaran

dan penyebaran kepada masyarakat iaitu:-

 Majalah

 Al-Mizan

 Al-Munir

 Akhbar

 Al-Ikhwan (1 929)

Ia muncul tatkala untuk mematahkan hujah Kaum Muda

mengenai penggunaan akal dalam menentukan kebenaran agama.

 Pengasoh (1 918-1 937)

Dikeluarkan di Kelantan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat

Melayu yang mana memberi pandangan yang bertentangan

dengan idealisma Kaum Muda.11

 Suara Benar (1 932-1 933)

11

(9)

8

Surat khabar terkemuka di Melaka yang menerbitkan tentang

pengharaman memukul beduk.12

 Pondok

Kaum Tua amat berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam

sesuatu perkara dan lebih banyak bertaqlid akan ulama terdahulu. Tidak

menerima sebarang pembaharuan dan masih berada di tanpuk yang sama

dan lapuk.

Kaum Muda

Kaum Muda menyebarkan dan meluaskan perkembangan dakyah pemikiran mereka

melalui berbagai cara iaitu :

i. Akhbar

 Akhbar yang diterbitkan dalam negara : -

Akhbar-akhbar ini menceritakan dan menerbitkan penterjemahan tulisan-

tulisan mengenai perbahasan tentang permasalahan isu Islam semasa

yang

berlaku pada waktu itu.

 Neracha (1913)

 Warta Malaya

12

(10)

9

 Al-Ikhwan (1 926)

 Saudara (1 928)13

 Akhbar yang diterbitkan di luar Negara iaitu : -

Lebih fokus kepada perkembangan politik di Malaya yang mana

kebanyakan akhbar itu diedit oleh pelajar-pelajar yang belajar di

Universiti Al-Azhar dan institusi-institusi Timur Tengah yang mana

dimonopoli oleh pelajar-pelajar Melayu dan Indonesia yang belajar di

sana

penerbitan akhbar mingguan Neracha pada tahun 1 911 yang berakarkan

matlamat yang sama di bawah deglasi Al-Imam.15

iii. Majalah

 Al –Imam

 Merupakan sebuah penyebaran yang radikal di mata Penerbitan

Melayu.

 Mereka menyeru dan rnenjulang golongan cerdik pandai, tujuan

insentiti dalam usaha membuka mata masyarakat di Tanah

13

- Hashim Ismail. (2 005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In Hamzah Hamdani (Ed.), Islam di Malaysia dan Sastera Nusantara (pp.54). Kuala Lumpur, Malaysia: Gapeniaga Sdn Bhd.

14 - Ibid.

15

(11)

10

Melayu bagi berhadapan dalam keperluan sosial dan perubahan

ekonomi.

 Agenda tunjang ialah kebangkitan orang Melayu.

 Al-manar

 Karya Sayid Syekh yang diterbitkan pada tahun 1912.

 Tidak mendapat sambutan.

Jakarta, Indonesia : Gema Insani Press,hlm 214

18

(12)

11

vi. Madrasah /sekolah

Gerakan reformasi terus menular luas dengan menyeludup masuk ke dalam

madrasah-madrasah untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama dan penawaran

terhadap ilmu-ilmu umum. Antaranya :-

 Madrasah ad-Diniyyah di Kampung Lalang pada tahun 1 934 di Perak.

 Madrasah al-Ihya’ ash-Sharif

 Madrasah al-Ubudiyah

 Madrasah Aliyah Islamiah (High Islamic School) di Kampung Pelangi

ada dua cabang iaitu :-

 Madrasah Islamiah di Sungai Dua

 Madrasah Jamaah Islamiah di Kampung Tengkek.

 Madrasah Ittiba’ us-Sunnah

 Sekolah Arab Parit Jamil, Muar,Johor.19

19

(13)

12

vii. Kelab, Persatuan dan Gerakan

 Gerakan Islah Islamiyyah

 Tokoh reformasi yang dipelopori oleh tiga ulama iaitu Syeikh

Tahir Jalaluddin,Haji Abbas bin Mohd Taha dan Syed Syeikh

al-Hadi yang terinspirasi dengan tokoh pambaharuan di Asia

Barat.20

 Persatuan Muhammadiyyah

 Cuba untuk menubuhkan Persatuan Muhammadiyyah

se-Malaysia tetapi menemui kagagalan pada tahun 1 962.

 Hizbul Muslimin

 Merupakan parti politik Islam yang pertama di Tanah Melayu

yang muncul pada akhir 1920an.

 Persekutuan Dakwah Islam se-Malaysia(All Malaya Muslim Missionery

Society)

 Melaksanakan dakwah Islam dan mengatasi dakyah

Kristian,Qadiyani dan Bahai.

 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, tahun 1 956 di Singapura.

 Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia(1 965)

 Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Tanah Melayu(31 Mac 1

961)

 Persatuan ar-Rahmaniyyah

 Angkatan Belia Islam Malaysia21

20

-Mohd. Sarim Haji Mustajab. (1 996). Gerakan Islah Islamiyyah: Kajian Terhadap Tiga Tokoh Pelopornya. In Abdul Latiff Abu Bakar (Ed.), Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia (pp. 117-119). Kuala Lumpur, Malaysia : Universiti Malaya.

21

(14)

13

Isu yang di bawa oleh kaum tua dan kaum muda

Antara isu yang dipolemikkan oleh kedua-dua golongan ini adalah:

 Pendidikan ilmu

Pendidikan ilmu bagi kaum tua lebih kepada ilmu agama sahaja dan menekankan ilmu

tauhid, fiqih, dan tasawuf22. Pendidikannya tidak memiliki subjek sekular dan

vokasional seperti subjek di barat. Ilmu bagi kaum tua difokuskan pada bidang-bidang

syariah. Manakala bagi kaum muda pula, pendidikan bukan sahaja bagi agama malah

pendidikan secular tutur dipelajari, dan mereka telah membuat pembaharuan dengan

menggabungkan pendidikan agama dan pendidikan sekular bersama. Mereka merasakan

dengan gabungan ini pelajar berupaya untuk memajukan negara dan sekaligus

berlandaskan agama dalam pentadbiran akan datang. Idea-idea ini pernah diusahakan

oleh golongan luar Tanah Melayu seperti al-Afghani yang mengambil contoh negara

barat yang maju dalam bidang sains, begitu juga umat islam boleh maju dengan ilmu

islam dan ilmu barat. Beliau juga menyeru umat islam mempelajari ilmu falsafah dan

saintifik dalam kurikulum pendidikan23.

 Taqlid dan ijtihad

Masalah taqlid dan ijtihad pula, kaum muda lebih berpegang kepada ijtihad yang

merupakan satu prinsip umat islam yang dapat membebaskan pemikiran pemodenan

mereka24. Kaum muda mendapat kecaman dari kaum tua bahawa mereka telah

membuka pintu ijtihad sewenang-wenangnya sehinggakan seolah-olah setiap orang

boleh melaksanakan ijtihad padahal mereka menggalakkan umat islam berijtihad tetapi

22

Abdul Rahman Abdullah. (1997). Pemikiran Islam di Malaysia:Sejarah dan Aliran. (1st Ed.). (pp.233.). Jakarta,Indonesia: Gema Insani Press.

23Hashim Ismail. (2005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In Hamzah Hamdani (Ed.),

Islam di Malaysia dan Sastera Nusntara (pp.47-48). Kuala Lumpur, Malaysia: Gapeniaga sdn.bhd.

24

(15)

14

terbatas bagi sesiapa yang tidak mahir dalam ilmu ijtihad dan bagi mereka yang tidak

mampu hanya perlu berittiba’ sahaja bukan bertaqlid. Ittiba’ ialah mengikuti pendapat

seseorang dengan merujuk al-quran dan as-sunnah sebagai pendapat tersebut. Manakala

taqlid pula, mengikuti tanpa disertai dalil dan penjelasan. Ijtihad pula, berusaha untuk

mencapai kebenaran dari sumber al-quran dan al-sunnah untuk kejadian tertentu dan

tidak bercanggah dengan sumber tersebut25.

 Masalah dari segi khilafiyah26.

Masalah dari segi ini pula, mengenai masalah berwudhuk yang mana bagi golongan

kaum tua, air musta’mal tidak boleh dipakai untuk berwudhuk kerana telah digunakan

dan kurang dari dua kolah. Bagi kaum muda boleh digunakan untuk berwudhuk.

Persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan maka batallah wudhuk mereka bagi

pendapat kaum tua. Tapi kaum muda mengatakan tidak.

Mengenai urusan jenazah pula, ada doa dibaca setelah mengucapkan salam selepas solat

jenazah bagi pendapat kaum tua. Padahal, bagi kaum muda hal itu tiada pada sunnah

nabi. Lain pula halnya mengenai talqin yang mana kaum tua, dibaca sesudah mayat

dikuburkan dan ini ditentang hebat oleh kaum muda, mereka mengatakan ini adalah

bid’ah dan tidak ada pada sunnah nabi s.a.w. Mereka mengatakan talqin ialah

mengingatkan kepada orang yang hamper meninggal bukan orang yang sudah

meninggal. Perkara ini ada ditulis dalam majalah al-ikhwan.

Mengenai masalah taharah atau bersuci, peristiwa bersejarah di Malaysia berkait dengan

masalah jilatan anjing yang tejadi di Kelantan pada 1930. Haji Nik Abdullah bin Haji

Wan Musa yang terpengaruh ajaran syah waliullah telah mengeluarkan fatwa boleh

25 Opcit., hlmn.237. 26

(16)

15

memelihara anjing dan tidak harus disuci jika terkena jilatan anjing diatas permintaan

Sultan Kelantan yang memelihara anjing. Fatwa ini ada dalam mazhab Maliki tetapi

tiada pada ketiga mazhab yang lain, bahawa harus disucikan. Bagi Haji Nik Abdullah

bin Haji Wan Musa, umat islam boleh bertalfiq dalam soal ini kerana mazhab Maliki

merupakan mazhab yang sah dalam islam. Ketika beliau wafat pada 1935, pendapatnya

disokong oleh ayahnya, Haji Wan Musa, semasa menghadapi tokoh-tokoh kaum tua di

Istana Jahar 1936. Kemudian ayahnya mempertahankan dalam perdebatan di Istana Sri

Cemerlang pada 1937 yang mana ia dibantu oleh Dr.Burhanuddin al-Helmi dan Haji

Abbas Mohd. Taha tokoh dari kaum muda27.

27

(17)

16

Tokoh-tokoh Kaum Tua dan Kaum Muda

Tokoh-tokoh Kaum Tua :

Senarai tokoh-tokoh Kaum Tua yang lahir pada generasi zaman itu ialah: -

1. Syeikh Abdullah Fahim (Pulau Pinang)

2. Dato' Tg Dato' Hj Ahmad Maher

3. Sheikh Abdul Halim

4. Syeikh Idris Al-Marbawi (Perak)

5. Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung, Kelantan

6. Sheikh Wan Ali Kutan Al-Kalantani (beliau terkenal dengan kitab

karangannya, Al-Jauharul Mauhub wa Munabbihatul Qulub (Mengenai

Hadis)

juga pernah mengajar di Masjidil Haram Mekah).

7. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Yusuf bin Sheikh Abdul Halim

Al-Kalantani.

8. Tok Selehong (Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Osman)

9. Khatib Kelantan.

10. Tuan Guru Hj Awang Fakir.

11. Tuan Guru Hj Yahya Kupang.

12. Tok Kenali (Haji Muhammad Yusuf Bin Ahmad Al-Kalantani)

13. Haji Ali Pulau Pisang (1899-1968) (Hj. Mohd Ali Solahuddin Bin Awang)28

14. Hj. Abdul Malek Sg. Pinang, Hj. Yusof Sg. Pinang (kemudian lebih dikenali

dengan nama Tok Pulau Ubi),29

28 Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah (1997 ). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Ed).

(18)

17 15. Tok Padang Jelapang,

16. Tok Bachok, (Kelantan)

17. Haji Ismail Pontianak (1882-1950, (Hj. Ismail bin Hj. Abdul Majid)

18. Tok Seridik.

19. Tok Kemuning (di Pulau Kundor),

20. Haji Abdul Malek Sungai Pinang (1834-1934), Kelantan

21. Hj. Idris, Dato’ Perdana Hj. Nik Mahmud (Kelantan)

22. Tuan Guru Ahmad Al-Kalantani

23. Hj. Omar Sg. Keladi,

24. Pak Chik Musa,

25. Hj. Yaakob Legor dan Hj. Ahmad Hafiz

26. Tok Pulai Condong

27. Tok Pulau Ubi (Yusuf Abdul Rahman)

28. Tuan Guru Haji Abdullah (Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman)

29. Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah)

30. Tg. Pakcu Him Gajah Mati ( Kedah)

31. Syeikh Uthman Jalaluddin Al-Kalantani

32. Syeikh Utsman Jalaludin, pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang

33. Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Husein Al-'Aiderus (Terengganu)

34. Sheikh Muhammad Amin atau Tok Duyung (menjadi ulama terkenal

(19)

18

37. Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah (Kelantan)

38. Bekas Mufti Sabah Said Hj Ibrahim.

39. Tuan Guru Baba Hamid

40. Mufti Kerajaan Johor, Allah Yarham Al’Allamah Dato’ Sayyid ‘Alawiy Bin

Thahir.

41. Tuan Guru Haji Hasyim, Tok guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.

42. Tuan Guru Pok cik Din al-Kelantany ( Tok guru penulis) . Beliau tinggal di

Kulim, Kelantan.

43. Tuan Guru Wan Mohd. Shaghir bin Abdullah

Tokoh-tokoh kaum muda :

Senarai penama-penama tokoh gerakan reformasi yang memacu ke arah pembaharuan

iaitu:-

1. Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki.(1869-1956)

2. Haji Abbas bin Mohd Taha.

3. Syed Syeikh al-Hadi.30

4. Muhammad Salim al-Kalali

5. Sayid Muhammad Aqil

6. Haji Abu Bakar Ahmad

7. Haji Bachik

30

(20)

19

8. Haji Sharif bin Sukkar

9. Haji Ahmad Amin(1 905-1 971)

10.Lebai Mohammad Maadah bin Layang

11. Syeikh Abu Bakr Rafi’

12.Syeikh Abdullah Maghribi

13.Haji Ibrahim Aqibi

14.Abdul Rahman Harun

15.Rijal Abdullah(1 960)

16.Dr. Dali Muin(1 962)

17.Syekh Junid at-Tala

18.Abu Bakar al-Baqir

19.Haji Jalaluddin bin Ismail

20.Maulana Muhammad Maadah bin Layang(1 895-1 943)

21.Abdul Jalil Haji Salim

22.Abdul Malik Hussain

23.Abdul Aziz Mohd.Yunus

24.Hashim Abdul Ghani

25.Syekh Abu Bakar al-Ashaari

(21)

20

27.Haji Ahmad bin Haji Muhammad

28.Wan Ahmad bin Wan Daud31

29.Syekh Mohd.Nur Sururi

30.Ustaz Abdullah Rahman Ismail

31.Abdullah al-Qari bin Haji Salleh

32.Dr.Burhanuddin al-Helmi

33.Professor Zulkifli Muhammad

34.Maulana Abdul Alim Siddiqi

35.Sayid Abdul Rahman al-Junied

36.Sayid Muhammad Naquib al-Attas

37.Abdul Ahad

38.Muhd. Uthman al-Muhammadi

39.Mohd. Kamal Hassan

40.Ustaz Hassan Salleh

41.Sanusi Daing Mariok32

31 -Ibid 32

(22)

21

Kesimpulan

Perjalanan kaum tua dan muda ini jelas wujud di Tanah Melayu dengan

peristiwa-peristiwa kontroversi yang timbul dari dua puak ini.

Perkara-perkara yang menjadi titik perbezaan yang berkaitan mengenai

khilafiyah seperti amalan-amalan warisan Melayu yang telah lama di amalkan oleh

masyarakat Melayu seperti tahlil, qunut, bacaan yasin malam jumaat dan banyak lagi.

Muncul juga tokoh-tokoh ternama yang mewakili dua puak seperti Syed Tahir

al-Haddad, Abu Bakar Muari dari kaum tua. Manakala dari kaum muda seperti Syeikh

Tahir Jalaluddin san sebagainya.

Kedua-dua aliran ini, iaitu Kaum Tua dan Kaum Muda mempunyai medan

penyebaran mereka tersendiri yang mengikut citarasa mereka sendiri yang mungkin

sedikit banyak ada bersesuaian dan berpadanan dengan masyrakat pada waktu itu.

Perbincangan mengenai Kaum Tua dan Kaum Muda boleh juga dikatakan isu

sensitif kerana melibatkan dalam kancah politik yang mana Kaum Muda agak ekstrem

dan selalu bersalahan dengan kerajaan dalam beberapa perkara.

Jadi, apa yang boleh diambil ikhtibar di sini ialah kita harus mengambil inisiatif

yang positif dan tidak saling bercakaran sesama umat Islam dalam hal yang tidak

sepatutnya. Seharusnya, kita duduk bersama-sama berbincang dan memberi idea yang

(23)

22

Bibliografi

Abdul Latif Abu Bakar. (1996). Pengenalan : Konsep Patriotisme dan Nasionalisme.

In Abdul Latif Abu Bakar (Ed.), Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan

Malaysia (pp.1-7). Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya Press.

Abdul Rahman Abdullah. (1997). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran.

(1st ed.). Jakarta, Indonesia: Gema Insani Press.

Abd Rahman Abdullah. (1981). Sejarah dan Pemikiran Islam: Islam di Malaysia.

(1st ed.). Kuala Lumpur, Malaysia: Pena sdn.bhd.

Che Husna Azhari. (1993). Melor In Perspective: The Kaum Muda-Kaum Tua Debate

Of the 1930’s –1950’s. (1st

ed.). Bangi, Selangor: Furada Publishing House.

Hashim Ismail. (2005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In

Hamzah Hamdani (Ed.), Islam di Malaysia dan Sastera Nusantara (pp.

31-87). Kuala Lumpur, Malaysia: Gapeniaga sdn.bhd.

Hussain Mohamed. (2007). Politik Reformasi: Penubuhan Politik Indonesia dan

Impaknya ke atas Politik Malaysia. In Mohd Izani Mohd Zain (Ed.), Demokrasi

dan Dunia Islam Perspektif Teori dan Praktik (pp.305-321). Kuala Lumpur,

Malaysia: Universiti Malaya.

Indrawan Mohd Yatim. (2001). Kebangkitan Islam pada Abad Ke-21: Renaissance

(24)

23

Mohd Sarim Mustajab. (1996). Gerakan Islah Islamiah: Kajian Terhadap Tiga Tokoh

Pelopornya. In Abdul Latif Abu Bakar (Ed.), Melaka dan Arus Gerakan

Kebangsaan Malaysia (pp.117-146). Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti

Malaya Press.

Nakhaei Ahmad. (2007). Islam dan Pembentukan Masyarakat Bertamadun. In

Mohd Izani Mohd Zain (Ed.), Demokrasidan Dunia Islam Perspektif Teori dan

Praktik (pp.17-46). Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Raden Soenarno. (1896-1941). Raden Soenarno: Malay Nationalism. Jurnal

Of Southeast Asia History, vol(1960), 1-19.

William R. R. (1967). The Origins of Malay Nationalism: Kaum Muda-Kaum Tua:

Referensi

Dokumen terkait

Perencanaan hanya dilakukan pada 1 bulan yakni pada bulan September 2015, untuk itu agar optimasi lebih baik perlu dilakukan peramalan terhadap permintaan selama 1 tahun.

Perilaku terpuji yang dapat diteladani dari kaum Anshor jika menolong orang lain hendaknya… a. Perhatikan beberapa pernyataan waktu pembayaran zakat fitrah

Berikut ini adalah data jumlah pengguna e-banking pada bank di Indonesia:1. Gambar 1.1 Jumlah Pengguna E-Banking tahun 2011-2012 Sumber :

Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh independensi, skeptisisme profesional, etika profesi, dan latar belakang pribadi terhadap kualitas audit di Inspektorat

menyampaikan misi dakwah, caranya kaku, menakutkan, emosional, terlalu banyak menyalahkan dan menebar ancaman. Kekerasan mengatasnamakan agama dapat disebut dengan

iklim sebanyak 15 kerja sama; kegiatan/proyek yang mendapat rekomendasi teknis untuk investasi penurunan emisi GRK di bidang energi, dan limbah.. e) Kebakaran

Adapun Pasal 44 (1), (2), (3) tentang tindak pidana kekerasan fisik, Pasal 45 (1) tentang tindak pidana kekerasan fisikis, pasal 46 tentang tindak pidana

Janji ini dapat diandalkan, seperti hukum-hukum alam yang tidak berobah dan fakta bahwa alam semesta yang luas tak terbatas tidak mungkin terukur atau terselidiki